BAB 12 SISTEM
SURIA
SAINS TINGKATAN 2 KSSM
12.1 SISTEM
SURIA
Pluto
Pada tahun 2006, Pluto tidak lagi
dikenali sebagai sebuah planet dalam
sistem suria, sebaliknya dikenali sebagai
planet kerdil.
Sistem Suria
Perbandingan Jarak
Planet dalam Sistem
Suria dari Matahari
Unit
Astronomi
(A.U.)
Tahun
Cahaya
(ly)
Unit Astronomi (A.U.)
Unit astronomi (A.U.)
ialah jarak purata di
antara Bumi dengan
Matahari, iaitu kira-kira
93 juta batu atau 150 juta
kilometer
1 A.U. = 1.5 × 10 kuasa 8
km
Tahun Cahaya Tahun cahaya adalah jarak yang ditempuh cahaya
(ly) dalam masa setahun. Cahaya bergerak pada halaju
300 000 km setiap saat.
Maka, cahaya boleh bergerak sejauh 9.5 × 10 kuasa
12 kilometer dalam setahun.
1 tahun cahaya = 9.5 × 10 kuasa 12 km
Planet Utarid
Planet Zuhrah
Planet Bumi
Planet-planet dalam Planet Marikh
Sistem Suria
Planet Musytari
Planet Zuhal
Planet Uranus
Planet Neptun
Planet Utarid
Planet yang paling dekat dengan
Matahari, iaitu kira-kira 57.9 juta
kilometer.
Planet terkecil dalam sistem suria.
Diameter Utarid adalah 40% lebih
kecil daripada Bumi, dan 40% lebih
besar daripada bulan.
Malahan, saiznya juga lebih kecil
daripada bulan Musytari,
Ganymede; dan bulan Zuhal, Titan.
Planet Utarid
Permukaan Utarid adalah lebih
kurang sama dengan permukaan
bulan, dengan kawah-kawah
asteroid dan tebing yang berpuluh-
puluh kilometer tingginya.
Namun, disebabkan ketiadaan
atmosfera, cahaya tidak dapat
diserakkan.
Akibatnya, langit kelihatan gelap
seperti di angkasa lepas.
Planet Zuhrah
Planet kedua terdekat
dengan Matahari.
Zuhrah juga dikenali
sebagai planet
‘rumah hijau’ kerana
kandungan karbon
dioksida yang tinggi di
dalam atmosferanya.
Planet Zuhrah
Zuhrah juga berputar dari
timur ke barat, berbeza
dengan Bumi dan planet-
planet lain, iaitu dari barat
ke timur.
Hal ini bermakna di Zuhrah,
Matahari akan terbit dari
barat.
Saiz dan usia Zuhrah sama
dengan Bumi tetapi iklimnya
jauh lebih mencabar,
dengan suhu sekitar 460°C.
Planet Bumi
Planet ketiga dari
Matahari.
Merupakan satu-satunya
tempat di alam semesta
yang dihuni makhluk
hidup.
Planet Bumi
Bumi mempunyai lapisan udara
yang dikenali sebagai atmosfera
yang melindungi permukaan
Bumi daripada angin suria,
sinaran ultraungu berbahaya
dan radiasi dari angkasa lepas
Lebih 71% kawasan Bumi dilitupi
oleh air dan 29% terdiri daripada
daratan.
Planet Marikh
Planet keempat dari
Matahari dan juga
dikenali sebagai Planet
Merah.
Marikh mempunyai dua
bulan, iaitu Phobos dan
Demos.
Marikh hanya
mempunyai keluasan
25% permukaan Bumi
dan 10% jisim Bumi.
Planet Marikh
Jika dipandang dari Bumi,
atmosfera Marikh dapat
dibahagikan kepada dua
kawasan yang berbeza.
Kawasan yang lebih cerah
dilitupi oleh debu dan pasir
kemerahan, manakala
kawasan kutub
mengandungi air beku dan
karbon dioksida.
Planet Musytari
Planet kelima dari Matahari dan juga
planet yang terbesar daripada
lapan planet dalam sistem suria.
Jisimnya hampir 320 kali ganda
daripada jisim Bumi dan mempunyai
jisim dua kali ganda daripada jumlah
jisim semua planet dalam sistem
suria.
Planet Musytari
Musytari dikatakan sebagai
pelindung kepada Bumi, iaitu
mampu memesongkan objek-
objek besar daripada melanggar
Bumi dengan daya gravitinya
yang sangat kuat.
Planet Zuhal
Planet keenam dari
Matahari dan planet kedua
terbesar dalam sistem suria.
Zuhal dikelaskan sebagai
planet gergasi bergas.
Mempunyai sistem gelang
atau cecincin yang
kebanyakannya terdiri
daripada ais dengan
sejumlah kecil serpihan
batuan dan debu.
Planet Zuhal
Sebanyak 62 bulan yang ditemukan setakat ini mengorbit
planet berkenaan
Saiz Titan, bulan Zuhal yang terbesar (selepas
Ganymede), adalah lebih besar daripada planet Utarid.
Planet Uranus
Planet ketujuh dari Matahari
Unsur pertama di bahagian
dalam Uranus ialah ais dan batu.
Uranus merupakan planet ketiga
terbesar dalam sistem suria.
Sering digelar sebagai planet
gergasi bergas oleh ahli
astronomi
Uranus mempunyai sistem
cecincin seperti Zuhal tetapi nipis
dan gelap.
Planet Uranus
Uranus mempunyai banyak
bulan.
Merupakan planet yang
unik kerana paksi
putarannya condong ke sisi,
hampir selari dengan
orbitnya yang mengelilingi
Matahari
Uranus mengambil masa 84
tahun (waktu di Bumi) untuk
mengelilingi
Planet Neptun
Planet kelapan dari Matahari.
Juga dikelaskan sebagai
planet gergasi bergas
Mengambil masa hampir 165
tahun (waktu di Bumi) untuk
mengelilingi Matahari.
BACA SELANJUTNYA DALAM BUKU TEKS SAINS MS 256 - 257
TUGASAN