Buletin
KATA ALU-ALUAN PUAN PENGARAH
SALAM KOLEJKU SEJAHTERA,
Keluarga KV Miri telah memperolehi pelbagai kecemerlangan dalam separuh tahun
2022 yang akan dirakamkan dalam Buletin Jun 2022. Tahniah dan Syabas kepada seluruh
warga KV Miri yang telah berusaha dalam memastikan perancangan dan aktiviti
dilaksanakan dengan berjaya.
Kecaknaan pemimpin serta seluruh ahli dalam organisasi terhadap perubahan
dasar, amalan, tanggapan, matlamat dan kesetiaan pada semua peringkat pengurusan
organisasi amat penting. Kesediaan untuk bersama-sama berubah dan menerima cabaran-
cabaran baharu di peringkat akar umbi untuk memastikan kualiti dan kecemerlangan
pendidikan yang menyeluruh dapat dicapai dengan berkesan. Warga KV Miri nescaya ialah
salah sebuah institusi Pendidikan TVET bervisi kecemerlangan, malah menjadi lebih
kompetitif dan makmur. Keluarga KV Miri dapat memainkan peranan yang lebih dinamik
dengan penuh semangat jaya diri yang unggul dan tinggi pada setiap waktu untuk mencapai
kecemerlangan.
Oleh itu mengejar kualiti dan kecemerlangan organisasi adalah bermula dengan
kualiti diri setiap individu di dalam organisasi. Justeru, Keluarga KV Miri akan terus gigih dan
berdisiplin untuk mencapai kecemerlangan dan kesejahteraan seluruh warga kolej.
Sekian. Terima kasih. ISI KANDUNGAN
Puan Choo Siak Lan 1. Kata alu-aluan Puan Pengarah
Pengarah KV Miri 2. Majlis Eksekutif KV Miri
3. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
Tahun 2021
4. Ts. KV Miri
5. Akreditasi MBOT & MQA
6. Pensyarah berpindah
7. Pensyarah baharu
8. Konvokesyen KV Miri ke-6
9. Anugerah Pelajar Terbaik
10. Aktiviti KV Miri (Jan - Jun)
11. Jawatankuasa Penyelarasan Laporan &
Dokumentasi KV Miri Tahun 2022
LORONG 10, JALAN JEE FOH, KROKOP, 98000 MIRI, SARAWAK. Tel: 085-431121 Fax: 085-413121 E-mail: [email protected]
Editor: Lee Mei Hwa & Nur Afilia Binti Mohammad Irwan Penulis: Kiung Siew Ping
Pengumpul Maklumat: Pula Anak Anggat, Azmil Azmi Bin Amirudin & Mohamad Zahid Bin Mohamad Raezi
BULETIN KOLEJ VOKASIONAL MIRI TAHUN 2022 EDISI 1
MAJLIS EKSEKUTIF KOLEJ VOKASIONAL MIRI
TAHUN 2022
Pengerusi : Puan Choo Siak Lan Pengarah
Timbalan Pengerusi : Encik Sahibi bin Salleh Timbalan Pengarah Akademik
Setiausaha : Puan Jatai anak Sait Ketua Unit Data & Maklumat
Ahli-ahli Tetap : Cik Kurniawati binti Ilias Timbalan Pengarah Sokongan Akademik
Encik Thomas anak Undum Ketua Jaminan Kualiti
Cik Eii Meng Yin Ketua Jabatan Pentaksiran & Penilaian
Puan Tan Lee Na Ketua Jabatan Pendidikan Umum
Encik Ahmad Zaidi bin Bujang Ketua Jabatan Teknologi Mekanikal
Puan Valerie Supang Padan Ketua Jabatan Teknologi Elektrik & Elektronik
Encik Azri bin Said Ketua Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi
Encik Voon King Sing Ketua Jabatan Perniagaan
Puan Suzy Unying Ketua Jabatan Hospitaliti
Encik Azhar bin Noh Ketua PBC
Encik Jee Khing Chung GKMP Kemanusiaan
Puan Flora Balang @ NurFatin GKMP Bahasa
Hazirah binti Abdullah
Encik Mohd Hafizi bin Yahya Ketua Unit Psikologi & Kerjaya
Puan Biviana binti Mohamad Ali Ketua Pembantu Tadbir
2
BULETIN KOLEJ VOKASIONAL MIRI TAHUN 2022 EDISI 1
ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG
TAHUN 2021
CHOO SIAK LAN AHMAD NIZAM BIN YAHAYA CRESSIDA HUGO ANAK JENIS ELVIRA JOHNNY GOH
Pengarah Kolej Vokasional Ketua Bengkel & Pensyarah Pensyarah Bahasa Inggeris Pensyarah Pelancongan
DG41 (KUP)
Miri Teknologi Automotif DG44 (KUP)
DG54 (KUP) DG38
GOH CHAI KEE JENNY UNYANG RAYMOND MOHAMAD FIRDAUS BIN MUNA WARAH BINTI
Pensyarah Pelancongan JOK PANGIS NUKMAN
DG44 (KUP) Pensyarah Perakaunan Pensyarah Teknologi Elektrik Pensyarah Matematik
DG48 (KUP) DG44 (KUP) DG48 (KUP)
RATHNA POHIE ANAK YANTI RAYANA BINTI MAJIDI
RANGKA Pembantu Penyediaan
Makanan
Pensyarah Teknologi N19 (KUP)
Pemesinan Industri
DG41 (KUP)
3
BULETIN KOLEJ VOKASIONAL MIRI TAHUN 2022 EDISI 1
Teknologis Profesional KV Miri
Ts. ialah gelaran Teknologis Profesional yang diiktiraf oleh Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT), yang tertakluk di
bawah Akta Teknologis dan Juruteknik 2015 (Akta 768). Gelaran ini merupakan salah satu mekanisme pengiktirafan kepada
teknologis dan juga juruteknik negara yang layak mendapat pengiktirafan atas kecekapan kemahiran dan pengetahuan mereka.
