KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SK SUNGAI ULAR E-mel : [email protected]
09000 KULIM , KEDAH Kod Sek : KBA 5018
No. Tel :044915123
Tarikh MINIT MESYUARAT KURIKULUM
Hari
Masa (BIL. 1 /2021)
Aplikasi
Tempat : 17 Januari 2021
: Ahad
: 10.00 pagi
: Google Meet (https://meet.google.com/uzk-kbkn-jyr)
: Kediaman masing – masing
Hadir :
BIL. NAMA GURU JAWATAN
1 PN NORZITA BINTI ABDULLA GURU BESAR
2 PN ZURAIDAH BINTI AHMAD PK.PENTADBIRAN
3 PN WAN KAMAAZURALIZA BT WAN KAMARUDIN PENOLONG KANAN HEM
4 EN MUHAMAD NURJUWAIDI BIN JAAFAR PK. KOKURIKULUM
5 PN ZURAIDAH BINTI YAACOB PENOLONG KANAN PETANG
6 AZAMY BIN LATIF KP BAHASA MELAYU
7 AZMAN BIN SALLEH GURU BESTARI
8 BASHIRAH BINTI OMAR GURU BAHASA MELAYU
9 CHE FADZLINA BINTI ABU BAKAR SU PEPERIKSAAN
10 FATAHIYAH BINTI MAT LAZIM
11 HANIZA BINTI HAMZAH GURU BIMBINGAN KAUNSELING
12 HARYANTI BINTI MUSA
13 IDZA ZALINA BINTI ISMAIL GURU MATEMATIK
14 KAMALA A/P KUPUSAMY GURU P.ISLAM
15 KASTURI BAHAI A/P LETCHUMANAN
16 MANIMALAR A/P SUPRAMANIAM PENYELARAS TAHUN 5
17 MARDIAH BINTI ABD RAHMAN KP BAHASA INGGERIS
18 MASRUPAWAN ASMUNY BT ABD GHANI
19 MAZLINA BINTI OTHMAN SU LDP
20 MERDUWATI BINTI ALI@ISMAIL GURU AKSES
21 MOHD FAUZI BIN ISMAIL PENYELARAS J-QAF
22 MOHD FAUZI BIN MOHD EFFENDI GURU MATEMATIK
23 MUHAMAD AFIF BIN AHMAD FADZIL KP BAHASA ARAB
24 MUHAMAD IRWAN BIN ABDUL KHADIP
25 MUHAMAD SHUHAIMY BIN ABDUL AZIZ KP PJK
26 MUHAMAD NAHAR BIN DIN GURU MATEMATIK
27 NAFISAH BINTI AHMAD KP PENDIDIKAN ISLAM
PENYELARAS TAHUN 4
SU PIBG
GURU PEMULIHAN
GURU BAHASA INGGERIS
PENYELARAS TAHUN 3
i
28 NHUNG NHUT A/P CHUANG SU KOKURIKULIM
29 NOOR ASMAH BINTI ABU BAKAR PENYELARAS PSS
30 NOOR HAFIZAH BINTI OTHMAN GURU PENDIDIKAN ISLAM
31 NOORUL MUHIROH BINTI MAD JAZID GURU PENDIDIKAN ISLAM
32 NOR BASHIRAH BINTI ABDUL RASHID GURU PENDIDIKAN ISLAM
33 NOR FAIZAH BINTI BAHAROM
34 NORMAWATI BINTI HUSSAIN KP SAINS
35 NOR SALLIZA BINTI MAHAMAD ALI GURU PENDIDIKAN ISLAM
36 NOR ZAHIRAH BINTI MOHD ZUKI PENYELARAS PRA SEKOLAH
37 NORZALINA BINTI MD ISMAIL GURU BAHASA MELAYU
38 NORZIAH BINTI YAACOB GURU BAHASA INGGERIS
39 NUR AIN BINTI KHAIRUL ANUAR
40 NUR FARIZAN BINTI AHMAD PENYELARAS SPBT
41 NUR SYUHADA BINTI IBRAHIM GURU BAHASA MELAYU
42 NURUL HUDA BINTI ROZALI PENYELARAS PBS/PBD
43 NURUL SYAKIRAH LIM BINTI ABDULLAH
44 NURYUSRINA BINTI MOHD RODZI SU SKPMg2
45 ROKIAH BINTI AMIN GURU PENDIDIKAN ISLAM
46 ROSLELAWATY BINTI ABDUL AZIZ
47 ROZILAWATI BINTI RAWI PENYELARAS HIP
48 RUSMAWANI BINTI MAT ZAIN KP SEJARAH
49 MOHD ALIF AMIN BIN SAMAD
50 SALMAH BINTI SAPAR GURU BAHASA MELAYU
51 SITI KHAIRUL MURNI BINTI ABD RAHMAN PENYELARAS TAHUN 2
52 SITI MUNIRAH BINTI MANSOR
53 SITI NAZLIAH ‘AKIDAH BINTI ROSLI GURU SAINS
54 SYARAH AISYAH BINTI SUDARMAN GURU PENDIDIKAN ISLAM
55 THAMARAI VALLI A/P ALAGAPPAN
56 THILEGAWATHY A/P THARMALINGAM K.P PENDIDIKAN SENI
57 VANJIT KAUR A/P VISAN SINGH PENYELARAS TAHUN 1
58 WAN NORYATINI BINTI MAHMOOD
59 YAP JOW FUNG SU KURIKULUM
60 YUSMANIZA BINTI MOHD YUSOF SU HEM
61 ZALNI BINTI ZAKARIA
62 ZARINAS BINTI ABDULLAH GURU MATEMATIK
63 ZAWATI BINTI HASAN GURU BAHASA ARAB
64 ABDUL KADIR BIN ABDUL MANAF
65 MUA’ZZAH BINTI MUSTAFA BAKRI GURU DATA
66 NURUL HUSNA BINTI MD ZAIN SU MBM/MBI
67 SHANMUGAM A/L MAGALINGAM
68 NURIY NURHANE BINTI JAMIL SU PAK 21
69 NORAINI BINTI ZAKARIA PENYELARAS PLC
70 NURATIQAH BINTI MOHD SABRY KP BAHASA CINA
PENYELARAS TAHUN 6
GURU PENDIDIKAN ISLAM
GURU PENDIDIKAN ISLAM
KP MUZIK
GURU PENDIDIKAN ISLAM
GURU PENDIDIKAN ISLAM
GURU PENDIDIKAN ISLAM
GURU MATEMATIK
GURU RBT
GURU BAHASA MELAYU
GURU BAHASA MELAYU
ii
Tidak Hadir :
BIL. NAMA GURU JAWATAN CATATAN
1. HASLIZA BT JALI GURU PRA SEKOLAH CUTI BERSALIN
HADIR : 70 ORANG
TIDAK HADIR BERSEBAB : 1 ORANG
JUMLAH : 71 ORANG
iii
I. PERUTUSAN PENGERUSI
1. Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan doa yang diketuai oleh
Ustaz Muhammad Irwan Bin Abd Khadip. Pengerusi juga mengucapkan
selamat datang dan terima kasih di atas kehadiran secara online guru-guru
kerana menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Kali Pertama Sekolah
Kebangsaan Sungai Ular (SKSU) bagi sesi persekolahan tahun 2021.
Makluman:Semua guru
2. Pengerusi meminta semua guru untuk membaca Ikrar Perkhidmatan Awam
yang diketuai oleh Penolong Kanan Kokurikulum, Encik Muhammad
Nurjuwaidi Bin Jaafar. Beliau berharap semua guru dapat sama-sama
menghayati dan berkhidmat dengan penuh tanggungjawab dan berintegriti
serta berpegang teguh kepada agama masing-masing.
