The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kakigaming423, 2023-01-12 07:38:09

Flip Book Tokoh Warisan Alang Rebanamas

tokoh alang rebanamas

Seni Warisan Alat
Permainan Tradisional

Kelantan


TOKOH
WARISAN

Alang
Rebanamas

Nama Penuh: Muhamad Shaifudden Bin Sabki
Nama Pentas: Alang Rebanamas
Umur: 29 Tahun
Tarikh Lahir: 22 November 1993
Asal: Kampung Danan, Selising, Pasir Puteh
Kerjaya Profesional: 13Tahun


BIODATA

Tokoh yang dipilih bernama MUHAMAD
SHAIFUDDEN BIN SABKI atau dikenali ALANG
REBANAMAS( PENGARAH MUZIK WADIRA)
sebagai nama pentas. Beliau dilahirkan pada
22 November 1993 dan berasal dari Kampung Danan
Selising,Pasir Puteh,Kelantan. Mendapat Pendidikan
awal di Sekolah Kebangsaan Danan dari umur 7 hingga
12 tahun. Selepas itu, beliau melanjutkan pengajian di
peringkat sekolah menengah di Sekolah Menengah
Bukit Jawa dari umur 13 hingga 17 tahun.

Beliau kini berumur 29 tahun dan telah
berumahtangga pada 11.2.2021 dan telah dikurniakan
seorang anak lelaki berusia 1 tahun. Sebelum terlibat
secara tetap sebagai pemuzik, beliau bercita-cita
menjadi askar mengikuti jejak arwah ayah beliau yang
merupakan anggota tentara Malaysia (ATM) pada
Ketika itu. Disebabkan minat terhadap muzik tradisional
yang mendalam beliau telah memilih untuk bergiat
secara serius dalam bidang tersebut. Selain itu, beliau
memiliki 5 orang adik beradik dan beliau merupakan
anak ketiga yang dibarisi 3 orang lelaki dan 2 orang
perempuan. Disebabkan beliau merupakan anak yang
ketiga dalam keluarga, beliau memilih nama Alang
Rebanamas untuk nama pentas beliau sendiri.

Dalam keluarga beliau sendiri, yang bergiat aktif
dalam bidang pemuzik hanyalah encik Alang sahaja
namun adik beradik beliau turut mahir bermain ahli
terutama sewaktu menolong beliau dalam setiap
persembahan yang diadakan. Seterusnya, beliau
menjelaskan bahawa keturunan beliau mempunyai darah
seni dan pemuzik. Untuk sebarang persembahan
mahupun temubual yang ingin diadakan beliau boleh
dihubungi melalui media sosial seperti Facebook dan
Instagram. Beliau merupakan seorang Jurulatih dan
penggiat seni dikir barat di Kawasan Lembah Klang. Di
samping itu, karier beliau sebagai pemuzik bermula
pada tahun 2002 ketika berusia 9 tahun sebagai awak-
awak dalam kumpulan Dikir Barat dan setahun selepas
itu beliau mula menaruh minat dan berjinak-jinak
dengan alat-alat muzik seperti belajar memalu gong,
canang, marakas, rebana anak dan seterusnya rebana
ibu.


Gambar Allahyarham Bapa Beliau mula meminati bermain dikir barat secara serius bermula usia 13
Encik Alang Rebanamas tahun. Sebelum itu, di usia 9 tahun beliau hanya berlatih menggunakan baldi yang
ada dirumah dan mula meniru rentak dan melodi orang yang bermain rebana pada
awalnya dan dari situ lah muncul minat untuk beliau mendalami secara serius
dalam bidang muzik dan menyimpan hasrat menjadi pemain rebana suatu hari
nanti. Di sebalik minat beliau bermain alat muzik rebana sosok yang menyokong
beliau ialah Allahyarham ayah beliau sendiri. Allahyarham ayah beliau merupakan
pesara tentera yang begitu meminati persembahan melibatkan alat-alat muzik
tradisional dan warisan seperti Mak Yong, Dikir Barat, Wayang Kulit dan
sebagainya. Oleh itu, setiap kali persembahan diadakan beliau akan dibawa untuk
melihat dan merasai sendiri keasyikan bunyi dan persembahan yang terhasil
daripada alat-alat muzik tradisional dan warisan. Menurut beliau sepanjang
mengikuti persembahan yang diadakan beliau dapat merasai getaran dalam diri
atau lebih dipanggil ‘naik semangat’. Memasuki umur 14 tahun keatas beliau
mengambil keputusan untuk terlibat dalam beberapa persembahan secara serius
terutama dalam bidang dikir barat dan alat muzik. Antara keunikan yang ada pada
Encik Alang ialah boleh bermain banyak alat muzik yang terutamanya berfokus
pada alat muzik perkusi/percussion.

