The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by farhanshahir17, 2021-06-29 03:58:24

E-FOLIO PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

MPU21032 (PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN)

Keywords: E FOLIO,MPU21032,PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA,ETIKA DAN PERADABAN,POLITEKNIK

E-FOLIO
PENGHAYATAN
ETIKA DAN PERADABAN
-MPU21032-

Ahli Kumpulan: NAMA PENSYARAH :

Farhan Shahir Aliff Bin Borhanudin Ibrahim Bin Abdullah

• 14DKA20F2008

Muhammad Zamir Bin Norman

• 14DKA20F2016

Muhammad Razeen Bin Mohd Nazry

• 14DKA20F2046

Muhammad Ainul Yaqin Bin Zubir

• 14DKA20F2003

Sejarah Pembentukan
Masyarakat Majmuk Di

Malaysia

Isi Kandungan: MUKA SURAT
m/s 1
PERKARA m/s 2
Objektif m/s 3
Pengenalan m/s 4
Jenis-Jenis Masyarakat Majmuk m/s 5
Konsep Masyarakat Majmuk
Ciri-ciri Masyarakat Majmuk m/s 6 - 10
Sejarah dan Latar Belakang m/s 11 - 14
Faktor Terbinanya Masyarakat Majmuk di Malaysia m/s 14 - 17
Agama dan Kepercayaan m/s 18 - 19
Rumusan & Rujukan

4

Objektif:

1. Dapat mengenal pasti masyarakat majmuk
yang terdapat di Malaysia.
2. Dapat mengetahui ciri-ciri masyarakat
majmuk.
3. Dapat mempelajari sejarah dan latar
belakang masyarakat majmuk.
4. Dapat mengetahui faktor yang
menyebabkan terbinanya masyarakat di
Malaysia.

5

Pengenalan:

Masyarakat :

▪ Masyarakat kumpulan manusia yang menetap bersama-sama di sesuatu tempat mengikut
▪ peraturan dan cara tertentu dan masyarakat ini juga terdiri dari beberapa kaum dan bangsa.

Majmuk terbentuk beberapa bahagian yang merupakan kesatuan atau dalam konteks
masyarakat yang terdiri dari beberapa kumpulan etnik.
Masyarakat majmuk :

▪ Satu kumpulan manusia yang terdiri pelbagai rumpun bangsa telah membentuk satu
kesatuan, khas dalam aspek politik, ekonomi dan sosial di sesuatu tempat bagi bentuk satu

▪ kumpulan yang bersatu-padu.
Masyarakat majmuk ialah masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai
budaya, agama, Bahasa, adat resam dan tumpuan kegiatan ekonomi yang tersendiri.

6

Masyarakat majmuk di malaysia:

Melayu Iban Cina Siam

India Sikh
Kadazan & Lain-lain

7

Konsep masyarakat majmuk

Menurut Furnivall (1939) sebuah masyarakat majmuk merupakan satu masyarakat
yang muncul akibat daripada dasar-dasar kolonial di mana penghijrahan penduduk
mengikut kehendak-kehendak sistem ekonominya. Ini telah mewujudkan kelompok-
kelompok yang berbagai ragam dalam satu unit politik. Furnivall menambah bahawa
kelompok-kelompok berbagai ragam dalam sebuah masyarakat majmuk itu “
bercampur tetapi tidak bergabung”. Setiap kelompok memegang kuat kepada
agama, kebudayaan, bahasa, idea-idea dan cara-cara kehidupan sendiri. Komuniti-
komuniti dalam masyarakat majmuk itu secara berdekatan, tetapi terpisah dalam
unit politik yang sama. Sistem pembahagian buruh dalam bidang ekonomi pula
adalah berasaskan ras di mana setiap ras dalam masyarakat itu mempunyai fungsi-
fungsi yang berlainan.

