KURSUS:
TEKNOLOGI HIJAU DAN ASAS KELESTARIAN
KOD: PALS 1012
NAMA: NG ZI YIN
ANGKA GILIRAN: 2021162312050
KUMPULAN: 2 PPISMP RBT 3
PENSYARAH: DR HAIRIAH BINTI MUNIP
ISI KANDUNGAN 1
2
PENGENALAN
ISU PENINGKATAN SISA PEPEJAL 7
PRODUK TEKNOLOGI HIJAU - TEKNOLOGI LOJI INSINERATOR 12
(MENGATASI ISU PENINGKATAN SISA PEPEJAL) 13
CADANGAN 14
PENUTUP
RUJUKAN
PENGENALAN
Asas kelestarian dan teknologi hijau yakni tema utama bagi penulisan ini. Pertama sekali,
asas kelestarian ataupun pembangunan lestari boleh difahami sebagai sesuatu
pembangunan demi menghindari pelupusan sumber dan meminimunkan kerosakan ke atas
alam semula jadi. Manakala, teknologi hijau pula dikenali sebagai teknologi alam sekitar.
Teknologi hijau mengaplikasikan penggunaan sains alam sekitar untuk mencapai tujuan
memulihara sumber dan alam sekitar semula jadi. Selain tu, teknologi hijau juga bermatlamat
untuk mengawal kesan negatif kepada aktiviti seharian untuk spesis bangsa keturunan
manusia. Contoh bagi kesan negatif berkenaan ialah pencemaran udara, pencemaran air dan
sebagainya yang menjejaskan kualiti kehidupan.
Oleh itu, asas kelestarian berhubung rapat dengan teknologi hijau. Apabila manusia
mempunyai kesedaran untuk mementingkan asas kelestarian, manusia akan bertungkus-
lumus untuk menguasai dan mengaplikasikan teknologi hijau. Secara terperinci, teknologi
hijau terdapat 5 sektor cabangan iaitu sumber tenaga, pengurusan sisa pepejal, bangunan,
pengangkutan dan pertanian. Dalam penulisan ini, pengkaji akan membincangkan tentang isu
bagi sektor pengurusan sisa pepejal.
1
ISU PENINGKATAN SISA PEPEJAL
Takrifan Sampah
Sampah ditakrifkan sebagai benda-benda yang dibuang atau kotoran (Kamus dewan edisi
keempat, 2005). Selain daripada itu, sampah boleh dikategorikan kepada dua iaitu sampah
padat ataupun dikatakan sebagai sampah anorganik serta sampah basah yang dikenali
sebagai sampah organik. Perbezaan antara kedua-dua sampah ini adalah ketahanan masa.
Ciri ketahanan masa ini dipengaruhi oleh sifat penguraian mikroorganisme tanah. Sebagai
contohnya, sampah anorganik seperti bahan logam, plastik dan kaca sukar diuraikan. Oleh
itu, ia akan menimbulkan pencemaran tanah. Manakala, sampah organik iaitu sisa makanan,
daun dan ranting-ranting mudah diuraikan. Walaupun ia tidak menimbulkan pencemaran
tanah, tetapi akan menimbulkan pencemaran udara dengan aroma yang busuk.
Rajah 1: Peta Ringkas Pengklasifikasian Sampah (Disperkimta, 2019)
Data Penghasilan Sampah
Seantero dunia
Jika tidak mengambil inisiatif segera, sisa global akan meningkat sebanyak 70 peratus pada
tahap semasa menjelang tahun 2050 (World Bank Report, What a Waste 2.0: A Global
Snapshot of Solid Waste Management to 2050). Bukan itu sahaja, penjanaan sisa tahunan
global dijangka melonjak daripada 2.01 bilion pada tahun 2016 kepada 3.4 bilion ton dalam
tempoh 30 tahun yang akan datang. Graf 1 telah memaparkan unjuran penjanaan sisa mengikut
wilayah dengan ukuran jutaan tan/tahun.
2
Graf 1 : unjuran penjanaan sisa mengikut wilayah (The World Bank, 2022)
Manakala, jenis sisa dan peratusan yang dihasilkan boleh merujuk kepada Graf 2 iaitu
komposisi sisa global. Berdasarkan pie chart tersebut, Sisa makanan dan sisa hjau mempunyai
peratus yang terbanyak iaitu 44%. Jenis sampah seterusnya ialah kertas dan kadbod.
