PENGURUSAN DAN PERSIAPAN PERKHEMAHAN
Perkhemahan merupakan salah satu aktiviti luar yang utama bagi seseorang Pandu Puteri.
Dalam aktiviti ini, seseorang Pandu Puteri dikehendaki mendirikan khemah untuk
penginapan di luar sesebuah bangunan kekal.
Aktiviti perkhemahan merupakan salah satu program Pandu Puteri yang disukai sejak
pergerakan Pandu Puteri bermula dan tidak boleh diasingkan daripada kehidupan seseorang
Pandu Puteri. Kelayakan berkhemah adalah perlu bagi seseorang untuk mengendalikan apa
juga jenis perkhemahan atau lawatan sambil belajar di bawah nama Pandu Puteri.
KONSEP PERKHEMAHAN
Berkhemah adalah penghidupan di luar sama ada di hutan, di pantai, di bukit, di gunung dan
sebagainya. Dahulu, berkhemah merupakan satu keperluan untuk hidup. Berkhemah berkait rapat
dengan ikhtiar hidup secara individu atau berkumpulan.
Berkhemah bermakna anda menerima atau memikul beberapa tanggungjawab terhadap pengurusan
makanan, perlindungan dan melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan dengan persekitaran anda.
Kini perkhemahan menjadi satu aktiviti kegiatan luar kokurikulum di
institusi-institusi pengajian. Perkhemahan sering dikaitkan dengan
unit-unit beruniform.
Berkhemah merupakan salah satu cabang ilmu yang menguji
kemampuan mental dan fizikal untuk menggunakan sumber-
sumber yang terhad dengan kemudahan yang terhad. Aktiviti
berkhemah akan menguji setakat mana kesanggupan kita
menghadapi kekurangan dan ketidakselesaan.
SIJIL
Sijil Lesen Perkhemahan
Pemegang Lesen Perkhemahan boleh mengendalikan sebarang jenis perkhemahan yang tertakluk kepada
syarat khas yang telah diatur. Seseorang Pesuruhjaya atau Pemimpin berwaran boleh mengambil Ujian
Lesen Perkhemahan.
KELAYAKAN Tempoh perkhemahan: Minimum empat (4) hari tiga
(3) malam berterusan.
Telah meningkat umur dua
puluh satu (21) tahun. Peserta: 24 orang (minima tidak termasuk staf
perkhemahan).
Mempunyai Sijil Juru
Pertolongan Cemas. SYARAT UNTUK MENDAPATKAN LESEN
PERKHEMAHAN
Mempunyai Sijil Kuartermaster.
Calon mestilah mengelolakan perkhemahan dengan
Sebaik-baiknya telah menyertai jayanya.
perkhemahan Pandu Puteri
sebagai Penolong Komandan Calon hendaklah memahami pentingnya rancangan
Kem. yang menarik dan beraneka.
Telah mendapat kebenaran Calon hendaklah mengamalkan pemeliharaan alam
daripada Pesuruhjaya Daerah sekitar dalam aktiviti perkhemahan.
dan Ketua Pesuruhjaya
Cawangan.
Sijil Juru Pertolongan Cemas Perkhemahan
Sijil ini boleh dipegang oleh pemimpin berwaran. Pemegang sijil ini perlu mengetahui cara-cara yang terkini
tentang pertolongan cemas.
PRASYARAT Mempunyai pengetahuan memberi rawatan
Telah meningkat umur lapan belas pertolongan cemas untuk:
(18) tahun. a. Renjatan (shock)
b. Hidung berdarah
Disokong oleh Pesuruhjaya Daerah c. Luka
dan Ketua Pesuruhjaya Cawangan. d. Kecederaan pada tulang (patah dan retak)
e. Selesema dan demam
Telah pernah bertugas sebagai f. Semua jenis gigitan
Penolong Juru Pertolongan Cemas g. Sengatan
Perkhemahan atau telah mendapat h. Melepuh (blister) dan melecur (scald)
pengalaman setaraf dengannya. i. Terseliuh
j. Kejang otot
Telah menerima latihan awal dan k. Histeria
mempunyai pengetahuan amali l. Pitam dan Pengsan
pertolongan cemas yang asas. m. Sawan (epilepsy)
n. “Concussion”
SYARAT UNTUK MENDAPATKAN SIJIL JURU o. Sakit tekak, pening kepala, sakit telinga, sakit
PERTOLONGAN CEMAS PERKHEMAHAN
gigi, sakit perut, kecederaan di mata dan
Calon menjalankan tugas dengan jayanya. kecederaan di anggota badan
Calon memahami pentingnya keselamatan p. Terkena racun
q. Bisul
dan kesihatan dalam perkhemahan. r. “Sunstroke”
Calon peka dengan amalan pertolongan
cemas yang diberi sebelum dirujuk kepada
doktor.
