The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by munirah_baharuddin, 2020-08-18 21:20:03

Pola Ayat Dasar dan Frasa

Pola Ayat Dasar dan Frasa

Modul Kelas Tambahan SPM 2016

POLA AYAT DASAR DAN FRASA
Pola ayat dasar merupakan sumber kepada pembentukan ayat-ayat dalam Bahasa Melayu. Ayat dasar juga
dikenali sebagai ayat mudah atau ayat inti. Terdapat empat pola ayat dasar berdasarkan unsur-unsur
binaan ayat:

FN+FN | FN+FK | FN+FA | FN+FS

Frasa
-Frasa ialah unit tatabahasa yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-
kurangnya satu atau dua perkataan yang berpotensi untuk diperluaskan menjadi dua perkataan atau lebih.
-Frasa menjadi subjek atau predikat dalam binaan ayat serta menjadi konstituen atau binaan kepada
klausa.
-Frasa terbahagi kepada empat, iaitu frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama
-Dalam setiap frasa ada perkataan yang yang dikenali sebagai inti frasa, iaitu perkataan yang paling penting
dalam frasa.
-Contoh (berdasarkan Pola FN+FN) :
Kakak saya seorang pramugari = Kakak pramugari
Di sini ‘kakak’ dan ‘pramugari’ adalah inti frasa kepada kedua-dua pola tersebut.

Jenis perkataan yang menjadi inti frasa menentukan sama ada ia menjadi frasa nama, frasa kerja, frasa
adjektif atau frasa sendi nama.

1) Frasa Nama (FN)
Frasa nama yang terbentuk daripada sederetan perkataan mempunyai dua jenis hubungan antara perkatan-
perkataan ini :
a) inti & penerang
Contoh : Guru sekolah menengah itu sedang menasihati murid-muridnya (FN+FK)

Guru - inti | sekolah menengah itu - penerang

b) inti & inti.
Contoh : Ibu bapa perlu mendidik anak (FN+FK)

Ibu - inti | bapa - inti.

Dalam binaan frasa nama, penyusunan setiap konstituen amat pentng untuk menentukan sama ada frasa
nama itu digunakan dengan betul atau tidak. Oleh itu, peraturan Hukum D-M, penggunaan kata bilangan
serta panggilan dan penerang mestilah sesuai dalam frasa nama.

Hukum D-M ialah Hukum Diterang (D) dan Hukum Menerang (M). Dalam frasa nama, unsur inti yang
berada pada kedudukan pertama adalah unsur diterangkan, dan pada kedudukan kedua merupakan unsur
menerangkan.
Contoh : Guru bahasa ; Guru - inti / (D)

bahasa - penerang /(M)

Hukum D-M mempunyai beberapa kekecualian, antaranya ialah jawatan tertentu yang biasa digunakan
seperti Perdana Menteri (sepatutnya Menteri Perdana) dan naib presiden (sepatutnya presiden naib).

2) Frasa Kerja (FK)
Frasa kerja terbina daripada satu perkataan sahaja (iaitu terdiri daripada kata kerja tak transitif) atau
sederetan perkataan yang menjadi unsur predikat dalam ayat. Binaan frasa kerja terbahagi kepada dua :

a) Frasa kerja yang tidak mengadungi obejk dan tidak memerlukan kata nama sebagai penyambung untuk
melengkapkannya. Kata kerja di sini ialah kata kerja tak transitif.
Contoh : Adik menangis (FN+FK)

b) Frasa kerja yang mengandungi objek selepas kata kerja untuk melengkapkan frasa ini. Kata kerja di sini
ialah kata kerja transitif yang memerlukan objek yang terdiri daripada kata nama. Objek berkenaan boleh
diikuti oleh penerang.
Contoh : Saya menangkap burung gagak di hutan. (FN+FK)

burung gagak - objek
di hutan - penerang

Modul Kelas Tambahan SPM 2016

3) Frasa Adjektif (FA)
-Frasa adjektif boleh terbina daripada satu perkataan atau sederetan perkataan yang mengandungi kata
adjektif sebagai inti.
-Frasa adjektif adalah unsur predikat dalam binaan ayat atau sebagai unsur keterangan dan unsur penerang
dalam predikat, yang hadir selepas kata kerja. Manakala sebagai kata penerang, kata adjektif hadir selepas
kata nama.
-Binaan frasa adjektif yang terdiri daripada satu perkataan sahaja adalah seperti malas, muram, dan
kosong. Frasa adjektif juga boleh dibahagikan kepada dua golongan :

a) Kombinasi dua kata adjektif yang menekankan beberapa unsur:
- keserasian makna. Contoh : cantik molek, penat lelah
- makna berlawanan. Contoh : baik buruk, kecil besar
- keindahan bunyi ritma. Contoh : lemah longlai, kusut masai

b) Binaan frasa adjektif yang terdiri daripada kata adjektif sebagai inti dan kata nama sebagai penerang. Ia
membawa dua maksud
- keserupaan. Contoh : merah darah , hijau daun
- kiasan. Contoh : panjang tangan, besar kepala