Sampah terbanyak ketiga ialah plastik dan diikuti yang lain-lain. Walaupunbegitu, sisa
makanan, daun dan ranting-ranting adalah boleh diuraikan seperti mana telah dikatakan
dalam taksiran sampah. Selain daripada pencemaran udara dengan bau busuk, sisa makanan
dan sisa hijau adalah lebih mesra dengan alam sekitar berbanding dengan sisa yang lain.
Sisa kertas dan kadbod pula boleh diproseskan untuk diguna semula. Oleh itu, sampah plastic
merupakan isu yang lebih perlu kita menitikberatkan. Hal ini dikatakan demikian kerana
sampah plastik tidak dapat diuraikan oleh mikroorganisme.
Graf 2 : komposisi sisa global (The World Bank, 2022)
3
Sampah plastik
Berdasarkan laporan Programme Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNEP)
menyatakan bahawa kehidupan laut seperti penyu, ikan, burung, ikan lumba-lumba dan anjing
laut telah menjadi mangsa diancam oleh sampah plastik dengan tertelan benda plastic
ataupun disangkut plastik. Mereka telah menggangarkan bahawa di seluruh dunia sebanyak
lebih kurang seratus ribu ekor mamalia laut dan penyu mati saban tahun diakibatkan oleh
sampah plastik. Dengan itu, dapat kita lihat bahawa sampah plastik telah secara langsungnya
memcetuskan masalah ekologi tidak seimbang. Pada persoalannya, kewujudan sampah
plastik yang berbilangan dihasilkan pada mana? Berdasarkan stastistik WorldAtlas, Amerika
Syarikat merupakan negara yang terbanyak menghasilkan sisa plastik dengan anggaran
105.3kilogram setahun. Dengan dukacitanya, negara saya, Malaysia mendapat kedudukan
yang tidak rendah iaitu keenam.
Rajah 2 & 3 : Penyu terganggu dengan sampah plastik
Rajah 4 : stastistik sampah plastik dihasilkan (WorldAltas, 2021)
4
Malaysia
Tidak dapat dinafikan bahawa jumlah kutipan sampah saban tahun di negara Malaysia
mendadak dengan cepat. Dengan hanya membuat anggaran bagi setiap hari, rakyat Malaysia
menghasilkan 38,000 tan sisa domestik dan 17,000 tan sisa makanan (SWCorp, 2017). Hal
ini dapat dibuktikan oleh data penjanaan kutipan sampah 2012 hingga 2022 tahun ini (Dr
Sumiani, 2021). Anggaran penjanaan sisa pepejal di negara ini pada tahun lalu adalah 38,699
tan sehari dan angka itu terus meningkat pada tahun ini iaitu kutipan 39,936 tan sehari. Data
tahun 2022 telah meningkat sebanyak 1,237 tan berbanding dengan tahun 2021. Hal ini amat
menakutkan kerana berbanding dengan data antara tahun 2020 dengan tahun 2021 hanya
meningkat sebanyak 618 tan. Dalam tempoh masa setahun ini peningkatan telah berganda.
Rajah 5 : Data penjanaan kutipan sampah 2012 – 2022 (Dr Sumiani, 2021)
Punca mencetuskan isu peningkatan sampah di Malaysia
Kesedaran rendah tentang penjagaan alam sekitar
Bagi memudahkan anda dapat mengimaginasikan keadaan kemelut isu peningkatan sampah
Malaysia, boleh merujuk kepada rajah 6. Dalam gambar tersebut, permukaan air telah dipenuhi
oleh pelbagai sampah sarap. Gambar ini diambil di Kampung Tanjung Batu Laut, Tawau. Imej
kampung telah dijejas dengan teruk akibat situasi yang menjijikkan ini. Bukan itu sahaja, jika
menelitikan gambar tersebut, akan mendapati televisyen dan tilam. Hal ini telah membuktikan
bahawa kesedaran kebersihan netizen di kampung tersebut masih rendah. Mereka sanggup
membuang sampah ke dalam air yang menyelilingi rumahnya tanpa memikirkan kesan
tindakan mereka. Lantaran itu, menyebabkan kesan visual yang negatif dan berbau busuk
sentiasa. Bukan sahaja netizen di kampung tersebut, sebilangan rakyat Malaysia tidak
memberi perhatian kepada isu alam sekitar ini akibat menimbulkan lagi isu peningkatan
sampah.
