BAB 6
SOKONGAN, PERGERAKAN
DAN PERTUMBUHAN
Tema 2: Penyenggaraan dan Kesinambungan Hidup
Disediakan oleh : Cikgu Farhalina Nazira Binti Zul
6.2
PERGERAKAN
DAN
PERTUMBUHAN
MANUSIA
Ligamen Pergerakan Manusia
◦ Melibatkan sistem rangka dan
otot
◦ Pengecutan dan pengenduran
otot rangka menghasilkan
pergerakan.
◦ Otot rangka bertindak secara
berantagonis.
Sendi dan Otot
Sendi
◦ Tempat pertemuan antara dua atau lebih tulang.
◦ Dua jenis sendi iaitu sendi bergerak dan sendi tak bergerak.
◦ Sendi bergerak ialah sendi yang membenarkan anggota bergerak
(contoh: sendi engsel pada siku)
◦ Sendi tak bergerak tidak membenarkan bahagian anggota bergerak
(contoh: sendi pada tengkorak)
Sendi
Cecair sinovial
◦ Melicinkan dan membekalkan nutrien kepada rawan.
◦ Bertindak sebagai pelincir di dalam sendi.
Rawan
◦ Bertindak sebagai kusyen dan pelindung terhadap sendi.
◦ Bertindak untuk mengurangkan geseran
Tendon
◦ Menghubungkan otot dengan tulang.
◦ Bersifat kuat dan kenyal
Pertumbuhan
Manusia
Peringkat bayi
◦ Umur 0 – 3 tahun
◦ Kadar pertumbuhan tinggi kerana proses
pembahagian sel berlaku dengan pesat.
◦ Kadar pertumbuhan bayi lelaki dan bayi perempuan
adalah sama
Peringkat kanak-kanak
◦ Kadar pertumbuhan berkurang berbanding di
peringkat bayi
◦ Pertumbuhan kanak-kanak lelaki lebih tinggi
berbanding kanak-kanak perempuan
Pertumbuhan
Manusia
Peringkat remaja
◦ Umur 13 – 15 tahun
◦ Kadar pertumbuhan tinggi bagi remaja lelaki dan
remaja perempuan
◦ Umur 16 – 18 tahun kadar pertumbuhan remaja
perempuan berkurang dan akan berhenti.
◦ Bagi remaja lelaki, kadar pertumbuhan akan berlaku
sehingga umur 18 – 20 tahun.
Pertumbuhan
Manusia
Peringkat dewasa
◦ Pertumbuhan malar dan hampir sifar.
◦ Pertumbuhan berhenti kecuali pada bahagian
tertentu seperti kuku, kulit dan rambut.
Peringkat tua
◦ Pertumbuhan hampir berhenti sepenuhnya.
◦ Tubuh badan manusia merosot.
Lelaki vs
Perempuan
◦ Dari peringkat bayi sehingga awal kanak-kanak,
kadar pertumbuhan lelaki dan perempuan adalah
sama.
◦ Perempuan akil baligh lebih cepat berbanding lelaki.
◦ Maka, perempuan membesar lebih cepat daripada
lelaki tetapi pertumbuhan akan berhenti lebih awal.
◦ Selepas umur 14 tahun, pertumbuhan lelaki akan
meningkat lebih pesat.