MANUAL TUGAS GURU SMA KHAIRIAH 2020
LESTARI CINTA KHAIRIAH SOLEHAH Page 0
MANUAL TUGAS GURU SMA KHAIRIAH 2020
BIL PERKARA HALAMAN
1 Isi Kandungan
2 Sekapur Sireh Seulas Pinang 1
3 Pelan Sekolah 2
4 Surat perlantikan menjalankan tugas 3
5 Senarai tugas guru 4
6 Senarai pengetua & PIBG smakh 5
7 Jawatankuasa Pengurusan Sekolah 2020 6
8 Carta Organisasi sekolah 7
9 Moto , Objektif Sekolah , Dasar kualiti sekolah & Piagam Pelanggan 8
10 Logo Sekolah 9
11 Lagu Sekolah 10
12 Profil Sekolah 11
13 5 Ranah Sekolah 12
14 Kenali Bendera Kita 13
15 Rukun Negara 14
16 Falsafah Pendidikan Kebangsaan ,Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 15
17 Visi, Misi & Objektif KPM dan Model Budaya Generasi Pelajar 16
18 Terap Nilai Murni,Minda Kelas Pertama 17
19 Kalendar 2020 18
20 Kalendar Cuti Umum dan Cuti Penggal Persekolahan 19
21 Ketetapan / Dasar sekolah (Pentadbiran,Kurikulum,HEM & Ko.Kurikulum) 20 - 48
22 Senarai Nama Guru & Senarai Nama Akp 49-51
23 Jadual waktu sekolah 52
24 Takwim Pengurusan Sekolah 53
25 Takwim Tahunan Sekolah 54-66
26 Carta Organisasi Pengurusan & Pentadbiran 67
27 J/kuasa Tugas Pengurusan & Pentadbiran 68- 75
28 Carta Aliran Meningkatkan Prestasi Pengurusan 76
29 Carta Organisasi Kurikulum 77
30 J/kuasa Kurikulum 78- 83
31 Carta Aliran Meningkatkan Prestasi Kurikulum 84
32 Carta Organisasi HEM 85
33 J/kuasa HEM 86 - 92
34 Carta Aliran Meningkatkan Prestasi HEM 93
35 Carta Organisasi Ko-Kurikulum 94
36 J/kuasa Ko-Kurikulum 95 - 104
37 Carta Aliran Meningkatkan Prestasi Ko-kurikulum 105
38 Tugasan Guru Mingguan 106-114
39 Perincian Bidang Tugas Guru & AKP 115-135
LESTARI CINTA KHAIRIAH SOLEHAH Page 1
MANUAL TUGAS GURU SMA KHAIRIAH 2020
SEKAPUR SIRIH SEULAS PINANG
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah S.W. T kerana dengan
limpah kurnia-Nya, Manual Pengurusan Sekolah Tahun 2020 dapat disempurnakan. Sekalung
Penghargaan dan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Jawatankuasa Manual Pengurusan
Sekolah atas kegigihan, kesungguhan dan pengorbanan serta usaha yang bersepadu yang
membolehkan manual ini terhasil. Dengan terhasilnya manual ini, diharapkan dijadikan panduan
berguna dalam kerja buat sepanjang tahun 2020.
Keberhasilan dan kejayaan SMA Khairiah memerlukan komitmen yang tinggi serta berterusan
daripada seluruh warga kerja sekolah, ibu bapa serta agensi berkaitan secara kolektif.
Kecemerlangan hanya dapat dicapai melalui perancangan strategik, kepimpinan, organisasi yang
tersusun serta pemantauan yang berterusan. Dalam merealisasikan gelombang kedua (2016 -2020)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) iaitu memacu peningkatan sistem. Setiap warga
sekolah perlu memainkan peranan yang aktif serta holistik dalam bidang tugas yang diamanahkan
demi mencapai matlamat untuk mengukir kecemerlangan dalam semua aspek yang meliputi aspek
kurikulum, kokurikulum mahupun kecemerlangan jati diri pelajar.
Mendepani dunia global yang kian mencabar memerlukan perubahan dari dalam dan luar diri
para pendidik demi melaksanakan tugas yang kita sendiri pilih sebagai laluan ibadah kita sebagai
persediaan kita bertemu Pencipta. Moto sekolah Mencari Keredhaan Ilahi dijadikan budaya kerja
kita . Setiap gerak kerja buat kita bersandarkan redhaNya dan sudah pasti kita mengharapkan
keberkatanNya jua. Perubahan bidang tugas dalam manual pengurusan sekolah perlu diterima dan
dijalankan sebaik mungkin untuk kecemerlangan kerja buat kita. Slogan Lestari Cinta Khairiah
Solehah perlu dijayakan kerana di bahu kitalah akan membentuk puteri solehah. Mereka ini kelak
akan menjadi ibu dan seterusnya membentuk generasi yang beriman dan bertakwa.
Sesungguhnya kegemilangan sesuatu organisasi menagih banyak pengorbanan,
kesungguhan serta usaha gigih semua pihak. Justeru, semua warga SMA Khairiah diminta untuk
terus berganding bahu mencipta kegemilangan dengan menjayakan budaya ilmu pengetahuan dan
menjana kemenjadian pelajar yang solehah sebagai agenda utama kerja buat kita dalam mencari
keredhaan Ilahi.
Marilah sama-sama kita berdoa agar SMA Khairiah akan sentiasa cemerlang dalam semua
bidang pada tahun 2020. Terima kasih atas kerja buat dan kecemerlangan yang telah kita capai
pada tahun 2019. Moga dipermudahkan Allah dalam setiap kerja buat kita kerana niat kerja kita
kerana Allah jua.
Sekian, terima kasih . Wassalam.
HAFIZAH BINTI SAID
Pengetua,
SMA Khairiah, Kuala Terengganu.
LESTARI CINTA KHAIRIAH SOLEHAH Page 2
MANUAL TUGAS GURU SMA KHAIRIAH 2020
PELAN SEKOLAH
GARAJ ASRAMA PUTERI SMA KHAIRIAH PDG BOLA JARING
W ARD EN DEWAN MAKAN ASRAMA
PONDOK BENGKEL
BACAAN KHB
PONDOK
JAGA PINTU ASRAMA TANDA
S
1KW 1NU 1AS 1FA STOR TANDA
2KH 2AI 1KH 1AI SUKAN S
BLOK E TANDA
S
STOR
BILIK
GURU
BILIK
RAWATAN
PONDOK DATO’ RAZALI 3KW
3ZAI
DEWAN AL KHAIRIAH PDG
BOLA SURAU
TAMPAR
PARKERPARKER KENDERAANPONDOK DATO’RAZALI 3AS
PENGURUSAN KANTIN 3NU
SEKOLAH
JALAN SULTAN OMAR
MAKMAL MATH 2 AS 2FA 3FA
MAKMAL SAINS 3AI
BI LI K BILIK i Kel as
DI SI P LI N BLOK D 3KH
CORT BADMINTON PROTUNE BILIK
SPBT
4NU 4KW 2NU 2KW TANDAS
UBK M.KOMPUTER ST O R
BILIK UPP MAKMAL SAINS STOR TANDAS SUKAN
MAKMAL TANDAS
SAINS BLOK C GELANGGANG
PENTANQUE
B.PBD 4KH 4AI 4FA 4AS TANDAS
GARAJ GKMP
TANDAS
BILIK MASAKAN BILIK KHB
TANDAS
Pintu STOR KOPERASI B. 5AI 5AS BLOK B
depan GKMP
PARKIR
PONDOK JAGA
STOR
PINTU MASUK KO-KO
PELAJAR
SURAU 5KW 5NU 5FA 5KH TANDAS
B. MESY TANDAS
B. B. B.SUMUR B. B.
TMYZ LAM DATA GURU L SURAU TANDAS
TANDAS
PEJABAT SEK BILIK GURU P RUMAH
BLOK A GURU
BILIK PERPUSTAKAAN
SUMBER A
PARKIR GURU PARKIR BAS
TANDAS SURAU HJH ZAINAH
LESTARI CINTA KHAIRIAH SOLEHAH Page 3
MANUAL TUGAS GURU SMA KHAIRIAH 2020
LESTARI CINTA KHAIRIAH SOLEHAH Page 4
MANUAL TUGAS GURU SMA KHAIRIAH 2020
SEKOLAH MENENGAH AGAMA KHAIRIAH
JALAN SULTAN OMAR KUALA TERENGGANU
20300 TERENGGANU
SENARAI TUGAS MENGIKUT BIDANG 2020
BIDANG NAMA JAWATANKUASA JAWATAN YANG
DIPERTANGGUNGJAWABKAN
PENGURUSAN &
PENTADBIRAN
KURIKULUM
HAL EHWAL MURID
KOKURIKULUM
BIMBINGAN &
KAUNSELING
HUBUNGAN LUAR
Bahawasanya saya menerima pelantikan jawatan-jawatan di atas sebagaimana yang terkandung
dalam Buku Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah SMA KHAIRIAH KUALA TERENGGANU dengan
penuh tanggungjawab.
………………..………… Tarikh : ……………
Tandatangan
LESTARI CINTA KHAIRIAH SOLEHAH Page 5
MANUAL TUGAS GURU SMA KHAIRIAH 2020
SENARAI PENGETUA SEKOLAH MENENGAH AGAMA KHAIRIAH
BIL NAMA TEMPOH PERKHIDMATAN
1 Puan Nafisah binti Ahmad Kamil Januari 1960 - Januari 1961
2 Tuan Haji Yusof bin Ibrahim Januari 1960 - Disember 1962
3 Tuan Haji Wan Yaakob bin Embong Januari 1963 - Januari 1966
4 Tuan Haji Ibrahim Hilmi bin Abdullah Februari 1966 - Disember 1968
5 Tuan Haji Lob Yusof bin Ab Rahman Februari 1969 - Disember 1972
6 Tuan Haji Ab Rahman bin Awang Februari 1973 - Julai 1974
7 Encik Abdullah bin Yusof ( Pemangku ) Ogos 1974 - 4 Januari 1975
8 Tuan Haji Ab Rahman bin Haji Ibrahim 5 Januari 1975 - 31 Disember 1980
9 Tuan Haji Nik Wan bin Hassan 1 Februari 1981 - 31 Mac 1982
10 Encik Abdul Aziz bin Mohamad 1 April 1982 - 31 Disember 1982
11 Tuan Haji Jaafar bin Hasan 1 Januari 1983 - 31 Januari 1985
12 Tuan Haji Adam bin Ali ( Pemangku ) 1 Februari 1985 - 31 Januari 1986
13 Tuan Haji Yusof bin Mohamad 1 Februari 1986 - 15 November 1986
14 Tuan Haji Wan Ab Ghani bin Wan Ibrahim 16 November 1986 - 15 Julai 1991
15 Encik Mohd Yusof bin Othman 16 Julai 1991 - 30 November 1992
16 Tuan Haji Wan Yusof bin Haji Wan Nik 1 Disember 1992 - 2 Mei 1996
17 Tuan Haji Yusof bin Embong 2 Mei 1996 - 31 Mac 2000
18 Puan Mardziah binti Che Abdullah 1 April 2000 - 6 Mac 2005
19 Puan Hajjah Shamsiah binti Mohd Radzi 7 Mac 2005 –31 Disember 2013
20 Puan Maimun binti Ahmad 26 Mei 2014 – 17 Okt 2015
21 Puan Mardhiah binti Che Abdullah 1 November 2015 –31 Disember 2016
22 Puan Noriah Bt Harun 1 Januari 2017 – 28 Februari 2019
23 Puan Hafizah bt Said 1 Mac 2019 -
SENARAI NAMA YANG DIPERTUA PIBG
BIL NAMA TEMPOH
PERKHIDMATAN
1 Y.B Dato' Haji Abdul Mutalib bin Haji Salleh 1980 - 1991
2 Y.Bhg. Dato' Haji Abdul Rahman bin Mohamad 1991 - 1995
3 Y.B. Tuan Haji Roslan bin Awang Chik 1995 - 1997
4 Y.Bhg. Dato' Haji Abdul Rahman bin Mohamad 1997 - 2000
5 Y.B. Dr. Sulaiman bin Abdullah 2000 - 2002
6 Y.B.M Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi 2002 - 2004
7 Y.B. Tuan Haji Wan Hisham bin Dato' Wan Salleh 2004 - 2020
LESTARI CINTA KHAIRIAH SOLEHAH Page 6
MANUAL TUGAS GURU SMA KHAIRIAH 2020
JAWATANKUASA PENGURUSAN SEKOLAH
PENGERUSI
CG. HAFIZAH BT SAID
PENGETUA
N.PENGERUSI 1 TIMB.PENGERUSI N. PENGERUSI 2
Cg. Junaida bt Junid
Cg. Wan Rohana bt Cg. Badrul Hasni bin
PK. HEM Abd Ghani
Wan Taib PK.KO-Ku
PK PENTADBIRAN
GKMP VOTEK GKMP PI GKMP BAHASA GKMP GKMP SAINS &
Cg Mohd Tajuddin
bin Abd Rahman Cg Suhaimi bin Cg Rosmani bt KEMANUSIAAN MATEMATIK
Musa Mohamad CgTumiah Sardi Cg.Zainab bt Johan
KAUNSELOR KAUNSELOR
Cg. Norliza Ismail Cg. Normadihah
LESTARI CINTA KHAIRIAH SOLEHAH Za ka ri a
Page 7
MANUAL TUGAS GURU SMA KHAIRIAH 2020
LESTARI CINTA KHAIRIAH SOLEHAH Page 8
MANUAL TUGAS GURU SMA KHAIRIAH 2020
MOTO SMA KHAIRIAH
MENCARI KEREDHAAN ILAHI
OBJEKTIF SMA KHAIRIAH
Meningkatkan kuantiti dan kualiti akademik pelajar.
Menanam sikap positif dan peka terhadap kejayaan cemerlang.
Mewujudkan rasa cintakan sekolah di kalangan pelajar, berakhlak dan berhemah
tinggi serta mempunyai sifat dan kelakuan terpuji menuju kepada insan yang soleh.
Meningkatkan kuantiti dan kualiti kecemerlangan 5 ranah kebitaraan
(pengurusan, kurikulum, ko-kurikulum, sahsiah dan iklim sekolah).
Mewujudkan rasa cintakan sekolah dalam kalangan pelajar, berakhlak
dan berhemah tinggi serta mempunyai sifat
dan kelakuan terpuji menuju kepada insan yang solehah.
DASAR KUALITI SMA KHAIRIAH
1. Melahirkan pelajar berdaya saing dan daya juang yang tinggi.
2. Melaksanakan 100% pembelajaran dan pengajaran berdasarkan Rancangan Pelajaran
Tahunan kecuali berlaku perkara-perkara yang di luar kawalan sekolah
3. Memastikan pencapaian gred purata mata pelajaran atau gred purata sekolah dalam
peperiksaan awam / pertengahan tahun dan akhir tahun meningkat 1.00 atau gred
purata sekolah minimum seperti berikut :
PT3 : 2.00
SPM : 2.62
4. Memastikan 100% murid SMAKH mendapat Perkhidmatan Bimbingan dalam Kemahiran
Belajar, Pembangunan Diri Murid, Motivasi dan Kerjaya melainkan berlaku perkara-
perkara yang di luar kawalan sekolah
5. 100% aduan dan maklum balas pelanggan berkaitan kurikulum yang lengkap akan
dilayan
6. Melaksanakan Pengurusan Kewangan Tanpa Audit Berteguran.
PIAGAM PELANGGAN
Kami Warga Khairiah,Berikrar Akan Menumpukan Seluruh Tenaga Dan Usaha Kami Untuk :
1. Memastikan sistem pendidikan dilaksanakan dengan baik di sekolah bagi memenuhi
kehendak individu,masyarakat dan negara untuk merealisasikan
Transformasi Pendidikan Negara.
2. Memastikan pengajaran dan pembelajaran dimulakan pada waktu pertama hari pertama
persekolahan.
3. Menentukan setiap pelajar mendapat pendidikan yang sempurna dengan informasi terkini
selaras dengan zaman teknologi maklumat.
4. Memastikan guru dan ahli kumpulan pelaksana mencukupi danberintergriti.
5. Memberi layanan mesra,perkhidmatan yang cekap dan jawapan segera kepada setiap
pelanggan yang berurusan dengan sekolah.
