TUGASAN 2 : BMMB 3203 MUHAMMAD UMAR DANIAL BIN MOHD SHAIBUN PEMBENTUKAN PERKATAAN BAHARU ISU-ISU KESALAHAN KATA DARI SUDUT MORFOLOGI DALAM PELBAGAI SUMBER
PEMBENTUKAN PERKATAAN BAHARU PEMBENTUKAN PERKATAAN BAHARU 1)Bunyi Asli Bahasa Melayu 2)Bunyi Bahasa Pinjaman 3)Pembentukan Kata daripada Imbuhan Bahasa Asing
Bunyi bahasa atau fonem merupakan unit yang terkecil yang berfungsi dalam sesuatu bahasa. Bentuk-bentuk kata yang menjadi unit ujaran atau pertuturan dapat dipecah-pecahkan kepada unit bunyi yang disebut fonem atau bunyi bahasa itu. Sebenarnya bunyi bahasa dalam sesuatu bentuk kata itu tidak terpecah-pecah sifatnya dalam ujaran, tetapi untuk kemudahan analisis dipecah-pecahkan BUNYI ASLI BAHASA MELAYU PEMBENTUKAN PERKATAAN BAHARU Bahasa Melayu mempunyai 24 bunyi bahasa asli, iaitu 18 huruf konsonan dan enam vokal
Cara sebutan/Daerah sebutan Bibir Gigi-gusi Lelangir Keras Lelangir Lembut Glotis Letupan p, b t, d - k, g - Letusan - - c, j - - Sengauan m n n, y ng - Geseran - s - - h Getaran - r - - - Sisian - l - - - Sepatuh Vokal w - y - - Konsonan Asli Bahasa Melayu
Kedudukan/Konsonan Awalan Tengah Akhir p palu lapar gelap b basuh riba - t tali atas bulat d daun lada - k kapas ukur tekak Bunyi Asli Bahasa Melayu
Kedudukan/Konsonan Awalan Tengah Akhir g garis pagar - c curi laci - j jari kejam - m manis lampu juram n nafas enam tahan Bunyi Asli Bahasa Melayu
Kedudukan/Konsonan Awalan Tengah Akhir ny nyamuk minyak - ng nganga bangga borang s sari rasa lepas h hari bahan darah r rambut baru mekar Bunyi Asli Bahasa Melayu
Bunyi Asli Bahasa Melayu Kedudukan/Konsonan Awalan Tengah Akhir l lompat salam aral w wangi sawan - y yakin sayap -
Bunyi Asli Bahasa Melayu KedudukanLida/Keadaan bibir Depan Tengah Belakang Sempit i t, d u Separuh Sempit e - o SeparuhLuas m e[ә] n,y Luas a s -
Kedudukan/Konsonan Awalan Tengah(terbuka) Akhir(tertutup) Akhir a alir sagu sentap rata e[ә] ekor selak tempoh - i ikan silat singkat tali o otak bosan sombong - u ulat tulang parut satu Bunyi Vokal Asli Bahasa Melayu
Kedudukan/Di ftong Awal Tengah Akhir ai air hairan pandai au aur saudara pulau oi - - amboi ai au oi Bunyi Diftong
Hasil daripada pertembungan dengan bahasa-bahasa lain, terutamanya bahasa Arab dan bahasa Inggeris, maka bahasa Melayu telah mengalami proses peminjaman bunyi-bunyi bahasa. BUNYI BAHASA PINJAMAN PEMBENTUKAN PERKATAAN BAHARU Bunyi-bunyi bahasa ini dipinjam untuk menampung kemasukan banyak bentuk kata pinjaman untuk memperkaya khazanah perbendaharaan kata bahasa Melayu.
Kedudukan/Konsonan Awalan Tengah Akhir f fantasi sifir wakaf v varia universiti - th thabit mithal bahath dz dzat nidzam - dh dharab hadhir haidh z zaman azam aziz sh sharat mashur skuash Konsonan Pinjaman
Kedudukan/Konsonan Awalan Tengah Akhir kh khatib rukhsah tarikh gh ghaib maghrib baligh q qariah wuquf buraq Sistem ejaan rumi yang baharu telah menyebabkan berlakunya beberapa perubahan ejaan.
