1. LATAR BELAKANG
Perkhemahan adalah penting untuk murid-murid sekolah rendah. Program seperti ini harus
dijalankan dengan konsep yang lebih terbuka dan mencabar kebolehan pelajar di samping dapat
menambahkan pengetahuan pelajar dan mendedahkan mereka kepada persekitaran baru yang
belum pernah mereka kenali sebelum ini.
Aktiviti perkhemahan juga dapat menenangkan fikiran murid dan mengukuhkan pengetahuan
bagi memastikan kandungan kurikulum dikuasai secara tidak langsung dan tanpa tekanan. Aspek ini
perlu diberi perhatian memandangkan pelajar mempunyai potensi diri yang perlu dikenalpasti agar
mereka tidak merasa rendah diri tetapi mampu menjalani kehidupan bersosial yang lebih baik. Maka
program yang berbentuk “outdoor” ini seharusnya menjadi asas dalam memastikan mereka dapat
berdikari dalam menjalani kehidupan yang sebenar.
2. TUJUAN
Sesuai dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan kepada Falsafah Pendidikan
Kebangsaan, maka program ini dirancang sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk
melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi dan intelek serta berpotensi untuk
memberi sumbangan kepada kesejahteraan dan kemajuan diri sendiri, masyarakat, bangsa, Negara
dan agama.
2. OBJEKTIF
2.1 Mendedahkan para peserta kepada aspek-aspek asas perkhemahan.
2.2 Melatih para peserta berkomunikasi di antara satu sama lain.
2.3 Melatih para peserta melaksanakan aktiviti-aktiviti kehidupan seharian secara teratur dan
berdisiplin.
2.4 Mendedahkan para peserta dengan pelbagai kemahiran ikhtiar hidup.
2.5 Memberi peluang kepada para peserta menjalani latihan-latihan lasak dan mencabar.
2.6 Memberi peluang kepada para peserta mengembangkan kreativiti masing-masing.
Penasihat : En Mohd Sabri bin Mat Jaya (Guru Besar)
Pengerusi : En. Imran bin Mat Ali (GPK Kokurikulum)
N/Pengerusi : Pn. Hjh. Rosni bt Mat Akil (GPK HEM)
Pn. Hapsah bt Ngah (GPK Pentadbira
Setiausaha : YM Tengku Nor Amirah binti Tengku Anuar (S/U Kokurikulum)
Kem Komandan : En. Farit bin Mohamad ( Penyelaras Badan Beruniform)
AJK : En. Che Norazharudden bin Che Othaman (TKRS)
En .Mohd Faisall bin Mohd Nong (PENGAKAP)
En. Zulkifli bin Abd Rahman ( PBSM)
Pn. Naniah binti Mohd Kesah ( PPIM )
JADUAL BERTUGAS MASAKAN
PERKHEMAHAN PERDANA UNIT BERUNIFORM
SK SUNGAI LEREK
TAHUN 2022