The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Teknologi Waste to Energy (WTE) Dalam Pengurusan Sisa Pepejal

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by รัฐศาสตร์, 2022-03-20 01:00:59

ASAS KELESTARIAN DAN TEKNOLOGI HIJAU PALS 1012

Teknologi Waste to Energy (WTE) Dalam Pengurusan Sisa Pepejal

ASAS KELESTARIAN DAN TEKNOLOGI HIJAU
PALS 1012

Tajuk : Teknologi Waste to Energy (WTE) Dalam Pengurusan Sisa Pepejal
Nama : Goe Shi Tian
Angka Giliran : 2021162312025
Kumpulan : 2 PPISMP RBT 2
Pensyarah : Dr Hairiah Binti Munip

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN 2.0 ISU
PENGURUSAN
TEKNOLOGI SISA PEPEJAL

3.0 WASTE TO ● DEFINISI
ENERGY (WTE) ● KONSEP
● KEBAIKAN ● PUNCA
● KEBURUKAN
● CADANGAN 4.0 RUMUSAN

5.0 RUJUKAN

1.0 PENGENALAN

1.1 Konsep teknologi hijau
Teknologi hijau mendefinisikan pembangunan dan aplikasi teknologi,produk,peralatan

serta sistem yang bersifat mesra alam untuk memelihara alam sekitar.Hal ini untuk
mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar daripada aktiviti yang dilakukan oleh
manusia.Teknologi hijau juga menetapkan matlamat iaitu:

● Taraf kehidupan dan kesihatan semua hidupan dapat ditingkatkan
● Bersifat alternatif dalam perkembangan dan pembangunan ekonomi
● Melindungi ekosistem alam sekitar
● Pengurangan kesan keburukan daripada aktiviti pembangunan ekonomi

v

.1.2 Pembangunan lestari
Pembangunan lestari merujuk kepada memelihara dan memulihara alam

sekitar untuk mengelakkan kemusnahan alam sekitar.Seterusnya,ia juga
menekankan pembangunan secara berterusan bagi memenuhi keperluan
manusia.Pembangunan lestari terdiri daripada tiga komponen iaitu:
1. Sosial

➢ Melakukan aktiviti pembangunan aktiviti untuk merapatkan jurang antara
golongan kaya dan miskin

2. Ekonomi
➢ Bersikap keadilan dalam pengagihan sumber terhadap pembangunan
ekonomi bagi mengelakkan ketidaksamaan sosial

3. Alam sekitar
➢ Mengelakkan pencemaran alam sekitar supaya ekosistem alam sekitar
dapat dipelihara

v

2.0 ISU PENGURUSAN
SISA PEPEJAL

2.1 Definisi Pengurusan Sisa Pepejal dan Sisa Pepejal

Pengurusan sisa pepejal merujuk kepada pengurusan yang merangkumi sisa pepejal yang dihasilkan
oleh aktiviti sosioekonomi manusia.Selain itu,sisa pepejal berdefinisi hasil buangan daripada manusia yang
telah kotor dan dianggap tidak kegunaan.Dalam pada itu,sisa pepejal sebagai suatu bahan atau sumber yang
tidak lagi digunakan kerana tidak mempunyai nilai ekonomi sebelum ia melalui proses akhir (Soew dan
Indera,2016).Daripada Akta 672 menyatakan “Sisa Pepejal Terkawal” bahawa sisa-sisa pepejal terbahagi
kepada tujuh jenis.Contohnya,sisa pepejal dari isi rumah, komersial ,keinstitusian ,tapak pembinaan,
perindustrian dan perkilangan ,awam serta sisa pepejal yang diimport dari luar negara.

2.2 Konsep Pengurusan Sisa Pepejal

Pengurusan sisa pepejal telah diswastakan dan dikendalikan oleh empat konsortium iaitu Alam Flora
Sdn. Bhd. (AFSB) yang beroperasi di Wilayah Tengah dan Timur,Northern Waste Industries (NWI) yang
bertugas di Wilayah Utara,Southern Waste Management (SWM) yang beroperasi di Wilayah Selatan,Eastern
Waste Management (EWM) yang beroperasi di Malaysia Timur.Pengurusan tersebut diambil oleh pihak
swasta untuk perkhidmatan berkaitan pengurusan sisa pepejal menjadi lebih cekap.Dengan itu, kos
perkhidmatan yang ditawarkan lebih efektif dengan menggunakan jentera yang lebih cekap dan cermat serta
disokong oleh pekerja yang mempunyai kemahiran yang tinggi.

