The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 493-9-husna, 2021-03-09 08:50:24

HUSNA BINTI ISMAIL PORTFOLIO PBS 2021

HUSNA BINTI ISMAIL PORTFOLIO PBS 2021

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU, LINGKUNGAN
BUDI, 59100 KUALA LUMPUR, WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN PASCASISWAZAH
(PDPP PENDIDIKAN ISLAM AMBILAN JUN 2020)

1. BIODATA PELAJAR 01111232657
 NAMA PELAJAR : HUSNA BINTI ISMAIL [email protected]
 NO. KAD PENGENALAN : 940503085270
 ANGKA GILIRAN : 2020192400024 JUN 2020
 ALAMAT:NO 13 JALAN SAMPIN 10/14 PENDIDIKAN ISLAM
SEKSYEN 10 40100 SHAH ALAM TAHUN 1 SEMESTER 2
25 JANUARI HINGGA 5 FEBRUARI
NO. TELEFON EN ZULKARNAIN BIN HASSAN
E-MEL

AMBILAN
PENGKHUSUSAN
TAHUN DAN SEMESTER

TARIKH PBS
NAMA PENSYARAH

2.Penyataan Profesional

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu program bagi pelajar Program
Ijazah Sarjana Muda Perguruan Kementerian Pelajaran Malaysia. Program ini memberi
peluang kepada pelajar memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan dan
peranan guru di dalam bilik darjah melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan
interaksi dengan komuniti sekolah. PBS ini dijalankan bertujuan untuk mencari
maklumat berdasarkan tugasan yang telah diberikan oleh pihak institut disamping
membiasakan guru pelatih dengan suasana di sekolah serta melengkapkan bahan-
bahan untuk tugasan kerja kursus yang berkaitan. Fokus utama tugasan menerangkan
segala tindakan yang perlu diambil, memberikan bimbingan untuk melaksanakan aktiviti
dan membantu dalam penyediaan penilaian dan laporan akhir.Setelah meneliti tugasan
yang diberikan, fokus utama yang dikenalpasti adalah

a) Tugasan yang diberikan oleh IPGM Aktiviti refleksi, kolaborasi, pemerhatian dan
laporan yang perlu dilaksanakan dan disediakan selepas selepas PBS, selaras dengan
huraian tugasan dalam Garis Panduan Pengalaman Berasaskan Sekolah. b) Tugasan
Pengajian Profesional Terbahagi kepada - EDU3101 dan interaksi anda dengan
komuniti sekolah semasa menjalani PBS, rekodkan dapatan anda tentang amalan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) diaplikasikan. Tujuan tugasan yang diberikan
adalah untuk :

a) Memahami budaya sekolah

b) Menyesuaikan diri di sekolah dan di bilik darjah.

c) Mendapat pendedahan awal pembelajaran murid.

d) Memahami pengurusan strategi pengajaran pembelajaran.

e) Membina kemahiran berinteraksi dengan murid, guru dan kakitangan sekolah.

f) Membina kemahiran inkuiri penemuan dan kemahiran berfikir secara kritis dan
analitikal.

g) Membina sikap positif terhadap profesion keguruan.

h) Membuat refleksi mengenai tugas dan tanggungjawab guru.

i) Mendokumentasikan pengalaman yang dilalui untuk perbincangan semasa sesi
refleksi.

Untuk itu, saya telah memilih Sekolah Kebangsaan Seksyen 13. Saya berminat untuk
menjalankan PBS di sekolah ini kerana saya telah diberi penempatan berkhidmat di
sekolah ini pada tahun 2018 sehingga kini .saya mendapatkan maklumat sekolah untuk
pelaksanaan tugasan yang memerlukan perancangan rapi agar tugasan dapat
disiapkan mengikut masa yang ditetapkan. Dalam pada itu, setiap perkara yang akan
dilakukan sepanjang PBS disediakan dengan laporan refleksi yang akan direkodkan
selepas sahaja selesai melakukan sesuatu perkara tersebut. Ini bertujuan untuk motivasi
diri dan membaiki kelemahanyang terdapat dalam diri ketika melakukan sesuatu
perkara.

