PASTRI PASTRI/HALIMAH/AZIZAH
DISEDIAKAN OLEH:
SENARAI ISI KANDUNGAN
HALIMAH-TUSA’DIAHSENARAI ISI KANDUNGAN BINTI PAIMON
AZIZAH BINTI0 AHMAD SAH
PASTRI/HALIMAH/AZIZAH
PENGENALAN
E-BOOK ini dihasilkan sebagai panduan para pelajar Sijil Kemahiran Hotel dan Katering
semasa menjalankan amali bagi Kursus SHK1043 Pastri. Terdapat 13 Jenis Pastri dan
Kuih Melayu dimuatkan dalam E-Book ini. E-Book ini akan ditambahbaik pada masa akan
datang dari segi isi kandungan dan gambarajah supaya lebih menarik dan bermanfaat.
SENARAI ISI KANDUNGAN MUKASURAT
2
BIL NAMA MENU 5
1. PAI AYAM DAN CENDAWAN 8
2. PAI EPAL 10
3. TART BUAH 15
4. QUICHE AYAM DAN CENDAWAN 17
5. GULUNGAN SARDIN 20
6. KRIM PUFF 21
7. KEK MENTEGA 24
8. KEK COKLAT LEMBAP 25
9. KEK SPAN COKLAT 30
10. GULUNGAN SWISS 32
11. PASTRI LAPIS 34
12. KUIH LAPIS 37
13. PUTERI AYU 41
14. KARIPAP 44
15. PULUT PANGGANG
16. SERIMUKA
1
PASTRI/HALIMAH/AZIZAH
Untuk Crust
• 2 ½ cawan tepung serbaguna (AP flour)
• 1 cawan lemak sayuran/mentega tanpa garam (sejuk)
• ¼ sudu teh garam
• 1 biji telur
• ¼ cawan air sejuk (ais)
• 1 sudu makan cuka
PETUA
1
2
PASTRI/HALIMAH/AZIZAH
Cara Penyediaan:
1. Satukan tepung dan garam dalam mangkuk,
Potong kecil-kecil mentega dan gaul masa adunan
sehingga menjadi serbuk roti.
2. Campurkan telur, air dan cuka dalam mangkuk
berasingan. Masukkan dalam adunan tepung
sedikit demi sedikit dan kacau menggunakan garpu
sehingga doh menjadi bentuk bebola. Bahagi
kepada 3 saiz yang sama bulat.
3. Bungkus dalam plastik dan simpan dalam peti sejuk
sehingga sedia untuk digunakan (30 minit hingga1
jam)
Untuk Inti
• 3 keping dada ayam
• 5 sudu makan mentega
• ½ cawan minyak zaitun / 120ml
• 1 sudu teh lada hitam
• 2 cawan bawang kuning /holand
• 3 ulas bawang putih dicincang
• ¾ cawan tepung serbaguna/96g
• ¼ cawan/60ml krim masakan
• 2 cawan lobak merah didadu
• ½ cawan /25g parsli dicincang
• 2 cawan air
3
PASTRI/HALIMAH/AZIZAH
Cara Penyediaan:
1. Dada ayam dibersihkan dan
dipotong dadu.
2. Panaskan minyak zaitun dan
mentega tanpa garam
3. Tumis bawang putih dan bawang
merah sehingga wangi.
4. Masukkan dada ayam dan
masak sehingga ayam
mengecut.
5. Masukkan lobak merah dan air
dan masak hingga lobak empuk.
6. Masukkan krim masakan dan
daun parsley.
Perasakan dengan garam.
4
PASTRI/HALIMAH/AZIZAH
PAI EPAL
Bahan Pastri
• 300gram tepung gandum
• 120gram mentega sejuk (keluar dari peti) – potong kecil
• 40gram lemak sayuran
• 1 sudu besar gula halus
• 1/4 sudu kecil garam
• 7-8 sudu besar air sejuk
• 1 biji telur (untuk disapu) – pukul sedikit
5
PASTRI/HALIMAH/AZIZAH
Cara Penyediaan:
1. Campurkan kesemua bahan kecuali air.
Gaul-ramas sehingga menjadi seperti
serbuk roti.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli
sehingga menjadi doh (tepung tak
melekat ditangan).