Dengan bangga, KV Miri memperkenalkan 5 orang Teknologis Profesional dari bidang masing-masing dan diharapkan
agar mereka dapat memberikan sumbangan dari segi intelek, kemahiran serta kepimpinan.
Ts. KARMILA BINTI YAHDI Ts. PAUL KENNY TSHONG Ts. ABU SEHRAN BIN MANAN
Bidang MBOT: Bidang MBOT: Bidang MBOT:
Manufacturing and Automotive Technology Manufacturing and
Industrial Technology (AT) Industrial Technology
(ME) (ME)
Ts. AZRI BIN SAID Ts. MELLVYNE SIGO
Bidang MBOT:
Information and Bidang MBOT:
Computing Manufacturing and
Technology Industrial Technology
(ICT)
(ME)
4
BULETIN KOLEJ VOKASIONAL MIRI TAHUN 2022 EDISI 1
AKREDITASI MQA & MBOT
Program Teknologi Elektrik
Program Teknologi Elektronik
Program Teknologi Pemesinan Industri
5
BULETIN KOLEJ VOKASIONAL MIRI TAHUN 2022 EDISI 1
PENSYARAH BERPINDAH
AHMAD MUNAWWAR ELYA DAYANA BINTI MOHD YUSRI BIN MUHAMMAD AZRIN NUR ZULIKA BINTI
BIN ISMAIL TAJUDDIN YUSUF BIN AZMAN SHARIFUDDIN
Pensyarah `Teknologi Pensyarah Bahasa Pensyarah Teknologi Pensyarah Sains Pensyarah Perakaunan
Maklumat Inggeris Automotif Berpindah ke SMK Berpindah ke KV
Gombak, W.P KL
Berpindah ke KV Sg. Berpindah ke SMK Berpindah ke SMT Medini, Johor
Petani 1, Kedah Taman Selesa Jaya, Sejingkat, Kuching,
Johor Sarawak
6
BULETIN KOLEJ VOKASIONAL MIRI TAHUN 2022 EDISI 1
PENSYARAH BAHARU
ALFARIQ BIN AZMIL AZMI BIN GRACE TEO SHUK LI KHAIRUL AZIZI BIN MOHAMAD ZAHID BIN
MOHAMED HALMI AMIRUDIN Ijazah Sarjana Muda SAMIN MOHAMAD RAEZI
Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial Dengan Ijazah Sarjana Muda
Pendidikan Vokasional Sarjana Muda Kepujian (Antropologi Ijazah Sarjana Muda
(Elektrik & Elektronik) Pendidikan Vokasional Kejuruteraan Elektrik Pendidikan Vokasional
Universiti Tun Hussein (Kimpalan & Fabrikasi Dan Sosiologi) (Kimpalan & Fabrikasi
Universiti Malaysia Dengan Kepujian
Onn Malaysia Logam) Dengan Universiti Tun Hussein Logam) Dengan
Kepujian Sarawak Kepujian,
Onn Malaysia
Universiti Tun Hussein Universiti Tun Hussein
Onn Malaysia Onn Malaysia
MOHD FARIS BIN MOHD HANAFI BIN MUHAMMAD TAUFIQ MUHD ARIF BIN NGU WEI LING
KAMALLUDIN NOHANI AMRI BIN AHMAD TARMIZI Ijazah Sarjana Muda
Ijazah Sarjana Muda
Ijazah Sarjana Muda Ijazah Sarjana SAHARD’DIN Kejuruteraan Elektrik Sastera Dengan
Pendidikan Vokasional Pendidikan Teknikal Ijazah Sarjana Muda Universiti Tun Hussein Pendidikan
(Elektrik & Elektronik) Teknologi Elektronik
(Kejuruteraan Onn Malaysia Universiti Sains
Dengan Kepujian Mekanikal) (Telekomunikasi), Malaysia
Universiti Tun Hussein Universiti Teknikal
Universiti Tun Hussein Malaysia Melaka
Onn Malaysia Onn Malaysia
NUHA AMIRAH BINTI NUR AQIELA SHAHIRA NURUL QURRAISYIA QUINN ROZEZALLIA SITI NOORAIN BINTI
MOHAMMAD BINTI MOHD BINTI ZULKAFLI DENSON HUSSIN
TAHYUDDIN
Ijazah Sarjana Muda Ijazah Sarjana Muda Ijazah Sarjana Muda Ijazah Sarjana Muda
Pendidikan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Vokasional Pendidikan Dengan Pendidikan Vokasional
Pendidikan Vokasional (Elektrik & Elektronik) Kepujian (Fizikal dan (Elektrik & Elektronik)
