The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Zaimah Musa, 2020-02-19 23:54:33

BUKU PROGRAM PIBG KUSeS 2020

SMK KAJANG UTAMA

43000 KAJANG, SELANGOR




MESYUARAT AGUNG




PIBG KALI KE-














22 FEBRUARI 2020 (SABTU) 28 JAMADILAKHIR 1441

8.00 PAGI

DATARAN SERI D’UTAMA



Dirasmikan Oleh:

YB Tuan Haji Mazwan Bin Johar
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)

Kawasan Sungai Ramal
0

AGENDA MESYUARAT AGUNG
KALI KE-18
PERSATUAN IBU BAPA - GURU
SMK KAJANG UTAMA
43000 KAJANG, SELANGOR
SESI 2019/2020
Aturcara :

8.00 Pagi : Pendaftaran Ibu Bapa

8.30 Pagi : Ketibaan tetamu kehormat

8.45 Pagi : Nyanyian lagu Negaraku
Bacaan doa

9.00 Pagi : Mesyuarat Agung PIBG Kali ke – 18 Sesi 2020/2021

Agenda Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-18

Agenda 1 : Ucapan Alu-Aluan Pengetua/Ex-officio

Agenda 2 : Ucapan Alu-Aluan Yang Dipertua PIBG

Agenda 3 : Ucapan Perasmian oleh YB Tn. Hj. Mazwan B. Johar

Agenda 4 : Penyampaian Sijil Penghargaan kepada AJK PIBG
Sesi 2019/2020
Penyampaian cenderamata kepada perasmi

Agenda 5 : Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Kali ke-17

Agenda 6 : Perkara Berbangkit

Agenda 7 : Pembentangan Laporan Aktiviti PIBG SMKKU Sesi 2019/2020

Agenda 8 : Pembentangan dan Meluluskan Penyata Kewangan PIBG
SMKKU Sehingga 31 Disember 2019

Agenda 9 : Pembubaran Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2019/2020

Agenda 10 : Pelantikan AJK PIBG SMK Kajang Utama Sesi
2020/2021

Agenda 11 : Pembentangan Usul

Agenda 12 : Ucapan Penangguhan oleh YDP PIBG Sesi 2020/2021


11.30 Pagi : Bersurai

1

AHLI JAWATANKUASA
PERSATUAN IBU BAPA - GURU
SMK KAJANG UTAMA
43000, KAJANG, SELANGOR
SESI 2019/2020



Ex-officio : Tn. Mohamad Hanafiah Bin Baharuddin

Yang Dipertua : En. Ibrahim Bin Martibi

Naib Yang Dipertua : En. Mohd Azman Bin Mahmud @ Bahari

Setiausaha : Pn. Siti Haslinda Binti Mohd Ghani

Bendahari : Pn. Shafiza Binti Zakaria

AJK (Ibu Bapa) : En. Rostam Bin Salleh
En. Parameswaran A/L Subramaniam
Prof. Dr. Balakrishnan A/L Parasuraman
En. Abdul Razak Bin Mia
En. Rizal Bin Abdul Rashid

AJK (Guru) : En. Mohammad Zulfadhli Bin Leong Abdullah
Pn. Farah Dianna Binti Mahfol
Pn. Normah Binti Abdullah
Pn. Hamizah Binti Abu Bakar

Juruaudit Dalaman : Pn. Zarimah Binti Zakaria (ibu bapa)
Pn. Norliah Binti Ahmad ( guru)













2

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-17
PERSATUAN IBU BAPA-GURU
SMK KAJANG UTAMA
43000 KAJANG, SELANGOR
SESI 2018/2019


Tarikh : 26 Januari 2019

Masa : 8.30 pagi

Tempat : Dataran Seri D’Utama SMK Kajang Utama

KEHADIRAN : 330 orang

BIL NAMA JAWATAN

(Sila rujuk Lampiran)

TURUT HADIR:

BIL NAMA JAWATAN

1. Pn. Low Kum Ying - Penolong Kanan Pentadbiran/ Kurikulum
2. Pn. Aminah bt. Ateen - Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid
3. Pn. Hjh. Rosdiana bt. Mahmood - Penolong Kanan Kokurikulum
4. Pn. Hjh. Rokiah bt. Harun - Penolong Kanan Petang
5. Pn. Nor Intan bt. Ismail - Penolong Kanan Pend. Khas


TIDAK HADIR BERSEBAB:

BIL NAMA JAWATAN

1. En. Mohd Fadhullah Bin Yahya - AJK Ibu bapa
2. Pn. Aznita Binti Md. Noor - AJK Ibu bapa
3. Pn. Fara Saila Binti Radzun - AJK Guru
4. Pn. Rabia’ah Binti Abd. Rahman - AJK Guru
5. Pn. Rohana Binti Ab. Razak - Juruaudit Dalaman (Ibu bapa)


AGENDA:

1. PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 UCAPAN PENASIHAT


1.1.1 Pn Hajah Norehan Binti Abdul Sani, Pengetua SMK Kajang Utama
mengucapkan ribuan terima kasih dan syabas kepada semua ibu bapa dan
guru yang sudi hadir dalam Mesyuarat Agung PIBG SMK Kajang Utama Kali
ke-17 sesi 2018/2019. Kehadiran tersebut melambangkan komitmen ikhlas
terhadap usaha PIBG membangunkan sekolah demi kecemerlangan anak
didik SMK Kajang Utama.
3

1.1.2 Pada sesi 2018/2019 telah meninggalkan beberapa impak yang jelas
mencerminkan kerjasama ibu bapa dengan guru. Pihak PIBG telah
menghulurkan sumbangan dalam memantapkan kemudahan dan prasarana
sekolah. Pada awal tahun 2016, PIBG telah menganjurkan projek makan
malam amal. Hasil sumbangan tersebut, dapat dibina teduhan D’Utama,
menaik taraf Dataran Seri D’Utama dan menaik taraf prasarana pendidikan
khas. Malah, usaha sama PIBG juga dapat melengkapkan Dataran Seri
D’Utama dengan sistem siaraya dan kemudahan lain. Antaranya, kipas
helikopter yang menelan belanja RM 35 000 juga telah berjaya dipasang.

1.1.3 Sumbangan lain PIBG ialah menambah baik keceriaan sekolah, memberi
sumbangan menjayakan projek urban farming, melengkapkan kemudahan di
bilik SPBT dan memberi sumbangan dalam program-program yang melibatkan
unit kaunseling.

1.1.4 Dengan segala kemudahan yang mencukupi dan berkat usaha gigih para
guru yang mendidik, SMK Kajang Utama telah berjaya meningkatkan kualiti
pencapaian murid dalam Penilaian Tingkatan Tiga tahun 2018. Manakala, 14
orang murid pendidikan khas yang telah menghadiri temuduga di Johor,
Pahang dan Shah Alam, 11 orang telah berjaya ke Kolej Vokasional dengan
bantuan dan sokongan daripada ibu bapa.

1.1.5 Pengetua mewar-warkan kepada hadirin bahawa Dataran Seri D’Utama boleh
disewa untuk orang luar mengadakan pelbagai majlis atau sambutan.