6. Mematuhi arahan KPM, JPNT, PPDKT, JHEAT dari masa ke semasa.
LESTARI CINTA KHAIRIAH SOLEHAH Page 9
MANUAL TUGAS GURU SMA KHAIRIAH 2020
LOGO SEKOLAH SMA KHAIRIAH
LESTARI CINTA KHAIRIAH SOLEHAH Page 10
MANUAL TUGAS GURU SMA KHAIRIAH 2020
LAGU SEKOLAH Page 11
ILMU ADALAH CAHAYA
JANGAN BERHENTI MENCARINYA
PUNCAK GUNUNG DAN LAUTAN
ITU BUKANLAH HALANGAN
MENCAPAI KEJAYAAN
MAJU KITA TERUS MAJU
BERUSAHA TANPA RASA JEMU
MUAFAKAT BERGANDINGAN
SENADA DAN SEIRINGAN
PRESTASI DITINGKATKAN
C/O
SALAM DOA DIUCAPKAN
KETERAMPILAN SAHSIAH TERPUJI
BUDAYA MULIA DIUTAMAKAN
MENJADI TONGGAK KEJAYAAN
SMA KHAIRIAH KEBANGGAAN KITA
SMA KHAIRIAH
MAJU KE HADAPAN
ULANG C
LESTARI CINTA KHAIRIAH SOLEHAH
MANUAL TUGAS GURU SMA KHAIRIAH 2020
PROFIL SEKOLAH MENENGAH AGAMA KHAIRIAH
Pengasas Sekolah Menegah Agama Khairiah ialahUstaz Haji Ahmad Fuad, Haji Salleh bin Haji
Awang, Ustaz Mahmud bin Salim, Encik Mohd bin Awang dan Ustaz Ismail bin Mohd Hassan.
Sekolah Menengah Agama Khairiah mula diasaskan pada 8 September 1942 bersamaan 29
Syawal 1361 oleh Ustaz Haji Ahmad Fuad, Haji Salleh bin Haji Awang, Ustaz Mahmud bin Salim, Encik
Mohd bin Awang dan Ustaz Ismail bin Mohd Hassan. Ia bertempat di beranda Masjid Hiliran, Kuala
Terengganu dengan 2 orang guru iaitu Ustaz Haji Ahmad Fuad dan Ustaz Ahmad Zaki bin Salleh Al
Masri dengan murid seramai 50 orang sahaja.
Pembukaan rasmi telah dilakukan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Sulaiman pada hari
Jumaat, 5 Mac 1943. Tapak baru bagi Sekolah Menengah Ugama Khairiah ialah satu kawasan yang
bersempadan dengan makam (perkuburan) dekat Masjid Hiliran yang telah dikhairatkan oleh Tuan
Haji Yong dan rakan-rakannya. Sebahagiannya dibayar oleh Pejabat Agama. Dengan khairat 2 buah
rumah wakaf iaitu Allahyarham Dato’ Andika Diraja dan Allahyarham Encik Mohd Ali bin Awang
Besar serta para dermawan tempatan dan sumbangan Pejabat Pelajaran atas usaha Encik
Kamaruddin, bangunan 2 tingkat telah dapat disiapkan ( sekarang tidak digunakan lagi ).
Sistem pelajaran yang diamalkan pada mulanya ialah Pelajaran Agama dan Bahasa Melayu
sahaja. Mulai tahun 1950 matapelajaran Bahasa Arab telah ditambah setakat darjah 4, dan mulai
tahun 1953 para pelajar telah dikhaskan kepada murid-murid perempuan sahaja. Untuk kemajuan
seterusnya pada 29 April 1959, Pesuruhjaya Agama Terengganu telah membeli sebuah rumah dan
sebidang tanah dari Allahyarham Tuan Haji Kassim bin Omar di Gong Kapas, Kuala Terengganu
berharga RM78,084.00.
Pada hari Ahad 6 april 1961, sekolah ini telah berpindah ke bangunan baru di Gong Kapas
( sekarang telah dirobohkan dan diganti dengan bangunan asrama ). Pembukaan rasmi sekolah ini
telah dilakukan pada 27 Mei 1961 bersamaan 12 Zulhijjah 1380 oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan
Ismail Nasiruddin Shah. Dengan bantuan Kerajaan Negeri dan pihak-pihak lain, sebuah bangunan 2
tingkat yang tidak ditaksirkan bernilai RM 35,000.00 telah didirikan.
Dari sistem pelajaran Bahasa Arab dengan kelulusan Sijil Ibtidal telah berubah mengikut
sistem baru mulai tahun 1968 dengan penambahan mata pelajaran lain iaitu Bahasa Inggeris, Ilmu
Hisab, Sains dan lain-lain sehingga dengan kelulusan Sijil Rendah Pelajaran. Sekolah ini sekarang
mempunyai tiga buah bangunan tempat belajar dengan 19 buah bilik darjah, tiga buah makmal,
sebuah perpustakaan, sebuah bilik guru dan sebuah pejabat, Guru Besar serta Guru Penolong
Kanan. Selain itu, terdapat sebuah asrama tiga tingkat yang menampung kira-kira 452 orang
penghuni, sebuah dewan makan, sebuah kantin dan sebuah dewan sekolah.
Pada tahun 1987, pendaftaran masuk ke tingkatan 1 lebih dari 500 orang murid. Penolakan
terpaksa dibuat kerana kekurangan kelas. Selepas pemilihan ke Kelas Khas di Sekolah Menengah
Ugama Atas Sultan Zainal Abidin, terdapat 286 orang murid tingkatan 1 yang mengisi tujuh kelas di
sekolah ini. Dua belas kelas dibuka untuk tingkatan 2 dengan 452 orang murid, sebelas kelas
tingkatan 3 yang berjumlah 462 orang murid. Dan buat pertama kalinya tahun 1987 Sekolah
Menengah Ugama Khairiah telah membuka 9 kelas tingkatan 4 dalam aliran sastera dengan seramai
392 calon.
Sehingga kini ( 2020) terdapat 86 orang tenaga pengajar dan 940 orang pelajar dengan bilangan
kelas sebanyak 31 buah, dengan 4 aliran peringkat menengah atas iaitu Sains Tulen Agama,
SasteraIkhtisas I,DINI Tulen dan Sastera Ikhtisas II. Sementara di peringkat menengah rendah hanya
terdapat satu aliran sahaja iaitu aliran Reka Bentuk Teknologi (RBT).Sekolah Menengah Agama
Khairiah akan terus mencatatkan sejarahnya yang kian berkembang maju dari masa ke semasa.
Semoga bertambah cemerlang, gemilang dan terbilang serta mendapat Rahmat dan Hidayat Allah
S.W.T.
LESTARI CINTA KHAIRIAH SOLEHAH Page 12
MANUAL TUGAS GURU SMA KHAIRIAH 2020
LL Page 13
LESTARI CINTA KHAIRIAH SOLEHAH
MANUAL TUGAS GURU SMA KHAIRIAH 2020
##
LESTARI CINTA KHAIRIAH SOLEHAH Page 14
MANUAL TUGAS GURU SMA KHAIRIAH 2020
RUKUN NEGARA
Bahawasanya Negara Kita Malaysia mendukung cita-cita hendak :
1.Mencapai Perpaduan Yang Lebih Erat Di Kalangan
Seluruh Masyarakatnya ;
2.Memelihara Satu Cara Hidup Demokratik
3.Mencipta Satu Masyarakat Adil Di Mana Kemakmuran
Negara Akan Dapat Dinikmati Bersama Secara Adil Dan Saksama
4.Menjamin Satu Cara Liberal Terhadap Tradisi-Tradisi Kebudayaannya
Yang Kaya Dan Berbagai Corak ; Dan Membina Satu Masyarakat
Progresif Yang Akan Menggunakan Sains DanTeknologi Moden.
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan
seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut
berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAA
LESTARI CINTA KHAIRIAH SOLEHAH Page 15
MANUAL TUGAS GURU SMA KHAIRIAH 2020
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah perkembangan
lagi potensi individu secara yang seimbang dan harmonis dari segi
intelek,rohani ,emosi kepada Tuhan.Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
berakhlak mulia bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara.
PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA ( PPPM )
SEBELAS ANJAKAN UTAMA UNTUK TRANSFORMASI
SISTEM PENDIDIKAN NEGARA
ANJAKAN1 : Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti
bertaraf antarabangsa
ANJAKAN 2 : Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan
Bahasa Inggeris
ANJAKAN 3 : Melahirkan rakyat Malaysia dengan penghayatan nilai
ANJAKAN 4 : Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan
ANJAKAN 5 : Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi di tempatkan setiap
sekolah.
ANJAKAN 6 : Mengupaya JPN,PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian
khusus berasaskan keperluan.
ANJAKAN 7 : Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di
Malaysia
ANJAKAN 8 : Mentransformasi kebolehupayaan dan kapasiti penyampaian
kementerian.
ANJAKAN 9 : Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara
meluas.
ANJAKAN 10 : Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.
ANJAKAN 11 : Meningkatkan ketelusan untuk akauntabiliti awam secara langsung.
LESTARI CINTA KHAIRIAH SOLEHAH Page 16
MANUAL TUGAS GURU SMA KHAIRIAH 2020
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
VISI
"Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera"
MISI
"Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan
Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"
OBJEKTIF
Merancang, Membina Dan Mengeluarkan Semua Jenis Dan Bentuk
Pengujian
Dan Pengukuran Pendidikan Berdasarkan Kurikulum Dan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan;Mengawal, Menyelaras Dan Mengendalikansemua
Peperiksaan Sekolah, Peperiksaan Awam Dan Peperiksaan Luar Negeri Yang
Tidak Bercanggah Dengan Dasar Kerajaan Dan Kepentingan
Negara;Memberikan Khidmat Nasihat Dan Rundingan Kepada Sekolah Dan
Pengurusan Mana-Mana Badan Tentang Pengujian Pendidikan.
LESTARI CINTA KHAIRIAH SOLEHAH Page 17
MANUAL TUGAS GURU SMA KHAIRIAH 2020
LESTARI CINTA KHAIRIAH SOLEHAH Page 18
MANUAL TUGAS GURU SMA KHAIRIAH 2020
LESTARI CINTA KHAIRIAH SOLEHAH Page 19
MANUAL TUGAS GURU SMA KHAIRIAH 2020
LESTARI CINTA KHAIRIAH SOLEHAH Page 20
MANUAL TUGAS GURU SMA KHAIRIAH 2020
KETETAPAN / DASAR SEKOLAH
SMA KHAIRIAH ,KUALA TERENGGANU
LATAR BELAKANG
Dasar sekolah ditetapkan supaya menjadi garis panduan kepada Pengurusan Akademik, HEM dan Ko-
Kurikulum sekolah ini .Dasar ini dibentuk berlandaskan kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan.
DASAR SEKOLAH
Melaksanakan Dasar Pendidikan Negara dan program yang ditetapkan oleh kerajaan dengan cemerlang,penuh
kesedaran,rasa bertanggungjawab,dedikasi dan amanah.
Meletakkan kepentingan pelajar mengatasi kepentingan diri sendiri.
Mengamalkan cita-cita dan prinsip Rukun Negara dan perkhidmatan cemerlang.
Dasar kurikulum,HEM dan Ko-Kurikulum yang dilaksanakan mestilah memenuhi kehendak Pejabat Pelajaran
Daerah,JPNT dan KPM.
Sebagai salah sebuah sekolah SABK,prasyarat yang ditentukan oleh Bahagian Pendidikan Islam KPM dan Sektor
Pengurusan Islam akan dipatuhi sepenuhnya.
Mengadakan atau mewujudkan hubungan baik dengan mana-mana jabatan lain atau badan-badan swasta.
Mengadakan atau menjalinkan hubungan yang baik dan akrab dengan ibubapa atau penjaga pelajar serta
masyarakat umum.
Membina dan mengamalkan semangat kekitaan dalam kalangan warga sekolah,SMA/SABK,sebagai satu
pasukan padu dan kuat berdasarkan semangat kekeluargaan.
Memberi galakan kepada guru dan staf sokongan untuk meninggikan ilmu pengetahuan.
Mempraktiskan budaya kerja cemerlang dan sistematik menepati konsep ‘Kerja bersama’.
Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum,HEMdan Ko-kurikulum diadakan minimum 3 kali setahun.
Mengutamakan program akademik,sekiranya bertembung dengan program lain.
1.DASAR KURIKULUM : PENYATAAN DASAR KURIKULUM
Latar Belakang.
Kurikulum merupakan urusan utama yang menjadi tumpuan dalam bidang pendidikan. Satu dasar yang
komprehensif, selaras dan berkesan mengurus pencapaian akademik serta mampu menangani keseluruhan
masalahnya amat perlu disediakan. Objektif.
Penetapan dasar kurikulum ini amat penting bagi mencapai objektif-objektif berikut :-
1.1.1 Menjadi garis panduan kepada warga sekolah dalam melaksanakan pengurusan kurikulum di sekolah
1.1.2 Memantapkan pengurusan kurikulum dan pentadbiran di sekolah pada semua peringkat iaitu
Pengetua, GPK Akademik dan Pentadbiran, Guru Kanan Bidang, Ketua Panitia, setiausaha-setiausaha
jawatankuasa kurikulum dan juga guru-guru penolong.
1.1.3 Memenuhi keperluan standard kualiti pengurusan pendidikan yang ditetapkan di dalam instrument
Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM).
2. Dasar.
2.1 Setiap dasar dan peraturan yang digunapakai hendaklah selaras dengan Dasar Pendidikan
Kebangsaan.
2.2 Kurikulum yang dilaksanakan hendaklah memenuhi kehendak Kementerian Pelajaran, Jabatan
Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah.
2.3 Mematuhi segala peraturan dari masa ke semasa dari Sektor Pendidikan
2.4 Dalam apa-apa keadaan program kurikulum/akademik perlulah diutamakan berbanding program lain
sekiranya berlaku pertindihan program di sekolah
LESTARI CINTA KHAIRIAH SOLEHAH Page 21
MANUAL TUGAS GURU SMA KHAIRIAH 2020
3. Mesyuarat.
3.1 Jawatankuasa Kurikulum.
3.1.1 Ahli jawatankuasa kurikulum dikehendaki sekurang-kurangnya mengadakan mesyuarat sebanyak 4
kali setahun termasuk post mortem peperiksaan.
3.1.2 SU Kurikulum hendaklah menyediakan minit mesyuarat setiap kali mesyuarat dan mengedarkan
kertas tindakan minit dalam tempuh satu minggu sebelum setiap mesyuarat kepada setiap pihak yang
berkenaan dalam minit untuk dilaporkan tindakan yang perlu dan dibentang dalam mesyuarat.
3.1.3 Minit mesyuarat hendaklah diedarkkan kepada ahli mesyuarat sekurang-kurangnya seminggu selepas
mesyuarat untuk makluman dan tindakan ahli mesyuarat.
3.1.4 Setiap panitia dikehendaki mengadakan mesyuarat masing-masing minima 4 kali termasuk post
mortem mata pelajaran masing-masing.
3.1.5 Minit mesyuarat panitia mata pelajaran hendaklah disimpan di dalam fail pengurusan panitia, satu
salinan kepada GP Kanan Pentadbiran dan SU Kurikulum untuk simpanan/rekod.
3.1.6 Agenda mesyuarat kurikulum hendaklah meliputi :-
3.1.6.1 Pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat.
3.1.6.2 Laporan tindakan minit dan perkara berbangkit.
3.1.6.3 Laporan peruntukan dan perbelanjaan kewangan bidang/panitia
3.1.6.4 Laporan GK Mata Pelajaran
3.1.6.5 Takwim aktiviti kurikulum.
3.1.6.6 Rancangan program peningkatan pencapaian akademik.
3.1.6.7 Pelan strategi, taktikal dan operasi bersama analisa SWOT.
3.1.6.8 Penetapan gred peperiksaan menengah rendah dan menengah atas.
3.1.6.9 Pengurusan peperiksaan/ujian dalaman dan awam
3.1.6.10 Kerja kursus dan pentaksiran serta pemeriksaan buku latihan/ujian
3.1.6.11 Pengurusan buku rekod mengajar, kelas dan PDPc.
3.1.6.12 Kursus-kursus dalaman/perkembangan staf.
3.1.6.13 Pengurusan PDPc.
3.1.7 Agenda mesyuarat post mortem hendaklah melibatkan perbincangan :-
3.1.7.1 Analisa pencapaian panitia mata pelajaran.
3.1.7.2 Laporan post mortem analisa mata pelajaran
3.1.7.3 Laporan pelaksanaan dan keberkesanan program akademik
3.1.7.4 Cadangan penambahbaikan program
3.1.7.5 Takwim program-program.
3.2 Sukatan dan huraian sukatan pelajaran.
3.2.1 Isi kandungan.
3.2.1.1 Sukatan pelajaran setiap subjek hendaklah sentiasa terkini termasuk huraian sukatan pelajaran
(HSP).
3.2.1.2 Sukatan dan Huraian Sukatan Pelajaran yang terkini mesti ada dalam simpanan / fail panitia mata
pelajaran.
3.2.1.3 Setiap guru mata pelajaran mesti meletakkan / menampalkan sukatan dan huraian sukatan
pelajaran terkini di dalam buku rekod mengajar.
