The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MOHD SIRHAN ZULHILMI BIN FERDINAND_PPK335

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mohdsirhan990503, 2022-06-24 07:39:10

MOHD SIRHAN ZULHILMI BIN FERDINAND_PPK335

MOHD SIRHAN ZULHILMI BIN FERDINAND_PPK335

MOHD SIRHAN ZULHILMI
145921

PPK 335 - MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

ASSALAMMUALAIKUM DAN
SELAMAT SEJAHTERA

Saya Mohd Sirhan Zulhilmi Bin Ferdinand, pelajar
Universiti Sains Malaysia. Saya adalah di bawah
Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan dengan Major
Pendidikan Khas. Merujuk kepada e-Book ini, saya

tujukan kepada Pensyarah saya dalam kursus
PPK 335 iaitu Masalah Bahasa dan Komunikasi
yang bernama Doktor Low Hui Min. Saya amatlah
berterima kasih atas peluang ini daripada beliau
kerana memberi tugasan dalam bentuk e-Book.

Dalam hal ini, fokus kandungan e-Book ini untuk
mengenalkan instrumen atau alat musik yang
umum kepada murid darjah 1 pada umumnya.
Melalui e-Book ini juga, murid darjah 1 akan dapat
mengenali alat musik, warna, dan beberapa kata
kerja. Buku ini sangat sesuai untuk murid-murid

mempelajari pengetahuan umum.

PPK 335 - MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

Aku sebuah gitar.
Badanku berwarna coklat tua dan memiliki
garisan putih disekeliling badanku.
Aku dilengkapi dengan 6 dawai besi
berbeza saiz, iaitu dari kecil ke besar.
Aku dibunyikan dengan cara memetik
dawai dibadanku.

Aku sebuah seruling.
Badanku berwarna putih krim.
Badanku silinder beralun, dan berbeza
saiz.
Badanku memiliki 10 lubang bersaiz kecil
dan besar.
Cara aku digunakan adalah dengan
meniup kepalaku menggunakan bibir
mulut.



Aku sebuah pianika.
Badanku berwarna biru muda dan gigi ku
berwarna putih dan hitam.
Bentuk badanku seperti kubus dan
sederhana kecil.
Cara aku digunakan adalah dengan meniup
hos ku sambil menekan gigiku
menggunakan jari lalu aku akan
menghasilkan bunyi.

Aku sebuah harmonika.
Badanku berwarna kelabu.
Bentuk badanku kecil dan aku diperbuat
daripada besi yang bersinar.
Badanku memiliki 10 lubang dan cara aku
dimainkan adalah dengan meniup ku lalu
jari menutup lubang-lubang tertentu agar
menghasilkan melodi yang indah.






Click to View FlipBook Version