The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Hidayatul Asyiqin, 2020-11-04 02:11:19

F12. 11. NURHIDAYATULASHIKINBINTIZAMRI

F12. 11. NURHIDAYATULASHIKINBINTIZAMRI

11

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
59990 Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
(Ambilan Jun 2020)

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
(EDUP3023)

Disediakan oleh:

Nama: NUR HIDAYATUL ASHIKIN BINTI ZAMRI
No. Kad Pengenalan: 011102-11-0280
2020192340226
Angka Giliran: PISMP F12
Kumpulan/ Unit OMAR CHEK MAN

Nama Pensyarah: PENULISAN AKADEMIK
4 NOVEMBER 2020
Tajuk Tugasan :

Tarikh Penyerahan:

Tarikh Menerima Maklum
Balas Daripada
Pensyarah

ISI KANDUNGAN

BIL. BUTIRAN MUKA SURAT

1.0 Pengenalan…………………………………………………………………………..1
2.0 Konsep Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget

2.1 Skema………………………………………………………………………..2
2.2 Asimilasi…………………………………………………………………….2
2.3 Akomodasi……………………………………………………………… 2 - 3
2.4 Keseimbangan……………………………………………………………..3

3.0 Kepentingan Guru Menguasai Teori Perkembangan Jean Piaget………3 - 5
4.0 Kesimpulan………………………………………………………………………….5

Senarai Rujukan………………………………………………………………….6 - 7

1.0 Pengenalan

Setiap orang kanak-kanak mempunyai corak perkembangan tersendiri. Sehubungan dengan
itu, kanak-kanak dalam sesuatu darjah bukan sahaja berlainan peringkat kebolehan mereka
tetapi juga berlainan tahap perkembangan kognitifnya (Mok Soon Sang, 2009). Teori
Perkembangan Piaget menfokuskan kepada konsep perkembangan, pertumbuhan
kecerdasan yang dipengaruhi oleh lingkungan sosial dan kematangan. Piaget berpendapat
bahawa perkembangan kognitif ini berlaku secara berperingkat-peringkat dan peringkat awal
perkembangan ini merupakan peringkat terpenting terhadap kanak-kanak (Lew Moi Mooi et.
al., 2015). Hal ini demikian kerana, peringkat awal merupakan asas bagi perkembangan
seterusnya. Malah, menurut Azizi Yahya (2005) mengatakan bahawa Piaget juga
menekankan kepada aspek biologi dan pengalaman kognitif kanak-kanak serta menunjukkan
bahawa kanak-kanak membina kemahiran kognitif mereka secara aktif. Kemahiran ini
berubah secara sistematik dan berterusan.

2.0 Konsep Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget

Skema Asimilasi

Konsep

Akomodasi Keseimbangan

Rajah 2.0
1

2.1 Skema

Skema merupakan struktur kognitif atau mental yang membolehkan individu mengurus dan
menyesuaikan diri terhadap keadaan sekeliling. Skema umpama sebuah rak yang
menyimpan banyak fail dan setiap fail mewakili satu skema (Lukman Z.M. & Hanina H.
Hassan, 2008). Piaget berpendapat bahawa seorang bayi yang baru dilahirkan mempunyai
skema umum dan sepanjang proses tumbesaran tersebut skema yang diperolehnya akan
semakin meningkat dan diperhalusi. Hal ini dapat dilihat dengan jelas apabila seorang bayi
dilahirkan, skema sedia ada pada bayi tersebut ialah menghisap susu dan menggenggam.
Jadi, apa-apa sahaja benda yang dimasukkan ke dalam mulutnya pasti akan dihisapnya.
Sebagai contoh, seorang bayi yang berusia beberapa bulan apabila disuapkan apa-apa
sahaja ke dalam mulutnya, maka dia akan mencuba untuk menghisapnya kerana
menganggap bahawa itu ialah putih susunya dan begitu juga dengan kemahiran
menggenggam.

