The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by afiqahammar11, 2021-12-23 12:17:19

ADAKAH ANDA GURU EFEKTIF ?

E BOOK PGA101 GP1

E-BOOK
ADAKAH ANDA GURU EFEKTIF?

SUBJEK:
PGA101
PEMBELAJARAN DAN KEPERLUAN PEMBELAJARAN

NAMA PELAJAR:
NUR AFIQAH BINTI AMMAR (157386)
NUR FARADILI BINTI ROMLI (157283)

NAMA PENSYARAH:
PM. DR. SHAHABUDIN HASHIM

1

BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1.0 PENGENALAN 3
4
2.0 KONSEP GURU EFEKTIF 5-8

3.0 CIRI GURU EFEKTIF 9-11
12-15
4.0 CIRI GURU EFEKTIF MENURUT IMAM 16-18
GHAZALI
19
5.0 CABARAN MENJADI GURU EFEKTIF

6.0 LANGKAH MENJADI GURU EFEKTIF

7.0 RUMUSAN

2

1.0 PENGENALAN

Profesion perguruan tidaklah semudah yang disangka, memegang amanah bergelar guru
memerlukan komitmen dan kesabaran yang tinggi untuk menjaga, mendidik dan membinbing para
pelajar Semua insan boleh menjadi guru, tetapi tidak semua bergelar guru itu mampu menjadi
seorang guru yang efektif. Oleh hal yang demikian, kedudukan seorang guru di mata masyarakat
sangat dipandang tinggi kerana tugas seorang guru merupakan tugas yang sangat berat dan penting
dalam mendidik generasi akan datang yang bakal menjadi pemimpin negara. Hal ini dapat
disokong lagi dengan menurut perspektif agama, kedudukan seorang guru adalah setaraf dan
semulia dengan pemimpin negara dan tugas mendidik ahli masyarakat yang merupakan satu
ibadah yang dituntut.

Umum mengetahui bahawa guru mempunyai banyak peranan terutama kepada pelajar, ibu
bapa, masyarakat dan negara. Antara peranan utama guru ialah sebagai seorang pendidik.
Tamsilnya, guru bertanggungjawab untuk mendidik murid-murid iaitu dengan memberi ilmu,
memberi pendedahan dan pengalaman serta mendidik murid-muridnya untuk berakhlak mulia.
Namun demikian, tugas guru bukan sahaja tertumpu di dalam kelas malah tugas professional
seorang guru boleh melebihi pengajaran formal seperti di luar kelas guru bertindak sebagai
penyelia untuk aktiviti ekstrakurikuler. Oleh itu, tugas guru bukanlah mudah yang mampu digalas
oleh setiap individu dan perlu bersedia daripada pelbagai aspek untuk menjadi guru efektif.

Untuk menjadi seorang guru efektif perlulah bersedia dari segi emosi, fizikal, dan mental
bagi menjamin kualiti murid yang dihasilkan serta mampu meningkatkan keberhasilan sekolah dan
kemenjadian murid. Seorang guru efektif juga perlulah mencabar diri sendiri untuk memastikan
pemikiran kreatif, inovatif dan kritis serta penaakulan dapat diasah oleh seorang guru kepada anak
muridnya dalam mendepani arus globalisasi. Justeru itu, seorang guru efektif haruslah dilengkapi
dengan kemahiran pedagogi yang bersifat holistik, meneroka penggunaan model pembelajaran
pelbagai mod yang memanfaatkan teknologi supaya dapat mengcukil kemahiran berfikir aras
tinggi serta mengukuhkan pembelajaran murid. Oleh hal yang demikian, untuk menjadi seorang
guru efektif perlulah bersedia daripada pelbagai aspek dan kemahiran dalam melonjakkan sistem
pendidikan negara bersaing di arena antarabangsa.

Tugas seorang guru efektif dalam mendidik murid dalam pelbagai aspek.

