PJPK Tingkatan 1 KSSM PJ
z
UNIT 7
KECERGASAN
FIZIKAL
z
Senaman Daya
Tahan dan
Kekuatan Otot
Daya tahan otot bermaksud
kemampuan otot untuk bekerja
dan melakukan aktiviti secara
berulang-ulang dan berterusan
tanpa berasa cepat letih dan lesu.
Sebagai contoh, berenang adalah
aktiviti yang menggunakan otot
tertentu secara berulang-ulang.
Daya tahan otot dapat
ditingkatkan melalui intensiti
latihan yang rendah pada ulangan
yang banyak.
z
Senaman Daya Tahan dan Kekuatan Otot
Kekuatan otot pula
bermaksud kemampuan otot
atau sekumpulan otot
menghasilkan daya dengan
kuasa maksimum bagi
mengatasi rintangan.
Rintangan wujud semasa
menarik, menolak atau
mengangkat sesuatu beban.
Latihan untuk meningkatkan
kekuatan otot melibatkan
ulangan yang sedikit dengan
bebanan yang berat.
z
Otot Teras
Otot teras adalah otot yang
terdapat pada bahagian tengah
badan.
Otot teras yang kuat akan
melancarkan pergerakan
semasa melakukan aktiviti
selain memberi postur yang
baik.
Contohnya otot teras adalah
rectus abdominis, internal
oblique, external oblique,
transverse abdominis, erector
spinae, dan multifidus.
z
z
Otot Teras