1.1.6 Pengetua memberitahu bahawa sepanjang tahun 2018 adalah tahun yang
sibuk dengan lawatan penanda aras daripada beberapa buah sekolah, PPD
Hulu Langat, PKG Bangi, Korea dan banyak lagi. Kesibukan yang dialami
tidak menghalang Mussola sekolah kita menjadi naib johan peringkat Negeri
Selangor. Pusat sumber Sindora D’Utama pula, sedang menunggu keputusan
peringkat negeri.

1.1.7 PIBG mempunyai matlamat yang jelas dalam penglibatan ibu bapa dan guru.
Para guru akan terus memacu kecemerlangan anak-anak dalam akademik
dan PIBG akan terus membantu pihak sekolah mencapai matlamat dalam
pendidikan, kokurikulum, bina insan, disiplin, keceriaan dan keselamatan
sekolah.

1.1.8 Pengetua menyampaikan rasa penghargaan dan terima kasih kepada YDP
PIBG sesi 2018/2019 iaitu En. Ibrahim Bin Martibi, Ahli Jawatan Kuasa PIBG
wakil ibu bapa dan wakil guru yang telah menjalankan peranan dengan baik
bagi sesi tersebut. Ribuan terima kasih juga kepada para ibu bapa yang hadir
dan AJK Pelaksana yang menjayakan majlis mesyuarat PIBG pada kali ini.
Makluman





4

1.2 UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG SESI 2018/2019

1.2.1 Encik Ibrahim b. Martibi selaku Yang DiPertua (YDP) PIBG SMK Kajang
Utama mengalu-alukan kehadiran semua ibu bapa dan guru dalam Mesyuarat
Agung PIBG SMK Kajang Utama Kali ke-17 sesi 2018/2019.
Makluman

1.2.2 YDP PIBG mengucapkan ribuan terima kasih terhadap semua AJK PIBG yang
telah sama-sama bekerja dan berusaha membantu pihak sekolah dalam
pelbagai program. Beliau yang mewakili semua AJK PIBG akan terus
memberi sokongan dan sumbangan tenaga dalam memacu kecemerlangan
murid.
Makluman

1.2.3 YDP PIBG menyeru kepada para ibu bapa yang dermawan atau yang
berkemahiran dalam bidang-bidang tertentu tampil memberi sumbangan
membantu pihak sekolah dalam menentukan penerusan kecemerlangan
pendidikan anak-anak.
Makluman

1.2.4 YDP PIBG mengucapkan terima kasih dan penghargaan atas segala
pengorbanan dan sumbangan besar para guru dalam meneruskan perjuangan
mendidik dan memajukan anak bangsa negara kita.
Makluman

1.2.5 YDP PIBG percaya dibawah kepimpinan pengetua, guru-guru dan barisan
PIBG yang berdedikasi, SMK Kajang Utama boleh mencapai prestasi yang
lebih cemerlang berbanding tahun-tahun sebelumnya..
Makluman

1.2.6 YDP berharap AJK PIBG yang baru dilantik kelak dapat meneruskan usaha
dengan lebih gigih bagi menaikkan kecemerlangan SMK Kajang Utama. YDP
PIBG juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ibu bapa yang
hadir dalam mesyuarat pada kali ini.
Makluman


2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-16

2.1 En. Mohd Azman Bin Mahmud mencadangkan supaya minit Mesyuarat Agung
PIBG SMK Kajang Utama Kali ke-16 sesi 2018/2019 disahkan tanpa pindaan dan
disokong oleh En. Shahizam.


3. PERKARA BERBANGKIT

3.1 Tiada Perkara Berbangkit
Tindakan: Makluman



5

4. PEMBENTANGAN LAPORAN AKTIVITI PIBG SMKKU SESI 2018/2019

4.1 Laporan oleh Setiausaha PIBG sesi 2018/2019.

4.1.1 Merujuk halaman 19 dan 21 Laporan Aktiviti Tahunan PIBG Sesi 2018/2019
Makluman
4.1.2 Sumbangan tahunan untuk setiap keluarga adalah sebanyak RM 50.00.
Makluman

4.1.3 Mesyuarat Jawatankuasa PIBG sesi 2018/2019 telah dijalankan sebanyak 4
kali iaitu pada 09 Mac 2018, 23 November 2018, 21 Disember 2018 dan 16
Januari 2019.
Makluman

4.1.4 PIBG telah menyumbang dana untuk beberapa program Hal Ehwal Murid,
Kurikulum dan Program PIBG.
Makluman

4.2 PEMBENTANGAN DAN MELULUSKAN PENYATA KEWANGAN PIBG SMKKU
SEHINGGA 31 DISEMBER 2018

4.2.1 Cik Nurhuda Bt. Sajuri selaku Bendahari PIBG membentangkan Penyata
Kewangan PIBG yang berakhir 31 Disember 2018 dengan merujuk halaman
25 hingga 29 buku Mesyuarat Agung PIBG SMK Kajang Utama Kali ke-17
sesi 2018/2019.
Makluman

4.2.2 Baki sumbangan PIBG pada 1 Januari 2018 adalah sebanyak RM 9 506.31
dan jumlah pendapatan sehingga Disember 2018 ialah RM 48 056.31.
Perbelanjaan PIBG adalah sebanyak RM 38 468.56. Lebihan pendapatan
berakhir pada Disember 2018 adalah berjumlah RM 9 587.75.
Makluman

4.2.3 Bendahari menyatakan terdapat lampiran 3 (nota) disertakan bagi setiap
perbelanjaan yang dibuat.
Makluman

4.2.4 Bendahari juga memaklumkan penyata kewangan Majlis Makan Malam Amal
yang telah berlangsung pada tahun 2016 akan ditutup. Baki lebihan
pendapatan Majlis Makan Malam Amal yang berakhir pada 31 Disember 2018
yang berjumlah RM 6 608.60 akan dihabiskan untuk membetulkan pagar
sekolah yang rosak akibat pemotongan pokok atau semasa “clean up”
dijalankan. Harga membaiki pagar berjumlah RM 12 000.00 dan baki dari
jumlah ini akan mohon sumbangan lain.
Makluman

4.2.5 Wakil Ibu bapa iaitu En. Azrul Izham telah mencadangkan agar jumlah
pendapatan sumbangan PIBG dari Januari hingga Disember dinyatakan
jumlah keseluruhannya pada penyata kewangan.
Tindakan: Bendahari
6

4.2.6 Laporan kewangan PIBG yang berakhir 31 Disember 2018 telah disahkan
oleh En. Mohd Azman Bin Mahmud dan disokong oleh En. Azrul Izham Bin
Hamzah.
Makluman


4.3 PEMBUBARAN AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2018/2019

4.3.1 Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2018/2019 telah dibubarkan secara rasmi oleh
Yang DiPertua PIBG 2018/2019 iaitu En. Ibrahim bin Martibi.