PEMBENTUKAN KATA DARIPADA IMBUHAN BAHASA ASING PEMBENTUKAN KATA DARIPADA IMBUHAN BAHASA ASING PEMBENTUKAN PERKATAAN BAHARU i. Imbuhan Bahasa Sanskrit ii. Imbuhan Bahasa ArabParsi i. Imbuhan Bahasa LatinYunani-Inggeris
IMBUHAN BAHASA SANSKRIT Imbuhan yang berasal daripada Bahasa Sanskrit ialah sejenis imbuhan yang telah lama terserap ke dalam sistem tatabahasa Bahasa Melayu Antaranya ialah maha- , swa- , dan panca- telah menjadi sebati dengan perkataan dasar Bahasa Melayu Terdiri daripada 2 jenis imbuhan iaitu imbuhan awalan dan imbuhan akhiran
IMBUHAN AWALAN 03 Maha- -berfungsi untuk melahirkan bentuk kata adjektif dan kata nama -Kebiasaannya, perkataan berawalan maha- + kata adjektif dieja berasingan -Membawa pengertian paling tinggi dan teragung Contoh: -maha+ kata nama -> maharani, maharaja -maha + kata adjektif -> maha mulia Tata- -khusus untuk menerbitkan kata nama -Membawa pengertian suatu susunan atau peraturan Pra- -Menerbitkan kata nama yang membawa pengertian sebelum atau syarat kepada sesuatu. Contoh: prauniversiti dan prakata Swa- -Menerbitkan kata nama yang memberi makna sendiri. Contoh: swadaya dan swasta
IMBUHAN AWALAN 03 Eka-, Dwi-, Tri- dan Panca- -Digunakan untuk menerbitkan kata nama untuk membawa pengertian bilangan iaitu eka iaitu satu, dwi iaitu dua, tri tiga dan panca iaitu lima Contoh: Ekafungsi, Dwibahasa, Trigonometri dan Pancaindera Tuna- -berfungsi untuk menerbitkan kata nama yang membawa erti tiada atau tidak mempunyai Contoh: Tunasusila dan tunawicara Pasca- -berfungsi untuk menerbitkan kata nama yang membawa makna sesudah atau selepas. Contoh: pascamerdeka dan pascasiswazah
IMBUHAN AKHIRAN 03 -man- dan -wan -menerbitkan kata nama yang membawa makna pelaku bagi sesuatu perbuatan atau pekerjaan serta pemilik sesuatu sifat. -penggunaan kedua-dua imbuhan akhiran ini, bergantung pada perkataan yang menggunakannya. Imbuhan akhiran -man hanya digunakan pada perkataan yang berakhir dengan huruf “a” manakala akhiran -wan pula pada perkataan yang berakhir dengan huruf “i”. . Contoh: Seniman, budiman, hartawan, dermawan, jelitawan -wati dan -nita -digunakan sebagai padanan bagi imbuhan - wan dan -man. -khusus bagi golongan wanita. -Namun, penggunaan imbuhan akhiran -wan pada jelitawan merujuk kepada perempuan. Contoh: wirawati, biduanita dan seniwati
IMBUHAN ARAB-PARSI Awalan Bi- -dari sudut bahasa Arab membawa makna “dengan” manakala dari sudut Bahasa Melayu membawa makna “tidak” atau “tiada” Contoh: biadab, bilazim Akhiran -wi Contoh: duniawi dan ukhrawi Akhiran -i Contoh: abadi Akhiran -iah Contoh: islamiah dan ilmiah Akhiran -in Contoh: mukmin dan hadirin Akhiran -at Contoh:muslimat , taklimat dan akhirat Akhiran -ah Contoh: ustazah
IMBUHAN LATIN-YUNANIINGGERIS IMBUHAN LATIN-YUNANIINGGERIS awalan heteroMenunjukkan rasa setuju, menyebelahi sesuatu pihak Contoh:Probarat dan proaktif awalan proawalan interMenunjukkan sesuatu yang berlainan. Contoh:Heterograf dan heterosel awalan autoSesuatu dengan cara bersendirian. Contoh: Automotif dan automatik Merujuk kepada perantaraan. Contoh: Interval dan interkom
IMBUHAN LATIN-YUNANIINGGERIS IMBUHAN LATIN-YUNANIINGGERIS awalan heteroMenunjukkan pendaraban sesuatu sebanyak seribu. Contoh:Kilogram dan kilometer awalan kiloawalan metaMenunjukkan rasa setuju, menyebelahi sesuatu pihak Contoh:Nasionalism e Patriotisme Idealisme awalan teleMerujuk kepada sesuatu pada jarak yang jauh. Contoh:Telegram dan televisyen Menunjukkan sesuatu yang melibihi atau melampau Contoh: Metafizik dan metapusat
