The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-10375618, 2021-09-02 12:28:59

SHANJU SHRI 5 ANBU

SHANJU SHRI 5 ANBU

Jhkhd; Jd; mkPdh
jkpo;g;gs;sp

பெயர:் பெ.சஞ்சு ஶ்ரீ
வகுெ்பு: 5 அன் பு

தலைெ்பு: சுதந்திரத் தலைவரக் ள்

TUNKU ABDUL RAHMAN

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum
Sultan Abdul Hamid Halim Shah (8 Februari 1903 – 6
Disember 1990) merupakan Ketua Menteri Persekutuan
Tanah Melayu dari 1955, dan Perdana Menteri pertama
sejak kemerdekaan pada tahun 1957 sehingga 1970.
Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 merupakan salah
satu daripada pencapaiannya yang teragung. Biasanya
dikenali sebagai "Tunku", beliau juga dikenang sebagai
"Bapa Kemerdekaan" dan "Bapa Malaysia".

TUNKU ABDUL RAZAK

Abdul Razak bin Dato' Hussein (11 Mac 1922 –
14 Januari 1976) merupakan Perdana Menteri
Malaysia yang berkhidmat dari tahun 1970 sehingga
1976. Beliau terkenal dalam pelancaran Dasar
Ekonomi Baru (DEB; 1971) yang bertujuan untuk
mengatasi masalah dalam ekonomi dan sosial
dikalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
Selepas kematiannya, beliau telah dikenang sebagai
" Bapa Pembangunan".

TUN V.T. SAMBANTHAN

Tun Veerasamy Thirunyana Sambanthan
(16 Jun 1919 – 18 Mei 1979) ialah Presiden
kelima Kongres India Malaya (MIC), sebuah
parti politik Malaysia, serta menteri penuh
dalam pelbagai kementerian dalam kerajaan
Malaysia.

TUN HUSSEIN ONN

Tun Hussein bin Dato' Onn (12 Februari 1922 – 29 Mei
1990) merupakan Perdana Menteri Malaysia ketiga yang
berkhidmat dari tahun 1976 sehingga 1981. Beliau dilihat
sebagai seorang yang amat ikhlas dalam perjuangan untuk
mencapai perpaduan kaum dan mempunyai reputasi
untuk bertindak keras kepada sesiapa yang mencuba
membangkitkan kekacauan perkauman di dalam negara.
Oleh sebab usahanya dalam pemupukan perpaduan di
kalangan masyarakat Malaysia, Tun Hussein Onn telah
dikenang sebagai "Bapa Perpaduan".

TUN H.S LEE

Tun Sir Henry Lee Hau-shik, lebih dikenali sebagai Tun H. S. Lee (19 November
1900–22 Jun 1988) merupakan antara tokoh yang terlibat dalam mendapatkan
kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dan kemudian menjadi Menteri Kewangan
pertamanya dalam Jemaah Menteri Malaya pertama. Beliau juga pernah menjadi
Menteri Pengangkutan dalam kabinet sementara sebelum kemerdekaan.

H. S. Lee merupakan anak sulung kepada seorang usahawan dari Gaozhou,
Guangdong Lee Kwai-lim dan isterinya Kam Kwok-chun.Pada 1924, H. S. Lee
berpindah ke Malaya bagi membantu perniagaan bapanya. Beliau dengan cepat
menyesuaikan diri dan aktif berpersatuan.

Selepas perang, Tun H. S. Lee merupakan antara tokoh yang terlibat dalam
menubuhkan MCA, dan kemudian bertanggungjawab memulakan kerjasama antara
kaum sehingga mencetuskan idea penubuhan Parti Perikatan.

ABU BAKAR AL-BAQIR

Haji Abu Bakar bin Mohammad Said bin Haji Abdul
Jabbar atau Abu Bakar Al-Baqir merupakan seorang
tokoh kelahiran Perak, Tanah Melayu. Beliau merupakan
pengasas awal Hizbul Muslimin dan pernah dilantik
menjadi ahli Dewan Negara Perak oleh Sultan Perak.