Makluman:Semua guru
3. Pengerusi mengingatkan semua guru agar dapat membaca dan memahami
perutusan Tuan PPDKBB yang telah dipanjangkan oleh GB pada 17/1/2021 di
Telegram SK Sungai Ular Official untuk perhatian semua guru. Seterusnya
menyentuh tentang 5 minit PPPM yang telah memasuki gelombang terakhir
iaitu gelombang ketiga. Beliau meminta semua guru untuk bersedia
menghadapi sebarang cabaran dalam memenuhi :
- 5 Apresiasi sistem Pendidikan Malaysia :
i. Akses
ii. Kualiti
iii. Ekuiti
iv. Perpaduan
v. Kecekapan
- 6 Apresiasi Murid
i. Pengetahuan
ii. Kemahiran Berfikir
iii. Kemahiran Kepimpinan
iv. Kemahiran Dwibahasa
v. Identiti Nasional
vi. Etika dan Kerohanian
Makluman:Semua guru
1
4. Beliau memaklumkan bahawa setakat hari ini SKSU mempunyai 63 orang
dan mengucapkan terima kasih kepada semua guru atas kerjasama dan
komitmen sepenuhnya yang diberikan sepanjang tahun 2020 dan
mengucapkan selamat bertugas bagi sesi persekolahan 2021.
Makluman:Semua guru
5. Beliau juga mengucapkan tahniah dan selamat menjadi ahli baru di SKSU
kepada semua guru yang bertukar masuk ke SK Sungai Ular. Beliau berharap
guru yang baru bertukar dapat membawa perkara yang positif dari sekolah
lama bagi kebaikan SKSU.
Makluman:Semua guru
6. Pengerusi berharap semua guru sentiasa bersyukur dan ikhlas dalam
menjalankan tugas sebagai pendidik kerana guru adalah frontliner bagi bidang
pendidikan dalam menempuhi era baharu pendidikan. Beliau menyatakan
bahawa warga SKSU perlu menjadi pasukan yang mantap dan perlu
berganding bahu demi kelangsungan anak-anak didik.
Makluman : Semua guru
7. Pengerusi memperkenalkan guru-guru dan pentadbir kepada guru-guru
baharu secara maya kerana tidak boleh berjumpa secara bersemuka.
Seterusnya mengucapkan selamat hari lahir kepada guru-guru dan Anggota
Kumpulan Pelaksana (AKP) yang menyambut kelahiran pada bulan Januari.
Makluman:Semua guru
8. Pengerusi menegaskan bahawa semua guru adalah guru yang hebat justeru
pasti dapat menghadapi cabaran 2021 bersama-sama.
Makluman :Semua guru
II. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
9. Penolong Kanan Pentadbiran, Pn Zuraidah Binti Ahmad membentangkan
Minit Mesyuarat bilangan ke 4,bermula muka surat 1-10. Beliau memohon ahli
mesyuarat untuk mencadangkan minit mesyuarat berkenaan diterima dan
disahkan.
Makluman:Semua guru
2
10. Pn.Nhung Nhut a/p Chuang telah mencadangkan agar minit mesyuarat
kurikulum (Bil 4/2020) yang lalu diterima dan disahkan. Cadangan tersebut
telah disokong oleh Pn.Noor Asmah Binti Abu Bakar.
Makluman:Semua guru
III. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
11. Bil 16.2 Penolong Kanan Pentadbiran (PKP) mengucapkan terima kasih
kepada 3 panitia yang telah mengambil tindakan menyerahkan surat
panggilan dan minit mesyuarat Bil 3 dan 4/2020. 12 panitia lain yang belum
menyerahkan surat panggilan dan minit mesyuarat panitia bilangan 3 dan 4
bagi tahun 2020 diminta untuk mengambil tindakan segera bagi memastikan
fail-fail panitia dapat dikemaskini dan pengurusan panitia berjalan dengan
lancar.
Tindakan: Ketua panitia dan setiausaha
12. Bil 16.3 Pn Zuraida meminta KP ambil maklum dan merujuk maklum balas
mesyuarat kurikulum bil 4/2020 untuk memasukkan semua perkara yang
disenaraikan sebagai agenda mesyuarat panitia bilangan 4/2020. Beliau
sekali lagi mengingatkan kepada semua KP yang belum menyerahkan minit
mesyuarat panitia bil 3 dan 4/2020 untuk mengambil tindakan segera.
Tindakan: Ketua panitia dan setiausaha
13. Bil. 16.5 Penolong Kanan Pentadbiran menyatakan bahawa semua guru boleh
memuat turun DPK Penjajaran Kurikulum Tahun 1 hingga Tahun 6 serta RPT
Penjajaran yang terkini bagi sesi persekolahan 2021 di laman rasmi BPK.
Pada akhir tahun 2020 ketua panitia telah mengumpul DPK Penjajaran
Kurikulum mengikut aliran dan dimasukkan ke dalam fail panitia (bahagian
dokumen). Bagi tahun 2021, jika dokumen tersebut masih sama boleh diambil
daripada fail dan tidak perlu dimuat turun semula. PK Pentadbiran meminta
ketua panitia dan setiausaha untuk mengumpulkan dan melengkapkan fail
panitia dengan semua dokumen yang tersebut agar dapat digunakan sebagai
rujukan oleh semua ahli panitia sekiranya memerlukan.
Tindakan: Panitia dan Guru Mata Pelajaran
3
IV. PENGURUSAN KURIKULUM
14. STANDARD 4 SKPMG DAN PAK 21
14.1 Puan Zuraidah memaklumkan penilaian kendiri SKPMg2 akan bermula
Januari hingga Mac 2021. Guru perlu membuat penilaian kendiri PdPc
dan mengisi borang standard 4. Borang yang telah lengkap diisi perlu
diserahkan kepada PKP untuk diisi ke dalam portal.
Makluman : Semua guru
14.2 Puan Zuraidah menyatakan perkara yang terkandung dalam standard 4
SKPMg2 berkaitan dengan pdpc dan perlu diberi perhatian oleh semua
guru adalah :
a) memahami DSKP
b) merancang PdPc berpandukan item dalam Standard 4 SKPMg2
c) Memilih pedagogi yang sesuai dengan konsep PAK 21
d) Membuat penilaian dan pentaksiran (PBD)
e) Membuat refleksi (pemulihan dan pengayaan ataupun
pembelajaran terbeza)
Makluman : Semua guru
14.3 Pencerapan pertama akan dijalankan oleh pentadbir dan barisan MLT
pada bulan April. Guru-guru hanya perlu merujuk kepada item standard 4
untuk merancang dan menyediakan RPH dan sebagai item pencerapan
PdPc guru-guru.
Makluman : Semua guru
15. FOKUS UTAMA SKSU 2021 –BIDANG KURIKULUM
15.1 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
15.1.1 Dua perkara penting yang perlu diberi perhatian dalam PPPM
ialah Sekolah Berkualti dan Kemenjadian Murid.
15.1.2 Pengerusi berharap semua pihak dapat mengambil bahagian
dan memberi komitmen yang tinggi agar SKSU dapat mencapai
peningkatan kualiti sekolah dan kemenjadian murid selaras
dengan keberhasilan utama KPM.
Makluman : Semua guru
15.2 SKPMg2
15.2.1 Pengerusi memaklumkan fokus utama SKSU adalah pencapaian
tahap minimum kualiti kepimpinan iaitu sebanyak 95% bagi
4
standard 1,2 dan 3 dalam SKPMg2. Kualiti kepimpinan bukan
hanya melibatkan guru besar dan para pentadbir mahupun ketua
panitia, setiausaha dan guru kelas kerana semua guru adalah
pemimpin.
