2BAB REKA BENTUK
Proses RekaStandard Pembelajaran Bentuk
Pada akhir pembelajaran murid berupaya:
Menjelaskan definisi dan tujuan reka bentuk.
Menilai kesesuaian penghasilan sebuah produk berdasarkan faktor reka bentuk
iaitu manusia, fungsi, kekuatan, estetika dan bahan.
Mengesan ciri-ciri lestari dalam reka bentuk produk.
Membanding beza produk yBarnifg dihasilkan melalui reka bentuk konvensional dan
reka bentuk lestari. reka bentuk
Membuat justifikasi pemilihan produk terhadap konsep kelestarian.
Mencadangkan carta alir proses reka bentuk berdasarkan fungsi setiaIpdperoases
awalan
mengikut urutan.
Proses Reka Bentuk Membezakan model reka bentuk berdasarkan kriteria.
Menilai kriteria pengujian bagi setiap model reka bentuk.
MMeenmcbaiSdnaidatnuamgaknoadsnei lbraehkaan byeanntgukseysaunagi dalam proses penghasilan model reka bentuk.
lestari berdasarkan carta alir proses reka bentuk.
masalah Brif
reka bentuk
Pengumpulan
Proses Reka Bentuk maklumat Idea
awalan
Brif Situasi Idea Menguji
reka bentuk dan penyelesaian reka bentuk
dan perincian
Memahami masalah Pendoku
Pengumpulan
Idea maklumat
awalan
tema dan
menghasilkan model
Situasi reka bentuk.
dan
masalah
Pengumpulan
maklumat
Pengembangan Membina
idea model
Memahami Memahami Memahami
keperluan carta produk definisi dan
alir proses reka tujuan reka
yang memenuhi
bentuk. justifikasi faktor bentuk.
Idea reka bentuk.
penyelesaian
dan perincian Menguji
reka bentuk
Idea Menguji
penyelesaian reka bentuk
dan perincian
Pendokumentasian
Pendokumentasian Memahami
keperluan produk
Membina melalui proses reka
model
bentuk.
Pengembangan Membina
idea model
Pengembangan
idea
BAB 2 Pendahuluan
Kehidupan manusia dipenuhi dengan siri aktiviti yang kompleks. Bagi memastikan kelancaran
aktiviti-aktiviti ini, manusia mencipta alat, produk atau proses sebagai bantuan dalam menjalani
kehidupan harian mereka. Reka bentuk yang baik dapat memastikan alat, produk atau proses yang
dicipta berfungsi dan dapat menyelesaikan masalah tertentu.
Sesuatu reka bentuk perlu melalui satu proses perancangan yang terperinci supaya tujuan reka
bentuk dapat dicapai. Reka bentuk yang baik akan menghasilkan satu teknologi yang baharu yang
dapat membantu kehidupan seharian manusia. Ini menjadikan reka bentuk dan teknologi saling
berkait rapat. Rajah 2.1 menunjukkan evolusi reka bentuk dan teknologi komputer.
Evolusi reka bentuk komputer
Komputer generasi I Komputer generasi II Komputer generasi III
Komputer generasi IV Komputer generasi V Komputer riba Tablet
Rajah 2.1 Evolusi reka bentuk komputer
Aspek penyimpanan komponen dan Nilai Murni
keselamatan sangat ditekankan dalam
proses pembuatan. Berikan ulasan. Dalam melakukan sesuatu kerja, kita hendaklah
berusaha mencapai matlamat, di samping dapat
34 memberi pandangan tanpa dipengaruhi oleh emosi.
2.1 Reka Bentuk, Teknologi dan Kehidupan BAB 2
2.1.1 Pengenalan reka bentuk
Definisi
Reka bentuk ialah aktiviti penyelesaian masalah yang bersistem untuk
memenuhi keperluan manusia. Aktiviti ini memerlukan daya kreativiti dan
inovasi untuk menghasilkan sesuatu produk baharu atau menambah nilai
produk sedia ada.
Masalah Proses Produk
reka
bentuk
Brif 1
Gunakan kucing untuk
menangkap tikus.
Brif 2
Bina perangkap tikus menggunakan
bahan sedia ada.
Rajah 2.2 Penjanaan brif dalam situasi dan masalah
35
2.1.2 Tujuan Reka Bentuk
Terdapat beberapa tujuan reka bentuk. Antaranya ialah:
BAB 2 Menyelesaikan Keselamatan pengguna dan
masalah kesejahteraan alam
• Reka bentuk dapat membantu pereka • Reka bentuk yang selamat dan mudah
bentuk menyelesaikan masalah dan untuk dikendalikan serta memberikan
mencari kaedah menyelesaikannya. kesan negatif yang minimum kepada
alam sekitar.
• Reka bentuk yang mengelakkan
permukaan panas, tajam dan sebagainya.
Meningkatkan Memberikan saingan dan
kualiti produk menguasai pasaran
• Reka bentuk dapat memastikan aspek • Reka bentuk dapat memenuhi
kualiti terjamin. permintaan pasaran dan dapat
menguasai pasaran sesuatu produk.
• Pemilihan bahan penting dalam
memastikan kualiti dan ketahanan • Mengkaji permintaan pasaran dari
sesuatu produk. segi fungsi, warna dan bentuk.
2000 2016
1990-an Info
1980-an Kepuasan pelanggan terhadap produk :
Foto 2.1 Contoh evolusi reka bentuk kereta Proton Saga 1. Prestasi fungsi
2. Daya tahan
3. Kesesuaian terhadap spesifikasi
4. Ciri-ciri menepati citarasa
5 Kebolehpercayaan
6. Kilatan serta kemasan
36
2.2 Faktor Reka Bentuk
Reka bentuk sesuatu produk perlu mengambil kira faktor-faktor berikut iaitu:
Manusia Fungsi Estetika Kekuatan Bahan
Manusia BAB 2
Faktor manusia dalam reka bentuk merupakan satu kajian interaksi antara manusia, produk dan
persekitaran. Faktor ini merupakan satu bidang yang dipanggil ergonomik. Antara perkara yang
diambil kira dalam faktor manusia ialah:
1. Saiz dan bentuk (mengikut kesesuaian pengguna).
2. Pergerakan manusia (penggunaan ketika berjalan, berlari, duduk dan sebagainya).
3. Umur (pengguna kanak-kanak, dewasa atau warga emas).
4. Pengguna kurang upaya (memudahkan penggunaan).
5. Keselamatan dan kesihatan (mengurangkan risiko dan bahaya kepada manusia).
Contohnya, ketinggian kerusi boleh laras dan bentuk kerusi yang mengikut postur badan.
Untuk membolehkan pereka bentuk mengambil kira faktor manusia, ukuran purata bahagian
badan manusia perlu digunakan pada reka bentuk. Ukuran purata ini akan menunjukkan data
seperti purata ketinggian, berat badan, panjang kaki dan tangan manusia mengikut faktor seperti
umur dan jantina. Rajah 2.3 menunjukkan reka bentuk meja dan kerusi yang ergonomik.
B Kedudukan monitor pada jarak dan C Bahagian penyandar
sudut yang sesuai dengan pengguna. menyokong tulang belakang
mengikut postur yang betul.
B
A Ketinggian meja yang E
betul memastikan
keselesaan capaian papan A D Tempat duduk kerusi
kekunci dan menulis. pada ketinggian
D yang selesa. Ia boleh
dilaras mengikut
ketinggian pengguna.