Alat perkusi atau Bahasa Inggeris percussion, dan Belanda dipanggil
percussie-instrument ialah alat muzik yang dibunyikan dengan pemukulan atau
geseran dengan alat pemalu yang khusus. Alat muzik sebegini bukan sahaja
memainkan rentak dan harmoni. Muzik untuk alat perkusi berpic boleh ditulis
dalam notasi staf dengan klef trebel dan bes yang sama seperti alat muzik
bukan perkusi lain, ataupun ditulis dengan klef neutral . Alat perkusi
digolongkan berdasarkan pelbagai ciri yang kadang-kadang bergantung pada
pembinaan, asal-usul bangsa, fungsi berdasarkan teori dan penyusunan
orkestra atau kekerapan relatif berdasarkan pengetahuan am. Contoh alat
perkusi tidak berpic ialah dram, simbal, kerincing, loceng, djemb, tamborin ,
kabasa dan gong. Contoh alat perkusi berpic ialah glockenspiel, xilofon,
timpan, marimba, gamelan, piano dan harpsiko. Disebabkan ragam jenis alat
perkusi yang luas, tidak jarang ditemukan ensembel muzik besar dengan
keseluruhan alat yang dimainkannya adalah alat perkusi. Ritmis, melodi, dan
harmoni semua muncul dan hidup dalam penampilan tersebut, dan seringkali
merupakan pertunjukan yang menarik.







Dalam setiap jenis muzik, perkusi memainkan peranan yang penting. Sebagai
contoh, dalam pertunjukkan marching band, perkusi digunakan sebagai penjaga
tempo, dan beat yang memungkinkan para pemain berjalan secara serempak dan
dalam irama dan kecepatan yang sama. Selain itu, beliau juga mahir dalam seni
pertahanan diri Melayu dan seni persembahan warisan. Antaranya beliau
mempelajari silat , tomoi dan sebagainya. Manakala untuk seni persembahan
warisan beliau mahir dalam persembahan Mak Yong, main rebab dalam wayang
kulit dan banyak lagi kebolehan dan keunikan Encik Alang itu sendiri. Selain
itu, beliau juga mahir dalam bermain alata-alat dari Barat dan moden.
Antaranya, alat muzik dari negara Afrika Latin secara asas dan memerlukan
latihan khusus. Setelah tamat pelajaran di tingkatan 5, beliau memilih untuk
tidak melanjutkan pelajaran pada masa itu kerana mula bekerja sebagai awak-
awak untuk persembahan Dikir Barat bersama kumpulan Kenali Kubang Kerian
yang memberi peluang untuk bekerjasama dalam bidang Dikir Barat


Setelah itu, Encik Alang menerima jemputan selama 5 tahun bermain rebana bersama
kumpulan Pulau Hilir bertempat di Kubang Kerian, Kelantan. Selepas 5 tahun menabur bakti
bersama kumpulan Pulau Hilir, beliau mengambil keputusan untuk membina kumpulan Dikir
Barat sendiri yang diberi nama Sound Creative. Dibawah kepimpinan beliau Sound Creative
mula ditubuhkan ada awal tahun 2013 dan mendapat sambutan hangat daripada anak-anak muda
untuk menjadi ahli dalam kumpulan Sound Creative. Menurut Encik Alang penubuhan Sound
Creative bukan hanya tertumpu kepada Dikir Barat Sahaja malah berfokus kepada seni
persembahan kebudayaan Kelantan. Sebagai contohnya, Silat Tari, Muzik tradisional, Wayang
Kulit, Mak Yong dan sebagainya. Seterusnya, beliau mengambil inisiatif untuk mendalami ilmu
dikir barat secara lebih terperinci.


