NAMA JABATAN / UNIT : KOKURIKULUM TUGASAN KERJA KURSUS (INDIVIDU) SESI 2023 / SEM 6 Nama : NUR SYAMIMI BINTI TAJUDIN Angka Giliran : 2021212350087 Nombor Kad Pengenalan : 020408040152 Kumpulan / Unit : TESL D Kod dan Nama Kursus : MPU 3081 PERSATUAN Nama Pensyarah : MADAM SARASWATHY A/P VELLASAMY Tarikh Hantar : 14 JULAI 2023 Tarikh Diterima : (Diisi Oleh Pensyarah) Pengakuan Pelajar Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Pengesahan Pelajar Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya fahami. Tandatangan Pelajar : Jumlah markah: Tarikh : Catatan : Pastikan pensyarah telah memberi maklum balas di dalam tugasan kerja kursus pelajar.
2 SENARAI KANDUNGAN PERKARA MUKA SURAT 1. PENGENALAN 3 2. SEJARAH PENUBUHAN 3 3. CIRI-CIRI PERSATUAN 3 - 4 4. KAEDAH DAN PROSES PENUBUHAN PERSATUAN 4 - 5 5. AKTIVITI/PERKHIDMATAN YANG DIANJURKAN 5 - 6 6. STRATEGI BAGI MENJANA SUMBER KEWANGAN 6 7. ISU-ISU BERBANGKIT 6 8. ANALISIS SWOT 6 - 8 a. KEKUATAN (S) b. KELEMAHAN (W) c. PELUANG (O) d. CABARAN (T) 9. PENUTUP 8 10. LAMPIRAN (GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI) 8 - 10 11. RUJUKAN 11
3 LAPORAN KAJIAN KES PERSATUAN BAHASA INGGERIS SEKOLAH KEBANGSAAN TUNKU BESAR TAMPIN (SKTBT) 1. PENGENALAN Persatuan didefinisikan sebagai ‘sesuatu entiti berkumpulan yang berstruktur, berpelembagaan, berperaturan, dan berkepimpinan.’ Di peringkat sekolah, persatuan dianggotai oleh murid-murid yang mempunyai minat dan kecenderungan yang sama terhadap sesuatu perkara dan diketuai oleh guru yang berkebolehan untuk memimpin aktiviti. Menurut Peraturan 4 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) tahun 1998, Warta Kerajaan P.U(A) 196 bertarikh 21 Mei 1998 menegaskan bahawa Guru Besar atau Pengetua, setelah menerima permohonan secara bertulis mestilah menubuhkan persatuan-persatuan di sekolah. Usaha penubuhan kepelbagaian persatuan ini adalah untuk menyemai dan memupuk prinsip, kaedah dan kemahiran kepimpinan dikalangan murid di samping membangunkan diri mereka menjadi insan yang mewarisi dan menghayati keseluruhan ciri-ciri kecemerlangan murid yang tersurat dan tersirat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Oleh hal yang demikian, kajian kes ini telah dibuat untuk mengkaji salah sebuah persatuan di SK Tunku Besar Tampin tentang strategi kewangannya, kekuatan dan kelemahan, serta cadangan penambahbaikan yang dapat dibuat untuk menarik lebih ramai murid menyertai persatuan tersebut. 2. SEJARAH PENUBUHAN Persatuan yang telah dipilih adalah persatuan Bahasa Inggeris yang merupakan kebanggaan sekolah dan digelar sebagai Kebitaraan Kurikulum yang telah mengharumkan nama sekolah di pelbagai peringkat. Persatuan ini telah ditubuhkan pada tahun 1990-an dan dianggotai oleh hanya 10 orang murid dan 1 orang guru pembimbing kerana kapasiti murid yang rendah pada ketika itu. Namun kini, ahli persatuan ini telahpun mencecah 35 orang pada setiap tahun dan dipimpin oleh 2 orang guru pembimbing yang sangat berdedikasi dalam menyampaikan ilmu tentang matapelajaran teras ini. Persatuan ini ditubuhkan untuk mencapai matlamatnya yang tersendiri iaitu mengumpulkan pelajar dari latar belakang yang berbeza untuk bersama-sama meneroka program Bahasa Inggeris yang dapat menarik minat mereka untuk menggunakannya dalam pertuturan seharian. 3. CIRI-CIRI PERSATUAN Ciri-ciri persatuan Bahasa Inggeris ini merangkumi empat elemen;