F E Bucu meja direka bentuk tidak
F Saiz meja yang sesuai tajam untuk tujuan keselamatan.
untuk membantu capaian.
Rajah 2.3 Reka bentuk meja dan kerusi yang mengambil kira faktor manusia
37
BAB 2 Fungsi
Dalam proses mereka bentuk, seseorang pereka bentuk perlu mengenal pasti tujuan dan fungsi
produk yang ingin direka bentuk. Bagi memastikan produk yang dihasilkan berfungsi dan dapat
menyelesaikan masalah pengguna, tiga aspek fungsi perlu dianalisis:
• Tujuan
• Penggunaan
• Ukuran
Contohnya, kasut sukan direka bentuk mengikut kesesuaian aktiviti sukan menggunakan bahan
yang tahan lasak dan tidak mudah terkoyak. Reka bentuk kasut keselamatan pula mengambil kira
faktor keselamatan dalam aktiviti seharian pengguna. Biasanya dilengkapi dengan besi di bahagian
hadapan bagi melindungi jari kaki dan di bahagian bawah kasut. Rajah 2.4 menunjukkan fungsi
bahan kasut keselamatan dan rajah 2.5 menunjukkan fungsi kasut sukan.
Reka bentuk sokongan
pergelangan kaki.
Pelapik span dan kulit lembut
untuk melindungi tendon
Achilles dan buku lali.
Pelindung besi tahan Getah ringan, Vulcanised Nitrile
hentakan 200 joule. Rubber (VNR) dengan corak
anti gelincir.
Lapisan tengah
daripada besi
Rajah 2.4 Fungsi kasut keselamatan
Fabrik yang Saiz mengikut ukuran kaki pengguna Bentuk tapak yang
mempunyai pengaliran Rajah 2.5 Fungsi kasut sukan mengikut pergerakan
udara yang baik. kaki ketika berlari.
Kusyen gel untuk
menyerap hentakan
ketika berlari.
38
Kekuatan
Faktor kekuatan merupakan satu aspek penting dalam proses reka bentuk. Secara umumnya,
kekuatan bahan mestilah lebih besar daripada beban yang dikenakan ke atas sesuatu objek. Berikut
adalah beberapa kategori beban (rujuk Rajah 2.6):
1. Beban statik Beban angin
Beban yang dikenakan oleh objek yang pegun.
2. Beban dinamik Beban dinamik
Beban yang dikenakan oleh objek yang bergerak. Beban statik
3. Beban angin BAB 2
Beban tiupan angin ke atas struktur menegak.
Rajah 2.6 Kedudukan daya, mampatan dan tegangan
Selain itu, kekuatan sesuatu produk akan diukur dari sudut kemampuannya untuk menahan daya
mampatan dan tegangan yang dikenakan ke atasnya. Jika daya mampatan dan tegangan melebihi
kekuatan sesuatu produk itu, produk itu boleh patah, rosak dan sebagainya. Rajah 2.7 dan 2.8
menunjukkan kedudukan daya mampatan dan tegangan serta faktor kekuatan dalam reka bentuk
meja komputer.
Daya
Mampatan Objek Mampatan
Tegangan
Rajah 2.7 Kategori beban
Daya
Rasuk A Regangan
Rasuk julur yang disokong
dengan sokongan hujung Kasau
terikat dan kasau. Digunakan untuk memberi
sokongan tambahan
Mampatan B kepada rasuk.
Mampatan C
D Regangan
Rajah 2.8 Faktor kekuatan dalam reka bentuk meja komputer
39
Estetika
Estetika merupakan satu perkara yang melibatkan rupa bentuk sesuatu produk. Sesuatu produk
biasanya direka bentuk untuk kelihatan cantik dan canggih supaya dapat menarik perhatian
pengguna. Reka bentuk yang menarik dapat dihasilkan dengan mengaplikasi elemen reka bentuk.
Antara elemen reka bentuk ialah garisan, rupa, bentuk, warna dan tekstur.
BAB 2 1. Garisan Mengufuk Menegak
Terbentuk apabila dua atau lebih titik
bersambung. Penggunaan garisan penting untuk
menghasilkan rupa dan bentuk sesuatu reka
bentuk. Garisan boleh dihasilkan dalam bentuk
lurus, menegak, mengufuk dan melengkung.
Condong Melengkung
2. Rupa
Satu kawasan rata yang dilingkari oleh garisan tertutup. Mempunyai panjang dan lebar tetapi
tidak mempunyai jisim. Rupa boleh dibahagikan kepada dua bentuk iaitu rupa geometri dan
rupa organik.
Rupa geometri Rupa organik
3. Bentuk
Satu kawasan menonjol yang mempunyai
keluasan, ketinggian, jisim dan lebih daripada satu
permukaan. Bentuk utama terdiri daripada bentuk
piramid, sfera, kubus, silinder dan kon.
Piramid Sfera Kubus Silinder Kon
40
4. Warna
Merupakan satu elemen penting dalam proses reka bentuk. Penggunaan warna yang sesuai
dan menarik dapat memberikan identiti kepada rekaan yang dihasilkan. Terdapat tiga kategori
warna iaitu warna primer, sekunder dan tertier.
(a) Warna primer ialah warna asas yang tidak boleh
dihasilkan dengan campuran warna lain.
Hijau BAB 2
Biru
Ungu Jingga
Kuning (b) Warna sekunder dihasilkan melalui campuran
Merah dua warna primer.
(c) Warna tertier ialah campuran satu warna
primer dan satu warna sekunder yang duduk
bersebelahan dalam roda warna.
Rajah 2.9 Roda warna
Campuran warna Jadual 2.1 Campuran warna
Biru + Kuning Warna
Kuning + Merah
Hijau
Merah + Biru Jingga
Kuning + Hijau Ungu
Kuning + Jingga Kuning hijau
Merah + Jingga Kuning jingga
Merah + Ungu Merah jingga
Merah ungu
Biru + Ungu Biru ungu
Biru + Hijau Biru hijau
5. Tekstur Tekstur kayu Tekstur batu-bata Tekstur kain
Tekstur ialah rupa dan bentuk
41
sesuatu permukaan. Penggunaan
tekstur yang sesuai dapat memenuhi
fungsi dan keperluan rekaan. Selain
itu, tekstur juga dapat memberikan
nilai tarikan. Contoh tekstur adalah
licin, kesat, kasar, lembut dan tajam.
Bahan
Ketika membuat pemilihan bahan yang hendak digunakan, pereka bentuk perlu mengambil kira
beberapa faktor seperti fungsi, kuantiti produk dan kos. Bahan secara umumnya boleh dibahagikan
kepada dua kategori utama iaitu bahan logam dan bahan bukan logam. Penggunaan bahan yang
betul adalah penting supaya produk yang direka bentuk dapat berfungsi dengan baik. Rajah 2.10
menunjukkan kategori bahan.
Bahan kejuruteraan
BAB 2 Bahan logam Bahan bukan logam
Ferus Bukan ferus Seramik Komposit Polimer
Rajah 2.10 Kategori bahan kejuruteraan
Bahan logam
Logam ferus
Mengandungi besi sebagai kandungan utama. Merupakan bahan penting dan diguna pakai
secara meluas dalam bidang kejuruteraan dan pembinaan. Mempunyai sumber yang banyak dan
kepelbagaian penggunaan dari segi sifat mekanikal dan fizikal. Antara kelemahan utama logam
ferus adalah mudah berkarat. Contoh logam ferus ialah keluli dan besi tuang.
(a) Keluli
Keluli ialah campuran utama antara besi dan karbon. Keluli biasanya diklasifikasikan mengikut
kadar kandungan karbon. Terdapat dua jenis keluli utama iaitu keluli aloi dan keluli berkarbon.
(i) Keluli aloi
• Keluli tahan karat
Ciri-ciri : Keras, teguh, tahan karat.
Kegunaan : Sinki, sudu, pisau, kuali, turbin gas, tangki air dan lain-lain.
(ii) Keluli berkarbon
• Keluli berkarbon rendah (kurang dari 0.15% karbon)
Ciri-ciri : Lembut, mulur, teguh, mudah dimesin dan mudah ditempa.
Kegunaan : Badan kereta, kepingan keluli untuk kegunaan, paip, bangunan,
jambatan dan tin makanan.
• Keluli lembut (0.15% - 0.30% karbon)
Ciri-ciri : Kekuatan regangan yang tinggi, kuat dan teguh serta boleh ditempa.
Kegunaan : Digunakan dalam bangunan, paip, jambatan, kepingan keluli, bolt, nat
dan lain-lain.
42
• Keluli berkarbon tinggi (0.7% - 1.4% karbon) BAB 2
Ciri-ciri : Keluli berkarbon yang keras.
Kegunaan : Digunakan untuk membuat spring, roda kereta api dan seumpamanya.
(b) Besi tuang
(i) Besi tuang kelabu
Ciri-ciri : Kekuatan mampatan yang tinggi, kekuatan regangan yang agak rendah,
mudah berkarat dalam keadaan lembap dan basah.
Kegunaan : Paip besar, rangka mesin, kotak gear, komponen enjin, blok enjin.
(ii) Besi tuang putih
Ciri-ciri : Sangat keras tetapi rapuh, kekuatan mampatan yang lebih tinggi daripada besi
tuang kelabu, tahan karat dan lebih tahan geseran.
Kegunaan : Digunakan dalam pembuatan komponen seperti bearing dan gear.
(iii) Besi tuang tempawan
Ciri-ciri : Mulur dan mudah dimesin, sangat keras dan tidak rapuh, kekuatan regangan
yang tinggi.
Kegunaan : Aci engkol, roda, takal, radiator, rivet, gasket dan lain-lain.
Sifat mekanikal logam
• Kerapuhan
Kecenderungan sesuatu logam untuk patah, mudah pecah atau retak apabila dikenakan
hentakan atau ketukan.
• Ketempaan
Kebolehan logam dibentuk melalui kaedah tempaan dan ketukan.
• Kemuluran
Kebolehan sesuatu logam untuk menegang tanpa putus atau pecah apabila ditarik.
• Keanjalan
Keupayaan sesuatu logam untuk kembali ke bentuk asal selepas mengalami perubahan
bentuk akibat tekanan atau daya yang dikenakan.
• Kekuatan
Keupayaan sesuatu logam menahan beban atau daya tanpa perubahan bentuk.
• Kekerasan
Keupayaan sesuatu logam menahan perubahan kekal akibat oleh daya luar.
• Keteguhan
Keupayaan logam untuk mengekalkan kekuatan asal walaupun berlaku perubahan bentuk
yang kekal. Sifat ini berlawanan dengan kerapuhan.
43
Logam bukan ferus
Logam bukan ferus ialah logam yang tidak mengandungi unsur besi. Antara contoh logam bukan
ferus adalah aluminium, kuprum, loyang dan timah. Rajah 2.11 menunjukkan ciri-ciri dan
kegunaan logam bukan ferus.
Logam bukan ferus
Aluminium Loyang Kuprum Timah
BAB 2 Sifat Sifat Sifat Sifat
Mulur, lembut, ringan, Keras, mudah dimesin, Mulur dan lembut, Mulur, lembut, mudah
mudah dimesin, konduktor haba dan mudah dimesin, dimesin, konduktor
konduktor haba dan elektrik, ringan, tidak konduktor haba dan haba dan elektrik,
elektrik, mudah dituang berkarat, boleh lentur dan elektrik, ringan, mudah ringan, tidak terhakis
dituang dan ditempa, dan mudah ditempa.
dan ditempa. mudah dipateri. tidak berkarat dan
Kegunaan
Kegunaan Kegunaan mudah dipateri. Bahan pateri, piuter.
Pembinaan badan kapal Radiator, alat muzik,
terbang, kuali, rangka Kegunaan
duit syiling. Kabel elektrik, periuk,
tingkap.
sudu, komponen
elektronik
Rajah 2.11 Ciri-ciri dan kegunaan logam bukan ferus
Bahan bukan logam
Bahan bukan logam ialah bahan yang tidak mengandungi unsur logam. Contoh bahan bukan logam
adalah seperti seramik, polimer, komposit dan konkrit.
(a) Seramik
Seramik merupakan satu bahan yang mengandungi atom logam yang diikat kepada atom bukan
logam. Rajah 2.12 menunjukkan ciri-ciri dan kegunaan seramik.
Seramik
Ciri-ciri Kegunaan
• Keras dan mempunyai kekuatan • Penebat elektrik
mampatan yang tinggi. • Cip komputer
• Komponen elektronik dan
• Penebat haba dan elektrik.
• Contoh: Aluminium oksida, superkonduktor
• Fiber optik
berlian dan silika. • Alatan pemotong
• Perkakasan tandas seperi sinki
dan mangkuk tandas
Rajah 2.12 Ciri-ciri dan kegunaan seramik
44
(b) Polimer
Polimer ialah molekul bersaiz besar hasil daripada gabungan molekul kecil yang dinamakan
monomer. Terdapat dua jenis polimer utama iaitu plastik haba dan polimer termoset. Rajah 2.13
menunjukkan ciri-ciri dan kegunaan polimer.
Plastik haba
Polivinil klorida Akrilat Polistirena BAB 2
Ciri-ciri Ciri-ciri Ciri-ciri
Keras dan teguh pada suhu Keras, lutsinar, mudah mudah cair apabila
bilik. Ringan, penebat asid dimesin. Penebat elektrik. dipanaskan dan mudah
menjadi pejal apabila
dan alkali yang baik. Kegunaan
Kanta, tingkap kapal terbang, disejukkan.
Kegunaan
Baju hujan, khemah, perspek, cermin mata. Kegunaan
konduit elektrik, paip air Bekas makanan dan
dalam bangunan. bekas minuman.
Plastik termoset
Poliester Melamin formaldehid Urea formaldehid
Ciri-ciri Ciri-ciri Ciri-ciri
Kuat, kalis air dan penebat Keras dan kuat Keras, kuat, rapuh dan
elektrik dan haba yang baik penebat haba yang baik.
Kegunaan Kegunaan Kegunaan
Beg, tekstil, pakaian panas, Pinggan mangkuk Soket elektrik, perekat atau
layar kapal. gam kayu.
Rajah 2.13 Ciri-ciri dan kegunaan polimer
(c) Komposit
Dihasilkan apabila dua atau lebih bahan digunakan bersama untuk mendapatkan sifat bahan yang
tertentu. Contoh bahan komposit ialah konkrit yang diperkukuhkan, superkonduktor, gentian kaca,
gentian optik dan gentian kayu.
(d) Konkrit
Merupakan satu bahan penting yang digunakan secara meluas dalam industri pembinaan di seluruh
dunia. Ia ialah hasil campuran beberapa bahan seperti simen, pasir, batu kelikir dan air. Kekuatan
konkrit diukur mengikut perbezaan kadar nisbah campuran bahan-bahan ini.