Di samping itu, beliau telah melanjutkan pelajaran di
Akedemi Seni Dan Warisan Kebangsaan(ASWARA)
dalam jurusan Pergendangan Melayu pada sekitar tahun
2020/2021. Dan pada tahun 2022, beliau telah berjaya
meraih kejayaan dalam bidang yang diikuti dan menjadi
graduan pemuzik Dikir Barat di ASWARA.


Setelah beberapa tahun belajar dan mendalami ilmu
muzik dikir barat, beliau mendapat kepercayaan dari
pemuzik-pemuzik senior untuk bermain di gelanggang
atau pentas terbuka, teguran, tunjuk ajar serta dorongan
dari tokoh dikir barat ternama seperti Jen Endoro, Megat
Nordin dan Yie Arjunasukma telah menambahkan lagi
minat beliau dalam seni dikir barat.


Akhir Sekali, beliau dilatih secara berperingkat-
peringkat agar dapat menguasai sepenuhnya kemahiran
dalam seni dikir barat. Beliau juga telah didedahkan
kepada teknik-teknik menjadi seorang pendikir yang
profesional dan juga didedahkan kepada teknik-teknik
melatih orang lain agar apa yang dipelajari boleh
dimanfaatkan untuk mengajar para pelapis seperti
mengajar di sekolah-sekolah yang memerlukan khidmat
jurulatih dikir barat.


LATAR
BELAKANG

Sekolah Kebangsaan Danan Seorang pemuda yang berjiwa seni ini diberi nama
Muhamad Shaifudden Bin Sabki atau lebih dikenali sebagai
Alang Rebanamas ini merupakan seorang anak jati daripada
Pasir Puteh. Masa kecil dan besarnya adalah di kampung
halaman beliau iaitu Kampung Danan, Selising, Pasir Puteh.
Sekarang, beliau masih lagi menetap di Kampung Danan
dan beliau sekarang ini adalah seorang penggiat seni secara
penuh masa. Minat yang sangat mendalam dalam permainan
alat muzik Kelantan ini menjadi faktor utama Encik Alang
Rebanamas menjadikan seni ini sebagai karier beliau.

Memulakan pendidikan awal beliau di Sekolah
Kebangsaan Danan, Pasir Puteh. Sejak di bangku sekolah,
beliau telahpun meminati seni warisan permainan muzik
tradisional Kelantan terutamanya dikir barat kerana di
kampung halaman beliau akan ada persembahan dikir barat
setiap minggu. Ini membuatkan beliau meminati bidang ini
dengan lebih mendalam.

Selepas tamat sekolah rendah, beliau menyambung

persekolohan beliau ke Sekolah Menengah Kebangsaan

Bukit Jawa, Pasir Puteh. Semada di persekolahan

menengah, beliau telahpun ,ula aktif dalam permainan alat

muzi, tradisional Kelantan. Beliau akan berlatih dengan

bersungguh-sungguh dan impian beliau untuk bermain

rebana dalam kumpulan dikir arata akhir tercapai apabila

beliau dijemput dan diajak untuk menjadi sebagai pemain

Sekolah Menengah Kebangsaan rebana kumpulan dikir barat kampung beliau . Mulai saat ini
lah semangat Encik Alang Rebanamas terus berkobar-kobar
Bukit Jawa untuk menguasai rebana dan alat muzik yang lain untuk

menjadikan seni warisan i i terus terpelihara.


Pada tahun 2015, Encik Alang Rebanamas telah dinobatkan
sebagai Tokoh Pemuzik Tradisional Kelantan Negeri Pasir
Puteh. Anugerah ini dimenangi beliau kerana beliau antara
pemuda dan insan yang boleh memainkan banyak jenis alat
muzik tradisional Kelantan. Melalui dengan penganugerahan
ini, timbul sejenak fikiran dalam pemikiran beliau dan beliau
bertanyakan pada dirj beliau yang mana beliau telahpun
diangkat dan dinobatkan sebagai tokoh pemuzik tradisional
Kelantan tetapi tahap pencapaian dan pembelajarannya tidak
semegah dengan anugerah yang dicapai. Mulai saat inilah telah
timbul minat beliau untuk menyambung pelajaran ke tahap yang
lebih tinggi.

