The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

CabaranPengintegrasianPendidikanSTEMdalamKurikulumMalaysia

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by snsat97, 2024-06-15 13:22:08

CabaranPengintegrasianPendidikanSTEMdalamKurikulumMalaysia

CabaranPengintegrasianPendidikanSTEMdalamKurikulumMalaysia

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.net/publication/335909086 Cabaran Pengintegrasian Pendidikan STEM Dalam Kurikulum Malaysia Conference Paper · September 2019 CITATIONS 5 READS 49,206 1 author: Amelia Adam Universiti Kebangsaan Malaysia 4 PUBLICATIONS   6 CITATIONS    SEE PROFILE All content following this page was uploaded by Amelia Adam on 19 September 2019. The user has requested enhancement of the downloaded file.


Seminar Wacana Pendidikan 2019(SWAPEN 2.0) ISSN: XXXX-XXXX Cabaran Pengintegrasian Pendidikan STEM Dalam Kurikulum Malaysia Nur Amelia bt Adam [email protected] Universiti Kebangsaan Malaysia Lilia bt Halim [email protected] Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK Pendidikan STEM ialah pendidikan yang bertunjangkan pengintegrasian empat bidang iaitu Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik. Pendidikan STEM ini merupakan salah satu agenda yang ditekankan dalam pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Beberapa dasar yang dilihat menyokong agenda ini ialah Dasar 60% Sains : 40% sastera (Dasar 60:40), Wawasan 2020, PPPM 2013-2025 dan Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN), selain pengoperasian Pusat STEM Negara yang bermula sejak Mei lalu. Mata pelajaran yang terangkum dalam bidang STEM ini adalah seperti Sains, Fizik, Matematik, Kimia, Biologi, Sains Komputer dan Reka Bentuk dan Teknologi. STEM dalam konteks pembelajaran dan pemudahcaraan merangkumi tiga aspek utama iaitu bidang pembelajaran (di sekolah dan di peringkat tertiari), pakej mata pelajaran (berdasarkan kombinasi mata pelajaran pengkhususan STEM) dan pendekatan pengajaran (pengaplikasian pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk menyelesaikan masalah). Kertas konsep ini akan menjurus terhadap kekangan yang wujud ke arah pengaplikasian pendidikan STEM dalam kurikulum di Malaysia, berasaskan kajian-kajian lepas dan lawatan. Kekangan-kekangan ini termasuklah kekurangan dedahan dalam bidang kejuruteraan kepada guru Sains dan Matematik, kandungan pengajaran yang bersifat implisit (tersirat) dan kesesuaian pengintegrasian pendidikan STEM berdasarkan topik-topik dalam sukatan pembelajaran. Beberapa inisiatif yang dicadangkan untuk mengatasi cabaran ini ialah penganjuran latihan professional untuk guru-guru mata pelajaran STEM, pemilihan Guru Cemerlang sebagai ‘Ikon STEM’ di sekolah serta pemantapan elemen kejuruteraan dalam proses pembelajaran dan pemudahcaraan. Kata kunci: {Pendidikan STEM; Sains; Teknologi; Kejuruteraan; Matematik; Kurikulum}


