The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Nama Murid: Leo Wee Ny
Kelas: 3 AL-ALUSI
Sekolah: SMK Tun Habab

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by weenyleo, 2021-07-21 02:43:17

Anyflip Flipbook Buku Logo Pasukan Kadet Polis

Nama Murid: Leo Wee Ny
Kelas: 3 AL-ALUSI
Sekolah: SMK Tun Habab

Nama: Leo Wee Ny

No K/P: 060125-01-0726

Kelas: 3 AL-Alusi

Sekolah: SMK Tun Habab

Jantina: Perempuan

Alamat: 34, Jalan Sawi, Taman Sri Lalang, 81900 Kota
Tinggi

No Telefon: 6010-7603436

Kandungan



1.0. Senarai nama guru penasihat



2.0. Logo Kadet Polis

2.1 Maksud Logo Kadet Polis



3.0. Sejarah penubuhan Kadet Polis di Malaysia



4.0. Organisasi



5.0. Latihan



6.0. Pakaian Seragam Kadet Polis



7.0. Lagu Kadet Polis

1.0. Senarai Nama Guru Penasihat




1. Siti 'Aisyah binti Ismail

2. Norzaimah binti Ismail

3. Mahizun binti Omar

4. M. Rizal bin Kasmon

5. Mohammad Azri bin Abdullah

6. Mohd Nor Akmal bin Salleh

7. Noorazila binti Mat Isa

8. Farhana Nabila binti Samsuddin

2.0 Logo Kadet Polis




2.1 Maksud Logo Kadet Polis



Bendera dan insignia dalam Polis Diraja Malaysia ini
berlatarbelakangkan warna biru yang melambangkan rakyat
jelata di negara Malaysia. Lambang ini yang seringkali dipasang
pada bendera, panji-panji pasukan dan sebagainya. Di bahagian
tengah bendera terdapat lambang PDRM yang berwarna perak
atau putih. Lambang polis ini terdiri daripada sebilah Keris dan
sebilah Parang Ilang/Kelewang yang bersilang. Di atas silangan
itu terdapat pula kepala Harimau yang timbul dilingkari oleh
Kalungan Bunga Padi dan di bawahnya ialah skrol dengan
perkataan Polis Diraja Malaysia. Di bahagian kemuncak rangkaian
bunga padi terdapat sebuah Mahkota yang mengandungi

perkataan Allah di sebelah kanan dan Muhammad di sebelah kiri
(dalam tulisan jawi).



Bulan dan bintang

Bulan dan Bintang melambangkan Islam sebagai agama rasmi
negara ini.



Mahkota

Mahkota melambangkan yang pasukan Polis Diraja Malaysia
sentiasa menjunjung tinggi kesucian Islam dan kebesaran Allah,
serta merupakan satu sanjungan kepada Seri Paduka Baginda
Yang Dipertuan Agong diatas pengurniaan gelaran "Diraja"
kepada pasukan.
Perkataan Allah dan Muhammad melambangkan Tuhan Yang
Maha Esa dan Rasulullah sebagai pesuruh-Nya, juga
melambangkan Islam sebagai agama rasmi negara dan keimanan
dalam pasukan PDRM yang sanggup berjuang demi menegakkan
maruah negara, bangsa dan agama Islam serta sanggup
berkorban diri.



Keris dan parang

Keris melambangkan Semenanjung Malaysia. Keris merupakan
senjata yang digunakan oleh pahlawan-pahlawan dan pendekar-
pendekar Melayu di zaman purbakala. Ia mula dicipta selepas
bermulanya zaman logam dan asalnya direka oleh bangsa Arab
sebelum menular ke seluruh Kepulauan Nusantara (terdiri
daripada kepulauan Indonesia, Malaysia, Thailand, Myanmar dan
Filipina) dan ia juga turut digunakan pahlawan dari empayar
Hindu Majapahit yang berasal dari Indonesia (ketika itu agama
Islam belum tersebar luas ke seluruh tanah Indonesia dan
Malaysia) serta Siam. Parang Tradisional atau Kelewang

melambangkan Negeri Sarawak dan Sabah dan ia melambang
semangat kepahlawanan kedua-dua negeri yang berbilang
bangsa iaitu Dayak, Dusun, Bajau, Kadazan serta Melayu Brunei.



Kepala harimau

Kepala Harimau melambangkan kegagahan, keberanian dan
semangat juang pasukan PDRM dalam menghadapi segala
ancaman musuh. Sebelum ini, PDRM menggunakan kepala Singa
sebagai lambang keberanian pada 16 September 1963 iaitu
gelaran baru yang diberi selepas pembentukan Malaysia selepas
kemerdekaan sehinggalah pada 15 Mei 1994, ia digantikan
dengan kepala harimau sebagai lambang rasmi kerajaan
Malaysia.



Bunga padi

Bunga padi melambangkan makanan asasi rakyat Malaysia serta
kemakmuran negara.



Moto

Moto Polis Diraja Malaysia menunjukan ketinggian semangat
serta keazaman anggota pasukan.



Sang Saka Biru

Itulah dia bendera PDRM (SANG SAKA BIRU), setiap warna atau
warna membawa makna dan erti tersendiri, menjadi kemegahan
anggota Polis.

3.0 Penubuhan Sejarah Kadet Polis di Malaysia





Idea penubuhan kadet polis ini telah dicetuskan oleh Ketua
Polis Negara yang kedua, Allahyarham Tun Mohamed Salleh
bin Ismail ketika merasmikan Pelancaran Pasukan Kadet Polis
pada 2 Mac 1970. Allahyarham dalam ucapannya yang
berbunyi:



"The overall objective is to make the cadet a responsible
citizen of the future. He must yield a strong and healthy
influence among his colleagues, friends and family so that in
the years ahead, there will he a new breed, of enlightened
good citizens contributing to nation building."