Sekitar tahun 2020, beliau telahpun melanjutkan pelajaran di
Akademi Seni Dan Warisan Kebangsaan (ASWARS) . Semasa
beliau menyambung pelajaran di ASWARA ini, beliau telah
banyak menerima ajaran dan bimbingan dalam seni permainan
alat muzik tradisional ini. Hasil kesungguhan beliau untuk
mencapai sesuatu dengan lebih tinggi tercapai apabila pada
tahun 2022, beliau berjaya menamatkan Sijil Tahap 2
ASWARA dan dengan kejayaan yang diperolehi telah
membuatkan beliau mampu untuk dijadikan sebagai tokoh
warisan Kelantan.


Gambar Encik Alang Rebanamas ketika persembahan di negara Indonesia

Beliau juga pernah merantau ke negara luar untuk melakukan persembahan
alatan muzik tradisional di pelbagai rantau negara. Beliau telah beberapa kali
melakukan persembahan di negara luar semasa festival kebudayaan
berlangsung di negara lain. Dengan kebolehan yang dimiliki oleh beliau, maka
tidak hairanlah mengapa beliau sering kali dijemput untuk melakukan
persembahan alat muzi, tradisional ini. Kehadiran Encik Alang Rebanamas ke
negara luar ini sekurangnya dapat membantu masyarakat negara luar
mempelajari tentang budaya Malaysia terutamanya warisan budaya negeri
Kelantan. Antaran negara yang beliau pernah hadiri untuk melakukan
persembahan adalah Kazakhstan, Indonesia, Singapura, Thailand dan ada lagi
beberapa buah negara lain. Ini menjadikan mengapa Encik Alang Rebanamas
jni sesuai untuk dijadikan inspirasi serta ikon pemuzik tradisional untuk negeri
Kelantan.

Antara pengalaman-pengalaman yang beliau tidak dapat lupakan dalam
hidup ialah yang pertama, ketika beliau di Kazakhstan untuk melakukan
persembahan. Beliau berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kazakhstan.
Ketika beliau sedang beratur untuk menaiki pernerbangan pulang ke Malaysia,
beliau pergi keluar dari lapangan terbang sekejap untuk menghisap rokok.
Selepas beliau habis merokok beliau masuk kembali ke dalam dan secara tidak
sengaja tersalah masuk pintu penerbangan. Beliau kemudiannya ditahan oleh
polis Lapangan Terbang Kazakhstan dan dibawa kebilik tahanan. Beliau cuba
untuk menjelaskan situasi yang terjadi kepada polis-polis tersebut tetapi polis-
polis itu tidak boleh bertutur dan memahami Bahasa Melayu atau Bahasa
Inggeris. Beliau bernasib baik apabila lelaki Kazakh yang beliau merokok dan
berbual bersama semasa diluar lapangan terbang nampak beliau ditahan oleh
polis dan menolongnya. Rupanya lelaki Kazakh itu pernah belajar di Malaysia
dan fasih dalam Bahasa Melayu. Lelaki Kazakh itu kemudiannya menterjemah
dan menjelaskan situasi beliau kepada polis-polis lapangan terbang tersebut.
Beliau kemudiannya dilepaskan dan berterima kasih kepada lelaki tersebut.
Beliau kemudiannya menaiki penerbangan beliau dan pulang ke Malaysia.


Beliau juga pernah berkolabirasi dengan artis dan penyanyi tempatan Malaysia. Antara artis dan
penyanyi yang beliau pernah berkolabirasi ialah Sabri Yunus, Adibah Noor, M Nasir, Siti
Nurhaliza dan ramai lagi. Beliau pernah membuat persembahan dalam satu pentas dengan
mereka. Kolaborasi beliau dengan pelakun, penulis, penyanyi pengarah filem Sabri Yunus ialah
banyak antaranya ialah Panggung Karoot, Teater Tok Janggut dan Teater Hang Tuah di
Melaka. Kolaborasi beliau dengan pelakon dan penyanyi M Nasir pula ialah di Konsert Ulang
Tahun yang ke 40 M Nasir di Kuala Lumpur dan Singapura. Kolaborasi beliau dengan
penyanyi terkenal Dato Siti Nurhaliza ialah di Konsert Lantera Timur di Istana Budaya