Seminar Wacana Pendidikan 2019(SWAPEN 2.0) ISSN: XXXX-XXXX PENGENALAN Pendidikan STEM ialah pendidikan yang bertunjangkan pengintegrasian empat bidang iaitu Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik. Dalam konteks negara Malaysia, Pendidikan STEM ini merupakan salah satu agenda yang ditekankan dalam pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang berusaha untuk meningkatkan sumber tenaga yang mahir serta pakar dalam bidang penyelidikan dan industri, maka, salah satu inisiatif yang dilakukan ialah pengukuhan Pendidikan STEM di negara kita. Beberapa dasar yang dilihat menyokong hasrat murni ini ialah Dasar 60% Sains : 40% Sastera (Dasar 60:40), Wawasan 2020, PPPM 2013-2025 serta Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN), selain pengoperasian Pusat STEM Negara yang bermula sejak Mei 2018. STEM merupakan akronim untuk ‘Sains’, ‘Teknologi’, ‘Kejuruteraan’ (Engineering) dan ‘Matematik’. Mata pelajaran yang terangkum dalam bidang STEM ini adalah seperti Sains, Fizik, Matematik, Kimia, Biologi, Asas Sains Komputer (ASK) dan Reka Bentuk dan Teknologi (RBT). STEM dalam konteks pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) mencakupi tiga aspek utama iaitu bidang pembelajaran (di sekolah dan di peringkat tertiari), pakej mata pelajaran (berdasarkan kombinasi mata pelajaran pengkhususan STEM) dan pendekatan PdPc (pengaplikasian pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk menyelesaikan masalah). Pendidikan literasi STEM diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2014, sejajar dengan keperluan pada era ini yang membolehkan lonjakan pengetahuan berlaku dengan sangat pantas. Becker & Park (2011) menyatakan, Pendidikan STEM ialah satu penerokaan yang berlaku dalam proses pengajaran dan pembelajaran, melibatkan mana-mana dua komponen STEM atau lebih. Satu komponen STEM juga boleh dipelajari dengan disiplin ilmu yang lain. Pengintegrasian Pendidikan STEM dalam PdPc kini menjadi tumpuan KPM melalui latihan serta kursus kepada guru-guru dan kolaborasi bersama universiti-universiti. PPPM 2013-2025 memberikan penekanan terhadap perapatan jurang antara mata pelajaran-mata pelajaran yang diajar di sekolah (Amimah Mohamad Ayub 2018). Pendidikan multidisiplin juga diberikan saranan dalam pelan ini supaya kualiti pendidikan dapat ditingkatkan, di samping mengatasi cabaran-cabaran yang wujud dalam sistem pendidikan Malaysia secara keseluruhan. Justeru, Pendidikan STEM ini merupakan salah satu perancangan untuk menggalakkan pembabitan guru serta pelajar khasnya dalam dua bidang atau lebih, menerusi proses PdPc, pembelajaran berasaskan projek dan pembelajaran kolaboratif. TUJUAN KERTAS KONSEP Sistem pendidikan di Malaysia telah mengalami pelbagai transformasi sejajar dengan perubahan zaman. Pendidikan Sains kekal menjadi prioriti di negara membangun ini, bersesuaian dengan kemajuan yang ingin dicapai dalam Wawasan 2020 menuntut kita untuk menggiatkan aktiviti penyelidikan. Menyedari bahawa elemen Sains yang sebelumnya berdiri secara tunggal perlu disokong oleh elemen-elemen lain supaya menjadi relevan pada masa ini, Pendidikan STEM kini semakin mendapat perhatian oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), universitiuniversiti awam dan pihak swasta. Pengintegrasian Pendidikan STEM dalam kurikulum