3

2.0 KONSEP GURU EFEKTIF
2.1 DEFINISI GURU MENURUT BAHASA

GURU : GURU EFEKTIF
Menurut Kamus Dewan edisi
keempat guru bermaksud orang Seseorang guru yang mampu
yang mengajar, pendidik dan mengajar, dan membimbing
pengasuh anak didiknya dengan strategi
yang baik dan berkesan
EFEKTIF :
Menurut Kamus Komprehensif
Bahasa Melayu, efektif
bermaksud berkesan ataupun
mujarab

2.2 DEFINISI GURU EFEKTIF MENURUT TOKOH

Guru yang baik dan mampu mengajar atau mendidik
serta pendidikannya menjadi berkesan sementara objektif

rancangan pengajarannya tercapai dengan cemerlang

(YAAKUB ISA)

4

3.0 CIRI GURU EFEKTIF
PINGGAN

NASI

PECAH

5

3.1 PERSONALITI DAN PERIBADI

Menurut Kamus Komprehensif Bahasa Malaysia, personaliti membawa erti perwatakan
yang ditinjolkan oleh individu. Peribadi pula ialah sifat yang sudah sebati dengan diri individu.
Personaliti dan peribadi ini boleh dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti kaum, agama dan
budaya, pendidikan serta persekitaran. Setiap manusia mempunyai sisi positif dan sisi negatif
dalam diri kerana tiada manusia yang sempurna. Oleh itu, seorang guru efektif perlu snetiasa
membaiki personaliti dan peribadi diri dari semasa ke semasa untuk menjadi insan yang lebih baik.

Antara personaliti dan peribadi yang mulia, yang perlu dipraktikkan oleh guru efektif ialah
ikhlas dan komited terhadap profesion perguruan. Guru efektif perlu memastikan mereka
mempunyai niat yang ikhlas dan minat yang mendalam untuk berbakti dalam bidang pendidikan.
Hal ini akan menjadikan guru efektif bersedia melalukan apa apa sahaja tugasan yang
diamanahkan dengan baik. Ciri ini penting supaya dapat menjadi anjakan paradigma unruk
menyemarakkan rasa semangat dan proaktif dalam diri guru itu sendiri, rakan sekerja dan para
pelajarnya.

Seterusnya personaliti dan peribadi yang perlu ada dalam diri guru efektif ialah memahami
kelainan para pelajar. Guru efektif wajar memastikan dirinya untuk tidak diskriminasi sewaktu
sesi pembelajaran dilaksanakan. Diskriminasi ini tidak hanya tertumpu pada aspek kaum dan
bangsa sahaja malah rupa,darjat dan kepandaian pelajar juga perlu diambil kira. Perbezaan ini
perlu dihormati oleh guru untuk menjadi guru yang efektif. Semua pelajar berhak mendapat
layanan dan peluang pembelajaran yang adil.

Tuntasnya, untuk menjadi guru efektif guru itu sendiri perlu mempunyai ciri personaliti
dan peribadi terpuji supaya dapat menjadi tauladan yang baik kepada anak didiknya. Personaliti
dan peribadi yang mulia akan melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Andai seorang
guru itu tidak mempunyai ciri utama ini, maka gagal mereka untuk dilabel sebagai guru efektif.

Kata-kata hikmah berkaitan sifat positif
6

3.2 PENGHAYATAN AMALAN DAN NILAI

Setiap pekerjaan mempunyai etika dan sayarat yang perlu dipatuhi oleh para pekerjanya.
Hal ini supaya dapat dijadikan panduan untuk meningkatkan lagi profesian pekerjaan tersebut.

Penghayatan amalan dan nilai ini merujuk kepada Kod Etika Profesion yang perlu dipatuhi
oleh seorang guru. Terdapat lima prinsip utama yang terkandung dalam Kod Etika Profesion
Perguruan. Antaranya ialah, tanggungjawab terhadap murid, tanggungjawab teehadap ibu bapa,
tangunggjawab terhadap masyarakat, tanggungjawab terhadap negara dan tangunggjawab
terhadap rakan sekerja. Guru efektif perlu menjalinkan dan menjaga baik hubungannya terhadap
kelima-lima aspek ini. Hal ini kerana kita tidak mahu melahirkan guru yang hanya kelihatan baik
disekolah tetapi di luar sebaliknya.