45
2.3 Proses Reka Bentuk
Penghasilan reka bentuk perlu melalui satu proses yang teliti. Proses ini akan menjadi garis panduan
dalam penghasilan reka bentuk bagi memastikan proses yang lancar.
Sebagai contoh seorang jurugambar menghadapi masalah untuk mengambil gambar yang
terang dalam bangunan. Bagi mengatasi masalah tersebut satu alat pemancar cahaya mudah alih
diperlukan sebagai aksesori tambahan kamera. Sebagai permulaan, satu carta alir proses reka
bentuk perlu dihasilkan. Rajah 2.14 menunjukkan contoh carta alir untuk proses reka bentuk.
BAB 2 PEMANTUL CAHAYA
BOLEH DILIPAT
Mula
Situasi dan masalah MENTOL DENYAR
Brif reka bentuk
Pengumpulan maklumat
Idea awalan
Pemilihan Tidak
idea
Ya TAPAK
Pengembangan idea Ilustrasi 2.1 Reka bentuk mentol denyar kamera
Simbol carta alir
Idea penyelesaian dan perincian
Mula proses dan akhir proses
Membina model Proses am
(tindakan/langkah dalam proses kerja)
Menguji reka bentuk Proses membuat keputusan
Masukan dan keluaran
Pendokumentasian Penyambung proses
Tamat
Rajah 2.13 Carta alir proses reka bentuk
46
2.3.1 Situasi dan masalah BAB 2
Sebelum memulakan proses reka bentuk, kita perlu mengetahui apa yang hendak direka bentuk.
Soalan ini dapat dijawab dengan mengenal pasti situasi dan masalah yang hendak diselesaikan.
Masalah boleh dikenal pasti dalam kehidupan seharian. Rajah 2.15 menunjukkan situasi seharian
di beberapa tempat.
Situasi 1:
Kanak-kanak sedang bermain di ruang tamu.
Masalah:
Mainan bersepah dan tidak ada ruang untuk
menyimpan permainan
Situasi 2:
30 orang murid sedang belajar di bilik darjah
Masalah:
Beg sekolah dan buku bersepah.
Situasi 3:
Bayi memanjat tangga rumah
Masalah:
Bayi boleh terjatuh dari tangga dan
mendatangkan kecederaan
Rajah 2.15 Situasi dan masalah
47
2.3.2 Brif reka bentuk
BAB 2 Tujuan brif reka bentuk
Brif reka bentuk ditulis untuk memberikan pelbagai cadangan penyelesaian masalah dan
keperluan bagi sesuatu situasi yang telah dikenal pasti. Brif reka bentuk mengandungi beberapa
elemen penting iaitu:
1. Idea penjelasan secara ringkas tentang cara masalah diselesaikan.
2. Cadangan kaedah penyelesaian yang akan digunakan bagi situasi dan masalah tersebut.
Selepas mengumpul maklumat, satu brif reka bentuk dapat ditulis. Brif reka bentuk merupakan
satu penerangan ringkas tentang penyelesaian kepada masalah dalam situasi tersebut. Jadual 2.2
menunjukkan brif reka bentuk.
Situasi dan masalah Jadual 2.2 Brif reka bentuk
Brif reka bentuk
Situasi 1:
Kanak-kanak sedang bermain di
ruang tamu. 1. Mereka bentuk sebuah kotak untuk menyimpan permainan.
Masalah: 2. Mereka bentuk ruang permainan kanak-kanak.
Mainan bersepah dan tidak ada
ruang penyimpanan.
Situasi 2: 1. Mereka bentuk rak simpanan di belakang kelas.
2. Mereka bentuk rak simpanan beg bawah meja.
40 orang murid sedang belajar
di bilik darjah.
Masalah:
Beg sekolah dan buku bersepah.
Situasi 3: 1. Mereka bentuk sebuah pintu penghadang di tangga.
Bayi sedang memanjat tangga. 2. Mereka bentuk laluan untuk bayi merangkak menaiki tangga.
3. Mereka bentuk sistem penggera yang dapat memaklumkan ibu
Masalah:
Bayi boleh terjatuh dari tangga bapa, bayi sedang menghampiri tangga.
dan mendatangkan kecederaan.
Pemilihan brif yang terbaik dibuat setelah kajian dan penyelidikan lanjut dilakukan.
48
2.3.3 Pengumpulan maklumat BAB 2
Setelah pemilihan brif dilakukan, maklumat lanjut perlu dikumpulkan untuk proses mereka
bentuk produk tersebut. Hal ini dapat dilakukan melalui pelbagai cara seperti:
Pemerhatian:
Memerhatikan pergerakan dan kehidupan
seharian pengguna. Dapatkan maklumat
tentang, keperluan mereka dan lain-lain.
Pembacaan:
Membuat pembacaan tentang produk
yang ingin dibina daripada buku-buku,
majalah dan Internet.
Soalan kaji selidik:
Membuat kaji selidik tentang beberapa
perkara seperti keperluan, spesifikasi
dan lain-lain.
Sumbang saran:
Setiap ahli kumpulan akan menyumbang idea
dan pandangan melalui proses di bawah:
1. Pembentukan kumpulan
2. Mengenal pasti masalah
3. Mendapatkan dan mengumpul maklumat
4. Membuat perbincangan
5. Merumuskan hasil perbincangan
Rajah 2.16 Pengumpulan maklumat
49
2.3.4 Idea awalan
BAB 2 Apabila maklumat yang diperlukan sudah lengkap, pereka bentuk boleh memulakan proses reka
bentuk. Proses ini meliputi beberapa proses lakaran supaya idea reka bentuk yang dihasilkan dapat
disampaikan dengan baik.
Di peringkat ini, reka bentuk kebiasaanya dihasilkan menggunakan kaedah lakaran. Beberapa
idea reka bentuk akan dihasilkan bersama dengan nota keterangan. Salah satu idea ini seterusnya
akan dipilih untuk dikembangkan dalam bentuk lakaran yang lebih terperinci. Pemilihan idea
adalah berdasarkan fungsi dan kebolehan idea itu menyelesaikan masalah.
Idea 1 ROD BESI DIGUNAKAN
UNTUK MEMEGANG
PENYANGKUT DIPERBUAT PENYANGKUT
DARIPADA BESI
45cm RUANG MASUK
FABRIK TAHAN LASAK PERMAINAN
TAPAK DIPERBUAT MENGGUNAKAN WARNA
DARIPADA FABRIK TEBAL YANG DAPAT MENARIK
DAN DIJAHIT PADA BAHAGIAN PERHATIAN KANAK-KANAK
BADAN
30cm
NOTA
- FABRIK UNTUK BAHAGIAN BADAN
- TAPAK DILAPIK DENGAN KADBOD
- JAHITAN TANGAN
Rajah 2.17 Idea awalan 1
50
Idea 2 DIBINA DARIPADA
KAYU ATAU PLASTIK.
PENUTUP UNTUK
MENGHALANG RUANG YANG LUAS DAPAT
DARIPADA HABUK. MENGISI LEBIH BANYAK
ENGSEL BAGI MEMUDAHKAN BARANG PERMAINAN.
PENUTUP DIBUKA DAN DITUTUP.
BAB 2
45cm
BOLEH DIKUNCI BAGI
TUJUAN KESELAMATAN.
90cm
Rajah 2.18 Idea awalan 2
Idea 3
RUANG MASUK AKSES MUDAH
YANG LUAS BARANG MAINAN.