3.2.1.4 Sekiranya tidak disertakan di dalam rekod mengajar hendaklah dimasukkan ke dalam fail dan boleh
disediakan / diserahkan dalam tempuh lima minit apabila diminta berbuat demikian oleh pihak pemantau /
pencerap / penyelia.
3.2.1.5 Bagi kes disimpan di dalam fail, pada ruangan sukatan dan huraian sukatan pelajaran di dalam buku
rekod mengajar hendaklah dituliskan “sila rujuk fail sukatan pelajaran”.
3.2.1.6 Fail hendaklah diserahkan bersama-sama buku rekod mengajar untuk semakan dan pengesahan
oleh pengetua pada penghantaran pertama awal sesi persekolahan.
3.2.2 Penyimpanan dan senggaraan.
3.2.2.1 Buku Rekod Mengajar hendaklah dilengkapkan sebelum memulakan sesuatu proses pengajaran dan
pembelajaran di- dalam bilik darjah.
3.2.2.2 Guru hendaklah membawa buku rekod mengajar setiap kali melaksanakan proses P&P.
LESTARI CINTA KHAIRIAH SOLEHAH Page 22
MANUAL TUGAS GURU SMA KHAIRIAH 2020
3.2.2.3 Buku Rekod Mengajar hendaklah dihantar untuk disemak oleh pengetua atau GPK atau guru kanan
bidang mengikut ketetapan sekolah pada akhir hari persekolah setiap minggu.
3.2.2.4 Buku Rekod Mengajar adalah dokumen rasmi setiap orang guru dan kehilangannya perlu dilaporkan
kepada pihak polis.
3.2.2.5 Setiap maklumat di dalam Buku Rekod Mengajar hendaklah diisi dengan lengkap dan sempurna.
3.2.2.6 Setiap guru adalah bertanggungjawab menjaga keselamatan, kebersihan dan kekemasan Buku
Rekod Mengajar masing-masing.
3.2.2.7 Rancangan pelajaran harian mestilah sekurang-kurangnya mengandungi lima (5) perkara asas
seperti di dalam Surat pekeliling Ikhtisas (SPI) Bil 3/1999 :-
3.2.2.7.1 Tajuk / Isi Pelajaran
3.2.2.7.2 Objektif pelajaran
3.2.2.7.3 Aktiviti
3.2.2.7.4 KBKK
3.2.2.7.5 Refleksi
3.2.2.8 Rancangan pelajaran mestilah dipatuhi semasa melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran
dalam kelas.
3.2.2.9 Sekiranya seseorang guru itu tidak dapat hadir bertugas atau tidak dapat melaksanakan proses
PDPc, buku rekod mesti dilengkapkan dan diserahkan kepada pengetua sehari sebelum bagi maksud diambil
alih tugas oleh guru pengganti.
3.2.2.10 Buku rekod mengajar mestilah diserahkan kepada pihak sekolah pada akhir sesi persekolahan
hujung tahun.
3.2.2.11 Menulis buku rekod mengajar hendaklah menggunakan dakwat warna hitam atau biru sahaja.
3.2.2.12 Bagi sekolah yang menggunakan system e-book bagi tujuan rancangan mengajar, hendaklah
dipastikan bahawa setiap rancangan telah dicetak dan dibawa masuk ke dalam kelas.
3.3 Pelaksanaan dan ketetapan tempuh sukatan.
3.3.1 Sukatan pelajaran hendaklah dihabiskan setiap tahun seperti berikut :-
3.3.1.1 Tingkatan 1, 2 dan 4 dihabiskan pada bulan September.
3.3.1.2 Tingkatan 3 dihabiskan pada bulan Julai.
3.3.1.3 Tingkatan 5 dihabiskan pada bulan Ogos.
3.3.2 Pendidikan Bestari – kaedah pengajaran dan pembelajaran hendaklah:-
3.3.2.1 Berpusatkan murid.
3.3.2.2 Menggunakan bahan bantu mengajar (BBM)
3.3.2.3 Menggunakan dan menguasai kaedah P&P terkini seperti konteksual, pembelajaran masteri dan
lain-lain.
3.3.2.4 Kualiti pengajaran dan pembelajaran hendaklah sentiasa dipertingkatkan.
4. Sistem fail.
4.1 Satu sistem fail sekolah hendaklah diguna selaras dengan sistem pengurusan fail JPN negeri masing-
masing.
4.2 Fail pengurusan kurikulum/bidang/panitia hendaklah disimpan di satu tempat yang teratur bagi
memudahkan rujukan dan seliaan.
4.3 GK Mata Pelajaran hendaklah menyelia fail-fail panitia setiap 6 bulan dan memberi teguran sekiranya
perlu terutama berkaitan dengan perbelanjaan kewangan.
4.4 Bilangan fail sebanyak 10 buah sepertimana yang telah ditetapkan oleh JPN meliputi : -
4.4.1 Fail surat menyurat
4.4.2 Fail minit mesyuarat
4.4.3 Fail sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran
4.4.4 Fail pekeliling ikhtisas
4.4.5 Fail jadual waktu guru
4.4.6 Fail profil guru mata pelajaran
4.4.7 Fail takwim akademik
4.4.8 Fail analisa peperiksaan / post mortem
LESTARI CINTA KHAIRIAH SOLEHAH Page 23
MANUAL TUGAS GURU SMA KHAIRIAH 2020
4.4.9 Fail bank soalan
4.4.10 Rekod pemantauan
5. Peperiksaan.
5.1 Pengurusan peperiksaan dan penilaian
5.1.1 AJK peperiksaan dan penilaian adalah terdiri daripada:-
5.1.1.1 Pengerusi - Pengetua
5.1.1.2 N.Pengerusi - PK Pentadbiran
5.1.1.3 Setiausaha - GK Bidang
5.1.1.4 Penyelaras PMR
5.1.1.5 Penyelaras SPM
5.1.1.6 Penyelaras tingkatan
5.2 Takwim peperiksaan.
5.2.1 Ujian bulanan
5.2.2 Peperiksaan penggal.
5.2.3 Ujian topikal
5.2.4 Peperiksaan PT3 dan SPM
5.3 Jadual kerja.
5.3.1 Panitia mesti menentukan jadual penyediaan dan penggubalan soalan mengikut tingkatan.
5.3.2 Semua soalan mestilah disemak oleh Ketua Panitia dan mendapat sokongan GKMP
5.3.3 Soalan hendaklah dicetak 2 minggu sebelum peperiksaan dan disimpan dalam bilik soalan.
5.3.4 Setiap kertas soalan mesti dicetak secara mencukupi untuk semua tingkatan.
5.3.5 Setiap soalan mestilah siap dibungkus dan dicatatkan kelas/tingkatan, nama pengawas dan
pemeriksa.
5.3.6 Ditaip menggunakan huruf “Times Roman” dengan saiz 12.
5.3.7 Soalan objektif hendaklah ditaip dalam satu kolum atau dua kolum sahaja.
5.3.8 Semua bungkusan kertas soalan hendaklah ditampalkan “cover” bermaklumat yang telah disediakan
oleh unit peperiksaan.
5.4 Panduan penggubal soalan.
5.4.1 Digubal mengikut peperiksaan sebenar.
5.4.2 Soalan mestilah meliputi sukatan pelajaran yang telah diajar pada setiap kelas/tingkatan dan
dipersetujui oleh setiap guru mata pelajaran.
5.4.3 Setiap set soalan mestilah dibina berdasarkan JSU sama ada aras soalan dan juga jumlah soalan
5.4.4 Penggubal hendaklah menyediakan skema jawapan bagi setiap soalan dan diperbanyakkan bagi
keperluan pemeriksa.
5.4.5 Penggubal hendaklah mendapat pengesahan dari ketua panitia dan juga Guru Kanan Bidang sebelum
mencetak soalan.
5.4.6 Satu salinan kertas soalan hendaklah diserahkan kepada SU Kurikulum bagi tujuan rekod / bank
soalan selain simpanan panitia.
5.4.7 Bagi tujuan cetakan, penggubal hendaklah mendapatkan pengesahan dari Penolong Kanan.Borang
cetakan disediakan.
5.4.8 Penggubal hendaklah memastikan tiada berlaku kebocoran soalan sehingga waktupeperiksaan.
5.5 Pengawasan peperiksaan.
5.5.1 Setiausaha peperiksaan bertanggungjawab menguruskan penyediaan dewan dan bilik peperiksaan.
5.5.2 Jarak kedudukan meja peperiksaan hendaklah memenuhi peraturan peperiksaan sebenar.
5.5.3 PK Akademik dan SU peperiksaan bertanggungjawab mengumumkan tarikh peperiksaan dan jadual
pengawasan.
5.5.4 Satu peraturan peperiksaan hendaklah dimaklumkan kepada guru dan juga murid.
5.5.4.1 Pengetua bertanggungjawab dengan budi bicara membenar atau tidak membenarkan peperiksaan
ulangan bagi murid yang tidak menghadiri peperiksaan TOV,ujian 1 & Peperiksaan percubaan PT3 dan SPM.
5.5.5 Pengawas hendaklah berada di dalam bilik atau dewan peperiksaan sekurang-kurangnya 10 minit
sebelum waktu peperiksaan berlangsung bagi memastikan kesediaan murid menghadapi peperiksaan.
LESTARI CINTA KHAIRIAH SOLEHAH Page 24
MANUAL TUGAS GURU SMA KHAIRIAH 2020
5.5.6 Sebuah jam besar perlu disediakan di hadapan bilik/dewan peperiksaan bagi keperluan murid
merancang masa menjawab soalan.
5.5.7 Pengawas bertanggung jawab memastikan murid bersedia menjalani dan mematuhi segala peraturan
peperiksaan.
5.5.8 Pengawas bertanggungjawab mengumpul dan menyerahkan kertas jawapan kepada guru pemeriksa
setelah tamat peperiksaan.
5.5.9 Pengawas bertanggungjawab memastikan murid tidak menipu dalam peperiksaan dan mengawal
keluar masuk murid dari bilik atau dewan peperiksaan sepanjang waktu peperiksaan.
5.6 Dasar peratusan markah untuk menengah rendah.
5.6.1 Peperiksaan Pertengahan Tahun 100% markah.
5.6.2 Jumlah markah akhir tahun 100% akan menentukan kedudukan kelas pada tahun berikutnya.
5.7 Dasar peratus markah menengah atas.
5.7.1 Peperiksaan Pertengahan Tahun 100% markah
5.7.2 100% markah akhir tahun untuk menentukan kedudukan kelas tahun berikutnya.
5.8 Format peperiksaan.
5.8.1 Ujian bulanan – masa menjawab hanya 1 jam sahaja dan melibatkan topik-topik yang diajar pada
bulan-bulan semasa.
5.8.2 Peperiksaan penggal – masa menjawab adalah mengikut masa sebenar. Soalan hendaklah meliputi
sukatan yang perlu dihabiskan. Pengendalian peperiksaan juga perlu mengikut piawaian peperiksaan yang
ditetapkan oleh pihak JKuasa Kurikulum.
5.9 Jadual pengawasan.
5.9.1 Ujian bulanan - Mengikut jadual peribadi guru.
5.9.2 Masa ujian - Serentak selama seminggu
5.9.3 Peperiksaan penggal - Mengikut jadual berpusat
5.9.4 Masa peperiksaan - Mengikut keperluan peperiksaan awam.
5.10 Rekod markah.
5.10.1 Markah ujian bulanan dan peperiksaan penggal dicatatkan di dalam buku rekod mengajar guru dan
juga buku rekod pencapaian akademik.
5.10.2 Buku rekod pencapaian akademik murid hendaklah disediakan oleh guru tingkatan tidak lewat tiga
minggu dari tarikh tamat peperiksaan dan hendaklah ditandatangani oleh guru tingkatan dan Pengetua atau
GPK Akademik.
5.10.3 Buku rekod pencapaian akademik murid hendaklah ditandatangani oleh ibubapa atau penjaga pada
majlis yang ditetapkan oleh sekolah.
5.10.4 Slip peperiksaan hendaklah dihantar kepada ibubapa atau penjaga secara pos. Satu salinan hendaklah
disimpan dalam fail/folder khas pelajar dan disimpan di bilik bimbingan dan kaunseling.
5.10.5 Rekod pencapaian kelas hendaklah ditampal di hadapan bilik darjah dan juga papan kenyataan umum
untuk tatapan warga sekolah dan juga ibubapa/penjaga.
5.11 Syarat lulus.
5.11.1 Bagi menengah rendah (tingkatan 1 hingga 3) syarat lulus adalah mengikut keputusan mesyuarat
jawatankuasa kurikulum.
5.11.2 Bagi menengah atas (tingkatan 4, 5 dan 6) syarat lulus adalah mengikut garis panduan PPD, Jabatan
Pelajaran Negeri dan BPI.
5.11.3 Pelajar yang mendapat gred “D” dalam mana-mana matapelajaran peperiksaan penggal dianggap
sebagai tidak mencapai tahap memuaskanuntuk tingkatan 1, 2 dan 3.
5.12 Gred markah peperiksaan.
5.12.1 Menengah Rendah (tingkatan 1, 2 dan 3)
5.12.1.1 A = 85 – 100= Cemerlang
5.12.1.2 B = 70 – 84 = Terbaik
5.12.1.3 C = 65 – 69 = Kepujian
5.12.1.4 D = 50 – 54 = Lulus
5.12.1.5 E = 0 – 49 = Gagal
5.12.2 Menengah atas (tingkatan 4 dan 5)
LESTARI CINTA KHAIRIAH SOLEHAH Page 25
MANUAL TUGAS GURU SMA KHAIRIAH 2020
5.12.2.1 A+ = 95 – 100 = Cemerlang
5.12.2.2 A = 80 – 94 = Cemerlang
5.12.2.3 A- = 70 – 79 = Cemerlang
5.12.2.4 B+ = 65 – 69 = Kepujian
5.12.2.5 B = 60 – 64 = Kepujian
5.12.2.6 C+ = 55 – 59 = Kepujian
5.12.2.7 C = 50 – 54 = Kepujian
5.12.2.8 D = 45 – 49 = Lulus
5.12.2.9 E = 40 – 44 = Lulus
5.12.2.10 G = 0 – 39 = Gagal
5.13 Post Mortem.
5.13.1 Satu mesyuarat bersama guru mata pelajaran hendaklah diadakan bagi membincangkan post mortem
setiap mata pelajaran.
5.13.2 Post mortem secara bertulis hendaklah disediakan dan dibentangkan oleh Ketua Panitia setiap kali
peperiksaan PMR, SPM dan STPM dan peperiksaan penggal dikeluarkan dalam mesyuarat Jkuasa kurikulum.
5.13.3 Kekuatan dan kelemahan hendaklah dikenalpasti secara individu dan secara keseluruhan.
5.13.4 Setiap guru ada fail pelajar cemerlang dan pelajar kritikal untuk diambil tindakan sewajarnya.
5.13.5 Maklumat terperinci pelajar berkenaan perlu disalurkan kepada HEM dan guru kaunseling.
6. Jadual Waktu.
6.1 Pengurusan jadual waktu.
6.1.1 Ketua Panitia dan Guru kanan mata pelajaran hendaklah bertanggungjawab menyediakan “work load”
jadual waktu.
6.1.2 “Work Load” jadual waktu yang telah disahkan hendaklah diserahkan kepada Penolong Kanan
Akademik untuk diserahkan kepada jawatankuasa jadual waktu ada akhir sesi persekolahan.
6.1.3 Jadual waktu persekolah hendaklah disediakan sebelum sesi persekolah baru bermula dan diserahkan
kepada guru berkenaan pada hari mesyuarat guru kali pertama.
6.1.4 Jumlah waktu setiap mata pelajaran hendaklah mengikut ketetapan seperti yang termaktub di dalam
akta pelajaran.
6.1.5 Tambahan waktu setiap mata pelajaran dibenarkan mengikut keperluan sekolah dengan persetujuan
mesyuarat kurikulum.
6.1.6 Jadual waktu anjal disarankan diamalkan pada waktu yang difikirkan perlu.
6.1.7 Dasar pengagihan mata pelajaran hendaklah wujudkan di sekolah. Keutamaan mengajar sesuatu mata
pelajaran hendaklah kepada guru opsyen terlebih dahulu, pemeriksa kertas dan seterusnya.
6.1.8 Jadual guru ganti hendaklah disediakan pada setiap hari termasuk hari peperiksaan/ujian.
6.1.9 Penolong Kanan hendaklah mengesahkan ketidak hadiran guru dan memaklumkan kepada penyelaras
jadual waktu agar menyediakan jadual guru ganti.
6.1.10 Guru yang telah mengetahui akan menjalankan tugas di luar sekolah digalakkan menawarkan waktu
P&P mereka kepada guru lain.