3. Canai doh lebih kurang setebal 1cm.
Masukkan ke dalam acuan pai.
4. Masukkan inti epal ke dalam acuan.
Kemudian lapiskan lagi 1 lapisan pastri
ke atas pai. Kemaskan sekeliling pastri
supaya inti epal tidak melimpah keluar.
5. Sapukan telur ke atas permukaan pastri.
6. Bakar pai pada suhu 220°c selama 15
minit. Kemudian turunkan suhu kepada
190°c dan bakar lagi selama 40-45 minit.
6
PASTRI/HALIMAH/AZIZAH
Inti Epal
• 4 biji epal hijau
• 80gram gula perang
• 1/2 sudu kecil serbuk kayu manis
• Secubit garam
• 2 sudu besar butter
• 1 sudu besar tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)
Cara Penyediaan:
1. Cairkan mentega. Masukkan gula
perang. Kacau sebentar.
2. Masukkan epal, garam dan serbuk
kayu manis. Kacau sebentar dan
biarkan sehingga mendidih
3. Masukkan air bancuhan tepung
jagung. Kacau dan masak
sehingga epal lembut.
TELUR
Telur yang hendak digunakan untuk membuat kek perlu segar. Untuk membuat
kek, sebaiknya pilih telur double A atau beratnya sekitar 60 gm sebiji
7
PASTRI/HALIMAH/AZIZAH
BAHAN
• 250gram mentega
• 100g gula icing
• 1 biji telur (gred C)
• 350g ++ tepung gandum
• 1 sudu teh esen vanilla
Cara Penyediaan:
1. Kacau mentega dan gula
sehingga sebati.
2. Masukkan telur dan esen
vanilla dan kacau lagi.
8
PASTRI/HALIMAH/AZIZAH
3. Kemudian masukkan tepung
uli sehingga menjadi doh.
4. Masukkan dalam acuan tart
dan cucuk dengan garpu
sebelum dibakar.
5. Bakar pada suhu 170°C
darjah celcius lebih kurang
20 minit atau sehingga
kekuningan
Untuk Inti
Kastard
• 1 cawan tepung kastard
• 2 cawan susu segar/ susu cair
• 2 cawan air
• ½ cawan gula
• 1 sudu makan mentega
Cara Penyediaan:
1. Campur semua bahan dan gaul rata.
2. Masa katas api sederhana hingga
pekat.
3. Masukkan mentega dan gaul lagi
sehingga adunan meletup kecil dan
matikan api.
9
PASTRI/HALIMAH/AZIZAH
Bahan untuk crust
• 280gram tepung gandum
• 170gram mentega sejuk
• 1 sudu teh garam
• 4-6 sudu makan air sejuk
Cara Penyediaan:
Cara Penyediaan Crust
1. Dalam mangkuk besar masukkan
tepung dan masukkan mentega sejuk
yang dipotong kiub.
2. Gaul ramas tepung dan mentega
menjadi serbuk roti.
10
PASTRI/HALIMAH/AZIZAH
3. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli
doh sehingga menjadi doh yang lembut.
4. Rehatkan doh sebentar dalam peti ais
(Lebih kurang 15 minit).
5. Keluarkan doh dan canai nipis.
Letakkan dalam acuanpai dan ratakan.
Cucuk doh menggunakan garfu.
6. Letakkan kertas baking di atas doh dan
letakkan kacangan di atasnya.
7. Bakar dalam oven dengan suhu 175°C
selama lebih kurang 15 minit atau
sehingga kulit pai menjadi keperangan.
8. Keluarkan kacang dan bakar semula
lebih kurang 15 minit lagi supaya
menjadi sedikit keperangan.