Encik Alang Rebanamas juga turut pernah terlibat dalam bebrapa acara televisyen seperti
Maha Raja Lawak Mega dalam slot karut dikir barat. Selain itu juga, beliau pernah
mengemudikan dikir barat dalam acara televisyen Karoot Komedia yang disiarkan di astra
warna. Acara hiburan Karoot Komedia ini dibintangi oleh artis tempatan dan slot nyanyian
karut dikir barat dikendalikan oleh Sabri Yunus yang mana merupakan nama yang tidak asing
lagi dalam dunianseni. Dan yang terbaru beliau juga terlibat secara langsung dengan
pementasan Teater Tok Janggut dalam Dikir Barat yang turut diarahkan oleh Sabri Yunus.
Sememangnya penglibatan Encik Alang Rebanamas dalam televisyen juga banyak dan juga
berjaya menghiburkan ramai peminat.


SUMBANGAN TOKOH

Menurut apa yang dikatakan oleh Encik Shaifudden Bin Sabki
atau lebih dikenali sebagai Alang Rebanamas mengatakan bahawa
sumbangan daripada beliau untuk seni warisan muzik tradisional
Kelantan ini tidaklah banyak dan besar berbanding berbanding
dengan beberapa nama besar penggiat seni tradisional Kelantan
seperti Halim Yazid, Megat Nordin, Jen Endoro dan beberapa lagi
nama besar penggiat seni di Kelantan ini. Beliau juga dengan rendah
diri beliau hanyalah insan yang baharu dan masih banyak lagi
perkara yang perlu beliau pelajarai terutama permainan alat muzik
tradisional Kelantan ini untuk beliau sendiri memantapkan tahap
persembahan beliau. Encik Alang Rebanamas juga berseloroh di
mana sumbangan beliau untuk warisan muzik tradisional Kelantan
ini hanyalah sedikit dan mungkin sumbangan beliau ini tidaklah
ketara akan kewujudan sumbangan yang dilakukan oleh beliau.


Encik Alang Rebanamas ini boleh dikatakan antara penggiat seni
muzik tradisional Kelantan yang professional kerana kebanyakkan
alat muzik tradisional Kelantan ini beliau mahir dan mampu untuk
dipersembahkan kepada khalayak ramai dengan baik. Namun begitu,
Encik Alang Rebanamas mengakui beberapa alat muzik tradisional
Kelantan seperti serunai Kelantan ini beliau tidak mahir
menggunakan alatan tersebut. Namun begitu, beliau mempunyai
keinginan yang tinggi untuk mempelajari alatan serunai ini kerana
beliau berazam untuk menguasai semua alat muzik tradisional
Kelantan. Mungkin tidak terlalu keberatan untuk mengatakan
bahawa Encik Alang Rebanamas adalah mungkin antara penggiat
seni yang mampu untuk memainkan kebanyakan alatan muzik
Kelantan seperti rebana, rebana ubi, gendang silat dan sebagainya
berbanding dengan pemain alat muzik di sekitar Kelantan ini.


Sumbangan beliau dalam seni warisan budaya Kelantan ini tidaklah
terlalu banyak tetapi terdapat beberapa sumbangan yang didapati oleh Encik
Alang Rebanamas. Sumbangan beliau ini adalah merangkumi kepada seni
warisan budaya Kelantan seperti dikir barat. Beliau telah mengajar dan juga
menurunkan setiap ilmu dan pengalaman beliau dalam seni alat muzik
tradisional Kelantan kepada masyarakat Kelantan terutamanya untuk
golongan pemuda. Ini adalah sebagai salah satu inisiatif yang dilakukan
oleh beliau di mana beliau ingin mencurahkan bakti dan ilmu beliau kepada
mereka yang minat mendalami seni budaya Kelantan ini dengan lebih
mendalam. Encik Alang Rebanamas secara terbuka menerima sesiapa
sahaja yang ingin menuntut ilmu dengan beliau.

Dengan ilmu yang beliau curahkan, beliau berharap supaya setiap ilmu
yang dicurahkan mampu untuk diterapkan kepada anak didiknya sekaligus
mampu untuk mewarisi pelbagai alatan muzik tradisional Kelantan. Beliau
juga berharap dengan sumbangan yang beliau lakukan ini akan dapat
memberikan sebuah manfaat yang berharga kepada masyarakat Kelantan
khususnya supaya seni alat muzik tradisional Kelantan ini akan terus
terpelihara dan terus kekal hingga ke akhir hayat.