Dalam frasa adjektif, kata penguat boleh hadir dalam beberapa keadaan:
a) Di hadapan : paling degil, amat bijak
b) Di belakang : murah sekali, cepat benar
c) Secara bebas : amat cantik, cantik amat.
d) Secara berderetan : sungguh berani sekali, belum cerdik lagi

Dalam susunan ayat biasa, frasa adjektif hadir sebagai predikat, sebagai kata keterangan selepas kata kerja
dan penerang selepas frasa nama. Dalam susunan ayat biasa, frasa adjektif boleh mengalami susunan
songsang.
Contoh :
Rumah Ani amat besar sekali - Amat besar sekali rumah Ani

4) Frasa Sendi Nama (FS)
Frasa sendi nama ialah binaan dalam ayat yang terdiri daripada satu sendi nama dan frasa nama yang
menjadi pelengkap kepada sendi nama itu. Dalam binaan ayat biasa, frasa sendi nama menjadi predikat
dalam ayat.

Frasa sendi nama boleh dibentuk melalui empat cara :
a) Sendi nama dan frasa nama. Contoh : di pasar
b) Sendi nama, kata nama arah dan frasa nama. Contoh : di tepi pasar
c) Sendi nama, kata nama arah, frasa nama dan ayat komplemen. Contoh : ke dalam hutan untuk
menangkap rusa.
(binaan ketiga ini memperlihatkan kita bahawa unsur kata nama arah dan ayat komplemen merupakan
unsur pilihan)
d) Sendi nama, kata nama arah, frasa nama dan frasa keterangan. Contoh : di selatan negeri China pada
tiap-tiap bulan.
(binaan keempat ini memperlihatkan unsur keterangan bersifat pilihan)

Modul Kelas Tambahan SPM 2016

Tulis pola ayat yang betul bagi setiap ayat di bawah.
1. Pemuda itu sedang menari. ……………………............................
2. Encik Zahid seorang jurutera. ……………………............................
3. Cikgu Latifah guru bahasa Melayu kami. ……………………............................
4. Rumah saya di Taman Johor Jaya. ……………………............................
5. Kakak saya sedang membaca buku. ……………………............................
6. Kasut Ali sudah buruk. ……………………............................
7. Penyanyi itu jiran saya. ……………………............................
8. Nasi lemak Mak Minah sangat sedap. ……………………............................
9. Emak sedang menanak nasi di dapur . ……………………............................
10. Pokok itu pokok rambutan. ……………………............................
11. Dewan sekolah saya sangat besar. ……………………............................
12. Baju saya berwarna merah hati. . ……………………............................

13. Tulisan Nabil sangat kemas. ……………………............................
14. Rumah Ahsan rumah batu. ……………………............................
15. Kampung datuk Afiq di Pasir Gudang. ……………………............................
16. Bapa Naim seorang guru. ……………………............................
17. Syazwan dan Akmal sedang berbual-bual. ……………………............................
18. Pemain bola sedang berlatih di padang. ……………………............................
19. KumpulanAngsa Ganas amat spontan ketika berlawak. ……………………............................
20. Beg tangan Puan Jamilah dari luar negeri. ……………………............................
21. Kebun sayur Farid kebun warisan keluarganya. ……………………............................
22. Kereta mainan adik Shamil di bawah meja. ……………………............................
23. Semua buku latihan Izzati buku yang dibeli di koperasi. ……………………............................
24. Ali sedang membaca buku apabila terdengar bunyi dentuman yang kuat di luar rumahnya.

25. Mei Ling dan Aminah akan menyertai pertandingan perbahasan sempena Hari Patriotik .

Modul Kelas Tambahan SPM 2016

26. Gopal yang sentiasa berpakaian kemas sering dipuji oleh guru-guru sekolahnya. ……………………......
27. Saya tidak hadir ke sekolah kerana dihidapi demam kuning. ……………………............................
28. Membaca merupakan amalan murni. ……………………............................
29. Pembinaan bangunan tambahan sekolah telah disiapkan pemaju pada hujung tahun 2009.
……………
30. Para pelajar sekolah ini mesti memakai uniform kokurikulum pada setiap hari Rabu. …………………
31. Buah mangga ini masam. ……………………............................
32. Seorang yang tegas , pengetua sekolah ini. ……………………............................
33. Ke rumah nenek kami pada setiap hujung bulan. ……………………............................
34. Baju sutera itu untuk ibu. ……………………............................
35. Kuda putih itu berlari pantas . ……………………............................
36. Sekolah baharu itu sungguh cantik lanskapnya . ……………………............................
37. Tun Abdul Razak Bapa Pembangunan Malaysia . ……………………............................
38. Penduduk kampung akan bergotong-royong pada hujung minggu ini. ……………………........................
39. Encik Ramli guru mata pelajaran Bahasa Melayu di SMK Seri Murni. …………………….....................
40. Zainal insaf setelah peristiwa lemas di sungai. ……………………............................

