The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KIT MEDIA NILAI DAN PENGAJARAN DALAM TEKS SULALATUS SALATIN MENGIKUT BAB 1 SEHINGGA BAB 15

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NUR MARINA MOHD TAHIR, 2023-07-30 03:13:38

KIT KOMSASTERA (NILAI DAN PENGAJARAN)

KIT MEDIA NILAI DAN PENGAJARAN DALAM TEKS SULALATUS SALATIN MENGIKUT BAB 1 SEHINGGA BAB 15

Keywords: SULALATUS SALATIN,NILAI,PENGAJARAN

NILAI DAN PENGAJARAN (TEKS SULALATUS SALATIN)


PRAKATA NOTA NILAI DAN PENGAJARAN MERUPAKAN SEBUAH NOTA YANG DIHASILKAN UNTUK MEMBANTU PARA PELAJAR DALAM MENGENAL PASTI NILAI DAN PENGAJARAN YANG TERDAPAT DI DALAM TEKS SULALATUS SALATIN. SETIAP KARYA YANG DIHASILKAN SEMESTINYA MENGANDUNGI NILAI MURNI DAN PENGAJARAN YANG DIKEMUKAKAN OLEH PENULIS BAGI MENDIDIK MASYARAKAT BERKAITAN KEHIDUPAN. MISALNYA, NILAI BERKASIH SAYANG, KEBERANIAN, PATRIOTIK, DAN SEBAGAINYA. MENURUT KAMUS DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, NILAI DAPAT DITAFSIRKAN SEBAGAI SATU SIFAT KETINGGIAN PEKERTI PADA DIRI SESEORANG. PENGAJARAN PULA ADALAH UNSUR TELADAN ATAU MESEJ YANG INGIN DISAMPAIKAN DI DALAM KARYA. FUNGSI NILAI - NILAI INI DIPAPARKAN DALAM KARYA ADALAH UNTUK DITERAPKAN KE DALAM DIRI PEMBACA TENTANG CONTOH PERBUATAN BAIK YANG MEREKA BOLEH APLIKASIKAN DALAM KEHIDUPAN SEBENAR. DALAM NOTA INI, NILAI DAN PENGAJARAN AKAN DINYATAKAN MENGIKUT BAB BAGI MEMUDAHKAN MURID UNTUK MENDALAMI DAN MENGETAHUI SETIAP KANDUNGAN BAB. SETIAP NILAI DIBERIKAN CONTOH PERISTIWA UNTUK MEMPERLIHATKAN NILAI TERSEBUT. NOTA INI DIHARAPKAN DAPAT MENJADI SUMBER RUJUKAN BAGI YANG INGIN MENDALAMI TENTANG NILAI DAN PENGAJARAN DI DALAM TEKS SULALATUS SALATIN. AKHIR SEKALI, PENERBITAN NOTA INI DAPAT MEMBANTU PEMBACA KHUSUSNYA MURID UNTUK MENGETAHUI KANDUNGAN BAB DI DALAM TEKS SULALATUS DENGAN JELAS BERKAITAN NILAI DAN PENGAJARAN SEKALIGUS MENGUKUHKAN KEFAHAMAN MEREKA MENGENAI KANDUNGAN TEKS SULALATUS SALATIN. DIKARANG DAN DISUNTING OLEH: DIPANTAU OLEH: NUR MARINA BINTI MOHD TAHIR, DR. FARRA HUMAIRAH BINTI MOHD, NUR ANIS AFIFA BINTI ROBANI, PENSYARAH UINIVERSITI, SITI NUR AMIRAH BINTI OSMAN, JABATAN BAHASA DAN KESUSASTERAAN MELAYU, NUR HAZIQAH BINTI SALIMIN, FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI, NOR ALIAH BINTI MD SIN, UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS PELAJAR KESUSASTERAAN MELAYU, UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS


K A N D U N G A N N O T A B A B X V B A B XIV B A B XIII BAB XII BAB XI BAB X BAB IX BAB VIII BAB VII BAB VI BAB V BAB IV BAB III BAB II BAB I 1 - 2 3 - 4 5 - 6 7 - 8 2 3 - 2 4 2 5 - 2 6 2 7 - 2 8 2 9 - 3 0 9 - 1 0 1 1 - 1 2 1 3 - 1 4 1 5 - 1 6 1 7 - 1 8 1 9 - 2 0 2 1 - 2 2