5
Rajah 6 : Lautan Sampah di kampung di Tawau (Media Sabah, 2019)
Sikap
Tidak dapat disangkalkan, pendedahan tentang pengetahuan penjagaan alam sekitar
semakin luas apabila isu alam sekitar semakin banyak. Misalnya, Perbadanan Pengurusan
sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) sebagai salah satu agensi kerajaan negara
malaysia telah ditubuhkan demi meningkatan kesedaran awam. Namun, bak kata pepatah
‘sebab nila setitik, rosak susu sebelanga’. Jika terdapat sesetengah individu yang tidak
mempraktikkan amalan menjaga alam sekitar, seluruh masyarakat pula menderitakan.
Sekiranya majoriti rakyat mendapat pendidikan untuk menjaga alam sekitar, apakah sebab
yang menyebabkan mereka tidak mengambil inisiatif yang wajar? Jawapannya ialah sikap
sambalewa yang diakibatkan oleh sikap malas. Sebagai contohnya, individu malas untuk
mengasingkan sampah, membalut sisa sampah dengan beg dan meletakkan dalam bekas
sisa komunal. Selain itu, individu memegang sikap tidak bertanggungjawab kerana
berpendapat bahawa kawasan awam bukan pemilikan sendiri.
Rajah 7 : Logo agensi SWCorp
6
PRODUK TEKNOLOGI HIJAU - TEKNOLOGI LOJI INSINERATOR
(MENGATASI ISU PENINGKATAN SAMPAH)
Demi mengatasi isu peningkatan sampah ini, SWCorp mendapati pengurusan sisa pepejal di
semenanjung Malaysia telah mengalami transformasi daripada aspek penstoran, kutipan,
pengangkutan, pelupusan, pembersihan jalan, pembersihan longkang dan juga pemotongan
rumput seperti mana yang telah ditunjuk dalam rajah 8. Walaubegitu, salah memilih
pengurusan sisa akan memudaratkan kesihatan manusia dan persekitaran tempatan sambil
menambah cabaran iklim (Laura Tuck). Oleh itu, kita hendaklah memahami kegunaan dan
keburukan sesuatu produk bagi teknologi hijau. Lantaran itu, teknologi loji insinerator
merupakan produk yang hendak dibincangkan secara teliti supaya dapat menggunakan
teknologi ini dengan cara yang betul.
Rajah 8 : transformasi sisa pepejal di semenanjung Malaysia (SWCorp)
7
Teknologi loji insinerator ataupun dikenali sebagai loji rawatan termal merupakan teknologi
baharu yang baru diaplikasikan dalam negara kita. Hal ini dikatakan demikian kerana dalam
rajah 9 dapat kita lihat bahawa kebanyakkan negeri dalam Malaysia baru mula menggunakan
pelupusan sampah yang sanitari. Pada persoalannya, apakah konsep loji insinerator?
Rajah 9 : Data pelupusan sampah (Dr Sumiani, 2021)
Pertama sekali, loji insinerator merupakan salah satu jenis dalam loji pembakaran sampah
‘Waste-to-Energy’ (WTE). WTE menekankan konsep menukarkan sisa kepada tenaga. Loji
berkenaan akan menjana elektrik atau haba secara langsungnya dengan melalui pembakaran
sisa pepejal. Secara spesifik kepada loji insinerator pula, ia menjalankan dengan pembakaran
yang menggunakan diesel (termal). Sebelum pembakaran, sisa pepejal akan diproseskan
dengan sistem pengeringan dan sistem pengurusan sisa air kumbahan. Selepas siap
pembakaran, gas yang dihasilkan akan ditukar kepada tenaga elektrik. Manakala, sisa abu
bawah yang tertinggal pula terdapat kegunaan bagi tumbuh-tumbuhan seperti digunakan
sebagai baja. Rajah 10 merupakan proses lengkap bagi loji insinerator. Selain daripada itu,
pengkaji turut menyertakan gambaran loji sebenar di Malaysia.