(Pendidikan Islam) (Elektrik & Elektronik)
Dengan Kepujian Dengan Kepujian, Kesihatan) Dengan Kepujian
Universiti Pendidikan Dengan Kepujian Universiti Tun Hussein Universiti Teknologi Universiti Tun Hussein
Universiti Tun Hussein
Sultan Idris Onn Malaysia MARA Onn Malaysia
Onn Malaysia
7
BULETIN KOLEJ VOKASIONAL MIRI TAHUN 2022 EDISI 1
KONVOKESYEN KOLEJ VOKASIONAL MIRI
KALI KE-6
Majlis Konvokesyen Kolej Vokasional KPM kali Ke–6 Kolej Vokasional Miri berlangsung pada hari 19 Februari 2022, hari
Sabtu, bermula pada jam 8 pagi di Eastwood Valley Golf and Country Club Miri. Graduan hadir seawal pada jam 7.30 pagi untuk
sesi pendaftaran di kaunter pendaftaran program masing-masing sebelum mereka mengambil tempat di dalam dewan
konvokesyen. Majlis Konvokesyen dimulakan dengan perarakan masuk oleh pihak pengurusan Kolej Vokasional Miri dan
tetamu kehormat VIP, YB Dr Ripin bin Lamat. Majlis diteruskan dengan sesi ucapan dan penyerahan skrol kepada graduan
mengikut program masing-masing. Majlis tersebut ditamatkan dengan sesi bergambar oleh para graduan dan pensyarah-
pensyarah yang hadir sebagai tanda kenangan.
Seterusnya, majlis penyampaian hadiah dan cenderahati turut diadakan di dalam Lakeview Café. Puan Pengarah
menyampaikan cenderahati kepada YB Dr.Ripin bin Lamat dan para VIP jemputan. Lima orang calon Anugerah Pelajar Terbaik
juga menerima hadiah dan sijil daripada YB Dr. Ripin yang diiringi oleh Puan Pengarah.
Perarakan masuk ke Majlis Konvokesyen Kali Ke-6 Kolej Vokasional Miri. Pengurusan Tertinggi Kolej Vokasional Miri dan VIP semasa Majlis
Konvokesyen Kali Ke-6 Kolej Vokasional Miri berlangsung
Penganugerahan sijil diploma kepada graduan Graduan yang hadir duduk di tempat yang disediakan
8
BULETIN KOLEJ VOKASIONAL MIRI TAHUN 2022 EDISI 1
ANUGERAH PELAJAR TERBAIK
CHAN KAH LEI NURFARAHNISA BINTI YUSSRI
Program Diploma Perakaunan Program Diploma Teknologi Elektronik
ZHAIRUL ZULHAZMI BIN ZAIDEL
Program Diploma Teknologi Elektronik
ALIF DANIAL BIN BAKRI MOHD AZIZUL HAFEEZ BIN SAPRI
Program Diploma Pemesinan Industri Program Diploma Teknologi Kimpalan
9
BULETIN KOLEJ VOKASIONAL MIRI TAHUN 2022 EDISI 1
AKTIVITI KOLEJ VOKASIONAL MIRI
JANUARI – JUN
PEMBUKAAN SEMULA KOLEJ VOKASIONAL MIRI
9 JANUARI 2022
Pembukaan semula Kolej Vokasional Miri bagi pelajar Tahun 1 SVM
(Semester 2) berlaku pada 9 Januari 2022 dengan pengambilan suhu
pelajar serta pemeriksaan COVID-19 di kawasan khemah yang telah
disediakan seawal jam 9 pagi sebelum pendaftaran pelajar bermula. Setiap
koordinator program membantu pelajar melakukan pemeriksaan kendiri
COVID-19 dan mencatat keputusan pemeriksaan kendiri pelajar sebagai
rekod. Setelah pemeriksaan kendiri selesai, para pelajar dan barangan
mereka terus dibawa ke asrama secara berperingkat dengan menaiki
kenderaan yang disediakan. Seramai 175 orang pelajar lelaki dan 74 orang
pelajar perempuan berasrama penuh telah mendaftar. Keseluruhan
pelajar yang mendaftar adalah seramai 249 orang pelajar.