11
PASTRI/HALIMAH/AZIZAH
BAHAN INTI A
• 1 biji bawang holand (potong dadu)
• 2 ulas bawang putih (cincang halus)
• 2 biji cili merah (buang biji dan hiris)
• 2 biji cili hijau (buang biji dan hiris)
• 1 keping dadBaAHaAyam dipotong dadu
• 5 biji cendawan butang
• 5 biji tomato ceri
• Gula dan garam secukup rasa
• Lada putih secukup rasa
• Sedikit mentega dan minyak masak untuk menumis
B
• 1 biji telur
• ¼ cawan krim masakan
• ¼ cawan susu segar
• 4 sudu besar keju cheddar dan 4 sudu besar keju mozzarella
• Sedkit garam dan lada sulah
*Gaul semua bahan di atas
Bahan Inti:
A
• 1 biji bawang merah (potong
dadu).
• 2 ulas bawang putih (cincang
halus).
• 1 biji cili merah (buang biji dan
hiris).
• 1 biji cili hijau (buang biji dan
hiris).
• 1 tin tuna dalam tin
• 5 biji cendawan butang
• 5 biji tomato ceri
• Gula dan garam secukup rasa
• Lada putih secukup rasa
• Sedikit mentega dan minyak
masak untuk menumis
12
PASTRI/HALIMAH/AZIZAH
B
• 1 biji telur
• ¼ cawan krim masakan
• ¼ cawan susu segar
• 4 sudu besar keju cheddar dan 4
sudu besar keju mozzarella
• Sedkit garam dan lada sulah
*Gaul semua bahan di atas
Cara menyediakan inti
1. Panaskan mentega dan minyak
masak anggaran 2 sudu makan.
2. Masukkan bawang putih dan
bawang merah. Tumis sehingga
wangi dan layu.
3. Masukkan cili merah dan hijau.
4. Masukkan tuna.
5. Masukkan lada putih, gula dan
garam secukup rasa.
13
PASTRI/HALIMAH/AZIZAH
Cara Menyediakan Quiche
• Letakkan bahan A dalam pai dan
masukkan bahan B.
• Susunkan tomato yang dibelah
dua di atasnya.
• Bakar dengan suhu 170◦C dalam
masa 40 minit
Jika menggunakan hand mixer, perlu pastikan gula hancur dan tidak nampak berbiji-biji
barulah di masukkan telur sebiji demi sebiji. Pastikan adunan dipukul rata sebelum
memasukkan tepung.
memasukkan setiap telur.
14
PASTRI/HALIMAH/AZIZAH
GULUNGAN SARDIN
BAHAN PASTRI:
250g tepunggandum
125g mentega
1bijitelur
60 ml air sejuk
Cara Penyediaan:
1. Campur tepung dengan mentega sejuk dan
gaul sehingga menjadi serbuk roti.
2. Masukkan telur dan gaul sebati.
3. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli
adunan sehingga menjadi doh.
4. Simpan dalam peti sejuk lebih kurang 30
minit.
15
PASTRI/HALIMAH/AZIZAH
BAHAN INTI:
• 1 biji bawang besar dihiris dadu
• 1 biji cili merah dibuang biji dan dihiris halus
• 1 tin sardine dibuang sos
• 1 sudu teh jus limau
• 1 sudu teh serbuk lada hitam
• Garam dan gula secukup rasap
Cara Penyediaan:
1. Campur semua bahan dan gaul sebati.
2. Canai doh pastry dan masukkan inti.
3. Gulung dan sapukan sedikit telur di
atasnya.
4. Bakar dalam oven selama20-25 minit atau
sehingga keperan gandeng ansuhu 180°C.
16
PASTRI/HALIMAH/AZIZAH
BAHAN
• 1 cawan mentega tanpa garam
• 1 cawan air
• 1 sudu teh gula
• 1 cawan tepung gandum (all purpose)
• ½ sudu teh garam
• 4 biji telur
Cara Penyediaan:
Cara Penyediaan:
1. Panas oven kepada suhu 190 C
17
PASTRI/HALIMAH/AZIZAH
2. Dalam periuk, dengan api sederhana panas,
satukan butter, gula, garam, dan 1 cawan air.
3. Biarkan sehingga mendidih, dan masukkan
cepat tepung dan kacau menggunakan
senduk kayu.