8
Rajah 10 : proses lengkap dalam loji insinerator (Hasrul Hassan, 2015)
Rajah 11 : Insinerator di Pulau Pangkor (Berita Harian, 2021)
9
Kebaikan
Mengurangkan pencemaran kepada bumi
Seperti mana dapat kita lihat, loji insinerator dapat merawat sisa yang boleh membawa toksik.
Hal ini dikatakan demikian kerana dalam proses loji insinerator terdapat langkah sanitari.
Secara tidak langsungnya, pencemaran bau atau gas juga dapat dikurangkan. Misalnya, gas
metana yang membahayakan suhu bumi tidak akan dihasilkan dalam loji tersebut. Jika
mengawal keselamatan loji insinerator dengan efektif dan sistematik, pencemaran udara
dapat dikurangkan dengan mengurangkan pendedahan kepada bahan sisa yang beracun dan
gas beracun yang terdapat di tapak pelupusan.
Mengurangkan penggunaan tanah
Apabila sisa pepejal dapat diproseskan dengan segera dalam loji insinerator, jangka hayat
bagi tapak pelupusan sampah juga dapat dipanjangkan. Hal ini dapat dibuktikan dengan
proses penguraian yang menerusi teknologi rawatan lebih cepat dan efisien. Selain daripada
itu, sisa yang dihantar ke tapak pelupusan sampah dapat dikurangkan. Oleh itu, tapak
pelupusan sampah memerlukan kapasiti yang kecil sahaja. Seterusnya, tapak yang
berlebihan boleh diguna semula untuk kegunaan lain. Sebagai contohnya, taman rekreasi
mahupun taman permainan.
Menjanakan elektrik
Sisa pepejal yang dibakar di insinerator berupaya menjana tenaga elektrik serta haba untuk
kegunaan rumah ataupun pengoperasian loji sendiri. Dengan ini, kos pengurusan loji dapat
dikurangkan. Berdasarkan kenyataan dalam laporan Lab Pengurusan Sisa Pepejal, loji
insinerator di Copenhagen, Denmark berupaya menghasilkan elektrik dan haba, selaras
dengan penggunaan 70,000 isi rumah untuk tahun 2004. Justeru, loji insinerator berpotensi
tinggi untuk dijadikan sebagai satu teknologi hijau yang membekalkan tenaga elektrik kepada
masyarakat besar.
10
Keburukan
Standard pengawalan keselamatan dan kesihatan yang tinggi
Negara maju seperti Jepun dan Amerika Syarikat menghadapi masalah dalam mengekal
standard pengawalan keselamatan dan kesihatan loji insinerator. Apatah lagi bagi negara
membangun seperti negara Malaysia. Tambahan pula, penyaluran air dan pembinaan
bangunan atau jejambat negara kita masih terdapat banyak kelemahan. Oleh itu, Malaysia
lebih sukar untuk mencapai standard pengawalan keselamatan yang tinggi ini. Kalau tercetus
isu bocoran bahan sisa daripada insinerator, agak sukar untuk membendungnya. Sebagai
contohnya, sisa yang telah diproses seperti abu terbang juga dianggap sebagai sisa toksik
yang sukar dirawatkan.
Mengancamkan keselamatan dan kesihatan manusia
Walaupun pelepasan gas metana dapat dikurangkan, gas dioksin dan furan pula akan
dilepaskan dengan kuantiti yang banyak. Perkara ini dapat dibuktikan dengan laporan kesan
kesihatan awam yang menyatakan bahawa insinerator moden di kesatuan Eropah yakni
sumber perdana bagi pelepasan zarah ultra-halus. Malangnya, kedua-dua gas ini merupakan
penyebab barah. Oleh itu, kesihatan manusia turut diancamkan. Hal ini pula boleh dipastikan
dengan kajian tahun 2017 yang mendedahkan bahawa zarah halus menyumbang kepada
lebih 4 juta kematian pramasa di seluruh dunia pada tahun 2015.
Pembaziran tenaga kepada nilai kalori sisa rendah
Dengan anggaran penghasilan tenaga elektrik dan gas melebihi kos pembinaan dan
pengoperasian loji WTE, Insinerator baru boleh dikira sebagai sumber tenaga elektrik dan gas
yang berbaloi dan menguntungkan. Bukan itu sahaja, kuantiti penjanaan tenaga adalah
bergantung kepada nilai kalori sisa. Jika nilai kalori sisa rendah, jumlah bahan yang diperlukan
adalah lebih besar. Oleh itu, Malaysia sebagai negara yang mempunyai kebanyakkan sampah
organik adalah tidak sesuai untuk mengaplikasikan loji WTE. Hal ini dikatakan demikian
kerana grid elektrik disumbangkan adalah amat kecil dengan memusnahkan kuantiti sampah
yang besar.
