The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Rendah SDG11 Muslimah Innovator

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MOHD REDZUAN BIN JUSOH Moe, 2020-11-02 06:55:22

SDG11 Muslimah Innovator

Rendah SDG11 Muslimah Innovator

Keywords: SDG11

Muslimah Innovator SK Kerteh Terengganu

Tajuk
Pengurusan Bahan Buangan Sisa Makanan

Ringkasan Projek
Projek menghasilkan sebuah bekas bahan buangan sisa makanan atau bahan organik
yang akan dijadikan kompos. Sesuai digunakan di kediaman domestik. Sebahagian
bahan projek ini menggunakan bahan buangan yang diguna semula. Tong sisa makanan
ini sesuai digunakan ditempat kediaman yang mempunyai laman, sekolah atau di kebun.
Sisa makanan ini akan terurai dalam tong dan dibiarkan untuk diserap oleh akar pokok
yang berhampiran dengan tong untuk pembajaan.

Penyataan Masalah
Mengikut laporan dari Pusat Kajian Sains dan Alam Sekitar Institut Kefahaman Islam
Malaysia (IKIM) Azrina Sobian (2019), isi rumah atau keluarga adalah penyumbang
terbesar kepada keseluruhan 16,650 tan pembuangan sisa makanan di negara ini setiap
hari. Lambakan sisa bahan buangan makanan ini tidak memberi apa-apa kesan atau
perubahan memenuhi tapak pelupusan sampah selain, gagal diuraikan dalam tempoh
tertentu. Keadaan itu menyebabkan permintaan terhadap tempat pelupusan sampah
semakin meningkat, memerlukan kawasan lebih luas dan juga meningkatkan kos
pelupusan. Situasi berkenaan akan mengancam alam sekitar, menyebabkan
pencemaran, meningkatkan suhu dunia dan mitigasi perubahan iklim.

Objektif
Menukarkan bahan buangan sisa makanan atau sisa makanan luput tarikh seperti sayur
dan buah-buahan melalui proses kitar semula kepada baja kompos untuk menyuburkan
pokok yang berhampiran dengan menggunakan tong bahan buangan sisa makanan.

Muslimah Innovator SK Kerteh Terengganu

Juga menghindarkan campuran sisa pepejal dengan sisa makanan dalam pengurusan
bahan buangan domestik.

Kaitan Projek Dengan SDG yang Dipilih
Projek ini mendidik murid bagaimana untuk menguruskan sisa makanan dengan cara
yang betul di mana pandangan mereka terhadap sisa makanan ini kotor dan tidak
berguna. Juga mendidik murid tentang kesan pembaziran pembuangan sisa makanan
dengan jumlah penduduk semakin meningkat serta memupuk sikap bertanggungjawab
terhadap penjagaan alam sekitar seperti mana digariskan dalam Matlamat
Pembangunan Mampan (SDG) yang ke 11 Bandar dan Masyarakat.

Senarai Bahan
1. Tong cat 20 liter guna semula
2. bakul berlubang kecil guna semula
3. kabel tie
4. Arang
5. botol minuman guna semula
6. Penyembur cat (kemasan)

Metodologi
Bahan-bahan untuk membuat projek ini mudah didapati dan boleh menggunakan bekas
sebagai bahan guna semula. Ianya mudah dibina oleh murid peringkat sekolah rendah.
Tapak tong ditebuk digantikan dengan bakul berlubang untuk memerangkap sisa
makanan dan membenarkan air dari sisa makanan mengalir ke dalam tanah. Tong ini
ditanam separuh di dalam tanah. Tong ini menggunakan penutup di bahagian atas untuk

Muslimah Innovator SK Kerteh Terengganu

memudahkan sisa makanan dibuang ke dalam tong, mengelakkan sisa makanan
diceroboh oleh haiwan dan mengelakkan pencemaran bau. Penyejatan air dari sisa
makanan basah tetap berlaku dalam tong tersebut, air yang tersejat akan bertukar
kepada titisan air dan akan diserap oleh tanah. Arang diletakkan dalam bekas khas dalam
tong bertindak sebagai penyerap bau dan kelembapan dalam tong. Sisa makanan akan
diuraikan oleh mikroorganisma dan cacing dalam tanah menjadi kompos kemudian
diserap oleh pokok yang ditanam sekitar tong tersebut.

arang

tong

tanah Bakul berlubang
Sisa makanan

Muslimah Innovator SK Kerteh Terengganu
tanah

tanah

Nutrien
diserap oleh

pokok
berhampiran

Sisa makanan
diurai menjadi

kompos

Muslimah Innovator SK Kerteh Terengganu

Output/Keputusan Hasil Projek
Tong pengurusan buangan sisa makanan ini boleh menampung kapasiti sisa makanan
5-6 Kg seminggu. Mengambil masa 3 hingga 4 minggu untuk diuraikan bergantung
kepada jenis sisa makanan yang dibuang.

Faedah
Makanan tersebut akan menjadi baja kompos dan menyuburi kebun dan pokok-pokok di
halaman rumah secara automatik melalui nutrien yang diserap terus ke dalam tanah
menjadikan tanah lebih subur. Kos murah dan mudah untuk dibuat. Projek ini juga tidak
memerlukan masa untuk aktiviti pembajaan pokok. Pengurusan sampah domestik lebih
cekap di mana sisa makanan tidak bercampur dengan sisa buangan pepejal menjadikan
persekitaran lebih bersih dan mengurangkan percemaran bau.

Kesimpulan
Projek ini dapat mendidik murid serta masyarakat di luar sana tentang sikap pembaziran
pembuangan sisa makanan dan kesannya serta memupuk sikap tanggungjawab
menjaga alam sekitar melalui pengurusan sisa makanan dengan cara yang betul. Projek
ini melibatkan penggunaan bahan-bahan kitar semula yang mudah didapati dan mudah
dibuat, jadi ianya sesuai untuk projek murid sekolah rendah. Di sekolah, projek ini boleh
di tempatkan di taman sains, kantin sekolah dan juga pra sekolah untuk pengumpulan
bahan buangan sisa makanan.


Click to View FlipBook Version