Pengurusan sisa pepejal domestik terdapat lapan proses iaitu, bermula dari pengasingan,penyimpanan,
pemungutan, pengangkutan, pemindahan, pemprosesan pengitaran semula,pengolahan sisa serta akhirnya
pelupusan sisa di tapak pelupusan dengan merujuk carta aliran dari Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal
dan Pembersihan Awam( PPSPPA) pada tahun 2013.

2.3 Punca pengurusan sisa pepejal yang tidak berkesan

2.3.1 Penjanaan sampah yang berterusan

Punca pertama yang menyebabkan pengurusan sisa pepejal yang tidak berkesan adalah
penjanaan sampah yang berterusan,Hal ini juga disebabkan oleh beberapa faktor.Pertama,iklim akan
berpengaruh kepada jumlah serta jangka panjang penjanaan sisa pepejal yang dihasilkan.Sebagai contoh,
negara yang beriklim panas-lembap iaitu Malaysia menghadapi tempoh pertumbuhan pokok yang lebih lama
berbanding dengan negara lain.Bagi kawasan perumahan yang mempunyai halaman berpokok, sisa pokok di
halaman yang dipungut bukan sahaja banyak malah penjanaan sisa halaman harus memerlukan masa yang
lebih lama berbanding dengan negara beriklim sejuk (Tchobanoglous et al.,1993).Secara tidak
langsung,bilangan sisa pepejal telah meningkat.Kedua,faktor kebudayaan.Hal ini kerana setiap kali musim
perayaan pelbagai sisa makanan serta bungkusan dapat dijumpai.Contohnya,kertas,botol,tin,kaca,plastik dan
bungkusan hiasan dengan jumlah yang banyak dapat dilihat di dalam bekas sampah.Ini semua adalah sisa
pepejal yang susah dilupuskan.

Ketiga,faktor gaya hidup masyarakat yang kurang mencintai alam sekitar kerana menghasilkan
sisa pepejal yang banyak.Dengan itu,masih ramai rakyat negara kita kurang peka terhadap isu pencemaran
alam sekitar.Jika dilihat dari aspek ekonomi juga merupakan puncanya.Hal ini demikian kerana proses
pembandaran dan peningkatan kadar pendapatan merupakan dua faktor utama menyumbang kepada
peningkatan sisa pepejal (Ahmad Tarmizi et al., 1992).Buktinya,masyarakat bandar menjana lebih banyak
sisa pepejal berbanding dengan masyarakat kampung.Hal ini disokong oleh satu kajian kes yang dilakukan
oleh Visvanathan (2003) di negara India yang penemuan menunjukkan bahawa wujud korelasi signifikan
antara peningkatan pendapatan setiap 1,000 Rupee dengan peningkatan jumlah berat sisa pepejal.Bukan itu
sahaja,kawasan perumahan adalah punca penjanaan sisa pepejal domestik paling tinggi berbanding dengan
kawasan lain.Perkara ini diperkuat oleh ramai pengkajian termasuk Pillay (1986), Young (1991), Afrizal (1995)
dan Zulkiflee (1997).

