The lakers lead
ISI KANDUNGAN MukaSurat
Kata Alu-Aluan Pengarah ,PPD & Pengetua 1-3
Amanat Pengarah 4
Visi dan Misi 5
Moto : We Deliver 6
Isu-Isu Strategik 7
Kerangka Perancangan Strategik JPN Perak 2020 -2024 6
Nilai Teras Utama Perancangan Strategik JPN Perak 2020-2024 7
Sasaran Utama Kluster 1 8
Sasaran Utama Kluster 2 15
Sasaran Utama Kluster 3 24
Sasaran Utama Kluster 4 28
Sasaran Utama Kluster 5 31
Carta Perbatuan Utama Perancangan Strategik JPN & SMKTT 2020-2024 36
Tindakan Pengurusan 37
ISI KANDUNGAN MukaSurat
Kamus Kluster 1 38
Kamus Kluster 2 53
Kamus Kluster 3 69
Kamus Kluster 4 75
Kamus Kluster 5 78
Borang Perakuan Kluster 1 87
Borang Perakuan Kluster 2 89
Borang Perakuan Kluster 3 91
Borang Perakuan Kluster 4 93
Borang Perakuan Kluster 5 95
Task Force Pembinaan Perancangan Strategik SMKTT 2020-2014 : 97
Urus Setia Perancangan Strategik SMKTT 2020-2024: 98
Singkatan Perkataan 99
Sekalung Budi 100
KATA ALU-ALUAN
PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI PERAK
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera,
Perancangan Strategik JPN Perak 2020-2024 merupakan dokumen utama bagi seluruh warga pendidik
di negeri ini dalam memacu kualiti pendidikan yang berfokus, sistematis, terancang serta mampu diukur
pelaksanaan dan impak pencapaiannya. Walaupun dari segi strategi dan pelan tindakannya sama
namun dari aspek pelaksanaan terpulanglah kepada pihak PPD dan sekolah menyusun program dan
aktiviti yang bersesuaian dengan konteks sekolah masing-masing. PS2020-2024 bukanlah business as
usual tapi satu pendekatan yang baharu dalam penyampaian pendidikan berkualiti di sekolah-sekolah.
Bermula dengan Amanat Pengarah, pengenalan moto baharu JPN, pembentukan visi dan misi maka
akhirnya lahirlah dokumen komprehensif ini mengembalikan kecemerlangan pendidikan di negeri Perak
ini. Saya telah menggariskan beberapa perkara dalam usaha kita melahirkan kemenjadian murid dan
sekolah berkualiti iaitu kombinasi antara pemimpin sekolah, pendidik, anak-anak didik serta komuniti.
Pemimpin yang hebat mesti mempunyai pelbagai kompetensi abad ke-21, memahami senario di
peringkat global dan membuat refleksi. Guru mesti berperanan sebagai subject matter expert, literasi
data dan sebagai penyelidik. Stress-free school mesti diamalkan supaya murid menyayangi sekolah
mereka. We Deliver pula merupakan satu aku janji, kebersamaan, dan komitmen setiap kepemimpinan
baik di JPN, PPD dan sekolah untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada klien masing-masing.
Semua usaha ini diserlahkan dalam bentuk visi JPN Perak iaitu Pendidikan Berkualiti, Sekolah
Unggul, Murid Holistik. Menjadi tanggungjawab kita semua untuk merealisasikan misi iaitu
penyampaian pendidikan berkualiti untuk membangun sekolah unggul bagi menyediakan murid
kalis masa hadapan.
PS 2020-2024 ini mempunyai lima kluster utama iaitu profesionalisme guru dan kepemimpinan
pendidikan, kualiti bakat dan kemenjadian murid, jaringan dan jalinan, penyelidikan dan inovasi serta
tadbir urus dan sokongan profesional. Untuk memastikan pelaksananaan semua kluster ini, nilai teras
utama berilmu dan beramal, beriltizam, bekerjasama, berintegriti dan berakauntabiliti serta bersyukur
wajar menjadi pegangan bersama-sama.Saya menyeru supaya kita semua bersatu hati dan berganding
bahu untuk sama-sama menghayati gerak kerja baharu ini ke arah meletakkan pendidikan negeri Perak di
tempat yang sewajarnya.
DR. MOHD SUHAIMI BIN MOHAMED ALI
Pengarah Pendidikan Negeri Perak
KATA ALU-ALUAN
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH LARUT MATANG DAN SELAMA
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera,
Saya bersyukur kehadrat Allah dengan limpah kurnia-Nya, Pejabat Pendidikan Daerah Larut Matang dan
Selama berjaya menyiapkan Perancangan Strategik 2020-2024. Saya juga ingin mengambil kesempatan
ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua Sektor yang telah berusaha
menyediakan Perancangan Strategik bagi Pejabat Pendidikan Daerah Larut Matang dan Selama ini.
