"Ketahuilah sesungguhnya dalam memanah ada kekuatan"
(HR Muslim)
All
the
best!
Buku Panduan
CABARAN MEMANAH
Raudhatul Husna
•••••
17 September 2022 (Sabtu)
Padang Taman Seri Serdang, Kepala Batas, Pulau Pinang
•••••
Anjuran Raudhah Memanah Rt Al-Husna
dengan kerjasama
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kepala Batas (DUN Bertam),
KRT Taman Seri Serdang dan Kelab Memanah Semerah
"Memanah itu sunnah, menang itu bonus"
(Walid 7 Sky)
Info Pertandingan
Lokasi pertandingan :
PADANG TAMAN SERI SERDANG,
KEPALA BATAS, PULAU PINANG
Di sebelah kiri
padang ada Surau.
Jadi, tandas dijamin
ada. Empat khemah
juga disediakan
untuk peserta.
Kena atau tak kena target dapat pahala. Memanah bukan soal ketepatan
semata-mata dan bukan soal nak mendahului orang saja." - (Yusrizam)
Tentatif Pertandingan
7.30 pagi :
PENDAFTARAN BERMULA
PEMERIKSAAN ALATAN
8.15 pagi :
TAKLIMAT DAN BACAAN DOA
SESI BERGAMBAR
8.45 pagi :
PERTANDINGAN BERMULA
1.00 tengah hari :
PERTANDINGAN DIJANGKA TAMAT
SEMAKAN SKOR KESELURUHAN
2.00 petang :
PENYAMPAIAN HADIAH
*Sebarang perubahan akan diumumkan
dari semasa ke semasa bergantung kepada
keadaan semasa hari pertandingan.
Lagi awal mula,
lagi cepat habis.
Doakan semoga
lancar dari awal
hingga ke akhir.
"Aku adalah anak panah Islam. Campakkan aku ke mana sahaja,
aku akan berjuang untuk Islam" - (Saad Abi Waqqas)
Analisa Penyertaan
Penyertaan keseluruhan :
106 peserta
Mengikut negeri :
Pulau Pinang - 71 peserta
Kedah - 32 peserta
Perak - 3 peserta
Mengikut kategori :
Dewasa Lelaki - 45 peserta
Dewasa Perempuan - 12 peserta
Cilik Lelaki - 29 peserta
Cilik Perempuan - 20 peserta
Semoga dimudahkan segala urusan semua peserta.
Terima kasih
sudi hadir
memeriahkan
game pertama
anjuran kami.
Memanah adalah sunnah. Dalam memanah ada kekuatan,
dalam sunnah ada kebaikan" - (Walid 7 Sky)
Analisa Penyertaan
Penyertaan mengikut kelab :
KELAB MEMANAH TRADISIONAL AR-RAYYAN - 21
RAUDHAH MEMANAH RT AL-HUSNA - 10
MAHABBAH ARCHERY CLUB - 9
PERSENDIRIAN - 8
KELAB MEMANAH MASJID TUAN ABDULLAH (KMMTA) - 6
SEMARAK TRADITIONAL ARCHERY - 5
MASJID GUAR PERAHU ARCHERY CLUB - 5
ALMIRATH ARCHERY CLUB - 5
FAHEEM TRADARCHERY - 5
KELAB PANAH SK SUNGAI BATU - 4
KELAB MEMANAH NURUL IMAN - 4
AL MUQARRABIN - 3
MALINDO ARCHERY CLUB - 3
SKAH ARCHERY- 2
NAGALILIT ARCHERS - 2
KELAB MEMANAH SERDANG - 2
ATAA LANGKAWI - 2
SINTOK TRADITIONAL ARCHERY CLUB - 1
PANGLIMA ARCHERY - 1
MASJID JELUTONG ARCHERY CLUB - 1
LESTARI PUTRA ARCHERY CLUB - 1
KHALIFAH UTARA ACHERY CLUB - 1
KELAB MEMANAH SEMERAH - 1
KELAB MEMANAH AL FALAH - 1
DARULAMAN ARCHERY CLUB - 1
CUT ARCHERY - 1
AR-RIJAL ACHERY CLUB - 1
DEWASA"Carilah ketepatan, bukan cari kemenangan. Cari kemenangan,
CILIKketepatan akan hilang." - (Walid 7 Sky)
Format Pertandingan
Jarak :
30 METER
Format :
2 ROUND x 8 END x 6 ARROW
Target face :
TF FITA saiz 80cm FULL RING
Jarak :
13 METER
Format :
2 ROUND x 8 END x 6 ARROW
Target face :
TF FITA saiz 80cm FULL RING
Digalakkan bawa
arrow lebih bagi
memastikan
kelancaran hari
pertandingan.
"Skor panahan kita bukanlah semata pada nilai yang diperolehi atas target
face tetapi jauh lebih bermakna apabila kita meletakkan nilai jujur dalam
setiap panahan kita" -(Inspirasi Rabbani)
Maklumat Pertandingan
Semua kategori akan berjalan serentak
di padang yang sama.