AHMAD BOESTAMAM

Ahmad Boestamam (30 November 1920 – 19 Januari 1983;
nama asal: Abdullah Thani bin Raja Kechil) ialah seorang aktivis
politik anti penjajah Inggeris di Malaysia. Beliau ditangkap dan
dipenjarakan sebanyak 3 kali.

Beliau menggunakan nama Ahmad Boestamam mulanya
sebagai nama pena ketika menubuhkan akhbar Suara Rakyat
pada tahun 1945 di Ipoh, Perak. Nama ini lekat sebagai nama
yang popular. Beliau juga pernah menggunakan nama pena Ruhi
Hayat dan Jiwalara. Beliau berbakat besar dalam penulisan dan
seorang pemidato yang handal. Beliau dianugerahkan Panglima
Negara Bintang Sarawak pada tahun 1976 membawa gelaran
Datuk.

DR. BURHANUDDIN AL-HELMI

Datuk SBurhanuddin bin Ungku Muhammad Nor (lahir
1911, Kota Bharu eri Dr. - meninggal 25 Oktober 1969,
Taiping, Malaysia)[1] merupakan bekas Yang Dipertua
Agung Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

ISHAK HAJI MUHAMMAD

Ishak Haji Muhammad (14 November 1909 - 7 November 1991)
atau lebih dikenali sebagai Pak Sako merupakan seorang penulis
yang giat menulis sekitar tahun 1930-an sehingga 1950-an. Ishak
Haji Muhammad ialah seorang nasionalis negara. Kelibatnya
bermula pada era sebelum kemerdekaan dan pascamerdeka.
Gagasan yang ingin diperjuangkan oleh Pak Sako ialah penyatuan
Melayu Raya yang mana Indonesia, Malaysia dan Brunei disatukan
dalam satu serumpun.

Pak Sako sebenarnya ialah julukan kepada nama Isako-san yang
dipanggil orang-orang Jepun. Pak Sako juga dikenali juga dengan
nama samaran seperti Anwar, Hantu Raya, Isako San dan Pandir
Moden.[perlu rujukan]

TUN TAN CHENG LOCK

Tun Dato' Sir Tan Cheng Lock SMN DPMJ KBE (Cina Ringkas: 陈祯禄; Cina
Tradisional: 陳禎祿; pinyin: Chén Zhēnlù, 5 April 1883-13 Disember 1960) ialah
seorang pemimpin politik Cina di Tanah Melayu yang merupakan presiden
pertama Persatuan Cina Tanah Melayu (MCA) pada tahun 1949.

Dalam tempoh hampir 40 tahun, Tan memberikan pimpinan dan berjuang
untuk politik, pendidikan, dan kebajikan masyarakat orang-orang Cina di Tanah
Melayu. Dalam perjuangannya, beliau mempergunakan arena-arena politik dan
ekonomi. Selain daripada menggunakan perdebatan, ucapan, kritikan dan ulasan,
beliau juga mempergunakan memorandum dan petisyen dalam pengemukaan
persoalan-persoalan. Seorang peranakan yang, berbeza dengan pendatang-
pendatang Cina di Tanah Melayu, merupakan rakyat British, ini adalah asas untuk
kebangkitan pengaruh beliau di bawah pemerintahan British.

DATO’ ABDUL WAHAB BIN TOH
MUDA ABDUL AZIZ

Dato' Panglima Bukit Gantang Tan Sri Dato' Seri Haji
Abdul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz merupakan bekas
Menteri Besar Perak dari 1 Februari 1948 hingga 1 Ogos
1957. Beliau mendapat gelaran Orang Kaya-kaya Dato’
Panglima Bukit Gantang dari Perak iaitu pembesar Perak
empat.

Beliau dari keturunan bangsawan Perak (Pembesar
Empat Perak) dan merupakan anak pembesar Melayu
yang pertama dapat melanjutkan pelajaran ke England.

TUN DR. ISMAIL BIN DATO’ ABDUL
RAHMAN

Tun Dr. Ismail Al-Haj bin Dato' Haji Abdul Rahman[1]
(4 November 1915 – 2 Ogos 1973) merupakan bekas
Timbalan Perdana Menteri kepada Perdana Menteri
Malaysia yang kedua iaitu Tun Abdul Razak. Beliau juga
mempunyai abang yang bernama Dato' Suleiman Abdul
Rahman.

TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version