RODA PEMEGANG UNTUK
MEMUDAHKAN KENDALIAN
DAN PENGALIHAN.
KAYU PALET.
Rajah 2.19 Idea awalan 3
51
2.3.5 Pengembangan idea
Berdasarkan daripada beberapa lakaran idea awalan, lakaran yang paling sesuai akan dipilih.
Lakaran idea ini akan dikembangkan dalam bentuk lakaran yang lebih terperinci.
Idea 3 (a) I
BAB 2 RODA UNTUK
MUDAH BERGERAK
MENGGUNAKAN RODA TERPAKAI
DARIPADA TROLI YANG ROSAK.
2
RUANG DUDUK
TALI UNTUK MENARIK
KOTAK MAINAN.
3
Rajah 2.20 Pengembangan Idea 1
52
Idea 3 (b) I ENGSEL PENUTUP KOTAK MAINAN
BERFUNGSI SEBAGAI
MEJA APABILA DIBUKA.
KAKI MEJA BOLEH LIPAT
DI BINA DARI KAYU PALLET.
RUANG MENYIMPAN BAB 2
PENUTUP KOTAK MAINAN 2
DITAMBAH DISEBELAH
KANAN (BOLEH DILIPAT)
KAKI MEJA YANG DILIPAT
ENGSEL ENGSEL
TEMPAT DUDUK
3
RUANG MAINAN KECIL
Rajah 2.21 Pengembangan Idea 2
53
Idea 3 (c) RUANG MENYIMPAN.
TILAM MENGGUNAKAN TILAM
I TERPAKAI DILAPIK DIBAHAGIAN
DALAM RUANG PENYIMPANAN.
BAB 2 RUANG MENYIMPAN.
TILAM MASIH DI RUANG PENYIMPAN. 2
DAPAT BERFUNGSI
SEBAGAI MEJA
BOLEH BERFUNGSI PEMEGANG UNTUK
SEBAGAI TEMPAT DUDUK MENGANGKAT KOTAK MAINAN.
APABILA DIBUKA DAN RODA MEMUDAHKAN
DILAPIK DENGAN TILAM PERGERAKAN KOTAK.
TILAM 3
Rajah 2.22 Pengembangan Idea 3
54
2.3.6 Idea penyelesaian dan perincian BAB 2
Satu idea reka bentuk terbaik daripada pengembangan idea dipilih dengan mengambil kira beberapa
faktor seperti fungsi, ergonomik, tarikan pengguna dan faktor-faktor lain yang sesuai. Beberapa persoalan
boleh ditimbulkan bagi membantu pereka bentuk memilih idea yang terbaik antaranya seperti:
1. Adakah idea ini menyelesaikan masalah yang dihadapi?
2. Adakah idea ini mudah untuk dilaksanakan?
3. Adakah ia selamat untuk digunakan oleh pengguna?
4. Adakah kos penghasilannya tinggi atau rendah?
5. Berapa lama tempoh untuk menyiapkan idea ini?
6. Adakah pengguna memerlukan produk ini?
Selepas memilih idea yang hendak dibina, beberapa lukisan kerja perlu dihasilkan bagi membantu
proses penghasilan produk yang direka bentuk. Jenis lukisan kerja yang selalu digunakan ialah:
Unjuran Ortografik
Unjuran ortografik ialah lukisan yang mengandungi pandangan hadapan, pandangan sisi dan pelan
seperti Rajah 2.23 :
Pelan 45
Pandangan hadapan Pandangan Sisi
Rajah 2.23 Unjuran Ortografik
55
Lukisan Isometri
Lukisan isometri adalah satu kaedah lukisan untuk menunjukkan objek dalam tiga dimensi.
Lukisan isometri menggunakan tiga paksi utama iaitu paksi menegak dan dua paksi bersudut 30o
dari garisan mendatar seperti yang ditunjukkan pada Rajah 2.23:
Paksi menegak
BAB 2
Paksi isometri
30o
30o
Rajah 2.24 Lukisan Isometri
Lukisan Oblik
Lukisan oblik merupakan satu kaedah lukisan untuk menunjukkan objek dalam tiga dimensi.
Lukisan oblik menggunakan satu permukaan ortografik dan dua permukaan lain menyerong ke
belakang mengikut sudut pengunjuran serong. Rajah 2.25 menunjukkan contoh lukisan oblik.
Paksi menegak
Paksi surut
Paksi mengufuk xo * xo boleh jadi
56 sebarang nilai sudut.
Rajah 2.25 Lukisan Oblik
Lukisan Perspektif BAB 2
Lukisan perspektif digunakan untuk menunjukkan gambaran objek dalam bentuk tiga dimensi.
Lukisan perspektif dapat dilukis dengan cara perspektif satu titik, perspektif dua titik dan perspektif
tiga titik.
Lukisan Perspektif Satu Titik
Lukisan perspektif satu titik merupakan satu lukisan tiga dimensi yang mempunyai satu titik lenyap
bagi membentuk garisan perspektif. Paksi tegak dan paksi melintang objek adalah selari dengan
satah gambar. Garisan akan diunjurkan ke satu titik lenyap di atas garisan ufuk. Kebiasaanya lukisan
perspektif satu titik digunakan untuk membuat ilustrasi dalaman sesebuah ruang seperti reka
bentuk hiasan dalaman.
Pandangan atas
Satah gambar
Garisan ufuk
Titik lenyap 1
Titik stesen
Pandangan hadapan Garisan bumi
Rajah 2.26 Lukisan perspektif satu titik
Bincangkan contoh penggunaan yang sesuai
bagi setiap jenis lukisan perspektif.
57
Lukisan perspektif dua titik
Lukisan perspektif dua titik merupakan satu lukisan tiga dimensi yang mempunyai dua titik lenyap
bagi membentuk garisan perspektif. Paksi tegak objek adalah selari dengan satah gambar manakala
paksi lain condong ke arah satah gambar. Garisan dari kedua-dua sisi objek akan diunjurkan ke dua
titik lenyap yang berbeza kedudukan di atas garisan ufuk. Lukisan perspektif dua titik sesuai digunakan
untuk menggambarkan ruang hiasan dalaman, reka bentuk bangunan, produk dan lain-lain.
Pandangan atas
BAB 2
Satah gambar
Garisan ufuk
Titik lenyap 1 Titik lenyap 2
Garisan bumi
Pandangan hadapan
Rajah 2.26 Lukisan perspektif 2 titik
Titik lenyap 1 Titik lenyap 2
Lukisan perspektif tiga titik
Lukisan perspektif tiga titik merupakan satu lukisan tiga dimensi
yang mempunyai tiga titik lenyap bagi membentuk garisan
perspektif yang kompleks. Kesemua paksi objek adalah tidak
selari dengan satah gambar. Garisan dari ketiga-tiga sisi objek
akan diunjurkan ke tiga titik lenyap yang berbeza kedudukan.
Antara fungsi lukisan perspektif tiga titik adalah untuk
menunjukkan gambaran sesebuah bandar dari sudut pandang
atas atau pandangan sesuatu objek dari arah atas dan bawah.
