KEMBARA DESTINASI 47
Terletak di Sungai Burong, Countryside Stables Penang ini merupakan tempat diamana anda
dapat belajar menunggang kuda sambil menikmati persekitaran alam semulajadi yang indah.
Dibuka pada tahun 2012 tempat ini mempunyai sebanyak 30 ekor kuda yang terdiri daripada
baka berbeza seperti Pure Bred Arabian Horse, Pony, Kuda Thai, Myanmar dan Kuda Malay-
sia.
48 KEMBARA DESTINASI
Ada dua konsep perniagaan di Wakaf Che Yah ni, pada waktu siang Wakaf Che Yah adalah
pasar borong yang menawarkan pelbagai barangan asas dan basah, bila menjelang malam
pula, ia menjadi pasar malam yang penuh dengan pelbagai jenis barangan terutama sekali
pakaian seperti kain pasang dan tudung.
Barangan-barangan lain yang dijual di sini adalah seperti jersi bola sepak, jam tangan replika,
tuala, kasut bundle, toto dan banyak lagi. Hati-hati kalau datang ke sini, sedar tak sedar, boleh
licin duit poket.
KEMBARA DESTINASI 49
Muzium Diraja adalah sebuah bangunan istana
lama yang pernah didiami oleh beberapa orang
Sultan Kedah. Pelbagai nama diberikan seperti
Istana Kota Setar, Istana Mak Wan Besar,
Istana Pelamin atau Rumah Pelamin. Istana Ini
siap dibina pada tahun 1735 ketika pembu-
kaan Alor Setar sebagai pusat pentadbiran
Negeri Kedah yang ke-8 oleh Almarhum Sultan
Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu'adzam Shah
II (1710-1778).
Ketika Perang Dunia Kedua, tentera Jepun
pernah menduduki istana dan kemudiannya
turut dijadikan ibu pejabat beberapa pertubu-
han sebelum dibiar tanpa pemerhatian. Pada
tahun 1983, istana ini dibaikpulih dan dijadi-
kan Muzium Diraja sempena dengan per-
ayaan menyambut Jubli Perak pemerintahan
KDYMM Tunku Sultan Abdul Halim Mu'adzam
Shah dan dirasmikan oleh baginda pada 25
julai 1983.
Kandungan pameran di sini antara lain
mengetengahkkan koleksi KDYMM Tunku
Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah serta
koleksi yang diperoleh daripada kerbat Diraja
Negeri Kedah.
50 KEMBARA DESTINASI
Kota ini adalah tempat tarikan pelancongan yang terkenal di negeri Kelantan. Kalau tak ke
sini, tak lengkaplah perjalanan anda di Kelantan, sebabnya, di sinilah terletaknya banyak sekali
monumen-monumen yang bersejarah seperti Istana Jahar, Bank Kerapu, Bank Pitis dan Istana
Balai Besar. Anda boleh berjalan kaki di sekitar kota ini untuk melawat kesemua lokasi-lokasi
bersejarah di sini.
Sebaik anda masuk ke Kota Sultan Ismail Petra, anda akan disambut oleh Pintu Gerbang Kota
Sultan Ismail Petra atau Menara Rehal yang menjadi lambang kemegahan ibu negeri Kelantan,
Kota Bharu. Terdapat banyak lokasi menarik untuk dilawati di sekitar Menara ini antaranya
Padang Merdeka, Istana Balai Besar.
KEMBARA DESTINASI 51
Istana klasik ini telah dibina ketika zaman pemerintahan Sultan Muhammad II (1837 – 1886)
selepas pembukaan bandar Kota Bharu tanpa menggunakan walau sebatang paku.
Istana Jahar kini telah dijadikan sebagai Muzium Diraja Negeri Kelantan yang mempamerkan
sejarah kesultanan negeri ini daripada awal kesultanan Kelantan sehingga sekarang.
52 KEMBARA DESTINASI
Avani Sepang Gold Coast Resort menawarkan lebih 300 buah villa di atas air yang pelbagai
saiz & pakej harga. Sama ada anda bercuti berdua atau berkumpulan, pilihan penginapan
di sini pasti ada yang ideal dengan bajet anda. Menariknya, terdapat juga infinity pool yang
terletak di atas laut yang boleh anda berenang sambil melihat keindahan suasana sekeliling.
Pemandangan dari infinity pool ini tatkala matahari terbenam sangat menakjubkan sekali.