Seminar Wacana Pendidikan 2019(SWAPEN 2.0) ISSN: XXXX-XXXX memerlukan latihan dan penyesuaian secara konsisten, maka, kertas konsep ini bertujuan untuk mengetahui cabaran-cabaran yang wujud ke arah pengintegrasian tersebut. Umumnya, masyarakat mengetahui bidang-bidang yang terkandung dalam STEM, namun kurang sedar tentang maksud pengintegrasian yang bermakna antara bidang tersebut, terutamanya dalam proses PdPc. Pendidikan STEM di Malaysia kini berada di fasa Gelombang Kedua (2016-2020). Kurang setahun dari sekarang, kempen dan kerjasama yang berterusan dengan agensi-agensi berkaitan perlu dilaksanakan bagi memenuhi tuntutan gelombang ini iaitu memupuk kesedaran masyarakat tentang STEM. Tidak dinafikan, sekolah merupakan institusi pendidikan yang menjadi cabaran untuk menyemarakkan pembudayaan Pendidikan STEM. Hal ini demikian kerana mata pelajaranmata pelajaran yang dicakupi oleh STEM ini masih diajar secara berasingan, malah guru-guru juga perlu memberi komitmen terhadap medium pengujian iaitu peperiksaan. STEM di Malaysia mempunyai matlamat yang jauh terkehadapan iaitu menyediakan pelajar untuk menghadapi cabaran dan mampu berdaya saing di peringkat global (KPM 2015). Justeru, adalah wajar untuk mengintegrasikan beberapa mata pelajaran iaitu Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik supaya menjadi bidang pendidikan yang lebih relevan untuk diajar di peringlat sekolah (Sneidman 2013). Pengintegrasian ini akan memupuk kefahaman, kreativiti dan daya inovasi yang tidak mungkin dicapai dengan mengajar kandungan dari satu subjek sahaja. Pendidikan STEM di Malaysia : Satu Sorotan Kronologi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah memberi penekanan terhadap Pendidikan STEM sebagai satu agenda yang penting dalam transformasi pendidikan negara. Menerusi PPPM ini, pelaksanaan Pendidikan STEM dirangka dalam tiga fasa (KPM 2015) : i. Gelombang 1 (2013-2015) : Mengukuhkan kualiti pendidikan STEM dengan peneguhan kurikulum, penyediaan latihan kepada guru dan penggunaan model pembelajaran multimod. ii. Gelombang 2 (2016-2020) : Melaksanakan kempen dan kerjasama dengan agensi berkaitan untuk memupuk minat serta kesedaran masyarakat terhadap STEM. iii. Gelombang 3 (2021-2025) : Anjakan STEM ke tahap yang cemerlang melalui peningkatan fleksibiliti operasi. STEM dalam Konteks Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) Pendidikan STEM di Malaysia belum memiliki satu kurikulum rasmi, namun tetap ditekankan sebagai pendekatan yang penting untuk dilaksanakan dalam PdPc kini. Keperluan untuk mewujudkan satu kurikulum STEM sememangnya telah dibangkitkan (Bunyamin 2015), namun ketidaktentuan polisi telah mengalihkan fokus itu supaya kurikulum sedia ada diperbaiki, selain memastikan pentaksiran bagi mata pelajaran Sains dan Matematik dilakukan dengan telus dan saksama. Hal ini bertitik tolak daripada prestasi menggerunkan yang dicapai Malaysia dalam Program for International Student Assessment (PISA) 2012. Berada di tangga ke-52 dengan capaian nilai skor Sains dan Matematik adalah di bawah nilai purata The Organization for Economic Cooperation and Development (OECD 2012) telah menimbulkan gesaan untuk memperbaiki kaedah pengajaran bagi kedua-dua mata pelajaran tersebut.