7.Buku teks, Pusat Sumber Sekolah
7.1 Buku teks.
7.1.1 Semua guru hendaklah sentiasa menggunakan buku teks Kementerian Pelajaran secara optimum dan
menjadikannya sebagai rujukan utama dalam P&P. Buku-buku rujukan lain dibenarkan sebagai rujukan tetapi
tidak dibenarkan dipaksakan kepada murid memilikinya.
7.1.2 Semua guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris mesti memastikan Komponen Sastera dibaca oleh
semua pelajar dalam masa 60 hari selepas menerima buku teks. Semakan perlu dibuat melalui hasil sinopsis
pelajar dalam Rekod Bacaan Nilam.
7.2 Pusat Sumber sekolah.
7.2.1 Penggunaan PSS pada waktu P&P hanya dibenarkan untuk tujuan pengajaran berfokus di bawah
bimbingan guru.
LESTARI CINTA KHAIRIAH SOLEHAH Page 26
MANUAL TUGAS GURU SMA KHAIRIAH 2020
7.2.2 Guru-guru ganti digalakkan membawa pelajar ke PSS untuk mencari maklumat.
7.2.3 Program NILAM PSS harus diselia oleh guru bahasa. Slip Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Akhir
Tahun perlu dicatatkan bilangan buku Program NILAM yang dibaca oleh pelajar.
7.2.4 Buku-buku rujukan dan bahan bantu mengajar hendaklah dijadikan aset panitia dan digunakan secara
optimum.
7.2.5 Jawatankuasa PSS perlu mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 4 kali setahun.
7.2.6 GPK 1 perlu memantau penggunaan PSS melalui buku log dan senarai semak.
8. Pemantauan dan Penyeliaan.
8.1 Pengajaran dan Pembelajaran.
8.1.1 Pengajaran dan pembelajaran guru / pelajar di dalam bilik darjah hendaklah dicerap sekali dalam
seminggu
8.1.2 Guru-guru Kanan akan dicerap oleh Pengetua, Guru Penolong dan Guru-guru kanan matapelajaran.
8.1.3 Jadual waktu pencerapan kan dikeluarkan pada setiap tahun.
8.1.4 Guru dinasihatkan berbincang untuk menetapkan tarikh dan masa yang sesuai untuk dicerap
8.1.5 Ketua panitia perlu mencerap guru-guru di bawah panitia masing-masing.
8.1.6 Semua penolong kanan dan guru kanan akan diselia oleh Pengetua.
8.2. 1 PENGURUSAN PANITIA
8.2.2 Pengurusan Panitia m/pelajaran mestilah mematuhi Surat Pekeliling Iktisas
Bil 4/1986
8.2.3 Pengurusan Panitia m/pelajaran juga mestilah mematuhi Sistem Pengurusan
Kualiti SPK ISO MS 9001 /2000.
8.2.4. Pengurusan Panitia diletakkan sepenuhnya dibawah pengawasan GKMP .
8.2. 5 Panitia m/pelajaran hendaklah berfungsi sepenuhnya dalam menentukan
keberkesanan pengajaran guru dalam kelas.
8.2.6 Perancangan dan tindakan Panitia hendaklah merujuk kepada TOV dan ETR dalam
pengurusan prestasi m/pelajaran.
8.2.7 Panitia mestilah menentukan jumlah latihan yang perlu diberikan kepada pelajar
sepanjang tahun dalam mesyuarat Panitia
8.2.8 SU Panitia perlu berusaha mendapatkan dan mengamalkan strategik
pengajaran yang enovatif dan boleh mendorong dan meningkatkan kecenderongan para pelajar terhadap
pembelajaran.
8.2.9 Pengurusan Panitia secara on line atau web based mestilah menjadi keutamaan
8.2.10 Mesyuarat Panitia mestilah dijalankan dalam tempoh dua minggu selepas mesyuarat
kurikulum dan dihadiri oleh pentadbir.Satu salinan minit mesyuarat Panitia hendaklah
diserahkan kepada pengetua melalui SU JKS.
8.2.11 SU Panitia hendaklah menyelenggarakan Fail Panitia dan semua minit atau laporan
mesyuarat ,surat menyurat dan rekod-rekod yang berkaitan dengan diselia oleh Ketua
Panitia
8.2.12 Pengurusan panitia diletakkan sepenuhnya di bawah pengawasan guru kanan mata pelajaran yang
berkenaan.
8.2.13 Penolong Kanan akan menyelia semua panitia dua kali setahun.
8.2.14 Semua fail pengurusan panitia akan disemak / selia dan diletakkan di dalam bilik khas.
8.2.15 Panitia mesti menentukan dalam mesyuarat bahawa jumlah latihan yang berkesan perlu diberikan
kepada para pelajar sepanjang tahun.
8.2.16 Semua panitia perlu membuat perancangan strategik, perancangan taktikal dan perancangan operasi
yang lengkap dan menepati format KPM sesuai dengan keperluan sekolah.
8.2.17 Panitia juga perlu menyediakan penetapan TOV, OTI, ETR dan ATR bagi setiap mata pelajaran.
8.2.18 Guru-guru Kanan hendaklah memastikan panitia membelanjakan peruntukan kewangan
secara optima, berkesan dan mematuhi peraturan kewangan sedia ada.
LESTARI CINTA KHAIRIAH SOLEHAH Page 27
MANUAL TUGAS GURU SMA KHAIRIAH 2020
8.3 Penilaian dan peperiksaan.
8.3.1 Penolong Kanan bertanggungjawab sepenuhnya membantu Pengetua dalam pengurusan dan
penyeliaan ujian dan peperiksaan di sekolah.
8.3.2 Jawatankuasa Unit Penilaian dan peperiksaan sekolah dibentuk dan diberikan senarai tugas tahunan.
8.4 Bilik-bilik khas.
8.4.1 Semua bilik khas akademik mesti diurus dengan sempurna.
8.4.2 Penyeliaan adalah seperti berikut :-
8.4.2.1 Bilik Bahasa - Guru Kanan Bahasa
8.4.2.2 Bilik Kemanusiaan - Guru Kanan Kemanusiaan
8.4.2.3 Bilik PPSMI/Makmal - Guru Kanan Sains/Matematik
8.4.2.4 Bilik Pendidikan Islam - Guru Kanan Pendidikan Islam
8.4.2.5 Bilik APD - Guru Media
8.4.2.6 Bilik KKQ - Penyelaras PSS
8.4.2.7 Bengkel KH - Guru Kanan Teknik / Vokasional.
8.5 Jadual, Buku Rekod dan peraturan Penggunaan serta sebuah jawatankuasa pengurusan bilik-bilik khas
perlu diwujudkan dan berfungsi.
8.6 Keceriaan, kebersihan dan keselamatan bahan dan peralatan hendaklah sentiasa diutamakan sepanjang
masa.
8.7 Jawatankuasa Pemantauan adalah terdiri dari :-
8.7.1 Pengetua.
8.7.2 Penolong Kanan Pentadbiran
8.7.3 Penolong Kanan HEM
8.7.4 Penolong Kanan Kokurikulum
8.7.5 Guru-Guru Kanan Bidang / Mata Pelajaran.
8.8 Penyeliaan Buku Latihan Murid
8.8.1 Tugasan murid akan diselia oleh pihak pengurusan dua kali setahun.
8.8.2 Semua guru akan menyerahkan 10 buah buku latihan secara rawak dari setiap kelas yang diajar untuk
disemak oleh ketua panitia.
8.8.3 Semua ketua panitia dikehendaki menyerahkan 10 buah buku latihan pelajar dan kelas yang diajar
kepada Guru Penolong Kanan Akademik untuk disemak.
8.8.4 Semua Penolong Kanan hendaklah menyerahkan 10 buah buku latihan pelajar kepada Pengetua untuk
semakan.
8.9 Mekanisma kawalan
8.9.1 Setiap bukti pentaksiran (evidence) mestilah disimpan di tempat yang selamat dan mudah dipantau.
8.9.2 Semua bahan bukti pentaksiran (evidence) hendaklah disimpan selama tempuh tiga (3) tahun
sebelum dicadangkan untuk hapuskira.
8.10 Pelajar / murid
8.10.1 Semua Pelajar mestilah menyiapkan kerja kursus seperti yang ditetapkan oleh guru/panitia
8.10.2 Urusan penskoran pelajar yang berpindah hendaklah diuruskan oleh pihak sekolah.
8.10.3 Setiap panitia perlu mengeluarkan sijil PBS kepada setiap pelajar.
8.11 Pentaksir.
8.11.1 Pentaksir sekolah terdiri daripada guru matapelajaran yang ditetapkan oleh sekolah
8.11.2 Ketua pentaksir sekolah (ketua panitia) akan mengambil alih tugas pentaksir sekiranya berlaku kes -kes
khas.
8.11.3 Setiap pentaksir perlu diberi surat pelantikan oleh pihak sekolah bagi tahun semasa..
8.12 Pentaksiran.
8.12.1 Mata pelajaran yang ditaksir adalah berdasarkan arahan Lembaga Peperiksaan Malaysia.
8.12.1.1 Setiap pentaksir mesti akur dan patuh kepada Jadual Kerja yang ditetapkan oleh Lembaga
Peperiksaan dan Sekolah
8.12.1.2 Pentaksiran hendaklah dilaksanakan mengikut piawaian format Lembaga Peperiksaan Malaysia.
LESTARI CINTA KHAIRIAH SOLEHAH Page 28
MANUAL TUGAS GURU SMA KHAIRIAH 2020
8.12.1.3 Pentaksir digalakkan mengadakan pemeriksaan semula pentaksiran sekiranya pelajar tidak
mencapai tahap yang diperlukan atau tidak puas hati dengan markah yang diperolehi (peperiksaan penggal
dan peperiksaan percubaan sahaja).
8.12.2 Surat pemberitahuan pelaksanaan pentaksiran perlu diedarkan kepada ibubapa untuk maklumat dan
tindakan yang perlu dilakukan oleh ibubapa pelajar.
9. Perkembangan staf, kajian tindakan dan Bimbingan Taulan.
9.1 Perkembangan staf.
9.1.1 Sebuah jawatankuasa perkembangan staf hendaklah diwujudkan di sekolah bagi merancang dan
menentukan kandungan serta hala tuju kursus yang dilaksanakan.
9.1.2 Mesyuarat boleh dilakukankan sekurang-kuranngnya 3 kali setahun mengikut keperluan sekolah.
9.1.3 Setiap guru dikehendaki menghadiri tidak kurang dari 7 hari dalam setahun dan dicatatkan dalam kad
biru yang disediakan dan ditandatangani oleh urusetia kursus.
9.1.4 Kursus-kursus dalaman (in house training) boleh diadakan mengikut keperluan sekolah dengan
menyediakan proses pelaksanaannya :-
9.1.5 Mengedarkan borang keperluan dan senarai kursus untuk dipilih oleh guru.
9.1.6 Menganalisis semua borang dan menentukan kandungan kursus yang lebih utam a dan diperlukan.
9.1.7 Keutamaan kursus yang hendakl dilaksanakan adalah yang boleh mempertingkatkan penguasaan dan
kemahiran P&P guru di dalam kelas.
9.1.8 Penilaian impak kursus perlulah dilakukan bagi menilai keperluan membuat kursus susulan dan
sebagainya kepada para guru. Cadangan penambahbaikan hendaklah disediakan sekiranya terdapat
kekurangan dalam pelaksanaan kursus.
9.1.9 Laporan perkembangan staf hendaklah dihantar ke PPD, JPN dank e Bahagian Pendidikan Islam.
9.1.10 Salinan kad biru yang telah disahkan hendaklah dihantar ke Unit Perkhidmatan, Jabatan Pendidikan
Negeri untuk direkodkan dalam Buku Rekod Perkhidmatan (BRP) di awal tahun berikutnya.
9.2 Kajian Tindakan.
9.2.1 Sebuah jawatankuasa kajian tindakan hendaklah ditubuhkan di bawah Jawatankuasa Kurikulum
Sekolah yang dipengerusikan oleh Pengetua.
9.2.2 Jawatankuasa perlulah bermesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali setahun mengikut keperluan sekolah.
9.2.3 Setiausaha hendaklah dilantik dari kalangan guru yang memiliki pendidikan peringkat Sarjana.
9.2.4 Pihak Pengurusan Sekolah hendaklah mengenal pasti isu-isu penting yang berlaku di sekolah dan
menentukan topik yang perlu dibuat kajian tindakan.
9.2.5 Kumpulan kajian tindakan ditentukan oleh pihak Pengurusan Sekolah dan diselia oleh seorang mentor
bagi setiap kumpulan.
9.2.6 Jawatankuasa hendaklah dimaklumkan tentang perkembangan kajian tindakan tersebut dalam
mesyuarat.
9.2.7 Pembentangan hasil kajian hendaklah dibuat dalam mesyuarat JKuasa dan diikuti dengan keputusan
cadangan tindakan kepada pihak pengurusan sekolah.
9.2.8 Hasil kajian juga perlu dibentang dalam mesyuarat guru bersama dengan keputusan-keputusan
jawatankuasa untuk dilaksanakan oleh warga sekolah.
9.2.9 Hasil kajian tindakan dan laporan pelaksanaan hendaklah dihantar ke Unit Kurikulum JPN (Sektor
Pendidikan Islam), Bahagian Pendidikan Islam dan EPRD.
9.3 Bimbingan dan Taulan.
9.3.1 Sebuah Jawatankuasa Bimbingan dan Taulan hendaklah ditubuhkan di peringkat sekolah dai bawah
Jawatankuasa PPSMI.
9.3.2 Pihak Pengurusan Sekolah hendaklah melantik guru Rakan Pembimbing mengikut syarat dan
kelayakan yang ditetapkan.
9.3.3 Guru-guru matematik dan sains yang mendapat aras 1 dan 2 diwajibkan mengikuti modul yang
disediakan oleh Kementerian berdasarkan jangkamasa yang telah ditetapkan oleh Kementerian.
LESTARI CINTA KHAIRIAH SOLEHAH Page 29
MANUAL TUGAS GURU SMA KHAIRIAH 2020
9.3.4 Laporan hendaklah dihantar 3 kali setahun ke Bahagian Pendidikan Guru dan juga PPD daerah masing-
masing.
9.3.5 Satu salinan guru-guru yang telah menghadiri kursus modul hendaklah dihantar ke Bahagian
Pendidikan Islam, Unit Pengurusan Akademik untuk makluman dan rekod.
10. Program Kementerian Pelajaran.
10.1 Program Kementerian/Jabatan.
10.1.1 Sekolah hendaklah memastikan segala program Kementerian dan Jabatan yang diarahkan sama ada
program kurikulum, dilaksanakan mengikut ketentuan masa yang ditetapkan.
10.1.2 Pihak sekolah juga dikehendaki menyediakan dokumentasi dan laporan pelaksanaan program -
program Kementerian/Jabatan.
2. JAWATANKUASA KURIKULUM
2.1 Mesyuarat JKS mestilah dilaksanakan 4 kali setahun bagi membincangkan
pengurusan dan pelaksanaan,masalah dan isu kurikulum.
2.2 Pengurusan mesyuarat mestilah mematuhi prosedur system pengurusan kualiti
SPK MS ISO 9001 :2000
2.3. Setiausaha dilantik dari kalangan GKMP.
2.4. Minit mesyuarat diserahkan kepada pihak pengurusan dalam masa 3 hari
selepas mesyuarat untuk semakan.
2.5. Hasil mesyuarat JKS hendaklah dimaklumkan dalam mesyuarat Panitia
untuk tindakan dan maklumbalas yang sewajarnya mestilah disampaikan
kepada Setiausaha JKS.
2.6. JKS mestilah sentiasa membuat penyeliaan dan penilaian impak terhadap
pelaksanaan kurikulum di dalam semua matapelajaran.GKMP berserta Ketua
Panitia dipertanggungjawabkan sepenuhnya.
3. SUKATAN PELAJARAN & RANCANGAN PELAJARAN
3.1 SP dan RHP adalah dokumen rasmi kurikulum dan mestilah sentiasa dirujuk apabila merancang
proses PdP.
3.2 Salinan SP ,HSP dan RHP yang telah disahkan oleh pengetua mestilah dilampirkan bersama di dalam
buku rekod mengajar.
3.3 Guru mestilah menghayati objektif m/pelajaran yang tercatat dalam HSP dengan memantapkan
kemahiran tentang konstrak-konstrak peperiksaan awam m/pelajaran yang diajar.
3.4 Salinan SP ,HSP dan RHP mestilah dimiliki oleh setiap panitia/guru.
3.5 RHP disediakan oleh semua guru sebelum PdPc.
3.6 Buku rekod mengajar mestilah dibawa setiap kali masuk kelas
3.7 Melengkapkan SP sebelum Julai bagi PMR,Ogos bagi SPM dan September bagi tingkatan 1,2 dan 4.
3.8 Rancangan Pelajaran harian mengandungi 4 perkara asas:-
Tajuk / Isi Pelajaran
Hasil Pembelajaran/Objektif
Aktiviti
Refleksi
Melengkapkan sukatan pelajaran sebelum bulan September .