4.4 PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN KEPADA JAWATANKUASA PIBG
SESI 2018/2019

4.4.1 Pn. Hjh. Norehan Binti Haji Abdul Sani, Pengetua SMK Kajang Utama telah
menyampaikan sijil penghargaan dan cenderahati kepada semua AJK PIBG
sesi 2018/2019.


4.5 PELANTIKAN AJK PIBG SMK KAJANG UTAMA SESI 2019/2020

4.5.1 En. Mohd Rafi Bin Abd Latif telah dilantik sebagai pengerusi sementara.
4.5.2 Ahli Jawatankuasa PIBG yang telah dilantik bagi sesi 2019/2020 adalah
seperti berikut :


Yang DiPertua En.Ibrahim bin Martibi

Naib Yang DiPertua En. Mohd Azman bin Mahmud @ Bahari

Setiausaha Pn. Siti Haslinda binti Mohd Ghani

Bendahari Pn. Shafiza Binti Zakaria

AJK (Ibu Bapa) En. Rostam bin Salleh
En. Parameswaran a/l Subramaniam
En. Prof. Dr. Balakrishnan a/l Parasuraman
En. Abdul Razak Bin Mia
En. Rizal Bin Abdul Rashid

AJK (Guru) En. Zainul Alam bin Yaakub
En. Mohammad Zulfadhli bin Leong Abdullah
Pn. Farah Dianna binti Mahfol
Pn. Normah binti Abdullah
Pn. Hamizah Binti Abu Bakar


Juruaudit Dalaman Pn. Zarimah binti Zakaria (Ibu Bapa)
Pn. Razalina binti Ab. Razak (Guru)


7

4.5.3 En. Ibrahim Bin Martibi selaku Yang DiPertua PIBG SMK Kajang Utama bagi
sesi 2019/2020, mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa kerana
telah memberi sepenuh kepercayaan kepada beliau untuk menerajui PIBG
SMKKU kali ini. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada semua AJK PIBG
sesi 2019/2020 yang terpilih serta yang masih kekal.
Makluman


4.6 PEMBENTANGAN USUL

4.6.1 Mesyuarat telah sebulat suara bersetuju dan meluluskan usul pentadbir
bagi bidang Akademik dan Hal Ehwal Murid iaitu:

4.6.1.1 Bayaran Program Peningkatan Prestasi untuk setiap murid
Tingkatan 3 dan Tingkatan 5 sebanyak RM120.00.

4.6.1.2 Bayaran Program Peningkatan Prestasi untuk setiap murid
Tingkatan 1, Tingkatan 2 dan Tingkatan 4 sebanyak RM40.00.

4.6.1.3 Bayaran Program Kelas Rancangan Khas murid Tingkatan 2
dan Tingkatan 3 sebanyak RM200.00.

4.6.1.4 Bayaran Majlis Graduasi 2018 untuk setiap murid sebanyak
RM70.00.

4.6.1.5 Sumbangan kertas A4 (70gsm) jenama IK Yellow sekurang-
kurangnya 1 rim bagi setiap murid atau sumbangan tunai
RM10.00 @ 1 rim.

4.6.1.6 Bayaran Majalah Sekolah untuk setiap keluarga sebanyak
RM15.00.

4.6.1.7 Sumbangan untuk keceriaan kelas daripada setiap murid
sebanyak RM5.00.

4.6.1.8 Bayaran sumbangan ibu bapa atau penjaga PPKI untuk Badan
Kebajikan Pendidikan Khas berjumlah RM 10.00 sebulan.

4.6.1.9 Bayaran aktiviti terapi boling dan terapi renang akan
dikenakan sebanyak RM 10 untuk sekali sesi bagi murid
pendidikan khas yang menyertai terapi tersebut.

4.6.1.10 Bayaran sebanyak RM 25 untuk sekali sesi bagi murid
pendidikan khas yang ingin menyertai terapi berkuda.

4.6.1.11 Bayaran Terapi Multisensori sebanyak RM 30 untuk murid
pendidikan khas yang menyertainya.

4.6.1.12 Bayaran lawatan penanda aras pendidikan khas SMK Kajang
Utama ke Bandung sebanyak RM 1000.
Tindakan: Pentadbir


8

4.6.2 Mesyuarat juga telah sebulat suara bersetuju dan meluluskan usul PIBG
iaitu mengekalkan sumbangan PIBG sebanyak RM50 bagi setiap keluarga.
Tindakan: Bendahari

4.6.3 Akibat kekangan masa, mesyuarat dengan sebulat suara bersetuju memberi
kepercayaan kepada barisan Jawatankuasa PIBG yang baru dilantik untuk
membawa usul ibu bapa dalam mesyuarat Jawatankuasa dalam masa terdekat.
Makluman


5. HAL-HAL LAIN

Tiada hal-hal lain


6. UCAPAN PENANGGUHAN

6.1 En. Ibrahim Bin Martibi, YDP PIBG sesi 2019/2020 merakamkan ucapan terima
kasih kepada semua yang berada di dalam dewan kerana telah hadir pada
mesyuarat agung kali ke-17 ini. Segala usul ibu bapa akan dibawa berbincang
pada mesyuarat AJK pertama nanti.

6.2 Mesyuarat Agung PIBG kali ke-17 sesi 2019/2020 ditangguhkan pada jam 10.45
pagi.




Urus Setia

Setiausaha

Tarikh : 11 Februari 2019





















9

Lampiran 1

4.3 Pembentangan Usul PIBG sesi 2018/2019

4.3.1 Usul Pn. Rosniza Bt Selamat mencadangkan aktiviti riadah seperti
renang, boling, berkuda dan memanah lebih kerap serta mengadakan
kelas mengaji al-Quran yang dikendalikan oleh ustaz yang mahir.

- Pn. Nor Intan Binti Ismail selaku GPK Pendidikan khas telah
memaklumkan bahawa aktivit terapi tersebut memang ada dan pendidikan
khas tiada masalah mengenai kelas mengaji tersebut.
Makluman

4.3.2 Usul En.Nazarudin B. Abas iaitu bawa buku terlalu banyak menyebabkan
beg berat.

- Pengetua memaklumkan memang ada loker simpanan buku di pusat
sumber tetapi tidak banyak dan caj yang dikenakan ialah RM 1 sehari.
Untuk sewa loker tersebut bergantung dengan budi bicara guru kelas.
Makluman

4.3.3 Usul Pn. Noor Shahida Binti Ani ialah meminta agar penyerahan kad
laporan murid jangan dibuat pada hari kerja. Beliau juga meminta agar
diadakan aktiviti selepas peperiksaan akhir tahun. Contoh bermain bola
sepak, berbalas pantun dan bersyair.

- Mengenai penyerahan kad laporan murid pada hujung minggu akan
dibincangkan dengan pentadbir.
Tindakan: Pentadbir


- Manakala aktiviti selepas peperiksaan memang pihak sekolah sediakan.
Makluman

4.3.4 Usul En. Mohamad Abiddin iaitu menyediakan pengawal keselamatan
bantu kawal lalu lintas diwaktu pagi dan meminta untuk pihak sekolah
membuat teguran kepada ibu bapa agar mengikut giliran semasa
menghantar anak di waktu pagi bukan memotong laluan bagi
mengelakkan kesesakan jalan.