Titik lenyap 3
Rajah 2.28 Lukisan perspektif tiga titik
58
2.3.7 Membina model reka bentuk
Model merupakan salah satu kaedah bagi menunjukkan rupa bentuk sebenar sesuatu reka bentuk. BAB 2
Model dapat membantu pereka bentuk membuat analisis terhadap reka bentuknya dengan lebih
baik. Model terdiri daripada pelbagai bentuk, saiz, dan gaya. Ia penting untuk menekankan bahawa
model bukanlah satu produk siap yang boleh digunakan, tetapi sebagai rujukan untuk membantu
kita lebih memahami produk dalam dunia sebenar. Tujuan membina model adalah termasuk:
1. Menunjukkan bentuk sebenar produk.
2. Menguji dan mengenal pasti masalah dalam reka bentuk yang dihasilkan.
3. Mengenal pasti dan membina proses pengeluaran dan pembuatan yang sesuai.
4. Mengenal pasti dan memilih bahan dan kemasan yang sesuai.
5. Menguji dan menilai tahap keselamatan dalam penggunaan produk.
6. Menentukan dengan lebih jelas nisbah ukuran, kestabilan, ketahanan dan kekuatan.
Model Berskala
Model berskala digunakan dalam pelbagai bidang termasuk kejuruteraan, seni bina, ketenteraan
dan pembinaan. Saiz model boleh dikecilkan atau dibesarkan mengikut perkadaran yang tepat.
Ciri-ciri model berskala Kelemahan model berskala
• Mengurangkan kos penghasilan model • Analisis terperinci tidak dapat dilakukan.
berbanding model saiz sebenar. • Tidak dapat melakukan ujian penggunaan
• Menjimatkan masa kerana tidak perlu secara menyeluruh.
membina model bersaiz sebenar.
• Analisis awal dapat dibuat tanpa
membina model saiz sebenar.
Foto 2.2 Model berskala kapal terbang
Model berskala kebiasaannya digunakan bagi reka bentuk yang bersaiz besar atau sangat kecil
seperti bangunan, jambatan, kereta, roket, atom, komponen elektronik dan sebagainya. Ujian
makmal adalah bentuk ujian yang biasa digunakan untuk model reka bentuk ini.
59
Model Berkomputer
Reka bentuk berbantu komputer (CAD) ialah penggunaan teknologi komputer bagi membantu
proses mereka bentuk. Reka bentuk berbantu komputer menggunakan teknik grafik komputer yang
canggih dan dibantu dengan penggunaan pakej perisian komputer untuk membantu membangunkan
dan menganalisis masalah-masalah yang berkaitan dengan kerja-kerja reka bentuk. Ujian yang
paling sesuai untuk model ini ialah ujian berkomputer.
BAB 2
Foto 2.3 Contoh reka bentuk CAD
Ciri-ciri CAD Kelemahan penggunaan perisian CAD
• Tahap penghasilan reka bentuk atau • Harga perisian sistem CAD yang mahal.
lukisan yang lebih tinggi. • Pengujian tidak dapat dilakukan pada
• Kualiti lebih tinggi dalam sesuatu situasi sebenar.
reka bentuk. • Simulasi situasi ditetapkan oleh
• Keseragaman pengeluaran. pereka bentuk.
• Menjimatkan ruang penyimpanan
dokumen fizikal.
• Pengiraan dan analisis reka bentuk
yang cepat.
Info Perisian teknologi maklumat boleh
diintegrasikan dalam pembelajaran
Di Malaysia, perisian CAD telah lama bertapak khususnya secara kontekstual yang melibatkan
dalam industri pembuatan kenderaan, pengeluaran hands-on dan minds-on. Bagaimana
komponen dan pelaksanaan proses-proses pembuatan. melakukannya?
Kalangan pakar berpendapat bahawa perisian CAD
mampu membawa bidang kejuruteraan ke dimensi baharu.
Kewujudan perisian CAD ini tentunya akan memanfaatkan
manusia sejagat.
60
Prototaip
Prototaip ialah produk contoh yang mempunyai
ciri-ciri yang dirancang dan berfungsi sepenuhnya.
Model ini dibina daripada bahan sebenar yang
telah ditentukan dan menyerupai produk sebenar
dari setiap aspek. Seterusnya dibina dan dipasang
secara manual dan diuji dalam situasi sebenar
melalui ujian parameter dan makmal.
Foto 2.4 Contoh prototaip BAB 2
Ciri-ciri prototaip Kelemahan prototaip
• Pereka bentuk akan terlibat secara • Rumit untuk dihasilkan.
aktif dalam proses reka bentuk. • Data yang tidak lengkap menyebabkan
• Pengguna akan lebih faham prototaip yang dihasilkan gagal dalam
daripada produk yang sedia ada. ujian percubaan.
• Kesilapan dapat dikesan lebih awal.
Maklum balas pengguna lebih cepat
didapati yang membawa kepada
penyelesaian yang lebih baik
• Masalah fungsi boleh dikenal pasti
dengan mudah.
Bahan untuk membina model
Untuk penghasilan model reka bentuk, terdapat banyak bahan yang boleh digunakan. Penggunaan
setiap bahan ini bergantung kepada reka bentuk dan jenis model reka bentuk yang ingin dibina.
Jadual 2.3 menunjukkan kategori dan contoh bahan untuk membina model reka bentuk.
Kategori Jadual 2.3 Jenis bahan untuk membina model
Bahan kepingan Contoh bahan
Bahan padu
Bahan jalur Papan, kadbod, kepingan logam, aluminium dan plastik
Bahan lembut Bongkah kayu, polistirena
Bahan sambung Tali, dawai, benang
Bahan bermodul Tanah liat, kapur, simen motar
Paku, skru, pita perekat, gam
Litar elektronik, sistem hidraulik dan pneumatik
61
Bagi projek penghasilan kotak mainan ini, model prototaip dipilih sebagai model reka bentuk yang
sesuai kerana:
• Ujian penggunaan boleh dilakukan dengan lebih tepat.
• Kelemahan dapat dikesan dengan lebih mudah.
• Idea penambahbaikan dapat dijana dengan lebih tepat hasil dari ujian yang menyeluruh.
BAB 2
Foto 2.5 Prototaip produk
Jadual 2.4 menunjukkan bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan prototaip di atas.
Jadual 2.4 Bahan bagi setiap komponen dalam produk
Komponen Kategori bahan Bahan
Kotak Bahan kepingan Kepingan papan yang diguna semula
dari papan palet.
Pemegang Bahan padu Besi daripada barangan terpakai.
Alas tempat duduk Bahan lembut Span yang dibalut dengan fabrik.
Penyambungan Bahan sambung Paku dan skru.
Roda Bahan padu Rod besi daripada barang terpakai.
Tali penarik Bahan jalur Tali guni terpakai.
62
2.3.8 Menguji reka bentuk
Setelah siap model reka bentuk, beberapa siri ujian perlu dijalankan bagi menilai fungsi reka bentuk
yang dihasilkan. Pada peringkat ini kita akan dapat mengenal pasti sama ada reka bentuk yang
dihasilkan dapat menyelesaikan masalah dan berfungsi dengan baik atau tidak. Dengan ujian
yang dijalankan kelebihan, kelemahan dan kekurangan produk dapat dikenal pasti. Rajah 2.29
menunjukkan aspek dan kriteria penting dalam pengujian sesuatu reka bentuk.
Kriteria pengujian reka bentuk BAB 2
Andaian saintifik
Keselamatan Hipotesis terhadap Sambungan
Memastikan produk produk melibatkan Sambungan dalam reka
yang dihasilkan selamat isu-isu pengendalian. bentuk adalah kukuh dan
digunakan oleh pengguna. tidak mudah tercabut
Bentuk keseluruhan atau patah.