NILAI PERISTIWA NILAI KEBIJAKSANAAN Raja Iskandar Zulkarnain menggunakan kebijaksanaannya dan berusaha meluaskan tanah jajahannya ke arah timur, arah matahari terbit sehingga berjaya sampai ke Benua Hindi dan mengalahkan Raja Kida Hindi. NILAI KESETIAAN Raja Suran dikurniakan tiga orang anak dengan Puteri Mahtabu 'l-Bahri dan telah mewasiatkan supaya Raja Aktabu 'l-Ard menghantar anak-anaknya ke dunia apabila dewasa. Taat setia yang ditunjukkan atas wasiat yang diberikan oleh Raja Suran kepada Puteri Mahtabul Bahri menyebabkan Raja Suran kembali ke dunia dengan kuda semberani jantan. NILAI KETEGASAN Raja Iskandar Zulkarnain menunjukkan ketegasannya yang tinggi sewaktu ingin berkahwin dengan Puteri Syahrul Bahriah. BAB I N I L A I


P E N G A J A R A N Pengajaran yang terdapat di dalam bab 1 yang telah saya kaji adalah kita hendaklah bijak dalam melakukan sesuatu perkara. Buktinya, Raja Iskandar Zulkarnain menggunakan kebijaksanaannya dan berusaha meluaskan tanah jajahannya ke arah timur, arah matahari terbit sehingga berjaya sampai ke Benua Hindi dan mengalahkan Raja Kida Hindi. Selain itu, kita mestilah amanah dan setia dalam menjalankan tanggungjawab. Sebagai contohnya, Raja Suran dikurniakan tiga orang anak dengan Puteri Mahtabu'l -Bahri dan telah mewasiatkan supaya Raja Aktabu'l -Ard menghantar anak-anaknya ke dunia apabila dewasa. Taat setia yang ditunjukkan atas wasiat yang diberikan oleh Raja Suran kepada Puteri Mahtabul Bahri menyebabkan Raja Suran kembali ke dunia dengan kuda semberani jantan. Tambahan lagi, kita perlulah mempunyai ketegasan dalam pendirian. Contohnya, Raja Iskandar Zulkarnain menunjukkan ketegasannya yang tinggi sewaktu ingin berkahwin dengan Puteri Syahrul Bahriah.


NILAI PERISTIWA NILAI BAIK HATI Wan Empuk Wan Malini seorang yang baik hati kerana menjadikan peristiwa yang menimpa padinya sebagai satu perkenalan bersama anak-anak Raja Suran NILAI KASIH SAYANG Anak-anak Raja Suran yang dipelihara oleh Raja Aktabu 'l-Ard, iaitu Nila Pahlawan, Nila Utama, dan Krisyna Pandita telah dewasa dan dihantar ke dunia dengan menaiki lembu putih NILAI KESETIAAN Masyarakat pada zaman dahulu sangat setia dengan Waad yang dilakukan demi kesejahteraan rakyat bersama BAB II N I L A I


P E N G A J A R A N Pengajaran yang terdapat di dalam bab 2 yang telah saya kaji adalah kita hendaklah sentiasa bersikap baik hati seperti Wan Empuk Wan Malini seorang yang baik hati kerana menjadikan peristiwa yang menimpa padinya sebagai satu perkenalan bersama anak-anak Raja Suran. Seterusnya, kita mestilah sentiasa menyayangi antara satu sama lain. Sebagai contohnya, Anak-anak Raja Suran yang dipelihara oleh Raja Aktabu'l -Ard, iaitu Nila Pahlawan, Nila Utama, dan Krisyna Pandita dijaga dengan baik sehingga dewasa dan dihantar ke dunia dengan menaiki lembu putih. Tambahan lagi, kita perlulah sentiasa menjaga adat dan warisan masyarakat. Buktinya, Masyarakat pada zaman dahulu sangat setia dengan Waad yang dilakukan demi kesejahteraan rakyat bersama


NILAI PERISTIWA NILAI KEBERTANGGUNGJAWABAN Setelah Seri Teri Buana mangkat dan diganti oleh Raja Kecil Besar bergelar Paduka Seri Pikrama Wira. Paduka Seri Pikrama Wira pula melantik beberapa jawatan penting seperti Bendahara, Perdana Menteri, Penghulu Bendahari, dan hulubalang NILAI KETABAHAN Merah Silu tabah dalam menghadapi penyakit cacing gelang-gelang. Beliau tidak pernah mengeluh terhadap penyakit yang menimpa dirinya. NILAI KESETIAAN Taat setia pada perintah raja seperti Raja Syahru ' n-Nuwi menitahkan Awi Dicu menangkap raja Pasai dan Awi Dicu melaksanakan tugas itu dengan sebaik yang mungkin NILAI KEBIJAKSANAAN Sidi Ali Ghiathu 'd-Din bermuafakat dengan menteri untuk membebaskan raja Pasai. Sidi Ali Ghiathu 'd-Din turut berusaha untuk menyelamatkan rajanya dengan membuat tipu muslihat. Oleh itu, beliau telah memberikan hadiah yang bernilai kepada raja Syahru ' n-Nuwi sehingga raja Syahru ' n-Nuwi berjanji akan memberi apa sahaja yang diminta oleh Sidi Ali Ghiatu 'dDin sebagai balasan lalu Sidi Ali Ghiathu 'd-Din memohon raja Pasai daripada raja Syahru ' nNuwi dan diizinkan oleh baginda BAB III N I L A I


