The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Umar Danial, 2023-06-22 00:41:34

Kesantunan Berbahasa

BMMB 1144 (Tugasan 2)

Isu Kesantunan MUHAMMAD UMAR DANIAL BIN MOHD SHAIBUN 2022272310060 Berbahasa Tugasan 2 BMMB 1144


ISI KANDUNGAN 01 02 03 04 ISU BAHASA ISU BUDAYA ISU SOSIAL CADANGAN DAN LANGKAH MENANGANI 06 TAKRIF KESANTUNAN 05 JUSTIFIKASI


Takrif Kesantunan Berbahasa Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2007) kesantunan merujuk kepada kehalusan budi bahasa seseorang yang baik dalam komunikasi atau tulisan Menurut Lakoff (1975) dan Lakoff dan Bucholtz (2004) dalam Ahmad Fuad et al. (2020), mengatakan bahawa prinsip kesantunan terbentuk daripada hasil masyarakat dalam usaha untuk mengurangkan pergeseran dalam interaksi peribadi, sekaligus dapat dijadikan strategi untuk mengelakkan konflik.


IISSUU BBAAHHAASSAA Isu Bahasa Kesat Bahasa kesat ialah bentuk bahasa yang menggunakan kata-kata yang tidak senonoh, misalnya, kata makian, carutan, hinaan dan sebagainya. Saban hari kita dapat melihat laman sosial dibanjiri oleh kata-kata kesat, jijik dan lucah (Jasmi, Kamarul Azmi, 2017). Rajah di sebelah menunjukkan contoh dan bukti penggunaan bahasa yang kesat yang wujud. dalam masyarakat kini.


IISSUU BBAAHHAASSAA Isu Bahasa Rojak Bahasa rojak didefinisikan sebagai cantuman pelbagai bahasa dalam satu pertuturan. Selain itu, bahasa rojak yang biasa digunakan oleh masyarakat Malaysia ialah bahasa rojak Melayu-Inggeris. Menurut Marie-Laure Ryan (1999) Ahmad Fuad (2020) dalam yang menyatakan bahawa penghasilan variasi bahasa yang tersendiri disebabkan kerana pengguna dunia siber kini suka menggunakan mod tulisan daripada mod lisan. Rajah di sebelah menunjukkan bukti penggunaan bahasa rojak dalam media sosial.


Isu kesantunan dalam pemakaian Isu Budaya Rajah di sebelah menunjukkan bukti atau contoh masyarakat yang tidak berkesantunan dalam pemakaian . Pemakaian pakaian kita mestilah sesuai dan sopan dalam satu lingkungan masyarakat agar sesuai dengan majlis yang dihadiri, menghormati agama maaing-masing dan memakai pakaian yang tidak menonjol dan sederhana. Sebagai contoh, pelawat yang bukan Islam perlu memakai pakaian yang menutup aurat sekiranya ingin melawat masjid di Malaysia.


Isu Budaya Isu penggunaan dialek Penggunaan dialek hanya dikuasai oleh penduduk di beberapa kawasan sahaja. Oleh itu, penggunaan dialek dalam suatu komunikasi hanya akan difahami oleh sesebuah kumpulan itu sahaja Mohd. Daud (1994) dalam Kartini et al. (2015), yang mengkaji tentang pengaruh dialek ke atas proses pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan pelajar sekolah menengah mendapati pelajar yang datang dari kawasan yang tebal dialek daerahnya menghadapi masalah dalam menguasai bahasa Melayu baku. Rajah di sebelah menunjukkan bukti atau contoh penggunaan dialek bahasa dalam media sosial.


Isu Penggunaan Kata Ganti Nama Diri Isu Sosial Sebagai rakyat Malaysia, penggunaan kata ganti nama diri ini merupakan salah satu cara untuk merapatkan hubungan antara penutur dan pendengar. Sebagai contoh, mak cik, pak long dan sebagainya. Namun, kita juga mestilah berhati-hati dalam menggunakannya agar tidak mencetuskan sebarang salah faham dan pergaduhan. Rajah di sebelah menunjukkan bukti atau contoh kesalahan serta ketidaksesuaian dalam penggunaan kata ganti nama diri dalam masyarakat


Justifikasi penggunaan bahasa kurang santun dalam kalangan masyarakat di media sosial 1) Pengaruh di media sosial 2)Pengaruh rakan sebaya 3)Kurang didikan agama 4)Faktor persekitaran 5)Sikap individualistik