2.2 Asimilasi

Asimilasi merupakan proses kognitif, iaitu berlaku apabila seseorang itu menghimpunkan
segala maklumat baru ke dalam skema yang sedia ada (Mok Soon Sang, 2009). Proses ini
juga dikenali sebagai proses penyerapan maklumat dan berlaku sepanjang masa. Hal ini
kerana, manusia sering menerima pelbagai maklumat baru dan pengalaman dalam
kehidupan. Keadaan ini umpama gelas yang diisikan air di dalamnya secara berterusan, maka
semestinya gelas tersebut akan dipenuhi air (Lukman Z.M. & Hanina H. Hassan, 2008). Begitu
juga dengan diri seseorang manusia, semakin banyak belajar dan berkomunikasi semakin
banyak maklumat yang akan diketahui. Sebagai contoh, kanak-kanak telah mengetahui
berkenaan struktur asal motosikal, namun apabila kanak-kanak menerokai dengan lebih
mendalam, mereka akan mengetahui secara langsung berkenaan pelbagai jenama motosikal
dan reka bentuknya. Oleh itu, kanak-kanak sentiasa dapat menambah dan mempertingkatkan
maklumat mereka.

2.3 Akomodasi

Akomodasi merupakan proses penyesuaian diri dan menghasilkan perubahan kualitatif serta
perkembangan skema (Mok Soon Sang, 2009). Jika sesuatu maklumat yang diterima itu
bersesuaian dengan skema sedia ada, maka maklumat tersebut dapat diterima dengan baik.
Sebaliknya berlaku apabila maklumat yang diterima itu bercanggah dengan skema, maka
kemungkinan besar maklumat tersebut akan ditolak, diubah atau diubahsuai. Sebagai contoh,

2

kanak-kanak akan menganggap motosikal yang beroda tiga itu sebagai bukan motosikal
tetapi gerabak ataupu kereta model baru kerana faktor fizikalnya yang mempunyai tiga roda.
Hal ini kerana, skema asal kanak-kanak tersebut mengatakan bahawa motosikal beroda dua.
Walaupun begitu, apabila diberikan penerangan, mereka dapat menerima kenyataan bahawa
motosikal itu telah diubahsuai menjadi motosikal roda tiga. Dengan ini, berlakulah proses
penyesuaian diri apabila skema sedia ada tersebut diubahsuai mengikut maklumat
pengalaman terkini.

2.4 Keseimbangan

Apabila seseorang kanak-kanak menyeimbangkan proses penyerapan dan pengubahsuaian,
maka akan wujudlah keseimbangan. Seorang kanak-kanak yang sudah mencapai tahap
keseimbangan yang memberangsangkan akan membantunya untuk memperhalusi maklumat
yang diterimanya. Sebagai contoh, kanak-kanak akan mengubah suai maklumat berkenaan
motosikal roda tiga tersebut melalui pengubahsuaian skema atau penciptaan skema baru.
Jika maklumat baru tersebut dapat disesuaikan, maka proses keseimbangan akan berlaku.
Malah, proses ini turut berlaku secara beterusan bermula dari bayi sehingga dewasa (Yahya
Othman et. al., 2009).

3.0 Kepentingan Guru Menguasai Teori Perkembangan Jean Piaget

Guru dapat menjadikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah lebih
bersistematik. Hal ini demikian kerana, menurut Mohd Zuri Ghani (2014) menyatakan bahawa
perkembangan kognitif yang berbeza-beza pada diri seseorang kanak-kanak memerlukan
proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang disusun rapi sesuai dengan tahap peringkat
perkembangan mereka masing-masing. Sehubungan dengan itu, proses PdP mestilah
dilaksanakan mengikut urutan topik pembelajaran yang betul agar murid dapat menerima
serta menyesuaikan diri terhadap pembelajaran. Dengan ini, murid akan mula menonjolkan
perubahan tingkah laku pada diri mereka yang jelas memperlihatkan telah berlakunya
perubahan kognitif pada ketika itu (Yahya Othman et. al., 2009). Sebagai contoh, seorang
guru telah mengajar topik pembelajaran dalam urutan yang betul dapat membantu seseorang
murid untuk menjadi lebih aktif di dalam kelas seperti mereka menanyakan soalan kepada
guru. Maka, murid tersebut akan menjadi seorang yang lebih bersosial di dalam kelas serta
berupaya untuk menjadi generasi bijak pandai yang akan memberi kelebihan kepada
pendidikan negara. Oleh itu, seorang guru mestilah menguasai perkembangan kognitif ini
supaya dapat melahirkan lebih ramai generasi berilmu dan berkemahiran.