Sukatan pelajaran merentas kurikulum.
LESTARI CINTA KHAIRIAH SOLEHAH Page 30
MANUAL TUGAS GURU SMA KHAIRIAH 2020
5. PAKEJ M/PELAJARAN DAN PEPERIKSAAN MENENGAH RENDAH:
KURIKULUM BERSEPADU DINI 10 M/PELAJARAN
Bahasa Melayu Bahasa Arab Bahasa Inggeris Sejarah SRT/RBT
Geografi ( LAM) Matematik Sains KSV
KB DINI
5.2 MENENGAH ATAS
PAKEJ MATA PELAJARAN TINGKATAN 4 2020
STEM KEMANUSIAAN DAN (10 MP) PERNIAGAAN DAN PSV
(11 MP) SASTERA IKHTISAS -PA DINI TULEN (10 MP)
DAN MT(10 MP)
BIL M/P KOD BIL M/P KOD BIL M/P KOD BIL M/P KOD
1 BM 1103 1 BM 1103 1 BM 1103 1 BM 1103
1119 2 BI 1119
2 BI 1119 2 BI 1119 2 BI 1449 3 MM 1449
1249 4 SEJ 1249
3 MM 1449 3 MM 1449 3 MM 5401 5 USUL 5401
5402 6 SYA 5402
4 SEJ 1249 4 SEJ 1249 4 SEJ 5403 7 LAM 5403
5404 8 SN 1511
5 USUL 5401 5 USUL 5401 5 USUL 5405 9 PNG 3755
1511 10 PSV 2661
6 SYA 5402 6 SYA 5402 6 SYA
7 LAM 5403 7 LAM 5403 7 LAM
8 FIZ 4531 8 SN 1511 8 MANAHIJ
9 KIM 4541 9 PA 3756 9 ADAB
10 BIO 4551 10 MT 3472 10 SAINS
11 MT 3472
LESTARI CINTA KHAIRIAH SOLEHAH Page 31
MANUAL TUGAS GURU SMA KHAIRIAH 2020
6. PENILAIAN & PEPERIKSAAN
1. Semua urusan peperiksaan yang dijalankan menepati ekuiti dalam peperiksaan.
2. Sekolahbertanggungjawab menyediakan semua pelajar bagi peperiksaan yang
ditetapkan di bawah akta Pendidikan 1996
3. Sistem peperiksaan kebangsaan dilaksanakan berlandaskan pentaksiran berpusat
serta penekanan kepada penilaian formatif .Pentaksiran sekolah ataupun peperiksaan
dalaman dilaksanakan berdasarkan prosedur dan mekanisme yang telah ditetapkan di dalam pekeliling
peperiksaan peringkat sekolah Bil.02/2008.
4. PK Pentadbiran dan Penyelaras Peperiksaan akan bertanggungjawab sepenuhnya
membantu pengetua dalam pengurusan dan penyeliaan peperiksaan dan ujian .
5. Keputusan peperiksaan akhir tahun akan menentukan kedudukan kelas tahun berikutnya.
6. Format peperiksaan dan masa mengikut keperluan peperiksaan awam.
7. Markah peperiksaan disimpan dalam SAPS / e-pantau secara on line
8. Bagi peperiksaan akhir tahun,keputusan akan diposkan kepada ibubapa.
9. Semua guru bertanggungjawab menyediakan post-mortem seterusnya diserahkan kepada Ketua
Panitia masing-masing.
10. Pembetulan markah ujian dibenarkan dalam masa dua hari selepas tarikh akhir
peperiksaan.
11. Pelajar yang tidak hadir ke sekolah dibenarkan mengambil peperiksaan dengan izin / budi bicara
pengetua.
7. GURU GANTI
1. Guru yang bercuti digalakkan menjual waktu kepada guru-guru lain .
2. Menyediakan bahan untuk pengajaran guru ganti
3. Guru hendaklah mematuhi arahan jadual waktu
4. S/U unit bilik-bilik khas diminta menyediakan jadual waktu penggunaan bilik
masing-masing.Satu salinan disampaikan kepada pentadbir sekolah
8. SYARAT KEMASUKAN KE SMAKH
1. Tingkatan Satu : Sekurang-kurangnya 3A / 25 unit dalam UPSR
2. Tingkatan Empat : 4A 2B
9. JADUAL WAKTU
Jumlah waktu mengajar mengikut ketetapan Akta Pendidikan 1996
Tambahan waktu setiap m/pelajaran dan waktu anjal dibolehkan mengikut keperluan sekolah
Jumlah waktu maksima guru ialah 28 waktu seminggu
Waktu sebelum rehat pada hari Isnin akan diblok untuk kumpulan pengurusan mengadakan m esyuarat.
10.TAKWIM PEPERIKSAAN
Tingkatan 1,2, & 4 Peratusan Markah Tingkatan 3 & 5
100% Peperiksaan TOV
Peperiksaan Pertengahan Tahun 100%
100% Peperiksaan OTI
Penggal Akhir Tahun 100% Peperiksaan Percubaan
Peperiksaan Awam
Ujian Setara Setara 1- Februari 100%
Setara 2 - April
Setara 3 - Julai
LESTARI CINTA KHAIRIAH SOLEHAH Page 32
MANUAL TUGAS GURU SMA KHAIRIAH 2020
11.SISTEM PENGREDAN MENENGAH ATAS TG.4 & TG.5
GRED MARKAH NILAI GPK GRED MARKAH NILAI GPK
A+ 90-100 0 C 50-59 6
A 80-89 1 D 45-49 7
A- 75-79 2 E 40-44 8
B+ 70-74 3 G 1-39 9
B 65-69 4 TH 0 0
C+ 60-64 5
12. PERANCANGAN PELAKSANAAN BAHAN PRESTASI SPM 2018
BIL TOV/OTI TARIKH
(CADANGAN MPSM)
1 TOV (TG 5 ) 4 - 25 FEB
2 OTI 1 (PPT)(TG 5 ) 20 MEI - 7 JUN
3 OTI 2 (TRIAL)(TG 5 ) 31 JULAI - 16 OGOS
4 SPM 5 NOV – 3 DISEMBER
13. PEMANTAUAN GURU
1. Jawatankuasa tetap pemantauan akademik:-
1. Pengetua
2. PK Pentadbiran
3. PK HEM
4. PK Ko-kurikulum
5. GKMP
2. Penyeliaan guru oleh PK Pentadbiran dan GKMP akan dilaksanakan dua kali
Setahun.
3 . Ketua Panitia juga digalakkan menyelia guru-guru.
4. Pengetua akan menyelia Penolong Kanan dan GKMP
5. JKS akan menghantar laporan penyeliaan ke JPNT setiap awal bulan.
14. PENYELIAAN BUKU LATIHAN PELAJAR
Mekanisma dan proses kerja penyeliaan buku kerja,buku latihan dan hasil kerja pelajar akan disediakan oleh
Ketua Panitia / GKMP.
Pengurusan sekolah akan menyelia 10 buah buku kerja pelajar bagi setiap kelas,dua kali setahun.
Pergerakan penyeliaan buku latihan:-
Guru m/pelajaran Ketua Panitia GKMP PK Pentadbiran / Pengetua.
Rekod penyeliaan buku kerja pelajar hendaklah diserahkan kepada PK Pentadbiran.
LESTARI CINTA KHAIRIAH SOLEHAH Page 33
MANUAL TUGAS GURU SMA KHAIRIAH 2020
15. BILIK-BILIK KHAS
Semua bilik khas akademik mesti diurus dengan sempurna.
Rekod penggunaan ,peraturan penggunaan serta jawatankuasa mesti diwujudkan.
Keselamatan bahan/peralatan diutamakan
Waktu tempahan sehari sebelum PdP
Penyeliaan seperti berikut:
Bilik Tanggungjawab Masa Penggunaan
S/U & G Kanan Bahasa Masa PdP
Bilik Bahasa S/U & GK Sains & Matematik
Bilik PPSMI/Makmal GK Votek
Guru Media
Bengkel KHB
Bilik Media /APD/Bilik SU / GK Mate & Sains
Sumber
Bilik Matematik
16. ANGGARAN PERBELANJAAN TAHUNAN PANITIA
Dasar perbelanjaan akan ditentukan dalam mesyuarat kewangan sekolah.
Ketua Panitia boleh mengemukakan cadangan pembelian buku dan ABM melalui “Kertas minta”
dipejabat,kemudian dirujuk kepada GKMP / Pengetua untuk memberi keizinan pembelian.
Dasar perolehan,penggunaan,penyelenggaraan dan verfikasi tahunan mesti mengikut arahan perbendaharaan
yang sedang berkuatkuasa.
10% peruntukan tahunan mesti disimpan untuk tahun berikutnya.
Bajet hendaklah berdasarkan peruntukan wang kerajaan dan wang SUWA yang ada.
Pihak pengurusan hendaklah membentangkan perbelanjaan sekolah mengikut tahun semasa.
17. BUKU TEKS,PUSAT SUMBER SEKOLAH & BAHAN BACAAN
Buku teks yang dibekalkan dimaksimumkan penggunaannya
Keselamatan dan keadaan buku teks hendaklah diselia dua kali setahun
Program NILAM akan diselia sepenuhnya oleh SU Nilam / guru bahasa.Penyemakan buku Nilam pelajar
dilakukan sekali dalam 3 bulan oleh guru bahasa bagi 3 bahasa.
Komponen sastera dalam bahasa Melayu hendaklah meliputi semua pengajarannya dalam kelas.
Jadual penyemakan akan dikeluarkan oleh Guru Penyelaras PSS
18. DASAR PENINGKATAN AKADEMIK
Dasar kurikulum menyokong sepenuhnya semua program peningkatan akademik kearah kecemerlangan
pelajar
Semua program utama yang berlangsung dalam PdPc dibuat berdasarkan keperluan panitia
JK Akademik adalah nadi membantu semua panitia dalam merancang dan melaksanakan program akademik
Panitia diminta mengemukakan kertas cadangan yang relevan untuk program akademik.
19. PERKEMBANGAN STAF
1. Kursus perkembangan staf ( guru & kumpulan sokongan ) diadakan sekurang- Page 34
kurangnya 7 kali setahun
2. Kursus ini dirancang mengikut keperluan dan peruntukan yang disediakan.
3. Semua guru yang telah menghadiri kursus mesti memberi taklimat kepada
Pengetua / PK Pentadbiran
4. Kursus dalaman akan dianjurkan oleh guru berkenaan mengikut keperluan.
LESTARI CINTA KHAIRIAH SOLEHAH
MANUAL TUGAS GURU SMA KHAIRIAH 2020
5. Tajuk kursus mengikut keperluan semasa
6. Pendedahan kursus kepada guru dan kumpulan sokongan
7. Kursus dalaman diadakan pada awal tahun mengikut keperluan
8. Guru yang berkursus diluar akan mengisi borang Minit curai,dan diserahkan
kepada PK Pentadbiran/pengetua.
2.JAWATANKUASA HAL EHWAL MURID
1.0 DASAR KUALITI HAL EHWAL MURID
Jawatankuasa HEM adalah komited untuk membantu meralisasikan wawasan,visi,misi dan objektif sekolah
melalui program dan aktiviti yang berkualiti.
Objektif Jawatankuasa HEM
1 Membantu untuk membangun murid yang berdisiplin ,berakhlak mulia dan menghayati nilai murni bangsa.
1.2.2 Berkeupayaan berbakti untuk kesejahteraan diri ,masyarakat ,bangsa dan negara
2. Mewujudkan iklim sekolah yang selamat ,sihat,bersih,indah dan ceria.
3. Meningkatkan khidmat bantuan dan kebajikan kepada pelajar.
2.0 BIDANG HAL EHWAL MURID(HEM)
1. Disiplin dan pembangunan sahsiah
2. Keselamatan,kesihatan,kebersihan dan keceriaan
3. Kebajikan dan Bantuan
4. Skim Pinjaman buku teks
5. Pendaftaran kemasukan pelajar
6. Asrama
3.0 PANDUAN TUGAS BAHAGIAN HAL EHWAL MURID
(Rujuk Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Guru Besar dan Guru.Kem.Pend.Malaysia,KL,1988,ms 51,222-
231)
1) Menggubal peraturan-peraturan sekolah,mengkajinya dari masa kesemasa bagi tujuan pengubahsuaian.
2) Membincang kes2 disiplin yang berat sebelum keputusan muktamat diambil ke atas murid berkenaan
3) Membincang masalah kebajikan seseorang pelajar dengan tujuan mencari jalan membaiki kelakuannya.
4) Mengkaji dan membincangkan pandangan,pendapatan,dan cadangan daripada murid
,guru,ibu bapa dan masyarakat umum mengenai kebajikan terutamanya disiplin sekolah.
5) Memberi pandangan dari hal perlantikan pengawas-pengawas sekolah.
6)Mengadakan mesyuarat sidang penuh bagi membentangkan dan membincangkan
cadangan tambahan dan pindaan kepada peraturan dan membincangkan perkara-perkara
Yang berkaitan dengan kebajikan pelajar.
7) Mengadakan mesyuarat sidang kes dari masa kesemasa mengikut budi bicara pengerusi untuk kes -kes
tertentu.
8) Menyelaras dan menentukan unit-unit HEM berfungsI
9) Melibatkan guru-guru dalam meningkatkan kebajikan sekolah dengan memberi fikiran dan pandangan
melalui perbincangan dalam menggubal peraturan-peraturan sekolah dan jika perlu dan mengkaji semula dari
masa ke semasa.
10) Kes-kes disiplin yang berat perlu dirujuk kepada Pengetua sebelum tindakan diambil ke atas pelajar
berkenaan.
11) Membincangkan masalah kebajikan murid dengan tujuan untuk membimbing dan
membantu dalam menangani masalah tersebut. Menimbang dan menerima pandangan dan cadangan dari
pelajar, guru serta ibu bapa mengenai hal-hal yang berkaitan dengan disiplin sekolah. Memberi bimbingan
dan panduan dalam hal pelantikan pengawas-pengawas sekolah.
LESTARI CINTA KHAIRIAH SOLEHAH Page 35
MANUAL TUGAS GURU SMA KHAIRIAH 2020
12. Mesyuarat :
12.1 Ada 2 jenis mesyuarat jawatankuasa ini iaitu mesyuarat sidang penuh dan mesyuarat sidang kes.
Kekerapan kedua-dua mesyuarat ini diadakan adalah terpulang kepada keperluan dan budi bicara Pengetua.
12.2 Mesyuarat sidang penuh ialah mesyuarat yang diadakan bagi membentang dan membincangkan
peraturan yang digubal, membentang dan membincanbkan cadangan tambahan dan pindaan kepada
peraturan yang ada dan membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan kebajikan pelajar-pelajar.
Semua ahli jawatankuasa dikehendaki hadir.
12.3 Mesyuarat sidang kes ialah mesyuarat yang diadakan dari masa ke semasa mengikut keperluan tertentu
apabila Pengetua / Pengerusi berpendapat bahawa siding demikian perlu diadakan.
12.4 Dalam semua mesyuarat sidang kes, Ahli Jawatankuasa dikehendaki hadir.
12.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke semasa
2. JAWATANKUASA LEMBAGA DISIPLIN
1. Merangka dan menentukan dasar-dasar disiplin dan peraturan sekolah berpandukan pekeliling
Kementerian dan Jabatan Pendidikan.
2. Memastikan semua guru adalah guru disiplin dalam usaha menguatkuasakan peraturan sekolah.
3. Membantu menyelesaikan masalah-masalah disiplin yang tidak dapat diselesaikan oleh Pengawas.
4. Membantu Lembaga Disiplin Sekolah untuk mengesan dan mengesahkan kesalahan-kesalahan serius
yang boleh membawa kepada hukuman penggantungan sementara atau hukuman buang sekolah
berpandukan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975. Setiausaha Lembaga Disiplin atas nasihat boleh mem anggil
mesyuarat tergempar untuk membincangkan kes-kes berat mengenai disiplin.
5. Membantu Pengetua merangka dan menggubal peraturan-peraturan sekolah
6. Menentukan peraturan sekolah dipatuhi sepanjang masa,di dalam atau di luar sekolah
7. Menjadi penyelaras di antara pengetua dan guru-guru di dalam hal disiplin pelajar
8. Menjalankan hukuman disiplin sekiranya diwakili oleh pengetua.
9. Menjadi pegawai perhubungan di antara pihak sekolah dengan ibu bapa/penjaga di dalam masalah disiplin.
10. Membantu pengetua menimbulkan semangat kesetiaan dan kekitaan di kalangan pelajar dan guru
11. Bekerjasama dengan guru bertugas mengurus perhimpunan mingguan dan harian
12. Merekodkan kesalahan/tindakan
13. Menyediakan laporan / maklumat disiplin untuk perhatian JPN/PPD/Pengetua
10) Merancang dan melaksanakan program peningkatan disiplin.