4. Teruskan mengacau sehingga tercipta
lapisan nipis di dasar periuk (lebih kurang 2-3
minit).
5. Alihkan dari atas api dan pindahkan doh ke
dalam bekas lain supaya cepat sejuk (lebih
kurang 3 minit).
6. Masukkan telur satu persatu dan kacau
sehingga sebati.
7. Untuk eggwash, campurkan 1 biji telur
dengan sedikit air
18
PASTRI/HALIMAH/AZIZAH
8. Masukkan ‘’ pate a choux’’ ke dalam piping
bag dan gunakan nozzle bulat.
9. Paipkan atas dulang pembakar yang telah
dilapisi dengan kertas baking.
10. Ratakan hujung choux dengan jari yang
dibasahkan sedikit.
11. Sapukan eggwash di atas choux dan bakar
selama lebih kurang 25-30minit dengan suhu
190 C
PETUA
Jangan keluarkan kek terus dari loyang selepas dibakar. Sebaiknya tunggu kek
benar-benar sejuk dan mantap baru lah boleh di keluarkan.
19
PASTRI/HALIMAH/AZIZAH
BAHAN
• 250gram mentega
• 200gram gula kastor
• 5 biji telur
• 210gram tepung gandum
• 1/2 sudu teh serbuk penaik
• 1/2 sudu teh soda bikarbonat 1 sudu teh esen vanilla
Cara Penyediaan
1. Ayak tepung. ketepikan.
2. Masukkan mentega, gula dan esen
vanilla ke dalam mesin pemutar. Putar
sehingga betul-betul kembang dan
ringan (warna jadi putih).
3. Masukkan telur satu per satu. Pukul
sehingga betul-betul sebati.
4.
5. Akhir sekali masukkan tepung sedikit
demi sedikit. Pukul sehingga tepung
rata.
6. Masukkan adunan ke dalam loyang.
bakar pada suhu 180°c selama lebih
kurang 45-50 minit.
20
PASTRI/HALIMAH/AZIZAH
BAHAN
• 2 cawan tepung gandum
• 2 sudu kecil baking powder
• 2 cawan gula halus
• 4 biji telur gred A
• 250g butter
• 2 sudu teh esen vanilla
• *1 cawan serbuk koko
• *½ cawan gula halus
• *1 cawan air panas
• ½ cawan susu cair
21
PASTRI/HALIMAH/AZIZAH
Cara Penyediaan:
1. Panaskan oven 180◦c
2. Griskan Loyang dengan butter
dan alas dengan kertas baking
3. Ayak tepung, dan soda bikarbonat
4. Ayak serbuk koko
5. Campur semua bahan bertanda *
dan masak di atas dapur dengan
api yang kecil sehingga gula larut.
sejukkan.
6. Campur bahan di atas dengan
susu cair. Gaul sebati.
22
PASTRI/HALIMAH/AZIZAH
7. Pukul butter dan gula sehingga
betul-betul kembang dan ringan.
8. Masukkan telur satu persatu dan
masukkan juga esen vanila.
9. Masuk tepung dan berselang seli
dengan bahan coklat, tepung
diikuti coklat dan diteruskan lagi
sehingga habis diakhiri dengan
tepung.
10. Masukkan adunan ke dalam
Loyang pembakar dan bakar lebih
kurang 30-35 minit atau sehingga
masak
11. Sejukkan atas redai kek dan hias
setelah kek sejuk.
PETUA
Kek yang sedang dibakar atau dikukus tidak boleh di buka pintu oven atau
tutup kukusan pada 45 minit pertama proses memasak. Ini untuk
mengelakkan proses kejadian kek.