Bermaksud: Objektif keseluruhan adalah untuk menjadikan
kadet polis ini seorang warganegara yang bertanggungjawab
dimasa hadapan. Hasil yang wajib satu pengaruh yang kukuh
dan sihat di kalangan rakan-rakan sekerjanya, kawan-kawan
dan keluarga supaya pada tahun-tahun yang mendatang,
akan adanya satu baka barunya, warganegara yang baik
menyedarkan menyumbang untuk pembangunan bangsa.



Ahli-ahli Kadet dan Pegawai Rendah Kadet akan dipilih dari
murid-murid sekolah menengah yang telah dipilih untuk
ditubuhkan PKP. Pegawai-pegawai Kanan Kadet pula adalah
guru-guru sekolah tersebut dan Pegawai-pegawai Pelajaran
Negeri. Peraturan ini adalah bagi kemudahan pentadbiran.

4.0 Organisasi



Rangka Pertubuhan Pasukan Kadet Polis adalah disusun sama seperti
susunan Polis biasa. Pasukan Kadet Polis dibahagikan kepada
Kompeni dan Platun. Setiap pelatun itu mengandungi anggota-
anggota yang datang dari sebuah sekolah sahaja -- yang anggotanya
semua lelaki atau semua perempuan. Satu Kompeni adalah
mengandungi 4 Pelatun dan diketuai oleh seorang Komander
Kompeni berpangkat Assistan Superintendant Polis. Jawatan ini
dipegang oleh seorang Pegawai Pendidikan atau Guru Kanan
Sekolah. Komander Kompeni adalah dibantu oleh seorang Ajutan
berpangkat Inspektor, seorang Sub-Inspektor dan dua Sarjan Mejar.

Ibu Pejabat Kompeni Kadet ini terletak di Ibu Pejabat Polis Daerah di
mana Pasukan ini berada. Satu pelatun adalah terdiri daripada 35
ahli termasuk seorang pegawai kanan kadet, seorang sarjan dan tiga
orang koperal. Pegawai Kanan Kadet berpangkat Inspektor adalah
guru sekolah dan yang lain penuntut sekolah.



Tujuan penubuhan
Peranan Belia Di Dalam "Nation Building"

Generasi muda diperhitungkan sebagai harapan bangsa dan
negara. Merekalah yang akan membentuk tulang belakang
dalam pembangunan negara dalam semua aspek baik ekonomi,
politik, mahupun perbaharuan. Dasar Belia Negara bertujuan
melahirkan masyarakat belia yang berdisiplin, berpelajaran dan
bertanggungjawab.
Sebagai Kegiatan Kokurikulum di Sekolah-sekolah
Membangunkan murid-murid sekolah dari segi sosial, emosi,
moral, mental dan fizikal;
Mengetahui tanggungjawab, kualiti kepimpinan serta
kebijaksanaan murid-murid sekolah; dan
Memperkayakan masa lapang pelajar sekolah

5.0 Latihan/ Pengahlian



Keahlian pertubuhan ini hanya dikhaskan kepada murid-
murid sekolah menengah, yang berumur antara 13 tahun
hingga 21 tahun. Hanya mereka yang berbadan sihat dan
cergas sahaja akan dipilih untuk menjadi ahli pertubuhan ini.
Mereka yang terpilih akan dibekalkan dengan pakaian
seragam yang dikhaskan untuk PKP mengikut ukuran badan
mereka. Selain daripada itu mereka juga diberi latihan yang
intensif selama tiga tahun. Antara latihan yang diberi kepada
anggota kadet polis ini adalah:



Kawad -- semua jenis latihan termasuk pengendalian
senjata dan kawad kaki.

Kuliah -- undang-undang, tugas dan tanggungjawab Polis
Pertolongan Cemas

Syarahan-syarahan berkenaan ancaman anasir-anasir jahat
kepada negara dan cara mengelakan diri dari
dipengaruhinya

Perkhemahan tahunan di mana ahli-ahli akan menjalankan
latihan-latihan amali

Menjalankan gerakan jiwa murni dan projek
kemasyarakatan.

6.0 Pakaian Seragam Kadet Polis

PANGKAT DAN LENCANA PANGKAT

SIJIL PENGAKUAN
Ketua Polis Daerah bertanggungjawab memberi satu sijil pengakluan
kepada semua pegawai dan anggiota PKP yang berjaya menjadi
anggota kadet polis.

PENGURNIAAN REBEN
Sebagai satu langkah insentif, seseorang anggota kadet boleh
dikurniakan reben untuk dipakai pada uniform setelah menjalani
semua ujian aktiviti yang dijalankan dalam KURIKULUM LATIHAN.

7.0 Lagu Kadet Polis


Sedia Berkhidmat


Polis sedia berkhidmat
Kerna negeri dan rakyat
Hidup berbahagia aman sentosa
Polis sedia berkhidmat



Polis sedia berkhidmat
Kerna negeri dan rakyat
Hidup berbahagia aman sentosa
Polis sedia berkhidmat



[Chorus]
Tanda lekat di lengan
Polis dengan pereman
Tangan bersalaman
Alamat persahabatan



Polis sedia berkhidmat
Kerna negeri dan rakyat
Hidup berbahagia aman sentosa
Polis sedia berkhidmat
Lagu: Sedia Berkhidmat


Click to View FlipBook Version