Makluman : Semua guru
15.2.2 Pencapaian tahap minimum kualiti guru iaitu sebanyak 90% bagi
standard 4 PdPc dalam SKPMg2. Pengerusi memaklumkan
SKSU telah melebihi tahap pencapaian ini bagi tahun 2020 iaitu
92.75%.
Makluman : Semua guru
15.2.3 Peningkatan pembelajaran PAK 21/KBAT dan membudayakan
ICT dalam PdPc. Guru besar telah mengambil inisiatif untuk
mewujudkan i-classroom dan diharapkan semua guru dapat
mengambil bahagian dan menggunakan kemudahan ini sebaik
mungkin untuk mencapai peningkatan dalam pembelajaran
PAK21 ini. Penyelaras PAK21 dan KBAT/ITHINK, iaitu Puan
Vanjit dan Puan Idza Zalina diharapkan dapat merancang
taklimat atau bengkel yang sesuai untuk guru-guru bagi
memantapkan PAK21/KBAT/ITHINK.
Makluman : Semua guru
15.3 PBD
15.3.1 Pengerusi menegaskan fokus penting bagi bidang kurikulum
adalah memperkasa pengurusan PBD dan intervensi murid bagi
mengurangkan pencapaian TP1 dan TP2. PKP telah
menggerakkan MLT untuk menguruskan PBD dengan lebih
sistematik pada tahun 2020 dan berharap usaha ini dapat
diteruskan dan ditambahbaik.
Makluman : Semua guru
15.3.2 Pengerusi berharap intervensi yang telah berjaya dilaksanakan
tahun lepas juga dapat diteruskan oleh semua guru pada tahun
ini.
Makluman : Semua guru
15.3.3 Pengerusi menerangkan bahawa jika masih ada murid yang
belum mencapai tahap minima (TP3) pada tahun lalu maka guru
boleh merujuk kepada intervensi ini sebagai rujukan bagi
5
menjalankan intervensi yang telah dirancang kepada murid yang
telah dikenalpasti pada tahun ini.
Makluman : Semua guru
15.3.4 Pengerusi memaklumkan Pelaporan PBD akan dibuat dua kali
setahun iaitu pada bulan Jun dan November 2021
Makluman : Semua guru
15.4 Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Kelas Prasekolah
15.4.1 Pengerusi berharap guru prasekolah iaitu Cikgu Hasliza dan
Cikgu Salliza dengan dibantu oleh guru baharu prasekolah iaitu
Cikgu Noraini dapat bekerjasama dengan lebih baik dan
merancang program peningkatan murid prasekolah dengan lebih
mantap untuk memastikan semua murid prasekolah boleh
membaca dan menguasai 3M bagi mencapai KPI 40 daripada
50 orang murid boleh membaca.
Tindakan : Guru Prasekolah
16 KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)
16.1 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) (Semakan 2017)
merupakan Kurikulum Kebangsaan yang digunakan oleh semua
sekolah rendah dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan seperti yang
diperuntukkan mengikut Seksyen 18 di bawah Akta Pendidikan 1996
[Akta 550]. Pelaksanaan KSSR (Semakan 2017) menggunakan
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DKSP).
Makluman:Semua guru
16.2 Pn Zuraidah meminta agar semua guru yang telah mengikuti Kursus
Dalam Talian bagi KSSR semakan semua mata pelajaran Tahun 5
membuat In House/Kursus Dalaman dalam panitia masing-masing
sebelum 28 Februari 2021.
Tindakan : Guru yang mengikuti kursus KSSR Semakan
16.3 Setelah melaksanakan In house, guru perlu membuat laporan dan
mengisi borang maklum balas yang boleh diambil dari pejabat sekolah.
Laporan disediakan dalam 3 salinan untuk simpanan fail induk, fail
panitia dan PKP.
Tindakan : Guru yang mengikuti kursus KSSR Semakan
6
17 UJIAN/PENILAIAN/PEPERIKSAAN (SUP)
17.1 PKP memaklumkan bahawa tiada peperiksaan dan ujian untuk murid
Tahap 1 manakala PPT dan PAT akan dilaksanakan untuk Tahap 2
sahaja. Jika sekolah dibuka secara bersemuka diharapkan semua guru
bersedia untuk merancang Ujian 1 pada awal Mac, PPT pada bulan Mei
dan PAT pada bulan Oktober.
Makluman : Semua guru
17.2 Program LINUS dan seumpamanya diteruskan mengikut acuan sekolah
untuk merangka program dan intervensi bagi murid-murid yang belum
menguasai 3M.
Makluman : Semua guru
17.3 Pentaksiran bilik darjah (PBD) diperkasakan dan menjadi fokus utama
sepanjang tahun dari Tahun 1 hingga 6. PBD dilaksanakan sepanjang
tahun untuk melihat tahap penguasaan murid.
Makluman : Semua guru
17.4 Pn Zuraidah juga menegaskan semua guru perlu menyediakan rekod
pelaporan PBD menggunakan Rekod Perkembangan PBD Murid. Guru-
guru boleh memuat turun RPM dalam Portal BPK dan wajib diletakkan
di bahagian belakang fail RPH. Borang RPM perlu diisi setelah
pentaksiran dijalankan.
Tindakan : Semua guru
17.5 Perjumpaan waris dirancang akan dijalankan dua kali iaitu pada bulan
Jun dan November untuk membincangkan keputusan PBD Tahun 1
hingga 6 serta PPT dan PAT bagi tahun 4, 5, dan 6.
Makluman : Semua guru
17.6 PKP memaklumkan bahawa perkara berkaitan PAJSK akan
diterangkan secara terperinci oleh PK KO dalam mesyuarat
Kokurikulum Bil 1.
Makluman : Semua guru
17.7 PKP memaklumkan juga bahawa pihak sekolah belum mendapat
sebarang info atau tarikh berkaitan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah
(UPSR). PKP hanya merancang tarikh bagi peringkat sekolah sebagai
persediaan.
Makluman : Semua guru
7
17.8 Ujian segak bagi Tahun 4,5 dan 6 akan dipertanggungjawabkan kepada
KP dan SU PJ untuk mengumpul data bagi mengukur tahap
perkembangan fizikal murid, kecerdasan dan senaman. Semua guru PJ
perlu mentadbir Ujian SEGAK dua kali setahun iaitu pada bulan Januari
hingga Mac dan Jun hingga Ogos. PKP menegaskan skor ujian mesti
direkodkan oleh guru PJ dalam Sistem Pengurusan Sekolah (SPS).
Makluman dan Tindakan : Panitia PJ dan guru PJ Tahun 4-6
17.9 Psikometrik - Ujian Inventori Kecerdasan Pelbagai (IkeP) yang
dijalankan ke atas murid Tahun 6 akan diurus oleh guru kaunseling.
Analisis data dan pelaporan perlu dihantar kepada GB dan KP.
Makluman : Guru kaunseling
18 PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)
18.1 PKP memaklumkan PBD dijalankan sepanjang tahun kepada semua
murid bagi tujuan pengesanan tahap penguasaan murid untuk beri
intervensi (pemulihan,pengukuhan dan pengayaan).
Makluman : Semua guru
18.2 Konferensi waris akan dilaksanakan pada Jun 2021 bagi pelaporan
PBD Fasa 1 dan Oktober 2021 bagi Pelaporan PBD Fasa 2.
Makluman : Semua guru
18.3 Pn Zuraidah meminta Puan Nur Farizan untuk menyediakan tapak PBD
terkini dan diedarkan kepada semua panitia.