Seminar Wacana Pendidikan 2019(SWAPEN 2.0) ISSN: XXXX-XXXX Pengenalan dokumen PPPM 2013-2025 telah memberi nafas baru terhadap pendidikan Sains dan Matematik di Malaysia. Kaedah dan pendekatan pengajaran yang dipraktikkan telah dinilai semula agar kekal relevan dalam satu jangka masa selama 12 tahun seperti yang direncanakan dalam pelan ini. Kaedah seperti pembelajaran berpusatkan pelajar pada abad ke-21 ini membolehkan pelajar untuk melontarkan idea dan mencari penyelesaian terhadap satu-satu pemasalahan dengan bantuan oleh peranan guru sebagai pemudah cara. Bersesuaian dengan kaedah pembelajaran ini, pengintegrasian STEM dalam PdPc rasionalnya dapat melahirkan pelajar yang berdaya cipta serta mampu menghadapi pemasalahan yang kompleks untuk dileraikan. Elemen STEM dalam Kurikulum Kurikulum yang diguna pakai hari ini iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KSSR), Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) mengandungi tiga elemen STEM iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai. JADUAL 1. Elemen STEM dalam Kurikulum (adaptasi dan diubahsuai daripada Panduan Pelaksanaan STEM dalam Pengajaran dan Pembelajaran, Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM) Elemen STEM Huraian Pengetahuan Merangkumi idea, teori, prinsip dan konsep yang terkandung dalam semua mata pelajaran STEM. Pengetahuan dan perkembangan terkini dalam Pendidikan STEM disampaikan melalui aktiviti yang dikendalikan oleh guru di dalam dan di luar bilik darjah. Kemahiran Pendidikan STEM mementingkan pendekatan inkuiri untuk menjana kecekapan dan kemahiran murid untuk meneroka, membina penyelesaian masalah dan mereka bentuk. Kemahiran-kemahiran ini dicapai melalui tugasan dan projek dalam semua mata pelajaran STEM. Kemahiran STEM juga mencakupi kemahiran proses sains (Sains), kemahiran proses matematik (Matematik), kemahiran reka bentuk (Kejuruteraan ) dan kemahiran pemikiran komputasional (teknologi). Nilai Nilai STEM merujuk kepada akhlak dan sikap positif yang diterapkan semasa PdPc seperti berani mencuba, komited, konsisten, inovatif dan sistematik. Pelajarpelajar sentiasa disarankan untuk mengamalkan nilai dan etika seperti mematuhi peraturan keselamata makmal.


Seminar Wacana Pendidikan 2019(SWAPEN 2.0) ISSN: XXXX-XXXX PERBINCANGAN Keberkesanan pengintegrasian STEM dalam kurikulum disokong oleh beberapa faktor, antaranya ialah kualiti guru. Chang & Park (2014) melaporkan bahawa kualiti satu-satu proses pembelajaran sudah tentu mempunyai perkaitan dengan kualiti guru. Guru sebagai pelaksana polisi pendidikan perlu mendatangkan kepelbagaian dalam kaedah pengajarannya, dalam konteks kajian ini, guru Sains dan Matematik khasnya perlu memastikan kesepaduan antara bidang dalam STEM berlaku secara realistik, bukanlah bergantung kepada hafalan teori dan rumus semata-mata. • Elemen Kejuruteraan dalam Pendidikan STEM Telah diungkapkan bahawa pengintegrasian Pendidikan STEM dalam kurikulum memerlukan satu bidang pendidikan yang terhasil melalui gabungan mata pelajaran Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi. Sneideman (2013) berpandangan bahawa aspek praktikaliti dan realiti perlu diberikan penekanan dalam Pendidikan STEM supaya pelajar dapat mempelajari Sains dan Matematik dengan lebih bermakna. Elemen ‘Kejuruteraan’ (Engineering) dalam Pendidikan STEM mempunyai kepentingan yang tersendiri untuk menyokong keberkesanan pengajaran subjek Sains dan Matematik. Pendidikan STEM tidak berdiri sendiri dengan disiplin ilmu yang terasing antara satu dengan yang lain, sebaliknya saling melengkapi supaya pelajar memperoleh kefahaman idea atau konsep, yang kemudiannya direalisasikan melalui aktiviti seperti reka cipta. Elemen kejuruteraan memberi penekanan kepada pelajar untuk melihat dan berfikir tentang dunia sebenar (Lewis 2006). Lewis (2006) juga telah memberi gambaran dalam penulisannya bahawa kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah yang dalam proses reka bentuk kejuruteraan adalah selari dengan proses inkuiri saintifik. Sebagai contoh, pelajar yang telah didedahkan dengan konsep dan definisi tekanan dalam prinsip Paskal, diminta untuk menghasilkan aplikasi prinsip tersebut seperti membina ‘lif hidraulik mini’. Dalam konteks ini, pelajar telah memperoleh kefahaman dalam Sains (Fizik), di samping melakukan proses-proses dalam mereka cipta seperti merancang dan melukis struktur yang akan dibina, memilih bahan yang bersesuaian dan melakukan pengubahsuaian apabila mendapati struktur tersebut mempunyai kelemahan. Guru-guru Sains dan Matematik sewajarnya diberikan platform untuk menerima pendedahan yang konsisten tentang elemen kejuruteraan ini. Gurulah yang menjadi kunci keberkesanan pengintegrasian Pendidikan STEM dalam PdPc, maka, golongan ini perlu diberikan latihan untuk meningkatkan daya cipta dan kompentensi. Keperluan untuk menyediakan pelajar bagi menghadapi peperiksaan merupakan tugas utama guru-guru di sekolah. Guru-guru Sains dan Matematik mempunyai masa dan bahan yang terhad untuk mengintegrasikan Pendidikan STEM dalam PdPc secara bermakna, hal ini dinyatakan oleh Seyidu Eroglu (2016) melalui Titik Rahayu et al. (2018). Mereka memerlukan peruntukan masa yang lebih untuk menimbulkan rasa ingin tahu pelajar, memastikan kefahaman idea serta konsep yang betul sebelum melakukan aktiviti berasaskan projek seperti reka cipta. Kekangan ini bukanlah satu perkara yang janggal kerana kursus-kursus kejuruteraan tidak diperkenalkan di sekolah secara meluas berbanding di institusi pengajian tinggi, manakala guru pula mempunyai tanggungjawab yang hakiki untuk menyampaikan kandungan pengajaran mengikut sukatan dan tempoh masa yang ditetapkan. Dalam konteks ini, guru Sains memerlukan skil dan pengetahuan untuk membudayakan