Penggunaan bahasa dengan menggunakan tatabahasa yang betul kini kian diabaikan di media sosial Tambahan itu, menurut kajian Mohd Dahlan A. Malek & Ida Shafinaz Mohamad Kamil (2010) dalam Kaharuddin (2014)di mana dapatan kajian mereka mendapati remaja menghabiskan masa purata 4 jam sehari untuk melayari Internet. Oleh itu, mutu penggunaan bahasa Melayu akan merosot sekali gus menggugat kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa pentadbiran, bahasa ilmu, bahasa undangundang dan budaya. 1) Pengaruh di media sosial Ibu bapa yang sibuk dengan kerjaya juga antara faktor kurang didikan agama dalam diri anak-anak kerana ibu bapa tidak dapat memantau serta membimbing anakanak mereka apabila melakukan sesuatu perkara Sampson et. al.(1990) dalam Khairani & Mohd. Dahlan (2014), ada menyatakan bahawa ikatan emosi dan penyeliaan ibu bapa yang baik dapat mengurangkan penglibatan remaja dengan tingkah laku negatif. Sebagai contoh, didikan agama yang cukup daripada ibu bapa dapat meningkatkan adab dalam berkomunikasi dalam diri anak-anak kerana merupakan tuntutan dalam agama. 3) Kurang didikan agama Menurut Nursuhaili (2010) dalam Ahmad Fuad (2020), selain daripada mengembangkan kebolehan dan kognisi sosial, rakan sebaya juga turut mempengaruhi sikap dan tingkah laku seseorang individu. Sebagai contoh, tingkah laku dan percakapan buruk seperti mencarut yang dilakukan oleh seseorang rakan pasti akan diikuti oleh rakan-rakannya yang lain. Oleh itu, pembentukan corak perwatakan seseorang itu terletak pada rakan yang dipilihnya. 2) Pengaruh rakan sebaya


Zulkifley (2014) dalam Kaharuddin (2020)bersependapat bahawa proses penguasaan pengetahuan bahasa boleh diperolehi melalui pergaulan sosial dalam persekitaran situasi tidak formal seperti pertuturan menggunakan dialek Sebagai contoh, penggunaan sesuatu dialek bahasa Melayu tidak diamalkan oleh seluruh rakyat Malaysia. Oleh itu, hanya penduduk di beberapa kawasan yang tertentu sahaja dapat memahami serta bertutur dalam dialek tersebut 4) Faktor persekitaran 5) Sikap individualistik Markus dan Kitayama (1991) dalam Nurzaira (2015), pula mendefinisikan individualistik sebagai tafsiran diri yang bebas/tidak bergantung (independence). Tafsiran diri yang bebas merujuk kepada penilaian diri sebagai entiti yang terbatas dan terasing daripada individu lain. Individu itu hanya akan memfokuskan kepada atribut dalaman yang personal seperti kebolehan diri, kecerdasan, ciri personaliti, matlamat atau keutamaan dirinya serta akan mengekspresinya secara terbuka dan memastikannya secara bersendirian melalui perbandingan sosial. Oleh itu, masyarakat mestilah tidak bersikap mementingkan diri sendiri namun mengambil berat mengenai kefahaman orang lain agar dapat mengelakkan konflik antara penutur dan pendengar.


Cadangan dan langkah Mengatasi Isu Ibu bapa perlu mengawasi penggunaan bahasa anak-anak agar tidak menggunakan bahasa-bahasa yang kasar dalam perbualan. Selain itu, ibu bapa juga mestilah menghindari penggunaan bahasa kasar di hadapan anakanak. Hal ini kerana segala tindak-tanduk ibu bapa merupakan suri teladan kepada anak-anak Menurut Halimah dan Kamariah (1993) dalam Ahmad Fuad (2020) ,ibu bapa merupakan orang yang memainkan peranan penting dalam pembentukan peribadi anak-anak. Ibu bapa bertanggungjawab dalam mendidik anak-anak terutamanya kesedaran untuk membentuk tingkah laku dan tabiat yang baik dalam diri anak-anak. Oleh itu, Ibu bapa seharusnya membuat persediaan dan perancangan yang berencana dalam usaha mempertingkatkan kualiti kehidupan berkeluarga. 1)Peranan Ibu Bapa Hafidzoh Sirri (2018)dalam Ezura Nasir mendapati dalam kerjaya sebagai seorang guru, aspek kesantunan berbahasa perlu dititik beratkan dalam pembinaan dan pembentukan tahap profesionalisme seorang guru Oleh itu, pihak guru juga perlu mempamerkan kesantunan berbahasa sepanjang berada di sekolah mahupun di luar sekolah kerana dapat menunjukkan contoh yang baik kepada para pelajar . Pihak sekolah perlu menjemput penceramah bagi menyampaikan ceramah mengenai kepentingan penggunaan bahasa Melayu yang betul agar dapat menimbulkan kesedaran dalam menggunakan bahasa Melayu yang betul dalam kalangan pelajar. Justeru itu, pelajar dapat membentuk keperibadian diri yang cemerlang dari segi adab, pemikiran dan hubungan silaturahim dengan guru 2)Peranan sekolah