Pemeriksaan kendiri Covid-19 dan pemeriksaan suhu pelajar sebelum pendaftaran.
PROGRAM GURU PENYAYANG
9 JANUARI 2022
Program Guru Penyayang merupakan satu program di bawah
Kementerian Pendidikan Malaysia yang bertujuan untuk memupuk kasih
sayang antara guru dan pelajar. Antara salah satu program adalah dengan
mengalu-alukan pelajar di hadapan pagar sekolah. Guru menyambut
kehadiran pelajar dengan penuh rasa sayang dan membuatkan pelajar
lebih bersemangat untuk memulakan hari pembelajaran di Kolej. Pelajar
juga telah diberikan cenderamata ringkas sebagai simbolik antara kasih
sayang guru dan pelajar.
Jalinan mesra antara guru dan pelajar dalam
pengagihan pelitup muka.
10
BULETIN KOLEJ VOKASIONAL MIRI TAHUN 2022 EDISI 1
PELANCARAN SPK KV MIRI TAHUN 2022 Majlis tandatangan kain rentang pelancaran SPK KV Miri di
19 JANUARI 2022
Dewan Permata KV Miri.
Penubuhan SPK KV Miri adalah sejajar dengan kehendak
BPLTV dalam mematuhi proses akreditasi program melalui
pengiktirafan MQA dan MBOT. Pelancaran SPK KV Miri dijalankan
sebagai tanda komitmen pihak pengurusan KVKPM untuk
melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti Kolej Vokasional.
Aktiviti ini dijalankan secara ringkas sesuai dengan
keadaan menghadapi pendemik COVID-19. Semasa pelancaran
dijalankan, penyelaras memaklumkan bahawa link baharu SPK KV
Miri telah diwar-warkan di dalam Mesyuarat JK Pengurusan
Akademik 1/2022 pada 14 Jan 2021
TAKLIMAT ON-THE JOB TRAINING 2022/1
19 JANUARI 2022
Encik Abu Sehran bin Manan selaku Ketua Unit Perhubungan dan Latihan telah menyampaikan taklimat OJT kepada para
pelajar Program Diploma Tahun 2. Setiap pelajar Kolej Vokasional perlulah menjalani latihan industri dalam satu tempoh yang
ditetapkan iaitu selama 5 bulan untuk pelajar DKB dan DBE serta 6 bulan bagi pelajar program yang lain. Latihan industri ini juga
merupakan salah satu syarat yang diwajibkan terhadap setiap pelajar sebelum dianugerahkan sijil atau diploma daripada Kolej
Vokasional Kementerian Pendidikan Negeri untuk memperkasakan pelajar kolej dalam persediaan alam pekerjaan pada masa
hadapan.
Selepas berakhirnya taklimat OJT daripada KUPLI, Penyelaras CIDB iaitu Encik Aznil mengambil kesempatan untuk
menerangkan tentang CIDB yang bakal dilakukan oleh pelajar sebelum menjalankan OJT. KU UPSK (Encik Hafizi) turut memberi
taklimat kepada pelajar di bawah tajuk Persediaan Soft Skill On the Job Training. Pendekatan ini lebih kepada memberi kata-
kata motivasi kepada pelajar untuk bersedia dari semua aspek IREJ agar mereka bersedia semasa membuat OJT.
Puan Elvira memberi kata-kata aluan untuk memulakan sesi taklimat OJT Encik Aznil menerangkan tentang CIDB kepada pelajar.
kepada pelajar.
11
BULETIN KOLEJ VOKASIONAL MIRI TAHUN 2022 EDISI 1
MAJLIS MENANDATANGANI NOTA KERJASAMA ANTARA KOLEJ VOKASIONAL MIRI DENGAN INDUSTRI
1 JANUARI - 28 FEBRUARI 2022
Majlis menandatangani Nota Kerjasama antara Kolej Vokasional Miri, Sarawak dengan industri telah diadakan pada
bulan Januari dan Febuari tahun 2022. Majlis ini merupakan anjuran Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI) di bawah
Unit MOU/NOU KV Miri.
Pada majlis ini, Nota Kerjasama ini telah ditandatangani oleh Puan Pengarah KV Miri, Puan Sherene Choo Siak Lan
bersama Pengurus Syarikat dari industri. Program-program yang terlibat dalam Nota Kerjasama ini ialah Program Teknologi
Automotif, Teknologi Pemesinan Industri, Teknologi Kimpalan, Teknologi Maklumat, Perakaunan dan Pelancongan. Majlis ini
turut dihadiri oleh Encik Sahibi Bin Salleh (Timbalan Pengarah Akademik), Timbalan Pengarah Sokongan Akademik (Puan
Kurniawati Binti Ilias), Ketua Jaminan Kualiti (Encik Thomas Undum), Encik Voon Kin Sing (Ketua Jabatan Perniagaan), Encik
Ahmad Zaidi Bin Bujang (Ketua Jabatan Teknologi Mekanikal dan Pembuatan), Ketua-ketua Program dan pensyarah-pensyarah
yang terlibat dalam Nota Kerjasama ini.