23
PASTRI/HALIMAH/AZIZAH
DOH YANG DIMASAK:
• 22gran minyak jagung
• 10g serbuk koko (diayak)
• ½ sud teh kopi segera (ayak)
• 66gram susu segar
• 25gram gula kastor
Kuning telur:
• 46gram/ 2 biji kuning telur
• 58gram tepung kek/ superfine
• Secubit garam
Merangue:
(B)
• 70gram / 2 biji putih telur
• ¼ sudu teh cream of tartar/ lemon juice/ vinegar
• 45gram gula kastor
24
PASTRI/HALIMAH/AZIZAH
Cara Penyediaan:
1. Sediakan Loyang pembakar saiz 6 inci.
2. Dalam saucepan, panaskan minyak jagung
dengan api kecil, masukkan serbuk koko, kopi
segera dan kacau sehingga sebati dan wangi.
3. Campurkan dengan susu dan gula. Matikan api
dan ketepikan.
4. Apabila bahan A suam, masukkan kuning telur
sate persatu, garam dab tepung. Kacau sebati.
5. Dalam mangkuk lain pukul putih telur dan gula
hingga kembang.
6. Masukkan putih telur ke dalam adunan tepung
kaedah kaup balik.
7. Panaskan oven suhu 130 C dan bakar adunan
menggunakancara water bath selama 45 minit
atau sehingga masak.
8. Biarkan kek dalam oven dengan pintu terbuka
lebih kurang 10 minit.
25
PASTRI/HALIMAH/AZIZAH
Untuk Filling:
125ml whipping cream
20gm gula pasir
Cara Penyediaan:
1. Pukul whipping cream dan gula sehingga kental
2. Boleh disapukan atas kek
PETUA
Kek yang dikukus pula, perlulah dipanaskan kukusan terlebih dahulu.
Balut tutup kukusan dengan kain supaya air dari tutup kukusan tidak
menitis atas kek dan merosakkan rupa dan teksturnya. Atau boleh juga
loyang kek di tutup permukaannya dgn aluminium foil.
26
PASTRI/HALIMAH/AZIZAH
Untuk Kek
• 4 kuning telur (18-20g) suhu bilik
• 20g gula pasir
• 40ml susu
• 40ml minyak
• 1 sudu teh (tsp) esen vanilla
• 30g tepung jagung
Cara Penyediaan: GAMBARAJAH
• Campur semua bahan di atas kacau
sehingga sebati
Untuk Meringue
• 4 putih telur (30-35g) suhu bilik
• Secubit garam
• 1 sudu teh (tsp) cuka/jus lemon, cream of tar tar)
• 60g pasir gula
27
PASTRI/HALIMAH/AZIZAH
1. Pukul telur dengan cuka sehingga berbuih.
2. Masukkan gula sedikit demi sedikit.
3. Pukul sehingga bertanduk
4. Masukkan bahan kuning telur ke dalam
bahan putih telur
sedikit demi sedikit
5. Kaup balik adunan sehingga sebati.
6. Gliskan Loyang dengan mentega dan
masukkan adunan ke dalam loyang.
7. Bakar dengan suhu 160-170°C selama 25-
30 minit.
8. Keluarkan dari loyang dan biarkan sehingga
betul-betul sejuk.
28
PASTRI/HALIMAH/AZIZAH
9. Terbalikkan kek dan sapukan krim merata di
seluruh permukaan kek.
10. Gulungkan kek dan bungkus menggunakan
kertas baking. Sejukkan dalam peti sejuk
lebih kurang 2 jam.
11. Keluarkan dari peti sejuk dan boleh
dipotong.
PETUA
Untuk menguji kek telah masak, cucuk tengah kek dgn lidi secara menyerong dan jika ia keluar licin
ini bermakna kek anda telah masak sempurna.
29
PASTRI/HALIMAH/AZIZAH
BAHAN PASTRI:
• 500g tepung gandum
• 1 sudu makan gula pasir
• 1 sudu teh garam
• 250 ml air sejuk
• 50g butter
• 250g pastry margerin
Cara Penyediaan:
1. Campurkan tepung dengan
mentega dan garam, gaul ramas.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit
dan uil sehingga licin (7-10
minit).
3. Balut dengan plastic dan simpan
dalam peti sejuk selama 30 minit.
30
PASTRI/HALIMAH/AZIZAH
4. Keluarkan doh dari peti sejuk dan
canai menjadi 4 segi empat tepat
setebal 2 inci. Letakkan pastry
margerin di atas doh dan tutup
kembil dengan sebahagian doh
Rehatkan doh 30 minit.