- Pengetua memaklumkan setiap tahun mesti ada permintaan untuk
menyediakan pengawal keselamatan untuk menjaga lalu lintas. Ini boleh
dibincangkan dan perlu perhatian kerana ia memerlukan peruntukan dari
PIBG untuk membayar upah pengawal keselamatan diluar kawasan
sekolah.

Tindakan: Pengetua, YDP

- YDP telah memaklumkan beliau telah membuat cadangan untuk membuat
satu lorong untuk ibu bapa menghantar anak dan cadangan itu telah
dihantar kepada MPKJ. Beliau masih menunggu respon dari MPKJ.


Tindakan: YDP
10

4.3.5 Usul En. Nor Azman Bin Haidin dan Pn.Rohana Binti Zakaria iaitu
pindahkan tandas perempuan ke tingkat 2 bersebelahan dengan surau
untuk murid sesi pagi.
- Pengetua memaklumkan perkara ini dah selesai.
Makluman

4.3.6 Usul Pn. Zarina Binti Jalil pula berharap makanan di kantin setiap hari
dapat bertukar-tukar menu.

- Pengetua memaklumkan sudah ada menu tambahan di kantin iaitu roti
canai dan pemantuan akan diuruskan oleh pihak sekolah.
Makluman

4.3.7 Usul Pn. Roslinawati Bt. Samad mengenai yuran yang tinggi.

- Pengetua memaklumkan tiada yuran lagi yang dikenakan kecuali yuran
prestasi tinggi untuk murid tingkatan 3 dan 5. Kutipan itu dipersetujui
semasa mesyuarat agung.
Makluman

4.3.8 Usul Pn. Norazila Binti Mohammad mencadangkan agar diwujudkan
WhatsApp Group setiap kelas melalui guru kelas bagi memudahkan
sebarang maklumat disampaikan kepada ibu bapa.

- Pengetua memaklumkan sudah diwujudkan telegram satu hala sahaja
untuk semua ibu bapa penjaga dan di dalam kelas juga telah ada
WhatsApp dua hala diantara guru kelas dengan ibu bapa.

Makluman

4.3.9 Usul Pn. Linawati @ Lina Bt. Adiman ialah meminta pemantauan berkala
perlu dilaksanakan di kantin sekolah dari segi kebersihan kawasan kantin,
penyediaan makanan, pekerja, peralatan memasak dan makanan yang
dijual adakah mematuhi peraturan dan perjanjian kantin. Usul kedua pula
ialah kelengkapan tandas murid terutamanya sabun tidak disediakan dan
pemantauan kebersihan tandas perlu diberi perhatian.

- Pengetua memaklumkan memang dah ada pemantauan berkala di kantin.
Kelengkapan tandas seperti sabun memang ada cuma perlu pemantauan
sebab sabun biasa hilang dan tandas memang dicuci 3 kali sehari untuk
memastikan tandas sentiasa bersih.

Makluman

4.3.10 Usul Pn. Salmi Bt. Jaafar pula ialah mencadangkan mutu kantin dibaik
pulih dan harga ditetapkan bersesuaian dengan belanja harian pelajar.
Usul kedua pula ialah tandas diselanggara mingguan untuk memberi
keselesaan kepada murid-murid.

- Pengetua memaklumkan perkara ini telah dilaksanakan.

Makluman
11

4.3.12 Usul En.Rosli Suyot mencadangkan agar membuat t-shirt PJK/sukan bagi
pelajar perempuan dengan t-shirt muslimah(labuh).

- Pengetua memaklumkan telah dibuat baju tersebut.

Makluman

4.3.13 Usul Pn. Hasniza Binti Haron memohon pihak sekolah meneliti @
mengkaji balik keperluan peralatan sekolah dan buku-buku pelajar yang
penting dan perlu sahaja.

- Pengetua memaklumkan sekolah telah menyediakan senarai untuk
membeli buku dan peralatan.

Makluman

4.3.14 Usul Siti Aida Bt. Yusoff bertanyakan mengenai saham koperasi yang
berjumlah RM12.00 yang dikenakan kepada setiap pelajar dan apakah
faedah-faedah yang pelajar perolehi dari saham tersebut.


- Pengetua memaklumkan bahawa setiap warga SMK KU tingkatan 1
automatik akan jadi ahli koperasi dengan bayaran RM10.00 dan RM2.00
untuk pendaftaran. Bayaran itu hanya dibayar sekali sahaja sepanjang
murid-murid tersebut berada di SMK KU. Murid tingkatan 5 yang telah
tamat persekolahan akan dibagi dividen kepada mereka.

Makluman

4.3.15 Usul Pn. Natasha Binti Azmi yang meminta selaraskan waktu balik
persekolahan sama seperti sekolah rendah bagi memudahkan ibu bapa
mengatur perjalanan anak-anak.


- Pengetua memaklumkan waktu balik murid pada waktu petang adalah
sama dengan murid sekolah rendah iaitu pada pukul 6.40.

Usul kedua Pn. Natasha Binti Azmi ialah menyemak kembali harga
makanan di kantin agar mampu dibeli oleh pelajar serta memastikan tahap
kebersihan terjaga.

- Pengetua memaklumkan pihak sekolah memang membuat pemantauan
terhadap harga, kualiti makanan dan tahap kebersihan kantin.

Makluman

4.3.16 En. Norpahizan Bin Mustapa mengusulkan agar memberi kelas tambahan
kepada murid yang akan menduduki PT3 dan SPM.

- Pengetua memaklumkan pihak sekolah sedang menguruskan kelas
tambahan tersebut.

Makluman




12

Usul kedua En. Norpahizan ialah memohon pihak sekolah menyediakan
pengawal lalu lintas di sesi pagi dan petang persekolahan (masuk dan
pulang)

- YDP memaklumkan perkara ini akan dibincangkan dalam mesyuarat PIBG
kerana perlu menyediakan token kepada pengawal lalu lintas tersebut.

Tindakan: Pengetua & YDP

4.3.17 Usul En. Azman Bin Che Omar ialah menyatakan bahawa nasi goreng
yang mahal dan kuah sambal yang sikit jika makcik kantin letakkan.

Makluman

Usul kedua En. Azman ialah berharap ada tandas yang bersih dan pintu
sudah tercabut dan kunci selak di pintu tandas rosak dibaiki.
- Pengetua memaklumkan semua pintu tandas sudah dibaik pulih pada
penghujung 2018 tetapi pada awal Januari 2019 kebanyakan pintu tandas
sudah rosak dan tiada. Jadi untuk cuba mengatasi masalah tersebut pihak
sekolah memasang pintu tandas besi tetapi kosnya agak tinggi iaitu
RM800.00 untuk satu pintu.

