INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG
96509 BINTANGOR, SARAWAK
PENTAKSIRAN BERTERUSAN 3
Nama VIVINE ANAK GENDAL
Angka Giliran 20221032310074
No. K.P. : 030728130041
Kumpulan : PPISMP
Kod Kursus : GISC1082
Nama Kursus : ISU SEMASA DAN CABARAN MASA DEPAN
Nama Pensyarah : Dr. Roziah Binti Mohamad Ali
Tarikh Hantar : 18 April 2022
Tandatangan Pemeriksa :
Nama Pemeriksa : Dr. Roziah binti Mohamad Ali
Tarikh Pemeriksaan :
Pengesahan Maklum Balas Kerja Kursus
Saya mengesahkan bahawa maklum
balas yang diberikan oleh pensyarah
telah saya rujuk dan fahami.
...............................................
Tandatangan Pelajar
Tarikh: ... .......
SENARAI KANDUNGAN MUKA SURAT
1
BIL. PERKARA 1-2
1.0 PENGENALAN 2-3
2.0 CABARAN REVOLUSI INDUSTRI 4.0 3
3.0 RISIKO REVOLUSI 4.0
4.0 KESIMPULAN
RUJUKAN
i
1.0 PENGENALAN
Pada zaman ini, semua perkara perlu dilakukan dengan pantas. Perpindahan data dan
maklumat dari satu tempat ke satu tempat dapat dilakukan dengan pantas kurang
daripada sesaat. Jika sebelum ini perpindahan maklumat hanya berlaku antyara
peranti teknologi dalam komunikasi, sekarang perpindahan maklumat dan data boleh
dilakukan dari satu mesin ke satu mesin. Istilah ini sesuai dipanggil sebagai M2M
( Machine to Machine ). Dalam proses peralihan industry ini, ada istilah khas yang
telah dicipta, iaitu Smart Factory. dalam pelbagai situasi yang dilalui, sistem industry
ini lebih bersifat efisien dan fleksibel. Revolusi Industri 4.0 telah meninggalkan banyak
impak kepada negara dalam pelbagai sektor dan aspek terutamanya pada aspek
pertumbuhan produktiviti dan penekanan dalam sektor pembuatan dan begitu juga
dengan sektor yang lain terdapat di negara ini. Menurut Badrulhisyam, 2019; Yaacob,
2021, media pada zaman kini lebih menunjukkan tentang kelebihan revolusi dan kesan
baik revolusi sahaja, tetapi sisi yang kurang baik tidak dipamerkan.
2.0 CABARAN REVOLUSI INDUSTRI 4.0
2.1 KOS YANG TINGGI
Dalam zaman revolusi industry 4.0 ini sudah semestinya banyak
menggunakan alatan teknologi yang canggih. Tambahan pula, teknologi kini sering
mengalami perubahan dari semasa ke semasa. Sebagai contoh, hari ini sebuah robot
baharu telah dicipta, keesokan harinya terhasil lagi sebuah robot baru. Dalam
perubahan ini, sudah semestinya ada penambahbaikan yang ingin diterapkan dalam
teknologi tersebut dana alatan teknologi yang digunkan perlulah relevan dengan
keperluan semasa dalam sektor pembuatan, terutamanya. Untuk menguasai
penggunaan alatan teknologi ini pula, orang ramai yang terlibat dalam sector
pembuatan ini perlu menghadiri kursus untuk mengendalikan mesin yang berteknologi
tinggi ini. Dengan hanya menghadiri kursusu tang bagaimana untuk mengendalikan
mesin yang berteknologi tinggi sudah pun menggunakan kos kerana dalam kursuss
tersebut mereka perlu belajar untuk menyesuaikan diri dengan teknologi yang
mengalami perubahan pada setiap masa. Penggunaan alatan teknologi yang lain
seperti komputer, mesin dan lain-lain memerlukan penyelenggaraan jika mengalami
kerosakkan. Penyelenggaraan juga akan memakan kos yang sangat tinggi, malah
i
boleh mencecah harga asal mesin yang baru dibeli. Jadi, dalam sesebuah organisasi
kerja, contohnya dalam sebuah syarikat yang merupakan terlibat dengan sector
pembuatan dan penghasilan produk, sudah pasti syarikat tersebut akan mengalami
masalah dari segi kewangan. Pembaharuan mesin ini akan menelan belanja yang
besar dan akan menjejaskan kewangan dalam sesebuah syarikat (Jamhari, 2020;,
Kadir, 2019).
2.2 TERHAD DARI SEGI TENAGA KERJA MAHIR
Tenaga kerja yang bekerja dalam bidang ini sangat ditagih kemahiran
dan kemampuan mereka dalam bekerja menggunakan digital dan komputer.
Jika sebelum ini para pekerja bekerja dengan menggunakan kemahiran yang
bukan dari segi kemahiran berkomputer, ini akan mengambil masa yang lama
untuk mereka mempelajari apa isi kandungan yang perlu mereka kuasai dalam
bidang pengkomputeran ini. Masalah ini bukan sahaja dapat kita saksikan di
dalam sebuah negara yang sedang membangu seperti negara kita, malah, di
negara-negara yang telah maju juga masih ramai lagi tenaga kerja yang masih
menghadapi masalah dalam penguasaan kemahiran menggunakan teknologi
pengkomputeran. Aspek teknologi yang lebih ditekankan dalam revolusi lindutri
ini adalah usaha dalam menggantikan tenaga kerja manusia yang akan diganti
kepada robot sepenuhnya. Kemahiran dalam penguasaan dalam bidang digital
amat ditagih dalam menjalankan tugas dalam era revolusi industry ini kerana
ini dapat menjamin hasil kerja yang baik. Selain daripada itu juga, kos bayaran
kepada para buruh juga meningkat kerana mereka akan dibayar mengikut
tahap kemahiran mereka dalam penguasaan teknologi.