Seminar Wacana Pendidikan 2019(SWAPEN 2.0) ISSN: XXXX-XXXX pengintegrasian elemen kejuruteraan dan teknologi dalam PdPc (Boettcher et al. 2005). Usaha melatih guru perlu dilakukan secara berterusan kerana proses tersebut bukanlah sesuatu yang mudah (Rockland et al. 2010). Latihan ringkas berjadual yang diberi kepada guru-guru subjek STEM secara konsisten adalah lebih baik berbanding latihan yang mendedahkan banyak pengetahuan baru tentang STEM dalam satu sesi sahaja. Penubuhan Pusat STEM Negara yang beroperasi sejak Mei 2018 dilihat sebagai satu inisiatif yang jitu untuk membantu guru-guru Sains dan Matematik bagi mengintegrasikan konsep reka bentuk dan teknologi ke dalam kedua-dua subjek tersebut. Lawatan penulis ke Pusat STEM Negara di Kementerian Pendidikan Malaysia memberikan serba sedikit maklumat tentang usaha-usaha pemerkasaan pendidikan STEM yang sedang rancak dilakukan oleh agensi tersebut. Bermula dengan Inquiry-Based Science Education (IBSE) atau Pembelajaran Sains secara Inkuiri pada tahun 2018, guru-guru dari seluruh Malaysia telah menjalani kursus dan latihan berkaitan aktivitiaktiviti STEM yang sesuai dilaksanakan di sekolah. Usaha ini diteruskan dengan Inquiry-Based Mathematics Education (IBME) pada tahun 2019. • Kandungan Pengajaran Yang Bersifat Implisit Pendekatan STEM dalam kurikulum tidak berlaku secara holistik apabila kandungan pengajaran disusun secara implisit (tersirat). Bunyamin dan Finley (2016) menyatakan bahawa topik-topik dalam mata pelajaran Fizik Tingkatan Empat berdiri dengan sendiri tanpa hubung kait antara satu konsep dengan konsep yang lain. Pengaplikasian satu konsep yang konkrit memerlukan kaedah yang lebih eksplisit (tersurat). Hal ini bagi membolehkan pelajar untuk menjalankan aktiviti berasaskan projek yang memerlukan gabungan pelbagai domain dalam STEM. Kurikulum Sains di Malaysia perlu disusun dengan memperlihatkan perhubungan antara idea, teori dan konsep yang pelbagai. Miliken dan Adams (2010) berpandangan bahawa literasi STEM merujuk terhadap kebolehan pelajar untuk mengenal pasti, mengaplikasi dan mengintegrasikan komponen dalam domain Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi ke arah mencapai kefahaman tentang sesuatu masalah dan berdaya cipta untuk menyelesaikannya. Hal ini sejajar dengan penekanan oleh sistem pendidikan negara terhadap keperluan abad ke-21 yang menuntut pelajar untuk berkemahiran secara teoretikal dan praktikal. Siew, Amir dan Chong (2015) dalam laporan mereka telah menyatakan keperluan untuk melakukan perubahan terhadap kurikulum Sains dan Matematik di negara ini supaya lebih berpaksikan STEM. Kurikulum Sains dan Matematik perlu diperhalusi semula untuk melihat apakah sebenarnya ada unsur-unsur STEM di dalamnya, ataupun hanya menekankan idea dan rumus untuk dihafal serta difahami bagi tujuan menjawab soalan peperiksaan. Sesungguhnya, Pendidikan STEM ini bermatlamatkan penjanaan modal insan yang bukan sahaja berintelektual, tetapi dapat menyumbang kepada negara dari segi tenaga kerja dan kepakaran. Kurikulum sedia ada akan terus menjadi rujukan bagi guru-guru Sains dan Matematik, namun perlu ditambah baik dengan memasukkan elemen Reka Bentuk Kejuruteraan supaya pendekatan Pendidikan STEM dapat dijalankan dengan berkesan. Selain itu, kurikulum Sains dan Matematik juga perlu memberi penekanan terhadap Penyiasatan Saintifik, Penaakulan dan Pemikiran Matematik serta Kemahiran Abad ke-21 (Bryan et al. 2016). Kurikulum yang berpaksikan STEM perlu diperkenalkan di peringkat prasekolah lagi untuk memupuk kesedaran awal terhadapnya. Mazlini et al. (2016) telah membuktikan bahawa modul STEM yang diguna pakai dalam kurikulum PERMATA Negara