Kefahaman Bentuk yang menarik Kesesuaian bahan
perhatian pengguna
Reka bentuk yang Sistem mekanikal Bahan yang digunakan
memudahkan Sistem mekanikal yang sesuai dengan fungsi
pengendalian produk kukuh dan berfungsi produk tersebut.
yang dihasilkan. dengan baik.
Ergonomik
Fungsi Mesra alam Selesa untuk digunakan
Reka bentuk yang Reka bentuk yang oleh pengguna.
berfungsi dengan dihasilkan adalah
baik dan mampu mesra alam seperti
menyelesaikan penggunaan bahan yang
masalah pengguna. boleh diperbaharui,
boleh dikitar semula dan
boleh dibiodegrasi.
Rajah 2.29 Kriteria dalam pengujian produk
63
Jenis pengujian
Terdapat tiga jenis pengujian reka bentuk iaitu:
Ujian parameter Ujian makmal Ujian berkomputer
BAB 2 Jenis Pengujian Jadual 2.5 Jenis pengujian dan fungsinya
Ujian parameter Penerangan
Ujian makmal
Pengujian prototaip yang dibuat dalam suasana dan di tempat
Ujian berkomputer yang sebenar bagi menentukan kefungsian serta penggunaannya.
Dibuat dalam keadaan terkawal. Contohnya unsur-unsur seperti
daya, cahaya, suhu, angin dan kelajuan dapat dikawal melalui
penggunaan peralatan dalam makmal.
Menggunakan komputer untuk menjalankan simulasi dan analisis
berpandukan kriteria yang diperlukan. Komputer akan diprogram
mengikut situasi yang dikehendaki.
Kriteria pengujian
Untuk menguji projek penghasilan kotak mainan ini, ujian parameter akan digunakan. Prototaip
yang telah dibina akan diuji mengikut kriteria berikut:
Jadual 2.6 Kriteria pengujian yang dilakukan pada produk
Bil Kriteria Penerangan
1 Manusia Lapik kusyen di bahagian kerusi bagi keselesaan kanak-kanak.
2 Fungsi
Dwifungsi
1. Sebagai kotak simpanan permainan.
2. Sebagai kereta sorong kanak-kanak.
Tayar yang lembut mengurangkan gegaran.
3 Kekuatan Binaan yang kukuh dengan teknik penyambungan yang baik dan penggunaan
bahan yang kuat.
4 Estetika
5 Bahan Reka bentuk yang menarik.
Menggunakan bahan kitar semula.
64
2.3.9 Pendokumentasian BAB 2
Pendokumentasian reka bentuk adalah sangat penting. Dengan pendokumentasian dan
persembahan yang baik, sesuatu idea reka bentuk itu lebih mudah diterima orang lain. Antara
tujuan pendokumentasian ialah untuk menyampaikan maklumat dan idea tentang reka bentuk
kepada pihak yang berkenaan. Pendokumentasian boleh dilakukan melalui lukisan persembahan
atau folio reka bentuk.
Lukisan persembahan boleh digambarkan dalam bentuk tiga dimensi. Lukisan ini boleh
dilukis menggunakan lukisan ismoteri, oblik dan perspektif.
Selain itu folio juga boleh digunakan untuk pendokumentasian. Folio merangkumi penerangan
dan persembahan setiap aspek dalam proses reka bentuk. Secara umumnya folio reka bentuk perlu
mempunyai perkara berikut:
1. Penerangan situasi dan masalah
2. Brif reka bentuk
3. Penerangan tentang maklumat yang telah dikumpul
4. Cadangan idea awalan
5. Pemilihan idea
6. Pengembangan idea
7. Penerangan idea penyelesaian dan perincian
8. Penyediaan lukisan kerja, lukisan persembahan, perspektif dan lain-lain
9. Pembinaan model
10. Pengujian dan laporan ujian
Ilustrasi 2.2 Contoh lukisan persembahan
Nilai Murni Info
Keindahan adalah ciri yang memberi kita rasa Lukisan persembahan boleh
senang bila melihatnya. Keindahan yang abadi ialah dilukis menggunakan teknik
hati yang tenang sentiasa mengingati penciptanya. pencahayaan dan bayang
65
BAB 2 2.4 Kelestarian Reka Bentuk
Dalam memenuhi perkembangan ekonomi yang semakin mendesak, pembangunan yang
tidak terancang boleh memberi impak negatif terhadap alam semula jadi. Reka bentuk lestari
dapat membantu mengimbangkan kesan ini. Ini kerana sesuatu reka bentuk yang lestari perlu
mengambil kira kesan terhadap ekonomi, sosial dan alam sekitar serta mengaplikasikan konsep-
konsep kelestarian seperti Closing the loop, More from less dan Efficient design. Dalam proses reka
bentuk yang lestari, penggunaan sumber-sumber yang boleh diperbaharui adalah penting selain
menghubungkait manusia dengan persekitaran semula jadi.
Proses reka bentuk lestari bukan satu proses yang berbeza dengan proses reka bentuk konvensional
tetapi merupakan penambahbaikkan terhadap proses sedia ada dengan mengambil kira perkara yang
dibincangkan di atas. Rajah 2.29 menunjukkan ciri-ciri penting dalam reka bentu lestari.
Ciri-ciri reka bentuk lestari
Cekap tenaga • Menggunakan proses pembuatan yang menggunakan tenaga yang rendah
• Penghasilan produk yang boleh dikendalikan dengan tenaga yang rendah
Bahan • Penggunaan bahan biodegradasi
berimpak • Pemilihan bahan yang tidak bertoksik dan boleh dikitar semula
• Penggunaan bahan guna semula dalam proses pembuatan
rendah • Penggunaan bahan yang boleh diperbaharui dengan mudah
Jangka hayat • Penghasilan produk yang tahan lama
yang panjang • Produk direka bentuk untuk kegunaan ramai
• Kos penggunaan, pembaikan dan penyelenggaraan yang rendah
Proses • Proses pembuatan yang menghasilkan kadar sisa yang rendah
pembuatan yang • Menggunakan pekerja tempatan
• Proses pembuatan yang cekap dan menjimatkan masa
optimum
Kecekapan • Penggunaan sistem pengangkutan yang cekap
pengedaran • Kaedah pembungkusan yang menjimatkan ruang
• Bahan pembungkusan yang boleh dikitar semula atau diguna semula
Rajah 2.30 Ciri-ciri reka bentuk lestari
66
Perbezaan reka bentuk lestari dan konvensional
Terdapat banyak perbezaan di antara produk yang dihasilkan melalui reka bentuk lestari dan reka
bentuk konvensional. Jadual 2.7 menunjukkan perbezaan di antara kedua-dua reka bentuk.
Jadual 2.7 Perbezaan antara reka bentuk lestari dan konvensional
Faktor Reka bentuk lestari Reka bentuk konvensional
Ekonomi • Kos penyelenggaraan rendah. • Keuntungan dari hasil jualan
• Kos pembaikan yang rendah. produk menjadi tujuan utama.
• Meningkatkan daya tarikan kepada BAB 2
• Kos penggunaan yang lebih tinggi.
pengguna. • Kos sumber bahan mentah yang
• Kos pengeluaran yang rendah
lebih tinggi.
melalui bahan kitar semula dan
guna semula.
Sosial • Meningkatkan kualiti kehidupan, • Menjejaskan kesihatan dalam
kesihatan dan kesejahteraan manusia. jangka masa panjang.
• Meningkatkan interaksi sosial. • Reka bentuk yang kurang mesra
• Melegakan tekanan pada badan. pengguna.
• Meningkatkan mutu kerja.
