The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by atieradiyana2018, 2021-04-12 16:41:21

KERTAS KERJA BM

KERTAS KERJA
MISI BANTUAN KEMANUSIAAN

OLEH
AHLI KELAB KEBAJIKAN
MAKTAB RENDAH SAINS MARA BALIK PULAU

22 JANUARI 2021

MRSM BALIK PULAU
KERTAS KERJA MISI BANTUAN KEMANUSIAAN

MANGSA BANJIR KAMPUNG BATU KAPUR

1.0 TUJUAN
Kertas cadangan ini bertujuan memohon kelulusan Tuan Pengetua MRSM
Balik Pulau supaya meluluskan permohonan misi bantuan kemanusiaan
kepada mangsa banjir di Kampung Batu Kapur, Mentakab, Pahang.

2.0 LATAR BELAKANG
Kampung Batu Kapur telah mengalami banjir yang agak teruk pada 6

Januari 2021 sehingga menyebabkan paras air banjir mencecah paras
bumbung rumah. Kini, seramai 539 mangsa melibatkan 160 keluarga
ditempatkan di dua buah PPS akibat kawasan kampung dilanda banjir.

Oleh itu, ahli Kelab Kebajikan MRSM Balik Pulau telah bekerjasama
dengan beberapa pihak bagi menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada
mangsa banjir di Kampung Batu Kapur. Pihak yang akan terlibat dengan misi
bantuan ini ialah Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) bahagian
Pahang dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

Bantuan yang akan disalurkan kepada mangsa banjir di Kampung Batu
Kapur merupakan barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak,
gula, biskut tin dan kopi bagi meringankan beban mereka setelah kampung
tersebut dilanda banjir.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Bantuan ini dapat dijadikan contoh bagi memupuk sikap
keprihatinan dalam diri pelajar terhadap masyarakat yang
memerlukan.
3.2 Bantuan ini sedikit sebanyak mampu menolong dan meringankan
beban penduduk yang sudah kehilangan rumah akibat banjir.

4.0 MAKLUMAT AKTIVITI
Aktiviti ini akan disertai oleh ahli Kelab Kebajikan seramai 18 orang dan 2
orang guru pengiring. Senarai nama rujuk lampiran 1.

5.0 CADANGAN PELAKSANAAN PROGRAM
Tarikh program dicadangkan seperti berikut:

Tarikh : 10 Februari 2021
Tempat : Kampung Batu Kapur, Mentakab, Pahang

6.0 KUMPULAN SASARAN
Mangsa banjir di Kampung Batu Kapur, Mentakab, Pahang

7.0 ATUR CARA / TENTATIF PROGRAM
Rujuk lampiran 2.

8.0 KEWANGAN
Rujuk lampiran 3.

PENUTUP
Menjadi harapan pihak kami agar tuan dapat meluluskan pelaksanaan
program ini. Semoga aktiviti ini akan dapat membantu mangsa banjir yang
memerlukan di Kampung Batu Kapur jika berjaya dilaksanakan. Selain itu,
program yang dilaksanakan ini pasti dapat memberi pengalaman yang
bermakna buat ahli kelab kebajikan.

Disediakan oleh:
NUR ATIERA DIYANA BINTI HAYADEE

Setiausaha Kelab Kebajikan
MRSM Balik Pulau
Disokong oleh:

SHURDI BIN SHUIB
Guru Penasihat Kelab Kebajikan
MRSM Balik Pulau

Diluluskan oleh:

HAJI KHAIRUL ANUAR BIN DATO’ HJ SHAFIE
Pengetua
MRSM Balik Pulau
Tarikh:

LAMPIRAN 1

SENARAI NAMA AHLI KELAB KEBAJIKAN DAN GURU
YANG TERLIBAT

1. En. Mohamad Sofi bin Ismail ( Guru Pengiring )
2. Puan Rosliza binti Jaafar ( Guru Pengiring )
3. Muhammad Muaz bin Muhammad Bakhori ( Pengerusi )
4. Azlin Saffiya binti Ahmad Azlan ( Naib Pengerusi )
5. Nor Syazwani binti Dahlan ( Bendahari )
6. Elis Sofia binti Mohd Asri ( Setiausaha )
7. Alia binti Mohd Razip ( Ahli Jawatankuasa 1 )
8. Nur Khalidah binti Sahfuan ( Ahli Jawatankuasa 2 )
9. Muhammad Amizan bin Jamaludin ( Ahli Jawatankuasa 3 )
10. Dhia Nasuha binti Redzwan
11. Nur Husnina binti Ahmad Yusri
12. Nur Atiera Diyana binti Hayadee
13. Azizul El-Yaasiin bin Azizul Azmy
14. Muhammad Danish Irfan bin Zulkifli
15. Aisyatul Adriana binti Muamar Gadaffi
16. Muhammad Arif Farhan bin Mohd Zohri
17. Ahmad Adib Elhan bin Ahmad Martadha
18. Mohamad Erfan Hayqal bin Ahmad Faizal
19. Noor Amni Nuwairah binti Muhammad Zumar
20. Muhammad Dhiya Hamzah bin Muhammad Affandi

LAMPIRAN 2

TENTATIF PROGRAM

RABU ( 10 FEBRUARI 2021 )

7.30 pagi : Bergerak dari MRSM Balik Pulau dengan menaiki bas
maktab

2.00 petang : Tiba di Kampung Batu Kapur, Mentakab, Pahang

2.30 petang : Membahagikan ahli kelab kepada beberapa buah
kumpulan kecil

3.00 petang : Pengagihan bantuan kepada penduduk kampung
dijalankan

5.00 petang : Pengagihan selesai

5.45 petang : Bersedia untuk pulang ke maktab semula

LAMPIRAN 3

LAPORAN KEWANGAN MISI BANTUAN KEMANUSIAAN

SUMBER KEWANGAN :

SUMBANGAN PERTUBUHAN KEBAJIKAN : RM 6000.00
ISLAM MALAYSIA ( PERKIM ) BAHAGIAN : RM 5000.00
NEGERI PAHANG
SUMBANGAN PERTUBUHAN BUKAN
KERAJAAN ( NGO ) PAHANG

BIL PERKARA KOS SUMBER
KEWANGAN
1. KEPERLUAN ASAS
SUMBANGAN
BERAS 10KG 150 X RM 23.00 RM 3450.00 (PERKIM)
BAHAGIAN
MINYAK MASAK 5KG 150 X RM 26.00 RM 3900.00 NEGERI PAHANG

GULA 1KG 150 X RM 2.95 RM 442.50 SUMBANGAN
(NGO) PAHANG
BISKUT TIN 700G 150 X RM 10.99 RM 1648.50

KOPI 3 DALAM 1 150 X RM 7.88 RM 1182.00

JUMLAH RM 10632.00
JUMLAH KESELURUHAN RM 10632.00 RM 11000.00

ULASAN :

SUMBER KEWANGAN : RM 11000.00
WANG BELANJA : RM 10632.00
BAKI AKHIR : RM 368.00

Baki akhir wang akan disalurkan ke tabung kemanusiaan mangsa banjir
Kampung Batu Kapur.


Click to View FlipBook Version