P E N G A J A R A N Pengajaran yang terdapat di dalam bab 3 yang telah saya kaji adalah kita mestilah sentiasa bertanggungjawab dalam melalukan sesuatu. Sebagai contoh, Setelah Seri Teri Buana mangkat dan diganti oleh Raja Kecil Besar bergelar Paduka Seri Pikrama Wira. Paduka Seri Pikrama Wira pula melantik beberapa jawatan penting seperti Bendahara, Perdana Menteri, Penghulu Bendahari, dan hulubalang. Seterusnya, kita perlulah sentiasa tabah dalam semua keadaan seperti Merah Silu tabah dalam menghadapi penyakit cacing gelang-gelang. Beliau tidak pernah mengeluh terhadap penyakit yang menimpa dirinya. Selain itu, kita hendaklah taat dan setia kepada raja dan negara. Sebagai contohnya, Raja Syahru'n-Nuwi menitahkan Awi Dicu menangkap raja Pasai dan Awi Dicu melaksanakan tugas itu dengan sebaik yang mungkin. Tambahan lagi, kita mestilah bijak dalam mengawal keadaan. Buktinya, Sidi Ali Ghiathu'd-Din bermuafakat dengan menteri untuk membebaskan raja Pasai. Sidi Ali Ghiathu'd-Din turut berusaha untuk menyelamatkan rajanya dengan membuat tipu muslihat. Oleh itu, beliau telah memberikan hadiah yang bernilai kepada raja Syahru'nNuwi sehingga raja Syahru'n-Nuwi berjanji akan memberi apa sahaja yang diminta oleh Sidi Ali Ghiatu'd-Din sebagai balasan lalu Sidi Ali Ghiathu'd-Din memohon raja Pasai daripada raja Syahru'n-Nuwi dan diizinkan oleh baginda


NILAI PERISTIWA NILAI KEBIJAKSANAAN Seorang budak mencadangkan supaya menggunakan batang pisang sebagai benteng pertahanan ketika singapura diserang oleh sekumpulan ikan todak. Cadangan tersebut diterima oleh sultan dan berhasil menyelesaikan masalah pelanggaran todak. NILAI BEKERJASAMA Raja Kasim, maulana Jalalud’d-Din dan Bendahara Seri Nara Diraja bekerjasama merampas kembali istana yang dibawah pengaruh Raja Rekan. Setelah berjaya, Raja Kasim ditabalkan menjadi sultan Melaka dengan gelaran Sultan Muzaf ar Syah. BAB IV N I L A I


P E N G A J A R A N Pengajaran yang terdapat di dalam bab 4 yang telah saya kaji adalah kita mestilah bijak dalam memanfaatkan barangan atau hasil. Buktinya, seorang budak mencadangkan supaya menggunakan batang pisang sebagai benteng pertahanan ketika singapura diserang oleh sekumpulan ikan todak. Cadangan tersebut diterima oleh sultan dan berhasil menyelesaikan masalah pelanggaran todak. Selain itu, kita juga hendaklah saling bekerjasama dalam melakukan sesuatu perkara. Sebagai contoh, Raja Kasim, maulana Jalalud’d-Din dan Bendahara Seri Nara Diraja bekerjasama merampas kembali istana yang dibawah pengaruh Raja Rekan. Setelah berjaya, Raja Kasim ditabalkan menjadi sultan Melaka dengan gelaran Sultan Muzaffar Syah.