IMBUHAN LATIN-YUNANIINGGERIS IMBUHAN LATIN-YUNANIINGGERIS akhiran -ik Nasionalisme Patriotisme Idealisme Fonetik Logistik Akrobatik Revolusi Potensi Solusi Praktikal Klinikal Leksikal Sistematis Pragmatis Dramatis akhiran -isme akhiran -si akhiran -al akhiran -is
ISU KESALAHAN KATA DARI SUDUT MORFOLOGI DALAM PELBAGAI SUMBER ISU KESALAHAN KATA DARI SUDUT MORFOLOGI DALAM PELBAGAI SUMBER
MEDIA CETAK Media cetak merupakan alat atau saluran komunikasi yang berupa bahan cetakan atau terbitan objek fizikal. Media cetak terdiri daripada media yang mempunyai banyak teks, perkataan juga gambar yang dicetak. Mengandungi maklumat yang berkait rapat dengan kepentingan masyarakat. Contoh: buku, akhbar, majalah dan papan tanda
KESALAHAN BAHASA PADA MEDIA CETAK KESALAHAN BAHASA PADA MEDIA CETAK SALAH BETUL Merbahaya Berbahaya Kesalahan yang dapat dikesan pada papan tanda tersebut ialah kesalahan dalam menggunakan imbuhan awalan “mer-” . Imbuhan awalan yang sesuai ialah “ber-”. Merujuk kepada Pusat Rujukan Persuratan Melayu dalam Bahasa Melayu , imbuhan “mer-” tidak wujud. Oleh itu, ayat yang betul ialah “AWAS SELEKOH BERBAHAYA”
KESALAHAN BAHASA PADA MEDIA CETAK KESALAHAN BAHASA PADA MEDIA CETAK SALAH BETUL Lebuhraya Lebuh raya Kesalahan yang dapat dikesan pada papan tanda tersebut ialah kesalahan dalam menggunakan kata majmuk yang belum mantap. Merujuk kepada Pusat Rujukan Persuratan Melayu dalam Bahasa Melayu , perkataan lebuh raya perlu dieja berasingan dan tidak bercantum. Oleh itu, ayat yang betul ialah “LEBUH RAYA TAMAT”
KESALAHAN BAHASA PADA MEDIA CETAK KESALAHAN BAHASA PADA MEDIA CETAK SALAH BETUL di pada Kesalahan yang dapat dikesan pada iklan akhbar tersebut ialah kesalahan dalam menggunakan kata sendi iaitu “di” . Mengikut hukum tatabahasa kata sendi ‘di’ boleh digunakan untuk menunjukkan tempat sahaja. Kata sendi ‘di’ juga tidak boleh digunakan di hadapan kata nama yang menerangkan waktu, masa atau zaman. Sepatutnya iklan di bawah menggunakan kata sendi ‘pada’ yang digunakan untuk menunjukkan keterangan waktu, masa atau zaman.
MEDIA ELEKTRONIK Media elektronik merujuk kepada alat sebaran yang menggunakan teknologi elektronik atau elektromekanik untuk dicapai pengguna seperti radio, televisyen, permainan video, komputer, telefon dan lain-lain. Kini, media elektronik yang sering digunakan ialah media sosial adalah sejenis media yang digunakan terus secara bertalian dengan membolehkan para pengguna dengan mudah untuk berkongsi dan mencipta isi kandungan tersendiri.
KESALAHAN BAHASA PADA MEDIA ELEKTRONIK KESALAHAN BAHASA PADA MEDIA ELEKTRONIK SALAH pada BETUL di Kesalahan yang dapat dikesan pada perbualan di aplikasi’Whatsapp’ tersebut ialah kesalahan dalam menggunakan kata sendi . Mengikut hukum tatabahasa kata sendi ‘di’ boleh digunakan untuk menunjukkan tempat sahaja. Kata sendi ‘di’ juga tidak boleh digunakan di hadapan kata nama yang menerangkan waktu, masa atau zaman. Sepatutnya, Karim menggunakan kata sendi ‘di’ yang berfungsi untuk menunjukkan tempat.
KESALAHAN BAHASA PADA MEDIA ELEKTRONIK KESALAHAN BAHASA PADA MEDIA ELEKTRONIK SALAH daripada BETUL dari Kesalahan yang dapat dikesan pada video di aplikasi ’TikTok’ tersebut ialah kesalahan dalam menggunakan kata sendi . Mengikut hukum tatabahasa kata sendi nama "dari" digunakan untuk menyatakan tempat,masa dan arah manakala kata sendi nama 'daripada' pula digunakan untuk menyatakan orang,perbandingan dan asal kejadian. Sepatutnya, video tersebut menggunakan kata sendi ‘dari’ yang berfungsi untuk menunjukkan tempat.