5. Canai doh setebal ½ inci dan
buat lipatan berganda (double) 2
kali dan rehatkan15 minit.
6. Canai doh dan buat lipatan single
2 kali dan rehatkan 30 minit.
MENGAPA KEK LEMBAB DI TENGAH
❖ Mungkin suhu oven tidak mencukupi dan masa memasak terlalu pendek.
❖ Sukatan mentega terlampau banyak atau mentega telah di biarkan terlalu
lama di luar dan ia mencair sedikit
❖ Jika permukaan kek menjadi perang sedikit tutup loyang dgn aluminium foil
sehingga kek masak.
❖ Pastikan guna api atas dan bawah jika anda memasang kipas pada dinding
belakang oven.
❖ Jika tiada kipas pada oven, memadai menggunakan api bawah sahaja
pada suhu 190C.
PETUA
T
31
PASTRI/HALIMAH/AZIZAH
BAHAN BATER
• 1 cawan tepung gandum
• 2 sudu besar tepung beras
• 2 sudu besar tepung kastad
• 3/4 cawan gula
• 3 1/2 cawan santan
• 1 sudu teh garam
Cara Penyediaan:
1. Bancuh semua bahan in dan tapiskan.
2. Bahagikan sama banyak dan masukkan dalam 2
mangkuk {mangkuk [1] dan [2].
Bahan B
• 1/2 cawan kacang merah rebus (yg dah rebus dan lecek sikit)
• Pewarna merah
• 1/4 cawan air
• Masukkan Bahan B dalam mangkuk [1]
• Gaulkan rata dan ketepikan
Cara Penyediaan:
1. Bancuh semua bahan in dan tapiskan
2. Bahagikan sama banyak dan masukkan dalam 2
mangkuk {mangkuk [1] dan [2].
32
PASTRI/HALIMAH/AZIZAH
Bahan C
• 1/4 cawan air
• 1 sudu besar tepung jagung
Cara Penyediaan:
9. Panaskan kukusan dan sapu minyak pada
Loyang saiz bulat 8 inci atau 8 inci x 8 inci.
10. Masukkan 1 cawan lapisan merah dan kukuskan
selama 5 minit.
11. Masukkan pula 1 cawan lapisan asal [warna asal]
dan kukuskan 5 minit.
12. Buat sehingga lapisan habis dan setiap kali nak
tutup semula tudung kukusan hendaklah dilapkan
kering supaya air tidak menitik (atau balut dengan
kain penutup kukusan).
13. Untuk lapisan akhir sekali, kukus selama 15 minit.
14. Bila telah masak sejukkan betul2 dan potongkan
dengan pisau plastik supaya kelihatan cantic.
33
PASTRI/HALIMAH/AZIZAH
BAHAN:
• 1 Cawan Gula Kastor
• 2 Biji Telur
• 1/4 CawanSusu Cair
• 1/2 Cawan Santan
• ¼ Cawan Jus Pandan Pewarna Makanan
•
• 2 Cawan Tepung Gandum
• 2 ½ Cawan Kelapa Parut
• 1 sudu besar Tepung Gandum
Cara Penyediaan:
1. Panaskan kukusan
2. Ayak tepung gandum GAMBAR DARI GOOGLE 1
34
PASTRI/HALIMAH/AZIZAH
3. Sapu acuan dengan sedikit minyak.
Masukkan sedikit kelapa yang digaul
dengan tepung ubi dan garam dan
mampatkan di bahagian bawah.
4. Dalam mangkuk, pukul gula, telur dan
ovalette hingga kembang.
5. Masukkan santan, susu, jus pandan dan
pewarna hijau.
6. Kemudian masukan tepung dan kaup balik
sehingga sebati.
7. Campur santan dengan sedikit garam dan
gaul sebati.
8. Masukkan santan ke dalam acuan dan
tekan sehingga sedikit mampat.
35
PASTRI/HALIMAH/AZIZAH
9. Sudukan aduan ke dalam acuan dan kukus
selama 5-7 minit.