‘Perancangan Strategik 2020-2024’, bermatlamat untuk menjadikan Daerah Larut Matang dan Selama
cemerlang pada tahun 2024. Hasrat ini merupakan amanah yang sedia dipikul oleh warga Pendidikan di
Daerah Larut Matang dan Selama bagi merealisasikan aspirasi Jabatan Pendidikan Negeri Perak untuk
menjadi negeri berkesan pada tahun 2025. Bagi memastikan kejayaan usaha murni ini, semua warga
pendidikan di daerah Larut Matang dan Selama mestilah menghayati kandungan dan aspirasinya.
Perancangan strategik ini mempunyai lima (5) Kluster iaitu Profesionalisme Kepemimpinan Pendidikan,
Kualiti Bakat dan Kemenjadian Murid, Jaringan dan Jalinan, Penyelidikan dan Inovasi dan Tadbir Urus
dan Sokongan Profesional.
Pemilihan Kluster ini berlandaskan Kualiti Kepimpinan, Kualiti Guru dan Kemenjadian Murid selaras
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah untuk melahirkan generasi muda yang berilmu,
berketrampilan, berakhlak mulia, serta bertanggungjawab.
Dalam pelaksanaan Perancangan Strategik ini, semua agensi kerajaan, swasta dan NGO memainkan
peranan utama bagi menterjemahkannya ke dalam bentuk tindakan. Segala tindakan hendaklah diikuti
dengan pemantauan, penilaian dan penambahbaikan yang berterusan. Semua warga PPD LMS
hendaklah menerima amanah ini dengan sikap terbuka dan melaksanakannya dengan penuh komitmen.
Sebagai peneraju kepimpinan di Daerah Larut Matang dan Selama, saya mengharapkan sokongan padu
daripada seluruh warga Pendidikan di Daerah Larut Matang dan Selama untuk menjayakan misi dan visi
Perancangan Strategik iaitu menjadi daerah cemerlang menjelang 2024.
Sekian, terima kasih
SYED NASIR BIN SAYED MAHADI
Pegawai Pendidikan Daerah Larut Matang dan Selama
KATA ALU-ALUAN
PENGETUA SMK TAMAN TASIK, , Sekolah Kluster Kecemerlangan
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera,
Alhamdulillah, akhirnya Perancangan Strategik 2020 – 2024 SMK Taman Tasik , Sekolah Kluster Kecemerlangan
dapat dilengkapkan . Saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih pada barisan pentadbir dan guru-
guru serta seluruh warga sekolah ini atas komitmen bersama bagi membantu menyediakan satu dokumen yang
lengkap PS 2020 – 2024 SMKTT pada tempoh masa yang ditetapkan..
PS 2020 – 2024 SMKTT ini merupakan bahan rujukan utama hala tuju sekolah ke arah kecemerlangan bidang
pendidikan dan pengurusan. Kejayaan melaksanakan aspirasi PS 2020 - 2024 di peringkat sekolah ini, menjadi
tonggak kejayaan di peringkat daerah dan negeri.
Komitmen kita bersama-sama dalam menjayakan lima (5) kluster PS SMKTT 2020 - 2024 iaitu
Profesionalisme Kepimpinan Pendidikan, Kualiti Bakat dan Kemenjadian Murid, Jaringan dan Jalinan,
Penyelidikan dan Inovasi serta Tadbir Urus dan Sokongan Profesional akan memastikan hala tuju yang
telah direncanakan akan tercapai.
Saya menyeru agar semua warga SMKTT dapat bersama “We Deliver” apa yang terkandung di dalam PS SMKTT 2020
- 2024 ke arah mencapai Visi JPN Perak iaitu Pendidikan Berkualiti, Sekolah Unggul Murid Holistik dan Misi JPN
Perak iaitu Penyampaian Pendidikan Berkualiti Untuk Membangun Sekolah Unggul Bagi Menyediakan Murid Kalis
Masa Hadapan dan meletakkan sekolah, daerah serta negeri Perak di tempat yang sewajarnya.