Sijil Kuartermaster Perkhemahan
Sijil ini boleh dipegang oleh seorang pemimpin berwaran.
PRASYARAT Tempoh perkhemahan:
Minimum tiga (3) hari dua (2) malam berterusan.
Telah meningkat umur lapan
belas (18) tahun. SYARAT UNTUK MENDAPATKAN SIJIL
KUATERMASTER
Disokong oleh Pesuruhjaya
Daerah dan Ketua Pesuruhjaya Calon menjalankan tugas dengan jayanya.
Cawangan. Calon memahami pentingnya hidangan menu yang
Telah pernah bertugas sebagai seimbang serta mempelbagaikan jenis masakan
Penolong Kuartermaster dalam yang dihidangkan.
perkhemahan. Calon menggunakan bahan yang bersesuaian dan
mudah didapati.
Berkhemah sebagai cara Perkhemahan untuk
ibadat orientasi sosial
Berkhemah sebagai cara Tujuan Berkhemah untuk
pendidikan Perkhemahan rekreasi.
Perkhemahan membuka Untuk merapatkan Untuk menghargai alam
mata perihal kesihatan hubungan kekeluargaan. semula jadi dan mencari
ketenangan
Jenis-jenis Perkhemahan
Perkhemahan Untuk 3 atau 4 orang ahli di tempat
ringkas tinggal mereka.
PERKHEMAHAN Biasanya dilakukan pada hujung
minggu.
Biasa diadakan selama satu malam
atau dua malam.
Tujuannya adalah untuk mendapatkan
sesuatu lencana atau ujian atau
sekadar untuk perkhemahan sahaja.
Perkhemahan Perkhemahan Dianjurkan oleh Maljis peringkat daerah,
kumpulan secara besar- negeri, negara atau dunia.
besaran Dihadiri oleh beratus-ratus atau beribu-
ribu orang peserta.
Dianjurkan oleh pemimpin atau Majlis
Ketua Patrol. Dikenali sebagai ‘jambori’.
Diadakan 4 tahun sekali.
Dihadiri oleh sekumpulan ahli. Mengambil masa 3-7 hari
Dijalankan selama dua atau tiga hari.
Biasanya diadakan sekali bagi tiap-tiap
penggal persekolahan.
Khemah Satu Tiang Jenis-jenis khemah
Ringan, senang didirikan dan sesuai digunakan untuk
perkhemahan ringkas.
Memuatkan 1 hingga 2 orang penghuni sahaja.
Ditegakkan dengan menggunakan satu tiang sahaja.
Khemah bentuk A Sesuai untuk perkhemahan kumpulan.
Sama dengan khemah berbentuk A, tetapi mempunyai
penahan angin atau hujan di bahagian tepinya.
Untuk 5 hingga 6 orang.
Khemah berbentuk Mempunyai sempadan yang lebih panjang dan luas
dinding daripada khemah-khemah lain.
Sesuai di kawasan pergunungan dan di tepi sungai.
Memuatkan 4 hingga 7 orang.
PERANCANGAN DAN PERSIAPAN AWAL
1. Pembentukan Jawatankuasa
Untuk menggerakkan sesuatu aktiviti perkhemahan supaya
program dapat dirancang dengan baik dan teratur.
Kesesuaian jawatankuasa bergantung pada tempat
perkhemahan dan aktiviti yang akan dijalankan.
Setiap jawatankuasa mempunyai tugas masing-masing.
Ahli jawatankuasa terdiri daripada:
- Urus setia
- Aktiviti
- Pengangkutan
- Peralatan
- Keselamatan dan kecemasan
- Penajaan
- Makanan
2. Kenal Pasti Kawasan
Penting untuk melihat tapak perkhemahan untuk memastikan tempat yang dipilih bersesuaian
dan selamat untuk diadakan aktiviti perkhemahan.
