The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by vivine22-150, 2024-04-01 02:45:03

ISTIADAT RASMI PENGAKAP

buku log pengakap (1)

HORMAT PENGAKAP Hormat Pengakap diberikan di dalam keadaan berikut: 1. Semasa menemui pengakap lain samada dalam dan luar negeri sebagaitanda persaudaraan dan penghormatan. 2. Semasa menemui pemimpin, penolong pemimpin pengkap dan ketua patrol. 3. Semasa di dalam istiadat –istiadat menerima anugerah, sijil dan sebagainya. 4. Setelah selesai menaikkan benderaMalaysia, bendera negeri dan bendera pengakap. Cara hormat pengakap dilakukan adalah dengan membuatisyarat Pengakap dan dirapatkan hampir dengan kening mata kanan. ISTIADAT PENGAKAP


ISYARAT PENGAKAP ♦Menandakan suatu isyarat Pengakapdalam unit anda sebagai seorang Pengakap di seluruh dunia. ♦Suatu Pengakap dalam berkomunikasi pada masa dahulu hingga kini. ♦Satu cara untuk ahli mengenali antara satu sama lain dalam suatu aktiviti yang tersendiri. CaraMenunjukkan Isyarat Pengakap: ♦Menekan jari kelingking dengan ibu jaritangan kanan ♦Kemudian angkattangan kanan rapat ke badan ♦Tapak tangan menghadap kehadapan dengan tiga jari ditengah lurus ke atas ISTIADAT PENGAKAP


Makna Isyarat Pengakap: Tiga jari lurus ke atas memberimakna tiga bahagian: ♦Persetiaan Pengakap iaitu: I. Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara, II. menolong orang pada setiap masa, lll. menurut undang-undang Pengakap. ♦Ibu jari menekan jari kelingking,merupakan semua Pengakap bersatu dalam ikatan persehabatan dan sebagai ingatan yang kuat mesti menolong yang lemah. ISTIADAT PENGAKAP


ISTIADAT LAUNGAN AGUNG Istiadat Laung Agung adalah tradisi dalam Istiadat PKK dan telah digunakan di seluruh dunia. Iadilakukan oleh PKK untuk menunjukkan bahawa mereka telah membuat "Sehabis Baik". Kata penghargaan itu ditujukan khas kepada pemimpin PKK atau Akela. Laung Agung hendaklahdiadakan pada setiap awal dan akhir perjumpaan PEK ISTIADAT PENGAKAP


TUJUAN PELAKSANAAN LAUNGAN AGUNG: 1. Menandakan permulaan atau tamat sesuatu perjumpaan 2. Mengingati tradisi atau istiadat bagi PKK di seluruh dunia 3. Untuk menghormatitetamu yang datang ke PEK 4. Melahirkan semangat setiakawan, perpaduan serta membina disiplin 5. Menyatakan bahawa PKK membuat "Sehabis Baik" ISTIADAT PENGAKAP


CARA PELAKSANAAN: Akela berdiri di hadapan bendera dan berteriak " PEK "(1 kali – kuat & nyaring). Semua PKK berdiri diam dalam keadaan sedia 1. 2. Akela berteriak "PEK, PEK, PEK" dan melipattangan paras bahu sebagai isyarat kepada PKK membuat bulatan kecil bahu ke bahu mengeliling Akela 2. 3. PKK menjawab " P...E...K..."(5 harkat) dan berlari anak mengelilingi Akela dengan membuat bulatan kecil bahu ke bahu. 3. 4. Akela depakan tangan sebagai isyarat kepada PKK membuat bulatan besar mengikut sekawan mengelilingi Akela sambil berpegangan tangan. 5. Apabila bulatan telah berada dalam keadaan sempurna, Akela turunkan tangan dan PKK menjatuhkan tangan mereka ISTIADAT PENGAKAP


6. Akela angkat tangan depa dari bawah ke paras bahu dan PKK mengangkat tumit. Akela merapatkan tangan ke peha dan secara serentak PKK mencangkung dengan kedua-dua peha rapat ke hadapan dan tangan di sisi kedua-dua belah peha dengan hujung lima jari mencecah ke tanah sambil kepala memandang ke hadapan dan terus berkata serentak " A K E L A " KITA BUAT HABIS BAIK. Pada penghabisan perkataan BAIK, PKK sudah bangun tegak dalam keadaan sedia. 7. Petugas (Ketua Sekawan Bertugas) memberi hormat kepada Akela dan mencabar"KAMU BUAT HABIS BAIK?" 8. PKK memberi hormat kepada Akela dan terus menjawab "KAMI BUAT HABIS BAIK" 9. Akela membalas hormat dalam keadaan sedia (tidak berpusing). PKK tidak jatuhkan tangan mereka sehingga Akela menjatuhkan tangannya. ISTIADAT PENGAKAP


