The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-61423804, 2022-05-11 02:47:27

Minit Mesyuarat PIBG Bil.1 2021

Minit Mesyuarat PIBG Bil.1 2021

MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG BIL.1/2021
SJK CHUNG HUA MATU

Tarikh : 27.10.2021 Rabu
Masa : 8:00 petang
Tempat : Rumah masing-masing (Google Meet) https://meet.google.com/riv-fpti-bxo
Kehadiran : Link Borang Pendaftaran Kehadiran https://forms.gle/H4HyvFKRXPYa1UN89

1. Kata-kata aluan YDP
1.1 YDP mengemukakan masalah internet murid semasa PdPr kerana guru tidak dapat mengajar secara
bersemuka.
1.2 YDP berharap ibu bapa dapat memberi tumpuan sepenuhnya dalam suasana baru kerana UPSR sudah
dihapuskan.
1.3 YDP berharap program vaksin untuk tahun 6 dapat secepat mungkin dan berharap vaksin ke -3 akan
selamat.

2. Pengesahan Minit Mesyuarat Bil. 1/2020
2.1 Puan Nur Hanin Chieng Binti Abdullah mencadangkan agar minit mesyuarat yang lepas disahkan dan
disokong oleh Puan Kueh Swee Hua.

3. Perkara Berbangkit
Tiada.

4. Agenda Baru
4.1 Pembentangan Laporan Kewangan Tahunan 2021(Rujuk Lampiran)

4.2 Pembentangan Laporan Aktiviti Tahunan 2021
4.2.1 PdPr
• Jadual PdPr sudah diedarkan kepada semua murid, sekolah perlu mengisi justifikasi kepada murid
yang tidak hadir.
• Walaupun guru tidak perlu pergi ke sekolah,tetapi guru perlu bertugas di stesen bertugas.

4.2.2 Pelbagai mesyuarat bersemuka dan online
• Guru besar akan bermesyuarat dengan guru secara bersemuka atau online sekiranya diperlukan.

4.2.3 Sanitasi/kebersihan kawasan sekolah
• Pembersihan kelas dan sekolah masih dilaksanakan oleh pembersih sekolah

4.2.4 Projek prasarana sekolah
• Simen semula gelanggang serbaguna
• Menaiktaraf dewan makan prasekolah
• Alwning baru prasekolah
• Pagar baru sekolah
• Pemasangan internet MYSRBN

4.3 Sumbangan dan jalinan dan jaringan
• Tanah
• Pemadam api
• Lampu bersolar
• Poster Covid-19
• Bekalan 8 unit PC Sistem Raspberry oleh MESTR Sarawak
• Sumbangan 3 Unit Mesin Air (Water Dispenser)
• Sumbangan alat sanitasi

4.4 Khidmat Masyarakat
• Membantu setting HP utk PdPr
• Membaiki Laptop untuk PdPr
• Membantu membuat permohonan handphone “jaringan prihatin”

4.5 Pencapaian 2021
• Kuiz pandemik covid-19 atas talian
• Kuiz “Malaysia Prihatin” peringkat daerah
• Ceramah pembentukan sahsiah murid tahap 2
• Hasil Dapatan Murid Prasekolah Dalam Karnival Prasekolah Peringkat Daerah
• Storytelling Competition Primary School
• Pertandingan Catur Atas Talian peringkat negeri (Adam Sim Zeng Jin Tahun 4)
• Jemputan Adik Kharil Tahun 4 oleh Didiktv Kpm (Bahasa Inggeris Tahap 2)

4.6 Isu dan cadangan PdPr
4.6.1 Jadual waktu pemberian kerja rumah

• Jadual waktu pembelajaran perlu dimaklumkan kepada ibu bapa atau waris murid agar penjajaran
penggunaan peranti dapat disesuaikan jika melibatkan bilangan anak yang melebihi seorang.

• Masalah ini telah berbincang dengan guru terlibat untuk membaiki cara pemakluman masa dan waktu
PdPR serta arahan yang lebih jelas akan diberikan kepada murid-murid.

4.6.2 Latihan yang diberi
• Ibu bapa berharap cikgu boleh cetak latihan yang diberi sebab sesetengah rumah tiada printer untuk cetak
tugasan yang cikgu bagi.
• Sebelum ini lembaran dicetak dan diletak di rak hijau tetapi segelintir lembaran kerja tersebut tidak
diambil menyebabkan kebaziran berlaku. Lembara kerja boleh dicetak untuk yang ada keperluan.

4.6.3 Masalah line internet yang kurang bagus
• Ada ibu bapa bercadang guna link untuk buat kerja rumah sebab masalah internet menyebablkan murid
tidak dapat mengikuti kelas online.
• Guru akan meletakkan link Quzzie, wordwall, kahoot, google forms dan lain- lain dalam group whatsApp
kelas masing-masing selepas tamat kelas online.

5 Hal-hal Lain
5.1 Sambutan Pesta Tanglung 2021 (Drive-Thru)
5.2 Program Penghargaan Penglibatan Pdpr “Sayangi Pdpr”
5.3 Program Penghargaan Bantuan Sepanjang Ibubapa/Penjaga

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 9:25 malam. Disemak oleh,

Disediakan oleh , _______________________
(Datuk Nasaruddin Bin Abdullah)
____________ YDP PIBG SJKC Chung Hua Matu
(SU GIN LUNG )
Setiausaha PIBG


Click to View FlipBook Version