UNIT 3 KATEGORI
SERANGAN - BOLA JARING
PJPK Tingkatan 1 KSSM PJ
BOLA JARING
• Bola jaring ialah satu permainan
yang diubah suai daripada
permainan bola keranjang pada
tahun 1897.
• Permainan ini dimainkan oleh dua
pasukan yang mengandungi tujuh
orang pemain bagi setiap pasukan,
dengan peranan yang berbeza.
• Setiap pemain hanya boleh
bergerak di gelanggang dalam
kawasan tertentu.
BOLA JARING
• Tujuan permainan ini adalah untuk
menjaringkan gol sebanyak yang
boleh oleh penjaring gol yang
dibenarkan dalam bulatan gol
menyerang.
• Satu perlawanan biasanya
berlangsung sebanyak empat suku.
• Setiap suku mengambil masa
selama 15 minit. Pemenang ialah
pasukan yang dapat menjaringkan
gol yang paling banyak.
• Permainan bola jaring dimainkan
dalam kalangan wanita dan amat
popular di negara-negara
Komanwel.
BOLA JARING
• Kebelakangan ini, bola jaring juga
dimainkan oleh pasukan yang terdiri
daripada campuran pemain lelaki dan
perempuan (mixed netball), serta
mendapat sambutan daripada kaum
lelaki (men’s netball).
• Persatuan Bola Jaring Malaysia (PBJM)
bertanggungjawab untuk
mengembang dan mempromosikan
permainan bola jaring di Malaysia.
BOLA JARING
• Manakala di peringkat
antarabangsa, permainan bola
jaring diuruskan oleh
Persekutuan Antarabangsa
Persatuan Bola Jaring
(International Federation of
Netball Associations, IFNA).
• Seperti permainan bola sepak,
IFNA juga menganjurkan
kejohanan Piala Dunia empat
tahun sekali
MENGHANTAR DAN MENERIMA BOLA
MENGHANTAR DAN
MENERIMA BOLA
• Permainan bola jaring
memerlukan kemahiran
menghantar bola dan menerima
bola dari pelbagai arah dan aras.
• Pelbagai jenis hantaran boleh
dilakukan agar bola dapat
diterima oleh rakan dengan tepat
dan selamat.
• Jenis hantaran bergantung
kepada kedudukan rakan yang
akan menerima bola.
MENGHANTAR DAN
MENERIMA BOLA
• Pemain harus belajar bila dan ke
mana untuk menghantar bola
serta jenis hantaran yang sesuai
digunakan.
• Antara jenis hantaran yang boleh
dilakukan ialah:
hantaran aras dada
hantaran aras bahu
hantaran atas kepala
hantaran lantun
hantaran sisi
MENGHANTAR DAN
MENERIMA BOLA
• Kemahiran menerima bola
memerlukan koordinasi mata dan
tangan.
• Dalam situasi permainan, bola
akan datang dari pelbagai arah
dan aras.
• Bola boleh diterima dengan
menggunakan kedua-dua belah
tangan atau sebelah tangan.
• Kemahiran menerima yang tidak
berkesan boleh menyebabkan
ritma serangan tergendala dan
pihak lawan berpeluang memiliki
bola semula.
GERAKAN KAKI
GERAKAN KAKI
• Kemahiran gerak kaki dalam
bola jaring adalah penting
semasa pemain menerima bola
sebelum dihantar cepat kepada
rakan, sebelum menjaringkan
gol, atau semasa mendarat
selepas menangkap bola di
udara.
• Gerak kaki yang betul juga
dapat membolehkan pemain
menukar arah dengan pantas
agar dapat menghantar bola
dengan cepat ke rakan sebelum
pihak lawan dapat mengadang
dengan berkesan.
GERAKAN KAKI
• Gerak kaki yang melanggar
undang-undang permainan
boleh menyebabkan satu
hantaran percuma diberikan
kepada pihak lawan.
• Kemahiran gerak kaki boleh
dilakukan dengan mendarat
menggunakan kedua-dua
belah kaki, sebelah kaki,
atau satu setengah langkah
setelah menangkap bola.
WATCH YOUR
STEP!
• Pemain digalakkan
melakukan pivot untuk
menghala ke arah hantaran
yang sesuai, di samping
dapat mewujudkan lebih
ruang yang selamat
daripada pengadang.
MENJARING
DUA BELAH
KAKI
MENJARNG
• Kemenangan sesuatu pasukan
dalam permainan bola jaring
ditentukan oleh jumlah gol yang
dijaringkan.
• Oleh itu, pemain haruslah
menguasai kemahiran menjaring
dari pelbagai jarak dalam bulatan
gol.
• Hanya pemain yang berperanan
sebagai penjaring gol (GS) dan
penyerang gol (GA) dibenarkan
menjaringkan gol dalam bulatan
gol kawasan menyerang
MENJARING
• Faktor-faktor seperti cara
menangkap bola oleh
penjaring, kedudukan
penjaring dan pengadang,
percubaan menjaring boleh
dilakukan dari mana-mana
tempat dalam bulatan gol
dengan menggunakan
kedua-dua belah tangan atau
sebelah tangan secara statik
atau gerak selangkah dari
pelbagai jarak.
MENGADANG
MENGADANG
• Mengadang ialah asas pertahanan
dalam permainan bola jaring.
• Tujuan mengadang adalah untuk
menghalang hantaran penerimaan
dan jaringan bola
• Kedudukan pengadang yang baik
dapat mengehadkan sudut
hantaran, ruang dan kelajuan bola
yang ingin dihantar oleh pihak
penyerang.
• Semasa mengadang, pemain perlu
berada berhampiran dengan pihak
lawan.
MENGADANG
• Kemahiran mengacah dan
dodge merupakan
pergerakan pantas dan
tangkas yang membolehkan
pemain membebaskan diri
daripada pengadang untuk
menerima hantaran.
• Kemahiran ini boleh
digunakan untuk menukar
arah dengan cepat bagi
mewujudkan ruang.
TAMAT