Tindakan : Penyelaras PBS/PBD
18.4 Semua guru perlu menyediakan Plan Intervensi Lima Langkah (PILL).
Pn Zuraidah memaklumkan bahawa PILL 2020 akan digunakan
sebagai rujukan oleh oleh guru 2021 bagi mengenalpasti murid yang
perlu diberi intervensi. SU panitia perlu mengutip PILL daripada semua
guru dan masukkan ke dalam fail panitia.
Makluman : Semua guru
18.5 PKP juga memaklumkan guru kelas dan guru subjek teras perlu
membuat profesional judgement selepas membuat laporan tahap
penguasaan PBD untuk menetapkan TP keseluruhan setiap murid.
Makluman : Semua guru
8
19 KONTRAK LATIHAN
19.1 Pn Zuraidah memaklumkan kontrak latihan boleh disediakan bersama
RPT Penjajaran mengikut topik/kemahiran. Tambahkan satu column di
bahagian hujung RPT untuk kontrak latihan.
Makluman : Semua guru
19.2 Pn Zuraidah menyatakan kontrak latihan hendaklah berbeza bagi setiap
kelas dan perlu disediakan mengikut tahap murid.
Makluman : Semua guru
20 NOTA /LATIHAN
20.1 Penghantaran untuk semakan buku latihan hendaklah mengikut jadual
dan subjek yang telah ditetapkan. Guru-guru boleh merujuk jadual
dalam Flipbook Pengurusan.
Makluman : Semua guru
20.2 KP dan Su Panitia juga perlu mengumpul data penghantaran buku
nota/latihan mengikut jadual. Oleh itu, semua guru perlu merujuk
takwim/jadual dan sentiasa peka. KP dan SU Panitia hendaklah
sentiasa semak dan ingatkan guru-guru di bawah panitia masing-
masing untuk menghantar nota/latihan bagi tujuan semakan pentadbir.
Makluman dan tindakan : Ketua Panitia dan setiausaha
20.3 PKP mengingatkan semua guru mata pelajaran untuk membuat salinan
data atau rekod penghantaran nota/latihan dan diserahkan kepada KP
atau SU Panitia bagi tujuan simpanan dalam fail panitia masing-masing.
Makluman : Semua guru
21 MBMMBI/HIP/PLC/PAK21/KBAT/i-THINK
21.1 Pn Zuraidah selaku PKP memaklumkan bahawa Penyelaras MBMMBI
bagi tahun 2021 adalah Pn Thilegawathy A/P Tharmalingam manakala
jawatankuasa lain adalah seperti berikut :
Bil NAMA GURU JAWATAN
1. Pn Nurul Syakirah Lim Binti Abdullah Penyelaras HIP
2. Pn Wan Noryatini Binti Mahmood Penyelaras PLC
3. Pn Vanjit Kaur A/P Visan Singh Setiausaha PAK 21
4. Pn Idza Zalina Binti Ismail Setiausaha KBAT/ i-THINK
Makluman : Semua guru
9
21.2 Pn Zuraidah mencadangkan untuk mewujudkan sudut atau laluan bagi
MBMMBI.
Makluman : Semua guru
21.3 Pn Zuraidah meminta semua ahli jawatankuasa yang telah dilantik untuk
merangka aktiviti/program yang sesuai untuk murid bagi tahun ini tidak
kira secara PdPR mahupun bersemuka.
Tindakan : Jawatankuasa MBMMBI/HIP/PLC/PAK21/KBAT/i-THINK
21.4 Program-program yang dirancang hendaklah memperkasakan
MBMMBI,PLC,HIP, PAK 21 dan KBAT serta berkolaborasi dengan
panitia BM, BI dan HIP
Makluman : Semua guru
21.5 HIP adalah untuk semua panitia dan jawatankuasa boleh melibatkan
semua panitia/guru dalam program yang dirancang.
Makluman : Semua guru
21.6 Pelaksanaan PLC - KP mestilah memastikan PLC dilaksanakan bagi
panitia masing-masing dan SU PLC edarkan borang untuk merekodkan
aktiviti PLC yang dijalankan. Pn Zuraidah juga memaklumkan bahawa
KP mestilah tahu dan faham cara pelaksanaan PLC. Setiap kali selesai
pelaksanaan PLC, KP perlu membuat pengisian portal di bawah
bimbingan SU PLC.
Makluman dan tindakan : Ketua panitia dan setiausaha PLC
21.7 PKP meminta semua KP memberi perhatian berkaitan pelaksanaan
PLC dan pastikan mengikut 5 Cycle PDCIA (plan, do,check,impact,action)
setiap kali PLC dijalankan.
Makluman : Ketua Panitia
21.8 PLC hendaklah dilaksanakan setiap hari Selasa bagi semua panitia
bermula bulan Februari 2021. Pn Zuraidah juga meminta semua guru
merujuk takwim.
Makluman : Semua guru
22 PEMULIHAN DAN PRASEKOLAH
22.1 Pemulihan
22.1.1 Pn Zuraidah berharap guru-guru dapat mengenal pasti murid-
murid pemulihan dan menjalankan intervensi secara optimum.
Makluman dan tindakan : Guru mata pelajaran dan guru pemulihan
10
22.1.2 PKP juga menyatakan, guru Tahap 1 sepatutnya mensasarkan
sifar pemulihan bagi murid Tahap 1 yang memasuki Tahap 2
terutama bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.
Makluman : Semua guru
22.1.3 Pn Zuraidah juga menegaskan bahawa sangat penting untuk
murid menguasai 3M apabila memasuki Tahun 4 kerana pada
tahap ini murid perlu menguasai banyak kemahiran lain.
Makluman : Semua guru
22.1.4 Tahun 2020, ada murid Tahun 6 yang masih tidak dapat
membaca dan tidak menguasai 3M dengan baik dan berharap
tahun ini dapat ditambah baik dan melaksanakan intervensi
secara optimum.
Makluman : Semua guru
22.1.5 PKP juga berharap guru pemulihan dapat membuat kolaborasi
bimbingan dalam kelas secara langsung untuk bantu guru tahap
1 bimbing murid yang mempunyai masalah 3M. Guru kelas, guru
subjek dan guru pemulihan perlu berbincang untuk
melaksanakannya.
Makluman dan tindakan : Guru pemulihan
22.2 Prasekolah
22.2.1 Pn Zuraidah meminta guru prasekolah membuat pengesanan
awal dalam fasa penyesuaian bagi mengenalpasti murid yang
lemah atau belum mengenal huruf dan sebagainya. Seterusnya
membuat intervensi dan memberi bimbingan yang sewajarnya
untuk murid kuasai kemahiran 3M.
Tindakan : Guru Prasekolah
22.2.2 Keceriaan dan kebersihan kelas di prasekolah mesti ditingkatkan
agar kelas nampak bersih, ceria, teratur dan kemas. Begitu juga
kebersihan di kawasan persekitaran seperti luar kelas, kaki lima,
bahagian belakang kelas, dapur, tempat makan dan padang
permainan agar sentiasa kemas dan cantik.
Makluman : Guru Prasekolah
11
22.2.3 Guru perlu buat pengesanan awal dan merancang intervensi
yang sesuai sebagai persediaan untuk menerima murid apabila
sesi persekolahan dibuka secara bersemuka.
Makluman : Guru Prasekolah
23 PROGRAM PENINGKATAN PRESTASI
23.1 Puan Zuraidah memaklumkan semasa perjumpaan bersama dengan
GB dan PPD, dimaklumkan kelas tambahan Tahun 6 boleh dibuat
selepas waktu sekolah tanpa waktu senggang.Namun setelah mendapat
arahan baharu sesi persekolahan secara bersemuka ditangguhkan maka
semua perancangan aktiviti peningkatan murid yang telah dirancang
terpaksa ditangguhkan.