Makluman




































13

Lampiran 2



















































































14

15

16

17

18

19

LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN
PERSATUAN IBU BAPA - GURU
SMK KAJANG UTAMA
43000, KAJANG, SELANGOR
SESI 2019/2020




1.0 PENDAHULUAN

Jawatankuasa PIBG sesi 2019/2020 telah berusaha sebaik mungkin melaksanakan
mandat yang telah diberikan untuk membantu pihak sekolah dalam apa jua aspek
terutama yang melibatkan murid-murid. Sehubungan itu, PIBG diharapkan akan terus
berperanan membantu pihak sekolah sama ada dari segi kewangan mahupun sokongan
moral dalam usaha merealisasikan visi sekolah untuk melahirkan insan cemerlang dari
segi intelek, kognitif, afektif, konatif dan sosial menjadi generasi yang dapat menjamin
kesejahteraan bangsa serta negara.


2.0 SUMBANGAN TAHUNAN

Ahli PIBG SMK Kajang Utama telah menyumbang sebanyak RM50.00(Ringgit
Malaysia : Lima Puluh Sahaja) setahun bagi setiap keluarga.

3.0 AKTIVITI DAN SUMBANGAN PIBG

3.1: Mesyuarat Jawatankuasa PIBG sesi 2019/2020
Mesyuarat Jawatankuasa PIBG 2019/2020 telah diadakansebanyak 4 kali mengikut
tarikh berikut:

TARIKH
Mesyuarat Mesyuarat Mesyuarat Mesyuarat
BIL NAMA JAWATAN
Pertama Kedua Ketiga Keempat
05.04.2019 12.07.2019 27.09.2019 14.02.2020
1. Pn.Hjh Norehan ∕ ∕ X BERPINDAH
Binti Hj Abdul Sani SEKOLAH
Tn.Hj Mohamad Ex-Officio ∕
Hanafiah Bin - - -
Baharuddin
2. En. Ibrahim Bin ∕
Martibi YDP ∕ ∕ ∕
3. En. Mohd Azman X X X
Bin Mahmud @ NYDP ∕
Bahari
4. Pn. Siti Haslinda ∕
Binti Mohd Ghani Setiausaha ∕ ∕ ∕
5. Pn. Shafiza Binti Bendahari
Zakaria ∕ X ∕ ∕
6. Profesor AJK X
Dr.Balakrishnan ∕ ∕ ∕
A/L Parasuraman Ibu Bapa
20

TARIKH
Mesyuarat Mesyuarat Mesyuarat Mesyuarat
BIL NAMA JAWATAN
Pertama Kedua Ketiga Keempat
05.04.2019 12.07.2019 27.09.2019 14.02.2020
7. En. Rostam Bin AJK X
Salleh Ibu Bapa ∕ ∕ ∕
8. En. Abdul Razak AJK
B. Mia Ibu Bapa ∕ ∕ ∕ X
9. En. AJK
Parameswaran ∕ ∕ X X
A/L Subramaniam Ibu Bapa
10 En. Rizal B. Abdul AJK X
Rashid Ibu Bapa X ∕ X
11. En. Zainul ‘Alam AJK (Guru) BERPINDAH BERPINDAH BERPINDAH
Bin Yaakub X SEKOLAH SEKOLAH SEKOLAH
12. En. Mohammad
Zulfadhli B. Leong AJK (Guru) ∕ ∕ ∕ X
Abdullah
13. Pn. Normah Bt. AJK (Guru)
Abdullah ∕ ∕ ∕ ∕
14. Pn. Hamizah Bt. AJK (Guru)
Abu Bakar ∕ ∕ ∕ ∕
15. Pn. Farah Dianna AJK (Guru) X ∕ X ∕
BT. Mahfol


∕ HADIR

X TIDAK HADIR























21

3.2 Peruntukan Program HEM, Kurikulum, KoKurikulum dan PIBG.

BIL PROGRAM TARIKH CATATAN

1.
Program HEM

i) Program 3H 27 Februari 2019 Bayaran
(Help,Hope,Happines) penceramah


ii) Program Sahsiah 16 April 2019 Bayaran
Terbilang Insan penceramah
Cemerlang


iii) Program Menggilap 05 – 07 Julai 2019 Bayaran
Mutiara Pengawas pengangkutan


iv) Program Kem Jati Diri 03 - 05 Ogos 2019 Bayaran
Anak Wawasan pengangkutan


v) Program Guru 3 kali setahun: Hadiah Hari Lahir
Penyayang
i) 04 Mac 2019

ii) 11 September 2019

iii) 04 November 2019


vi) Hari Anugerah Kualiti 01 November 2019 Hadiah Anugerah
HEM

vii) Keceriaan Kamar
Selesa

2. Program Kurikulum
i) Majlis Tilawah Al-Quran 09 Mac 2019 Menampung kos
peringkat Daerah Hulu pengurusan majlis
Langat.

ii) Hari Anugerah 13 April 2019 Hadiah Anugerah
Kecemerlangan Kecemerlangan
Akademik murid

iii) Majlis Graduasi dan 28 September 2019 Menampung kos
Malam Memoir KU pengurusan majlis
Bersama PIBG
22

3. Program Kokurikulum
.
i) Program Kenaikan 21 – 22 Jun 2019 Bayaran
Pangkat Koperal / Lans Pengangkutan
Koperal


ii) Perkhemahan Perdana 24 – 25 Ogos 2019 Bayaran makan


4. Program PIBG
i) Mesyuarat Agung PIBG 26 Januari 2019
Kali ke-17

ii) Sumbangan Sambutan 13 Jun 2019 Majlis sambutan
Hari Guru & Jalinan bersama guru dan
Muhibah Aidilfitri murid.


ii) Mesyuarat Mac 2019 – Februari Membincangkan
Jawatankuasa PIBG 2020 Aktiviti PIBG.





4.0 PENUTUP


Adalah diharapkan semua aktiviti yang dijalankan telah membantu produktiviti dan
kecemerlangan dari segi akademik, sahsiah dan kokurikulum murid-murid. Semoga AJK
PIBG sesi 2020/2021 akan lebih proaktif dan berdaya saing dalam meningkatkan
kecemerlangan SMK Kajang Utama dalam pelbagai aspek.

















23

LAPORAN JURUAUDIT BEBAS DALAMAN KEPADA AHLI-AHLI PERSATUAN IBU
BAPA-GURU SMK KAJANG UTAMA, 43000 KAJANG, SELANGOR


LAPORAN KE ATAS PENYATA KEWANGAN

Kami telah mengaudit penyata penerimaan dan perbelanjaan Persatuan Ibu Bapa-Guru
(PIBG) SMK Kajang Utama, 43000 Kajang, Selangor bagi tahun kewangan berakhir 31
Disember 2019.


Tanggungjawab Ahli-ahli PIBG ke atas Penyata Kewangan

Ahli-ahli PIBG bertanggungjawab dalam penyediaan dan pembentangan penyata
penerimaan dan perbelanjaan yang saksama.


Tanggungjawab Juruaudit Bebas Dalaman

Tanggungjawab kami adalah untuk memberi pendapat ke atas penerimaan dan
perbelanjaan berdasarkan audit yang dilaksanakan. Kami telah melaksanakan
pengauditan kami menurut piawaian pengauditan yang diluluskan di Malaysia. Piawaian
tersebut mewajibkan kami mematuhi tuntutan etika di samping merancang dan
melaksanakan audit untuk memperoleh keyakinan yang munasabah sama ada atau tidak
penyata tersebut bebas daripada salah nyata yang ketara.