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN SEKOLAH

MAKLUMAT SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Seksyen 13 Shah Alam dibina pada tahun 2000 dan siap
sepenuhnya pada akhir 2001. Sekolah ini mula beroperasi secara rasminya pada 1
Januari 2002. Seramai 180 orang murid kumpulan pertama telah mendaftar dan 13
orang guru telah ditugaskan mengajar di sekolah ini. Jumlah ini telah meningkat kepada
396 orang pada akhir tahun 2003. Peningkatan amat ketara pada 2019 iaitu seramai
1226 orang murid. Keutamaan penempatan murid diberikan kepada meraka yang
tinggal di sekitar Seksyen 13 sahaja.
Pentadbiran kini diterajui oleh Tn. Hj. Rashid bin Hj. Md Ihsan, Guru Besar Cemerlang.
Jawatan Penolong Kanan Pentadbiran terkini disandang oleh Puan Aziah binti Karim,
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid disandang oleh Puan Shamsina binti Abd. Aziz.
Manakala jawatan Penolong Kanan Kokurikulum disandang oleh Puan Yusnidar binti
Mohd, dan jawatan Penolong Kanan Petang disandang oleh Cik Nurul Huwaina binti Md
Abdul Salam.
Sekolah Kebangsaan Seksyen 13 kini telah beroperasi selama 18 tahun. Sekolah ini
bukan sahaja mempunyai kelas aliran perdana tetapi terdapat juga Kelas Pendidikan
Khas (PPKI) dan sebuah kelas prasekolah. Bilangan murid PPKI yang semakin
bertambah, melayakkan SKS13 mendapat seorang Penolong Kanan Pendidikan Khas,
Puan Nor’ain binti Ab Rashid telah dilantik sebagai Penolong Kanan Pendidikan Khas
pada 1 April 2011.

Sehingga kini Sekolah Kebangsaan Seksyen 13 telah mencatat kejayaan demi kejayaan
dan telah diberi pengiktirafan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai Sekolah
Kluster Kecemerlangan (Fasa 7) pada tahun 2013 di mana, Panitia Sains dan Kelab
Muzik dipilih sebagai kebitaraan sekolah.

Sekolah juga turut mendapat pengiktirafan Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum
Peringkat Kebangsaan bagi kategori Sekolah Cemerlang Kokurikulum SKK/SBT dua
tahun berturut-turut 2018-2019.







SENARAI NAMA KETUA & SETIAUSAHA PANITIA MATA PELAJARAN SESI 2021
JADUAL PENCERAPAN



JADUAL SEMAKAN BUKU LATIHAN MURID
TAKWIM PBD

CARTA ORGANISASI PENGURUSAN KURIKULUM

KURIKULUM SEKOLAH
F

JH

CARTA ORGANISASI KOKURIKULUM

KOKURIKULUM SEKOLAH

UNIT BERUNIFORM

UNIT KELAB DAN PERSATUAN
UNIT SUKAN DAN PERMAINAN

UNIT RUMAH SUKAN

PRASARANA SEKOLAH

DEWAN SEKOLAH LALUAN PINTU MASUK

PINTU HADAPAN SEKOLAH STOR SUKAN

MAKMAL BAHASA MELAYU MAKMAL BAHASA MELAYU

PERPUSTAKAAN MUSOLLA AN NAJAH

3.INSTRUMEN PENGUMPULAN DATA BERHUBUNG TUGASAN

1 ) Pemerhatian

Melalui pemerhatian yang telah saya lakukan semasa berada di SK Seksyen 13 shah
Alam,saya telah mengambil gambar-gambar yang berkaitan sebagai instrumen
pelengkap tugasan.