11
CADANGAN
Memandangkan teknologi loji insinerator terdapat banyak kepincangan, teknologi berkenaan
pada masa ini tidak bersesuaian untuk negara kita. Tetapi, pertahanan kesihatan bumi
dengan mengharungi isu peningkatan sisa pepejal hendak diteruskan. Oleh itu, pengkaji
menerangkan tentang dua cara lain yang senang dipraktikkan oleh masyarakat awam :
Program Sisa Sifar (Zero Waste)
Pertama sekali, ‘sifar’ ialah angka kosong. Lantaran itu, Program Sisa Sifar menekankan
konsep mengurangkan sisa sampah sehingga tiada sisa. Konsep berkenaan telah menarik
perhatian masyakarat barat seawal tahun 1980an lagi. Walaupun program ini sukar
dilaksanakan, ia mempunyai kemungkinan untuk berjaya. Hal ini dikatakan demikian kerana
semua barangan yang dihasilkan dalam alam sekitar adalah berguna dan dapat dimanfaatkan
oleh persekitaran. Namun, manusia demi memenuhi pelbagai nafsu menciptakan sisa
buangan yang akan memusnahkan alam sekitar. Cara untuk menjalankan program ini ialah
memastikan setiap produk yang dihasilkan adalah boleh diguna semula, dibaiki, dikitar atau
dikomposkan supaya penjanaan sisa semakin hari akan semakin sikit.
Amalan 5R
Di samping itu, saya mencadangkan untuk memupukkan amalan 5R. Seperti rajah 12 , 5R
mewakili fikir semula (revive), baik pulih (restore), kurangkan (reduce), guna semula (reuse)
serta kitar semula (recycle). Pertama sekali, kita haruslah berfikir secara wajar sebelum
membuang sampah daripada aspek adakah sampah tersebut boleh digunakan lagi, dikitar
semula ataupun boleh dibaikikan. Dengan ini, kita dapat mengurangkan timbunan sampah.
Selain daripada itu, jika didapati bahan yang boleh digunakan lagi selepas dibaikikan,
mengamalkan konsep ‘restore’ supaya dapat mengelakkan pembaziran. Seterusnya, konsep
‘reduce’ pula boleh dipupuk dengan amalan kongsi kereta (carpool). Kebaikan yang
didatangkan ialah kekurangan pencemaran udara dan peggunaan sumber petroleum.
Manakala, contoh bagi konsep ‘reuse’ pula terdapat cara menjadikan botol plastik atau tayar
kenderaan sebagai pasu bunga. Akhir sekali, amalan ‘recycle’ dapat menjimatkan kos
perbelajaan dengan memproseskan lagi surat khabar kepada kertas putih semula.
12
PENUTUP
‘Negara bersih, rakyat sihat’, kita hendaklah menjadikan pertahanan kebersihan tanah air
yang kita berdiri ini sebagai matlamat. Dengan ini, kita akan mendapat persekitaran yang
konduktif secara langsungnya memajukan negara kita. Namun, isu peningkatan sisa pepejal
ini yang telah ditimbulkan oleh sikap materialistik manusia turut menyebabkan kita lebih
menjauhi daripada matlamat ini. Hal ini dapat dibuktikan dengan meneliti segala fakta yang
telah diterangkan dalam penulisan ini. Walaubegitu, bak kata pepatah ‘api kecil baik
dipadamkan’, komitmen jitu daripada pelbagai pihak masih dapat memelihara dan memulihara
keindahan alam sekitar yang dianugerahi ini. Misalnya, pendekatan dasar-dasar kerajaan
yang menjaminkan alam sekitar perlu diangkat. Masyarakat awam pula perlu memegang
peranan pelaksana dalam mendepani isu ini. Secara tegasnya, pengkaji menyeru segala
pihak bersendel bahu untuk memikul amanah ini. Demi negara kita diiktiraf sebagai
infrastruktur kelas pertama, haraplah minda masyarakat kita sejajar dengan kecekapan
pengurusan infrastruktur Malaysia.