HAK ASASI MENGGUNAKAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA PENGANTAR PENDIDIKAN HAK ASASI MENGGUNAKAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA PENGANTAR PENDIDIKAN Hak asasi menggunakan bahasa Melayu dalam pendidikan penting untuk melestarikan identiti kebudayaan, memastikan akses yang setara, dan meningkatkan prestasi siswa. Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dapat memperkuat hubungan siswa dengan bahan pemnbelajaran, meningkatkan prestasi akademik, dan mendorong kesetaraan dalam sistem pendidikan.
DIALEK Merupakan variasi bahasa apabila variasi bahasa itu masih difahami oleh oleh pengguna dalam sesuatu masyarakat bahasa walaupun ada pembahagian geografi. Menurut Abdul Hamid Mahmood (1977) dalam Wafirah (2018), menyatakan dialek ialah pelbagai jenis bahasa tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan penutur dalam satu-satu masyarakat bahasa . Dialek ialah satu bentuk bahasa yang digunakan dalam sesuatu daerah atau sesuatu kelas sosial yang berbeza daripada bahasa standard (Kamus Dewan Edisi Keempat). Dialek adalah satu jenis bahasa yang dapat dikenal pasti berdasarkan ciri sebutan, intonasi, kelancaran, kosa kata dan sebagainya.
PERCAMPURAN KOD Keadaan di mana penutur berbicara menggunakan dua atau lebih bahasa sama ada bahasa-bahasa besar seperti bahasa Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil ataupun menggunakan dialek atau ideolek. berlaku apabila si penutur mengetahui lebih daripada satu bahasa dengan kata lain penutur ini adalah dwibahasaan. Penutur menggunakan kedua-dua bahasa ini sebagai bahasa pertuturannya di mana seseorang itu menggunakan bahasa tersebut bertukar ganti contohnya sekejap Melayu sekejap Inggeris dan seterusnya.
CONTOH PERCAMPURAN KOD
BAHASA MELAYU BAKU Sebutan huruf atau perkataan yang telah ditentukan atau diterima sebagai sesuatu yang betul atau yang sewajarnya. Dalam erti kata lain iaitu sebutan standard. Bahasa standard yang mempunyai struktur yang lengkap dan sempurna dari segi sistem ejaan, tatabahasa dan kosa kata. Bahasa Melayu baku mempunyai empat sistem utama iaitu fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik. Pembakuan ini meliputi proses pembinaan bahasa iaitu pembakuan tatabahasa, ejaan, sebutan, istilah, kosa kata laras dan sistem bahasa. Bertujuan untuk mewujudkan satu variasi sebutan baku dalam bahasa Melayu yang dapat digunakan dalam situasi yang formal atau rasmi dan meningkatkan kecekapan berbahasa Melayu dalam kalangan pengguna bahasa.
KATA PINJAMAN ASING Dilakukan dengan cara menyesuaikan bentuk atau sebutan sesuatu kata asing dengan sistem bahasa Melayu. Peminjaman ini dilakukan kerana perkataan tersebut tidak terdapat dalam bahasa Melayu atau sukar untuk diterjemahkan. Contohnya perkataan bom, pensel dan bot yang dipinjam terus daripada bahasa Inggeris dan disesuaikan dengan bentuk dan sebutan bahasa Melayu. Sesuatu kata atau konsep pula dilakukan dengan cara memberi maksud sesuatu kata asing atau konsep asing. Contohnya perkataan bulan madu diterjemahkan daripada bahasa Inggeris iaitu honeymoon. Peminjaman secara terus Peminjaman secara TERJEMAHAN
Rujukan Asmah Haji Omar (1999). Bahasa Standard, Dialek dan Dialek·Antara: Beberapa Persoalan Teoretis. Universiti Malaya Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat. (2005). Dewan Bahasa dan Pustaka. Nik Safiah Karim, Farid M. On, Hashim Haji Musa & Abdul Hamid Mahmood. (2015). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Dewan Bahasa dan Pustaka. Tak Kenal Maka Tak Cinta (2011) https://cidamempaneh.blogspot.com/2011/04/perbezaaan-penggunaan-kata-sendi-di-dan.html Wafirah. (2018, Mac 27). Penggunaan Dialek dalam Kalangan Pelajar. Scribd. https://www.scribd.com/document/374962034/Penggunaan-Dialek-Dalam-Kalangan-Pelajar
SEKIAN TERIMA KASIH SEKIAN TERIMA KASIH