The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by CIKGU AISYATURRADHIAH BINTI KHAZALI, 2021-09-07 15:05:12

Olahraga Asas-Larian

Olahraga Asas-Larian

Keywords: OLAHRAGA

UNIT 5 OLAHRAGA ASAS

PJPK Tingkatan 1 KSSM

LARI PECUT

BALAPAN

LARI PECUT

Penggunaan blok permulaan adalah
diwajibkan dalam acara lari pecut.

Blok permulaan membantu pelari untuk
mendapatkan kuasa eksplosif semasa
memulakan larian.

Tolakan kaki ke belakang pada blok permulaan
akan menghasilkan satu daya aksi dan reaksi.

Semakin kuat kaki menolak blok permulaan,
semakin kuat daya eksplosif akan terhasil.

KEDUDUKAN
“KE GARISAN”

KEDUDUKAN
“SEDIA”

BERLEPAS
DARI BLOK
PERMULAAN

LARI BERGANTI-GANTI

LARI BERGANTI-GANTI

Selain acara pecut 100 meter dan 200 meter,
murid juga boleh menyertai acara lari berganti-
ganti iaitu 4 × 100 meter dan 4 × 400 meter.

ZON
LARIAN

GAYA PERTUKARAN
BATON

Pertukaran Baton Gaya
Tanpa Visual

Pertukaran Baton Gaya
Visual

PERTUKARAN BATON
GAYA TANPA VISUAL

Gaya ini sesuai digunakan dalam acara
larian berganti-ganti 4 × 100 meter.

PERTUKARAN BATON GAYA TANPA VISUAL

Pelari penerima baton akan memulakan larian apabila
pelari pembawa baton melintasi tandaan.

Pelari penerima baton boleh berada dalam kawasan 10
meter ke belakang dari zon pertukaran baton.

Kawasan ini dikenali sebagai zon pecutan.

Sambil memecut pelari penerima baton
akan menghulurkan tangan tanpa
memandang ke belakang apabila
mendengar arahan daripada pelari
pembawa baton.

Pertukaran baton mesti berlaku dalam
zon pertukaran baton. Ukuran zon
pertukaran baton adalah 20 meter.

Baton perlu diletakkan betul-betul di tapak
tangan pelari penerima baton.

Pelari pembawa baton harus kekal berada di
lorongnya selepas selesai memberi baton.

PERTUKARAN BATON
GAYA VISUAL

Gaya ini sesuai digunakan dalam acara larian
berganti-ganti 4 × 400 meter.

Pelari berada dalam zon pertukaran
ketika pertukaran baton berlaku.

Penerima baton akan menoleh ke
belakang dan memerhatikan
pembawa baton.

Pembawa baton bertanggungjawab
menyerahkan baton ke dalam tangan
penerima dengan sebaik mungkin.

Pertukaran baton perlu berlaku
dalam zon B.

Pelari penerima baton akan
menunggu pertukaran tanpa
mengganggu pelari-pelari
pasukan lain.


Click to View FlipBook Version