Bagi kaki kamera, saat ini pasti anda tidak mahu lepaskan peluang untuk merakam panorama
sunset yang sangat menarik dari kolam renang infinity ini.
KEMBARA DESTINASI 53
Sekiranya anda ke Taman Anggur Perlis, anda dapat melihat sendiri rupa sebuah ladang
anggur yang hanya boleh didapati di negara lain, memang susah nak memastikan tanaman
anggur ini menjadi terutama di negara Malaysia.
54 KEMBARA DESTINASI
Entopia atau nama lamanya Taman Rama-Rama Penang adalah destinasi sasaran ramai pen-
gunjung Penang. Pada tahun 2016, taman ini telah dinaiktarafkan, menjadikan ia lebih moden
dan luas.
Disini anda melihat pelbagai jenis rama-rama yang berterbangan secara bebas sambil bersiar di
taman yang dihias bunga berbagai warna. Tarikan yang mesra kanak-kanak sesuai untuk seisi
keluarga bersantai sambil memupuk sikap cinta alam semulajadi.
KEMBARA DESTINASI 55
Kereta Kabel Langkawi terletak hanya di utara Pelabuhan Telaga, Pantai Kok,
dengan pintu masuk dalam 'Perkampungan Timur' di kaki bukit pergunungan Mat
Chincang. Ia terletak di barat laut Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, di
pantai barat pulau utama Langkawi. Ia adalah lebih kurang 30 minit pemanduan
dari bandar Kuah dan 15 minit pemanduan dari Lapangan Terbang Antarabangsa
Langkawi.
56 KEMBARA DESTINASI
Rumah yang dipenuh dengan ilusi optikal dan magikal ini dibuka pada tahun 2015. Masa yang
diambil dalam proses menyiapkan semua lukisan-lukisan ini adalah dalam sekitar empat bulan.
Terdapat lapan orang pelukis yang terlibat dalam projek ini.
Funtasy House Trick Art memiliki empat bahagian yang berbeza antara satu sama lain dari segi
tema mereka.
Pertama adalah galeri yang memaparkan bandaraya Ipoh, yang kedua adalah bahagian rumah
terbalik ataupun upside-down house, yang ketiga adalah dunia fantasi dan yang terakhir sekali
bertemakan Bilik Penderaan.
KEMBARA DESTINASI 57
Bukit Bendera merupakan sebuah
kawasan Parlimen di negeri Pulau
Pinang, negara Malaysia. Berada
pada ketinggian lapan ratus tiga
puluh meter di atas George Town,
puncak Bukit Bendera mempun-
yai suhu yang dingin dan pano-
rama yang mengasyikkan. Secara
umumnya, ia lima darjah Celsius
lebih dingin daripada paras laut.
Wikipedia.
Antara destinasi paling ikonik di
Pulau Pinang yang harus anda
lawati jika diizinkan adalah Bukit
Bendera. Ia merupakan stesyen
bukit british yang tertua di Asia
Tenggara dan diatas terdapat 52
lot bungalow yang dibina 100
tahun dahulu.
Untuk ke puncak anda tidak
perlu berjalan kerana anda boleh
menaiki funicular train service.
Banyak aktiviti menarik menan-
ti anda di puncak nanti seperti
melihat pemandangan Pulau
Pinang yang mengkagumkan di
Skydeck, melihat gelagat lucu
burung hantu di owl museum dan
bermacam-macam lagi.
Adalah dipercayai bahawa Kapten
Francis Light merupakan orang
pertama membuka laluan kuda
ke atas Bukit Bendera, pada
tahun 1788. Laluan ini bermula
dekat Air Terjun Kebun Bunga.
Bukit Bendera telah mula-mula
dibangunkan oleh Orang British
untuk mengelakkan suhu tinggi di
tanah rendah. Oleh sebab tanah
rendah kerap berlaku malaria,
Bukit Bendera menjadi pilihan
sebagai tempat pemulihan. Sebuah
pusat pemulihan telah dibina di
Mount Hygeia untuk pegawai dari
Syarikat Hindia Timur Inggeris.
Kawasan itu mempunyai udara
yang nyaman, kurang lembap, dan
paling mustahak, tiada malaria.
58 KEMBARA DESTINASI
Amerika Selatan untuk mencari emas dan
perak. Dalam Golden Hind dia mencapai
ini tetapi juga belayar merentasi Lautan
Pasifik pada tahun 1579, yang hanya
dikenali oleh Sepanyol dan Portugis.