8

Ciri-ciri masyarakat majmuk:

1. Terdapat pelbagai jenis manusia seperti Eropah, Cina, India dan penduduk asli
(bumiputera).

2. Mereka bercampur tetapi tidak bersatu.
3. Mereka hidup berdekatan tetapi terpisah dalam sistem politik yang sama.
4. Masing-masing berpegang kepada kebudayaan, agama, Bahasa, idea dan

kaedah sendiri.

5. Mereka bertemu di pasaraya ketika membeli belah dan kemudiannya masing-
masing balik ke kelompok sendiri.

6. Dalam bidang pekerjaan, terdapat pembahagian tenaga buruh yang
berdasarkan kepada garis perkauman.

9

Sejarah & Latar
Belakang

Sejarah dan latar belakang

1. Sejarah awal penduduk Tanah Melayu mempunyai pertalian rapat
dengan penduduk asal negara ini, iaitu orang asli. Orang asli yang juga
dikenali sebagai orang melayu Proto memiliki ciri-ciri yang tidak jauh
bezanya dengan orang Melayu Moden. Kehadiran kaum-kaum lain seperti
etnik Cina dan India pula telah banyak mempengaruhi dan mengubah
sistem sosial masyarakat Tanah Melayu. Proses perubahan ini dapat dilihat
menerusi pembentukan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

11

Sejarah dan latar belakang

2. Oleh sebab Tanah Melayu terletak di lokasi yang strategik, iaitu di

tengah-tengah laluan perdagangan di antara Timur dan Barat, maka
Tanah Melayu menjadi tumpuan dan tempat persinggahan para pedagang
dari India, Cina, Eropah dan Arab. Bukti-bukti sejarah menunjukkan bahawa
kerajaan Melayu Tua seperti Kerajaan Kedah, Kerajaan Langkasuka dan
Kerajaan Gangga Negara telah menerima pengaruh Hindu-Buddha yang
dibawa oleh pedagang India.

12

Sejarah dan latar belakang

3. Keengganan orang Melayu untuk bekerjasama dan memberikan
bantuan dari segi perlombongan dan perladangan dengan British,
mengakibatkan kemasukan imigran serta buruh dari Cina dan India. Orang
Melayu kekal sebagai petani dan nelayan. Mereka juga membantah segala
arahan British. Orang Cina pula yang dilihat lebih rajin dan lebih berusaha
oleh pihak British. Walaupun begitu, British sedar bahawa orang Cina lebih
menyukai dan akur pada ketua dalam kalangan bangsa mereka sendiri
dan mereka juga gemar bergaduh serta memberontak pihak British.

13

Sejarah dan latar belakang

4. Dengan demikian, British melihat orang India boleh dijadikan sebagai
buruh dan pekerja ladang kerana mereka sanggup bekerja walaupun
dengan upah yang kecil. Kesan masyarakat majmuk ini perlu ditangani
dengan bijaksana agar perpaduan dan kesejahteraan negara boleh dicapai
secara berterusan.

14

Faktor Yang Menyebabkan
Terbinanya Masyarakat Di

Malaysia

Faktor yang menyebabkan
terbinanya masyarakat di malaysia

Masyarakat Melayu

Kedatangan orang melayu daripada Indonesia ke Tanah Melayu
disebabkan beberapa faktor:

1. Kemiskinan
2. Kestabilan politik dan pertumbuhan ekonomi di Tanah Melayu
3. Ciri-ciri penduduk Indonesia
4. Kestabilan politik di Indonesia

16

Faktor yang menyebabkan
terbinanya masyarakat di malaysia

Masyarakat Cina

Kedatangan orang Cina ke Tanah Melayu disebabkan beberapa faktor:

1. Kesukaran hidup di negeri China
2. Ketidakstabilan politik di kawasan selatan China
3. Pertumbuhan perusahaan bijih timah dan getah
4. Kestabilan politik di Tanah Melayu
5. Kemudahan untuk berhijrah
6. Ciri penduduk China

17

Faktor yang menyebabkan
terbinanya masyarakat di malaysia

Masyarakat India

Kedatangan orang India ke Tanah Melayu disebabkan beberapa faktor:

1. Kesukaran hidup di India
2. Pertumbuhan ekonomi yang pesat di Tanah Melayu
3. Galakan daripada kerajaan Inggeris

18

Agama Dan
Kepercayaan

Agama Dan Kepercayaan

Kaum Melayu

➢ Penduduk Melayu di Tanah Melayu amnya menganut agama Islam.
➢ Agama Islam dibawa masuk ke Tanah Melayu sejak abad ke-14 atau ke-15.
➢ Kesultanan Melayu Melaka memang terkenal sebagai pusat pemerintahan

yang berperanan penting dalam memastikan penyebaran dan pengekalan
agama Islam.
➢ Islam ialah agama Samawi yang terkandung dalam al-Quran, yang dianggap
penganutnya sebagai kalam Allah.
➢ Agama Islam ialah berkonsepkan kepercayaan kepada Tuhan yang satu.
➢ Al-Quran dijadikan sebagai asas perundangan yang utama bersama-sama
dengan nasihat daripada Nabi Muhammad (saw) sendiri serta hadis-hadis.

20

Agama Dan Kepercayaan

Kaum India

➢Agama Hindu mempunyai 5 keyakinan dan kepercayaan yang disebut dengan
Pancasradha. Pancasradha merupakan keyakinan dasar umat Hindu. Antara
keyakinan tersebut adalah:

1. Widhi Tattwa- Percaya kepada Tuhan yang Maha Esa dan segala aspeknya
2. Atma Tattwa- Percaya kepada adanya jiwa dalam setiap makhluk.
3. Karmaphala Tattwa- Percaya kepada adanya hukum sebab/akibat dalam setiap
perbuatan
4. Punarbhava Tattwa- Percaya dengan adanya proses kelahiran semula.
5. Moksa Tattwa- Percaya bahawa kebahagiaan tertinggi merupakan tujuan akhir
manusia.

21

➢ Masyarakat Hindu percaya kepada banyak Tuhan. Antaranya, masyarakat Hindu
mempercayai Tuhan Ibu adalah sifat keibubapaan kepada segala makhluk.

➢ Tuhan ini dianggap bersifat ibu kerana kasih ibu dianggap paling suci dan tidak akan
mengecewakan anaknya. Amalan ini dipercayai telah diwarisi daripada kebudayaan
masa lampau.

➢ Terdapat 2 mazhab penting dalam agama Hindu iaitu Saivanisme dan Vaishnavisme.

Saivanisme: Menyembah dewa Shiva.
Vaishnavisme: Kepercayaan kepada dewa Vishnu.

➢ Dewa Shiva adalah dewa pelebur. Dia bertugas melebur segala sesuatu yang sudah
using dan tidak layak berada di dunia fana lagi sehingga harus dikembalikan kepada
asalnya.

➢ Dewa Vishnu pula bertanggungjawab dalam pemeliharaan alam semesta.

22

Rumusan

+ Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu memahami dan mempelajari serta
mengetahui hakikat kewujudan setiap kaum di negara ini tolak ansur
antara kaum demi perpaduan. Perpaduan ini amat penting bagi
sesebuah negara untuk membentuk negara yang maju dan pesat
membangun. Keamanan juga dapat dikekalkan apabila semangat
perpaduan diamalkan di Malaysia . Setiap kaum perlu bersama
membangunkan negara pada masa ini dan masa akan datang bagi
menjadikan peristiwa lalu sebagai pengajaran untuk membentuk
negara bangsa Malaysia yang mantap

23

Rujukan

❑Buku Penghayatan Etika Dan Peradaban (EDISI POLITEKNIK)
❑ http://pmbab5.blogspot.com/2015/10/e-folio-pengajian-malaysia.html
❑ http://dee1akemasyarakatandanperpaduan.blogspot.com
❑ https://www.academia.edu/32671012/sejarahpembentukanmasyarakatmajmukdimalaysia
❑BLOG KAMI

https://anyflip.com/dayrg/oeff/

24


Click to View FlipBook Version