Selain Kod Etika Profesion, profesion perguruan juga dipandu oleh Falsafah Pendidikan
Guru. Falsafah ini dibentuk berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara, bertujuan menjadi panduan
kepada para guru tentang ciri-ciri kualti guru yang ingin dibentuk. Perkara yang ditekankan dalam
falsafah ini ialah guru yang berperkerti mulia,berpandangan progresif dan saintifik, bersedia
menjunjung aspirasi negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara masyarakat yang
bersatu padu, demokratik dan berdisiplin. Sebagai tafsirannya, guru merupakan agen perubahan,
guru perlu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran serta guru wjib bertangunggjawab terhadap
tugasannya.

Sekiranya seorang guru bersifat penting diri dengan tidak menghayati amalan dan nilai ini,
maka profesion perguruan di negara ini akan dipandang hina dan tidak akan mendapat kepercayaan
lagi dari masyarakat.

Gambar Falsafah Pnedidikan Kebangsaan dan Guru
7

3.3 KOMPENTENSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Kompentensi pengajaran dan pembelajaran merupakan keupayaan,

kemahiran dan pengetahuan seseorang guru itu dalam menyampaikan Pengajaran
dan Pembelajaran. Seorarng guru efektif perlu mempunyai ciri daya saing
kompentensi pengajaran dan pembelajaran yang tinggi.

Guru efektif berlu senantiasa berusaha meningkatkan pengetahuan diri
dengan menghadiri kursus,bengkel atau seminar, menelaah pembacaan dan
berkongsi pengalaman dengan guru-guru yang lain. Hal ini adalah untuk
menambahkan cara pandangan guru untuk meningkatkan peratusan pembelajaran
berkesan.

Kompentensi pengajaran dan pembelajaran boleh ditambah baik
melaksanakan rancanagan pembelajaran yang efektif. Dengan cara ini, guru efektif
dapat menetapkan objektif dan matlamat yang ingin dicapai sewaktu pengajaran dan
pembelajaran berlangsung. Masa juga dapat dijugakan dengan baik.

Seterusnya, guru efektif perlu tahu untuk meneliti dan memilih strategi
pembelajaran yang sesuai dengan tahap pembelajaran yang berbeza-beza untuk anak
dididiknya. Kemahiran bilik darjah yang berkesan akan menjadikan guru itu sebagai
guru efektif. Kemahiran pedagogi juga wajar dipejari dan dipraktikkan.

Gambar suasana guru mengajar

8

4.0 CIRI GURU EFEKTIF MENURUT IMAM GHAZALI

Imam Al Ghazali atau nama sebenarnya ialah Abu Hamid Al-Ghazali merupakan ilmuan
Islam yang terkenal dan disegani hingga abad ini. Beliau lahir pada tahun 450 Hijrah di sebuah
perkampungan bernama Ghazalah. Keilmuwannya yang sangat meluas dalam berbagai-bagai
bidang seperti bidang tasawuf, bidang falsasafah, usul al-fiqh, ilmu kalam, politik,pendidikan,
akhlak, dan sebagainya tidak dapat dinafikan lagi.

Gambar Imam Ghazali
Berdasarkan pandangan dan pemikirannya, Imam Al- Ghazali telah menyenaraikan
beberapa ciri guru efektif yang merangkumi aspek kualiti dan tugas seseorang guru yang berjaya.
Ciri ini tidak hanya tertumpu kepada pengetahuan semata-mata akan tetapi aspek sahsiah juga turut
diambil kira.
Ciri guru efektif yang pertama menurut Imam Ghazali ialah guru perlu mempunyai rasa
simpati dan empati kepada para pelajar. Simpati dan empati adalah dua perkara yang berbeza.
Simpati bermaksud belas kasihan manakala empati bermaksud kebolehan menyelami perasaan
sesorang. Guru efektif juga perlu menganggap serta melayani para pelajar seperti anak mereka
sendiri.