Drake akhirnya belayar ke Hindia Timur
dan bertemu dengan Maluku, juga
dikenali sebagai Kepulauan Rempah, dan
bertemu dengan Sultan Babullah. Sebagai
balasan untuk linen, emas dan perak,
sejumlah besar rempah-rempah eksotik
termasuk bunga cengkih dan buah pala
telah diperdagangkan orang Inggeris pada
Drake kembali ke England pada tahun
1580 dan menjadi wira yang terkenal;
mengelilingi akhirnya mengumpul
sejumlah besar wang untuk tabung
England, dan pelabur menerima pulangan
kira-kira 5000 peratus. Maka bermulalah
elemen penting dalam reka bentuk timur
pada akhir abad keenam belas. Mulanya
tidak mengetahui nilainya yang besar.
KEMBARA DESTINASI 59
"Audi Dream Farm", sebuah ladang mini
yang menanam tumbuh-tumbuhan alam
semula jadi dan bahan kimia bukan toksik
dengan beberapa jenis haiwan jinak. Kami
juga menyediakan "Perkhidmatan Peng-
hantaran Ke Rumah" untuk memastikan
semua orang dapat merasai 100% bahan
semulajadi dengan mudah. Inilah konsep
untuk membuat perubahan dalam setiap
gaya hidup kita kepada cara yang lebih
mesra alam sekitar dan meluangkan masa
yang lebih baik bersama yang tersayang.
Ini semua berbalik kepada desakan gaya
hidup pastoral di mana kesederhanaan
alam semula jadi adalah yang paling
penting.Terletak di Sungai Rusa,Balik
Pulau,Audi Dream Farm adalah sebuah
kebun di mana anda sekeluarga dap-
at melihat penanaman pelbagai jenis
sayur-sayuran dan pokok bunga yang
ditanam secara semula jadi.Antara tana-
man yang terdapat disini adalah petola,
pokok betik,bunga matahari dan banyak
lagi.Sambil melihat kehijauan di kawasan
sekitar, anda sekeluarga boleh juga melihat
pelbagai jenis burung yang diletakkan di
dalam sangkar.Seperti pengalaman me-
nanam,tradisional,lukisan batik tradision-
al Melayu dan banyak lagi.Kami per-
cayaini adalah salah satu cara orang ramai
benar-benar dapat merasai alam semula
jadi dengan kekasih mereka dan belajar
tentang budaya tradisional gaya lama.
60 KEMBARA DESTINASI
Sebuah kota yang menyimpan sejarah yang penting di negeri Kedah, Kota Kuala Kedah ini dibina pada tahun 1771 dan
selesai dibina pada tahun 1780.
Binaan kota ini adalah untuk dijadikan benteng pertahanan Kedah daripada ancaman pihak musuh terutamanya Siam
yang datang dari arah laut. Kota yang dibina menggunakan kayu bakau, buluh dan tanah liat ini telah direkabentuk oleh
Hafiz Sab yang merupakan Datuk Maharaja Kadi pada ketika itu.
KEMBARA DESTINASI 61
Daerah Batu Pahat mempunyai penduduk melebihi setengah juta orang, dan jum-
lah keluasan 1872 km persegi. Pekan ini berkembang di tebing timur Sungai Batu
Pahat, dari mana ia mendapat namanya. Nama lain, Bandar Penggaram, berasal
dari Bukit Penggaram, sebuah bukit di kawasan itu, dan mula digunakan seawal
tahun 1894, apabila bandar itu secara rasmi dipanggil Bandar Penggaram.
62 KEMBARA DESTINASI
Istana Bukit Serene mula dibina pada tahun 1933
dan disempurnakan pembinaannya pada 1939.
Istana ini adalah milik kerajaan negeri Johor tetapi
diberikan sebagai hadiah kepada Almarhum Sultan
Ibrahim bersempena dengan ulangtahun pemerin-
tahan baginda sebagai Sultan Johor.