Selain daripada sumbangan beliau kepada masyarakat Kelantan, Encik Alang Rebanamas juga telah menubuhkan
akademinya yang sendiri. Beliau menubuhkan akademi ini sebagai platform untuk mengembangkan lagi seni warisan budaya
Kelantan selain menjadi kepada platform akademi yang membuat persembahan. Akademi yang beliau tubuhkan ini diberikan
nama Sound Creative. Akademi Sound Creative ini adalah satu inisiatif oleh beliau sendiri dan Encik Alang Rebanamas ini
juga adalah pengasas utama kepada penubuhan akademi Sound Creative ini. Sound Creative ini dutubuhkan oleh Encik
Alang Rebanamas pada tahun 2015 dan matlamat utama penubuhan akademi ini adalah untuk mengajar dan meluaskan lagi
ilmu berkaitan alatan muzik tradisional Kelantan. Menurut kepada Encik Alang Rebanamas, akademi ini adalah untuk
menarik minat masyarakat Kelantan dan juga setempat untuk mempelajari seni muzik Kelantan. Tetapi beliau menjelaskan
akademi ini mempunyai dominannya tersendiri di mana dikir barat adalah antara seni warisan budaya Kelantan yang paling
utama terdapat di akademi Sound Creative ini. akademi Sound Creative ini juga mengajar alatan muzik tradisional Kelantan
yang lain namun disebabkan oleh kebanyak peserta akademi beliau meminati seni dikir barat, maka beliau banyak mengajar
seni dikir barat kepada peserta akademi tersebut.

Walaupun dikir barat adalah popular di kalangan peserta akademi beliau, tetapi beliau tidak lokek untuk mengajar peserta
akademi beliau beberapa lagi alatan muzik tradisional Kelantan yang lain kepada peserta akademi demi menarik minat
peserta beliau. Akademi Sound Crearive ini buka sahaja dijadikan sebagai platfrom pembelajaran, namun terbuka juga untuk
mana-mana pihak diluar sana menjemput akademi beliau untuk melakukan persembahan. Persembahan dikir barat adalah
antara yang banyak dijemput oleh pihak luar namun terdapat juga jemputan pihak luar untuk memainkan alat muzk
tradisional kelantan yang lain. Melalui dengan jemputan yang diterima, ianya serba sedikit akan membuatkan akademi beliau
akan dikenali ramai sekaligus dapat menarik minat lebih lagi masyarakat di luar sana untuk menyertai akademi beliau ini. ia
juga adalah suatu yang baik kerana dapat memperluaskan ilmu alat mzuik tradisional Kelantan kepada ramai lagi masyarakat
diluar sana dan dapat memastikan masyarakat Kelantan dapat mengetahui seni budaya Kelantan dengan lebih meluas.
Akademi Sound Creative ini juga terdapat moto yang tersendiri iaitu “ Mencangkir Budaya. Menggenggam Agama ‘. Moto
ini sesuai dengan akademi beliau kerana boleh dikatakan akademi Sound Creattive ini mempunyai kepelbagaian
persembahan budaya Kelantan selain menjadikan agama islam sebagai panduan dan pengangan utama akademi.


Pertandingan Dikir Barat Kebangsaan 2022 ( Menggunakan irama mak yong)

Dalam pesembahan dikir barat, Encik Alang Rebanamas juga turut memberi sumbangan dalam bentuk mengubah
irama lagu rebana. Beliau mengubah rentak irama rebana mengikut kesesuaian dan adalah tepat dengan sesuatu
persembahan. Beliau mengubah rentak irama rebana kepada paluan moden dan bercampur d3ngan elemen lama demi
untuk memikat hati pendengar. Rentak moden ini yang dimasukkan dan diubah sangatlah sikit kerana dengan ubahan yang
banya, mungkin akan mematikan bunyi dikir barat ini. Bukan setakat paluan gendang, beliau juga berperanan dalam
mengubah irama lagu yang akan dinyanuikan semasa persembahan atau pertandingan dikir barat berlangsung.