Cadangan dan Langkah Mengatasi Isu Media massa dapat memupuk rasa cinta akan bahasa Melayu menerusi iklaniklan yang menyebarkan maklumat mengenai isu kesantunan bahasa yang berlaku dalam masyarakat di negara kita Menurut Kamus Dewan (2007) massa merujuk kepada pelbagai jenis alat komunikasi seperti televisyen, radio, surat khabar yang dapat menyampaikan maklumat kepada orang ramai dengan cepat. 3)Peranan media massa Kerajaan boleh menganjurkan kempen bahasa bagi memupuk masyarakat untuk menggunakan bahasa mengikut tatabahasa yang betul Selain itu, kerajaan juga boleh meletakkan bajet yang lebih tinggi dalam sektor perpustakaan di negara kita agar dapat menarik minat masyarakat untuk hadir membaca buku. Justeru itu, masyarakat di negara kita dapat meningkatkan ilmu pengetahuan bagi meluaskan kosa kata dan dapat mengaplikasikannya dengan santun. 4)Peranan kerajaan


Cadangan dan langkah Mengatasi Isu Semua pihak masyarakat mestilah memainkan peranan penting dalam memperkasakan kesantunan bahasa Melayu dengan menghadiri apa-apa kempen bahasa bagi menyokong usaha mengekang penggunaan bahasa yang tidak mematuhi tatabahasa Selain itu, masyarakat juga perlu melazimi penggunaan bahasa yang betul di media sosial. Hal ini kerana dapat mengelakkan penggunaan bahasa yang tidak santun ini daripada terus berleluasa dalam setiap kategori umur. Oleh itu, masyarakat dapat menjalankan tanggungjawab mereka sebagai penutur bahasa Melayu dengan mempromosikan kesantunan yang bermutu tinggi nilainya. 5)Peranan masyarakat


RUJUKAN Ahmad Fuad Mat Hassan, Khairul Faiz Alimi, Hishamudin Isam & Mashetoh Abd Mutalib (2020) Amalan Kesantunan Berbahasa dalam Komunikasi Formal dan Tidak Formal dalam Kalangan Pelajar Universiti Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication Jilid 36(4) 2020: 410-427 http://journalarticle.ukm.my/16127/1/44906-144500-1-PB.pdf Kaharuddin, K., & A. Malek, Mohd. D. (2014). Perkaitan keibubapaan Dan Keagamaan Dengan ... - ums official website. Perkaitan Keibubapaan Dan Keagamaan Dengan Kesedaran Untuk Berubah Di Kalangan Remaja Pelajar Politeknik Kuching Sarawak. https://www.ums.edu.my/fpp/images/download/proseding_skik2014/Khairani.pdf Kamus Dewan Edisi Keempat (2004) Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kartini Wado. (2015). LearnBig. Pengajaran bahasa Melayu baku dalam kalangan komuniti perbatasan: Satu kajian pengaruh dialek Patani di Selatan Thailand. https://learnbig.net/wp-content/uploads/2019/07/17.Pengajaran-Bahasa-Melayu-baku-dalam-kalangan-komunikasiperbatasan-Satu-kajian-pengaruh-dialek-Patanu-di-Selatan-Thailand.pdf Media Sosial Dan Impak kepada perkembangan Bahasa menurut islam. Media Sosial dan Impak kepada Perkembangan Bahasa Menurut Islam. (2019). http://eprints.utm.my/id/eprint/85122/1/13%20NikMuhammadIzzudin2019_MediaSosialdanImpakkepada.195-210.pdf Rahamat, N. A. (1970, January 1). Perbezaan Budaya. Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository. http://eprints.utm.my/id/eprint/27055/


Rumusan Kesimpulannya, semua pihak mestilah memainkan peranan penting dalam memartabatkan konsep kesantunan berbahasa dalam kehidupan seharian. Hal ini kerana dapat meningkatkan mutu bahasa Melayu dan memberikan imej yang positif terhadap penutur-penutur bahasa Melayu.


Click to View FlipBook Version