Istana Bukit Serene yang berbumbung hijau ini
terletak di atas Bukit Serene yang menghadap Teluk
Danga dan terletak dalam keluasan seluas 121.4
hektar. Ia juga mempunyai menara setinggi 35 me-
ter dan mudah dilihat dari Teluk Danga atau turut
dikenali sebagai Danga Bay. Istana ini juga menjadi
salah satu daripada mercu tanda tarikan pelancong
di Johor Bahru. Kawasan istana ini mempunyai
sebuah taman yang indah dan kerap menjadi tapak
majlis keramaian. Kawasan istana dikawal oleh
Pasukan Askar Timbalan Setia Johor ataupun The
Johor Military Force.
Terdapat lima buah bilik di Istana Bukit Serene
tetapi bilik-bilik tersebut tidak mempunyai nama
khusus dan diberi gelaran tidak rasmi atas kegu-
naan biasa. Oleh itu, semasa pemeritahan Sultan
Ibrahim Ismail, kamar beradu Sultan Johor sering
dirujuk sebagai bahagian sayap sultan manakala
sayap yang satu lagi digelar sebagai sayap Tuanku
Raja Zarith. Tiga buah lagi bilik adalah untuk
kegunaan paduka anakanda-anakanda Sultan
Johor dan sebuah ruang umum yang khusus
untuk kegunaan keluarga diraja. Selain lima
buah bilik yang berada di tingkat atas itu,
terapat juga perpustakaan, pejabat sultan
dan bilik persidangan di tingkat bawah.
KEMBARA DESTINASI 63
Hanya beberapa minggu lagi menjelang Tahun Baharu, Pusat Outlet Premium Asia Tenggara dijangka
akan dikerumuni dengan kembalinya Jualan Akhir Tahun yang sangat dinanti-nantikan.
Dengan pembukaan kedai baharu seperti Burberry dan Longchamp di Genting Highlands Premium
Outlets, dan Bottega Veneta, Coach (dibuka semula di Suite 338), Godiva, Gucci (dibuka semula di
Suite 700), Kenzo, Prada, Outlet by Club 21, Stuart Weitzman dan The North Face di Johor Premium
Outlets, ini adalah satu jualan yang tidak boleh dilepaskan.
64 KEMBARA DESTINASI
Dataran Penggaram merupakan mercu tanda yang wajib dilawati di Batu Pahat kerana ia merupakan
gambaran asal usul nama Batu Pahat. Legenda mengatakan bahawa tentera Siam sedang memahat batu
di kampung Minyak Beku untuk mengambil air minuman selepas dikalahkan oleh tentera Melaka pada
abad ke-15. Itu memberi nama tanah ini, Batu Pahat. Semasa sambutan seratus tahun di bandar ini,
sebuah monumen dengan air pancut yang menggambarkan batu pahat telah dibina di Dataran Pengga-
ram. Ini adalah dataran bandar tempat acara tahunan seperti Hari Kebangsaan, Hari Raya dan perayaan
Tahun Baru Cina diadakan. Pada hari-hari biasa, keluarga berkunjung ke Dataran untuk bersiar-siar
atau menerbangkan layang-layang. Terdapat gerai di sekitar yang menjual makanan, minuman dan
mainan untuk kanak-kanak.
KEMBARA DESTINASI 65
Rom sebelum ini merupakan pusar pemerintahan negara Itali. Rom juga merupakan bandar yang luas
dan komplek, ianya juga terkenal sebagai kota bersejarah yang moden. Rom merupakan pusat penting
bagi budaya, kekuasaan dan agama ianya lebih dari 2500 tahun dahulu. Antara pusat pelancongan yang
terkenal di Rom ialah Colosseum, Museo E Galleria Borghese, Pantheon, Vatican Museum, ST Peter’s
Basilica, Via Appia Antica, Capitoline Museum dan Trevi Fountain.
66 KEMBARA DESTINASI
Pilih untuk melawat Muzium Kaca Pulau Pinang semasa lawatan anda, dan
anda pasti akan mengagumi binaan dan keindahannya sepanjang hayat
anda. Gambar dari perjalanan anda tidak boleh menjadi lebih baik daripada
apabila diklik di muzium ini di mana anda boleh mengelirukan imej apabila
berdiri di kaleidoskop besar.
Paparan barangan yang diperbuat daripada kaca kitar semula adalah krea-
tiviti yang dipersonifikasikan. Anda juga boleh cemerlang di dalamnya jika
anda mengambil bahagian dalam kelas kraf dan membawanya pulang ke
rumah sebagai kenangan yang tidak boleh ditukar ganti.