9

Kedua, untuk menjadi guru efektif, guru itu seharusnya mencontohi tingkah laku dan
sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Contohnya , tidak mudah marah apabila para pelajar melakukan
kesilapan, bersopan santun ketika berbicara dengan para pelajar dan sentiasa murah dengan
senyuman. Guru efektif tidak sepatutnya meminta imbuhan atas perkihdmatan yang diberinya
kerana jiwanya yang ikhlas mengajar.

Seterusnya, guru efektif ialah seorang guru yang tidak semberono mencurahkan ilmu
kepada para pelajarnya. Menurut Imam Ghazali guru yang efektif tidak akan menasihati dan
membenarkan para pelajarnya melaksankan sesuatu tugas kecuali dirinya benar-benar terlatih dan
mempunyai pengetahuan tentang perkara tersebut.

Ciri guru efektif yang keempat menurut Imam Ghazali, guru efektif merupakan guru yang
tidak lokek untuk menasihati para pelajarnyauntuk meninggalkan kemungkaran dan menyuruh
berbuat kebaikkan. Nasihat dan teguran ini mestilah disampaikan dengan berhikmah dan lembut
serta bukannya memarahi mereka dengan cercaan dan kejian nista.

Di samping itu, guru efektif menurut Imam Ghazali ialah guru itu tidak akan sesekali
menghina dan merendah-rendahkan disiplin ilmu yang lain dan cara pengajaran guru lain di
hadapan para pelajarnya. Hal ini dikatakan demikian kerana akan mencemarkan maruah dan
prestasi guru lain. Guru efektif seharusnya bijak dalam menutupi aib rakan sekerjanya.

Keenam, ciri guru efektif menurut Imam Ghazali ialah, guru hendaklah mengehadkan
pembelajaran supaya bersesuaian dengan tahap pemikiran para muridnya. Hal ini supaya
pengajran dan pembelajaran menjadi efektif dan efisien.Tidak semua pelajar mampu belajar dalam
tempoh yang lama. Guru efektif tidak akan sesekali memaksa para pelajarnya mencapai sesuatu di
luar kemampuan mereka.

Akhir sekali, menurut Imam Ghazali, guru efektif mestilah kreatif menyediakan bahan dan
alat bantu mengajar yang mudah difahami,jelas dan bersesuain dengan tahap perkembangan akal
para pelajar terutamanya pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran. Perkara ini adalah
bersesuaian dengan Pembelajaran Abad Ke-21 yang memrlukan pelbagai cara untuk
menyampaikan sesuatu pembelajarn misalnya penggunaan peta”I-Think”, “Gallery Walk” dan
banyak lagi.

