The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Shaheezam Mohamad, 2023-09-02 02:48:23

PELAN PERNIAGAAN KARYANEKA 5 TAHUN

PELAN PERNIAGAAN KARYANEKA 5 TAHUN

PELAN PERNIAGAAN S H A H E E Z AM B I N MO H AMA D Disediakan oleh :


KANDUNGAN MATLAMAT PELAN PERNIAGAAN PENGENALAN PELAN PERNIAGAAN SEDIA ADA ANALISIS SWOT CADANGAN PELAN PERNIAGAAN PENUTUP


MATLAMAT MATLAMAT PELAN PERNIAGAAN ·Meningkatkan jualan produk kraftangan tempatan setiap tahun. ·Meningkatkan eksport produk kraftangan ke pasaran antarabangsa setiap tahun. ·Memberi dan meningkatkan latihan dan pembangunan kepada pengusaha tempatan dalam kemahiran kraftangan tradisional dan kontemporari.


PENGENALAN Karyaneka, yang secara rasminya dikenali sebagai Syarikat Pemasaran Karyaneka Sdn Bhd, adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan pada tahun 1982 sebagai entiti korporat sepenuhnya milik Lembaga Kemajuan Kraftangan Malaysia. Lembaga Kemajuan Kraftangan Malaysia adalah sebuah agensi berkanun di bawah Kementerian Pelancongan, Kesenian, dan Kebudayaan Malaysia. Secara ringkasnya, Karyaneka merupakan 'One Stop Centre' untuk kraftangan tempatan, menawarkan pelanggan pelbagai jenis produk dan perkhidmatan unik yang berkualiti tinggi. Ia bertujuan untuk menjadi pilihan destinasi utama membeli-belah baik untuk pelancong mahupun pengusaha sektor pelancongan.


Secara amnya, yang dapat dilihat adalah pihak Karyaneka menjalankan perniagaan mereka melalui beberapa cara samada didalam talian mahupun outlet fizikal. Ini dapat diringkaskan seperti berikut : PELAN PERNIAGAAN SEDIA ADA


Secara amnya, yang dapat dilihat adalah pihak Karyaneka menjalankan perniagaan mereka melalui beberapa cara samada didalam talian mahupun outlet fizikal. Ini dapat diringkaskan seperti berikut : PELAN PERNIAGAAN SEDIA ADA


Secara amnya, yang dapat dilihat adalah pihak Karyaneka menjalankan perniagaan mereka melalui beberapa cara samada didalam talian mahupun outlet fizikal. Ini dapat diringkaskan seperti berikut : PELAN PERNIAGAAN SEDIA ADA


Ke S kuatan K W elemahan P O eluang T Ancaman Unik dan Buatan Tangan Pengeluaran Makan Masa Permintaan Meningkat untuk Produk Buatan Tangan Persaingan Seni dan Kreativiti Skalabiliti Terhad E-dagang dan Kehadiran Dalam Talian Pengeluaran Massa dan Imitasi ANALIS SWOT Penyesuaian Peribadi Harga Lebih Tinggi Kolaborasi dan Rakan Kongsi Faktor Ekonomi (strength) Nilai Tempatan dan Kebudayaan Pasaran Niche (weakness) (opportunities) (threats) Jangkauan Terhad Acara dan Pameran Tren Keceriaan dan Lestari Isu Harta Intelek Isu Rantaian Bekalan


CADANGAN PELAN PERNIAGAAN Berdasarkan Analisis SWOT, kita dapat mengidentifikasikan Kelebihan, Kelemahan, Peluang dan Ancaman yang di hadapi oleh Karyaneka terhadap produk-produk keluarannya. Karyaneka ini tidak hanya memasarkan produk-produk hasil kraf ini di dalam negara malah turut mempromosikannya di luar negara. Oleh itu pelan perniagaan ini akan merangkumi pemasaran luar negara dan juga dalam negara. Setelah meneliti data-data yang diperolehi melalui carian diatas talian, kita akan mendapati bahawa pihak Karyaneka telah menjalankan aktiviti pemasarannya. Melihat kepada pelan perniagaan yang sedia ada yang dijalankan oleh pihak Karyaneka, kita percaya pelan perniagaan tersebut mampu meningkatkan kadar jualan serta promosi produk-produk keluaran Karyaneka. Namun beberapa strategi lain juga boleh dicadangkan bagi menambahbaik lagi pelan perniagaan Karyaneka.