Kami percaya bahawa bukti audit yang kami peroleh adalah mencukupi dan bersesuaian
untuk memberikan asas yang munasabah untuk pendapat kami.


Pendapat

Pada pendapat kami, penyata penerimaan dan perbelanjaan tersebut telah disediakan
untuk memberikan gambaran yang benar dan saksama mengenai kedudukan kewangan
PIBG pada 31 Disember 2019.
















24

LAPORAN MENGENAI KEPERLUAN PERUNDANGAN DAN BADAN PENGAWASAN
LAIN

Kami juga melaporkan pada pendapat kami, rekod perakaunan dan rekod lain, serta
daftar yang wajib disimpan telah disimpan dengan sempurna.


HAL-HAL LAIN

Laporan ini disediakan hanya untuk ahli-ahli PIBG, sebagai satu badan, dan bukan untuk
sebarang tujuan yang lain. Kami tidak bertanggungjawab kepada mana-mana pihak lain
untuk kandungan laporan ini.


PERNYATAAN AHLI-AHLI PERSATUAN IBU BAPA-GURU SMK KAJANG UTAMA,
43000 KAJANG, SELANGOR

Kami, dua orang dari Ahli Persatuan Ibu Bapa-Guru (PIBG) SMK Kajang Utama, 43000
Kajang Selangor menyatakan, pada pendapat kami penyata penerimaan dan
perbelanjaan yang di bentangkan telah disediakan untuk memberi pandangan yang
benar dan saksama mengenai kedudukan kewangan PIBG pada 31 Disember 2019 serta
aliran tunai bagi tahun kewangan tersebut.


Bagi pihak PIBG, menurut resolusi Ahli-ahli PIBG,






Pn. Zarimah Binti Zakaria Pn. Norliah Binti Ahmad
Juruaudit Bebas Dalaman Juruaudit Bebas Dalaman






14 Februari 2020
Ditandatangani di Kajang, Selangor Darul Ehsan pada ……………………….…











25

PENYATA KEWANGAN
PERSATUAN IBU BAPA-GURU
SMK KAJANG UTAMA
43000 KAJANG, SELANGOR
BERAKHIR 31 DISEMBER 2019


PERKARA NOTA JUMLAH JUMLAH JUMLAH
(RM) (RM) (RM)
Baki sumbangan pada 1 Jan 2019 9587.75
Tunai di tangan 600

PENDAPATAN

Sumbangan PIBG Jan 7,400.00
Sumbangan PIBG Feb 9,100.00
Sumbangan PIBG Mac 1,850.00

Sumbangan PIBG April 3,850.00
Sumbangan PIBG Mei 1,350.00
Sumbangan PIBG Jun 550.00
Sumbangan PIBG Julai 2,550.00
Sumbangan PIBG Ogos 950.00
Sumbangan PIBG September 3,300.00
Sumbangan PIBG Oktober 3,775.00
Sumbangan PIBG November 4,300.00
Sumbangan PIBG Disember 1,300.00
40,275.00
JUMLAH PENDAPATAN 50,462.75
(-) PERBELANJAAN

PIBG
Bahan Fotostat 271.10
Banner Mesyuarat Agung PIBG 251.00

Jamuan AJK PIBG Mesyuarat 4/18 63.00
Buku tunai 2018 31.50
Hadiah AJK PIBG 2018/2019 360.00
Buku Program Mesyuarat Agung 662.50
2018/2019
Jamuan Mesyuarat Agung PIBG 1,500.00
2018/2019
Sumbangan untuk Majlis Makan Malam 200.00
SMK Perimbun
Sumbangan untuk Majlis Makan Malam 100.00
SK Bangi

26

Pembelian Buku Resit PIBG/2019 650.00
Pembelian Buku Resit PIBG/2020 580.00

Sumbangan Jamuan Hari Raya 1 1,200.00
Jamuan AJK PIBG Mesyuarat 1/19 120.00
Jamuan AJK PIBG Mesyuarat 2/19 99.00
Jamuan AJK PIBG Mesyuarat 3/19 105.00


6,193.10

KURIKULUM
Pembayaran aSc Time Table Advance 2 2,990.00
Edition
Program Melakar Impian, 500.00
Merealisasikan Harapan Tingkatan 5
2019
Naik Taraf Sanggar Bahasa-Pemasangan 3 5,000.00
Aircond danTV
MajlisAnugerahCemerlang 4 7,215.00

Majlis Tilawah Al Quran 500.00

Majlis Graduasi dan Malam MemoirKU 5 2,000.00
2019
Tuisyen Rakyat (Makanan Murid) 6 1,040.00

Tuisyen Rakyat (Makanan Murid) 2,520.00
Tuisyen Rakyat (Makanan Murid) 1,440.00
Solat Hajat Perdana 7 680.00
Sarapan PT3 8 500.00

Sarapan SPM 9 1,000.00
Teknik Menjawab SPM 10 500.00

25,885.00
HEM

Hari Kualiti HEM 11 1,000.00
Kem Kepimpinan Muda(bas) 12 2,400.00

Program Amalan Guru Penyayang 13 1,000.00
Program Kem Jati Diri Anak Wawasan 14 1,200.00
Program 3H 15 100.00
Program Sahsiah Terbilang Insan 16 300.00
Cemerlang
Menceriakan Kamar Selesa Murid 17 500.00
Pengangkutan murid ke UKM di bawah 18 500.00
kelolaan UBK
7,000.00

27

KOKURIKULUM
Perkhemahan Perdana 19 1,000.00
Sumbangan kepada Program kenaikan 20 500.00
pangkat koperal/lans koperal KRS

1,500.00
LAIN-LAIN
Faedah Bank 139.20

Hadiah Perpisahan Pn. Norehan 150.00
Pembangunan Pusat Sumber 21 5,000.00 5,289.20


JUMLAH PERBELANJAAN 45,867.30
Lebihan Pendapatan Berakhir 31
Disember 2019
Tunai di bank 3,295.45
Tunai di tangan 1,300.00
Jumlah 4,595.45


Disediakan Oleh : Disemak Oleh : Disemak Oleh :



Shafiza bt Zakaria Norliah bt Ahmad Zarimah bt Zakaria
Bendahari PIBG Juruaudit PIBG Juruaudit PIBG
SMK Kajang Utama SMK Kajang Utama SMK Kajang Utama






















28

LAMPIRAN 3 (NOTA PENYATA KEWANGAN)

1 Jamuan Hari Raya
Sumbangan melibatkan semua murid perdana dan PPKI dari tingkatan 1 hingga
tingkatan 5.

2 Pembayaran aSc Time Table Advance Edition
Sumbangan pembelian sistem jadual waktu kelas dan guru yang lebih efisien.

3 Naik Taraf Sanggar Bahasa-Pemasangan Aircond dan TV
Sumbangan alat penghawa dingin dan TV untuk kegunaan bilik Sanggar Bahasa.