Sekian, terima kasih
HJ. MOHD SABRI BIN HJ. MD DAUD
Pengetua SMK Taman Tasik, Sekolah Kluster Kecemerlangan
MS 1
VISI MISI
Melestarikan Sistem Pendidikan
Yang Pendidikan Berkualiti, Insan Berkualiti Untuk Membangunkan
Terdidik, Negara Sejahtera Potensi Individu Bagi
Memenuhi Aspirasi Negara
Penyampaian Pendidikan Berkualiti
Pendidikan Berkualiti, Sekolah Untuk Membangun Sekolah
Unggul Bagi Unggul , Murid Holistik Menyediakan Murid Kalis Masa
Hadapan
MOTO JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK
Moto "WE DELIVER" - Melambangkan warga JPN Perak, PPD dan sekolah sebagai satu organisasi kebersamaan yang kukuh,
mantap dan sentiasa bersedia dalam menyampaikan ilmu, maklumat, pengetahuan dan nilai murni. JPN Perak komited dalam
melahirkan modal insan, mewujudkan pendidikan berkualiti, sekolah unggul, murid holistik.
WARNA MERAH Melambangkan warna bendera Negeri Perak. Melambangkan hala tuju organisasi Jabatan
Moto ini melambangkan aku janji warga
Melambangkan keberanian dalam memacu pendidik untuk memberi perkhidmatan terbaik Pendidikan Negeri Perak selari dengan Visi
ke arah kecemerlangan pendidikan Negeri
sistem pendidikan Negeri Perak untuk terus ke Perak. dan Misi KPM.
puncak kecemerlangan serta TOV LOGO PENA WARNA BIRU Melambangkan kesepaduan
yang memerlukan penambahbaikan dan dan kebersamaan warga pendidik
peningkatan. dalam merealisasikan sistem pendidikan abad
WARNA PUTIH, KUNING DAN HITAM ke-21 dan sasaran yang perlu dicapai.
MS 7
ISU STRATEGIK Pencapaian Peperiksaan Awam Negeri Perak masih
berada satu pertiga bawah peringkat kebangsaan
AKADEMIK SOKONGAN
INFRA o Capaian internet masih perlu dipertingkatkan
o Isu kemudahan infrastruktur dan penyelenggaraan
KEHADIRAN PENGURUSAN
MURID sekolah
o Isu “Connecting the dot” dalam pengurusan
o Isu Pematuhan dan Keakuran Standard
o Isu ketidakpuasan hati pelanggan dan aduan
o Keupayaan Mengurus dan Menganalisis Data
o Kurang Amalan “Stress Free School”
PELIBATAN IBU BAPA / KUALITI o Amalan lama dalam PdPc
KOMUNITI KEPIMPINAN o Jurang besar di antara skor Standard 4 dengan
KUALITI SEKOLAH keberhasilan murid
PdPc o Penilaian Kendiri Sekolah (PKS) dalam SKPMg2 tidak
GURU
tekal
o Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Swasta masih
rendah
o Perkongsian kepakaran belum diperluaskan
MS 8
Peratus kehadiran murid SM masih peratus kehadiran kebangsaan
MS 9
MS 10
NILAI TERAS UTAMA
BERILMU & Meningkatkan ilmu pengetahuan dan sentiasa berusaha menguasai kemahiran berkaitan menjadi keutamaan setiap warga
BERAMAL pendidikan negeri Perak serta berupaya diterjemahkan melalui perubahan tingkah laku atau amalan untuk kebaikan diri
dan orang lain.
BERILTIZAM
Menunjukkan dedikasi dan keazaman yang tinggi serta semangat tidak mudah mengalah dalam melaksanakan tugas
BEKERJASAMA dan tanggungjawab. Sentiasa meletakkan sasaran sebagai hala tuju untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang.
Meletakkan kepentingan organisasi melalui pelibatan dan kebersamaan menjadi keutamaan pada diri setiap warga
pendidikan negeri Perak. Semangat kesepunyaan dan hormat menghormati serta bekerja berpasukan menjadi kekuatan
untuk mencapai matlamat organisasi.
BERINTEGRITI & Melaksanakan tanggungjawab atas prinsip amanah, ikhlas, telus dan akur kepada undang-undang, peraturan, prosedur dan
BERAKAUNTABILITI arahan yang berkuatkuasa. Meletakkan integriti dan kebertanggungjawaban terhadap tugas pada tahap tertinggi serta
sentiasa berusaha mengamalkan nilai-nilai baik sama ada dalam melaksanakan tugas atau di luar tugas rasmi.
BERSYUKUR
Cenderung untuk menunjukkan perasaan mudah menghargai atas segala nikmat dan kebaikan yang diterima dalam
kehidupan dan tugas harian. Kekuatan amalan nilai ini mampu mengekang segala eleman negatif dan menjadikan suasana
kerja lebih harmoni dan menyeronokkan.
MS 11
MS 7
MS 12