Kedua-dua pihak berharap agar jalinan kerjasama ini dapat memberikan manfaat terutamanya dalam membangunkan
institusi pendidikan dalam membentuk insan yang berkemahiran untuk memenuhi keperluan pasaran kerja berorientasikan
penguasaan kemahiran yang seiring dengan keperluan kehendak sebenar industri, IR4.0. Selain itu, pihak industri juga dapat
menyediakan latihan kepada para pensyarah KV Miri dan juga menjadi tempat latihan industri (OJT) untuk para pelajar KV Miri.
Majlis Menandatangani Nota Kerjasama antara KV Miri dan Fun Borneo Sesi Menandatangani Nota Kerjasama disaksikan oleh wakil dari KV Miri
Sdn Bhd dan Eagar Group
Sesi Menandatangani Nota Kerjasama disaksikan oleh wakil dari KV Miri Majlis Menandatangani Nota Kerjasama antara Pengarah KV Miri
dan Eagar Group
12
BULETIN KOLEJ VOKASIONAL MIRI TAHUN 2022 EDISI 1
MESYUARAT PELAKSANAAN DAN BENGKEL Taklimat oleh Ketua Pegawai Semakan Dalaman iaitu Puan Linda
PENGENDALIAN SEMAKAN DALAMAN SPK KV MIRI Tiong Ming Ming
16 FEBRUARI 2022
Program berjalan dengan lancar dengan kehadiran
semua pegawai semakan dalaman. KPSD menjelaskan tentang
pengendalian semakan dalaman secara adil dan
bertanggungjawab. KPSD juga menerangkan contoh pengisian
borang-borang yang berkaitan. Bengkel ini bertujuan untuk
memastikan semua prosedur yang terlibat dalam Sistem
Pengurusan Kualiti disemak sebagaimana yang dirancang bagi
mengesahkan Sistem Pengurusan Kualiti tersebut berfungsi
dengan berkesan serta tindakan penambahbaikan dan
peningkatan kualiti yang berterusan dapat dibuat di kolej
vokasional.
Ahli yang hadir semasa taklimat dijalankan. TAKLIMAT PENATARAAN FORMAT BAHARU
Sesi taklimat dan soal jawab. PENILAIAN AKHIR (PA) DAN PENTAKSIRAN
BERTERUSAN (PB) BAGI MATA PELAJARAN
VOKASIONAL PERINGKAT PROGAM TEKNOLOGI
PEMESINAN INDUSTRI KV MIRI
28 FEBRUARI 2022
Taklimat ini dijalankan sebagai kesinambungan kepada
Mesyuarat Penataraan Format Baharu Penilaian Akhir (PA)
Dan Pentaksiran Berterusan (PB) Bagi Mata Pelajaran
Vokasional yang berlangsung di Kolej Vokasional Bintulu.
Mesyuarat ini dihadiri oleh Cik Rathna Pohie Anak
Rangka selaku wakil Program Teknologi Pemesinan Industri.
Taklimat peringkat program dijalankan bagi menyampaikan
hasil dapatan mesyuarat tersebut bagi memastikan kesemua
ahli program mendapat maklumat terkini berkenaan
pelaksanaan Penilaian Akhir dan Pentaksiran Berterusan
daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia. Sesi soal jawab juga
dijalankan bagi memastikan kesemua pensyarah faham
dengan pelaksanaan yang akan dijalankan,
Pada akhir taklimat dijalankan, kesemua ahli program
terlibat faham dan jelas tentang penataraan tersebut.
13
BULETIN KOLEJ VOKASIONAL MIRI TAHUN 2022 EDISI 1
TAKLIMAT PENDEDAHAN OBE KEPADA Penceramah Cik Nur Zalika Binti Sharifuddin, pensyarah program
PENSYARAH BAHARU KV MIRI perakaunan
3 MAC 2022
Taklimat ini memberikan pengenalan OBE kepada
pensyarah baharu di mana penerangan yang lebih
terperinci kepada pengoperasian OBE secara menyeluruh
dan juga tentang Perancangan Kursus serta Silibus
kepada peserta.
Konsep OBE berfokus kepada hasil pelaksanaan
sesuatu program yang ditawarkan di kolej. Hal ini
bertujuan bagi melahirkan graduan yang lebih kompetitif,
kompeten dan mempunyai kebolehpasaran yang tinggi.
Sesi soal jawab bersama penceramah.
TAKLIMAT EKSA DAN OSH KV MIRI BERSAMA
PENSYARAH BAHARU TAHUN 2022
4 MAC 2022
Taklimat ini memberi pendedahan tentang pelaksanaan
EKSA dan OSH KV Miri kepada pensyarah yang melapor diri pada
1 Mac 2022. Seramai 11 orang pensyarah baharu telah terlibat
dengan taklimat EKSA dan OSH KV Miri secara bersemuka dan
atas talian.