Makluman : Semua guru tahun 6
23.2 PPD juga tidak memberi sebarang makluman atau tarikh kursus untuk
UPSR pada tahun ini.
Makluman : Semua guru
23.3 Puan Zuraidah mencadangkan ujian pengesanan awal bagi murid
Tahun 6 dijalankan sebaik sahaja sesi persekolahan dijalankan secara
bersemuka (dijangka pada bulan Februari) manakala Ujian 1 pada bulan
Mac.
Makluman : Semua guru Tahun 6
23.4 Penyelaras Tahun 6 bagi tahun ini masih lagi Pn Yusmaniza Binti Mohd
Yusof dan pihak sekolah mengucapkan syabas dan terima kasih kepada
Cikgu Yusmaniza di atas kerjasama beliau sebelum ini.
Makluman : Semua guru
23.5 Semua perancangan program peningkatan Tahun 6 dan intervensi
awal terpaksa ditangguhkan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan dan
sesi persekolahan tidak dapat dijalankan secara bersemuka.
Makluman : Semua guru
23.6 Guru-guru lain disarankan membuat pengesanan awal tahap
penguasaan murid semasa PdPR bagi Tahun 1 hingga Tahun 6 serta
sentiasa memberi motivasi, aktiviti/latihan dan program intervensi yang
sesuai dengan tahap murid tidak kira semasa PdPR atau bersemuka.
Makluman : Semua guru mata pelajaran Tahun 1-6
12
24 KURIKULUM PENJAJARAN 2.0
24.1 Pengerusi menyatakan bahawa penjajaran kurikulum tahun ini amat
penting untuk dilaksanakan memandangkan ramai murid yang
ketinggalan pada tahun lepas akibat daripada penularan wabak Covid-19.
Makluman : Semua guru
24.2 Pengerusi berharap semua guru dapat melaksanakan pengajaran
mengikut kurikulum penjajaran ini sebaik mungkin agar murid-murid dapat
mengikuti semua kemahiran dan topik yang boleh disisip dalam subjek
yang diajar.
Makluman : Semua guru
24.3 Puan Zuraidah memaklumkan pada hari Sabtu 16/1/2021 semasa
mesyuarat bersama PPD, Tuan PPD telah menekankan kepada semua
pentadbir bahawa guru-guru diminta mengulang semula atau menyisipkan
tajuk/topik/kemahiran yang kurang dan tidak dikuasai oleh murid semasa
PdPR Tahun 2020 dalam RPT bagi tahun 2021.
Makluman : Semua guru
24.4 Dapatan pelaporan PdPR Tahun 2020 daripada data KPM
menunjukkan bahawa guru hanya beri kerja dan latihan tetapi tidak
mengajar dan tidak menjalankan PdPc semasa PdPR. PKP meminta guru
mencari inisiatif atau cara yang terbaik untuk memastikan PdPR pada kali
ini lebih berkesan dan berjaya.
Makluman : Semua guru
24.5 Pn Zuraidah memaklumkan apa sahaja topik yang guru sisipkan
dengan kemahiran sedia ada dalam RPT penjajaran boleh dimasukkan ke
dalam kandungan asas jika dijalankan secara bersemuka jika tidak boleh
maka guru perlu sisipkan topik/kemahiran ini dalam kandungan pelengkap
iaitu secara tidak bersemuka seperti latihan, modul dan projek.
Kandungan asas adalah latihan yang diberikan secara bersemuka.
Makluman : Semua guru
24.6 Pn Zuraidah memaklumkan pihak PPD meminta guru untuk berbincang
dalam panitia untuk membuat agihan tugas bagi merangka dan membuat
RPT penjajaran bagi setiap aliran (tahun 1 hingga 6). RPT penjajaran
yang sama akan digunakan untuk semua guru mengikut aliran. Panitia
perlu membuat satu salinan dan masukkan dalam fail bahagian dokumen.
Makluman dan tindakan : Semua guru
13
24.7 RPT penjajaran ini perlu diedarkan bagi kegunaan semua guru mata
pelajaran mengikut aliran masing-masing. Kontrak latihan sahaja yang
perlu disediakan sendiri oleh setiap guru dan berlainan mengikut tahap
murid.
Makluman : Semua guru
25 BUKU REKOD MENGAJAR (FAIL RPH)
25.1 Guru besar meminta guru menghantar ringkasan mengajar bagi tarikh
20.1.2021 dan 21.1.2021 pada hari Khamis minggu pertama sekolah bagi
tujuan semakan melalui link telegram yang akan dipanjangkan nanti.
Makluman dan tindakan : Semua guru
25.2 DSKP/DPK,kontrak latihan dan RPT penjajaran perlu dihantar pada
hari Khamis minggu pertama bersemuka.
Makluman dan tindakan : Semua guru
25.3 Fail RPH perlu dilengkapkan dan dihantar pada 18.2.2021(Khamis).
Antara perkara yang perlu dilengkapkan ialah :
a) Maklumat asas
b) Rekod Perkembangan Murid (RPM)
c) Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran (DSKP)
d) Dokumen Penjajaran Kurikulum (DPK)
e) RPT Penjajaran
f) Kontrak latihan
Makluman dan tindakan : Semua guru
26 PSS/NILAM
26.1 Pn Zuraidah mengucapkan tahniah kepada Pn Nor Zahirah, Pn Noor
Asmah dan semua guru yang terlibat melatih murid NILAM atas kejayaan
beberapa orang murid SKSU mendapat Sijil Pemilihan Tokoh NILAM
Daerah Kulim Bandar Baharu bagi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Bil. Nama Murid
1 Nuha Raudah Binti Mohamad (Bahasa Melayu)
2 Humaira Husna Binti Mohamad Muhizam (Bahasa Melayu)
3 Muhammad Adib Rayyan Bin Yusof (Bahasa Inggeris)
Makluman: Semua guru
14
26.2 Harapan PKP agar pada tahun ini usaha dapat diteruskan lagi dan
ditambah baik. Guru-guru boleh bermula awal untuk mengenal pasti murid
dan motivasi untuk NILAM Peringkat Negeri dan Kebangsaan.
Tindakan dan makluman : Penyelaras NILAM dan semua guru
26.3 Pn Zuraidah memaklumkan guru NILAM bagi tahun ini masih lagi Pn
Nor Zahirah dan PSS dibawah seliaan Pn Noor Asmah.
Makluman : Semua guru
26.4 Pn Asmah memaklumkan pengisian rekod Nilam yang terkini juga perlu
mengguna ID DELIMA dan guru PSS akan berbincang dengan Pn Maya
untuk mendapatkan maklumat lebih terperinci.
Makluman : Semua guru
27 ICT/GOOGLE CLASSROOM
27.1 Penyelaras ICT masih dibawah seliaan En Azman bin Salleh manakala
Google Classroom (GC) di bawah Pn Manimalar A/P Supramaniam.
Makluman : Semua guru
27.2 Pn Zuraidah berharap guru yang bertanggungjawab dapat menambah
baik keceriaan makmal ICT agar lebih ceria dan cantik.
Makluman dan tindakan: Guru ICT
27.3 Penolong Kanan Pentadbiran memaklumkan sebarang pertanyaan dan
masalah berkaitan ICT atau Google Classroom bagi melaksanakan PdPR
boleh rujuk En Azman dan Pn Manimalar.
Makluman : Semua guru
27.4 Guru besar memaklumkan bahawa guru ICT dan GC perlu
mendapatkan ID DELIMA untuk murid Tahun 1.
Makluman dan tindakan : Penyelaras ICT/GC
27.5 Pn Manimalar memaklumkan bahawa ID DELIMA Tahun 1 akan dijana
di dalam sistem. Beliau akan mencetak semua maklumat berkaitan untuk
makluman guru manakala Id dan password bagi murid Tahun 2 hingga 6
akan diperbaharui.