3.0 RISIKO REVOLUSI INDUSTRI 4.0
3.1 KADAR PENGANGGURAN MENINGKAT
Isu pengangguran bukanlah masalah yang asing dalam negara ini,
malah ianya sering disebut dalam televisyen, ditulis dalam akhbar setiap hari. Sebelum
revolusi diperkenalkan, masih bnayak lagi peluang pekerjaan yang masih
menggunaka khidmat mesin dalam menjalankan kerja. Pelaksanaan revolusi 4.0 ini
menerapkan penggunaan teknologi dalam menjalankan kerja mereka, jadi sudah pasti
i
mesin yang digunakan dalam menyelesaikan tugas dengan lebih sistematik dan
teratur. Sebagai contoh, banyak robot yang telah dicipta yang boleh mengambil alih
tugas manusia dalam pekerjaan. Ini sangat mudah untuk dipelajari oleh semua orang.
Namun, satu elemen yang belum dikupas di sebalik keberkesanan revolusi ini iaitu,
kadar pengangguran yang meningkat.. Penggunaan tenaga kerja manusia akan
dikurangkan dan lebih menggunakan mesin yang boleh mengambil alih tugas
manusia. Namun, sesebuah syarikat juga akan berasa untuk kerana tidak perlu
membayar gaji pekerja mereka. Akan tetapi, mereka perlu mengeluarkan kos yang
tinggi untuk membeli mesin teknologi bagi menggantikan peranan manusia. Isu
pengangguran ini pula akan menimbulkan satu isu lain dalam kalangan masyarakat.
Sebagai contoh, apabila kadar pengangguran meningkat, kadar kemiskinan juga akan
semakin meningkat. Sumber kewangan yang tidak stabil akan menyebabkan kita
rimas dengan semua ini kerana berasa bersalah.
3.2 MENGANCAM KESELAMATAN SIBER
Banyak impak yang positif kita dapat saksikan rentetan daripada
revolusi industri ini, akan tetapi ianya juga tetap akan meninggalkan kesan negative
kepada negara terutamanya dari segi keselamatan siber. Jenayah siber pada masa
kini semakin membimbangkan peningkatannya kerana kita hidup pada zaman digital
dan penggunaan teknologi digunakan secara meluas di seluruh dunia. Konsep Internet
of Things ini dapat membantu orang ramai dalam menggunakan internet dalam
menyelesaikan tugas terutamanya dalam sektor perindustrian yang menghasilkan
produk. Keselamatan siber amatlah penting, oleh itu hal ini perlu diambil kira bagi
memastikan segala data peribadi, data syarikat, malah data berkaitan dengan negara
akan digodam oleh orang luar dengan mudah jika kita tidak mengambil berat mengenai
isu ini. Kebocoran data dan maklumat peribadi boleh berlaku sekiranya kelalaian
dalam mengendalikan sesuatu maklumat dan maklumat itu akan mudah sampai
kepada penggodam.
4.0 PENUTUP
Banyak manfaat yang dapat kita peroleh selepas revolusi indusri ini
diperkenalkan. Namun, akan ada banyak cabaran dan risiko yang perlu dihadapi
dalam memastiak revolusi industri mencapai objektifnya. Sebelum sesebuah negara
i
ingin melakukan perubahan dalam industry, banyak perkara yang perlu
dipertimbangkan. Seperti yang telah dinyatakan dia atas tadi, peningkatan kadar
pengangguran dan kadar kemiskinan. Hal ini akan banyak memberikan kesan kepada
negara. Terutamanya kepada rakyat sendiri.
RUJUKAN
Badrulhisyam, A.,Mat Johar, M. H.,& A. Rashid, T. (2019). MENDEPANI CABARAN
REVOLUSI INDUSTRI 4.0 (IR 4.0) DALAM KONTEKS MAHASISWA:
ANALISIS MENURUT PERSPEKTIF ISLAM. Jurnal Ilmi, 9.
https://journal.kuim.edu.my/index.php/JILMI/article/view/620
Jamhari, A. A., Abd Razak, S. H., Karim Mohamad, N. A., & Mohd Ishar, M. I. (2020,
October). Persediaan Rakyat Malaysia Dalam Merealisasikan Matlamat
Revolusi Industri 4.0. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities
(MJSSH), 5(10).
https://msocialsciences.com/index.php/mjssh/article/view/510
Kadir, N. A. (2019, February). Kesan Negatif Teknologi.
http://dx.doi.org/10.13140/RG.2.2.17035.54560
Yaacob, M., Che Harun, C. S., Mohd Hanapi, R., Othman, M. Y., Samian, A. L.,
Samuri, M. A. A., Mastor, K. A., Tamuri, A. H., & Abdullah, M. F. R. (2021).
ISU REVOLUSI INDUSTRI 4.0: PERUBAHAN NILAI MASYARAKAT DAN
CABARAN. http://conference.kuis.edu.my/icomm/8th/images/021-057.pdf
i