13
RUJUKAN
Kamus Dewan (Edisi ke-4). (2005). Dewan Bahasa dan Pustaka
Jenis-jenis Sampah. (2019, 13 Mac). Disperkimta,
https://disperkimta.bulelengkab.go.id/informasi/detail/artikel/jenis-jenis-sampah-68
What a waste 2.0. The world bank, https://datatopics.worldbank.org/what-a-
waste/trends_in_solid_waste_management.html
Pembuangan Sampah Dimerata-rata Tempat – Kesan.
http://www.mod.gov.bn/SitePages/Pembuangan%20Sampah%20Dimerata-
rata%20Tempat%20-%20Kesannya%20Kepada%20Alam%20Sekitar.aspx
Carly Dodd. (2021, 29 September). 10 Countries Producing The Most Plastic Waste.
WorldAltas, https://www.worldatlas.com/geography/10-countries-producing-the-most-
plastic-waste.html
Muhammad Saufi Hassan, Nor ‘Asyikin Mat Hayin, Muhamaad Razis Ismail dan Nurul
Husna Mahmud. (2021, 20 Julai). 14 juta tan sampah pada 2022. Hmetro,
https://www.hmetro.com.my/utama/2021/07/732770/14-juta-tan-sampah-pada-2022
Dr Mohd Hariri Ariffin, Nur Shahazira Izzati Shahaziran. (2021, 10 Jun). Kaedah terbaik
lupus sampah. Hmetro,
https://www.hmetro.com.my/rencana/2021/06/715955/kaedah-terbaik-lupus-sampah
Netizen Jijik Lihat Keadaan Kampung Di Tawau Ni Yang Penuh Dengan Lautan Sampah.
(2019, 7 May). Media Sabah, https://mediasabah.com/netizen-jijik-lihat-keadaan-
kampung-di-tawau-ni-yang-penuh-dengan-lautan-sampah/
Modul 10 Pengurusan sisa pepejal. SWCorp,
https://ikpkt.kpkt.gov.my/storpdf/nota_pusatpengajian/nota_sp2020/SLIDE_PENGUR
AN_SISA_PEPEJAL_MODUL_10_KURSUS_21_JUL2020.pdf
14
Global Waste to Grow by 70 Percent by 2050 Unless Urgent Action is Taken: World Bank
Report. (2018, 20 September). The world bank,
https://www.worldbank.org/en/news/press-release/2018/09/20/global-waste-to-grow-
by-70-percent-by-2050-unless-urgent-action-is-taken-world-bank-report#
Hasrul Hassan. (2015, 14 Desember). #WTE Dari Sampah kepada Tenaga.
https://www.hasrulhassan.com/2015/12/wte-dari-sampah-kepada-tenaga.html
Ahmad Suhael Adnan. (2021, 17 Mac). Teknologi baharu loji insinerator lupus sampah
secara sempurna. Berita Harian,
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/03/797007/teknologi-baharu-loji-
insinerator-lupus-sampah-secara-sempurna
Sakini Mohd Said. (2012, 19 Oktober). Insinerator Selamat Digunakan.
http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/2012/10/insinerator-selamat-digunakan.html
Mohamed Idris. (2018, 25 September). Tidak Waras Untuk Menggunakan Insinerator dan
Tapak Pelupusan Sisa. Sahabat Alam Malaysia, https://foe-
malaysia.org/my/articles/tidak-waras-untuk-menggunakan-insinerator-dan-tapak-
pelupusan-sisa/
Rozmal Malakan. (2008, 29 Januari). Hentikan pembinaan insinerator untuk kebaikan
semua. Malaysiakini, https://www.malaysiakini.com/letters/32054
Dr Muhammad Hisyam Bin Mohamad. (2006, 4 Julai). Sisa Sifar (Zero Waste) : Pendekatan
Terbaik Mengurus Sumber. https://www.ikim.gov.my/index.php/2006/07/04/sisa-sifar-
zero-waste-pendekatan-terbaik-mengurus-sumber/
Mengenal Konsep 5R. (2012, 18 Jun). http://ilyasa98.blogspot.com/2012/06/mengenal-
konsep-5r.html
15