Lawatan pensyarah baharu ke kawasan persekitaran kolej.
Sesi soal jawab bersama penceramah.
Kehadiran peserta di bilik mesyuarat dan atas talian.
14
BULETIN KOLEJ VOKASIONAL MIRI TAHUN 2022 EDISI 1
Sesi bicara dijalankan secara atas talian.
BICARA ALUMNI PELANCONGAN KOHORT 2017
“HALA TUJU SELEPAS GRADUASI”
4 MAC 2022
Program bicara alumni ini dilaksanakan agar dapat dijadikan sebagai rujukan kepada pelajar diploma tahun 2 dalam memberi
pendedahan berkenaan laluan kerjayadan pengalaman alumnidalamindustripelancongan selepasmerekatamatbergraduasi.Pelaksanaan programini
merupakan salah satu medium yang baik kepada pelajar sebagai satu pendedahan berterusan dan pengetahuan kepada para
pelajar Diploma Pengurusan Pelancongan Tahun 2 bagi persediaan mereka untuk memulakan On Job Training pada semester 5
yang akan datang. Selain itu, program ini juga mendedahkan situasi sebenar pekerjaan dan perjalanan alumni untuk kekal dalam
bidang dan kejayaan mereka setelah hampir 5 tahun berjuang di dalam industri. Diharapkan dengan pelaksanaan program
seperti ini, pelajar-pelajar dapat menilai dan menyusun perjalanan laluan kerjaya mereka setelah bergraduasi kelak.
PEMBENTANGAN PROJEK TAHUN AKHIR PELAJAR DIPLOMA Pelajar membentang hasil projek secara atas talian.
TEKNOLOGI ELEKTRIK KOLEJ VOKASIONAL MIRI BERSAMA
PIHAK INDUSTRI (TAC PROGRAM)
11 MAC 2022
Pembentangan Projek Tahun Akhir pelajar Diploma Tahun 2
Teknologi Elektrik dilaksanakan secara atas talian menggunakan platform
Google Meet. Para pelajar dinilai oleh panel-panel penilai yang melibatkan
seorang TAC Program Teknologi Elektrik KV Miri, Encik Hamzah Bin Man
dari Kejuruteraan A.U.M Sdn Bhd dan tiga orang pensyarah baru program
iaitu Encik Alfariq, Cik Nurul Qurraisyia dan Cik Siti Noorain.
Setiap kumpulan diberikan masa 15 minit untuk pembentangan
hasil projek masing-masing dan sesi soal jawab bersama panel.
Pembentangan projek pelajar melibatkan komponen-komponen
pengenalan, persembahan teknikal, kesimpulan dan analisis projek serta
demonstrasi projek. Pelajar dinilai berdasarkan rubrik & skema
permarkahan yang telah disediakan dalam Garis Panduan PTA. Sesi
pembentangan & soal jawab telah tamat pada pukul 11.40 pagi.
15
BULETIN KOLEJ VOKASIONAL MIRI TAHUN 2022 EDISI 1
SESI PERKONGSIAN GURU: PENULISAN KAJIAN E-poster hebahan Sesi Perkongsian Guru: Penulisan Kajian Tindakan KV Miri
TINDAKAN KV MIRI Sesi perkongsian sedang berlangsung.
31 MAC 2022
Jemputan program telah diwar-warkan kepada
warga Kolej Vokasional Miri pada 26 Mac 2020. Berdasarkan
pendaftaran awal peserta, rata-rata peserta berharap
bengkel ini akan memberi idea untuk menjalankan kajian
tindakan seterusnya membantu peserta menjalankan kajian
tindakan.
Program dijalankan dengan lancar dengan kehadiran
74 orang peserta. Peserta didedahkan dengan kepentingan
kajian tindakan dalam meningkatkan pencapaian keputusan
pelajar dalam Pentaksiran Berterusan mahupun Penilaian
Akhir. Encik Azri Bin Said selaku penceramah juga berkongsi
template kajian tindakan dan berkongsi kertas kajian beliau
sendiri untuk memudahkan peserta memulakan kajian
tindakan.
TAKLIMAT ON-THE JOB TRAINING 2 SESI 2022 & MAJLIS RESTU ILMU
31 MAC 2022
Setiap pelajar diploma Kolej Vokasional wajib menjalani Latihan Industri (On the Job Training) dalam satu tempoh yang
ditetapkan iaitu selama 5 - 6 bulan di tempat OJT masing-masing.
Objektif taklimat ini adalah untuk berkongsi maklumat dan pengalaman kepada pelajar tentang alam pekerjaan yang
sebenar. Tujuan OJT juga memberi peluang kepada pelajar untuk mempraktikkan segala teori dan amali yang telah dipelajari
di kolej serta dapat mempelajari kemahiran baru semasa menjalankan OJT. Selain itu, mereka juga dapat menanam sifat
amanah, tanggungjawab dan keyakinan diri di alam pekerjaan.
Selepas berakhirnya taklimat OJT, Majlis Restu Ilmu disambungkan oleh KU UPSK (Encik Hafizi) kepada pelajar dengan
kehadiran pihak pengurusan, iaitu Puan Pengarah, TPA, TPSA dan KJK serta Koordinator Program untuk menyempurnakan
majlis tersebut.
16
BULETIN KOLEJ VOKASIONAL MIRI TAHUN 2022 EDISI 1
Enrolmen Pelajar Tahun 1
Semester 1
Tahun 2022
26 28 30 28 30
23
20
BAK ETE HPC KSK MPI MTA MTK
PENDAFTARAN PELAJAR SVM TAHUN 1/2022
7 APRIL 2022
Terdapat 7 program ditawarkan pada tahun 2022, iaitu Program Perakaunan, Program Teknologi Elektrik, Program
Pelancongan, Program Teknologi Pemesinan Industri, Program Teknologi Automatik dan Program Teknologi Kimpalan. Sebelum
Sesi Pendaftaran Kemasukan Pelajar Baharu dijalankan, peralatan keperluan serta tempat untuk pendaftaran disediakan untuk
memudahkan urusan pendaftaran. 2 buah kanopi disediakan untuk mengambil kehadiran dan lokasi ujian saringan kendiri
COVID-19 untuk pelajar yang ditawarkan asrama. Manakala dewan makan merupakan lokasi pusat untuk pendaftaran program
serta pembayaran barangan koperasi.
Selepas proses pendaftaran selesai, pelajar harian dibenarkan balik manakala pelajar asrama terus dibenarkan membuat
pengurusan kendiri di asrama dibantu oleh kapten-kapten kolej kediaman. Sesi pendaftaran tamat pada pukul 12.30 tengah hari.
Amanat Ketua Warden Asrama – En. Mohd. Firdaus. PROGRAM SERASI BERSAMA PELAJAR TAHUN 1 KOLEJ
KEDIAMAN KV MIRI
9 APRIL 2022
Program Serasi Bersama Pelajar Tahun 1 Kediaman Asrama KV
Miri merupakan satu program yang berfokuskan kepada pelajar yang
tinggal di asrama. Objektif utama adalah untuk memberi pengetahuan
dan pendedahan kepada pelajar asrama tentang perkara berkaitan
asrama. Pihak warden dengan kerjasama Unit Psikologi dan Kerjaya telah
menyampaikan taklimat berkenaan peraturan asrama, pengurusan diri
di asrama, pengurusan stres dan cara mencegah kes buli. Aktiviti ice
breaking dan enegyzer turut dilaksanakan pada awal program bagi
menarik minat pelajar.
Slot Pengurusan Diri yang disampaikan oleh Cik Siti Nur 17
Fajrina Binti Karim
BULETIN KOLEJ VOKASIONAL MIRI TAHUN 2022 EDISI 1
PROGRAM CALL FOR ACTION (UUM) Sesi perkongsian daripada pelajar UUM.
9 APRIL 2022
Aktiviti “CALL FOR ACTION” ialah program yang
dianjurkan oleh Jabatan Perakaunan Universiti Utara Malaysia
untuk berkongsi ilmu dan pengalaman kepada pelajar lepasan
diploma tentang hala tuju selepas tamat sesi pengajian. Program
ini bukan saja mendedahkan kepada pelajar berkenaan
permintaan pasaran tentang perisian perakaunan yang terkini
malah juga pendedahan berkenaan laluan kerjaya yang boleh
ditembusi selepas pengajian kelak.
Tun Haji Razali berkongsi pengalamannya dalam bidang perakaunan. Encik Muhammad Izzlan Shah bin Mohd Nor memberi motivasi kepada
para pelajar.
PROGRAM SIMULASI PEREKODAN AKAUN PERABOT BEKAL SDN BHD SKM TAHAP 3
9 MEI 2022
Pada permulaan program, Penceramah, Tuan Haji Razali berkongsi pengalaman kerjanya dalam bidang perakaunan.
Beliau seorang Juruaudit Bertauliah, Akauntan, Perunding Percukaian dan Perniagaan di Razali Abd Karim & Co (AF 1156). Beliau
juga merupakan panel TAC perakaunan bagi Kolej Vokasional Malaysia di bawah BPLTV.
Tuan Haji Razali menggalakkan para pelajar perakaunan membuat simulasi perakaunan Perabot Bekal dalam satu kitaran
yang lengkap supaya memperkukuh kemahiran perekodan perakaunan. Sebelum program tamat, pembantu Tuan Haji Razali,
iaitu Encik Muhammad Izzlan Shah bin Mohd Nor, sebagai bekas pelajar perakaunan KV, memberikan motivasi kepada para
pelajar supaya pelajar mempunyai keyakinan untuk melengkapkan perekodan simulasi perakaunan Perabot Bekal.