4 Majlis Anugerah Cemerlang
Sumbangan melibatkan semua murid perdana dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5 dan
PPKI.

5 Majlis Graduasi dan Malam MemoirKU 2019
Sumbangan melibatkan semua murid tingkatan 5 yang lulus dalam peperiksaan.

6 Tuisyen Rakyat (Makanan Murid)
Sumbangan melibatkan 60 murid tingkatan 5 yang terlibat dengan Tuisyen Rakyat
bermula dari bulan April hingga Oktober bagi 5 mata pelajaran teras.

7 Solat Hajat Perdana
Sumbangan melibatkan semua murid Islam perdana dan PPKI untuk tingkatan 3 dan 5
yang bakal menghadapi peperiksaan.

8 Sarapan PT3
Sumbangan ini bersama sumbangan guru melibatkan semua murid tingkatan 3 setiap hari
selama hari peperiksaan.

9 Sarapan SPM
Sumbangan ini bersama sumbangan guru melibatkan semua murid tingkatan 5 setiap hari
selama hari peperiksaan.

10 Teknik Menjawab SPM
Sumbangan kepada penceramah bagi beberapa mata pelajaran selama beberapa minggu.

11 Hari Kualiti HEM
Melibatkan penghargaan kepada murid cemerlang perdana dan PPKI dalam pelbagai aspek
seperti anugerah Murid Penampilan Kemas dari Tingkatan 1 hingga 5.

12 Kem Kepimpinan Muda (bas)
Sumbangan melibatkan 120 orang pengawas sekolah dari Tingkatan 1 dan 5.

13 Program Amalan Guru Penyayang
Anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling melibatkan semua murid.

14 Program Kem Jati Diri Anak Wawasan
Anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling melibatkan murid lelaki yang terpilih untuk
membendung masalah sosial dalam kalangan remaja.
29

15 Program 3H
Program bertemakan Help, Hope dan Happiness ini dijalankan untuk membantu
membentuk peribadi dan akhlak mulia bagi murid Tingkatan 1 dan 2.

16 Program Sahsiah Terbilang Insan Cemerlang
Program ini melibatkan murid tingkatan 1 hingga 5 dengan kerjasama Unit Bimbingan dan
Kaunseling.

17 Menceriakan Kamar Selesa Murid
Sumbangan bagi membaiki fasiliti yang rosak seperti pintu dan lain-lain.

18 Pengangkutan Murid ke UKM di bawah kelolaan UBK
Sumbangan pengangkutan murid untuk program motivasi anjuran UKM dengan
kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling.

19 Perkhemahan Perdana
Perkhemahan melibatkan 16 orang murid bagi setiap Unit Badan Beruniform.

20 Kursus Kenaikan Pangkat Koperal dan Lans Koperal KRS
Kursus pemakaian pangkat Koperal dan Lans Koperal bagi unit Kadet Remaja Sekolah
melibatkan 45 murid selama 2 hari 1 malam di SMKKU.

21 Pembangunan Pusat Sumber
Sumbangan kepada pembangunan pusat sumber termasuk pembelian 3 buah komputer, 3
buah meja komputer, cat dan langsir.
























30

USUL MESYUARAT AGUNG
PERSATUAN IBU BAPA - GURU
SMK KAJANG UTAMA
KALI KE-18
SESI 2019/2020


USUL PENTADBIR :

BIL BIDANG PERKARA TINDAKAN

1. Akademik I. Sumbangan bayaran Program
Peningkatan Prestasi untuk setiap murid
Tingkatan 3 dan Tingkatan 5 sebanyak
RM120.00.

RM 20.00 (Motivasi)
RM 20.00 (Teknik Menjawab Soalan)
RM 80.00 (Program Peningkatan)
RM 120.00

II. Sumbangan bayaran Program
Peningkatan Prestasi untuk setiap murid
Tingkatan 1, Tingkatan 2 dan Tingkatan 4
sebanyak RM40.00.

RM 35.00 (Program Peningkatan)
RM 5.00 (Motivasi)
RM 40.00

III. Sumbangan kertas A4 (70gsm) jenama IK
Yellow sekurang-kurangnya 1 rim bagi
setiap murid ATAU sumbangan tunai
RM10.00 @ 1 rim.

IV. Membuka Kelas Aliran Agama (KAA)
Tingkatan 1 pada tahun 2021.

V. Pembukaan Kelas Sains Komputer
Tingkatan 4 pada tahun 2021.

VI. Menubuhkan Jawatankuasa penaja
pembinaan surau sekolah.

VII. Sumbangan bayaran Majlis Graduasi
sebanyak RM100.00 untuk murid
tingkatan 5 yang layak dan berminat serta
untuk murid pendidikan khas yang akan
tamat persekolahan nanti.


31

VIII. Sumbangan bayaran Kem Peningkatan
Ilmu sebanyak RM50.00 untuk murid
tingkatan 3 dan 5 bagi yang berminat.

IX. Kem High Immersive Program (HIP) untuk
murid Tingkatan 3 yang berminat sahaja
sebanyak RM70.00.

X. Pembelian kalkulator saintifik MS570
untuk semua murid.


2. Hal Ehwal I. Bayaran Majalah Sekolah untuk setiap
Murid keluarga sebanyak RM15.00.

II. Sumbangan untuk Keceriaan Kelas
daripada setiap murid sebanyak RM5.00.

III. Sumbangan bayaran sebanyak RM 35.00
untuk Program Peningkatan Sahsiah
(Kem Jati Diri) bagi murid yang terlibat
sahaja.

IV. Sumbangan bayaran sebanyak RM
110.00 untuk Program Kepimpinan Muda
bagi murid yang terlibat.

V. Sumbangan bayaran sebanyak RM
100.00 untuk Program “Road To
University” bagi murid yang terlibat.

VI. Sumbangan bayaran sebanyak RM 5.00
untuk Kursus Ketua Tingkatan.

VII. Sumbangan bayaran sebanyak RM 15.00
untuk Kursus PRS Tahap Bongsu.

VIII. Sumbangan bayaran Kursus PRS Daerah:
- PRS Tahap Sulong RM 180.00
- PRS Tahap Muda RM 100.00

IX. Sumbangan bayaran sebanyak RM 50.00
untuk Program Khemah Ibadat.

X. Sumbangan bayaran untuk Program Post
PAT dan PT3:
- Lawatan ke Melaka RM 30.00
- Lawatan ke Pusat Sains Negara RM
15.00.
- Lawatan ke Pusat Percetakan RM
15.00.
32

3. Kokurikulum I. Sumbangan bayaran sebanyak RM50.00
untuk Program Perkhemahan Perdana
bagi murid unit beruniform yang terlibat.

II. Sumbangan bayaran sebanyak RM10.00
untuk Program Kawad Kaki bagi semua
murid unit beruniform yang terlibat.

III. Sumbangan bayaran sebanyak RM 5.00
untuk Kursus Kepimpinan Kokurikulum
bagi murid yang terlibat sahaja.


4. Pendidikan I. Sumbangan bayaran ibu bapa atau
Khas penjaga PPKI untuk Badan Kebajikan
Pendidikan Khas berjumlah RM 10.00
sebulan.