Tindakan dan makluman : Pn. Manimalar
27.6 Pn Manimalar juga meminta sedikit masa untuk menyelesaikan
perkara berkaitan id dan password ini kerana mengambil masa agak lama
untuk melaksankananya secara pukal.
Makluman : Semua guru
15
28 BILIK-BILIK KHAS
28.1 Pn Zuraidah meminta guru merujuk kepada Flipbook Pengurusan (ms
22) bagi senarai lengkap bilik-bilik Khas dan guru-guru yang
dipertanggungjawabkan.
Makluman : Semua guru
28.2 Pn Zuraidah menyatakan bahawa penggunaan QR Code bagi bilik-bilik
khas yang dilaksanakan pada tahun 2020 kurang berfungsi. Hanya
segelintir guru sahaja yang menggunakannya meksipun pelaksanaannya
bagi memudahkan guru-guru untuk scan dan mengisi maklumat ringkas
yang diperlukan semasa menggunakan bilik khas.
Makluman : Semua guru
28.3 Pn Zuraidah menetapkan tahun ini akan menggunakan semula buku
rekod penggunaan. Beliau akan menyediakan buku rekod penggunaan
bilik-bilik khas termasuk bilik BBM.
Makluman : Semua guru
28.4 Beliau berharap kali ini guru-guru dapat merekodkan penggunaan dan
peminjaman alatan di dalam buku yang disediakan setiap kali
menggunakan atau meminjam alatan dari bilik-bilik khas kerana ini
penting sebagai eviden SKPMg2.
Makluman : Semua guru
29 LDP/LADAP
29.1 Pn Zuraidah menyatakan penyelaras LDP bagi tahun ini masih Pn
Kasturi Bahai A/P Letchumanan. Penyelaras dan GB telah berbincang
dan merancang beberapa LDP yang akan dilaksanakan sepanjang tahun
ini.
Makluman : Semua guru
29.2 Pn Zuraidah memaklumkan LDP yang telah dirancang adalah
sebanyak 5 kali bagi tahun ini dan meminta guru-guru merujuk takwim.
Makluman : Semua guru
29.3 LDP akan dilaksanakan pada hari Sabtu seperti yang telah ditetapkan
di dalam takwim persekolahan 2021 untuk rujukan semua guru.
Makluman : Semua guru
16
29.4 Takwim LDP/Ladap 2021
BIL TARIKH AKTIVITI
1. 27.2.2021 BENGKEL MERUNGKAI DSKP
2. 13.3.2021 PEMANTAPAN PDPC ABAD 21 DAN PLC
3. 10.4.2021 BENGKEL PEMANTAPAN PBD
4. 21.5.2021 LAWATAN PENANDA ARAS KE SK MOHD SHAH
5. 2.6.2021 TEAM BUILDING
Makluman : Semua guru
30 Bantuan Geran Per Kapita (PCG)
30.1 Peruntukan kewangan bagi panitia pada tahun 2020 banyak tidak
digunakan bahkan ada yang tidak langsung dibelanja kerana kekangan
PKP.
Makluman : Semua guru
30.2 Pn Zuraidah memaklumkan bahawa peruntukan kewangan ini boleh
digunakan bagi tahun 2021.
Makluman : Semua ketua panitia dan ahli
30.3 Sebarang pembelian atau pertanyaan baki dana kewangan panitia bagi
Tahun 2020 boleh dirujuk dengan Pn Nazura Binti Ahmad (PT).
Makluman : Semua ketua panitia
30.4 Pn Zuraidah menegaskan setiap panitia perlu mengisi nota minta dan
berbincang bersama dengan guru besar terlebih dahulu sebelum
membuat pembelian.
Makluman : Semua ketua panitia
31 BAHAN BANTU MENGAJAR
31.1 Penolong Kanan Pentadbiran berharap bilik BBM yang telah disediakan
dapat digunakan dan dijaga dengan sebaik mungkin.
Makluman : Semua guru
31.2 Pn Zuraidah meminta setiap KP untuk memastikan setiap barangan
panitia di dalam bilik BBM tersusun rapi dan kemas. KP setiap panitia
perlu melantik ahli dan mengagihkan tugas menjaga bilik BBM mengikut
panitia masing-masing.
Makluman dan tindakan : Ketua panitia
31.3 Pn Zuraidah memaklumkan susun atur BBM panitia perlu sentiasa
dikemaskini.
Makluman : Semua guru
17
32 Pemantauan Kurikulum Berkualiti (PKB)
32.1 Pn Zuraidah memaklumkan semua guru boleh merujuk maklumat
berkaitan PKB di dalam flipbook pengurusan seperti jadual pencerapan,
jadual semakan buku latihan dan jadual semakan RPH. Semua jadual ini
lengkap dengan tarikh dan kumpulan bagi pemantauan kurikulum.
Makluman : Semua guru
32.2 Pn Zuraidah menyatakan pencerapan guru dalam PKB masih
menggunakan borang Standard 4 SKPMg2. Manakala guru-guru boleh
mendapatkan borang-borang lain berkaitan PKB di pejabat sekolah.
Makluman : Semua guru
32.3 Pengerusi memaklumkan bagi keberhasilan PBPPP, guru-guru diminta
untuk mengisi borang keberhasilan pada awal tahun dan terus berjumpa
dengan Pegawai Penilai (PP1) untuk berbincang mengenai penilaian dan
target yang ingin dicapai.
Makluman : Semua guru
33 LAPORAN/PEMANTAUAN NAZIR/JPN/PPD
33.1 Pengerusi memaklumkan bahawa Jemaah Nazir akan membuat
pemantauan di beberapa sekolah di Daerah Kulim. Jemaah Nazir akan
turun ke 100 buah sekolah di Malaysia bagi menjalankan pemantauan. Di
Daerah Kulim, sekolah rendah yang telah dimaklumkan akan dipantau
ialah SK Labu Besar.
Makluman : Semua guru
33.2 Pn Zuraidah memaklumkan bahawa pemantauan juga akan dijalankan
oleh JPN dan PPD ke sekolah-sekolah terpilih semasa hari pertama
persekolahan meskipun sesi persekolahan secara bersemuka
ditangguhkan.
Makluman : Semua guru
33.3 Pn Zuraidah menyatakan antara perkara yang perlu dititikberatkan
semasa pemantauan ialah :
- Jadual dan RPT telah disediakan oleh guru.
- Semua dokumen perlulah lengkap (Jadual, RPT Penjajaran,DKP,
DSKP)
- Pematuhan kepada SOP
Makluman : Semua guru
18
33.4 Pemantauan di SKSU akan dijalankan oleh pihak PPD iaitu pegawai
SIC+ merangkap pegawai yang bertanggungjawab menyelia dan
membimbing bantu SK Sungai Ular.
Makluman : Semua guru
34 PENGURUSAN PANITIA
34.1 Ketua Panitia dan Setiausaha
34.1.1 PK1 menyatakan bahawa pelantikan ketua panitia dan
setiausaha tidak ada banyak perubahan berbanding tahun lepas
kecuali beberapa panitia.
