Soalan Lazim (Pembelian buku) : 1.Pembelian buku bahagian B (senarai buku tambahan) wajib dibeli? Ya, perlu dibeli kerana akan digunakan di kelas oleh guru subjek. Walaubagaimanapun, ibu bapa boleh membeli kemudian sekiranya kos pembelian tinggi pada hari penjualan buku. 2. Adakah bahagian C dan D wajib dibeli? Bahagian D dan C tidak wajib. Ibu bapa boleh membuat pilihan utk membeli di sekolah atau diluar.
Soalan Lazim (pakaian murid) : 1.Adakah tudung hitam dibenarkan? Warna tudung rasmi murid sekolah adalah bewarna putih sahaja. 2.Baju sukan perlu diletak tag nama? Semua baju sukan dan baju uniform perlu dijahit tag nama. 3. Seluar sukan boleh dibeli di luar? Boleh. Warna bagi seluar sukan yang dibenarkan di sekolah adalah hitam atau biru gelap.
Soalan Lazim (buku teks) : 1. Boleh tinggalkan buku teks di kelas? Dibenarkan jika murid ada kotak simpanan. Jika buku teks didapati hilang atau rosak, ibu bapa perlu mengganti buku tersebut dan tidak boleh menyalahkan pihak sekolah. 2. Boleh murid membawa bekal? Ya. murid boleh membawa bekal sendiri.
TERIMA KASIH Sekian,