The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Anna As, 2022-05-24 05:18:51

E-Folio Tragedi 13 Mei

E-Folio Tragedi 13 Mei

MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

E-FOLIO

TAJUK TUGASAN
TRAGEDI DI 13 MEI: PUNCA DAN PENGAJARAN

NAMA PENSYARAH
ENCIK MOHD NORFAEEZWAN BIN BUANG

NAMA PELAJAR NO. PENDAFTARAN PROGRAM
ANDRIANA BINTI ANIS 20DKM19F2019 DKM5A
NOORSARAFINA BINTI MOHAMAD AFENDI 20DKM19F2002 DKM5A

SESI II 2021/2022

PENGHARGAAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pertama sekali, kami ingin mengucap syukur alhamdulillah atas keizinan-Nya kerana kami berjaya
menyiapkan tugasan E-Folio yang bertajuk Tragedi di 13 Mei: Punca dan Pengajaran. Kami juga
ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pensyarah kami iaitu Encik
Mohd Norfaeezwan bin Buang kerana banyak memberi tunjuk ajar dan teguran kepada kami untuk
menghasilkan E-Folio ini.
Tidak lupa juga ucapan penghargaan untuk ahli kumpulan kerana telah memberi komitmen dan
kerjasama yang baik sepanjang tempoh dalam menyiapkan E-Folio ini. Selain itu, kami ingin
mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan dan juga keluarga yang sama ada secara langsung
atau tidak langsung dalam menjayakan E-Folio ini.
Akhir kata, kami ingin memohon maaf seandainya terdapat kekurangan di dalam E-Folio kami ini
dan kami berharap agar semua pembaca mendapat mesej yang ingin kami sampaikan menerusi E-
Folio ini.
Sekian, terima kasih.

OBJEKTIF

1) Mengenal pasti punca-punca terjadinya Tragedi 13 Mei.
2) Menyatakan kesan akibat terjadinya Tragedi 13 Mei.
3) Menyenaraikan cara-cara untuk mengatasi cabaran selepas peristiwa tersebut.

PENGENALAN

Pengenalan kepada tragedi 13 Mei 1969 merupakan satu tragedi berdarah yang telah banyak meninggalkan
kesan terhadap politik, ekonomi dan sosial masyarakat Malaysia. Tragedi 13 Mei terjadi akibat daripada
peristiwa yang telah berlaku sebelum itu dan tragedi ini telah mengakibatkan kehilangan banyak nyawa serta
kerosakan harta benda. Malah tragedi ini juga mempunyai kaitan rapat dengan Pilihan Raya Umum 1969 yang
merupakan satu sejarah dalam negara Malaysia.

Isu-isu perkauman yang menyentuh emosi dan sentimen menjadi tema utama sepanjang kempen pilihanraya
yang telah menaikkan semangat kaum-kaum di Malaysia. Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon
pilihan raya serta ahli-ahli politik terutamanya daripada parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal
sensitif berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu
(Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan
syak wasangka.

Parti Perikatan (UMNO-MCA-MIC) telah mengalami kekalahan yang teruk dalam Pilihan Raya 1969. Jumlah
kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964
kepada 66 kerusi pada tahun 1969. Parti Perikatan telah hilang majoriti dua-pertiga dalam Dewan Rakyat. Parti
Gerakan, DAP dan PPP (kesemua 3 parti tersebut dimonopoli oleh bangsa Cina) menang 25 buah kerusi dalam
Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi. Sebab terjadinya Peristiwa 13 Mei 1969 adalah perarakan
kemenangan parti-parti yang ditunjangi oleh kaum Cina. Penyokong-penyokong Parti Gerakan dan DAP (kedua-
dua parti ini ditunjangi oleh kaum Cina) telah mengutuk dan menghina orang-orang Melayu semasa
mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur.

PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA TRAGEDI 13 MEI

Ini ialah punca-punca yang menyebabkan terjadinya Tragedi 13 Mei 1969 yang melibatkan
rusuhan kaum paling tragis dalam sejarah negara ini iaitu antara orang Melayu dan orang Cina.
Antara punca-punca tragedi berdarah tersebut berlaku ialah:

1. Layanan berat sebelah oleh tentera Jepun

Masyarakat di Tanah Melayu telah dilayan secara berbeza-
beza semasa pendudukan zaman Jepun. Masyarakat Cina
telah dilayan dengan begitu teruk oleh tentera Jepun
berbanding dengan masyarakat Melayu. Hal ini
disebabkan Jepun pernah berperang dengan China dan
menyebabkan perasaan saling mendendami antara satu
sama lain masih segar di ingatan. Oleh kerana layanan
berat sebelah ini telah menyemaikan perasaan permusuhan
antara orang-orang Melayu dan Cina.

2. Perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang
Melayu

People Action Party (PAP) telah lantang menyuarakan rasa
tidak puas hati terhadap hak istimewa orang Melayu dalam
perlembagaan. Mereka mendakwa hak kaum-kaum lain telah
diketepikan kononnya telah tersisih daripada keadilan. Oleh
sebab itu, isu sebenar yang mencetuskan tragedi 13 Mei
adalah kerana perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa
orang-orang Melayu. Namun hakikat yang nyata, kedudukan
taraf ekonomi orang Melayu adalah ke bawah berbanding
dengan kaum Cina.

3. Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara

Isu bahasa juga menyumbangkan punca kepada Tragedi 13
Mei. Berikutan pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu
1957, sebuah perlembagaan Persekutuan telah dibentuk yang
menyatakan dengan jelas tentang kedudukan bahasa Melayu
dan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi negara. Kerajaan
mengkaji semula kedudukan bahasa Inggeris selepas sepuluh
tahun merdeka dengan bertujuan untuk menggugurkannya
daripada status bahasa rasmi dan bahasa Melayu sahaja
diiktiraf sebagai bahasa rasmi negara. Untuk mencapai tujuan
itu, pada 31 Ogos 1967, kerajaan telah mengadakan pelbagai
kegiatan untuk memperluaskan penggunaan bahasa Melayu.

4. Latar belakang pendidikan yang berbeza

Latar belakang pendidikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca yang membawa kepada
meletusnya peristiwa 13 Mei. Hal ini berlaku apabila sistem pendidikan yang wujud di Tanah Melayu
sebelum merdeka terbahagi kepada empat aliran mengikut kaum iaitu sekolah Melayu, Cina, India
dan Inggeris. Sekolah Melayu menekankan kemahiran menulis, membaca dan mengira sekadar
keperluan peringkat rendah sahaja. Manakala kurikulum sekolah Cina dan India pula masing- masing
berkiblatkan negeri asal mereka, malah buku-buku teks dan guru-guru yang mengajar juga telah
dibawa dari negara China dan India. Sekolah Inggeris pula hanya dapat dinikmati oleh orang-orang
Cina dan India yang tinggal di bandar-bandar sahaja.

5. Dasar pecah dan perintah penjajah Inggeris

Dasar pecah dan perintah yang diamalkan oleh penjajah
Inggeris menyebabkan wujudnya jurang antara kaum
sama ada dari sudut ekonomi dan juga polarisasi kaum.
Umpamanya orang-orang Cina tinggal di bandar-bandar
menjalankan perniagaan dan juga di kawasan-kawasan
lombong sebagai pelombong dan merekalah sebenarnya
memiliki aset yang tinggi dalam ekonomi masyarakat
Malaysia. Sementara orang-orang Melayu tinggal di luar
bandar sebagai petani atau nelayan kecil. Kaum India
kebanyakkan pula bekerja sebagai buruh kasar kerajaan
dan pekerja di ladang. Ini menyebabkan jurang
pendapatan berbeza antara kaum dan menimbulkan rasa
tidak puas hati serta persaingan ekonomi yang tidak sihat.
Ketidakseimbangan ini menyebabkan setiap kaum saling
cemburu antara satu sama lain.

KESAN-KESAN SELEPAS TRAGEDI 13 MEI

1. Kesan politik zaman Inggeris

Kesan politik zaman Inggeris ini telah menyebabkan sistem masyarakat negara ini yang asalnya
sangat taat dan hidup di bawah pemerintahan raja dan sultan telah mengalami satu perubahan yang
drastik. Kuasaan raja serta sultan Melayu telah dihadkan kepada hanya menjadi lambang kepada
sesebuah negeri atau negara. Penjajah Inggeris ini telah menerapkan sistem residen di Negeri-Negeri
Melayu Bersekutu dan kemudiannya diikuti pula dengan sistem penasihat British di Negeri-Negeri
Melayu Tidak Bersekutu. Dengan adanya sistem yang berbeza antara negeri, pemerintah percaya
bahawa setiap negeri tidak akan bersatu untuk menentang mereka kerana tiada persefahaman.