NILAI PERISTIWA NILAI KEBIJAKSANAAN Tun Perak mengumpulkan warga Kelang termasuk golongan wanita dan kanak-kanak supaya dapat memberi semangat kepada para lelaki yang akan berjuang menentang pasukan Awi Dicu yang akan menyerang Melaka.Hal ini kerana Tun Perak berpendapat bahawa dengan melihat keluarga di depan mata maka para tentera lebih bersemangat dalam mempertahankan Melaka. NILAI PERSAHABATAN Sultan Mansur Syah bercadang untuk menjalinkan hubungan baik dengan Mengkasar di Sulawesi lalu baginda mengarahkan Bendahara supaya mengutus surat ke Mengkasar. Surat dari Melaka disambut menggunakan adat menyambut surat raja-raja mulia secara besarbesaran sebagai tanda penghargaan kepada Sultan Mansur Syah yang sudi menjalin hubungan degan Mengkasar. NILAI MENGHARGAI JASA -Maharaja Dewa Sura yang menjadi tawanan raja berhasil menemukan gajah kesayangan Sultan Mansur Syah iaitu Kemanci yang terlepas ke hutan. Sebagai balasan, baginda membebaskan Maharaja Dewa Sura dan menghadiahkan persalinan dengannya. Anak-anak baginda juga dititahkan berguru ilmu gajah dengan Maharaja Dewa Sura. BAB V N I L A I


Pengajaran yang terdapat di dalam bab 5 yang telah saya kaji adalah kita mestilah bijak dalam menguruskan keadaan. Buktinya, Tun Perak mengumpulkan warga Kelang termasuk golongan wanita dan kanak-kanak supaya dapat memberi semangat kepada para lelaki yang akan berjuang menentang pasukan Awi Dicu yang akan menyerang Melaka. Hal ini kerana Tun Perak berpendapat bahawa dengan melihat keluarga di depan mata maka para tentera lebih bersemangat dalam mempertahankan Melaka. Selain itu, kita juga perlulah menjalin hubungan baik dengan sahabat. Sebagai contoh, Sultan Mansur Syah bercadang untuk menjalinkan hubungan baik dengan Mengkasar di Sulawesi lalu baginda mengarahkan Bendahara supaya mengutus surat ke Mengkasar. Surat dari Melaka disambut menggunakan adat menyambut surat raja- raja mulia secara besar - besaran sebagai tanda penghargaan kepada Sultan Mansur Syah yang sudi menjalin hubungan degan Mengkasar. Seterusnya, kita haruslah sentiasa menghargai jasa. Contohnya, Maharaja Dewa Sura yang menjadi tawanan raja berhasil menemukan gajah kesayangan Sultan Mansur Syah iaitu Kemanci yang terlepas ke hutan. Sebagai balasan, baginda membebaskan Maharaja Dewa Sura dan menghadiahkan persalinan dengannya. Anak-anak baginda juga dititahkan berguru ilmu gajah dengan Maharaja Dewa Sura. P E N G A J A R A N


NILAI PERISTIWA NILAI KEBERANIAN Hang Tuah dengan beraninya berlawan dengan seorang Jawa yang mengamuk di Melaka sehingga membunuh ramai warga Melaka. Hang Tuah menggunakan tipu helah untuk membunuh penjenayah itu dan menyebabkan dia dianugerahkan gelaran Laksamana oleh Sultan Mansur Syah. NILAI BERKORBAN DEMI NEGARA Seri Nara Diraja dititahkan oleh Sultan Mansur Syah untuk membunuh Hang Tuah yang dikatakan bermukah dengan dayang istana. Hang Tuah dengan rela hati menerima hukuman tersebut dan meminta Seri Nara Diraja mengikuti titah baginda. Hang Tuah dipasung di sebuah dusun tetapi tidak dibunuh ekoran rasa serba salah Seri Nara Diraja. NILAI KESETIAAN Hang tuah yang setia kepada Sultan Mansur Shah. Hang Tuah adalah seorang panglima yang sangat setia . Kesetiaan yang pernah dicurahkan kepada rajanya tidak pernah mengenal erti keperitan. Walaupun beliau telah diperlakukan secara tidak adil oleh Sultan Mansur, namun sebagai hamba Melayu yang taat dan berpegang teguh pada konsep " pantang Melayu menderhaka pada rajanya " , Hang Tuah tetap berusaha dan melaksanakan segala titah raja. Dia sanggup membunuh sahabat karib yang telah dianggap sebagai saudara sendiri demi berbakti pada rajanya, sungguhpun Hang Jebat menderhaka kerana membela kematiannya. BAB VI N I L A I