CADANGAN PELAN PERNIAGAAN Dengan mengambil kira Analisi SWOT tadi, secara ringkasnya, adalah dicadangkan pelan perniagaan Karyaneka untuk tempoh lima (5) akan datang adalah seperti berikut : Penstrategian disini bermaksud, kita perlu menukar persepsi ‘Exclusiveness’ kepada ‘Everyone Can Buy’. Seperti diketahui ramai, kebanyakan harga produk-produk Karyaneka ini mencapai harga yang tinggi untuk sesuatu produk. Secara amnya sasaran pembeli akan terhad kepada golongan yang mampu sahaja. Jadi, dengan kita penstrategian semula produk-produk ini, ia akan memberi peluang kepada ramai lagi sasaran pembeli dan secara tidak langsung ia akan menjadi meningkatkan hasil penjualan. Penstrategian semula untuk bersaing dalam pasaran (Restrategise to compete in a market)


CADANGAN PELAN PERNIAGAAN Mengikuti Trend pemasaran digital terkini didalam dan diluar negara seperti contoh Facebook, Tiktok, Shoppee, Lazada, e-Bay dan mana-mana platform yang dirasakan sesuai; Sentiasa menjalankan analisis akaun online supaya akaun online aktif dan mendapat penglibatan (engagement)dengan pengikut yang tinggi. Ini adalah kerana sekiranya penglibatan (engagement) dikalangan pengikut tinggi, ini memberi peluang untuk menghasilkan jualan juga adalah tinggi. Antara aktiviti yang boleh dijalankan adalah kekerapan membuat interaksi di akaun sosial media. Ini termasuklah hantaran-hantaran di sosial media; Aplikasi Khas yang boleh dimuat naik di telefon bimbit, seperti yang telah sedia ada MyCraftShoppe. Affliate Marketing – disebabkan Karyaneka telah mempunyai website dan sosial media adalah digalakkan untuk mencari ahli untuk menjual sama produk-produk hasil kraf (Affliate Marketing). Iaitu ahli bertindak sama mempromosi dan menjual produk-produk hasil kraf Karyaneka. 1) Dalam Talian (Online)


CADANGAN PELAN PERNIAGAAN Content Creation : Membangunkan kandungan berkualiti tinggi, termasuk catatan blog, artikel, video, infografik, dan lain-lain, untuk mendidik, menghibur, dan melibatkan audiens sasaran. Search Engine Optimization (SEO) : Mengoptimumkan kandungan dan struktur laman web untuk meningkatkan keterlihatannya di enjin carian seperti Google Iklan Bayar-Per-Klik (PPC) : Mencipta dan menguruskan kempen pengiklanan dalam talian menggunakan platform seperti Google Ads atau iklan media sosial Email Marketing : Mereka bentuk dan melaksanakan kempen e-mel untuk merawat peluang, mempromosikan produk, berkongsi kemas kini, dan menjaga komunikasi dengan pelanggan Influencer Collaboration Mengenal pasti dan bekerjasama dengan pengaruh relevan atau pemimpin industri untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan kepada audiens terlibat mereka. Affiliate Marketing : Berkerjasama dengan rakan kongsi yang mempromosikan produk atau perkhidmatan anda sebagai ganti komisen atas jualan yang dijana melalui rujukan mereka.


CADANGAN PELAN PERNIAGAAN Kiosk di tempat stategik tumpuan utama diseluruh negara, contohnya Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Stesen Bas Larkin Sentral ; Vending Machine yang menjual produk-produk seni kraf. Ini adalah antara trend semasa perniagaan produk yang terdapat dinegara kita yang semakin mendapat tempat. Berkolaborasi dengan perniagaan atau organisasi tempatan untuk promosi bersama, penajaan, atau acara boleh membantu mencapai audiens sasaran yang tertentu. Outdoor Advertising : Papan iklan, poster, dan iklan transit (iklan di bas, kereta api, dll.) termasuk dalam kategori ini. Mereka memberikan penerapan kepada jumlah besar orang di lokasi tertentu. Events and Trade Shows : Mengambil bahagian dalam pameran dagangan dan acara yang khusus kepada industri boleh membantu perniagaan mempamerkan produk atau perkhidmatannya secara langsung kepada pelanggan dan rakan kongsi berpotensi. 2) Luar Talian (Offline)