Alam sekitar • Membantu memelihara dan • Penggunaan bahan toksik
memulihara alam sekitar. adalah satu kebiasaan.
• Mengurangkan penggunaan sumber • Tidak mengambil kira kesan
semula jadi yang tidak boleh terhadap alam sekitar.
diperbaharui.
• Penghasilan dan pemprosesan
• Mengekalkan ekosistem. sisa yang tidak dikawal.
• Meningkatkan kualiti udara dan air.
• Mengurangkan penghasilan sisa.
67
Proses reka bentuk lestari
Pada musim panas di sebuah kampung, suhu dalam rumah boleh mencecah 40oC. Seorang murid
mengambil inisiatif untuk mereka bentuk satu alat yang boleh menurunkan suhu dalam rumah.
Murid itu memulakan proses reka bentuk dengan membina carta alir. Rajah 3.30 menunjukkan carta
alir yang dibina oleh murid tersebut.
BAB 2 Mula A
Situasi dan masalah Idea penyelesaian dan perincian
Situasi: Musim panas Idea reka bentuk diperincikan
Masalah: Bahagian dalam rumah supaya memenuhi elemen dan
menjadi sangat panas konsep kelestarian
Brif reka bentuk Membina model
Mereka bentuk satu Sebuah prototaip dibina
sistem aliran angin sejuk menggunakan bahan terpakai
ke dalam rumah tanpa seperti botol plastik dan papan lapis
menggunakan elektrik (rujuk Ilustrasi 2.2)
Pengumpulan maklumat Menguji reka bentuk
Mengumpul maklumat melalui Reka bentuk diuji dengan memasang
kajian di Internet, majalah prototaip di tingkap sebuah rumah.
reka cipta dan buku-buku Suhu dalam rumah direkod sebelum
kejuruteraan. dan selepas ujian bermula.
Idea awalan Pendokumentasian
Melakar tiga idea
reka bentuk Tamat
Pemilihan Tidak Simbol carta alir
idea
Mula proses dan akhir proses
Ya Proses am
(tindakan/langkah dalam proses kerja)
Pengembangan idea Proses membuat keputusan
Masukan dan keluaran
A Penyambung proses
Rajah 2.31 Carta alir reka bentuk lestari
68
Idea reka bentuk
Kadar aliran perlahan Kadar aliran meningkat
Udara panas Udara sejuk
Udara panas
Botol plastik Aliran udara
dimampat
Konsep Luar rumah Dalam rumah BAB 2
Hembus nafas dengan mulut terbuka ke tapak tangan.
Kemudian hembus semula dengan memuncungkan bibir.
Penyaman udara semulajadi berfungsi dengan cara yang
sama tetapi menggunakan botol plastik.
Rajah 2.32 Contoh reka bentuk penyaman udara semula jadi
Justifikasi pemilihan produk terhadap konsep kelestarian
Sebarang penghasilan produk seharusnya menepati ciri-ciri kelestarian. Produk yang lestari perlu
berkualiti, mempunyai ketahanan tinggi dan selamat digunakan. Dalam kehidupan hari ini yang sering
diancam dengan masalah penggunaan peralatan, pemakanan dan kesihatan, produk lestari wajar
menjadi pilihan. Jadual 2.8 menunjukkan justifikasi pemilihan produk terhadap konsep kelestarian.
Jadual 2.8 Justifikasi pemilihan produk terhadap konsep kelestarian
Konsep kelestarian Justifikasi pemilihan
Closing the loop • Menggunakan bahan guna semula.
• Kos penggunaan sifar hasil pengaliran udara
panas dan sejuk yang baik.
More from less • Lebih banyak produk dapat dihasilkan dengan
kos yang rendah.
• Ahli keluarga akan lebih selesa untuk berada di
dalam rumah. Lebih banyak masa diluangkan
di rumah.
• Lebih banyak udara sejuk dapat dihasilkan
melalui udara panas.
Efficient design • Reka bentuk yang mudah dan tidak
mencemarkan alam sekitar.
• Reka bentuk mesra pengguna.
69
Rumusan
Reka Bentuk
BAB 2 Reka bentuk Reka bentuk Carta alir proses Model reka
teknologi dan lestari reka bentuk bentuk
kehidupan Ciri-ciri lestari Carta alir proses Model reka bentuk
dalam reka reka bentuk berdasarkan
Definisi dan tujuan kriteria.
reka bentuk. bentuk produk. berdasarkan fungsi
setiap proses Kriteria pengujian
Kesesuaian Beza produk bagi setiap model
penghasilan sebuah yang dihasilkan mengikut urutan.
produk berdasarkan melalui reka bentuk reka bentuk.
faktor reka bentuk konvensional dan Situasi dan
reka bentuk lestari. masalah Bahan yang sesuai
Manusia dalam proses
Justifikasi pemilihan Brif reka bentuk
Fungsi produk terhadap penghasilan model
Sumbang saran reka bentuk.
Kekuatan konsep kelestarian. dan pengumpulan
Membina model
Estetika maklumat reka bentuk yang
lestari berdasarkan
Bahan Lakaran awal carta alir proses
Lakaran idea awal reka bentuk.
Mengembangkan
idea
Membangunkan
model
Menguji reka
bentuk
Pendokumentasian
70
Aktiviti BAB 2
1. Anda telah mempelajari Bab dua ini dengan sempurna. Lengkapkan Grid Refleksi
berikut dan masukkan ke dalam portfolio anda.
Apakah pengalaman saya semasa
mempelajari Bab dua ini?
Bagaimanakah perasaan saya
terhadap Bab dua ini? Mengapa?
Apakah yang telah saya pelajari
daripada Bab dua ini?
Apakah komen saya mengenai
keseluruhan pelajaran Bab dua ini?
2. Berdasarkan apa yang telah dipelajari, bina satu carta alir mengikut proses reka bentuk
untuk satu projek yang anda pilih.
3. Dalam kumpulan bincangkan bagaimana elemen dan konsep kelestarian dapat diterapkan
dalam reka bentuk kenderaan masa hadapan menggunakan rajah di bawah.
Ekonomi Sosial
Lestari
Alam sekitar
71
Latihan
BAB 2 1 Nyatakan:
(a) Tujuan reka bentuk
__________________________________________________________
(b) Kepentingan reka bentuk
__________________________________________________________
2 Senaraikan elemen sesebuah reka bentuk dan berikan contoh.
3 Senaraikan tiga faktor yang perlu diambil kira ketika mereka bentuk sesuatu produk?
4 Bincangkan perbezaan dan persamaan reka bentuk konvensional dan reka
bentuk lestari menggunakan carta di bawah.
5 Huraikan pendapat anda mengenai kelestarian reka bentuk produk untuk kegunaan
kita pada masa depan.
6 Bincangkan apakah yang akan terjadi sekiranya lukisan kerja tidak dibina dengan
betul dan tepat?
72
7 (a) Bina brif reka bentuk berdasarkan situasi dan masalah yang anda kenal pasti di
dalam kehidupan seharian pada ruang yang disediakan.
Situasi dan masalah Brif reka bentuk
Situasi: BAB 2
Masalah:
(b) Lakarkan idea awalan reka bentuk berdasarkan brif di 7(a).
(c) Berdasarkan lakaran idea awalan buat perbandingan bagi setiap ciri di bawah.
Bil Faktor Idea 1 Idea 2
1 Manusia
2 Fungsi
3 Kekuatan
4 Estetika
5 Bahan
6 Closing the loop
7 More from less
8 Effcient design
73