Seminar Wacana Pendidikan 2019(SWAPEN 2.0) ISSN: XXXX-XXXX berjaya meningkatkan kebolehan inkuiri, penerokaan dan minat kanak-kanak terhadap pembelajaran yang berintegrasikan STEM. Aktiviti dan sasaran kebolehlaksanaan Pendidikan STEM juga haruslah bersesuaian dengan tahap pelajar yang berbeza usia dan kematangan. CADANGAN Usaha pengintegrasian Pendidikan STEM dalam kurikulum di Malaysia bukanlah sesuatu yang mudah, namun bukanlah mustahil. Inisiatif-inisiatif yang produktif perlu dilaksanakan untuk membantu guru-guru khasnya, ke arah pemerkasaan pendekatan ini. Guru-guru perlu didedahkan dengan pelbagai aktiviti ‘hands-on’ yang sesuai dilaksanakan dalam satu tempoh masa PdPc yang rigid supaya pengisian aktiviti tersebut menjadi ringkas tetapi padat. Usaha melatih guru ini perlulah dilaksanakan secara berterusan supaya Pendidikan STEM akan menjadi pendekatan yang relevan dalam PdPc bukan sahaja pada masa ini, tetapi memberikan kesan positif dalam jangka masa yang panjang. Di samping itu, latihan dan kursus profesional yang dilaksanakan perlu memastikan penyertaan serta keterlibatan yang saksama antara guru-guru yang berbeza pengalaman mengajar dan lokasi sekolah. Tambahan pula, agenda ini telah menghampiri penghujung gelombang kedua, maka kesedaran terhadap STEM perlu diperkasa secara holistik. Guru Cemerlang bagi mata pelajaran STEM seperti Sains dan Matematik boleh diangkat sebagai ‘Ikon STEM’ di sekolah. Saidin (2016) menyatakan bahawa Guru Cemerlang berperanan untuk berkongsi pengetahuan dan kepakaran dengan guru-guru lain. Bersesuaian dengan pengiktirafan yang dimiliki oleh golongan ini, Guru Cemerlang perlu diberikan peluang untuk menzahirkan pandangan tentang STEM dan berkongsi kaedah serta teknik yang dipraktikkan dalam PdPc. Menghampiri fasa Gelombang Ketiga pelaksanaannya, Pendidikan STEM di Malaysia boleh dilaksanakan meskipun tiada penggubalan satu kurikulum rasmi yang baru, namun memerlukan penambahbaikan seperti penyediaan modul integrasi STEM bagi setiap topik dalam subjek-subjek yang terlibat. Modul ini perlulah merangkumi konsep-konsep Sains dan Matematik yang dihubungkan dengan aplikasi kejuruteraan dan teknologi. Pelajar-pelajar juga perlu diberikan platform untuk mencuba dan menzahirkan idea dengan menghasilkan model prototaip berasaskan kefahaman dalam mata pelajaran-mata pelajaran STEM yang dipelajari di sekolah. Hal ini demikian memberikan peluang kepada mereka untuk mengaplikasikan pengetahuan dalam dua atau lebih domain STEM, yang seterusnya membawa kepada pengintegrasian bidang yang berbeza tetapi kewujudan perkaitan antara bidang-bidang tersebut boleh difahami secara teroretikal dan dipersembahkan secara praktikal. KESIMPULAN Pendidikan STEM merupakan satu pendekatan yang semakin mendapat perhatian oleh pihak KPM untuk diintegrasikan dalam proses pengajaran dan pemudahcaraan. Agenda ini telah diberikan penekanan dalam dokumen Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dan pelaksanannya disusun dalam tiga fasa iaitu Gelombang 1, Gelombang 2 dan Gelombang 3. Kini, agenda ini berada dalam fasa kedua dan kita mempunyai kurang dua tahun sebelum fasa yang terakhir bermula. Tidak dinafikan bahawa terdapat beberapa kekangan untuk mengintegrasikan Pendidikan STEM dalam kurikulum di Malaysia, antaranya ialah kurangnya dedahan kepada guruguru Sains dan Matematik terhadap elemen kejuruteraan serta reka bentuk. Latihan professional yang berterusan perlu disediakan kepada guru-guru ini supaya dapat melaksanakan satu PdPc STEM yang berkesan. Inisiatif ini turut dibantu oleh Pusat STEM Negara yang beroperasi sejak


Seminar Wacana Pendidikan 2019(SWAPEN 2.0) ISSN: XXXX-XXXX 2018. Dalam pada itu, kurikulum Sains dan Matematik di Malaysia juga perlu diperhalusi kembali supaya unsur STEM yang sebenar dipastikan terdapat dalam sukatan pembelajaran. Pengintegrasian STEM dalam PdPc perlu berlaku secara realistik, maka, kurikulum sedia ada mestilah memberikan penekanan terhadap unsur-unsur penting yang menyokong kebolehlaksanaan Pendidikan STEM selain konsep Sains dan Matematik, iaitu Reka Bentuk Kejuruteraan dan Kemahiran Abad ke-21. RUJUKAN Adnan, M., Ayob, A., Ong, E. T., Ibrahim, M. N., Ishak, N., & Shariff, J. (2016). Memperkasa Pembangunan Modal Insan Malaysia di Peringkat Kanak-kanak : Kajian Kebolehlaksanaan dan Kebolehintegrasian Pendidikan STEM dalam Kurikulum PERMATA Negara. Geografia Online Malaysian Journal of Society and Space. 12(1), 29-36. Ayub, A. M. (2018). Kesedaran Terhad Mengenai Pendidikan STEM Di Malaysia. Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam 2018. 7-8 November 2018. eISBN 978-967-2231-03-5 (2018). Becker, K. & Park, K. (2011). Effects of integrative approaches among science, technology, engineering and mathematics (STEM) subjects on students’ learning: A preliminary metaanalysis. Journal of STEM Education. 12(5&6), 23-37. Boettcher, B., Carlson, B., Cyr, M., & Shambhang, S. (2005). Engneering implementation in grades 6-12: Evaluation of the effectiveness of a workshop model. Proceedings of the 35th ASEE/IEEE Frontiers in Education Conference, Portland. Bryan, L. A., Moore, T. J., Johnson, C. C., & Roehrig, G. H. (2016). Integrated STEM education. In C. C. Johnson, E. E. Peters-Burton, & T. J. Moore (Eds). STEM road map: A framework for integrated STEM education (pp. 23-37). NY: Routledge Taylor & Francis Group. Bunyamin, M. A. H., & Finley, F. (2016). STEM Education in Malaysia: Reviewing the Current Physics Curriculum. Kertas kerja yang telah diterima untuk pembentangan dalam International Conference of Association for Science Teacher Education (ASTE), 7-9 Januari, Nevada, Amerika Syarikat. Bunyamin, M. A. H. (2015). Pendidikan STEM Bersepadu: Perspektif Global, Perkembangan Semasa di Malaysia, dan Langkah Ke Hadapan. Buletin Persatuan Pendidikan Sains dan Matematik Johor, 25(1) : 1-6.