2. Perubahan dalam sistem ekonomi tradisional

Sistem ekonomi tradisional yang dimaksudkan adalah seperti sistem yang berasaskan sara diri,
penanaman padi, penangkapan ikan, dan penternakan ladang. Sistem ini mengalami perubahan
disebabkan penjajah Inggeris telah menjalankan dasar ekonomi kolonialismenya dengan menjadikan
sistem ekonomi yang wujud bermatlamatkan keuntungan semata-mata. Dalam perlaksanaan dasar
ekonomi, British secara langsung dan tidak langsung telah mengasingkan kaum-kaum utama di
Tanah Melayu iaitu orang-orang Cina, India dan Melayu mengikut kegiatan ekonomi masing-masing.
Perkara ini telah menyebabkan kaum-kaum Melayu, Cina dan India tidak dapat mempelajari untuk
memahami satu sama lain. Mereka juga tidak dapat berinteraksi dengan baik dan menyebabkan
kesukaran untuk mewujudkan perpaduan kaum.

3. Pendidikan yang tidak teratur

Pendidikan di negara kita yang seakan-akan ikut telunjuk masing-masing dan ini tidak disukai oleh
sesetengah individu. Hal ini menyebabkan banyak suara yang inginkan keadilan daripada kerajaan
supaya menyamaratakan sistem. Ini juga menyebabkan ramai yang tidak bersependapat dan ada di
antara kalangan anak-anak mereka yang tidak bernasib baik mendapat pendidikan kerana masalah
pertelingkahan ini.

4. Kehilangan nyawa dan harta benda

Kesan tragedi 13 Mei ini tidak menghasilkan sebarang
faedah sebaliknya berlaku perpecahan dan perbalahan
antara kaum Melayu dan kaum Cina yang
mengakibatkan kerosakan harta benda yang besar malah
yang paling malang sekali ialah nyawa yang turut
terkorban akibat kejadian seperti ini. Hal ini
meninggalkan kesan dan pengajaran yang pahit dan
getir kepada saudara-mara dan kaum keluarga yang
terlibat.

5. Perintah berkurung

Kerajaan terpaksa mengeluarkan perintah berkurung
selepas berlakunya peristiwa 13 Mei ini disebabkan oleh
kekacauan dan pecah belah antara kaum. Ini bertujuan
untuk mengawal keselamatan rakyat dan mengembalikan
kestabilan negara ketika itu. Ini membawa kesan yang
buruk terhadap suasana persekitaran dan pergaulan yang
kurang harmoni antara kaum kerana ianya menyekat
aktiviti yang bebas untuk mencari punca pendapatan
seperti menjalankan perniagaan, susah berinteraksi dan
saling berhubungan.

CARA-CARA MENGATASI TRAGEDI 13 MEI
DARIPADA BERULANG KEMBALI

1. Memperkenalkan Rukun Negara

Untuk mengatasi Tragedi 13 Mei daripada berulang kembali, kerajaan telah memperkenalkan Rukun
Negara untuk memupuk muafakat dalam kalangan masyarakat Malaysia yang diduduki oleh pelbagai
etnik. Ini bertujuan untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan masyarakat secara
keseluruhannya disamping mencipta sesebuah komuniti yang tidak berat sebelah supaya
kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama.

2. Mewujudkan Dasar Pendidikan Kebangsaan

Dasar Pendidikan Kebangsaan termaktub dalam Akta Pelajaran 1961 yang diasaskan daripada
Laporan Razak 1956 serta Laporan Rahman Talib 1960. Ini adalah untuk melahirkan satu masyarakat
yang bersatu padu selaras dengan usaha kerajaan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan etnik.
Selain itu, kerajaan telah menyelaraskan penggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa penghantar di
sekolah dan institusi pengajian tinggi. Kegiatan kokurikulum juga dilaksanakan sementara sukatan
pelajaran yang seragam kandungannya disediakan untuk semua sekolah di Malaysia.

3. Memperkenalkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan

Kerajaan juga memperkenalkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan supaya dapat memupuk perpaduan
menerusi satu gaya hidup dan nilai-nilai yang dipersetujui dan dihayati bersama oleh semua kaum.
Selain itu, hal ini dapat mewujudkan satu identiti negara yang dapat dikenali oleh negara-negara luar.
Tambahan pula, Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan Dasar Kebudayaan Kebangsaan.