10. Keluarkan dari kukusan dan sejukkan
sebelum dikeluarkan dari acuan.
PETUA KEK MEREKAH
•
• Elemen pemanas disebelah atas terlalu panas dan menyebabkan kek mudah merekah
dan hangus.
• Suhu ketuhar tidak begitu tepat atau terlampau tinggi.
• Kandungan serbuk penaik terlalu banyak.
• Sukatan tepung terlebih.
• Masa membakar terlalu lama.
36
PASTRI/HALIMAH/AZIZAH
BAHAN-BAHAN : A (KULIT KARIPAP)
• 50g tepung gandum
• 80g margein (panaskan)
• 3 sudu besar minyak masak
(panaskan)
• 1 cawan air sejuk (ais)
CARA PENYEDIAAN :
1. Panaskan margerin dan minyak
masak sehingga hilang bunyi
berdesir.
2. Uli tepung dengan marjerin dan
minyak masak panas sehingga
sebati.
3. Gaul ramas sehingga menjadi
serbuk roti.
4. Masukkan air sedikit demi sedikit.
37
PASTRI/HALIMAH/AZIZAH
5. Uli sehingga menjadi doh yang licin.
6. Bungkus dalam plastik wrap dan
simpan dalam peti ais selama lebih
kurang 30 minit.
BAHAN-BAHAN : B (INTI KARIPAP)
• 1 biji bawang besar
• 3 ulas bawang putih
• 1 inci halia
• 2 biji cili merah
• 1 sudu besar udang kering (rendam)
• 4 biji kentang- dipotong dadu dan
direndam
• 2 sudu besar serbuk kari ikan
• 1 tangkai daun kari
• Sedikit air
• Garam secukup rasa
• Gula secukup rasa
• Sedikit minyak untuk menumis
PETUA
Pastikan bahan kisar ditumis sehingga masak dan wangi
supaya makanan lebih sedap dan tidak rasa maung.
38
PASTRI/HALIMAH/AZIZAH
Cara Penyediaan:
1. Kupas kulit kentang dan potong
dadu.
2. Bawang besar, bawang putih, udang
kering yang telah diredam dengan
air panas dan halia dikisar halus.
3. Panaskan sedikit minyak dan
masukkan daun kari, tumis bahan
kisar hingga wangi dan masukkan
cili.
4. Masukkan serbuk kari yang
dicampur dengan sedikit air. Tumis
hingga garing.
5. Masukkan kentang dan air
secukupnya.
6. Bila kentang empuk perasakan
dengan garam dan gula.
39
PASTRI/HALIMAH/AZIZAH
PETUA
Pastikan minyak dipanaskan dan matikan api untuk turunkan suhu
sebelum masukkan karipap, selepas itu hidupkan api semula dan
goreng karipap dengan api perlahan. Sentiasakan balik-balikkan
karipap supaya mendapat warna gorengan yang sekata di kedua-dua
bahagian.
40
PASTRI/HALIMAH/AZIZAH
Pulut:
2 cawan pulut -rendam semalaman
1 cawan santan pekat + sikit garam
Cara Penyediaan:
1. Rendam pulut semalaman dan
toskan airnya.
2. Panaskan kukuskan dan bila air
sudah mendidih, kukus pulut
lebih kurang 20 minit atau
sehingga mengembang.
3. Keluarkan pulut dan campur
dengan santan yang telah
dicampur dengan sedikit garam.
4. Kukus semula sehingga pulut
betul-betul masak.
41
PASTRI/HALIMAH/AZIZAH
Cara Penyediaan:
1. Panaskan minyak dan tumis
bahan kisar.
2. Masak hingga garing dan naik
minyak.
3. Masukkan juga garam gula & air
asam jawa.
4. Masukkan kelapa parut putih.
5. Sentiasa kacau hingga agak
kering dan berderai.
6. Jika suka basah cukup dikacau
hingga kelapa masak sahaja
42
PASTRI/HALIMAH/AZIZAH
Cara Penyediaan Pulut Panggang:
1. Letakkan 1 sudu makan pulut
yang telah dikukus dan ratakan
di atas sehelai daun pisang.