Perubahan yang sangat jelas didapati ialah semasa Pertandingan Akhir Dikir Barat Kebangsaan 2022 dimana lagu
yang diutarakan oleh tukang karut adalah bersebza dan sangat unik. Uniknya di sini adalah terdapat penggunaan lantunan
suara mak yong yang mana ianya diubah menjadi nyanyian karut dalam pertandingan tersebut. Hal ini sememangnya
perkara yang luar biasa di mana alunan mak yong dibawa dalam dikir barat serta menggunakan patung wayang kulit
semasa pertandingan. Ubahan ini juga telah menarik minat ramai dan juga sekaligus telah menambat hati pihak juri yang
mana perkara ini adalah baru dan ramai yang tidak mampu untuk menghasilkan alunan lagu seperti Encik Alang
Rebanamas hasilkan.

Sememangnya dengan perubahan alunan muzik dan rentak rebana ini mungkin telah membuka mata penggiat dikir
barat di luar sana untuk menggu apakai elemen lain yang mana ianya berkesan untuk menambah tarikan kepada pendengar.


Selain daripada penubuhan akademi ini, terdapat
sumbangan lain daripada Encik Alang Rebanamas yang
mana beliau juga menjadi pengajar seni dikir barat di sekolah
dan juga beberapa institusi tinggi. Encik Alang Rebanamas
juga antara insan yang mesra dan peramah serta beliau juga
sering kali terbuka untuk mengajar seni dikir barat kepada
pelajar sekolah dan juga pelajar institusi tinggi. Menurut
beliau, inilah sumbangan kecil yang mampu beliau lakukan
demi menjadikan dikir barat akan terus kekal dan juga dapat
dipelajari oleh setiap masyarakat. Beliau juga seorang yang
tidak lokek ilmu semasa mengajar terutamanya ketika
mengajar pelajar yang tidak tahu langsungtentang seni
warisan dikir barat. Menurut kepada Encik Alang
Rebanamas, setiap ilmu haruslah disampaikan dengan telus
dan lemah lembut kepada sesiapa sahaja sama ada pandai
ataupun tidak pandai keran seni warisan yang diajar secara
betul akan membuatkan meeka yang belajar ingin belajar
bersungguh-sungguh walaupun terdapat pelajar berlainan
negeri.

Untuk peringkat institusi ini, beliau pernah mengajar di Universiti Malaya dan juga UITM
Machang dalam seni dkir barat, dan pada tahun 2022, beliau mendapat tawaran untuk menjadi
pengjajar di Universiti Malaysia Kelantan dan masih mengajar ketika saat ini. beliau menegaskan
mengajar pelajar ini sesuatu yang seronok di mana di peringkat university akan terdapat pelajar
negeri lain yang akan sertai dan itu membuatkan Encik Alang Rebanamas cukup teruja untuk
mengajar golongan pelajar ini kerana ianya adalah satu kaedah untuk menerapkan seni budaya
Kelantan dan memperluaskan lagi pengetahun tentang dikir barat ini kepada golongan
mahasiswa.Tetapi, beliau juga turut menjadi pengajar seni alatan muzik tradisional ini kepada
peserta luar negara. Beliau menerima jemputan mengajar ini di berapa buah negara seperti
Singpura, Indonesia dan juga Thailand. Sumbangan beliau ini sememangnya amat besar kerana
meluaskan seni tradisi muzik ke pentas luar negara.


Di dalam karier seni tradisional Encik Alang Rebanamas, sumbangan yang didapati daripada beliau juga turut
kelihatan di mana Encik Alang menjadi watak utama kepada bengkel-bengkel dikir barat yang diadakan oleh pihak
luar. Encik Alang Rebanamas juga turut menerima jemputan untuk mengajar dikir barat di dalam bengkel yang
dikendalikan oleh beliau. Sumbangan Encik Alang Rebanamas ini dalam mengajar seni dikir barat khasnya
sememangnya tidak dapat dinilai dan telah banyak ilmu yang telah beliau curahkan kepada masyarakat diluar sana.