KEMBARA DESTINASI 67
Menurut sejarah lisan, nama asal bandar
tersebut sebenarnya Simpang Pulai sem-
pena sebatang pokok Pulai yang tumbuh
di tengah-tengah simpang empat yang
menghubungkan laluan ke Kluang, Johor
Bharu, Batu Pahat dan Yong Peng serta
Segamat.
Menurut Ketua Kampung Ayer Hitam
Pekan, Amin Sitam, penduduk di kawa-
san Simpang Pulai kemudian menukar
nama itu kepada Ayer Hitam meman-
dangkan terdapat aliran air bukit yang
berwarna kehitam-hitaman turun dan
mengalir ke sekitar kawasan itu. Sunggu-
hpun tidak dapat dipastikan tahun tepat
kawasan itu mendapat nama Ayer Hitam
namun dipercayai awal kurun ke-20.
Ayer Hitam kini ditadbir di bawah
Majlis Daerah Yong Peng namun bera-
da di dalam daerah Batu Pahat.
Ayer Hitam telah muncul sebagai
pusat industri seramik berikutan ter-
dapatnya sumber tanah liat berkualiti
tinggi yang banyak di kawasan itu.
68 KEMBARA DESTINASI Menurut Arney(1987) dalam
bukunya yang berjudul
Pantai Balok di Kuantan antara Malaysian BATIK: Creating
lokasi perkelahan yang popular di New Traditions menjelaskan
Pahang. Juga pantai batu Hitam pembuatan batik Malaysia di
abad 20 telah memperlihatkan
yang dipenuhi pengunjung di tradisi baru bangsa Malaysia
hujung minggu dan cuti umum yang menampilkan jenis
dan motif batik yang
atau persekolahan. Seperti menjadi simbol bangsa serta
dijanjikan dalam catatan lalu, kali mengekalkan nilai sebenar
ini saya ingin berkongsi tentang untuk terus diwarisi dan
seorang penggiat Batik terkenal di digemari masyarakat yang
mendokongnya. Kepentingan
perkampungan Balok. dan kesedaran betapa
warisan kesenian perlu
dikekal dan dipertahankan,
memperlihatkan industri batik
di Malaysia hari ini semakin
berkembang pesat.
KEMBARA DESTINASI 69
Mini Zoo Teruntum merupakan salah satu tempat menarik yang boleh lawati bersama
anak-anak dan keluarga. Kawasan mini zoo ini mempunyai landskap yang menarik dan
amat sesuai untuk aktiviti beriadah sambil melihat haiwan yang dipamerkan.
Zoo mini ini tidak mengenakan sebarang bayaran masuk kepada pengunjung dan di sini
juga terdapat pelbagai haiwan yang ditempatkan di sangkar seperti burung unta, kancil,
burung, buaya, arnab, burung merak, landak, seladang, pelanduk, ular, orang utan dan
juga kura-kura gergasi pasti memikat hati pengunjung.
70 KEMBARA DESTINASI
merupakan sebuah kompleks membeli belah yang terkenal yang baru dibina di bandar
Kuantan. Kompleks membeli belah ini pastinya akan menjadi syurga buat penggemar
atau ‘kaki shopping’.
Terdapat banyak kedai berjenama, wayang, pusat karaoke dan bowling disediakan di
sini. Selain membeli-belah terdapat banyak cafe dan kedai makan yang menyediakan
pelbagai jenis makanan dalam dan luar negara boleh lawati. Di sekitar ECM ini juga
terdapat banyak lot kedai dua tingkat untuk anda membeli-belah sambil bersiar-siar.
KEMBARA DESTINASI 71
kalau berkunjung ke Kuantan, Pahang jangan lupa singgah ke Jeti Shahbandar dan
menaiki bot Kuantan River Cruise yang menjanjikan keseronokan menyusuri muara
Sungai Kuantan sambil melihat kehidupan burung helang atau kera bergayut di
pokok bakau air masin serta aktiviti bot nelayan di pesisiran sungai dekat situ.
72 KEMBARA DESTINASI
Semestinya sentiasa menjadi pilihan bagi pelancong dalam dan luar negara. Salah satu tempat menarik
yang terdapat di negeri bertuah ini ialah Bukit Tinggi. Tempat ini sangat terkenal dengan keunikkan reka
bentuk bangunan yang sangat cantik. Suhu yang nyaman di tempat yang meriah ini bakal menjadikan
percutian anda menjadi lebih menyeronokkan. Bawa keluarga anda untuk berseronok dan bersantai di
tempat-tempat indah yang terdapat di Bukit Tinggi ini.