14. Sentiasa berhubung rapat dengan kaunselor untuk menyelesaikan masalah pelaja
3 JAWATAN KUASA DISIPLIN
1.Membantu menyelesaikan masalah-masalah disiplin yang tidak dapat diselesaikan oleh Pengawas.
2..Membantu Lembaga Disiplin Sekolah untuk mengesan dan mengesahkan kesalahan-kesalahan serius yang
boleh membawa kepada hukuman penggantungan sementara atau hukuman buang sekolah berpandukan
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975. Setiausaha Lembaga Disiplin atas nasihat Pengetua boleh memanggil
mesyuarat tergempar untuk membincangkan kes-kes berat mengenai disiplin.
3.Mewujudkan sistem rekod disiplin kelas dan sistem pemantauan yang berkesan.
4. Bekerjasama dengan pengawas sekolah untuk menguruskan kawalan disiplin dalam semua majlis sekolah.
5.Berusaha menanam semangat cintakan sekolah serta mengamalkan Prinsip-prinsip Rukunegara.
6.Menerima laporan pengawas / guru pengawas dan seterusnya mengambil tindakan yang sewajarnya.
7.Menanam semangat kekitaan melalui slogan “ SEKOLAHKU RUMAHKU “ supaya peraturan sekolah menjadi
satu budaya.
8.Menjalankan hukuman disiplin sekiranya diwakilkan oleh Pengetua.
9.Menjalankan rondaan ( dengan bantuan Guru Bertugas Harian ) untuk mengesan pelajar yang ponteng dan
melanggar disiplin sekolah.
10.Menyediakan dan membekalkan data dan maklumat disiplin kepada Kementerian / Jabatan disiplin pelajar.
11.Merancang dan melaksanakan program dalam meningkatkan kesedaran dan penghayatan disiplin pelajar.
12.Menjadi Pegawai Perhubungan di antara ibu bapa / penjaga dalam menangani masalah disiplin.
LESTARI CINTA KHAIRIAH SOLEHAH Page 36
MANUAL TUGAS GURU SMA KHAIRIAH 2020
13. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke semasa.
4. JAWATAN KUASA DAFTAR REKOD DAN KEHADIRAN PELAJAR
1. Memastikan semua pelajar baru mempunyai nombor pendaftaran sekolah
2. Menyelia perjalanan urusan pendaftaran pelajar tingkatan 1 dan 4,pertukaran jurusan,pertukaran sekolah
dan rekod-rekod pelajar.
3. Bekerjasama dengan guru kelas semasa proses pendaftaran pelajar baru dijalankan.
4.Menyelia buku jadual kedatangan pelajar agar setiap ruang dan butiran data peribadi ditulis dengan betul.
5. Menyedia dan mengedar fail-fail yang lengkap kepada guru kelas yang terlibat dengan pendaftaran pelajar
baru.
6.Menyimpan rekod bilangan murid mengikut m/pelajaran mereka
5. J/K BIMBINGAN / KAUNSELING & KERJAYA
1.Khidmat Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) meliputi semua aspek bimbingan dan kaunseling iaitu:
1.1 Bimbingan Pelajar
1.2 Bimbingan Kerjaya
1.3 Bimbingan Sosial
1.4 Bimbingan Sahsiah
1.5 Bimbingan Psikologi
1.6 Bimbingan Pencegahan Dadah/ AIDS
2.Menyediakan perancangan tahunan yang berfaedah dan berkesan.
3.Mengelolakan program orientasi
3.1.Penerapan budaya sekolah bagi tingkatan peralihan, satu, empat dan enam
3.2.Penerangan mengenai sukatan dan pemilihan mata pelajaran di peringkat sekolah (KBSM)
3.3.Pemilihan mata pelajaran elektif di peringkat menengah atas.
3.4.Bimbingan peluang-peluang melanjutkan pelajaran dan kerjaya.
4. Mengelola dan mengurus bilik Unit Bimbingan dan Kaunseling secara berkesan.
5. Membentuk pasukan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS).
6. Menubuhkan dan mengelola Kelab Kerjaya.
7. Menyediakan dan memaklumkan jadual tugas, temu janji dan aktiviti Unit Bimbingan dan Kaunseling.
8. Menyelaraskan hubungan dengan Jabatan / agensi luar untuk mendapat khidmat nasihat.
9. Menjalankan soal selidik untuk mendapat maklum balas mengenai budaya sekolah (sampling)
10. Menjalankan ujian khas untuk mengesan potensi, minat dan sahsiah pelajar.
11. Mengadakan program khas bagi kumpulan pelajar yang bermasalah (risiko tinggi)
12. Mengadakan program khas pencegahan dadah / AIDS.
13. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke semasa.
6. JAWATANKUASA LEMBAGA PENGAWAS
1) Membantu Pengetua memilih dan melantik pengawas sekolah
2) Menjadi penasihat kepada Lembaga Pengawas
3) Memastikan pengawas menjalankan tugas dengan sempurna dan berkelakuan baik.
4) Bekerjasama dengan badan disiplin untuk menguatkuasakan peraturan sekolah.
5) Menjaga kebajikan pengawas
7. J/K RAWATAN & KESIHATAN
1. Mengurus dan memastikan bilik rawatan dan peti ubat disediakan dan lengkap.
2. Menyediakan peraturan penggunaan bilik rawatan.
3. Mengumpul dan mengurus kad kesihatan dengan kerjasama guru tingkatan.
LESTARI CINTA KHAIRIAH SOLEHAH Page 37
MANUAL TUGAS GURU SMA KHAIRIAH 2020
4. Bertanggungjawab mengurus pemeriksaan kesihatan atau gigi oleh Jabatan Kesihatan.
5. Menyediakan jadual tugas bilik rawatan.
6. Mengurus pelajar yang memerlukan rawatan.
7. Mengadakan mesyuarat dan minit mesyuarat.
8. Menyediakan laporan tahunan.
9. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke semasa.
8. J/K PDSI (PENGURUSAN DAKWAH DAN SYIAR ISLAM)
1. Merancang program pembangunan Insan Kamil.
2. Melaksanakan program-program Nadwah Islamiah.
3. Mengadakan sambutan Hari Kebesaran Islam.
4. Mengadakan program penghayatan Islam sepanjang bulan Ramadhan.
5. Merancang dan menyelenggara surau sekolah.
6. Menyediakan jadual waktu beribadah secara berjemaah di surau.
7. Menyelaras program-program Nadwah Islamiah yang dianjurkan oleh agensi luar
8. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke semasa
9. BUKU TEKS
1.Mengagihkan buku teks kepada guru serta buku rujukan lain.
2.Menguruskan dan mengemaskini buku stok.
3. Memesan buku-buku teks untuk kegunaan guru.
4.Bertanggungjawab mengumpul kembalI buku-buku yang dipinjamkan kepada guru pada akhir tahun atau bila
guru bertukar /berhenti kerja.
5.Bertanggungjawab menjaga almari buku rujukan guru di bilik guru.
6.Mengisi borang pesanan pada setiap kali pesanan dibuat.
7.Bekerjasama dengan Pembantu Tadbir dalam membuat urusan pembelian buku teks dan buku rujukan.
10. BIASISWA & KEBAJIKAN PELAJAR
1.Pengurusan Biasiswa :
1.1Meneliti pekeliling dari Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan dan pihak penaja untuk memastikan
syarat dipatuhi.
1.2.Menyimpan rekod pemegang biasiswa mengikut jenis dan tingkatan.
1.3.Mengedarkan borang biasiswa kepada pelajar Tingkatan Satu, Empat dan Enam mengikut masa tawaran.
1.4.Menyemak permohonan biasiswa,menentukan tarikh penghantaran,membuat penilaian dan perakuan.
1.5.Memastikan bantuan biasiswa dibankkan dan diagihkan dengan segera.
1.6.Menyemak daftar pemegang biasiswa mengikut tingkatan setiap semesta.
1.7.Memberitahu ibu bapa / penjaga pelajar yang mendapat biasiswa.
Prestasi Pemegang Biasiswa
2.1.Menyemak prestasi pemegang biasiswa dan menyampaikan laporan kepada Penolong Kanan HEM
2.2.Menghantar surat amaran kepada ibu bapa / penjaga bagi pemegang biasiswa yang prestasinya merosot.
3.Menentukan semua pemegang biasiswa mempunyai akaun simpanan Giro (tanpa kad) di Bank Simpanan
Nasional dan pelajar Tingkatan Enam Rendah juga mempunyai akaun sebelum akhir bulan September tahun
semasa.
4.Menentukan daftar buku / rekod penerimaan cek / baucer di pejabat.
5.Mewujudkan borang kawalan pengeluaran dan penggunaan wang biasiswa
6.Memastikan semua buku akaun pemegang biasiswa disimpan di pejabat sekolah.
7.Menentukan semua dokumen disimpan dengan selamat.
8. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke semasa.
LESTARI CINTA KHAIRIAH SOLEHAH Page 38
MANUAL TUGAS GURU SMA KHAIRIAH 2020
10. J / KUASA DEWAN DAN PERHIMPUNAN
1. Berhubung dengan pihak pengurusan untuk menentukan upacara rasmi dan hari perhimpunan.
2. Membuat hebahan bila perhimpunan akan diadakan.
3. Mengurus perjalanan pelajar ke tempat perhimpunan.
4. Memastikan kerusi tetamu dan guru di pentas mencukupi.
5. Memastikan semua peralatan berfungsi dan tersedia sebelum acara rasmi / perhimpunan diadakan.
6. Memastikan perhimpunan berjalan lancar.
7. Menentukan jadualkerja/ senarai semak
laporan dan penilaian perjalanan majlis.
8. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke semasa.
11. JAWATANKUASA ASRAMA
1.Menentukan objektif Kementerian mewujudkan asrama tercapai.
2.Menghebahkan syarat kemasukan ke asrama:-
2.1 Jarak dari rumah ke sekolah
2.2 Tingkatan-tingkatan dalam persijilan
2.3 Kecemerlangan dalam akademik
2.4 Pelajar yatim dan miskin
2.5 Sahsiah diri pelajar
3.Pelajar yang keluar asrama tidak dibenarkanmemohon untuk tinggal di asrama pada masa akan datang
4.Memastikan pengurusan asrama berjalan dengan baik dari segi :
4.1 Makanan
4.2 Kebersihan
4.3 Senarai aktiviti tahunan
5.Merancang aktiviti / kegiatan asrama.
6.Kesalahan disiplin asrama hendaklah dirujuk kepada j/kuasa disiplin asrama.
7.Meningkatkan hubungan jawatankuasa asarama dengan ibubapa / penjaga penghuni.
TUGAS WARDEN
1.Menguruskan kemasukan penghuni baru ke asrama.
2.Menyediakan jadual waktu harian dan menentukan penghuni mematuhinya.
3.Bertanggungjawab jadual waktu harian dan menentukan penghuni mematuhi peraturan asrama.
4.Mengawasi keluar masuk penghuni pada masa cuti, hujung minggu dan pada masa-masa tertentu.
5.Bertanggungjawab atas semua hal makanan, termasuk menu asrama sekiranya tidak ada Pengelola kelas
persediaan dan kelas tambahan ( jika ada )
6.Mengawasi prestasi pelajaran penghuni seperti memeriksa kad laporan, meneglola kelas persediaan dan
kelas tambahan ( jika ada )
7.Merancang dan mengelolakan kegiatan-kegiatan yang sesuai untuk pertumbuhan rohani, jasmani dan sosial
yang sihat di kalangan penghuni.
8.Mengambil tindakan yang sesuai untuk mendapatkan rawatan bagi penghuni yang sakit.
9.Mengelolakan latihan keselamatan diri dan barang-barang penghuni asrama.
10.Bertanggungjawab ke atas keselamatan bangunan dan alatan asrama.
11.Mengawasi penggunaan air dan api oleh penghuni supaya tidak berlaku pembaziran.
12.Bertanggungjawab ke atas pungutan yuran asrama (jika ada) dan perkara-perkara yang berkaitan dengan
kewangan asrama serta menyelenggara rekod-rekod berkenaan seperti buku kira-kira, buku resit dan buku
stok.
13.Mengawasi kerja staf asrama.
LESTARI CINTA KHAIRIAH SOLEHAH Page 39
MANUAL TUGAS GURU SMA KHAIRIAH 2020
14.Mengawasi keluar masuk pelawat dan memastikan tidak ada pelawat yang tidak berada di kawasan
asrama.
15.Menyediakan laporan harian asrama untuk dikemukakan kepada Pengetua pada setiap hujung minggu.
Sekiranya berlaku sesuatu kecemasan hendaklah dimaklumkan segera.
16.Mewakili Pengetua dalam Lembaga Guru Asrama dan bertanggungjawab mengenai dasar dan tatatertib
guru memuaskan.
17.Ketua warden bertugas sebagai Pegawai Kerja yang menentukan tugas guru asrama dilaksanakan dengan
memuaskan.
18.Menyemak Buku Laporan Harian Guru Asrama dan melaporkan kepada Pengetua.
19.Mengadakan mesyuarat dengan guru-guru asrama sekurang-kurangnya sebulan sekali dan diminitkan untuk
disampaikan kepada Pengetua.
20.Menjalankan tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua.
12. JAWATANKUASA KANTIN
1.Memastikan pengusaha kantin mematuhi peraturan dan pekeliling Kementerian Pendidikan / Kesihatan.
2.Memastikan jenis-jenis makanan dan minuman dijual mengikut syarat perjanjian
3.Memastikan mutu makanan dan harga jualan berpatutan mengikut syarat-syarat perjanjian dan senarai
harga hendaklah dipamerkan.
4.Memastikan tidak ada makanan yang bahannya tidak halal
5.Memastikan penyediaan dan peralatan yang digunakan bersih dan selamat
6.Memastikan keadaan dalam dan luar kantin sentiasa bersih, kemas dan ceria.
7.Memastikan semua pekerja kantin telah menjalani pemeriksaan kesihatan dan memiliki kad kesihatan yang
sah.
8.Memastikan pihak pengusaha kantin berada di premis supaya mudah dihubungi.
9.Memastikan semua penjual dan kakitangan di kantin sentiasa memakai apron, tutup kepala yang bersih dan
kemas mengikut pekeliling Kementerian Kesihatan.
10.Memastikan semua makanan ditutup dengan tudung saji / kain maslin / disimpan dalam bekas yang
tertutup.
11.Memaklumkan kepada pihak pengusaha tentang hari-hari persekolahan.
12.Memasrikan makanan yang disediakan untuk harian mencukupi.
13.Memastikan pelajar dan guru mempunyai tempat duduk yang mencukupi, selamat dan sesuai.
14.Membuat laporan mingguan di dalam buku / borang laporan kantin.
15.Menyampaikan Laporan Bulanan kepada Pengetua / Penolong Kanan HEM tentang prestasi kantin.
16.Mengadakan mesyuarat jawatankuasa kantin 3 kali setahun dan perbincangan dari masa ke semasa.
17.Memastikan perkhidmatan dan layanan cepat dan mesra.
18.Menjadi penasihat warden kantin (sekolah berasrama ) :
18.1 Merancang dan menyelaras tugas warden kantin
18.2 Meneliti laporan warden kantin
18.3 Mengambil tindakan ke atas kes-kes yang dilaporkan oleh warden kantin
13. J/K KURIKULUM SEKOLAH SELEPAS PEPERIKSAAN (KSSP-PT3) Page 40
1. Melantik AJK dan membentuk biro-biro pelajar untuk tugas khas.
2. Merancang jadual aktiviti sepanjang tahun.
3.Menjalankan tugas yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke semasa.
14 . J / KUASA SURAU / MUSOLLA
1. Melantik AJK dan membentuk biro-biro pelajar untuk tugas khas.
2. Merancang jadual aktiviti sepanjang tahun.
3. Menyediakan anggaran belanjawan.
LESTARI CINTA KHAIRIAH SOLEHAH
MANUAL TUGAS GURU SMA KHAIRIAH 2020
4. Memastikan kebersihan kawasan sekeliling surau termasuk tandas dan lain-lain.
5. Memastikan keceriaan surau.
6. Mengambil tindakan semerta untuk mengatasi kelemahan yang dapat dikesan.
7. Menjalankan tugas yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke semasa
15 . J/KUASA KESELAMATAN SEKOLAH
1. Melantik AJK dan membentuk biro-biro pelajar untuk tugas khas.
2. Merancang jadual aktiviti sepanjang tahun.
3. Menyediakan anggaran belanjawan.
4.Menyediakan petunjuk/papan tanda paker untuk tetamu.