10

MEMPUNYAI

EMPATI

BERILMU MENGIKUTI
SUNNAH

CIRI GURU
EFEKTIF

MENURUT IMAM

TIDAK SENTIASA
MENGHINA
MENASIHATI

Peta Minda Guru Efektif Menurut Imam Ghazali

11

5.0 CABARAN MENJADI GURU EFEKTIF

Kurang kemahiran ICT

Kurang mendapat sokongan dari
ibu bapa

Sikap negatif pelajar

12

1. Kekurangan kemahiran dan pengetahuan ICT
(information and communications technology)

Umum mengetahui bahawa terdapat masih ramai lagi guru yang kurang mahir dalam ICT
terutamanya guru yang telah berusia kerana kurang mendapat pendedahan dan kurang
menggunakan ICT. Hal ini demikian menyebabkan sesi pembelajaran tidak dapat dijalankan
dengan lancar dan aktif kerana kini pembelajaran secara atas talian mahupun pembelajaran di
sekolah amat memerlukan teknologi. Sebagai analoginya, guru yang kurang kemahiran ICT ini
menyebakan ia sukar untuk menggunakan aplikasi yang sedia ada seperti google meet, zoom,
quizizz, kahoot dan sebagainya yang dapat membantu sesi pembelajaran berjalan dengan lancar
walaupun secara atas talian atau secara maya. Selain itu, guru ini tidak dapat menvariasikan sesi
pembelajaran yang lebih seronok dan aktif dalam kalangan murid kerana tidak menggunakan ICT
secara menyeluruh.Hal ini dapat dikukuhkan lagi iaitu menurut Martin (1999) menyatakan bahawa
ICT digunakan untuk memproses, menyimpan dan mengirim maklumat serta memberi
pengetahuan kepada penerima makulmat. Hal ini dikatakan demikian kerana, melalui ICT guru
dapat melakukan tayangan video yang berkaitan dengan topik pembelajaran dengan menggunakan
LCD atau dikenali sebagai Paparan Liquid Crystal serta guru dapat melakukan kuiz atau latih tubi
secara atas talian seperti menggunakan aplikasi quizizz.Lantaran itu, segelintir guru masih
menganggap penggunaan ICT dalam pendidikan sukar untuk dipelajari dan difahami. Oleh itu,
seorang guru yang efektif perlulah mempunyai kemahiran ICT yang tinggi bagi mendidik generasi
yang lahir dalam dunia teknologi yang serba canggih.

Graf tersebut mengkaji penerimaan guru terhadap perubahan
proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan

teknologi maklumat (ICT).

13

2. Kekurangan mendapat sokongan dari ibu bapa

Pada alaf globalisasi dan modenisasi ini, umum mengetahui bahawa terdapat segelintir ibu
bapa yang bersikap materialistik sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak-
anak. Hal ini dikatakan demikian kerana ibu bapa yang terlalu mengejar kemewahan sehingga
tidak meluangkan masa bersama-sama dengan anak-anak terutamanya mengajar anak-anak
membaca buku atau membantu dalam menyiapkan kerja sekolah di rumah. Selain itu, sikap ibu
bapa yang tidak mengawasi perkembangan anak-anak dalam pembelajaran terutamanya di
rumah menyebabkan anak-anak kurang minat untuk belajar kerana dia tidak mendapat sokongan
dan dorongan untuk belajar bersungguh-sungguh.Sebagai contoh, sekiranya anak-anak tidak dapat
menyelesaikan subjek kerja sekolah yang lemah dia mudah untuk putus asa untuk menyelesaikan
tugasan tersebut kerana dia tiada tempat untuk rujukan dan bimbingan. Akhir sekali, ibu bapa yang
tidak menyediakan kemudahan yang berkaitan dengan pembelajaran menyebakan anak-anak
sukar untuk belajar di rumah. Contohnya, ibu bapa tidak menyediakan telefon pintar atau komputer
kepada anak-anak ketika pembelajaran secara atas talian atau untuk menyiapkan latihan atau kuiz
yang disediakan oleh guru secara atas talian. Hal ini menyebabkan motivasi dan semangat anak-
anak kian pudar untuk belajar atas kekangan tersebut. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa ia
sebenarnya telah mendatangkan cabaran kepada guru yang ingin menjadi guru efektif kerana perlu
memikirkan strategi yang lebih efisien untuk meningkatkan motivasi murid itu untuk bersemangat
belajar.