Seminar Wacana Pendidikan 2019(SWAPEN 2.0) ISSN: XXXX-XXXX Chang, Y., Park, S. W. (2014). Exploring Students’ Perspectives of College STEM : An Analysis of Course Rating Websites. International Journal of Teaching and Leraning in Higher Education. 26(1), 90-101. Lewis, T. (2006). Design and inquiry : Bases for an accommodation between science and technology education in the curriculum? Journal of Research in Science Teaching. 43(3), 255-281. Milliken, D. & Adams, J. (2010). Recommendations for Science, Technology, Engineering and Mathematics Education. Diakses pada 12 Januari, 2019 dari http://www.k12.wa.us/LegisGov/2010documents/STEMWorkgroupReport2010.pdf OECD. (2012). Program for International Student Assessment results (PISA) from PISA 2012: Country note-United States. Diakses pada 20 Oktober, 2018 dari http://www.oecd.org/pisa/keyfindings/PISA-2012-results-US.pdf Panduan Pelaksanaan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam Pengajaran dan Pembelajaran. (2016). Bahagian Pembangunan Kurikulum., Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM.) Rahayu, T., Syafril, S., Othman, K. B., Halim, L., & Erlina, N. (2018). Kualiti Guru, Isu Dan Cabaran Dalam Pembelajaran STEM. Diakses pada 12 Januari 2019 dari https://doi.org/10.31219/osf.io/jqcu6 Rockland, R., Bloom, D. S., Carpinelli, J., Burr-Alexander, L., Hirsch, L. S., & Kimmel, H. (2010). Advancing the ‘E” in K-12 STEM Education. Journal of Technology Studies. 36(1), 53- 64. Saidin, K., Dali, M., H. & Ambotang, A.,S. (2016). Peranan Guru Cemerlang Malaysia di Sekolah. Jurnal Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah. 24, 161-177. Siew, N. M., Amir, N., & Chong, C. L. (2015). The perceptions of pre-service and inservice teachers regarding a project-based STEM approach to teaching science. SpringerPlus. 4(1),1–20. Sneideman, J. M. (2013). Engaging Children in STEM Education EARLY!. Diakses pada 20 Oktober 2018 dari http:// naturalstart.org/feature-stories/engaging-children-stemeducation-early View publication stats


Click to View FlipBook Version