KETERANGAN:
Pokok Emas Cotek ataupun Mas Cotek merupakan sejenis pokok
herba yang digunakan dalam bidang perubatan Melayu. Dalam
perubatan Melayu pokok mas cotek ini dibahagikan kepada mas
cotek jantan (berdaun kecil) dan betina (berdaun besar) .
Mas cotek atau dalam bahasa saintifiknya, Ficus
deltoidea merupakan tumbuhan yang kini mula mendapat
perhatian, khususnya di kalangan pengamal perubatan tradisional.,
Mas cotek dikenali kerana khasiatnya yang dapat merawat pelbagai
jenis penyakit dan baik untuk penjagaan kesihatan.
Tumbuhan herba ini mampu merawat dan mengekalkan tahap
kesihatan, termasuk meningkatkan tenaga, membaiki peredaran
darah, mengecutkan rahim dan merawat paru–paruberair, darah
tinggi, kencing manis, lemah jantung serta cirit – birit.