KEMAHIRAN PERKHEMAHAN
SIMPULAN dan IKATAN
.
Jenis-Jenis Simpulan Dan Ikatan
Simpulan
1. Buku Sila (Reef Knot)
Kegunaan:
Menyambung dua utas tali yang sama saiz.
Mengikat pembalut segitiga semasa pertolongan cemas.
Senang dibuka.
Contoh: Mengikat anduh
2. Bunga Geti (Sheet Bend)
Kegunaan:
Menyambung dua tali yang sama saiz tapi licin.
Menyambung dua tali yang tidak sama saiz.
3. Simpul Manuk (Clove Hitch)
Kegunaan:
Mengikat hujung tali pada pancang atau tiang
Memulakan dan mengakhirkan ikatan (ikatan seraya, ikatan serong, ikatan silang gunting, lilit
kacang dan lilit ular)
Tidak mudah terlunsur
4. Simpul Tindih Kasih (Bowline)
Kegunaan:
Untuk membuat tajul / lubang pada hujung tali.
Simpul penyelamat, digunakan untuk menyelamatkan seseorang dengan memasukkan tajuk
ke sekeliling badan mangsa.
Digunakan untuk mengikat binatang (pada leher) supaya tidak terkejut
5. Simpul Belit / Lilit dua simpul (Round Turn)
Kegunaan:
Mengikat tali khemah ke tiang.
Mengikat tali pada tiang, pokok, gelung atau tali lain supaya tidak terlucut.
6. Lilit Pemati Biasa (Common Whipping)
Kegunaan:
Digunakan untuk mematikan hujung tali supaya hujung tali tidak terurai dan hujung tali
nampak kemas.
7. Simpul Himpit (Fisherman’s Knot)
Kegunaan:
Menyambung tali yang sama saiz, licin dan nipis.
8. Bunga Geti Berganda (Double Sheet Bend)
Kegunaan:
Untuk menyambung dua tali yang tidak sama saiz, licin atau basah.
Kekuatannya 3 kali ganda lebih kukuh daripada bunga geti tunggal.
9. Simpul Tindih Kasih Berganda (Bowline on Bright)
Kegunaan:
Membuat dua gelung tali
Simpul Penyelamat
2 tajul bleh diubahsuai untuk usungan / suaian
orang sakit
10. Simpul Kerusi (Fireman’s Chair Knot)
Kegunaan:
Untuk menurunkan orang dari
bangunan atau juram dengan
memasukkan tajuk yang kecil di
sekeliling dada dan tajul yang besar
pada sekeliling kaki atau pelipatan lutut
11. Lilit pemati Selit
Kegunaan:
Untuk mematikan hujung tali supaya hujung tali itu
nampak kemas dan tidak terburai / terbuang
12. Simpulan Abah-Abah
Kegunaan:
Untuk membuat tajul di tengah tali
Untuk membuat tangga
13. Simpul Ngah (Middlesman’s knot)
Kegunaan:
Untuk membuat tajul (gelung) di tengah tali - sesuatu untuk
pendaki bukit.
Saiz tajul ini boleh diubah mengikut kesesuaian orang berkenaan.
14. Tindih Kasih Air (Water Bowline)
Kegunaan:
Untuk mengelakkan simpul daripada mengetat atau
mudah lucut bila ditarik.
Ikatan
1. Ikatan Seraya (Square Lashing)
Kegunaan
Mengikat dua batang tiang yang bersilang antara satu sama lain.
2. Ikatan Serong (Diagonal Lashing)
Kegunaan
Mengikat dua batang tiang yang bukan bersudut tepat antara satu sama lain.
3. Lilit Kacang / Ular (Floor / Snake Lashing)
Simpul manuk
Kegunaan:
Untuk mengikat batang-batang kayu / buluh bagi membuat lantai untuk sesuatu gajet atau
projek
4. Ikatan Silang Gunting
Kegunaan:
Untuk menyambung dua batang buluh / kayu bagi membuat aki yang bersilang.
Untuk menyambug kayu / buluh supaya menjadi lebih panjang.
Untuk menguatkan batang kayu / buluh yang lemah.
5. Lilit Balak (Timber Hitch)
Kegunaan:
Mengikat hujung tali pada tiang atau pokok dengan mudah.
Menarik balak atau kayu.
Memulakan ikatan serang.
6. Lilit “Taut Line” (Taut Line Hitch)
Kegunaan:
Mengikat tali khemah ke pancang
Mengikat tali ke tiang - mudah dikendurkan atau direngangkan.
7. Belit Lucut (Highwayman’s Hitch)
Kegunaan:
Untuk mengikat tali ke tiang atau dahan yang
membukanya dengan senang.
Digunakan untuk memanjat / turun dari tempat /
pokok
8. Lilit Pasdul (Marline-Spike Hitch)
Kegunaan:
Untuk membuat tangga
Untuk mencabut kayu pancang yang terbenam
terlalu dalam di tanah
9. Lilit Tindih Kejap (rolling Hitch)
Kegunaan:
Untuk mngikat hujung tali ke tiang atau tali yang
kasar.
Ia tidak mudah terlucut apabila ditarik dari iringan.
15. Lilit Tong (Barrel Hitch)
Kegunaan:
Digunakan untuk mengkat tali ke tong atau kotak
supaya ia mudah diangkat.
16. Ikatan Pengail (Fisherman’s Hitch)
Kegunaan:
Ikatan ini kuat dan kukuh
Ia sesuai untuk mendaki bukit atau abseiling /
rappelling