Ayat Hafazan 2
PELAJARAN 2 :
AL-QURAN PETUNJUK KEBENARAN
Pada akhir PdP, murid akan dapat;
1.19.1
Membaca ayat 1 hingga 5 Surah al-Kahfi dengan betul,
lancar dan bertajwid
1.19.2
Menjelaskan intisari ayat hafazan
1.19.3
Menghafaz ayat 1 hingg 5, surah al-Kahfi dengan betul,
lancar dan bertajwid
OBJEKTIF PDP
MEMBACA AYAT 1 hingga 5,
SURAH AL-KAHFI
1.19.1
Membaca ayat dengan betul, lancar dan bertajwid
1. Rujuk buku teks anda pada halaman 5.
2. Dengar dengan teliti bacaan ayat yang
disediakan oleh guru.
3. Ayat 1 hingga 5, surah al-Kahfi.
Ayat 1 hingga 5, Surah al-Kahfi
1. Baca dengan betul intisari ayat 1 hingga 5
Surah al-Kahfi berikut dengan jelas.
2. Fahami intisari ayat tersebut.
Allah SWT menjadikan al-Quran sebuah kitab yang
benar dan sebagai petunjuk kepada manusia.
Al-Quran memberikan peringatan tentang balasan
neraka kepada orang yang melakukan syirik.
Al-Quran membawa berita gembira kepada orang
yang beriman dan melakukan amalan soleh.
Perbuatan Syirik berpunca daripada kejahilan dan
mengikut ajaran nenek moyang secara membuta-tuli.
Lafaz Syirik merupakan sesuatu pembohongan
terhadap Allah SWT.
1. Baca dengan betul dan lancar ayat 1 hingga 5
secara berulang kali.
2. Hafaz ayat 1 hingga 5 dengan betul, lancar dan
bertajwid.
3. Kerapkan bacaan dan amalkan seharian supaya
lebih cepat hafaz ayat tersebut.
1. Sila salin terjemahan ayat 1 hingga 5 Surah al-
Kahfi di dalam buku nota anda dengan betul, jelas
dan kemas.
2. Sila tulis semula semua intisari ayat hafazan
tersebut dengan kemas dan jelas.
3. Sila rujuk contoh yang telah disediakan oleh guru.