Pengajaran yang terdapat di dalam bab 6 yang telah saya kaji adalah kita perlulah berani dalam memperjuangkan sesuatu. Buktinya, Hang Tuah dengan beraninya berlawan dengan seorang Jawa yang mengamuk di Melaka sehingga membunuh ramai warga Melaka. Hang Tuah menggunakan tipu helah untuk membunuh penjenayah itu dan menyebabkan dia dianugerahkan gelaran Laksamana oleh Sultan Mansur Syah. Selain itu, kita juga mestilah sedia berkorban untuk negara. Sebagai contoh, Seri Nara Diraja dititahkan oleh Sultan Mansur Syah untuk membunuh Hang Tuah yang dikatakan bermukah dengan dayang istana. Hang Tuah dengan rela hati menerima hukuman tersebut dan meminta Seri Nara Diraja mengikuti titah baginda. Hang Tuah dipasung di sebuah dusun tetapi tidak dibunuh ekoran rasa serba salah Seri Nara Diraja. Tambahan lagi, kita hendaklah menanam rasa setia dalam diri seperti Hang tuah yang setia kepada Sultan Mansur Shah. Walaupun beliau telah diperlakukan secara tidak adil oleh Sultan Mansur, namun sebagai hamba Melayu yang taat dan berpegang teguh pada konsep "pantang Melayu menderhaka pada rajanya" . Hang Tuah tetap berusaha dan melaksanakan segala titah raja. Dia sanggup membunuh sahabat karib yang telah dianggap sebagai saudara sendiri demi berbakti pada rajanya, sungguhpun Hang Jebat menderhaka kerana membela kematiannya. P E N G A J A R A N


NILAI PERISTIWA NILAI KESETIAAN Walaupun Hang Tuah pernah ‘dibunuh’ oleh Sultan Mansur Syah, tetapi dia tetap menurut perintah raja apabila diarahkan menewaskan Hang Jebat. Padahal Hang Jebat mahu menuntut bela ke atas pembunuhan Hang Tuah. NILAI KERAJINAN Sultan Mansur Syah dan pembesar diraja berguru dengan Maulana Abu Bakar belajar tentang Kitab Duri’l Mazlum, walaupun pada mulanya Sultan Mansur Shah dihalau terlebih dahulu oleh Maulana Abu bakar untuk baginda menukar pakaian kepada pakaian biasa sahaja. NILAI KEJUJURAN Seri Nara Diraja jujur dan berterus-terang kepada Sultan dengan memberitahunya bahawa Hang Tuah masih hidup BAB VII N I L A I


P E N G A J A R A N Pengajaran yang terdapat di dalam bab 7 yang telah saya kaji adalah kita hendaklah setia kepada raja. Contohnya, walaupun Hang Tuah pernah ‘dibunuh’ oleh Sultan Mansur Syah, tetapi dia tetap menurut perintah raja apabila diarahkan menewaskan Hang Jebat. Padahal Hang Jebat mahu menuntut bela ke atas pembunuhan Hang Tuah. Selain itu, kita juga perlulah sentiasa rajin. Sebagai contoh, Sultan Mansur Syah dan pembesar diraja berguru dengan Maulana Abu Bakar belajar tentang Kitab Duri’l Mazlum, walaupun pada mulanya Sultan Mansur Shah dihalau terlebih dahulu oleh Maulana Abu bakar untuk baginda menukar pakaian kepada pakaian biasa sahaja. Seterusnya, kita juga mestilah sentiasa bersikap jujur. Buktinya, Seri Nara Diraja jujur dan berterusterang kepada Sultan dengan memberitahunya bahawa Hang Tuah masih hidup


NILAI PERISTIWA NILAI KESETIAAN Seri Nara Diraja jujur dan berterus-terang kepada Sultan dengan memberitahunya bahawa Hang Tuah masih hidup NILAI BAIK HATI Sultan Mansur Syah mengambil berat terhadap masa depan anaknya sehingga beliau menulis wasiat sebelum meninggal dunia yang penuh dengan nasihat buat anaknya, Sultan Alau 'd-Din Riayat Syah NILAI KESUNGGUHAN Sultan Alau 'd-Din Riayat Syah yang tekad mengatasi jenayah mencuri yang sering berlaku di kawasannya. Baginda sanggup menyamar di waktu malam untuk menangkap pencuri yang mencuri di kawasannya. Baginda juga meminta sebuah balai dibina ditengah-tengah kampung supaya pencuri yang mencuri dapat mengembali barang curiannya di balai itu. BAB VIII N I L A I