Harapan Encik Alang Rebanamas ini adalah hanya untuk mengembangkan seni muzik tardisional Kelantan
terutamanya dikir barat ini supaya dikenali ramai bukan sahaja untuk rakyat Kelantan bahkan untuk kepada rakyat
diluar sana. Semoga dengan sumbangan yang diberikan oleh Encik Alang Rebanasmas berikan ini dapat
dimanfaatkan dengan baik di mana setiap ilmu yang didapati itu mungkin boleh digunakan pada masa akan datang
dan mungkin boleh menjadi pengajar kepada generasi yang akan datang.


PENCAPAIAN TOKOH

Perjalanan dan karier seni Encik Alang
Rebanamas ini sangatlah panjang tidak mudah.
Terdapat banyak liku-liku dan juga suka-duka
yang beliau tempuhi sepanjang perjalanan karier
beliau ini. namun begitu, setiap cabaran yang
dihadapi oleh beliau itu, beliau tempuhi
sehingga mampu meraih pelbagai anugerah
sepanjang karier beliau. Sebagai penggiat seni
muzik tradisional Kelantan, banyak anugerah-
anugerah yang pernah beliau menangi sama ada
peringkat negeri dan juga di peringkat
kebangsaan. Semua anugerah yang beilau
menangi ini adalah kebanyakkannya melalui
persembahan dikir barat. Hal ini adalah kerana
paluan rebana daripada Encik Alang Rebanamas
ini boleh dikatakan sangat unik dan sering kali
memalukan gendang secara kreatif sehingga
mampu untuk menambat hati pendengar. Antara
anugerah-anugerah yang pernah dimenangi oleh
Encik Alang Rebanamas adalah:

• Pemuzik Terbaik Pertandingan Dikir Barat
Karnival Seni Budaya Kelantan (2013)
• Juara Pertandingan Dikir Barat Festival Belia
Putrajaya (2013)
• Naib Juara Pertandingan Dikir Barat Karnival
Seni Budaya Kelantan (2014)
• Naib Juara Pertandingan Dikir Barat Perdana
JKKN Kelantan (2015)
• Juara Pertandingan Dikir Barat Pesta Wau
Antarabangsa (2015)
• Tempat Ketiga Pertandingan Dikir Barat
Kebangsaan (2015)
• Juara Pertandingan Dikir Dakwah (2017)
• Naib Juara Pertandingan Dikir Barat Piala
Belia Kelantan (2017)
• Pemuzik Terbaik Pertandingan Dikir Barat
Piala Belia Kelantan (2017)
• Nain Johan Pertandingan Dikir Barat Terbuka
Kelantan (2018)


Juara Pertandingan Dikir Barat Kebangsaan 2022

Itu adalah antara pencapaian dan anugerah yang pernah dimenangi oleh Encik Alang Rebanamas sepanjang
beliau bergiat sebagai pemuzik tradisional Kelantan ini. sememangnya banyak anugerah yang beliau menangi
dalam persembahan dikir barat ini. tetapi, pada tahun 2022 bagaikan tahun yang sangat gemilang kepada Encik
Alang Rebanamas di mana akademi dan kumpulan beliau iaitu Sound Creative telah menjuarai Pertandingan
Dikir Barat Kebangsaan (2022). Pertandingan ini telah disiarkan di stesen TV2 dan pertandingan ini juga turut
disertai oleh kebanyakkan negeri di Malaysia. Dalam pertandingan dikir barat kebangsaan 2022 ini, kumpulan
dikir barat yang diterajui oleh Encik Alang Rebanamas ini telah menjadi juara pertandingan tersebut
mengalahkan pesaing terdekat yang juga peserta daripada negeri Kelantan. Kejayaan memenangi pertandingan
kebangsaan ini telah menjadi pengubah kepada Encik Alang Rebanamas untuk menjadi antara individu yang
kraetif dalam membuat setiap persembahan.


Sekian,
Terima Kasih.

Hendak ke kota tempuhi paya,
Naik pedati lalui titi,

Budaya kita amatlah kaya,
Jadi identiti semat di hati.


TOKOH PEMAIN ALAT MUZIK
TRADISIONAL (DIKIR BARAT)

Penulis:

MUHAMAD AMIRUL AMIN BIN ABDUL KAHAR
C19A0242

MOHAMAD HISYAMUDIN ELMI BIN HAZAN
C19A0204

ARIEF FIRDAUS BIN ABD MANAN
C19B0873


Click to View FlipBook Version