The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by AZW, 2021-03-01 01:39:11

ELEMEN SENI

ELEMEN SENI

Keywords: PRT

PRODUKSI GRAFIK

ELEMEN SENI

PRODUKSI REKA TANDA

Garisan

Warna Rupa

ELEMEN

Ruang SENI

Bentuk

Jalinan

Elemen seni ialah unsur asas untuk
menghasilkan sebuah karya seni visual. Elemen
seni tersebut ialah garisan, rupa, jalinan, bentuk,
ruang dan warna. Setiap karya seni visual perlu
mengaplikasikan sekurang-kurangnya satu atau
lebih unsur seni dalam proses reka bentuk
ciptaannya.

Garisan

Garisan merupakan cantuman siri titik.

Garisan beralun

ELEMEN Garisan
SENI menegak

Garisan berpancar

Garisan

• Garisan ialah kesan titik yang bergerak atau bersambung dalam
satu ruang.
• Garisan mempunyai pelbagai jenis serta pengertian yang
berbeza-beza seperti kasar, halus, panjang, pendek, lurus,
bengkok, tebal, putus-putus dan sebagainya.
• Unsur garisan dapat dilihat pada alam semula jadi, objek buatan
manusia dan karya seni visual.
• Garisan boleh menghasilkan rupa, jalinan, tona, corak, ruang dan
pergerakan melalui pelbagai media.

Garisan menghasilkan
permukaan dua dimensi (2D) dan

bentuk 3D.

Rupa

Rupa ialah pertemuan antara titik mula

dan titik akhir.

ELEMEN
SENI

Rupa Negatif Rupa Positif

Rupa Geometrik Rupa

• Rupa ialah hasil pertemuan titik penghujung sesuatu garisan
dengan titik permulaan.
• Rupa ialah kawasan rata yang dilingkari oleh garisan luar serta
tidak mempunyai jisim.
• Rupa hanya mempunyai panjang dan lebar (2 Dimensi).
Olahan rupa boleh menghasilkan lambang, logo dan tipografi.
Rupa boleh diolah dalam bentuk positif atau negatif.
Terdapat dua jenis rupa, iaitu rupa geometrik dan rupa organik.
Susunan rupa yang sama secara berulang-ulang dengan
menggunakan garisan grid akan menghasilkan corak.
Rupa2

Rupa Organik

Bentuk

Bentuk mempunyai jisim dan isi padu.

Bentuk mempunyai lebih daripada satu

permukaan.

ELEMEN
SENI

Bentuk KOnkrit Bentuk

Bentuk ialah objek yang mempunyai struktur jisim dan isi padu.
Bentuk juga mempunyai lebih daripada satu permukaan dan
boleh dilihat dari segi ketinggian, isi padu serta kelebarannya.
Bentuk terbahagi kepada dua iaitu bentuk konkrit dan bentuk ilusi.
Bentuk konkrit boleh dilihat dalam arca dan karya 3D. Bentuk ilusi
pula dihasilkan melalui penggunaan konsep seperti perspektif
untuk menunjukkan bentuk karya 2D. Bentuk boleh dihasilkan
melalui teknik garisan, lorekan, jalinan dan catan.

Bentuk Ilusi

Jalinan

Jalinan ialah sifat atau keadaan sesuatu
permukaan.

Jalinan ialah kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu benda. Jalinan pada objek
alam atau benda buatan manusia menjadikan sesuatu objek itu kelihatan lebih cantik
dan menarik. Terdapat dua jenis jalinan, iaitu jalinan sentuh dan jalinan tampak.

ELEMEN
SENI

Jalinan

Jenis Jalinan

Jalinan sentuh Jalinan tampak

JJalinan yang dapat dirasa melalui Jalinan dalam bentuk dua
sentuhan, sering diaplikasikan dimensi, hanya dapat dilihat
dalam penghasilan seni visual dan tidak dapat dirasa
seperti kolaj, arca, catan teknik melalui sentuhan. Jalinan
impasto, hasil kraf seperti anyaman, tampak ini penting dalam
tenunan dan ukiran. penghasilan seni visual
seperti lukisan, ilustrasi dan
catan.

ELEMEN Ruang
SENI
Ruang ialah jarak antara dua objek yang
wujud di sekeliling kita.

Ruang bermaksud kawasan kosong ataupun
rongga antara sesuatu objek. Ruang terbahagi
kepada dua iaitu ruang nyata dan ruang ilusi.
Ruang nyata ialah ruang yang wujud pada keadaan
sebenar yang berbentuk tiga dimensi. Ruang ilusi
ialah ruang tampak yang wujud dalam sesebuah
karya seni seperti lukisan, catan, cetakan dan
sebagainya.

Ruang

Jenis Ruang

Ruang nyata Ruang ilusi

Ruang terbuka Ruang dalam
Ruang yang mempunyai kawasan Ruang yang memperlihatkan
yang lapang seperti kaki gunung, kesan perspektif.
lautan dan sebagainya. Ruang cetek
Ruang tertutup Ruang dalam kawasan yang
Ruang yang mempunyai kawasan terbatas.
yang sempit seperti di dalam Ruang rata
bangunan dan bilik. Karya seni visual yang diolah
pada permukaan yang sama.

Warna

Warna terhasil daripada tindakan cahaya.

ELEMEN Warna ialah tindak balas cahaya ke atas sesuatu
SENI permukaan. Warna amat penting dalam segala
ciptaan hasil seni kerana dapat mempengaruhi
perasaan. Contohnya, warna yang terang dan
cerah menimbulkan perasaan riang dan gembira.
Sebaliknya warna gelap dan kelam akan
menimbulkan perasaan suram dan sedih. Terdapat
tiga jenis kumpulan warna dalam roda warna, iaitu
warna asas, warna sekunder dan warna tertier.

Warna

Kumpulan
warna

warna Asas warna Sekunder warna Tertier

•Dikenali sebagai warna utama. • Dihasilkan dengan campuran dua Dihasilkan dengan campuran satu
• Terdiri daripada warna biru, merah
dan kuning. warna asas. warna asas bersama satu warna
• Ketiga-tiga warna ini tidak boleh
dihasilkan dengan campuran warna- sekunder.
warna lain.


Click to View FlipBook Version