The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mariaandy942, 2021-09-19 06:35:10

PAKAIAN TRADISIONAL

PAKAIAN TRADISIONAL

BAB 1:PAKAIAN TRADISIONAL &
PERHIASAN DIRI

NAMA : MARIA RAMDHANI BINTI ANDUAT
KELAS : 3 AL BIRUNI
NO. MAKTAB : PT190149

PENGENALAN

DEFINISI

Konsep Pakaian Tradisional Masyarakat Melayuboleh diklasifikasikan
seperti berikut: Menurut Kamus Dewan Pelajar Edisi Kedua Pakaian
membawa makna apa-apa sahaja yang dipakai di badan seperti baju dan
seluar. Manakala Tradisional bermaksud bersifat atau bercorak tradisi; dan
Masyarakatmerangkumi umat manusia, kelompok manusia, komuniti,
bangsa, kaum, suku, puak, kumpulan etnik, ras, orang ramai, khalayak
ramai, penduduk dan mujtamak.

BAJU KEBAYA

PAKAIAN TRADISIONAL
MELAYU

BAJU KURUNG

Baju tradisional Melayu merujuk kepada baju
tradisional orang Melayu, terutamanya baju Melayu
dan baju kurung. Selain itu, ia juga termasuk baju
kebaya, celana, kain sarung, samping dan selendang.

BAJU MELAYU

PERHIASAN DIRI ORANG MELAYU

Cucuk sanggul
wanita Melayu zaman dahulu menyimpan rambut panjang dan membuat sanggul.
Cucuk sanggul diperbuat daripada buluh, tembaga, perak, suasa dan emas. Cucuk
sanggul digunakan untuk menyemat dan menahan sanggul supaya tidak terburai. Di
samping itu, ia juga berfungsi sebagai hiasan yang menambahkan seri kepada si
pemakai.
cucuk sanggul dihias dengan batu-batu permata beranika warna.
Wanita nyonya dan ceti di Melaka menggunakan beberapa cucuk sanggul yang
menyerupai ekor merak yang kembang

Memakai penutup kepala ialah satu kelaziman bagi orang Melayu zaman dahulu sama ada lelaki
dan perempuan.
Tenggolak golongan bangsawan dan pengantin lelaki biasanya dihiasi dengan barang kemas
yang diperbuat daripada emas bermotifkan flora dan fauna dalam berbagai bentuk.
Mahkota pula, digunakan dalam adat istiadat di raja atau dipakai oleh pengantin. Ia diperbuat
daripada logam biasa atau emas bertahtakan intan permata

SAMFOO PAKAIAN TRADISIONAL
CINA

Sejarah kehadiran kaum Cina bermula dengan berkembangnya Melaka CHEONGSAM

sebagai pusat perdagangan, diikuti Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.
Kehadiran mereka ini membawa bersama adat resam, budaya dan corak
pakaian tradisional yang kemudiannya disesuaikan dengan suasana
tempatan.
Busana klasik Cina yang asalnya berlapis- lapis, sarat dengan sulaman
benang emas dan sutera, kini masih boleh dilihat dengan diubahsuai
mengikut peredaran masa dan kesesuaian. Jubah Labuh, Samfoo, Hanfu
dan Cheongsam kekal dipakai di dalam majlis dan upacara

PERHIASAN DIRI ORANG CINA

PAKAIAN TRADISIONAL ORANG INDIA

Dhoti merupakan pakaian untuk kamum lelaki. Pakaian ini
diperbuat daripada kain yang bewarna putih. Kebanyakan dhoti
hanya boleh dilihat di hari perkahwinan sahaja kerana generasi
muda hari ini tidak berminat dengan pakaian tersebut.

Sari merupakan pakaian untuk kaum perempuan dan ia adalah pakaian
seharian dan turut dipakai pada musim perayaan. Sari terdiri daripada
lembaran kain yang berukuran semeter hingga dua meter lebar dan
panjangnya pula antara lima hingga lima belas meter mengikut saiz
pemakai. Kebanyakan kain sati adalah jarang dan lembut. Sebelum
memakai sari, Si pemakai perlu memakai anak baju yang ketat dan
singkat. Kemudian sati dililit dari pinggan dan diselempang pada bahu
kiri. Lilitan pinggang sebanyak tiga hingga lima kali untuk menguatkan
lilitan supaya tidak terurai

PERHIASAN DIRI NEGARA INDIA

PAKAIAN ORANG IBAN

Pakaian tradisional lelaki Iban terbahagi kepada dua iaitu Kain Sirat dan Dandong.
Kain Siratdikenali juga sebagai kain cawat merupakan pakaian asas kaum
Iban. Sirat dipakai dengan cara melilitnya dipinggang dan celah kelengkang. Hujung
kain ini dijuntaikan dari pinggang ke hadapan dan belakang badan, mempamerkan
bahagian yang berhias. Dandong pula merupakan kain selendang yang dipakai oleh
lelaki Iban.Dandong lebih lebar daripada bedong. Panjangdandong tidak tetap kerana
kain ini digunakan sebagai pembungkus barang-barang persembahan dalam upacara-
upacara tertentu. Dandong diperbuat daripada kain yang ditenun dengan cara ikat.

Pakaian tradisonal wanita Iban pula, terbahagi kepada tiga jenis iaitu Bidang,
Kalambi dan Bedong. Bidangmerupakan sejenis kain sarung yang sempit dan panjangnya
cuma separas lutut. Baju Kaum Iban yang dipanggil kalambi pula ada dua jenis iaitu
kalambi berlengan dan kalambi tanpa lengan. Wanita Iban juga memakai kain selendang
yang panjang dan sempit. Kain selempang ini dikenali sebagai bedong, iaitu ia dihiasi oleh
reka corak tenunan yang sangat halus.

PERHIASAN DIRI ORANG IBAN


Click to View FlipBook Version