14

3. Sikap negatif pelajar untuk belajar

Pada zaman era teknologi yang serba canggih ini, umum mengetahui bahawa setiap
remaja kini mempunyai telefon sendiri.Justeru itu, kita dapat lihat bahawa gologan kanak-
kanak kini juga sudah mahir dalam menggunakan telefon dan internet. Hal ini dapat
dibuktikan lagi iaitu melalui Kajian Tanda Aras Kesedaran Keselamatan Siber yang
dijalankan oleh CyberSecurity dan Kementerian Pendidikan pada tahun 2016
mendedahkan sebanyak 45% kanak-kanak berusia 7 hingga 9 tahun di negara kita sudah
mahir menggunakan internet serta kajian turut didapati hampir 92.5% kanak-kanak dan
remaja berusia anatara 13 hingga 17 tahun adalah pengguna tegar internet. Hal ini telah
memberi pengaruh yang besar kepada anak-anak sekiranya tidak dipantau dengan baik oleh
ibu bapa kerana anak-anak mudah alpha atau leka dengan dunia teknologi yang
menyebabkan mereka kurang minat untuk belajar. Hal ini kerana dengan kemudahan gajet
ini mereka mudah untuk bermain permainan video secara atas talian dan mula ketagih
sehingga mereka tidak meluangkan masa untuk menyiapkan kerja sekolah atau
mengulangkaji mata pelajaran. Hal ini secara tidak langsung memberi cabaran yang besar
kepada guru efektif untuk menarik minat murid untuk belajar kerana mereka sudah leka
dengan nikmat dunia teknologi.

15

6.0 LANGKAH MENJADI GURU EFEKTIF

Memperkasa
syarat bakal

guru

Menganjurkan
kursus

Menggalakkan
pembelajaran

aktif

Pemberian
anugerah

16

1. Memperkasa syarat bakal guru

❖ Pihak kerajaan perlulah menaik taraf dan memperkasakan syarat bakal guru
iaitu seseorang yang bakal menjadi guru bukan sahaja mempunyai kelulusan
sijil yang berkaitan dengan pendidikan malah ia perlu mempunyai kemahiran
lain yang sangat diperlukan pada masa kini. Sebagai contoh, seorang guru
haruslah mahir dan celik dalam bidang teknologi maklumat untuk mendidik
generasi yang kian berkembang dengan arus modenisasi dunia yang
berteknologi tinggi. Justeru itu, seorang guru juga perlulah mempunyai
identiti dan personaliti yang baik dan menarik bagi melahirkan generasi yang
berakhlak mulia. Sementelahan, seorang guru perlulah mempunyai sifat
kepimpinan yang berkualiti seperti berwawasan, berani menanggung
risiko,berintegriti dan berpengaruh untuk meningkatkan kualiti pendidikan
terutamanya dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, pihak kerajaan
perlulah memastikan seseorang bakal guru yang dilantik perlulah memenuhi
kriteria tersebut bagi melahirkan guru yang berkualiti dan berwawasan yang
bercirikan guru efektif.

2. Menganjurkan kursus

❖ Pihak kementerian pendidikan sepatutnya menganjurkan kursus kepada guru
untuk melahirkan lebih ramai lagi guru yang efektif. Melalui kursus tersebut,
guru mendapat pendedahan dan teknik untuk mewujudkan pembelajaran yang
lebih berkesan di dalam kelas bagi meningkatkan kefahaman murid dalam
subjek yang dipelajari. Selain itu, guru juga mengetahui tentang sifat peribadi
dan personaliti yang perlu ada untuk menjadi seorang guru yang efektif.
Sebagai contoh, guru yang efektif perlulah mesra, penyayang, proaktif,
bersemangat, berwawasan dan sebagainya. Oleh itu, penganjuran kursus ini
amat diperlukan kepada semua guru untuk melahirkan guru-guru yang efektif
di setiap sekolah.