4 - Keberkesanan o Kemampuan melakukan sesuatu aktiviti. o Aktiviti yang dilakukan perlulah mencapai objektif yang dituju iaitu melahirkan lebih ramai lagi murid yang mahir berBahasa Inggeris. o Aktiviti yang kurang memberi impak atau fokus yang mendalam perlulah dielakkan untuk mendapatkan hasil yang maksima. - Berterusan o Perjumpaan persatuan yang harus dijalankan secara berterusan dan tidak boleh dibatalkan sesuka hati untuk memastikan kelancaran aktiviti yang telah dirancang. o Perjumpaan mestilah berkala konsisten seperti mengadakan perjumpaan seminggu sekali untuk membincangkan isu dan menjalankan aktiviti yang telah dirancang. - Peluang pembelajaran o Aktiviti yang dirancang boleh melibatkan penceramah luar atau dalaman untuk memberi ceramah sebagai ilmu pengetahuan tambahan untuk murid-murid. o Apabila aktiviti tersebut dijalankan, peserta mahupun ahli jawatankuasa yang terlibat perlulah bekerjasama dalam menjayakan aktiviti tersebut. - Interaksi/Pendedahan o Menambahkan interaksi dengan pihak luar bagi mendapatkan ilmu pengetahuan. o Contoh : Lawatan ke pesta buku atau Perpustakaan Negara. 4. KAEDAH DAN PROSES PENUBUHAN PERSATUAN Kaedah dan proses penubuhan persatuan Bahasa Inggeris SK Tunku Besar Tampin adalah seperti berikut; 1. Menubuhkan Jawatankuasa Penaja yang dipengerusikan oleh Guru Besar dan Guru-Guru Penolong Kanan serta dibantu oleh dua orang guru pembimbing. 2. Menyediakan kertas kerja penubuhan persatuan Bahasa Inggeris SK Tunku Besar Tampin. 3. Menyediakan draf perlembagaan persatuan dan ditulis di dalam kertas kerja.
5 4. Membuat surat permohonan penubuhan persatuan. 5. Mendapatkan kelulusan penubuhan dari Guru Besar SK Tunku Besar Tampin. 6. Mengadakan pendaftaran ahli persatuan. 7. Mengadakan mesyuarat agung kali pertama yang membincangkan tentang perancangan aktiviti tahunan dan melantik ahli jawatankuasa dalam kalangan murid. 8. Melaksanakan aktiviti tahunan yang telah dirancang. 5. AKTIVITI/PERKHIDMATAN YANG DIANJURKAN PERANCANGAN AKTIVITI PERSATUAN BAHASA INGGERIS SK TUNKU BESAR TAMPIN BAGI TAHUN 2023 Bil. Tarikh Perancangan Aktiviti 1. Mac - Pendaftaran keahlian - Mesyuarat Agung Kali Pertama 2. April - Mesyuarat Agung pemilihan ahli jawatankuasa - Mencipta logo persatuan 3. Mei Reading & Writing skills : - Newspaper reading - Essay writing 4. Jun Speaking skills : - Role play - Choral Speaking 5. Julai ‘One Student One Book’ programme 6. Ogos English week : - Story telling - Charade - Word Jumble Race 7. September ‘One Student One Book’ programme 8. Oktober Listening skills : - Simon says - Broken telephone 9. November English Carnival : - Spelling bee - Tongue twister challenge