Pengajaran yang terdapat di dalam bab 8 yang telah saya kaji adalah kita mestilah sentiasa setia. Buktinya, Seri Nara Diraja jujur dan berterus- terang kepada Sultan dengan memberitahunya bahawa Hang Tuah masih hidup Cadangan tersebut diterima oleh sultan dan berhasil menyelesaikan masalah pelanggaran todak. Selain itu, kita juga hendaklah bersikap baik hati. Contohnya, Sultan Mansur Syah mengambil berat terhadap masa depan anaknya sehingga beliau menulis wasiat sebelum meninggal dunia yang penuh dengan nasihat buat anaknya, Sultan Alau'd-Din Riayat Syah. Seterusnya, kita perlulah bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu. Sebagai contoh, Sultan Alau'd-Din Riayat Syah yang tekad mengatasi jenayah mencuri yang sering berlaku di kawasannya. Baginda sanggup menyamar di waktu malam untuk menangkap pencuri yang mencuri di kawasannya. Baginda juga meminta sebuah balai dibina ditengah- tengah kampung supaya pencuri yang mencuri dapat mengembali barang curiannya di balai itu. P E N G A J A R A N


NILAI PERISTIWA NILAI KESETIAAN Sultan Mahmud gering dan dijaga oleh Bendahara Paduka Raja dan Laksamana Hang Tuah. Sekali peristiwa Sultan Mahmud sakit perut buang-buang air. Terpaksalah Bendahara Paduka Raja dan Laksamana mengasuhnya. Bendahara membasuh beras, Laksamana memasaknya. Bila masak bendahara yang menyuapkan. Bila buang air, Laksamana membasuhnya. NILAI KASIH SAYANG Tiba masanya Bendahara Paduka Raja jatuh sakit dan dia mengumpulkan semua anak cucunya. Beliau memberi wasiat kepada anak cucunya serta kepada Sultan Mahmud Syah, beliau menasihatkan agar baginda tidak mengikut nafsu dan tidak mendengar fitnah.,. Untuk mereka dia berwasiat. Nasihatnya kepada Tun Mutahir, Tun Zainal Abidin, Seri Nara Diraja Tun Tahir, Tun Pauh dan juga Tun Isap. BAB IX N I L A I


P E N G A J A R A N Pengajaran yang terdapat di dalam bab 9 yang telah saya kaji adalah kita perlulah bersikap setia kepada mereka yang disayangi. Buktinya, Sultan Mahmud gering dan dijaga oleh Bendahara Paduka Raja dan Laksamana Hang Tuah. Sekali peristiwa Sultan Mahmud sakit perut buang-buang air. Terpaksalah Bendahara Paduka Raja dan Laksamana mengasuhnya. Bendahara membasuh beras, Laksamana memasaknya. Bila masak bendahara yang menyuapkan. Bila buang air, Laksamana membasuhnya. Selain itu, kita juga hendaklah bersikap mengamalkan sikap berkasih sayang. Sebagai contohnya, Tiba masanya Bendahara Paduka Raja jatuh sakit dan dia mengumpulkan semua anak cucunya. Beliau memberi wasiat kepada anak cucunya serta kepada Sultan Mahmud Syah, beliau menasihatkan agar baginda tidak mengikut nafsu dan tidak mendengar fitnah. Untuk mereka dia berwasiat. Nasihatnya kepada Tun Mutahir, Tun Zainal Abidin, Seri Nara Diraja Tun Tahir, Tun Pauh dan juga Tun Isap.


NILAI PERISTIWA NILAI MENEPATI JANJI Patih Adam menuntut janji daripada Seri Nara Diraja yang dikatakan mahu menjodohkan Patih Adam dengan Tun Minda tetapi Seri Nara Diraja menafikannya NILAI KASIH SAYANG Baginda tidak sanggup menumpahkan darah anakanda baginda apabila adanya perempuan tua yang telah menyatakan syarat-syarat yang perlu dipenuhi oleh Sultan Mahmud iaitu membina satu jambatan emas dan satu jambatan perak dari Melaka ke Gunung Ledang, tujuh dulang hati nyamuk, tujuh dulang hati kuman, air mata setempayan, air pinang muda setempayan dan darah putera raja iaitu Raja Ahmad sebanyak semangkuk. NILAI KEBIJAKSANAAN Hang Nadim menunjukkan kebijaksanaan melukis sendiri corak kain dikagumi apabila beliau tidak berkenan dengan corak kain yang dilukis oleh pelukis Keling. BAB X N I L A I


P E N G A J A R A N Pengajaran yang terdapat di dalam bab 10 yang telah saya kaji adalah kita mestilah sentiasa menepati janji. Contohnya, Patih Adam menuntut janji daripada Seri Nara Diraja yang dikatakan mahu menjodohkan Patih Adam dengan Tun Minda tetapi Seri Nara Diraja menafikannya. Selain itu, kita juga perlulah mengamalkan sikap berkasih sayang. Sebagai contohnya, Baginda tidak sanggup menumpahkan darah anakanda baginda apabila adanya perempuan tua yang telah menyatakan syarat -syarat yang perlu dipenuhi oleh Sultan Mahmud iaitu membina satu jambatan emas dan satu jambatan perak dari Melaka ke Gunung Ledang, tujuh dulang hati nyamuk, tujuh dulang hati kuman, air mata setempayan, air pinang muda setempayan dan darah putera raja iaitu Raja Ahmad sebanyak semangkuk.