17

3. Menggalakkan pembelajaran aktif

❖ Pembelajaran aktif ialah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dapat
meningkatkan prestasi murid dalam akademik dengan meningkatkan interaksi
murid dengan bahan pengajaran. Antara kaedah yang boleh dilakukan oleh
guru efektif untuk mengalakkan pembelajaran aktif ialah kaedah Think-Pair-
Share, kaedah klip video, kaedah kuiz dan sebagainya. Melaui kaedah Think-
Pair-Share, dapat mengalakkan aktiviti berkumpulan dan dapat mendorong
murid untuk berfikir dan mengemukakan pendapat. Malah, menerusi kaedah
klip video, kaedah kuiz ini dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang
lebih menarik kerana wujud dua interaksi dua hala antara guru dan pelajar.
Oleh itu, guru efektif perlulah bijak dalam mewujudkan pembelajaran aktif
semasa menjalankan sesi pembelajaran bersama murid.

4. Pemberian anugerah kepada guru efektif

❖ Pihak sekolah perlulah mewujudkan satu anugerah kepada guru efektif yang
terdapat di sekolah sama ada diberi anugerah tersebut pada sambutan hari guru
atau hari anugerah kecemerlangan. Anugerah tersebut boleh diberi dalam
bentuk hadiah atau sijil kepada guru efektif. Hal ini demikian secara tidak
langsung dapat mendorong dan menarik minat guru yang lain untuk menjadi
guru efektif. Pemberian anugerah ini sebenarnya amatlah penting dan
bermakna kerana tidak semua guru boleh menjadi guru efektif kerana untuk
menjadi guru efektif ini memerlukan pengorbanan yang amat besar dan kreatif
dalam merancang pengajaran dan pembelajaran.

18

7.0 RUMUSAN
Di sini dapat disimpulkan bahawa untuk menjadi seorang guru efektif bukanlah

mudah kerana ia perlu mengharugi pelbagai cabaran dan rintangan dalam
menghadapi pelbagai karenah dan ragam anak muridnya yang mempunyai gaya dan
cara kehidupan yang berbeza-beza mengikut zaman generasi. Selain itu, untuk
menjadi seorang guru yang efektif perlulah bersedia dari segi mental, fizikal dan
emosi dalam mengharungi onak duri kehidupan sebagai seorang guru di sesebuah
sekolah atau institusi yang telah diamanahkan.Guru efektif juga perlulah mempunyai
kemahiran ICT yang tinggi kerana teknologi kini sudah menjadi satu elemen yang
penting dalam dunia pendidikan bagi mendidik generasi yang lahir dalam era
teknologi yang serba canggih. Di samping itu, guru efektif haruslah memiliki satu
wawasan yang unggul untuk menstraformasikan pelbagai aspek pendidikan,
berpemikiran aras tinggi, mampu berinovasi supaya melahirkan modal insan yang
berguna malah dapat meningkatkan taraf pendidikan negara seantero pelosok dunia.
Oleh itu, berdasarkan hujah dan penyertaan berikut dapat menerangkan ‘‘Apakah
Anda Guru Efektif Yang Dicari’’.

Akhir sekali, e-book ini telah menerangkan ciri-ciri untuk menjadi guru efektif
iaitu 3P (Kualiti Peribadi, Penghayatan Amalan danNilai, Pengajaran dan
Pembelajaran) serta 5 ciri-ciri guru efektif menurut Iman Ghazali. Namun demikian,
untuk menjadi guru efektif terdapat pelbagai cabaran yang perlu digalas seperti
kekurangan kemahiran dalam ICT, tidak mendapat sokongan daripada ibu bapa serta
sikap negatif murid untuk meneruskan sesi pembelajaran berjalan dengan lancar. E-
book ini juga menunjukkan beberapa langkah untuk menjadi seorang guru efektif di
sesebuah sekolah atau institusi. Antaranya ialah mengadakan kursus guru efektif,
pemberian anugerah kepada guru efektif, memperkemas syarat bakal guru, serta
mengalakkan pembelajaran aktif di dalam kelas. Oleh itu, diharapkan e-book ini
dapat membantu melahirkan lebih banyak lagi guru-guru efektif dalam mendidik
anak muda yang bakal menjadi pemimpin negara.

19


Click to View FlipBook Version
Previous Book
RPH BA TAHUN 5 2022
Next Book
PCSH 2022-2023 Handbook