CADANGAN PELAN PERNIAGAAN Kerjasama dengan pihak Koperasi melalui ANGKASA. Ini adalah kerana, berdasarkan data Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), sehingga 31 Dis 2022, jumlah keanggotaan koperasi melebihi 7.3 juta orang manakala terdapat sebanyak 15,315 koperasi yang berdaftar di Malaysia. Ini merupakan satu peluang yang luas untuk satu kerjasama kerana mempunyai potensi pembeli sediaada. Melalui kerjasama ini, kedua belah pihak akan mendapat situasi menang-menang dimana pihak karyaneka boleh bekerjasama dengan mana-mana koperasi yang berasaskan kraf untuk bekerjasama, manakala pihak koperasi pula akan dapat membantu dalam kerja-kerja promosi barangan kraf kepada para ahli koperasi masing-masing. MARA juga adalah antara rakan niaga yang baik untuk bekerjasama. Ini kerana, dibawah MARA terdapat pengusaha-pengusaha seni dan MARA juga mempunyai pelbagai rangkaian outlet dan lain-lain. 3) Kerjasama dengan Agensi-Agensi Kerajaan yang lain (Synergistic Effect)


CADANGAN PELAN PERNIAGAAN Pelanggan Korporat disini bermaksud, pihak Karyaneka mengambil pendekatan mempromosikan hasil produk-produk Karyaneka sebagai Hadiah Eksklusif untuk majlis-majlis rasmi korporat. Syarikat-syarikat GLC . Syarikat-syarikat tersenarai korporat (Corporate listed company). Pihak Karyaneka juga boleh mempromosikan produk-produk Kraf ke Kementriankementerian melalui Puspanita. Ini kerana Puspanita merupakan persatuan yang sangat aktif dikementerian-kementerian kerajaan dan mempunyai jaringan diseluruh negara. Sejurus dengan Peraturan yang berkuat kuasa 21 Ogos 2023, dinyatakan dalam surat edaran "Pemakaian Pakaian Batik Malaysia Semasa Waktu Bekerja Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan” bertarikh 21 Ogos 2023 yang ditandatangani Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Dr Zulkapli Mohamed. Ini merupakan peluang untuk Karyaneka untuk meluaskan lagi pemasaran Batik Malaysia. 4) Pelanggan Korporat (Corporate Client)


CADANGAN PELAN PERNIAGAAN Melalui Koperasi, kemudahan potongan gaji (Biro Angkasa) boleh diusahakan untuk penjualan produk yang ditawarkan. Antara trend terkini juga adalah pembayaran ansuran melalui ‘Atome’ dimana pembeli boleh memiliki produk-produk yang diminati dibayar melalui ansuran. 5) Kemudahan Potongan Gaji/ Ansuran (Easy Payment Scheme)


CADANGAN PELAN PERNIAGAAN Melalui kerjasama ini, akan mampu mendapat idea atau inovasi yang baru dalam penghasilan seni kraf baru bukan hanya untuk pengeluaran diperingkat luar negara malah untuk keluaran tempatan. Perkongsian idea akan dapat mencabahkan idea-idea baru dalam penghasilan produk-produk dengan lebih kreatif dan menarik. 6) Kerjasama dengan Pengusaha Industri Kraf Antarabangsa (Product Innovation And Expansion)


CADANGAN PELAN PERNIAGAAN Aktiviti CSR ini lebih kepada mempromosikan fungsi dan produk-produk kraf yang dihasilkan Karyaneka kepada masyarakat. Mengidentifikasi kumpulan sasaran yang berpotensi untuk menjalan aktiviti CSR. Antara aktiviti CSR yang boleh dijalankan: sebagai contoh samada dengan Koperasi Ibu Tunggal atau Puspanita – iaitu pihak Karyaneka akan mengadakan kelas seni sebagai contoh pembuatan beg dari bahan terpakai yang boleh dikomersilkan. Ini akan dapat menjana pendapatan kepada koperasi dan persatuan tersebut secara tidak langsung. Kerjasama ini boleh dijalankan secara berkala bagi mendapatkan impak yang lebih berkesan. 7) Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Corporate Social Responsibility (CSR)


PENUTUP Secara keseluruhan, setelah meneliti beberapa platformplatform sedia ada yang diperkenalkan oleh pihak Karyaneka, secara faktanya Karyaneka mampu untuk mempromosikan produk-produk hasil kraf Karyaneka dengan lebih meluas lagi, Insyaallah. Kita percaya dengan cadangan pelan perniagaan lima (5) tahun, Karyaneka akan mampu meningkatkan lagi penjualan serta promosi produk-produk kraf hasil Karyaneka, Insyaallah.


Click to View FlipBook Version