4. Perpaduan Nasional

Kerajaan juga mengadakan dasar perpaduan antara kaum dan masyarakat sekeliling untuk dijadikan
panduan dan pegangan masyarakat yang berbilang kaum bagi menjalankan hidup secara aman dan
sentiasa bersifat berbaik sangka antara satu sama lain. Kesedaran ini penting di kalangan rakyat
bahawa perlunya sikap saling hormat-menghormati, bertolak-ansur, bertoleransi dan menjauhi sifat-
sifat yang terkeji seperti berdengki , beriri hati dan menanam sifat curiga di antara kaum.

5. Perbaiki hubungan antara kaum

Masyarakat Malaysia perlu memperbaiki hubungan antara kaum dengan muhasabah diri untuk semua
pihak demi memikirkan sejauh mana hubungan antara kita sebelum dan masa depan. Seperti yang
telah dikatakan, semua pihak mesti saling menghormati dan mempercayai antara satu sama lain.
Tidak mustahil ada pihak yang akan memanfaatkan kelemahan kita sekiranya hubungan antara kaum
tidak wujud.

CONTOH ISU CABARAN YANG BERLAKU DI
MALAYSIA



KESIMPULAN

Peristiwa pahit 13 Mei 1969 bukan sahaja dicatat sebagai sejarah pertelingkahan kaum yang
menggariskan sempadan-sempadan yang harus diteliti dan dipelihara oleh semua pihak, malah ia
turut memaparkan rahsia-rahsia pembinaan negarabangsa yang mencakupi bidang-bidang politik,
sosial dan ekonomi serta betapa pentingnya integrasi nasional. Oleh itu, pentingnya untuk kita hidup
bersatu padu untuk menguatkan lagi perpaduan antara kaum agar negara kita tidak terlihat lemah oleh
negara lain apabila melihat masyarakat saling hormat-menghormati dan hidup dalam keadaan aman
sejahtera tidak mengira kaum. Semoga masyarakat Malaysia mengambil pengajaran dan iktibar dari
peristiwa ini dan diharapkan agar peristiwa seperti ini tidak lagi berulang di Malaysia.

AKTIVITI PENGUKUHAN

1. Nyatakan punca-punca yang menyebabkan tercetusnya tragedi 13 Mei 1969 ?

2. Pada pendapat anda, bagaimana cara untuk memupuk masyarakat Malaysia supaya hidup dalam
bersatu-padu dan harmoni ?

RUJUKAN

1. Buku
➢ Comber, L. (2007). Peristiwa 13 Mei: Sejarah Perhubungan Melayu-Cina. IBS Buku Sdn. Bhd.

2. Internet
➢ Muhammad Amirul Aiman, (2021), Punca Dan Pengajaran Tragedi 13 Mei 1969.

(https://anyflip.com/tzeoq/vpve/basic)
➢ Ammar Syafiq, (2016), Tragedi 13 Mei 1969. (http://my13mei.blogspot.com/p/punca.html)
➢ Nor Azlah Sham Rambely, Mohamed Ali Haniffa, (2018), Dinamika Pembentukan Komuniti

dalam Sejarah Malaysia: Pelajaran dari Peristiwa 13 Mei 1969.
(http://conference.kuis.edu.my/pasak3/images/eprosiding1/PASAK3_1125.pdf)
➢ M Fakhrull Halim, (2019), Kenangan 13 Mei: Dari rumah Datuk Harun ke Chow Kit.
(https://www.malaysiakini.com/news/476021)

LAMPIRAN







SINOPSIS

Peristiwa rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969 merupakan peristiwa hitam dalam sejarah
Malaysia. Pada waktu ini, semangat perkauman amat kuat berlaku dalam kalangan orang Melayu dan
juga Cina di Tanah Melayu. Parti-parti politik seperti MCA, MIC, PAS, GERAKAN dan Parti Buruh
dan lain-lainnya menyuburkan perasaan perkauman kerana tujuannya semata-mata menarik populariti
seseorang pemimpin. Kebanyakan parti pada masa itu ditubuhkan pada dasar perkauman ataupun
keagamaan. Parti yang terbuka kepada semua kaum boleh dikatakan tidak akan mendapat sambutan
sebagaimana Parti IMP oleh Dato’ Onn. Walaupun Parti Gerakan pada asalnya namun hakikatnya
parti ini dikuasai oleh orang-orang Cina.


Click to View FlipBook Version