5. Mengadakan program khas bagi kumpulan pelajar untuk menghadapi berbagai bermasalah disekolah
13. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke semasa
16 . J/K KELAB PENCEGAHAN JENAYAH
1. Melantik AJK dan membentuk biro-biro pelajar untuk tugas khas.
2. Merancang jadual aktiviti sepanjang tahun.
3. Menyediakan anggaran belanjawan.
5. Mengadakan program khas bagi kumpulan pelajar yang bermasalah (risiko tinggi)
6. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke semasa
17. J/K KEBERSIHAN,KESIHATAN DAN KESELAMATAN (3K)
1.Membantu pihak sekolah mengawasi dan mempertingkatkan kebersihan dan keceriaan sekolah dari
masa ke semasa.
2. Menyediakan pelan induk lanskap sekolah.
3. Merancang dan menaja berbagai-bagai projek kebersihan dan keceriaan sekolah seperti :
3.1 Kempen Kebersihan
3.2 Pertandingan Kebersihan Kelas
3.3 Pertandingan Mengarang Esei
Kebersihan
3.4 Ceramah-ceramah Kebersihan
3.5 Pertandingan Poster Kebersihan
3.6 Menanam bunga / pokok di
kawasan sekolah.
4. Mengadakan projek-projek bersama di antara pihak sekolah dengan pihak luar (PIBG, Persatuan Bekas
Pelajar dan sebagainya ) bagi mempertingkatkan mutu kebersihan sekolah.
5. Menguatkuasakan segala arahan dan peraturan sekolah mengenai kebersihan dan keceriaan dan menyelia
kerja-kerja kebersihan yang dijalankan oleh AJK ini.
6. Menyusun jadual kerja yang dijalankan oleh jawatankuasa ini dari masa ke semasa dan membuat laporan
kemajuan kerja.
18. J/K PENCEGAHAN DADAH
1.Membantu pihak sekolah mengawasi dan mempertingkatkan kawalan terhadap murid daripada anasir-anasir
luar yang berusaha menjerumuskan mereka kepada perbuatan pengambilan dadah
2. Mengadakan program khas pencegahan dadah / AIDS.
3. Mengadakan projek-projek bersama di antara pihak sekolah dengan pihak luar (PIBG, Persatuan Bekas
Pelajar dan sebagainya ) bagi mempertingkatkan kawalan pencegahan dadah
LESTARI CINTA KHAIRIAH SOLEHAH Page 41
MANUAL TUGAS GURU SMA KHAIRIAH 2020
4. Menguatkuasakan segala arahan dan peraturan sekolah mengenai program pencegahan dadah/AIDS
5.Menyusun jadual kerja yang dijalankan oleh jawatankuasa ini dari masa ke semasa dan membuat laporan
kemajuan kerja.
DASAR PENGURUSAN HAL EHWAL MURID (HEM)
PENGENALAN
Pengurusan Hal Ehwal Murid adalah antara aspek utama untuk membantu pengurusan sekolah. Ini bermakna
pencapaian prestasi berkualiti pengurusan Hal Ehwal Murid boleh membantu untuk menghasilkan sekolah
berkesan serta boleh mencapai visi dan misi sekolah ke arah kegemilangan.
Dengan adanya permintaan dan harapan yang tinggi dalam kalangan murid dan masyarakat seluruhnya
terhadap kemampuan sekolah, pentadbir sekolah seharusnya memainkan peranan yang lebih daripada hanya
menjalankan fungsi pentadbiran dan penyelenggaraan. Pentadbir sekolah mesti berupaya menjadi penggerak
dan penggalak perubahan untuk mempengaruhi ahli-ahli dalam sekolah menuju ke arah kecemerlangan.
Untuk membantu individu supaya seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek sebagaimana yang
tercerna dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan bukanlah satu perkara yang mudah. Di peringkat sekolah ia
berkehendakkan satu perancangan yang lebih berstruktur dan strategik untuk memastikan sesebuah sekolah
itu memenuhi ciri-ciri
institusi yang berjaya dalam bidang akademik dan bukan akademik.
DASAR PENGURUSAN KELAS
Buku Jadual Kedatangan Murid (BJKM)
a) Semua butiran murid hendaklah dilengkapkan dalam bulan pertama persekolahan (Januari).
b) Menandakan BJKM pada setiap hari persekolahan sebelum pukul 7.30 pagi. Sila ambil perhatian terhadap
murid yang datang lewat dan murid ponteng sekolah. Murid yang datang lewat dikira sebagai hadir.
Bagaimanapun, sekolah perlu menyediakan rekod nama, kelas, masa tiba dan sebab kelewatan untuk tujuan
nasihat dan tindakan penambahbaikan.
c) BJKM hendaklah ditandakan seperti simbol-simbol berikut:
Bil Simbol Maksud
1/ Murid yang hadir
20 Murid yang tidak hadir tanpa sebab
3S Tidak hadir kerana sakit (dengan dokumen sokongan)
4C Bercuti (dengan dokumen sokongan)
5L Murid lewat ke sekolah dan dikira hadir
d) Guru Kelas bertanggungjawab dalam memastikan kebersihan, kekemasan dan keselamatan Buku Jadual
Kedatangan. Cecair pemadam tidak boleh digunakan. Segala kesilapan hendaklah dipotong dan ditandatangani
ringkas.
e) Semua BJKM hendaklah sentiasa berada di bilik guru untuk memudahkan Guru Kelas merekodkan data
kehadiran murid dalam Sistem Pengurusan Sekolah (SPS).
7.2 Pas Keluar
a) Semua guru hendaklah mendapatkan dua keping pas kebenaran keluar daripada GPK HEM pada awal tahun.
b) Mana-mana murid yang ingin keluar kelas untuk ke tandas, berjumpa guru dan sebagainya mesti mendapat
kebenaran daripada guru mata pelajaran serta memakai pas berkenaan.
c) Guru-guru diingatkan bahawa hanya membenarkan seorang pelajar lelaki atau dua orang pelajar perempuan
untuk keluar dalam satu masa.
LESTARI CINTA KHAIRIAH SOLEHAH Page 42
MANUAL TUGAS GURU SMA KHAIRIAH 2020
d) Guru-guru berhak menahan dan meminta murid balik ke kelas untuk mendapatkan pas daripada guru
berkenaan atau guru yang berada dikelas sebelahnya jika tiada guru.
** Jika pelajar ingin balik rumah atau keluar dari kawasan sekolah, dia dikehendaki mendapat kebenaran
daripada Guru Besar, Penolong Kanan atau Guru Kelas dengan mengisi dalam Buku Rekod Meminta Kebenaran
Balik Awal di pejabat am dan menelefon kepada ibu bapa/ keluarganya untuk mengambil mereka.
**Jika guru mendapati ada pelajar yang keluar tanpa kebenaran, sila memberi amaran atau laporkan kepada
Guru Besar atau Penolong Kanan dengan segera.
7.3 Disiplin Murid
a) SEMUA GURU ADALAH GURU DISIPLIN. Oleh itu, guru-guru mestilah memastikan murid mematuhi semua
peraturan sekolah setiap masa.
b) Guru-guru mestilah memberi nasihat dan teguran jika mereka dapati seseorang murid itu melakukan
kesalahan disiplin.
c) Guru-guru mestilah memaklumkan kesalahan-kesalahan disiplin murid yang berat kepada Ketua Guru
Disiplin / PK HEM / Guru Besar.
d) Hukuman yang dikenakan mestilah mematuhi prosedur yang telah ditetapkan oleh KPM serta setimpal
dengan kesalahan murid. Ini bertujuan supaya murid tidak terasa teraniaya dan akan menerima hukuman
dengan rela hati.
e) Tiada sentuhan badan kepada murid atau tingkah laku negatif guru yang boleh menimbulkan prasangka
kepada murid.
f) Semua guru perlu menjadi role model – contoh teladan yang baik kepada murid-murid.
7.4 Kawalan /Tanggungjawab Guru
a) Guru mestilah mengenali setiap nama murid mereka. Ini dianggap sebagai satu usaha bahawa guru
mempunyai sikap keprihatinan dan mengenali mereka sebagai seorang individu. (Amalan Budaya Penyayang)
b) Guru hendaklah memahami dan mengenali mana-mana murid yang sering menimbulkan masalah disiplin
dan memberikan tumpuan yang lebih terhadap mereka bagi mendapatkan kerjasama.
c) Jangan memulakan proses Pembelajaran dan Pengajaran jika murid tidak memberi tumpuan atau sedang
bising dan bercakap sesama sendiri.
d) Jangan membiarkan murid-murid berkumpul di hadapan meja guru sedangkan murid-murid lain dibiarkan
bising di tempat mereka atau di belakang kelas.
e) Guru haruslah memeriksa kebersihan kelas termasuk bahagian kaki lima kelas / varendah.
f) Guru-guru haruslah mengambil perhatian terhadap murid-murid yang selalu tidak membuat kerja rumah
atau tugasan dalam kelas. Cuba kena pasti sebab-sebabnya dan ambil tindakan yang sewajarnya.
7.5 Dasar Umum Disiplin
a) Setiap murid wajib memiliki buku peraturan sekolah dan perlu difahami dan dipatuhi.
b) Pada awal tahun permulaan semasa persekolahan, murid akan diberi penjelasan dan penerangan tentang
peraturan sekolah dan tindakan-tindakan disiplin yang dikuatkuasakan.
c) Penerangan dan penjelasan mengenai peraturan disiplin sekolah juga disampaikan kepada murid-murid dari
semasa ke semasa.
7.6 Pemeriksaan Mengejut
a) Pemeriksaan mengejut boleh dijalankan dari semasa ke semasa ke atas murid semasa berada di kelas atau
tapak perhimpunan atas arahan pihak pentadbir.
b) Barang larangan akan dirampas dan maklumat murid tersebut akan direkod oleh guru berkenaan dalam
Buku Rekod Salah Laku Barang Rampasan yang disimpan di bilik Guru Besar.
d) Barang larangan akan disimpan di dalam bilik Guru Besar.
e) Barang rampasan yang mahal (seperti telefon bimbit) hanya oleh dituntut balik oleh ibu bapa/ penjaga
murid selepas berjumpa dengan Guru Besar.
f) Kehilangan barang-barang berharga adalah di bawah tanggungjawab murid-murid.
LESTARI CINTA KHAIRIAH SOLEHAH Page 43
MANUAL TUGAS GURU SMA KHAIRIAH 2020
7.7 Kaedah Mengatasi Disiplin
a) Edarkan senarai kesalahan ringan, sederhana dan berat kepada:
• semua guru
• kelas-kelas(untuk dipamerkan dipapan kenyataan)
• bilik-bilik khas
b) Kes-kes disiplin kesalahan ringan semua guru perlu menanganinya secara berhemat dengan kadar segera
sebelum ianya menjadi kes kesalahan disiplin yang lebih berat.
c) Guru mata pelajaran / guru kelas hendaklah:
Merekod kesalahan murid di Buku Rekod Salah laku Murid Dalam Kelas .Guru Disiplin akan mengumpulkan
rekod kesalahan dan seterusnya membawa ke mesyuarat disiplin mengikut keperluan.
7.8 Pengurusan Perhimpunan
Perhimpunan diadakan sekurang-kurangnya sekali seminggu (Isnin). Masa perhimpunan 30 minit untuk
sekolah rendah, kemudian dimasukkan dalam jadual waktu induk dan kelas.
Perhimpunan akan diuruskan oleh penyelaras perhimpunan, guru bertugas dan pengawas sekolah.
Semua guru dan murid wajib menghadiri perhimpunan kecuali tidak sihat atau sakit.
8.0 DASAR KEBAJIKAN MURID
8.1 Semua bentuk bantuan dan kebajikan murid mesti merujuk kepada data Sistem Maklumat Murid (SMM)
yang sentiasa dikemaskini.
8.2 Pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)
a) Memastikan semua murid mendapatkan 1 set buku teks yang mencukupi selewat-lewatnya hari pertama
sesi baru persekolahan.
b) Melaksanakan arahan perpindahan Murid Bersama Buku Teks Dalam Zon yang Sama (Ruj:
K/P.BT.8945/Jld.28(24) – 17Mac 2008).
c) Guru Kelas mesti memastikan semua buku teks yang diterima oleh murid dibalut kemas dan melengkapisi
maklumat dalam cap SPBT.
d) Guru Kelas juga mesti memastikan mana-mana muridnya yang ingin bertukar sekolah ke negeri lain
memulangkan semula buku SPBT tersebut dengan mengikut tatacara yang telah ditetapkan.
e) Guru SPBT mestilah mengumpulkan semula buku teks pada akhir tahun mengikut tarikh yang ditetapkan
serta membuat senarai murid yang tidak memulangkannya.
f) Murid ”Bukan Warga Negara” (BWN) tidak layak menerima buku SPBT.
8.3 Khidmat Bimbingan dan Kaunseling
a) Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK) mestilah memberikan tumpuan kepada empat fokus utama iaitu:
Pembangunan sahsiah diri murid
Peningkatan disiplin diri murid
Pendidikan kerjaya murid
Psikososial dan kesejahteraan mental murid
b) Unit Bimbingan dan Kaunseling harus diuruskan mengikut etikanya, demi memelihara hak murid. Segala
maklumat murid adalah dianggap sulit dan hanya boleh didedahkan kepada pihak yang berkenaan sahaja.
c) GBK boleh membantu murid-murid dengan memberi bimbingan dan saranan sama ada secara individu atau
kelompok.
d) GBK mestilah mengatur masa untuk memberi khidmat kaunseling kepada murid yang telah diberi surat
amaran ponteng pertama, kedua dan ketiga. Laporan sesi kaunseling perlu disediakan.
e) Guru Disiplin mahupun Guru Kelas boleh merujuk kepada GBK tentang murid yang memerlukan bantuan
kaunseling ataupun murid yang menghadapi masalah disiplin.
F) GBK bertanggungjawab dalam Pengurusan dan Pelaksanaan Pentaksiran Psikometrik (PPsi) serta
pelaksanaan Ujian Aptitud Am.
8.4 Dasar Kebajikan Murid
a) Guru Kelas hendaklah mengenalpasti maklumat berdasarkan SMM:
Bilangan anak yatim di dalam kelas
Bilangan murid yang terdiri daripada keluarga berpendapatan rendah
Bilangan murid OKU
LESTARI CINTA KHAIRIAH SOLEHAH Page 44
MANUAL TUGAS GURU SMA KHAIRIAH 2020
b) Guru kelas hendaklah menguruskan hal-hal berkaitan bantuan yang boleh dipohon oleh murid-murid
berkenaan dan Guru Data merekodkan murid yang berjaya menerima bantuan ke dalam SMM seperti:
Kumpulan Wang Amanah Murid Miskin (KWAMP)
Kadar baharu kelayakan pendapatan untuk memohon KWAPM DSA bagi tahun 2015 ialah jumlah pendapatan
isi rumah tidak melebihi RM920 atau per kapita tidak melebihi RM230.
Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
Untuk tempoh maksimum 190 hari dengan kadar RM3.00 seorang sehari. Waktu makan untuk program ini
ialah pada waktu rehat hari persekolahan.
Kadar baharu kelayakan pendapatan bagi sekolah rendah di Negeri Sarawak ialah jumlah pendapatan isi rumah
tidak melebihi RM600 atau per kapita tidak melebihi RM140. Program Vitamin 1 Malaysia
Murid yang layak menerima multivitamin dan mineral ialah pelajar warganegara Malaysia dari darjah 1 hingga
darjah 6 yang bersekolah di semua sekolah kerajaan dam sekolah bantuan kerajaan yang menerima bantuan
RMT
Terdapat 3 kriteria di mana pelajar tidak boleh diberi multivitamin dan mineral, iaitu :
Pelajar yang disahkan menghidapi penyakit talasemia oleh doktor dan sedang mendapat rawatan transfusi
darah secara berkala.
Pelajar yang sedang diberi vitamin dan mineral di rumah secara rutin.
Pelajar yang sedang menerima rawatan yang diberi multivitamin di klinik atau hospital.
Pelaksanaan
Diberi 3 biji tablet seorang seminggu pada hari persekolahan bersama dengan RMT.
Kebenaran pemberian multivitamin dan mineral oleh ibu bapa / penjaga
Sebelum pemberian multivitamin dan mineral dilaksanakan, setiap pelajar mesti mendapatkan kebenaran
daripada ibu bapa / penjaga masing-masing. Oleh itu, pihak sekolah / guru kelas hendaklah :
i. mengedarkan Borang Kebenaran Pemberian Multivitamin dan Mineral kepada ibu bapa / penjaga
ii. memastikan semua borang dikembalikan dan semua soalan telah dijawab
iii. memastikan ibu bapa / penjaga menandatangan bahagian memberi kebenaran, sebelum multivitamin dan
mineral diberi kepada pelajar
Program Susu 1 Malaysia
Setiap pelajar akan menerima 2 kotak susu (200ml) berperisa coklat, sebanyak 2 kali seminggu.