2) Senarai Semak

Saya mendapatkan bahan-bahan dan melengkapkan data yang diperlukanberdasarkan
kepada senarai semak yang telah disediakan. Melalui senarai semak tersebut, saya
dapat mencari instrumen yang diperlukan dengan lebih terperinci danteratur.Rujuk
senarai semak di bahagian lampiran.

4.KOLABORASI

Untuk tujuan kolaborasi, saya telah mencatatkan rekod kolaborasi bersama beberapa
orang kakitangan sekolah dan juga pelajar ke dalam borang kolaborasi yang disediakan
beserta tandatangan pengesahan. Saya berpendapat bahawa, kolaborasi adalah
penting untuk mendapatkan maklumat yang kita perlukan di samping meningkatkan
kemahiran berkomunikasi dengan orang lain dan juga meningkatkan keyakinan diri
ketika berinteraksi. Lampiran Kolaborasi di bahagian lampiran.

5. ILMU / PENGETAHUAN BARU

1 ) Pemerhatian

Melalui pemerhatian yang telah dijalankan, saya mendapat pengalaman tentang
suasana dan juga budaya di sekolah terbabit. Saya dapat perhatikan bahawa setiap
sekolah ditekankan dengan pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
(PIPP)dan mendorong pihak sekolah menjalankan tugas dengan lebih komited. Dalam
pada itu, saya juga dapat membandingkan bahawa pengurusan yang lebih sempurna
membawa kepada kecemerlangan yang lebih besar berbanding pengurusanyang lemah
atau pasif. Dari segi disiplin pula, secara keseluruhannya, saya amat berpuas hati
dengan disiplin yang tinggi dalam kalangan pelajar di SK Kebangsaan Seksyen 13 yang
telah dibudayakan sejak beberapa tahun yang lalu. Pelajar-pelajar di sekolah tersebut
menunjukkan kerjasama dan sikap yang hormat yang tinggi kerana perkara ini amat
ditekankan oleh pihak sekolah. Sebagai contoh, pelajar bukan sahaja mengucap
selamat kepada guru ketika berlintas dengan meletakkan tangan di dada. Disebabkan
langkah berjaga –jaga dan penjarakkan sosial yang di wajibkan,semua murid tidak agi
bersalam bersama guru.Malah menukar cara menyantuni guru dengan meletakkan
tangan di dada ,sebagai tanda hormat

2) Pengalaman di Bilik Darjah

saya mengampil peluang untuk mendalami suasana di dalamkelas dengan berinteraksi
dengan pelajar-pelajar. saya telah membimbing beberapaorang pelajar yang sedang
membuat tugasan yang ditinggalkan oleh guru mereka. Di samping itu, saya berasa
seronok kerana begitu tertarik dengan suasana bilik darjah yang begitu menarik dan
unik. Saya dapat merasakan bahawa, suasana bilik yang kondusif dan sudut
pembelajaran yang sempurna menjadikan pelajar lebihbersemangat untuk belajar dan
menumpukan sepenuh minat kepada PP. Tidak kurang juga terdapat pelajar yang
sedikit nakal terutamanya pelajar Tahun 1 yang suka membuat bising. Ini menjadi satu
tanggungjawab kepada guru untukmembuat teguran kepada pelajar. Saya juga sempat
bertindak sedemikian denganmenegur mereka yang bising dan seterusnya menjalankan
aktiviti yang menarik minatmereka. Seterusnya, saya turut menjalankan pemantauan di
kelas-kelas yang sedangmenjalankan PP dan dibimbing oleh guru. Dari situ, saya dapat
mengetahui kaedahpengajaran yang digunakan oleh guru untuk memudahkan pelajar
memahami prosespembelajaran mereka. Rata-ratanya, guru-guru lebih suka

menggunakan kaedah pengajaran moden iaitu penggunaan ICT kerana itu lebih menarik
minat pelajar.