Modul Kelas Tambahan SPM 2016

Skema Latihan
1. Pemuda itu sedang menari. ( FN + FK )
2. Encik Zahid seorang jurutera. ( FN + FN )
3. Cikgu Latifah guru bahasa Melayu kami.( FN + FN )
4. Rumah saya di Taman Johor Jaya. ( FN + FS )
5. Kakak saya sedang membaca buku. ( FN + FK )
6. Kasut Ali sudah buruk ( FN + FA )
7. Penyanyi itu jiran saya. ( FN + FN )
8. Nasi lemak Mak Minah sangat sedap ( FN + FA ).
9. Emak sedang menanak nasi di dapur ( FN + FK )
10. Pokok itu pokok rambutan.( FN + FN )
11. Dewan sekolah saya sangat besar. ( FN + FA )
12. Baju saya berwarna merah hati. ( FN + FA )
13. Tulisan Nabil sangat kemas. ( FN + FA )
14. Rumah Ahsan rumah batu. ( FN + FN )
15. Kampung datuk Afiq di Pasir Gudang.( FN + FS )
16. Bapa Naim seorang guru. ( FN + FN )
17. Syazwan dan Akmal sedang berbual-bual ( FN + FK ).
18. Pemain bola sedang berlatih di padang. ( FN + FK)
19 KumpulanAngsa Ganas amat spontan ketika berlawak. ( FN + FA)
20 Beg tangan Puan Jamilah dari luar negeri. (FN) + ( FSN)
21 Kebun sayur Farid kebun warisan keluarganya.
Jawapan (FN) + (FN)
22. Kereta mainan adik Shamil di bawah meja.
Jawapan: (FN) + (FSN)
23. Semua buku latihan Izzati buku yang dibeli di koperasi.
Jawapan: (FN) + (FN)
24. Ali sedang membaca buku apabila terdengar bunyi dentuman yang kuat di luar rumahnya.

POLA AYAT: FN+FK
25. Mei Ling dan Aminah akan menyertai pertandingan perbahasan sempena Hari Patriotik .
POLA AYAT: FN+FK
26. Gopal yang sentiasa berpakaian kemas sering dipuji oleh guru-guru sekolahnya.
POLA AYAT: FN+FK
27. Saya tidak hadir ke sekolah kerana dihidapi demam kuning.
POLA AYAT: FN+FK
28. Membaca merupakan amalan murni.
POLA AYAT: FN+FN
29. Pembinaan bangunan tambahan sekolah telah disiapkan pemaju pada hujung tahun 2009.

POLA AYAT:FN+FK
30. Para pelajar sekolah ini mesti memakai uniform kokurikulum pada setiap hari Rabu.
POLA AYAT: FN+FK
31. Buah mangga ini masam
POLA AYAT: FN+FA
32. Seorang yang tegas , pengetua sekolah ini.
POLA AYAT: FN+ FA
33. Ke rumah nenek kami pada setiap hujung bulan.
POLA AYAT: FN+FS
34. Baju sutera itu (FN) untuk ibu (FS)
Jawaban = FN + FS
35. Kuda putih itu (FN) berlari pantas (FK)
Jawaban = FN + FK
36. Sekolah baharu itu (FN) sungguh cantik lanskapnya (FA)
Jawaban = FN + FA
37. Tun Abdul Razak (FN) Bapa Pembangunan Malaysia (FN)
Jawaban = FN + FN
38. Penduduk kampung (FN )akan bergotong-royong pada hujung minggu ini. (FK)
Jawaban = FN + FK
39. Encik Ramli (FN) guru mata pelajaran Bahasa Melayu di SMK Seri Murni (FN)
Jawaban = FN + FN

Modul Kelas Tambahan SPM 2016

40. Zainal insaf setelah peristiwa lemas di sungai.
Jawaban = FN + FK

Modul Kelas Tambahan SPM 2016

40. Zainal insaf setelah peristiwa lemas di sungai.
Jawaban = FN + FK


Click to View FlipBook Version