Merujuk data penjanaan kutipan sampah dari sumber Harian Metro pada tahun 2021,bilangan sisa
pepejal iaitu sampah semakin meningkat dari tahun 2012 hingga 2022 tidak pernah berlaku penurunan.Dalam
data tersebut, bilangan kutipan sampah telah berlaku peningkatan yang besar sebanyak 1,237 tan sehari
antara tahun 2021 dengan 2022.Hal ini telah membuktikan bahawa rakyat Malaysia telah menghasilkan sisa
pepejal pada kadar yang membimbangkan serta lebih cepat berbanding proses degradasi bahan buangan
sampah (Aslina & Haliza,2015)

2.3.2 Kekurangan jumlah tapak pelupusan sanitari

Isu tersebut juga berpunca daripada masalah jumlah tapak pelupusan sanitari
dengan fasiliti kawalan pencemaran adalah jauh lebih kecil daripada jumlah
pelupusan bukan sanitari.Hal ini dapat dirujuk dengan data pelupusan sampah
mengikut negeri dari sumber Harian Metro pada tahun 2021.Melalui data
tersebut,kita dapat mendapati bahawa tapak pelupusan bukan sanitari melebihi
sanitari dengan berjumlah 46 dalam negeri Sarawak.Hal ini telah membebankan
alam sekitar termasuk penduduk yang tinggal di sekitar tapak pelupusan bukan
sanitari kerana tapak tersebut tidak mempunyai pengurusan pencemaran gas dan
radiasi yang terancang.Contohnya,berlaku pencemaran sumber air oleh leachate
iaitu resapan air tercemar yang hanya akan dirasai oleh penduduk
sekitar.Tambahan pula,risiko pembebasan gas metana melalui proses pereputan
sampah.Gas tersebut akan menyebabkan 25 kali risiko pemanasan global
berbanding dengan karbon dioksida(CO2).

2.3.3 Kutipan sampah yang tidak tepat masa

Kerajaan memberi saranan kepada syarikat swasta untuk membuat tawaran kepada
penswastaan pengurusan sisa pepejal bagi meningkatkan kualiti pengurusan sisa pepejal pada Oktober
1994.Kerajaan Persekutuan telah menggubal akta bagi memindahkan tanggungjawab pengurusan sisa
pepejal daripada Pihak Berkuasa Tempatan kepada kerajaan pusat. Pada tahun 2007, Kerajaan
Persekutuan telah mewartakan dua akta iaitu Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam
,nama lainnya ialah Akta 672. Namun begitu, masalah lambakan sisa pepejal ini juga akan berlaku apabila
mendapati beberapa syarikat swasta yang bertanggungjawab melakukan kutipan sisa dan bahan buangan
ini dari rumah ke rumah telah gagal menjalankan tugas mereka mengikut jadual yang ditetapkan.Lebih-lebih
lagi, sisa pepejal di kawasan perumahan lambat dikutip oleh pihak berkenaan dan menyebabkan bilangan
sisa pepejal semakin meningkat dan berselerak di jalan.Hal ini telah mendatangkan kesan yang buruk
kepada alam sekitar dan merosakkan imej negara. Masalah ini sering berlaku di sekitar kawasan
perumahan serta taman perumahan.

2.3.4 Pengurusan sisa pepejal yang tidak sistematik

Kami sedia maklum bahawa,kebanyakan sisa pepejal telah memberi kesan negatif
kepada persekitaran.Pencemaran daripada sisa pepejal berpunca daripada pengurusan sisa pepejal yang
tidak sistematik. Hal ini kerana kaedah pengurusan sisa pepejal yang tidak mapan telah memberi ancaman
kepada alam sekitar.Misalnya, pengurusan bahan buangan dengan kaedah “open dumping”. Kaedah ini
sering dilakukan oleh rakyat Malaysia dan masih dipraktikkan sehingga hari ini. Lebih-lebih lagi,kaedah ini
adalah mengambil semua sisa pepejal yang telah dikutip dan dikumpul daripada kawasan perumahan dan
bangunan.Dengan itu,sisa pepejal tersebut dilepaskan atau dibuang di suatu kawasan pelupusan sampah
yang terbuka.Hal ini akan berlaku pencemaran bau serta memberi peluang kepada pembiakan serangga dan
makhluk perosak seperti tikus yang boleh membawa pelbagai penyakit.Hal ini dapat membuktikan bahawa
pihak berkuasa tempatan masih kurang mahir dalam mengurus dan merancang perkhidmatan bandar
terutamanya cara pungutan sisa buangan.

3.0TEKNOLOGI
WASTE-TO-ENERGY

(WTE)

Sistem Teknologi Waste-to-Energy (WTE) ini merupakan suatu
pemulihan tenaga daripada bahan buangan bertukar menjadi
haba,elektrik atau bahan api yang boleh digunakan semula serta
diaplikasikan dalam aktiviti manusia.Dengan itu, penggunaan sistem
tersebut melalui pembakaran sisa pepejal adalah pendekatan utama
yang membolehkan biomass menjadi elektrik. (Zhao et al., 2016).
Menurut Ismail (2019), sistem WTE ini boleh diaktifkan penggunaannya
kerana ia merupakan suatu sistem pengurusan sisa pepejal berteknologi
tinggi.Sistem tersebut merupakan satu cara yang dapat diseimbangkan
dengan kempen 3R iaitu ‘Reduce’, ‘Reuse’ serta ‘Recycle’ untuk
mengurangkan pelupusan sisa pepejal di tapak pelupusan
sampah.Tambahan pula,teknologi ini telah diaplikasikan di lebih 20
negara maju di dunia.Contohnya,Singapura adalah salah sebuah negara
jiran yang menggunakan teknologi ini bagi pengurusan sisa pepejalnya.
Jadi,sistem Waste-to-Energy (WTE) adalah salah satu alternatif yang
boleh dipraktikkan untuk mengatasi isu pelupusan sisa pepejal dengan
lebih berkesan serta sistematik.

Dalam sistem WTE terdapat lima komponen,ia bermula dari peringkat pertama dengan pengumpulan sisa
buangan pepejal daripada domestik dan industri di dalam tempat penyimpanan.Pada peringkat kedua,sisa
berkenaan akan dipindahkan ke reaktor utama dengan menjalani proses pembakaran dengan suhu 850
hingga 1.000 darjah Celsius untuk menjamin proses pembakaran yang sempurna dijalankan di dalam rektor
berkenaan.Seterusnya,pada peringkat ketiga adalah berlaku proses pembakaran itu.Pada masa yang sama,
juga berlaku penjanaan haba,wap dan tenaga elektrik yang dapat terus digunakan oleh pengguna.Dengan
itu,berlaku pembersihan bahan pencemaran udara dengan menggunakan alat kawalan pencemaran udara
yang cekap mematuhi standard diguna pakai dalam kebanyakan blok negara maju iaitu Komuniti Ekonomi
Eropah.Dalam peringkat kelima pula adalah pemulihan produk hasil pembakaran yang berjenis logam dan
abu bagi diproses semula di kilang besi atau aluminium serta bahan bata.

Loji WTE terbahagi kepada tiga jenis untuk menukarkan sampah
kepada tenaga,iaitu ‘Thermal Oxidation Plant’ (TOP), ‘Plasma Pyrolysis
Vitrification’ (PPV) serta “Insinerator”.Di negara kita,teknologi WTE yang
telah digunakan ialah “Insinerator”.Dengan itu, gambar yang ditunjukkan
di sebelah kanan terdapat empat loji rawatan di negara kita ,iaitu Pulau
Langkawi,Cameron Highlands,Pulau Pangkor serta Pulau
Tioman.Tambahan pula,gambar yang ditunjukkan di atas merupakan
model sebuah loji WTE yang bertugas memproses sampah menjadi
tenaga.

3.1 Kebaikan

3.1.1 Potensi ekonomi dan teknikal

Proses pembakaran dalam sistem teknologi WTE digunakan secara meluas untuk
pengeluaran tenaga dalam bentuk haba dan elektrik. Proses pembakaran tersebut mempunyai modal
tahunan yang lebih rendah berbanding dengan kaedah pelupusan tradisional dan berlaku pengurangan kos
operasi setiap tan sisa (Ouda et al., 2016).Hal ini dapat menjimatkan kos perbelanjaan dalam pelupusan sisa
pepejal.Seterusnya, pembangunan kapasiti dan kemahiran“Integrated Solid Waste Management
Centre”(ISWMC) mengadakan latihan-latihan modal insan, lawatan ke loji-loji di negara yang telah
menggunapakai konsep WTE serta menubuhkan satu jabatan khusus kepada pembangunan sumber manusia
dan tenaga kerja, pembangunan kemahiran teknikal dan teknologi.Secara langsung,keperluan kemahiran
pekerja dan pengendalian teknologi telah dicapai serta menjadikan sistem tersebut lebih mudah.

3.1.2 Potensi tenaga

Proses hasil pembakaran Waste-To-Energy (WTE)
berpotensi untuk menjana tenaga elektrik yang tinggi.Hal ini berlaku peningkatan
kapasiti penjanaan kuasa pada setiap tahun disebabkan oleh peningkatan
populasi dan pembaziran sisa pepejal. Menurut Noor et al. (2013), pelepasan
tenaga dari tapak pelupusan adalah mencukupi untuk menjana tenaga
elektrik.Sebagai contoh, kapasiti sampah yang berjumlah 1,200 tan sehari akan
menghasilkan antara 20 hingga 24 megawatt (MW) tenaga hijau dan dapat
membekalkan tenaga kepada 25,000 isi rumah di sekitar kawasan yang
berkenaan.Bukan itu sahaja, insinerator WTE terbesar di Singapura, iaitu Loji
Insinerator Tuas Selatan mampu membakar lebih kurang 3,000 tan sisa pepejal
dan menjana 150 MWH elektrik setiap hari. Dalam pada itu,sebanyak 80 peratus
daripada kapasiti penjanaan elektrik adalah untuk dijual manakala 20 peratus lagi
digunakan bagi memenuhi permintaan loji itu sendiri.Secara langsung,loji tersebut
dapat menjimatkan kos elektrik dan memperoleh keuntungan yang
lumayan.Dengan tiga lagi loji WTE yang lain dalam negara Singapura, sejumlah
2,688 MWH elektrik dijana setiap hari melalui pembakaran 7,475 tan sisa pepejal.

3.1.3 Kelestarian sistem WTE

Sistem WTE bukan sahaja menyediakan penyelesaian pelupusan yang sihat
untuk sisa, tetapi juga memberi manfaat kepada ekonomi serta alam sekitar yang sangat besar.Hal ini kerana
sistem tersebut adalah teknologi bersih dan selamat serta tidak mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan
kepada kawasan sekitar.Seterusnya,negara-negara yang mengaplikasikan teknologi penjanaan tenaga
daripada sisa pepejal juga didapati mempunyai kadar kitar semula yang lebih tinggi berbanding dengan
negara lain.Sebagai contoh,jabatan pengurusan sisa pepejal dan sumber di Jabatan Alam Sekitar
Kebangsaan Singapura memaklumkan bahawa 19,862 tan sisa pepejal yang telah dihasilkan pada setiap
hari,dapat dikitar semula sebanyak 60 peratus daripadanya.Selain itu,7,455 tan telah dihantar ke kemudahan
insinerator dan sebanyak 3 peratus sisa pepejal yang tidak dapat dilupuskan akan dihantar ke tapak
pelupusan.Hal ini telah dibuktikan bahawa sistem WTE dapat menjayakan konsep kitar semula serta
mengurangkan aktiviti pelupusan sisa pepejal di tapak pelupusan.

Bukan itu sahaja,sistem tersebut juga membantu memanjangkan hayat tapak pelupusan
yang sedia ada.Bagi faedah alam sekitar, WTE juga memberi kesan baik dalam pengurangan pelepasan gas
rumah hijau dari tapak pelupusan dan penjimatan tenaga elektrik. Contohnya, loji WTE tidak menghasilkan
gas metana yang boleh membahayakan suhu bumi kita.Secara tidak langsung,sistem tersebut dapat
mencapai satu agenda “Sustainable Development Goals”(SDGs) iaitu tindakan terhadap iklim yang berusaha
untuk menyelesaikan perubahan iklim dengan mengawal pengeluaran gas rumah hijau serta mendorong
penggunaan tenaga boleh diperbaharui supaya alam sekitar dapat dipelihara.

3.1.4 Potensi pasaran

Sistem WTE dapat membantu menangani masalah penjanaan sisa yang semakin
meningkat, kos tenaga yang tinggi, isu alam sekitar yang semakin meningkat, kapasiti pelupusan yang terhad
melalui pengurangan jumlah sisa dan pelepasan gas rumah hijau. Pada tahun 2012, pasaran global untuk
teknologi WTE dinilai sebanyak USD 24 billion serta berlaku peningkatan purata tahunan sebanyak 5% dari
tahun 2008 (Luca et al., 2013). Di negara maju China, dikira bahawa pelaburan dalam pasaran teknologi WTE
akan menjadi $ 14.2 billion hingga $ 17.7billion (Zhao et al., 2015).Kecanggihan sistem teknologi WTE telah
mencipta nilai pelaburan yang tinggi.Hal ini membuktikan bahawa penggunaan sistem teknologi WTE mampu
tertarik pelabur-pelabur serta memberi sumbangan kepada pembangunan negara.

3.1.5 Potensi sosial

Sistem WTE memainkan peranan penting dalam pemuliharaan tenaga dan tanah serta
peluang pekerjaan. Menurut Zhao et al. (2015), potensi pelaburan bagi sistem WTE ini akan mendatang
kesan positif terhadap ekonomi melalui pengurangan keperluan minyak, elektrik, atau pengimport tenaga lain
dari luar negara. Loji WTE juga memberi kesan yang besar dalam kadar pertumbuhan ekonomi.Hal ini
demikian kerana pengurangan kadar pengangguran disebabkan oleh mewujudkan peluang pekerjaan yang
baharu dan mencapai peningkatan pendapatan awam serta negara melalui penghasilan tenaga boleh guna.

3.2 Keburukan

3.2.1 Kos yang tinggi

Penggunaan sistem WTE memerlukan kos operasi yang tinggi dan kepakaran pekerja yang
teknikal (Tan et al., 2014).Contohnya,projek loji WTE dalam fasa pertama memerlukan kos pembangunan yang
berjumlah RM500 juta manakala juga harus menyediakan peruntukan RM40 juta bagi pengambilan tanah.Hal ini
kerana mencari teknologi pembakaran yang mampu membakar sisa dengan kandungan kelembapan yang tinggi
disertai dengan nilai kalori yang rendah adalah cabaran yang besar.Oleh itu, sistem tersebut terpaksa memerlukan
kos yang agak tinggi.

3.2.2 Penerimaan orang awam

Berdasarkan kajian Zhao et al. (2015), penerimaan awam adalah masalah yang paling kritikal
untuk pelaksanaan sistem WTE dalam pengurusan sisa buangan.Oleh itu, memilih tapak yang tidak sesuai untuk loji
pembakaran sisa pepejal juga merupakan halangan bagi sistem WTE seperti dibina terlalu dekat dengan kawasan
kediaman dan juga sekolah, serta berhampiran tasik atau sungai yang menyediakan sumber air bersih kepada
penduduk (Zhang et al., 2015).Jadi,sistem tersebut harus diletakkan di kawasan yang terpencil supaya anggota
masyarakat tidak akan terjejas serta dapat diterima sistem tersebut.

3.3 Cadangan

Selain teknologi loji sisa ke tenaga (WTE),juga mempunyai teknologi mesra alam lain
yang dapat mengurus sisa pepejal dengan baik,iaitu Loji Pencernaan Anerobik (AD).Ia adalah
sebuah loji yang proses degradasi bahan organik di dalam ruang tertutup oleh mikroorganisma
tanpa oksigen,Dari proses degradasi tersebut,tenaga tersimpan di dalam bahan organik akan
ditukar menjadi biogas yang mudah melakukan proses pembakaran.Biogas dapat dijadikan bahan
bakar dalam gabungan enjin gas panas serta tenaga ataupun ditingkatkan menjadi biometana
yang berkualiti gas asli. Dengan itu,”digestate” yang hasil daripada degradasi berpotensi untuk
menjadikan baja organik.Bukan itu sahaja,pencernaan anaerobik dapat mengurangkan pelepasan
gas tempat pembuangan sampah ke atmosphere.Ia juga digunakan sebagai sumber tenaga yang
boleh diperbaharui serta memerlukan kos modal yang rendah.Hal ini kerana ia menggunakan
semula sampah sebagai sumber serta pendekatan teknologi yang baru.Gambar yang ditunjukkan
adalah reka bentuk kilang biogas pencernaan anaerobik kering atau pepejal (AD).