Skim Takaful Pelajar Malaysia
Skim takaful Pelajar Malaysia untuk para pelajar sekolah adalah bertujuan menyediakan perlindungan dalam
bentuk manfaat kewangan kepada pelajar dan keluarga mereka bagi meringankan beban kewangan yang akan
ditanggung oleh mereka sekiranya berlaku apa-apa bencana, malapetaka dan tragedi kemalangan ke atas diri.
c) Guru Kelas hendaklah memaklumkan kepada PK HEM sekiranya ada di kalangan muridnya yang mendapat
kemalangan / kematian atau bencana alam keluarganya.
d) Derma kilat akan dibuat oleh unit kebajikan dan menyerahkan derma kepada murid berkenaan sekiranya
berlaku kematian / bencana seperti kematian saudara terdekat (ibubapa) atau diri sendiri.
9.0 DASAR KEBERSIHAN DAN KESIHATAN
9.1 Rekod Kesihatan Murid
a) Guru Kelas mestilah memastikan setiap muridnya mempunyai Buku Rekod Kesihatan.
b) Guru Kelas perlu melengkapkan ruang yang tertentu dalam Buku Rekod Kesihatan.
c) Guru Kelas mestilah memastikan buku ini diedarkan kepada ibu bapa / penjaga murid untuk mendapatkan
kebenaran bagi menjalankan pemeriksaan terhadap anak / anak jagaannya.
d) Buku Rekod Kesihatan ini selalunya diperolehi sewaktu murid berada di sekolah rendah lagi. Ia akan dibawa
dan diteruskan penggunaannya sehinggalah ke sekolah menengah.
e) Jika Guru Kelas mendapati muridnya tidak mempunyai atau kehilangan buku tersebut, murid boleh
mendapatkanya daripada PK HEM.
f) Buku Rekod Kesihatan wajib dimiliki oleh setiap murid kerana buku ini diperlukan apabila pemeriksaan fizikal
ataupun semasa suntikan diberikan kepada murid Tahun 1 dan Tahun 6 oleh pegawai kesihatan.
g) Buku Rekod Kesihatan wajib dibawa bersama oleh murid yang bertukar sekolah.
LESTARI CINTA KHAIRIAH SOLEHAH Page 45
MANUAL TUGAS GURU SMA KHAIRIAH 2020
9.2 Kad Pergigian Murid
a) Setiap murid sekolah mempunyai kad pergigian yang dibekalkan setiap tahun.
b) Guru Kelas mestilah memastikan kad ini diedarkan kepada ibu bapa / penjaga murid untuk mendapatkan
kebenaran bagi menjalankan pemeriksaan gigi terhadap anak / anak jagaannya.
c) Kad ini hendaklah diserahkan kepada Jururawat Pergigian Sekolah yang berkenaan dan pemeriksaan akan
dijalankan pada satu tempoh yang ditetapkan.
9.3 Surat Rawatan Murid
a) Murid boleh mendapatkan surat rawatan ini di pejabat sekolah.
b) Surat rawatan ini hendaklah ditandatangani oleh Guru Besar atau mana-mana Penolong Kanan.
c) Surat ini digunakan oleh murid apabila ingin mendapatkan khidmat rawatan di mana-mana hospital atau
klinik kerajaan.
9.4 Murid Sakit
a) Guru Kelas mestilah prihatin jika ada dalam kalangan murid kelasnya yang sakit atau kurang sihat pada hari
tersebut.
b) Jika murid berkenaan ingin meminta izin untuk pulang, Guru mata pelajaran atau Guru Kelas boleh
menghubungi ibu bapa / penjaga berkenaan untuk menjemputnya di sekolah.
c) Guru mata pelajaran atau Guru Kelas tidak boleh membenarkan murid berkenaan pulang sendiri ke rumah
walaupun rumahnya berhampiran dengan sekolah.
d) Jika keadaan kesihatan murid serius atau berlaku kes-kes kecemasan atau kecederaan, Guru Kelas mestilah
menghubungi ibu bapa / penjaga dan menghantar murid berkenaan ke klinik atau hospital terdekat sama ada
menggunakan kenderaan sendiri, kenderan sekolah atau menghubungi ambulans.
e) Guru bertugas harian mestilah merekodkan butiran murid yang dibenarkan pulang dalam Buku Laporan
Bertugas Harian.
9.5 Kebersihan dan Keceriaan Sekolah
a) Semua guru bertanggungjawab bagi memastikan murid-murid menjaga kebersihan diri, kelas, tandas, bilik-
bilik khas, bangunan dan kawasan sekolah.
b) Guru Kelas mestilah sentiasa mengingatkan murid-murid kelasnya supaya menjaga kebersihan dan
keceriaan kelas masing-masing.
c) Guru Kelas bertanggungjawab mengambil inisiatif untuk menghias kelas mereka agar kelihatan kemas dan
teratur, ceria dan kondusif bagi memudah dan membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
d) Guru kelas dibantu oleh Ketua Kelas bertanggungjawab memastikan kelas dibersihkan setiap hari iaitu
sebelum pukul 7 pagi waktu persekolahan.
e) Guru yang masuk mengajar masa pertama bertanggungjawab memastikan kelas dalam keadaan bersih
sebelum memulakan Pembelajaran dan Pengajaran.
f) Murid-murid dikehendaki menyusun kerusi dan meja masing-masing dengan kemas sebelum meninggalkan
kelas pada waktu akhir persekolahan.
g) Guru mata pelajaran untuk waktu terakhir hendaklah memeriksa kelas selepas tamat persekolahan.
10.0 DASAR KESELAMATAN SEKOLAH
10.1 Semua sekolah wajib melaksanakan Program 3K ( Kebersihan, Kesihatan, Keselamatan ).
10.2 Keselamatan murid sentiasa dilindungi sepenuhnya sepanjang mereka berada di kawasan sekolah dan
sesi persekolahan.
10.3 Sekolah perlu memastikan semua murid memiliki insuran perlindungan kemalangan(Skim Takaful Pelajar
Malaysia).
10.4 Setiap aktiviti yang dilaksanakan di luar kawasan sekolah perlu mendapat kebenaran daripada pihak
sekolah, Jabatan Pendidikan, ibu bapa / penjaga murid. Penglibatan murid dalam mana-mana aktiviti luar
sekolah perlu diiringi oleh guru pada nisbah 10 orang murid dan seorang guru pengiring. Sekiranya terdapat
seorang murid perempuan atau lebih dalam jumlah 10 orang murid berkenaan maka guru pengiringnya
hendaklah seorang guru perempuan.
10.5 Aspek-aspek keselamatan dan kebajikan murid wajib diberi keutamaan oleh semua pihak terutama
sebelum, semasa dan selepas sesuatu program / aktiviti dilaksanakan.
10.6 Latihan Kecemasan Kebakaran
LESTARI CINTA KHAIRIAH SOLEHAH Page 46
MANUAL TUGAS GURU SMA KHAIRIAH 2020
a) Sekolah mesti memastikan bahawa latihan kebakaran (fire drill) dijalankan 1 kali setahun.
b) Sekolah mesti memastikan alat pencegahan kebakaran mencukupi dan berfungsi.
c) Guru-Guru mestilah memastikan murid-murid meninggalkan kelas / bilik khas mengikut Pelan Kecemasan
dengan segera, tetapi secara teratur apabila isyarat kebakaran dibunyikan. Murid-murid khas atau OKU
hendaklah dibantu keluar oleh guru mereka. d) Guru-Guru mesti
memastikan suis lampu, kipas atau peralatan elektrik yang lain serta bekalan gas ditutup sebelum keluar.
e) Jika Guru Kelas mendapati muridnya tidak mempunyai atau kehilangan buku tersebut, murid boleh
mendapatkanya daripada PK HEM.
f) Buku Rekod Kesihatan wajib dimiliki oleh setiap murid kerana buku ini diperlukan apabila pemeriksaan fiz ikal
ataupun semasa suntikan diberikan kepada murid Tahun 1 dan Tahun 6 oleh pegawai kesihatan.
g) Buku Rekod Kesihatan wajib dibawa bersama oleh murid yang bertukar sekolah.
10.7 Polisi Keselamatan Sekolah
a) Pihak sekolah perlu mengamalkan tiga polisi utama dalam aspek keselamatan sekolah iaitu :-
i. Polisi Keselamatan Pergi dan Balik dari Sekolah
ii. Polisi Mengelakkan Gangguan Seksual
iii. Polisi Keselamatan Menjalankan Aktiviti Kokurikulum.
b) Semua guru bertanggungjawab bagi memastikan polisi-polisi ini dipatuhi dan diamalkan setiap masa demi
mewujudkan iklim sekolah yang selamat kepada
semua warga sekolah.
10.8 Kenderaan Murid, Kakitangan dan Pelawat
a) Guru, murid dan pelawat mesti memastikan kenderaan diletakkan di tempat yang telah dikhaskan dan tidak
mengganggu laluan masuk.
b) Guru-guru dan para murid diingatkan supaya berhati-hati memandu kenderaan mereka dalam kawasan
sekolah untuk mengelakkan sebarang kemalangan.
10.9 Kawalan Keselamatan
a) Guru-guru hendaklah memaklumkan kepada pentadbir sekolah sekiranya mereka mendapati tiada pengawal
keselamatan yang bertugas di pintu pagar sekolah.
b) Pintu pagar sekolah mestilah sentiasa ditutup dan mana-mana pelawat yang ingin berurusan dengan pihak
sekolah mesti menandatangani
c) Khidmat Warden lalu lintas bagi mengawal pergerakan murid keluar dan masuk dalam kawasan sekolah.
d) Murid mematuhi isyarat yang diberikan oleh warden lalu lintas.
DASAR/KETETAPAN PELAKSANAAN KO-KURIKULUM SMA KHAIRIAH
DIFINISI
Kegiatan kokurikulum ertinya apa-apa kegiatan yang dirancang daripada proses pengajaran dan pembelajaran
di luar bilik darjah (kurikulum) yang memberikan murid peluang untuk menambah, mengukuh dan
mengamalkan kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di bilik darjah."
Dalam Warta Kerajaan bertarikh 28 Disember 1967, No. 5652 (Peraturan Kursus Pengajian) Sekolah 1956,
kegiatan ini dikenali sebagai "Kegiatan Kumpulan".
Dalam Warta Kerajaan bertarikh 31 Disember 1997, Jld. 41, No. 26, Tambahan No. 94, Perundangan A.P.U. (A)
531, Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan (Kokurikulum Kebangsaan) telah memberi takrif Kokurikulum
iaitu :
Kegiatan kokurikulum di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan mengandungi yang berikut:
1. Penyertaan dalam sukan dan permainan
2. Penyertaan dalam persatuan dan kelab
3. Penyertaan dalam pasukan pakaian seragam
4. Lain-lain kegiatan sebagaimana ditentukan oleh Menteri Pendidikan
DASAR UTAMA (1) KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN -
Rujuk Seksyen 18, Akhta Pendidikan 1996 (Akta 550)
“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum
yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk
LESTARI CINTA KHAIRIAH SOLEHAH Page 47
MANUAL TUGAS GURU SMA KHAIRIAH 2020
membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi
serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan
pengetahuan.”
(Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai
PU(A) 531/97.
Melaksanakan kokurikulum di sekolah adalah WAJIB
Kegagalan @ Keengganan melaksanakan kegiatan kokurikulum adalah suatu kesalahan yang jika disabitkan
bersalah boleh dijatuhi hukuman denda Seksyen 135 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550 ): Penalt i Am.
“(1) Seseorang yang melakukan kesalahan di bawah Akta 550 yang baginya tiada penalti diperuntukkan
dengan nyata, boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama
tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.”
“(2) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah Akta 550 ini boleh, dalam hal suatu kesalahan yang
berterusan, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda harian yang tidak melebihi lima ratus ringgit
sebagai tambahan kepada apa-apa penalti lain yang boleh dikenakan kepadanya di bawah Akta 550 ini
berkenaan dengan kesalahan itu, bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan.
DASAR UTAMA (2) PENYERTAAN MURID DALAM KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH WAJIB
“Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar
hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu
kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.”
– {Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)}
Sekolah mewujudkan peluang yang seluas-luasnya kepada murid menyertai kegiatan kokurikulum yang
mereka minati.
– {Untuk tujuan ini Pengetua/Guru Besar telah diperuntukkan kuasa untuk menubuhkan kelab/persatuan di
sekolah seperti dalam Peraturan 4 Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 yang diterbitkan
sebagai PU(A)196/98.}
Penyertaan, kehadiran dan pencapaian murid dalam kegiatan kokurikulum hendaklah direkod dan diberi
penilaian.
– {Hal ini ditegaskan dalam Perkara 8.2.1 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 1/1985 dan Perkara 2.1 Surat Pekeliling
Ikhtisas Bil 2/1986)}
Ketidakhadiran murid dalam kegiatan kokurikulum yang murid itu telah mendaftarkan diri untuk
menyertainya adalah suatu kesalahan yang menyebabkan murid tersebut boleh dikenakan tindakan disiplin
jika disabitkan bersalah seperti tindakan ke atas kesalahan ponteng sekolah atau ponteng kelas.
– {Hal ini hendaklah dimaktubkan dalam Buku Undang-Undang dan Peraturan Sekolah dan perlu diketahui oleh
murid-murid dan ibu bapa mereka}
DASAR UTAMA (3) PENYERTAAN SEMUA GURU ADALAH WAJIB
Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola
kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.
“Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja
kokurikulum di sekolah” (Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.)
Setiap orang guru di sekolah hendaklah, secara bertulis, diberi tugas dan tanggung jawab yang spesifik,
terperinci, dan kuantitatif dalam bidang kokurikulum di sekolah, seperti yang dilakukan dalam bidang
kurikulum.
Keengganan guru melaksanakan tugas dan tanggung jawab yang telah diperuntukan adalah suatu kesalahan
daripada segi keperluan perkhidmatan atau kepatuhan dan kebertanggungjawaban penjawat awam atau pun
moral dan wibawa keguruan yang boleh dikenakan tindakan disiplin mengikut “Perintah-perintah Am Pegawai
Awam (Kelakuan dan tatatertib)(Bab D)”.
DASAR UTAMA (4) PERLAKSANAAN “KEGIATAN KOKURIKULUM”
“Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegiatan yang dirancang
lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid -
murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang
dipelajari di dalam bilik darjah.” {Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan)
1997}
LESTARI CINTA KHAIRIAH SOLEHAH Page 48
MANUAL TUGAS GURU SMA KHAIRIAH 2020
Setiap kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan hendaklah dirancang dengan maksud mempunyai matlamat,
objektif, kaedah pelaksanaan dan kurikulum kegiatan serta skema penilaian yang pragmatis dan progresif.
Setiap kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan hendaklah mengandungi elemen-elemen pengetahuan,
pengalaman dan kemahiran baru serta nilai-nilai murni yang membantu membangunkan intelek, jasmani,
emosi dan rohani murid secara seimbang.
DASAR UTAMA (5) PENYERTAAN “BERAMAI-RAMAI”
Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa
ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi menfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di
kalangan murid-murid. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000).
Kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah hendaklah bersifat merentas disiplin, bersepadu dan tidak
bersifat eksklusif. Penyertaan adalah terbuka kepada semua pelajar.
DASAR-DASAR SOKONGAN DALAM PERLAKSANAAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH
“Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini hendaklah
menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat
setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah; gerakerja-gerakerja yang menekankan perpaduan
kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan
keperibadian”.
– {Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS)8591/Jld.((929)}
Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan anggota masyarakat
setempat.
– {Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 KP. 8591-11(32)
bertajuk “Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat”}
“Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam kegiatan Pasukan Pakaian Seragam
yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar tersebut, guru-guru dan murid-murid juga dibenarkan
menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh
agensi-agensi kerajaan atau oleh pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.
24/1998).
“Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan pendidikan murid
semasa waktu persekolahan secara terancang. Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang
berminat untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000).
“Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan ingin menegaskan bahawa
murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan
bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.” (Surat
Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000).
“Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar atau orang perseorangan
(atas penyertaan, penglibatan dan pencapaian masing-masing dalam bidang kokurikulum di sekolah).
Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan / kemenangan semata-mata, tetapi hendaklah juga diberi
kepada pelajar-pelajar yang mempunyai sifat disiplin yang baik.” (Subperkara 8.2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.
1/1985).
Sekolah mewujudkan peluang kepada murid-murid mengembangkan bakat dan potensi diri masing-masing
dalam bidang-bidang kokurikulum yang mereka minati ke peringkat yang lebih tinggi sehinggalah ke peringkat
antarabangsa.
Murid-murid juga sebaik-baiknya diberi peluang memperagakan bakat dan kecemerlangan masing-masing
kepada masyarakat awam.
LESTARI CINTA KHAIRIAH SOLEHAH Page 49