2. Letakkan inti serunding di atas
pulut yang telah diratakan.
3. Gulungkan pulut inti bersama
daun pisang.
4. Cucuk lidi di kanan dan kiri
gulungan pulut panggang.
5. Panggang sebentar pulut
panggang atas api sebentar.
PETUA
Sebelum mengukus makanan, pastikan pengukus diisi dengan air
secukupnya dan biar sehingga mendidih. Balut penutup kukusan dengan
kain yang bersih bagi mengelakkan air wap jatuh ke atas makanan yang
dikukus.
43
PASTRI/HALIMAH/AZIZAH
KUIH SERIMUKA
Gambar dari Google
Bahan-bahan : Lapisan Bawah
• 1 cawan beras pulut direndam 1 jam
• 1 ½ cawan santan cair
• ¼ sudu teh garam
• 1 helai daun pandan disimpul
Cara Penyediaan
1. Guna Loyang 6/8 inci dan
dialas plastik.
2. Masuk daun pandan dalam
pulut serta santan cair dan
kukus dengan api kuat
selama 30 minit.
3. Buang daun pandan dan
biarkan 5 minit lagi.
44
PASTRI/HALIMAH/AZIZAH
4. Tekan dan padatkan.
5. Gores permukaan pulut
supaya melekat dengan
lapisan atas
Bahan Lapisan Atas
• 1 ½ cawan santan pekat
• 1 ½ biji telur gred A
• ¼ sudu teh garam
• ½ sudu makan tepung kastard
• ½ cawan gula
• 5 helai daun pandan
• ½ sudu teh esen vanilla
• Perwarna hijau epal
Cara penyediaan
1. Kisar daun pandan dan
santan.
2. Cukupkan santan tadi
menjadi 1 ½ cawan.
3. Satukan semua bahan dan
tapis.
45
PASTRI/HALIMAH/AZIZAH
4. Letak atas api dan masak
hingga berwap.
5. Letak adunan atas pulut.dan
kukus semula selama 30
minit. Buka tutup kukusan 5
minit sehingga permukaan
lapisan atas kering.
6. Biarkan sejuk sebelum
dipotong
PETUA
Carikkan permukaan pulut dengan garfu
sebelum tuang lapisan atas supaya lapisan atas
melekat elok dengan lapisan bawah
46
PASTRI/HALIMAH/AZIZAH
Halimah Tusa’diah Binti Paimon merrupakan pensyarah bagi
Program Sijil Kemahiran Hotel dan Katering. Menagjar di Politeknik
Ibrahim Sultan lebih daripada 20 tahun. Mengajar Pastri dan Bakeri
bagi pelajar khas lebih 5 tahun. Aktif dalam berkomgsi pelbagai
resepi di media social seperti Facebook dan Instagram.
Azizah Binti Ahmad Sah graduan Pengurusan Seni Kulinari UiTM
Shah Alam dan telah mengajar di Politeknik Ibrahim Sultan sejak
tahun 2012. Mengajar kursus Penyediaan Makanan Timur dan
Barat serta bagi pelajar Program Sijil Kemahiran Hotel dan Katering
serta Basic Kitcehn bagi pelajar Diploma Pengurusan Hotel.
47
PASTRI/HALIMAH/AZIZAH
DISCLAIMER:
Segala maklumat di dalam e-book ini ini adalah untuk kegunaan di dalam kelas
sahaja. Pembaca adalah tidak dibenarkan sekali-kali untuk memuat turun gambar dalam e-
book ini melainkan mendapat pengesahan terlebih dahulu. Segala resepi yang ditulis disini
adalah hakmilik peribadi penulis melainkan ada dinyatakan. Polisi didalam disclaimer ini akan
diubah atau ditambah bilamana ada keperluan. Sekiranya anda ingin menyalin mana-mana
bahagian dalam blog ini, adalah diizinkan namun kami berharap boleh kreditkan kepada hasil
karya kami ini.
48