The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SLAID PANDUAN SOLAT SUNATAIDIL FITRI 2020

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by CheLPS, 2020-05-20 20:32:27

SLAID PANDUAN SOLAT SUNAT AIDILFITRI

SLAID PANDUAN SOLAT SUNATAIDIL FITRI 2020

Solat hari raya Aidilfitri dua
rakaat hukumnya sunat.

Segala rukun dan syarat serta
sunatnya sama seperti solat
fardu yang lima kecuali
perkara sunat yang
ditambahkan, iaitu:
- bertakbir tujuh kali pada

rakaat pertama dan lima kali
pada rakaat yang kedua
- disertakan dengan bertasbih
di antara tiap-tiap takbir.

LAFAZ NIAT

‫أُ َصلِّي ُسنَّةَ الع ْيد ا ْلف ْطر َر ْكعَتَ ْين‬
‫َمأْ ُم ْو ًما َل َِّل تَعَالَى‬

Ertinya:
Sahaja aku sembahyang
sunat Hari Raya Aidil Fitri
dua rakaat makmum
kerana Allah Ta'ala.

‫‪LAFAZ TASBIH‬‬
‫ُس ْب َحا َن الله َوا ْل َح ْم ُد لله َولاَ إلَهَ‬

‫إلاَّ اللهُ َواللهُ أَ ْكبَر‬

CARA
MENUNAIKANNYA

Rakaat Pertama
1. Di mulai dengan lafaz

takbirratul ihram dengan
menyebut Allahu Akbar
disertakan dengan niat di
dalam hati.

• Ertinya:
Sahaja aku sembahyang sunat
Hari Raya Aidil Fitri dua rakaat
makmum kerana Allah Ta'ala.

2. Membaca doa iftitah.
3. Lafaz takbir tujuh kali

diselangselikan dengan bacaan
tasbih (setiap kali takbir diikuti
dengan bacaan.

‫ُس ْب َحا َن الله َوا ْل َح ْم ُد لله َولاَ إلَهَ إلاَّ اللهُ َواللهُ أَ ْكبَر‬
4. Membaca surah al-Fatihah
5. Membaca surah al-Quran (di

sunatkan membaca surah al-
A’laa).
6. Meneruskan solat sehingga
selesai rakaat pertama.

Rakaat kedua

1. Di mulai dengan lafaz takbir
intiqalat (takbir permulaan
rakaat kedua).

2. Lafaz takbir lima kali di
selangselikan dengan bacaan
tasbih (setiap kali takbir diikuti
dengan bacaan:

‫ُس ْب َحا َن الله َوا ْل َح ْم ُد لله َولاَ إ َل َه إلاَّ اللهُ َواللهُ أَ ْكبَر‬

3. Membaca surah al-Fatihah.

4. Membaca surah al-Quran
(di sunatkan dalam rakaat
kedua membaca surah al-
Ghaasyiyah).

5. Meneruskan solat sehingga
selesai rakaat kedua.

6. Memberi salam.

KHUTBAH
AIDILFITRI

Khutbah Aidilfitri sama
dengan khutbah Jumaat dari
segi rukunnya. Namun sunat
di mulakan oleh khatib
dengan lafaz takbir sebanyak
-sembilan kali berturut-turut
pada khutbah pertama dan
-tujuh kali berturut-turut pada
khutbah kedua.

PERKARA-PERKARA
SUNAT MENYAMBUT
HARI RAYA AIDIL FITRI

1. Sunat melaungkan takbir sebaik
sahaja diumumkan bahawa anak
bulan Syawal telah jelas dilihat.

2. Sunat menghidupkan malam Hari
Raya dengan berzikir dan
mengerjakan sembahyang
terutama Sembahyang Sunat
Tasbih.

3. Sunat mandi dengan niat kerana
kedatangan Aidilfitri pada pagi
Hari Raya.

4. Sunat memakai bau-bauan yang
harum, membersihkan diri dengan
bergunting rambut dan
memotong kuku serta memakai
pakaian yang paling elok.

5. Sunat makan sedikit pada pagi itu
(sebaiknya makan buah kurma
dengan bilangan yang ganjil)
sebelum menunaikan
Sembahyang Sunat Hari Raya.

6. Sunat menunaikan Solat Sunat
Hari Raya, kerana ia adalah
perkara yang paling penting dan
utama dalam kita menyambut
Hari Raya daripada perkara-
perkara sunat yang lain.

7. Sunat doa-mendoakan dan
mengucapkan tahniah
antara satu sama lain seperti
mengucapkan :
Taqaballahuminna wa

minkum
“Semoga Allah menerima

daripada kita dan menerimanya
daripada awak”.
8. Memperbanyakkan

bersedekah.





#stayhome #staysafe #kitajagakita


Click to View FlipBook Version