Makluman : Semua guru
34.1.2 Pn Zuraidah memaklumkan nama-nama ketua dan setiausaha
bagi setiap panitia adalah seperti berikut :
Bil Panitia Pengerusi/MLT Setiausaha
1. Bahasa Melayu Azamy Bin Latiff Nor Zahirah Bt Mohd Zaki
2. Bahasa Inggeris Kamala A/P Kuppusamy Norzalina Bt Md Ismail
3. Sains Nor Faizah Bt Baharom Rozilawati Bt Rawi
4. Matematik Shanmugam A/L Magalingam Siti Nazliah ‘Akidah Bt Rosli
5. Pendidikan Islam Mohd Fauzi B Mohd Affendy Noorul Muhiroh Bt Mad Jazid
6. Bahasa Arab Mazlina Bt Othman Syarah Aisyah Bt Sudarma
7. Bahasa Tamil Thamarai Vali A/P Alagappan Kasturi Bahai A/P Letchumanan
8. Bahasa Cina Yap Jow Fung Nurul Syakirah Lim Bt Abdullah
9. TMK Azman B Salleh Manimalar A/P Suparamuniam
10. RBT Nuriy Nurhane Bt Jamil Mohd Afif B Mohd Fadzil
11. PJK/PK Muhamad Nahar bin Din Merduwati Bt Ali@Ismail
12. Moral Vanjit Kaur A/P Visan Singh Shanmugam A/L Magalingam
13. PSV Mohd Alif Amin B Samad Nuratiqah Bt Mohd Sabry
14. Sejarah Nur Yusrina Bt Mohd Rodzi Noraini Bt Zakaria
15. Muzik Zawati Bt Hassan Haniza Bt Hamzah
Makluman : Semua guru
19
34.2 Pengurusan Fail Panitia
34.2.1 Pn Zuraidah meminta KP dan setiausaha panitia untuk meneliti
pengurusan fail dan pastikan penyusunan fail adalah betul
seperti berikut :
a) Fail 1 - Surat Menyurat
b) Fail 2 - Minit Mesyuarat
c) Fail 3 - Maklumat Guru
d) Fail 4 - Dokumen
e) Fail 5 - Bank Soalan
f) Fail 6 - Post Mortem
g) Fail 7 – Headcount
Tindakan: Semua ketua panitia dan setiausaha
34.2.2 Pn Zuraidah mengingatkan KP dan SU panitia untuk
mengemaskini dan melengkapkan fail panitia bagi tahun 2020.
Beliau berpesan agar segala pengurusan fail untuk tahun 2020
dapat diselesaikan segera kerana panitia perlu lebih fokus pada
tugasan tahun 2021.
Tindakan: Semua ketua panitia dan setiausaha
34.2.3 Pn Zuraidah meminta KP dan SU cuba sedaya upaya
melengkapkan fail sepanjang tempoh PdPr ini dan masukkan
dalam fail-fail panitia dan serahkan untuk semakan. Masukkan
dalam fail dan minitkan untuk ditandatangani oleh guru besar.
Makluman dan tindakan: Semua ketua panitia dan setiausaha
34.2.4 Pn Zuraidah memaklumkan bahawa beliau telah menyediakan
senarai semak tentang perkara yang perlu ada dalam fail panitia
untuk rujukan KP dan Su bagi melengkapkan fail.
Makluman : Semua ketua panitia dan setiausaha
34.3 Agenda Mesyuarat Panitia 1/2021
34.3.1 Pn Zuraidah meminta PK dan S/U untuk pastikan perkara-
perkara berikut dibincangkan di dalam mesyuarat panitia:
i. RPT Penjajaran mengikut aliran
ii. DPK Penjajaran Kurikulum 2.0
iii. Berbincang bersama ahli panitia untuk kenal pasti topik
atau kemahiran yang terkesan semasa PDPR 2020
20
iv. Latihan kepada murid termasuklah latihan untuk topik
yang disisipkan
v. Ambil kira kuantiti latihan dan kemampuan murid
menyiapkan latihan topik semasa 2021 dan topik 2020
yang disisipkan.
vi. Sisip topik/kemahiran yang terkesan semasa PDPR 2020
masuk ke dalam RPT/RPH 2021
vii. Topik/kemahiran yang disisip mesti ditulis di dalam RPH
dan RPT
viii. Kenalpasti murid yang tidak mengikuti PDPR
ix. Berhubung terus untuk mengetahui masalah dan punca
x. Maklum kepada PK HEM dan guru kaunseling untuk
tindakan selanjutnya.
xi. Pentaksiran PBD dilaksanakan dan direkodkan dalam
RPM.
Makluman: Semua ketua panitia dan setiausaha
34.3.2 Pn Zuraidah menegaskan bahawa semua perkara yang
dinyatakan di atas perlu ada penjaminan kualiti/pemantauan
daripada ketua panitia.
Makluman: Semua ketua panitia dan setiausaha
34.4 Tindakan Ketua Panitia dan Setiausaha
34.4.1 Tahun 2020
i. Minit mesyuarat (bil 1,2,3,4) : belum ada dalam fail 2020
ii. Edaran PPS (SKPMg2-3.1.2.1) : belum hantar untuk
difailkan 2020
iii. Semua eviden Dalam SKPMg2 Fasa 1 dan Fasa 2 :
pastikan ada dalam Fail Panitia, Eviden Fasa 2 masukkan
terus dalam fail Panitia
iv. Dokumentasi/ laporan panitia : kertas kerja, program,
klinik, bengkel 2020
v. Analisis Item (PPT) dan PILL : Semua ahli panitia
dikumpul dan dimasukkan dalam fail postmortem
vi. Bank Soalan : 2020
Makluman : Semua ketua panitia dan setiausaha
21
34.4.2 Tahun 2021
i. Senarai nama guru panitia
ii. Maklumat guru panitia
iii. Carta organisasi
iv. Takwim
v. Perancangan aktiviti tahunan
vi. Carta gantt
vii. DPK Penjajaran 2.0 Tahun 1-6
viii. RPT Penjajaran 2.0 Tahun 1-6
ix. Surat Panggilan Mesyuarat Panitia 1/2021
x. Minit Mesyuarat Panitia 1/2021
xi. Maklum Balas Mesyuarat Panitia 1/2021
xii. Perancangan Strategik Panitia
Makluman : Semua ketua panitia dan setiausaha
34.4.3 Pn Zuraidah meminta kerjasama semua panitia agar
menyiapkan semua maklumat fail panitia bagi tahun 2020 dan
2021 dilengkapkan pada atau sebelum 11/3/2021.
Makluman dan tindakan: Semua ketua panitia dan setiausaha
V. HAL-HAL LAIN
35. Pengerusi berharap guru-guru dapat memberi peringatan kepada murid
mengenai pentingnya mempunyai visi dan misi dalam kehidupan. Sebelum
memulakan PdPc, semua guru mata pelajaran perlu menerangkan sedikit
tentang visi dan misi dan minta murid tulis visi dan misi ini dalam halaman
pertama bagi setiap buku latihan.
Tindakan : Guru Mata Pelajaran
36. Guru Besar memaklumkan link bagi buku pengurusan dan jadual PdPR telah
dimasukkan dalam Telegram Sk Sungai Ular Official untuk rujukan semua
guru. Terdapat sedikit ralat dalam buku pengurusan berkaitan kenaikan
pangkat guru dan akan dikemaskini segera.
Makluman : Semua guru
22
37. Pn Zuraidah meminta semua guru untuk mematuhi jadual dan waktu PdPR
yang telah ditetapkan dan guru kelas perlu kongsikan jadual ke dalam
whatsapp kelas masing-masing. Tahun 1 akan menggunakan Kit Transisi
Tahun 1 manakala PdPR bagi Tahun 2 hingga Tahun 6 akan dimulai pada
20/1/2021 mengikut jadual.
Tindakan : Guru Mata Pelajaran dan guru kelas
38. PKP memaklumkan bahawa jadual guru akan dimasukkan ke dalam
Telegram Relief kemudian kerana perlu membuat sedikit perubahan
memandangkan ada guru yang baru melaporkan diri di SKSU.