NILAI PERISTIWA NILAI KEPATUHAN Teja sudah bertunang dengan Sultan Abdul Jamal. Hang Nadim ditiahkan ke Pahang untuk membawa pulang Tun Teja ke Melaka. Hang Nadim berjaya melarikan Tun Teja setelah berbaikbaik dengan seorang perempuan tua tukang urut dan Hang Nadim turut berjaya mengalahkan serangan Pahang di laut NILAI KASIH SAYANG Sultan Abdul Jamal menyuruh Seri Wangsa Diraja ke Melaka untuk memberitahu kemangkatan ayahanda baginda. Mendengar perkhabaran itu, Sultan Mahmud berasa sedih dan menitahkan Seri Wak Raja ke Pahang untuk menobatkan Sultan Abdul Jamal Syah BAB XI N I L A I


Pengajaran yang terdapat di dalam bab 11 yang telah saya kaji adalah kita mestilah patuh dengan arahan. Buktinya, Teja sudah bertunang dengan Sultan Abdul Jamal. Hang Nadim ditiahkan ke Pahang untuk membawa pulang Tun Teja ke Melaka. Hang Nadim berjaya melarikan Tun Teja setelah berbaik-baik dengan seorang perempuan tua tukang urut dan Hang Nadim turut berjaya mengalahkan serangan Pahang di laut. Selain itu, kita perlulah menanam perasaan kasih sayang dalam diri seperti Sultan Abdul Jamal yang menyuruh Seri Wangsa Diraja ke Melaka untuk memberitahu kemangkatan ayahanda baginda. Mendengar perkhabaran itu, Sultan Mahmud berasa sedih dan menitahkan Seri Wak Raja ke Pahang untuk menobatkan Sultan Abdul Jamal Syah P E N G A J A R A N


NILAI PERISTIWA NILAI KEAGAMAAN Sultan Mahmud dan Tun Mai Ulat Bulu mempelajari soal agama dengan Maulana Sadar Jahan yang telah datang ke Melaka NILAI TOLONG-MENOLONG Bendahara Seri Maharaja telah menghulurkan bantuan untuk membantu negeri Melaka daripada diserang oleh orang Peringgi NILAI KESETIAAN TERHADAP RAJA Orang Kaya Tun Muhammad sanggup datang ke Pasai untuk merujuk soal agama seperti yang diperintahkan oleh Sultan Mahmud dan Tun Hassan telah membantu dalam menyelesaikan perkara tersebut BAB XII N I L A I


Pengajaran yang terdapat di dalam bab 12 yang telah saya kaji adalah kita mestilah menerapkan nilai keagamaan dalam diri. Buktinya, Sultan Mahmud dan Tun Mai Ulat Bulu mempelajari soal agama dengan Maulana Sadar Jahan yang telah datang ke Melaka. Seterusnya, kita perlulah saling tolong-menolong sesama masyarakat. Sebagai contohnya, Bendahara Seri Maharaja telah menghulurkan bantuan untuk membantu negeri Melaka daripada diserang oleh orang Peringgi. Selain itu, kita hendaklah sentiasa setia kepada raja. Contohnya, orang Kaya Tun Muhammad sanggup datang ke Pasai untuk merujuk soal agama seperti yang diperintahkan oleh Sultan Mahmud dan Tun Hassan telah membantu dalam menyelesaikan perkara tersebut. P E N G A J A R A N


NILAI PERISTIWA NILAI KESEDERHANAAN Bendahara Seri Maharaja bercadang untuk mempersatukan Tun Fatimah dengan Tun Ali dalam sebuah ikatan perkahwinan. Bendahara telah dinasihati oleh Raja Dibaruh untuk menunjukkan Tun Fatimah kepada Sultan Mahmud terlebih dahulu. Disebabkan oleh darjat dan pangkat keluarganya lebih rendah daripada Sultan Mahmud, perkara itu enggan dilakukan oleh Bendahara. NILAI INTEGRITI Tun Hassan Temenggung telah menolak sekeras-kerasnya rasuah yang dingin diberikan oleh Ali Manu Nayan. BAB XIII N I L A I