3

Guru dapat merancang pengalaman pembelajaran. Menurut Lew Moi Mooi et. al.,
2015) Piaget menyatakan bahawa pengalaman pembelajaran ialah apabila seorang guru
menyediakan peluang untuk murid-murid membuat penerokaan dan konsep yang dipelajari
dengan menggunakan daya pemikiran mereka sendiri (Mohd. Azhar Abd. Hamid, 2007).
Malah, pengalaman pembelajaran ini juga didefinisikan sebagai suatu bentuk gerak balas
atau interaksi murid dengan persekitaran (Mok Soon Sang, 2009). Dalam usaha
merealisasikan perancangan pengalaman ini, guru mestilah mengetahui bahawa
keberkesanan pelaksanaan ini memerlukan penglibatan aktif oleh murid-murid dalam setiap
gerak kerja yang dijalankan oleh guru tersebut. Hal ini demikian kerana, penglibatan ini bukan
sahaja dapat meningkatkan tahap sosial mereka malah dapat membantu pergerakan sel-sel
otak mereka untuk berhubung dan menyelesaikan masalah dalam setiap aktiviti tersebut.
Sebagai contoh, seorang guru melaksanakan aktiviti pembelajaran secara ‘hands-on’ di
dalam kelas. Dengan ini, murid-murid akan lebih berminat untuk menyertai setiap aktiviti yang
dijalankan dan secara tidak langsung akan mengembangkan tahap kognitif diri meraka
(Saayah Abu, 2007). Oleh itu, sebagai seorang guru mestilah melaksanakan pelbagai aktiviti
pembelajaran yang menarik sebagai proses perancangan pengalaman pembelajaran
terhadap murid.

Guru dapat memainkan peranan dalam pembelajaran bilik darjah. Hal ini demikian
kerana, proses PdP mestilah dilaksanakan mengikut keperluan psikologi yang diperlukan oleh
setiap murid. Sehubungan dengan itu, guru mestilah sedar bahawa mereka berperanan
penting dalam usaha merealisasikan pembelajaran yang betul mengikut keperluan setiap
murid. Usaha ini dapat dilaksanakan bermula dengan perancangan yang betul melibatkan
aktiviti, kandungan, pemilihan bahan bantu, teknik pengajaran, dan sebagainya (Sharifah Nor
Puteh & Aliza Ali, 2011). Tindakan ini dapat membantu untuk mengajar murid yang belum
mencapai tahap perkembangan tertentu dalam sesuatu topik pembelajarand dan
membuatkan mereka tidak ketinggalan dalam pelajaran tersebut. Sebagai contoh, seorang
guru bahasa Melayu mengulang semula topik pembelajaran yang lepas berkaitan ayat
tunggal kepada murid-murid sebelum memulakan pembelajaran topik yang baru berkenaan
kata hubung. Maka, murid yang kurang faham berkenaan topik itu akan menjadi lebih faham
setelah mendengar semula penerangan oleh guru tersebut melalui perbuatan anggukan
kepala. Oleh itu, seorang guru mestilah menguasai perkembangan kognitif ini untuk
memberikan pengajaran bersesuaian dengan keperluan psikologi mereka masing-masing.

4

Guru dapat meramal tingkah laku, perkara-perkara yang disukai dan tidak disukai oleh
murid pada peringkat umur tertentu. Hal ini demikian kerana, tingkah laku seseorang murid
adalah berbeza-beza mengikut tahap perkembangan kognitif diri masing-masing (Mok Soon
Sang, 2009). Hal ini bersesuaian dengan Teori Perkembangan Jean Piaget pada peringkat
praoperasi, iaitu peringkat operasi konkrit dan operasi formal. Pada peringkat ini, murid akan
mula menggunakan minda untuk membentuk skema-skema baharu berdasarkan kefahaman
mereka sendiri (Nirwana Anas, 2018). Dari segi peringkat operasi formal, seorang guru
mestilah mengetahui bahawa pemikiran murid pada peringkat ini tidak lagi terikat terhadap
bahan-bahan konkrit, namun mampu mencetuskan idea yang abstrak serta hipotesis sendiri
berdasarkan penilaiannya. Sebagai contoh, seorang pelajar mampu menyelesaikan soalan
matematik yang melibatkan perwakilan seperti nilai x pada persamaan 3x+1=0. Maka, pelajar
akan mula mencari jawapan sendiri dan ketika ini guru mestilah memberi peluang kepada
pelajar untuk menyelesaikan masalah tersebut dan meminta sebab kepada penyelesaian
yang dikemukakan dengan membentangkannya di hadapan kelas. Tindakan ini mampu
meningkatkan tahap perkembangan kognitif pada diri pelajar tersebut (Manisah Mohd. Ali &
Norriza Sahal, 2016). Oleh itu, sebagai seorang guru mestilah menguasai teori perkembangan
ini agar dapat mengenal pasti tingkah laku murid untuk mewujudkan proses pembelajaran
yang sesuai terhadap mereka.