Makluman : Semua guru
39. Pn Zuraidah memaklumkan terdapat sedikit perubahan bagi guru kelas iaitu :
Bil Guru Kelas Kelas
1. NURATIQAH BINTI MOHD SABRY 3 Tun Mutahir
2. NURIY NURHANE BINTI JAMIL 4 Tun Perak
3. MUA’ZZAH BINTI MUSTAFA BAKRI 6 Tun Perak
40. Guru Besar membenarkan guru kelas untuk menggambil dan menggunakan
RM100 daripada duit yuran bagi tujuan keceriaan kelas dan diharapkan guru
kelas mengambil masa PdPR ini untuk membuat persediaan kelas sebelum
sesi persekolahan secara bersemuka.
Tindakan : Guru Kelas
VI UCAPAN PENANGGUHAN
a. Penolong Kanan Pentadbiran mengucapkan terima kasih kepada
semua guru atas kerjasama yang diberikan sepanjang 2020 dan
memohon maaf atas kekhilafan sepanjang mesyuarat. Beliau dengan
terbuka hati akan menerima dan mempertimbangkan sebarang idea
dan cadangan daripada semua guru dan berharap dapat bekerjasama
dengan baik tahun ini bagi memantapkan lagi bahagian kurikulum
sekolah.
b. Guru Besar meminta semua guru berada di stesen masing-masing
sepanjang sesi persekolahan walaupun tidak dijalankan secara
23
bersemuka dan mengingatkan semua guru supaya jangan
menyebarkan sebarang maklumat atau info daripada sumber yang
tidak sahih kepada waris.
c. Guru Besar mengucapkan terima kasih atas sumbangan dan
kerjasama daripada semua guru sepanjang Tahun 2020 dan
diharapkan Tahun 2021 ini semua pihak dapat memberi kerjasama
dengan lebih baik.
d. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 01.10 petang.
Disediakan oleh, Disemak oleh,
......................................... ………………………
(PN NUR AIN BINTI KHAIRUL ANUAR) (PN.ZURAIDAH BINTI AHMAD)
Penolong Setiausaha Unit Kurikulum, Penolong Kanan Pentadbiran
SK.Sungai Ular, SK.Sungai Ular,
09000 Kulim 09000 Kulim
Disahkan oleh,
....................................................
(PN.NORZITA BINTI ABDULLA)
Guru Besar
SK.Sungai Ular
09000 Kulim.
24
LAMPIRAN
25
PENYELARAS KAWASAN DAN BILIK-BILIK KHAS
BIL BILIK KHAS/KAWASAN NAMA PENYELARAS
1 MAKMAL KOMPUTER ENCIK AZMAN BIN SALLEH
2 BILIK AKSES CIK SALMI BINTI YUSOP
3 BILIK GURU (ASPIRASI HARMONI) PUAN MASRUPAWAN ASMUNY BINTI ABD GHANI
4 BILIK PEMULIHAN ENCIK MUHAMMAD SHUHAIMY BINTI ABDUL AZIZ
5 BILIK PRASEKOLAH PUAN HASLIZA BINTI JALI
6 STOR PJK/STOR SUKAN ENCIK MOHD NAHAR BIN DIN
7 STOR KOKURIKULUM ENCIK MUHAMMAF AFIF BIN AHMAD FADZIL
8 BILIK RBT PUAN NURIY NURHANE BINTI JAMIL
9 BILIK SAINS PUAN NOR FAIZAH BINTI BAHAROM
10 BILIK KAUNSELING PUAN FATAHIYAH BINTI MAT LAZIM
11 BILIK PEPERIKSAAN PUAN NUR FARIZAN BINTI AHMAD
12 BILIK SPBT PUAN NORZIAH BINTI YAACOB
13 PUSAT SUMBER SEKOLAH PUAN NOOR ASMAH BINTI ABU BAKAR
14 BILIK ISOLASI PUAN SYARAH AISYAH BINTI SUDARMA
15 BILIK MUZIK PUAN ZAWATI BINTI HASSAN
16 PADANG/GELANGGANG MOHD ALIF AMIN BIN SAMAD
17 KANTIN SEKOLAH PUAN NURUL HUDA BINTI ROZALI
18 KEDAI BUKU SEKOLAH ENCIK MOHD FAUZI BIN ISMAIL
19 BILIK OPERASI/FAIL PUAN NORZIDA BINTI AHMAD HADANI
20 DEWAN SEKOLAH PUAN YAP JOW FUNG
21 SURAU SEKOLAH PUAN HARYANTI BINTI MUSA
22 BLOK A DAN PRASEKOLAH CIK NOR SALLIZA BT MAHAMAD ALI
23 BLOK B DAN C PUAN SALMAH BINTI SAPAR
24 BLOK D PUAN NOOR HAFIZAH BINTI OTHMAN
25 BLOK E ENCIK MOHD IRWAN BIN ABD KHADIP
26 PEJABAT SEKOLAH PUAN SOPIAH BINTI MUSA
27 BILIK ABM SEMUA KETUA PANITIA
28 I-CLASSROOM PAK21 PUAN NURUL HUDA BINTI ROZALI
26
BAKI ANGGARAN PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN BAGI SETIAP
PANITIA, BIMBINGAN & KAUNSELING DAN PUSAT SUMBER SEKOLAH
Bil Nama Panitia Ketua Panitia Setiausaha Baki PCG
Tahun 2020
(RM)
1 Panitia Bahasa Melayu En. Azamy bin Latiff Pn Nor Zahirah bt Mohd 1600.93
Zuki
2 Panitia Bahasa Pn Kamala A/P Pn Norzalina Bt Md 1520.24
Inggeris Kuppusamy Ismail
3 Panitia Matematik En Shanmugam A/L Pn Siti Nazliah ‘Akidah 1470.61
Magalingam Bt Rosli 0.00
4 Panitia Sains Pn Nor Faizah Bt Pn Rozilawati Bt Rawi 1252.57
Baharom 1185.53
2653.62
5 Panitia Pendidikan En Mohd Fauzi B Mohd Pn Noorul Muhiroh Bt 3292.93
Islam Affendy Mad Jazid 1025.81
6 Panitia Bahasa Arab Pn Mazlina Bt Othman Pn Syarah Aisyah Bt 1430.75
Sudarma 1054.62
4354.75
7 Panitia Sejarah Pn Nur Yusrina Bt Mohd Noraini binti Zakaria 397.81
Rodzi
79.72
8 Panitia Reka Bentuk Pn Nuriy Nurhane Bt En Mohd Afif B Mohd 530.52
Teknologi (RBT) 2684.79
Jamil Fadzil 3126.75
9 Panitia Teknologi En Azman B Salleh Pn Manimalar A/P
Suparamuniam
Makumat Komunikasi
(TMK)
10 Panitia Pendidikan Muhamad Nahar Bin Din Pn Merduwati Bt
Jasmani & Kesihatan Ali@Ismail
11 Panitia Pendidikan En Mohd Alif Amin B Pn Bashirah Bt Omar
Seni Visual Samad
12 Panitia Muzik Pn Zawati Bt Hassan Pn Haniza Bt Hamzah
13 Panitia Bahasa Cina Pn Yap Jow Fung Pn Nurul Syakirah Lim
Bt Abdullah
14 Panitia Bahasa Tamil Pn Thamarai Vali A/P Pn Kasturi Bahai A/P
Alagappan Letchumanan
15 Panitia Moral Pn Vanjit Kaur A/P Visan Shanmugam A/L
Singh Magalingam
16 Bimbingan dan Pn Fatahiyah bt Mat
Kaunseling Lazim
17 Pusat Sumber Sekolah Pn Noor Asmah bt Abu Pn Nor Zahirah bt Mohd
Bakar Zuki
27