P e n g a j a r a n y a n g t e r d a p a t d i d a l a m b a b 1 3 y a n g t e l a h s a y a k a j i a d a l a h k it a p e rl u l a h m e n g a m a l k a n s i k a p b e r s e d e r h a n a d a l a m k e h i d u p a n . S e b a g a i c o n t o h n y a , B e n d a h a r a S e r i M a h a r a j a b e r c a d a n g u n t u k m e m p e r s a t u k a n T u n F a t i m a h d e n g a n T u n A l i d a l a m s e b u a h i k a t a n p e r k a h w i n a n . B e n d a h a r a t e l a h d i n a s i h a t i o l e h R a j a D i b a r u h u n t u k m e n u n j u k k a n T u n F a t i m a h k e p a d a S u l t a n M a h m u d t e r l e b i h d a h u l u . D i s e b a b k a n o l e h d a r j a t d a n p a n g k a t k e l u a r g a n y a l e b i h r e n d a h d a r i p a d a S u l t a n M a h m u d , p e r k a r a i t u e n g g a n d i l a k u k a n o l e h B e n d a h a r a . S e l a i n i t u , k it a m e s ti l a h s e n ti a s a b e ri n t e g riti . C o n t o h n y a , T u n H a s s a n T e m e n g g u n g t e l a h m e n o l a k s e k e r a s - k e r a s n y a r a s u a h y a n g d i n g i n d i b e r i k a n o l e h A l i M a n u N a y a n . P E N G A J A R A N


NILAI PERISTIWA NILAI KEBERANIAN Di bawah pimpinan Alfonso d’Albuquerque, Peringgi mengambil tindakan berani dengan membuat serangan ke atas Melaka. NILAI SEMANGAT KEMASYARAKATAN Memandangkan Peringgi akan melancarkan serangan lagi, orang-orang Melaka bersepakat untuk membaca Hikayat Muhammad Hanafiah secara beramai-ramai untuk menaikkan semangat perjuangan dalam diri. BAB XIV N I L A I


P e n g a j a r a n y a n g t e r d a p a t d i d a l a m b a b 1 4 y a n g t e l a h s a y a k a j i a d a l a h k i t a h e n d a k l a h b e r a n i d a l a m m e l a k u k a n s e s u a t u . C o n t o h n y a , d i b a w a h p i m p i n a n A l f o n s o d ’ A l b u q u e r q u e , P e r i n g g i m e n g a m b i l t i n d a k a n b e r a n i d e n g a n m e m b u a t s e r a n g a n k e a t a s M e l a k a . S e l a i n i t u , k i t a m e s t i l a h m e m p u n y a i s e m a n g a t d a l a m b e r m a s y a r a k a t . I n i b o l e h d i l i h a t d i m a n a o r a n g - o r a n g M e l a k a b e r s e p a k a t u n t u k m e m b a c a H i k a y a t M u h a m m a d H a n a f i a h s e c a r a b e r a m a i - r a m a i u n t u k m e n a i k k a n s e m a n g a t p e r j u a n g a n d a l a m d i r i m e m a n d a n g k a n P e r i n g g i a k a n m e l a n c a r k a n s e r a n g a n P E N G A J A R A N


NILAI PERISTIWA NILAI KASIH SAYANG Sultan Muzaf ar Syah jatuh hati kepada bonda Raja Mansur dan memperisterikan wanita tersebut. Cucu kepada Sultan Mansur Syah di Pahang iaitu Raja Omar berkahwin dengan Raja Fatimah, puteri Sultan Alaud'-Din Ri' ayat Syah. BAB XV N I L A I


P e n g a j a r a n y a n g t e r d a p a t d i d a l a m b a b 1 5 y a n g t e l a h s a y a k a j i a d a l a h k i t a h e n d a k l a h s e n t i a s a m e n a n a m r a s a k a s i h d a n s a y a n g d a l a m d i r i . C o n t o h n y a , - C u c u k e p a d a S u l t a n M a n s u r S y a h d i P a h a n g i a i t u R a j a O m a r b e r k a h w i n d e n g a n R a j a F a t i m a h , p u t e r i S u l t a n A l a u d ' - D i n R i ' a y a t S y a h . C o n t o h l a i n y a n g b o l e h d i l i h a t a d a l a h S u l t a n M u z a f f a r S y a h j a t u h h a t i k e p a d a b o n d a R a j a M a n s u r d a n m e m p e r i s t e r i k a n w a n i t a t e r s e b u t . P E N G A J A R A N


Click to View FlipBook Version