KEMBARA DESTINASI 73
Teh ialah minuman dihasilkan daripada seduhan
panas atau sejuk daun atau pucuk pokok renek
Camellia sinensis yang berasal dari China dan Asia
Timur. Minuman ini memberikan rasa harum manis
atau pahit bergantung kepada jenis baka dan cara
daun-daun tersebut diproseskan; kandungan kafeina
ia memberikan rangsangan dalam badan. Air ini
merupakan minuman berperisa paling luas dimi-
num serata dunia yang boleh dicampurkan dengan
pelbagai jenis herba, rempah, bunga dan perasa
buah.Cameron Highlands merupakan destinasi
pelancongan yang terkenal dan terdapat banyak tem-
pat menarik untuk dilawati disini.Antaranya adalah
Ladang Teh BOH Sg Palas yang terletak di Sungai
Palas,Cameron Highlands. Tanah Tinggi Cameron
merupakan sebuah daerah dan pusat peranginan
tanah tinggi di Pahang, Malaysia. Cameron High-
land terletak setinggi 1,829 meter dari aras laut dan
bersuhu antara 10°C hingga 20°C.
74 KEMBARA DESTINASI
Ladang Strawberi Bukit Raaju adalah salah satu lagi tempat menarik di Pahang yang mesti dikunjungi
yang terletak di Tanah Tinggi Cameron. Dengan iklim yang sempurna, strawberi boleh ditanam
di sini. Kemasukan adalah percuma, dan pengunjung akan mendapat lawatan berpandu untuk
memahami lebih lanjut mengenai buah ini.
KEMBARA DESTINASI 75
Genting Highlands, juga dikenali sebagai Tanah Tinggi Genting, merupakan sebuah peranginan
bukit di puncak Gunung Ulu Kali dengan ketinggian 1,800 meter. Sebahagian besar kawasan tersebut
terletak di negeri Pahang dan satu lagi bahagian kecil terletak di negeri Selangor. Ia ditubuhkan oleh
mendiang peniaga etnik Cina Lim Goh Tong pada tahun 1965.
76 KEMBARA DESTINASI
Bukit Fraser mendapat nama dari seorang pengembara British pada zaman kolonial iaitu
Louis James Fraser
KEMBARA DESTINASI 77
Dataran Bunga Raya yang terletak di bahagian timur
Taman Tasik Shah Alam.
78 KEMBARA DESTINASI
KOMPLEKS Seni Islam Antarabangsa Selangor tidak asing lagi dalam kalangan pelancong tempatan dan luar negara
sebagai pusat perkembangan seni Islam berlandaskan nilai-nilai ajaran al-Quran.
KEMBARA DESTINASI 79
Merdeka Clock Tower ataupun Menara Jam Besar ini adalah sebuah binaan klasik yang telah berdiri dengan teguh di hada-
pan Masjid Zahir sejak tahun 1912 lagi.
80 KEMBARA DESTINASI
Jejak Pokok Pine ini terletak di Bukit Fraser dengan puncaknya pada 1,456
meter. Ini adalah salah satu dari lapan laluan di Bukit Fraser
KEMBARA DESTINASI 81
Kuan Wellness Eco Park merupakan destinasi ekopelancongan yag berteraskan alam semula
jadi. Tempat pelancongan ini terletak di Tanjung Sepat di antara GoldCoast Sepang dan
GoaldCoast Morib yang juga merupakan destinasi pelancongan yang terbaik di Selangor.
82 KEMBARA DESTINASI
Taman Burung Kulim ini dibawah selian Majlis
Perbandaran Kulim (MPK). Antara yang menarik
tumpuan ramai adalah pengunjung kini boleh
melihat pelbagai jenis burung, ikan, itik dan arnab
yang dipelihara di taman tersebut.
KEMBARA DESTINASI 83
Konsep penubuhan Pusat Sains Negara (PSN) telah diilhamkan pada awal tahun 1980-an. Majlis Penyelidikan dan
Kemajuan Sains Negara (MPKSN) telah memainkan peranan penting dalam usaha mereka konsep penubuhan sebuah
Pusat Sains Negara dengan objektif iaitu untuk mewujudkan kesedaran dan kefahaman mengenai Sains dan Teknologi
di kalangan rakyat Malaysia.