6.REFLEKSI

Refleksi dalam PBS membolehkan pelajar pelajar dibimbing untuk menaakul,memilih
strategi pelaksanaan tugasan dan seterusnya membuat penilaian kendiri.Amalan refleksi
ini membolehkan pelajar menghayati dan meningkatkan profesionalisme keguruan
secara efektif. Melalui refleksi, saya dapat mengesan keberkesanan pelaksanaan setiap
tugasan yang dilaksanakan. Selain itu, saya juga dapat menjadikan refleksi sebagai
asas untuk menambahbaik dan meningkatkan kualiti setiap tugasan secara berterusan.
Di sampingitu, saya akan mampu memperkembangkan keupayaan celik akal bagi
melahirkan kreativiti dan inovasi dalam setiap tugas yang dijalankan. Secara langsung
juga, refleksidapat meningkatkan kualiti insan guru yang mempunyai ilmu professional
keguruanyang tinggi.Rujuk Amalan Refleksi di muka surat sebelah.

7. LAPORAN AKHIR

Pada bulan Mac iaitu antara 25 Januari 2021 hingga 15 Februari 2021, saya mewakili
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu (IPGKBM) telah menjalani Pengalaman
Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Kebangsaan Seksyen 13, Selangor.Tujuan PBS adalah bagi
memberi pendedahan awal kepada pelajar guru tentang suasana sekolah., persekitaran sekolah
termasuk memekarkan sikap positif terhadap profesion perguruan. Saya dikehendaki
mendapatkan maklumat melalui pemerhatian, temu bual, serta soal selidik untuk
menyempurnakan tugasan yang diberikan berasaskan pengalaman sekolah. Apa yang saya dapat
menyimpulkan bahawa PBS amat berguna kepada pelajar guru seperti saya. Hal ini kerana
tugasan ini memerlukan saya menjalankan tugasan di sekolah rendah. Setelah beberapa hari
menjalankan tugas sebagai guru, saya mendapati bahawa ia dapat membina sikap positif dalam
sanubari saya. Keyakinan diri merupakan sikap positif yang saya dapat membina semasa berada
di sekolah tersebut. Saya dapat bergaul dengan rencaman kakitangan di sekolah tersebut seperti
guru-guru, kakitangan pejabat dan murid-murid. Ketika berhadapan dengan murid-murid, saya
belajar untuk memahami diri mereka dan berinteraksi dengan mereka.

Saya turut mengetahui cara untuk mengendalikan keadaan kelas dan melaksanakan
peraturan dalam kelas. Pada masa yang sama, saya juga diberi penerangan tentang bagaimana

aktiviti kokurikulum dijalankan di sekolah tersebut. Seperti yang kita ketahui aktiviti kokurikulum
yang dijalankan bukan sahaja merangkumi aspek sukan tetapi juga merangkumi kelab dan
persatuan serta unit beruniform. Perlaksanaan aktiviti kokurikulum di jalankan secara atas talian
disebabkan mengelakkan penularan Covid -19. Aktiviti kokurikulum dijalankan bagi murid-murid
tahun empat, lima dan enam sahaja.Pihak sekolah bertanggungjawab terhadap aktiviti yang
dijalankan.Pihak sekolahterpaksa akur dengan arahan KPM untuk tidak menjalankan sebarang
aktiviti berkumpul secara beramai –ramai.Pihak sekolah juga mengambil jalan selamat untuk
tidak menjaankan sebarang aktiviti kokurikulum secara bersemuka. Melalui tugasan ini, saya
telah mengetahui bahawa fungsi sekolah adalah satu proses sosialisasi untuk mendidik kanak-
kanak mengikut kehendak masyarakat. Saya juga mendapati bahawa sekolah berfungsi sebagai
suatu institusi yang memainkan peranan dalam pengekalan budaya masyarakat. Pada pendapat
saya, sekolah merupakn suatu pusat yang mengembangkan lagi potensi seseorang individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Ini dapat memekarkan seorang pelajar yang
berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berkompiten mahupun
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian
dan kemakmuran; keluarga masyarakat dan nusa

8. LAMPIRAN


Click to View FlipBook Version