II. Sumbangan bayaran sebanyak RM 20.00
untuk pembelian buku tulis murid PPKI.

III. Sumbangan bayaran sebanyak RM20.00
untuk murid pendidikan khas yang
menyertai 2 sesi terapi boling.

IV. Sumbangan bayaran terapi berkuda
sebanyak RM40.00 untuk setiap murid
pendidikan khas yang menyertai 2 sesi
terapi tersebut.

V. Sumbangan bayaran terapi renang
sebanyak RM20.00 untuk murid
pendidikan khas yang menyertai 2 sesi
terapi renang.

VI. Sumbangan bayaran sebanyak RM30.00
untuk murid pendidikan khas yang
menyertai terapi multisensori.

VII. Sumbangan bayaran sebanyak
RM800.00 untuk murid pendidikan khas
yang berminat menyertai Lawatan
Penanda Arasan ke Sabah.







33

USUL PIBG :

NAMA
BIL PERKARA TINDAKAN
PENCADANG

1. YDP PIBG I. Sumbangan PIBG daripada setiap
keluarga sebanyak RM50.00.


USUL IBU BAPA:

NAMA
BIL PERKARA TINDAKAN
PENCADANG
1. Pn. P.Sathya Pada awal
persekolahan buku
teks tidak mencukupi
Buku teks tingkatan 1 yang diterima kerana jumlah buku
2. En. Mohd Rashid anak tidak mencukupi. teks yang dihantar
B. Abdullah mengikut bilangan
kuota murid tahun
lepas. Namun,
masalah tersebut
telah selesai. Semua
murid telah dapat
buku teks yang
lengkap.
3. En. Zamri B. Hari Jumaat tak sepatutnya 2.15 PK Petang
Muhamed petang masuk kelas. Anak-anak menjelaskan tiada
pergi solat Jumaat ditulis nama laporan nama murid
kerana lewat. diambil. Hari Jumaat
murid perlu hadir
pada 2.20 petang.
4. Pn. Agnes i. Kalau ada kes buli diantara i. Setiap masalah
pelajar, apakah tindakan yang disiplin akan dibawa
dibuat pihak sekolah ke atas ke lembaga disiplin
pelajar pembuli? dan siasat kes
tersebut.
ii. Masa untuk kelab permainan ii. Arahan masa untuk
dikurangkan dari 3 jam ke 1 jam 30 jalankan aktiviti
minit. Bagi saya waktu permainan kokurikulum telah
sampai 3 jam amat meletihkan termaktub dalam
pelajar, sebelum mereka masuk perkeliling dan tidak
kelas pada waktu petang. boleh diubah.

5. En. Muhammad Memohon “bumper’ untuk Isu ini akan dibawa
Zaid B. Md. Yasir memperlahankan kenderaan bagi untuk dilaksanakan
tujuan keselamatan murid-murid oleh AJK 2020/2021
semasa pulang dari surau (solat untuk mengajukan
Jumaat) ke SMK Kajang Utama. permohonan kepada
MPKJ.

34

6, Pn. Suhaida Bt. Cara pembelajaran yang sama bagi Tiada perbezaan.
Ismail semua murid. Anak tingkatan 1 Semua murid diajar
Akrab. sama.


7. En. Chandra Kala Semasa murid-murid sesi petang Perbincangan untuk
Polamarasetty balik harap adakan pengawal pelaksanaan akan
keselamatan untuk mengawasi dilakukan bersama
keadaan. syarikat keselamatan.
8. En. Mohd i. Tandas pelajar perempuan i. Telah diambil
Raihemi Bin diberikan lebih perhatian contohnya tindakan. Semua
Sulaiman kunci pada pintu setiap tandas selak plastik yang
dipastikan berfungsi. sebelum ini banyak
rosak telah diganti
dengan selak besi.
ii. Dicadangkan untuk ii. Telah berbincang
diperbanyakkan lagi menu di kantin dengan pihak kantin.
sekolah / lebihkan lagi kuantiti Minta dilebihkan nasi
sesuatu menu agar pelajar dan pada hari Rabu
mendapat bekalan makanan yang (aktiviti kokurikulum)
mencukupi. minta kantin buat
promosi nasi bajet.
Pn. Edura Bt. Membina / membuat tandas di Setiap blok ada
9. Abdul Manan setiap blok akademik / kelas. kamar selesa tapi
pihak sekolah tidak
buka sepenuhnya
kerana untuk kawalan
murid dan
penyelenggaraan
kamar selesa
tersebut.
Pn. Siti Atikah Bt. Membuat baju sukan muslimah Telah diambil
10. Ab Karim bagi perempuan. tindakan.



Pn. Faridah Bt. Perbaiki kipas di dalam kelas. Semua kipas
11. Jaafar berfungsi dengan
baik.

Pn. Jahilawati Bt. Makanan di kantin tidak berbaloi Perbincangan
12. Abdul Jalir dengan harga dengan pengusaha
kantin sentiasa
dilakukan dan
Pn. Zarina Bt. Jalil i. Ayam kecil tapi mahal dan penambahbaikan
13. @ Mustafa buatlah besar sikit. berterusan akan
dilakukan.
ii. Makanan yang mahal tapi
kuantitinya sikit. Air kurang manis
dan kekadang tawar.




35

AHLI JAWATANKUASA
PERSATUAN IBU BAPA - GURU
SMK KAJANG UTAMA
43000, KAJANG, SELANGOR
SESI 2020/2021




Ex-officio : Tn. Haji Mohamad Hanafiah B. Baharuddin

Yang Dipertua : ________________________________

Naib Yang Dipertua : ________________________________

Setiausaha : En.Mohammad Zulfadhli b. Leong Abdullah

Bendahari : Pn. Shafiza bt Zakaria

AJK (Ibu Bapa) : ________________________________

________________________________

________________________________

________________________________

________________________________


AJK (Guru) : Pn. Normah bt. Omar
Pn. Farah Dianna bt. Mahfol
Pn. Zaiton bt. Hassan
Pn. Nur Fadhuha bt. Abdul Ghani
Pn. Norliah bt. Ahmad



Juruaudit Dalaman : _________________________ (ibu bapa)
Pn. Nur Hidaya bt. Sarbini (guru)








36

PENGHARGAAN




Tuan Haji Mohamad Hanafiah Bin Baharuddin
Pengetua
SMK Kajang Utama


Encik Ibrahim Bin Martibi
Yang DiPertua PIBG
SMK Kajang Utama


YB Tuan Haji Mazwan Bin Johar
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN ) Kawasan Sungai Ramal

Ahli-Ahli Jawatankuasa PIBG


Para Ibu Bapa

Guru-Guru




















37

CATATAN








































































38

39


Click to View FlipBook Version
Previous Book
เขื่อนลำตะคองน่ารู้
Next Book
Mesyuarat Agung PIBG SKCC 2020