84 KEMBARA DESTINASI
Rumah Merdeka ini merupakan rumah yang dimiliki oleh Perda-
na Menteri pertama Malaysia, YAB Tunku Abdul Rahman.
KEMBARA DESTINASI 85
LAGENDA PARK
Terletak berhampiran Jeti Kuah, taman
ini bertemakan legenda dan mitos yang
terdapat di Pulau Langkawi. Berhadapan
dengan
Kuah Waterfront, para pengunjung
dapat melihat pemandangan pantai
Kuah dan Dataran Lang dari sudut
yang luas. Kawasan seluas 50 hektar ini
mempamerkan beberapa ukiran batu,
pameran kebudayaan, dan lain – lain lagi
yang berkisar tentang sejarah serta mitos
Langkawi.
86 KEMBARA DESTINASI
Istana Syarqiyyah merupakan kediaman rasmi Sultan Terengganu dan merupakan
lokasi di mana semua majlis-majlis rasmi dilangsungkan. Istana ini sangat istimewa Buat warga Terengganu
kerana ia cukup cantik dan unik.
KEMBARA DESTINASI 87
Ia terletak tidak jauh dari bandar Kuala Terengganu dan dihubungkan melalui Jambatan Sultan
Mahmud. Pulau Duyung merupakan pusat perusahaan membuat bot dan kapal layar tradisional di
Malaysia. Justeru ia mempunyai nilai warisan yang tinggi.
88 KEMBARA DESTINASI
Bukit Keledang, Terengganu merupakan sebuah bukit kecil yang terletak di pinggir bandar Kuala
Terengganu. Kini ianya menjadi ikon pelancongan baru selepas Jabatan Warisan Negara mewartakan
kawasan itu sebagai salah satu tapak warisan bersejarah di Malaysia.
KEMBARA DESTINASI 89
Kualiti pembuatan batiknya yang sangat tinggi telah diakui ramai. Selain membeli barangan batik,
anda juga berpeluang melihat cara pembuatan batik secara tradisional. Anda boleh merasai
pengalaman mencanting sendiri batik di ruang domestik yang disediakan.
90 KEMBARA DESTINASI
TTI River Cruise menyajikan pengalaman unik dan berbeza untuk anda. Pelayaran berpandu, yang membole-
hkan anda menikmati keindahan dan ketenangan Sungai Terengganu.
KEMBARA DESTINASI 91
Taman Rekreasi dan Zoo Kemaman (TRZK) berjaya mencatatkan lonjakan 49 peratus
pengunjung pada 2020 berbanding tahun sebelumnya.
92 KEMBARA DESTINASI
Pasar Payang terdiri daripada bangunan kompleks 2 tingkat. Di bahagian bawahnya terdapat gerai basah dan gerai menjual pel-
bagai kuih-muih traditional negeri Terengganu. Di bahagian atas terdapat pelbagai kedai menjual pelbagai barangan. Ia terletak
berhampiran dengan jeti Shabandar dan merupakan tempat persinggahan pelancong yang hendak menaiki bot ke pulau-pulau
berhampiran.
KEMBARA DESTINASI 93
Muzium Sarawak telah ditubuhkan oleh Rajah Kedua, Charles Brooke pada tahun 1860 dan terima kasih kepada naturalis
yang tersohor, Alfred Russell Wallace diatas pengaruhnya. Mereka sedar niat mereka dengan menubuhkan sebuah muzi-
um sementara di Market Place, sepanjang Gambier Street Kuching pada 30 Oktober, 1886 .
94 KEMBARA DESTINASI
Nikmati pemandangan yang mempesonakan sebaik tiba waktu malam di mana bintang bertaburan dengan banyaknya dan
tidak malu menyerlahkan diri di sekitar permukaan langit semasa bermalam di Permata Pugu Camping Site.
KEMBARA DESTINASI 95
Red House Garden Stay merupakan salah satu penginapan yang popular di Bukit Tinggi. Bilik-bilik yang selesa
ditawarkan bersama dengan segala kelengkapan yang cukup.
96 KEMBARA DESTINASI
Casa Del Rio Melaka
Seperti tinggal di sebuah rumah agam, resort yang terletak di bandar klasik Melaka ini ternyata
membuatkan sesiapa sahaja terpegun dengan rekaan dalamannya yang agak mewah dan cantik
untuk dipandang.