Sesi bergambar selepas kursus
18
BULETIN KOLEJ VOKASIONAL MIRI TAHUN 2022 EDISI 1
‘E-LEARNING MATH USING KAHOOT GAMES’ Sesi taklimat.
23 MEI 2022
Seramai 25 orang peserta telah menyertai pertandingan
peringkat kebangsaan ini. Pertandingan ini melibatkan 3 buah
Kolej Vokasional dari seluruh Malaysia, iaitu KV Keningau
mewakili Sabah, KV Teluk Intan mewakili semenangjung
Malaysia dan KV Miri mewakili Sarawak. Pertandingan tiga
penjuru ini menobatkan KV Miri ditangga yang ketiga. Semua
peserta bersetuju bahawa pertandingan ini memberi manfaat
dari segi pendedahan pembelajaran yang menarik menerusi
aplikasi KAHOOT. Selain itu, pelajar setuju bahawa
pertandingan ini memberi semangat saing yang sihat di
samping mempraktikkan apa yang telah dipelajari sepanjang
semester 4.
Peserta bertungkus lumus untuk menjawab soalan dalam masa yang singkat.
Ts. Mellvyne menerangkan kesalahan pada laporan HIRARC yang telah BENGKEL PEMBINAAN HIRARC PROGRAM
disediakan ELEKTRONIK & PROGRAM TEKNOLOGI
MAKLUMAT
15 & 16 JUN 2022
Bengkel ini dilaksanakan bagi menunaikan
kewajipan am majikan di bawah Akta Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514), di mana majikan
perlu menyediakan tempat kerja yang selamat untuk
pekerjanya dan orang lain yang berkenaan.
Ekoran daripada itu, Ts. Mellvyne Sigo selaku
mentor kepada bengkel HIRARC ini melaksanakan
pementoran dan pengisian borang risiko dengan betul
dan pengkelasan aktiviti yang boleh mendatangkan
bahaya.
Pensyarah menerang kepada Ts.Mellvyne tentang proses kerja Pneumatik kit
19
BULETIN KOLEJ VOKASIONAL MIRI TAHUN 2022 EDISI 1
PENILAIAN AKHIR PELATIH AMBILAN 2020 UNTUK PROGRAM SINGLE TIER BAGI
PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA DI KOLEJ VOKASIONAL MIRI
27 - 29 JUN 2022
160 orang pelajar yang terdiri daripada 8 program KV Miri terlibat dalam penilaian akhir ini, iaitu Program Teknologi
Pemesinan Industri, Program Teknologi Automotif, Program Teknologi Kimpalan, Progam Teknologi Elektrik, Program Teknologi
Elektronik, Program Teknologi Sistem Komputer dan Rangkaian, Program Pelancongan dan Program Perakaunan. Sebelum
penilaian akhir ini, mereka perlu memenuhi syarat -syarat Pensijilan Kemahiran Malaysia seperti berikut:
1. Komponen Kerja Kursus (PB) dan Competency Unit (CU) dipenuhi.
2. Portfolio Calon yang telah dikemaskini.
3. Penilaian Akhir Dalaman Tahap 2.
4. Penilaian Core Abilities Tahap 1 hingga 3.
Semua pelajar yang terlibat dalam penilaian akhir ini telah lulus dan layak mendapat Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pelajar.
Sesi bergambar dengan PPL.
Semakan fail pelajar dilakukan oleh PPL.
Penilaian amali dijalankan2d0i bengkel masing-masing.
BULETIN KOLEJ VOKASIONAL MIRI TAHUN 2022 EDISI 1
JAWATANKUASA PENYELARASAN LAPORAN & DOKUMENTASI
Penasihat : Puan Choo Siak Lan
Pengerusi : Encik Thomas anak Undum
Penyelaras : Puan Lee Mei Hwa
Setiausaha : Cik Abigail Tunga anak John Masion
Ahli-ahli
Encik Azmil Azmi bin Amirudin
Puan Kiung Siew Ping
Encik Mohamad Zahid bin Mohamad Raezi
Encik Muhd Danial Ashraf Abdullah
Cik Nur Afilia binti Mohammad Irwan
Puan Pula anak Anggat
“Syabas dan tahniah kepada Unit Laporan dan Dokumentasi atas berkat usaha dan
perkhidmatan yang tidak mengenal erti jemu bagi menyiapkan wadah yang cukup
bermakna bagi warga KV. Ucapan setinggi-tinggi penghormatan dan terima kasih
kepada seluruh warga KV dalam memberi kerjasama yang sepenuhnya terhadap Unit
Laporan dan Dokumentasi bagi menjayakan penerbitan Buletin Edisi 1/2022. Tanpa
kesungguhan dan komitmen yang tinggi sudah tentu usaha murni ini tidak dapat
disempurnakan seperti yang dirancang. Semoga penerbitan Buletin ini akan dijadikan
salah satu wadah dalam menyampaikan maklumat kepada seluruh warga KV dari
semasa ke semasa.”
21