19 target disediakan dan satu
target face FITA 80cm dilekatkan di
setiap target butt
Makanan disediakan dua kali iaitu
roti di sebelah pagi dan makan tengah hari.
Sijil penyertaan disediakan kepada semua
peserta yang berdaftar.
Yuran digunakan untuk persediaan dan
pengurusan pertandingan.
Mohon kerjasama
semua untuk
menjaga kebersihan
sepanjang
pertandingan.
Rasulullah SAW bersabda, "Ajarilah anak-anak kalian
berkuda, berenang dan memanah." - (HR Bukhari & Muslim)
Peralatan & Pakaian
Busur tradisional. Penggunaan roland
snake/firehawk atau sewaktu dengannya
hanya dibenarkan untuk kategori cilik.
Arrow adalah bebas. Digalakkan guna arrow
yang sama shaft dan ada label nama bagi
memudahkan pengecaman.
Busana adalah digalakkan. Paling penting
adalah pakaian yang bersesuaian untuk
memanah dan menutup aurat.
Semua peserta dikehendaki memakai
kasut yang bertutup untuk keselamatan.
Semua peralatan yang dibawa adalah
tanggungjawab penuh peserta.
Pihak penganjur
tidak akan
bertanggungjawab
sekiranya berlaku
sebarang
kehilangan.
"Kerana Memanah, Kita Bersaudara"
(Rumah Belajar)
Kedudukan peserta
Kedudukan peserta adalah mengikut
susunan nombor badan.
Angka pada nombor badan mewakili lorong
atau target manakala abjad pada nombor
badan mewakili sequence.
Sequence 1 - ABC
Sequence 2 - DEF
Contoh : 10A
Lorong 10, Target 10, Sequence 1
Mohon kerjasama semua peserta untuk
berada di kedudukan yang betul bagi
memastikan kelancaran pemarkahan pada
hari kejadian.
Berhati-hati dan
jaga keselamatan
semasa mencabut
arrow di target.
"Memang kita nak menang tetapi utamakan tiga ini dahulu,
nak dapat redha, nak berukhuwah dan nak belajar " - (Abi Tuah)
Pemarkahan peserta
Scoresheet disediakan lengkap nombor badan, nama
penuh dan nama kelab mengikut target. Hanya skor
yang dicatatkan pada scoresheet akan dirujuk untuk
pemarkahan.
Markah dewasa dicatatkan sendiri oleh peserta
manakala markah cilik akan dicatatkan oleh pencatat.
Tulis di ruangan Tulis skor mengikut
yang betul descending order
mengikut nombor bermula dengan
badan dan end nilai yang besar dan
semasa semakin kecil.
Catatkan skor SUM adalah Turunkan Catatkan "X"
yang betul dengan jumlah tiga tandatangan sekiranya
tulisan yang jelas arrow manakala setelah selesai mengenai
dan boleh dibaca. TOTAL adalah pengisian SUM bulleyes dan "M"
jumlah 6 arrow dan TOTAL. sekiranya miss
bagi end
berkenaan.
Sebarang
pembetulan
setelah tamat
masa bantahan
tidak akan
dilayan.
"Bukan setiap orang ditakdirkan untuk menjadi juara, tetapi setiap orang
ditakdirkan untuk merasai usaha ke arah juara" - (Hairi Hasram Harun)
Hadiah Pertandingan
Hadiah adalah sepenuhnya tajaan.
Medal dan wang tunai adalah disediakan kepada :
TOP 5 DEWASA LELAKI
TOP 5 DEWASA PEREMPUAN
TOP 5 CILIK LELAKI
TOP 5 CILIK PEREMPUAN
Hadiah juga disediakan untuk seorang pemenang
busana terbaik kategori lelaki dan seorang
pemenang busana terbaik kategori perempuan.
Doakan semua
penaja budiman
dikurniakan
kebaikan
berpanjangan di
dunia dan akhirat.
"Barangsiapa yang menghargai, dia akan dihargai"
Penghargaan
JAWATANKUASA
CABARAN MEMANAH RAUDHATUL HUSNA 2022
Dengan sukacitanya merakamkan ucapan
terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan
kepada semua pihak yang menyumbang
secara langsung dan tidak langsung
dalam menjayakan dan memeriahkan
Cabaran Memanah Raudhatul Husna.
Sesungguhnya sumbangan dan komitmen yang
diberikan adalah amat bermakna ke arah
memartabatkan sukan sunnah tradisional ke
peringkat yang lebih tinggi.
Tuan puteri pulang ke Rasah,
Pulang semula sebelah pagi,
Kita bertemu akhirnya berpisah,
Diizin Allah bersua lagi.
Semoga terus
istiqamah
memeriahkan
sukan sunnah.