6 - Debate tournament 10. Disember Prize Giving Ceremony 11. Januari Jamuan ahli tahun persatuan 6. STRATEGI MENJANA SUMBER KEWANGAN Sumber kewangan merupakan suatu faktor penting dalam menjayakan sesebuah persatuan. Setiap aktiviti yang telah dirancang menggunakan kos untuk menjayakannya. Oleh itu, persatuan Bahasa Inggeris SK Tunku Besar Tampin ini telah menggunakan tiga strategi untuk meraih sumber kewangan. Sumber yang pertama adalah daripada yuran ahli iaitu sebanyak RM 3 sebulan. Dengan adanya 35 orang ahli dalam persatuan ini, RM 105 dapat dikumpul setiap bulan bagi menjayakan aktiviti bulanan yang telah dirancang. Selain daripada itu, guru pembimbing persatuan ini telah melakukan inisiatif mereka sendiri dengan memohon sumbangan penaja iaitu daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Tunku Besar Tampin. Sokongan yang diberikan oleh pihak penaja amatlah menggalakkan sekali. Akhir sekali, ahli persatuan ini telah bersetuju sebulat suara untuk mengenakan bayaran RM2 kepada murid selain daripada ahli persatuan untuk menyertai setiap aktiviti yang dijalankan sewaktu English Week dan English Carnival. Ketiga-tiga sumber kewangan ini sangat membantu dalam menjayakan aktiviti sepanjang tahun yang telah dirancang. 7. ISU-ISU BERBANGKIT Walaupun persatuan ini dianggap sebagai persatuan elit di SK Tunku Besar Tampin, namun terdapat juga beberapa isu yang berbangkit yang dapat menjejaskan nama baik persatuan ini. Isu yang pertama adalah berkenaan murid yang tidak dapat hadir ke perjumpaan atas sebab-sebab yang tertentu dan menjejaskan prestasi kehadiran murid. Selain daripada itu, isu yang kedua adalah terdapat sesetengah pelajar yang tidak mempunyai kesedaran tentang pentingnya mempelajari Bahasa Inggeris dan perkara ini telah menyebabkan beberapa aktiviti yang dijalankan tidak mendapat sambutan daripada murid yang bukan ahli persatuan ini. Isu kos yang terlalu tinggi bagi menjayakan sesebuah aktiviti seperti English Carnival juga merupakan isu yang berbangkit dalam mesyuarat persatuan ini. 8. ANALISIS SWOT a. KEKUATAN (S) Kekuatan persatuan ini daripada segi penjanaan kewangan dapat dilihat daripada aktivitinya yang pelbagai dan dapat menarik minat murid untuk
7 menyertainya sewaktu English Week dan English Carnival. Aktiviti seperti ‘charade’ dan ‘tongue twister challenge’ adalah antara aktiviti yang dianggap sebagai interaktif dan menguji kemahiran murid berbahasa Inggeris. Walaupun dianggap sukar kerana Bahasa Inggeris bukanlah bahasa ibunda mereka, namun murid-murid masih teruja menyertai aktiviti yang dilaksanakan. Selain daripada itu, penglibatan murid persatuan ini yang menggalakkan telah membantu proses pengumpulan yuran bulanan menjadi lebih lancar. Wang yang telah dikumpul dapat digunakan untuk membiayai kos yang diperlukan dalam menjayakan aktiviti tahunan yang telah dirancang. b. KELEMAHAN (W) Kelemahan yang dapat dikenalpasti oleh persatuan ini ialah tiada permohonan sumbangan kewangan kepada organisasi swasta yang dibuat oleh guru penasihat mahupun ahli jawatankuasa persatuan. Hal ini kerana, dek kesibukan jadual akademik dan aktiviti persatuan, kesemua ahli tidak sempat untuk meneliti prosedur permohonan yang perlu dibuat dan tiada masa untuk mencari organisasi yang berpotensi. Proses perangkaan kertas kerja yang memakan masa juga merupakan antara faktor yang menyebabkan ahli persatuan tidak dapat melakukannya kerana dikhuatiri akan mengganggu jadual akademik mereka. Guru penasihat yang memang sedia ada sibuk dengan tugas hakiki juga tidak dapat