4.0 RUMUSAN

Secara keseluruhan,isu pengurusan sisa pepejal tidak boleh bergantung kepada produk teknologi
hijau sewenang-wenangnya.Hal ini kerana isu tersebut perlu ditangani merupakan tanggungjawab semua
orang.Jadi,kita harus mengurangkan penjanaan sisa setiap hari dengan mengamalkan cara pembuangan
sampah yang betul iaitu,pengasingan sisa untuk mempraktikkan kitar semula.Tambahan pula,amalan kitar
semula memainkan peranan yang penting dan memberi kesan yang sangat besar kepada kehidupan seharian
kita.Contohnya,kertas,plastik, tin aluminium dan kaca antara bahan buangan yang boleh dikitar
semula.Lebih-lebih lagi, kita haruslah mengamalkan penggunaan penyedut minuman besi untuk
mengurangkan penyedut minuman plastik yang dihasilkan oleh kilang.Dengan itu, menolak penggunaan beg
plastik serta membawa beg kitar semula semasa membeli belah di pasar raya serta pasar tani.Secara tidak
langsung,nilai mencintai alam sekitar dapat dipupuk serta hidupan laut dapat dilindungi.Tambahan
pula,hubungan antara manusia dengan alam sekitar dapat diwujudkan dalam suasana yang harmoni dan
baik.Akhirnya,semua hidupan dapat menjamin kehidupan yang sejahtera serta aman.

(2447 patah perkataan)

5.0 RUJUKAN

Annuar, S. S. (2019, Jun 16). Rakyat Malaysia hasil 37,890 tan sisa setiap hari. Berita
Harian.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/06/574909/rakyat-malaysia-hasil-37890-ta
n-sisa-setiap-hari

Ali, H., Dermawan, D., Ali, N., Ibrahim, M., & Yaacob, S. (2012). Masyarakat dan amalan
pengurusan sisa pepejal ke arah kelestarian komuniti: Kes isi rumah wanita di Bandar Baru
Bangi, Malaysia. Geografia: Malaysian Journal of Society and Space, 8(5), 64-75.

Hassan, H. (2016, Mei 3). #WTE Dari Sampah kepada Tenaga. HASRULHASSAN.COM.
https://www.hasrulhassan.com/2015/12/wte-dari-sampah-kepada-tenaga.html

Hassan, M. S., Hayin, N. ‘. M., & Mahmud, M. R. I. D. N. H. (2021, Julai 20). 14 juta tan
sampah pada 2022. Harian Metro.
https://www.hmetro.com.my/utama/2021/07/732770/14-juta-tan-sampah-pada-2022

Hayin, N. M. (2017, December 27). Tenaga daripada sisa pepejal. Harian Metro.
http://www.hmetro.com.my/nuansa/2017/12/297254/tenaga-daripada-sisa-pepejal

Musyafiq, A. A., & Cahyo, B. N. (2018). Pemilihan Teknologi Waste to Energy untuk Pembangkit
Listrik Tenaga Sampah (Studi Kasus: TPA Mojorejo Kabupaten Sukoharjo Jawa Tengah). Prosiding
SNST Fakultas Teknik, 1(1).

Khairol, A. (2017, Januari 15). Pengurusan Sisa Pepejal: BAB 2. academia.edu.
https://www.academia.edu/30933064/Pengurusan_Sisa_Pepejal_BAB_2

Perubahan, K. P. U. (2014, Oktober 1). Kenapa nuklear, bukan teknologi kitar sisa? Malaysiakini.
https://www.malaysiakini.com/news/276297

Pantau tapak pelupusan haram. (2018, Februari 14). Harian Metro.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2016/11/179371/pantau-tapak-pelupusan-haram

S. (2018, Februari 21). Pengurusan sisa pepejal - lesatari alam sekitar. slideshare.
https://www.slideshare.net/safeqa/pengurusan-sisa-pepejal-lesatari-alam-sekitar


Click to View FlipBook Version