ISTIADATMENGIBARKAN BENDERA: Semua pemimpin berbaris mengikut kekanaan 3 langkah di belakang tiang bendera 1. 2. Pemimpin bertugas berdiri 3 langkah ke kiri dan selangkah di hadapan kiritiang bendera 3. Ahli Pengakap membuat bentuk ladam kuda dan dalam keadaan sedia. 4. Pemimpin bertugas akan memberi hukuman “sedia” kepada ahli pengakap. 5. Pemimpin bertugas mengadap pemimpin kanan memohon kebenaran untuk menjalankan istiadat ISTIADAT PENGAKAP


6. Selepas mendapat kebenaran, pemimpin bertugas kembali ke tempat asalnya dan akan menyebut perkataan “bendera” , 7. Pengakap bertugas bergerak 1 langkah ke hadapan dan berkawad menuju tiang bendera dan berhenti di hadapan tiang bendera. 8. Pengakap bertugas menarik tali bendera dengan tangan kanan. 9. Pengakap bertugas bergerak 1 langkah ke belakang dan memberi hormat kepada bendera (dalam kiraan 3 saat) diikuti oleh semua pemimpin serta pengakap lain . 10. Selesai memberi hormat, pengakap bertugas kembali ke tempat asalnya. ISTIADAT PENGAKAP


11. Pemimpin bertugas akan menyebut perkataan “Negaraku” , semua ahli pengakap menyanyi lagu Negaraku diikuti lagu 'PengakapMalaysia' , Persetiaan Pengakap dan doa berturutan. 12. Pemimpin bertugas sekali lagi mengadap pemimpin kanan untuk menjemputnya menyampaikan ucapan ringkas. 13. Selepas mendapat persetujuan, pemimpin bertugas kembali ke tempat asalnya dan mengarahkan ahli pengakap untuk 'senang diri'. 14. Selepas selesai ucapan pemimpin kanan, pemimpin bertugas akan memberi hukuman “sedia” kepada ahli pengakap. ISTIADAT PENGAKAP


Pemimpin bertugas sekali lagi mengadap pemimpin kanan untuk memohon kebenaran untuk menjalankan tugasan lain. 16. Selepas mendapat kebenaran, pemimpin bertugas kembali ke tempat asalnya. 17. Pemimpin kanan memberi arahan keluar baris kepada semua pemimpin. 18. Pemimpin bertugas memberi arahan keluar baris kepada semua ahli.. ISTIADAT PENGAKAP


ISTIADATMENURUNKAN BENDERA: 1. Semua pemimpin berbaris mengikut kekanaan 3 langkah di belakang tiang bendera 2. Pemimpin bertugas berdiri 3 langkah ke kiri dan selangkah di hadapan kiritiang bendera 3. Ahli Pengakap membuat bentuk ladam kuda dan dalam keadaan sedia. 4. Pemimpin bertugas akan memberi hukuman “sedia” kepada ahli pengakap. 5. Pemimpin bertugas mengadap pemimpin kanan memohon kebenaran untuk menjalankan istiadat ISTIADAT PENGAKAP


6. Selepas mendapat kebenaran, pemimpin bertugas kembali ke tempat asalnya dan akan menyebut perkataan “bendera” , 7. 2 orang Pengakap bertugas bergerak 1 langkah ke hadapan dan berkawad menuju tiang bendera dan berhenti di hadapan tiang bendera. 8. Kedua-dua Pengakap bertugas melipat bendera. 9. Selesai melipat bendera,Pengakap bertugas menyerahkan bendera kepada pemimpin bertugas dan kembali ke tempat asal. ISTIADAT PENGAKAP


10. Pemimpin bertugas mengadap pemimpin kanan untuk menyerahkan bendera sebagai menandakan istiadat menurunkan bendera telah selesai dan memohon kebenaran untuk menjalankan tugasan lain. 11. Selepas mendapat kebenaran, pemimpin bertugas kembali ke tempat asalnya. 12. Pemimpin kanan memberi arahan keluar baris kepada semua pemimpin. 13. Pemimpin bertugas memberi arahan keluar baris kepada semua ahli.. ISTIADAT PENGAKAP


Click to View FlipBook Version