meneliti permohonan sumbangan tersebut dan terpaksa bergantung kepada tiga sumber kewangan asas yang telah disenaraikan sahaja. c. PELUANG (O) Pelbagai peluang yang dapat persatuan ini lakukan untuk menaikkan nama sekolah dan menjana sumber kewangan. Salah satu daripada peluang tersebut adalah menyertai aktiviti luar yang dianjurkan oleh organisasi swasta mahupun kerajaan. Contohnya seperti pertandingan ‘spelling bee’ atau ‘storytelling’ anjuran organisasi swasta yang menjanjikan hadiah wang tunai kepada pemenang dapat membantu menambahkan belanjawan persatuan. Ahli persatuan ini terdiri daripada murid yang mempunyai minat yang mendalam dalam kemahiran berbahasa Inggeris. Oleh itu, bakat yang ada pada mereka tidak seharusnya disia-siakan dan dibiarkan begitu sahaja. Guru penasihat seharusnya lebih peka dalam memberikan sokongan kepada murid supaya mereka lebih berminat untuk menyertai pertandingan luaran untuk menjana kewangan persatuan dan mengharumkan nama sekolah.
8 d. CABARAN (T) Cabaran yang dapat dikenal pasti dalam menjana sumber kewangan persatuan ini adalah antaranya, sikap ibu bapa yang tidak proaktif dan tidak mahu anak mereka ikut serta dalam aktiviti yang dianjurkan seperti English Carnival. Hal ini dapat mematahkan semangat murid yang pada awalnya teruja untuk menyertai perbagai aktiviti yang dijalankan. Murid yang berkebolehan dan sememangnya mahu untuk menyertai aktiviti-aktiviti tersebut akan mengundur diri kerana tidak mendapat sokongan moral daripada ibu bapa. Perkara ini juga akan menyebabkan persatuan ini tidak dapat mengumpul dan menjana kewangan seperti yang dirancang. 9. PENUTUP Pengurusan kewangan adalah suatu elemen yang penting dalam memastikan kelancaran sesebuah persatuan tersebut. Persatuan yang mempunyai pengurusan kewangan yang teruk tidak dapat melaksanakan aktiviti yang dirancang dengan lancar. Oleh hal yang demikian, setiap ahli dalam sesebuah persatuan tersebut perlulah bersikap bijak dan proaktif dalam mempelbagaikan cara untuk menjana kewangan demi kelangsungan dan kelancaran aktiviti persatuan. 10. LAMPIRAN (GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI) Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan di bawah persatuan Bahasa Inggeris ini; English Corner
9 Aktiviti Mecipta Logo Persatuan Choral Speaking
10 ‘One Student One Book’ Programme Storytelling
11 11. RUJUKAN Nurain, S. (2014). Kluster Kecemerlangan. Kluster Kecemerlangan SK Tunku Besar Tampin. http://kluster-portalsktbt.blogspot.com/ Persatuan. (2021). Apa Itu Persatuan?. Kenali Persatuan. http://dplipersatuan.blogspot.com/2012/10/definisi.html Guru Malaysia, I. P. (2018). 3 Modul PDPM MPUD2081 Persatuan.pdf - Kementerian Pendidikan Malaysia program Diploma Perguruan malaysia PDPM mod Kursus Dalam Cuti KDC Modul: Course hero. 3 MODUL PDPM MPUD2081 Persatuan.pdf - KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA PDPM MOD KURSUS DALAM CUTI KDC MODUL | Course Hero. https://www.coursehero.com/file/57245189/3-MODULPDPM-MPUD2081-Persatuanpdf/ Rosli, S. (2022). Mengintegrasi Falsafah pendidikan Kebangsaan (FPK) Dalam Membangunkan modal Insan Bersepadu. Jurnal Dunia Pendidikan. https://doi.org/10.55057/jdpd.2022.4.1.7