4.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, Teori Perkembangan Jean Piaget ini amat penting untuk dikuasai oleh
seseorang guru. Hal ini demikian kerana, teori ini mampu memberikan pengetahuan yang luas
mengenai proses pengajaran dan pembelajaran yang betul sesuai mengikut peringkat
perkembangan seseorang murid itu. Dengan ini, murid akan dapat memahami pengajaran
yang ingin disampaikan oleh guru khususnya dari segi kandungan pelajaran. Malah,
kefahaman ini mampu membantu seseorang murid untuk mencapai peringkat perkembangan
kognitif yang sepatutnya berdasarkan tahap umur mereka. Maka, guru berperanan
menjadikan teori perkembangan kognitif ini sebagai panduan pengajaran agar dapat
melaksanakan proses PdP yang terbaik kepada murid bertepatan dengan prinsip-prinsip yang
telah digariskan dalam teori ini (Lew Moi Mooi et. al., 2015). Oleh itu, guru sebagai pendidik
mestilah menekankan tentang penguasaan terhadap teori ini agar dapat melahirkan generasi
yang berilmu sekali gus menjadi kebanggaan negara khususnya dalam dunia pendidikan.

5

Senarai Rujukan

Azizi Yahya. (2005). Aplikasi Kognitif Dalam Pendidikan. PTS Professional.

Lew Moi Mooi, Norliza Jaafar & Norulazilah. (2015). Perkembangan Kanak-Kanak. Pelangi
Professional Publishing Sdn. Bhd.

Lukman Z.M. & Hanina H. Hassan. (2008). Pembangunan Kanak-Kanak: Teori, Isu dan
Cabaran. Arah Pendidikan Sdn. Bhd.

Manisah Mohd. Ali & Norriza Sahal. (2016). Intervensi Meningkatkan Tumpuan dalam
Pembelajaran Murid Bermasalah Pembelajaran. Jurnal Pendidikan Malaysia, 41(1),
1-6.
https://scholar.google.com/scholar?hl=en&as_sdt=0%2C5&q=intervensi+meningkatk
an+tumpuan+dalam+pembelajaran+murid+bermasalah+pembelajaran&btnG=#d=gs
_qabs&u=%23p%3D61Um6mPY6AMJ

Mohd Zuri Ghani. (2014). Pendidikan Kanak-Kanak : Berkeperluan KHas. Unversiti
Pendidikan Sultan Idris.

Mohd. Azhar Abd. Hamid. (2007). Meningkatkan Daya Fikir. PTS Professional.

Mok Soon Sang. (2009). Perkembangan Kanak-Kanak. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Nirwana Anas. (2018). Pembelajaran IPA : Dari Fakta Menuju Teori. Jurnal Pendidikan Islam
dan Teknologi Pendidikan, 8(1), 1-10.
https://scholar.google.com/scholar?hl=en&as_sdt=0%2C5&q=pembelajaran+ipa%3A
+dari+fakta+menuju+teori&btnG=#d=gs_qabs&u=%23p%3Dt4877OtiKOcJ

Saayah Abu. (2007). Menjadi Guru Tadika. PTS Professional.

Sharifah Nor Puteh & Aliza Ali. (2011). Pendekatan Bermain Dalam Pengajaran Bahasa dan
Literasi Bagi Pendidikan Prasekolah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1(2), 1-15.
https://scholar.google.com/scholar?hl=en&as_sdt=0%2C5&q=pendekatan+bermain&
btnG=#d=gs_qabs&u=%23p%3D7Ic4Pi1W4uoJ

6

Yahya Othman, Roselan Baki & Naapie Mat. (2009). Pemerkasaan pendidikan bahasa
melayu dari teori ke praktik. Utusan Publications.

7


Click to View FlipBook Version