Perkara yang perlu diambil kira:
- Kesesuaian tempat
- Kemudahan asas (air, tandas)
- Mempunyai ciri-ciri keselamatan yang terjamin
- Mudah untuk berhubung dengan pihak polis dan hospital sekiranya berlaku kemalangan
3. Surat Kebenaran
Surat kebenaran daripada Jabatan Pendidikan Negeri / Pegawai Pendidikan Daerah melalui
pengetua --- sebelum menjalankan aktiviti.
Surat kebenaran pihak polis --- memastikan aktiviti berjalan lancar.
Surat kebenaran ibu bapa --- diperolehi sebelum peserta dibenarkan mengikut aktiviti
perkhemahan
Mendapat insurans kelompok untuk semua peserta sebelum aktiviti perkhemahan
4. Belanjawan
Untuk memastikan persiapan yang dibuat boleh menampung segala keperluan selama tempoh
perkhemahan.
Belanjawan seperti kos pengangkutan, peralatan, insurans, perubatan dan makanan.
5. Alatan Perkhemahan
Alatan untuk perkhemahan perlu disediakan sebelum menjalankan aktiviti:
PEMILIHAN TEMPAT
1. Tanah atau tapak yang rata.
Tapak khemah yang rata adalah bertujuan untuk memudahkan pemasangan khemah dan selesa
sebagai tempat tidur atau berehat.
Sebaik-baiknya walau pun tapak yang rata, cuba elakkan daripada kawasan yang terdapat akar-
akar pokok atau batu yang menjadi tapak khemah tersebut.
Tapak yang rata juga akan mengelakkan daripada berlakunya air bertakung jika hujan atau bukan
sebagai tempat laluan air ketika hujan turun.
2. Berhampiran punca air.
Apabila melakukan aktiviti perkhemahan, perkara yang utama harus difikirkan ialah
mengenai punca air bersih.
Air yang bersih digunakan untuk memasak, membersihkan diri dan sebagainya.
Tapak perkhemahan haruslah berhampiran dengan punca air tidak kira sungai, anak sungai,
telaga, kolam atau sebagainya tetapi air tersebut hendaklah dipastikan kebersihannya supaya
tidak berlaku kejadian tidak diingini seperti sakit perut atau penyakit lain yang boleh dijangkiti
melalui air yang tidak bersih.
Punca air ini juga seharusnya diketahui dari mana datangnya dan melalui kawasan yang tiada
pencemaran.
3. Jauh daripada dahan mati.
Pemilihan tapak perkhemahan juga mesti berdasarkan kepada kawasan sekitar, khasnya perlu
melihat pokok-pokok yang besar di sekeliling kawasan perkhemahan tiada dahan mati atau ranting
yang boleh membahayakan peserta perkhemahan.
Ini penting kerana jika berlaku tiupan angin yang kuat atau hujan, ranting serta dahan mati
tersebut boleh menimpa khemah dan orang yang terdapat di tapak perkhemahan tersebut.
4. Tapak yang lebih tinggi dari punca air.
Pemilihan tempat atau tapak yang tinggi dan rata ini adalah penting untuk mengelakkan daripada
dihanyutkan air jika berkhemah di tepi sungai dan air pasang jika berkhemah di pantai.
5. Mudah untuk mendapatkan bantuan.
Tapak perkhemahan yang dipilih juga haruslah berdasarkan kepada keadaan tempat yang mudah
untuk mendapatkan bantuan jika berlaku sebarang kecemasan.
Tapak perkhemahan tersebut mungkin berhampiran kawasan kampung, laluan orang atau mudah
dihubungi.
Setiap aktiviti perkhemahan juga haruslah dimaklumkan kepada pihak berwajib seperti Polis dan
Jabatan Perhutanan.
6. Mudah untuk mendapatkan bahan bakar.
Apabila melakukan aktiviti perkhemahan, bahan bakar yang digunakan untuk memasak perlu
diambil kira.
Jika memasak menggunakan dapur kayu iaitu ranting-ranting mati, tapak perkhemahan yang
dipilih mestilah di kawasan yang mudah dan banyak untuk mendapatkan bahan tersebut.
7. Keselamatan kawasan perkhemahan.
Keselamatan kawasan perkhemahan adalah penting.
Pastikan bahawa kawasan tersebut adalah bukan kawasan binatang buas dan mudah diganggu
oleh penceroboh luar.
ASPEK KESELAMATAN
Contoh peraturan keselamatan semasa perkhemahan: