9.3 Proses Utama
Bumi
Proses Utama Bumi
Permukaan Bumi terbentuk melalui dua proses, iaitu proses
eksogen dan proses endogen.
Proses Eksogen
● Proses yang berlaku
dipermukaan Bumi.
● Contoh:Luluhawa,
hakisan,susutan
jisim,susutan darat,
angkutan dan pengenapan.
Luluhawa
● Merupakan satu proses
pemecahan dan
penguraian atau
pereputan batuan
akibat perubahan suhu,
air hujan, tindakan fros
dan mikroorganisma.
Hakisan
● Merupakan proses
penghausan yang
dialami oleh permukaan
Bumi akibat tindakan
agen-agen yang
bergerak seperti air,
angin dan ombak.
Susutan jisim dan
susutan darat
● Melibatkan
pergerakan tanah
dari atas cerun ke
bahagian bawah
akibat daya
tarikan graviti.
● Misalnya, tanah
runtuh.
Angkutan dan
pengenapan
● Bahan-bahan yang telah
diluluhawa atau terhakis
akan dibawa oleh agen-
agen seperti aliran air,
angin, ombak dan glasier.
● Bahan-bahan tersebut
akan dienapkan apabila
halaju agen menjadi
perlahan.
Proses Endogen
● Proses yang berpunca
daripada bahagian dalam
Bumi
● Membentuk dan mengubah
permukaan Bumi.
● Contoh:Proses olakan
mantel,aktiviti magma dan
proses pergerakan kerak
Bumi (plat tektonik).
Proses olakan mantel
● Suhu yang tinggi
dalam bahagian
mantel dan teras Bumi
menghasilkan arus-
arus perolakan di
lapisan astenosfera.
● Arus-arus ini berupaya
menggerakkan kerak
Bumi.
Proses pergerakan kerak
Bumi (Plat Tektonik)
● Menurut Teori Plat Tektonik,
kerak Bumi dibahagikan
kepada beberapa keping
plat.
● Plat-plat ini sentiasa
bergerak menyebabkan
proses pertembungan dan
pencapahan yang
menghasilkan pelbagai
bentuk Bumi serta
hanyutan benua.
Aktiviti magma
● Gunung berapi ialah satu
lohong dari dalam kerak
Bumi yang membolehkan
magma yang cair dan panas
keluar melaluinya dalam
bentuk letusan yang kuat.
● Bahan-bahan letusan
tersebut akan tertimbun di
sekeliling cerun lohong dan
membentuk kon gunung
berapi.
9.4 Fenomena
Geobencana
Fenomena Geobencana
● Kesan proses endogen ialah kejadian
geobencana seperti gempa bumi, tanah runtuh,
tsunami, volkanisme dan lain-lain.
Volkanisme
Pemanasan global
Tsunami
Tanah runtuh
Lubang benam
Gempa bumi
Tanah jerlus
Hujan asid
Sains dan Teknologi untuk Menghadapi Geobencana
● Kemajuan dalam sains dan teknologi membolehkan ciptaan alat
yang mampu memberikan amaran awal terhadap kejadian tanah
runtuh dan tsunami.
Tugasan
Lengkapkan.
Tugasan
Kelaskan contoh berikut
mengikut prosesnya.
Tugasan
Lengkapkan.
Tugasan
Lengkapkan 8 contoh fenomena geobencana.