The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MINIT MESYUARAT 3 MPKK ada sign to PDF

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zulhakshida, 2019-01-22 07:28:46

MINIT MESYUARAT MPKK TTU BIL 2/18

MINIT MESYUARAT 3 MPKK ada sign to PDF

1

MINIT MESYUARAT MAJLIS PENGURUSAN KOMUNITI KAMPUNG (MPKK)
TAMAN TASIK UTAMA
BIL. 3/2018

Tarikh : 28 hb Disember 2018
Hari : Jumaat

Masa : 9.15 malam
Tempat : Balairaya MPKK Taman Tasik Utama

Kehadiran : - Pengerusi
- Setiausaha
1. En. A. Rahman b. Suderlan - Biro Pengurusan Kewangan
2. En. Zulhakim b. Mohd Salleh - Biro Pendidikan dan Inovasi
3. En. Mohd Bashir b. Buta Khan - Biro Belia, Sukan dan NGO
4. En. Ahmad Idil b. Abdul Rahman - Biro Ekonomi dan Keusahawanan
5. En. Nurariff Luqman b. Zulkefli - Biro Pemantapan Spiritual
6. En. Irsyad Hakim b. Muhammad - Biro Hal Ehwal Wanita dan Keluarga
7. Ustaz Dr. Radzuan b. Nordin - Biro Infrastuktur dan Komunikasi
8. Pn. Nor Azah bt. Rahmat
9. Pn. Siti Salasiah bt. Sapuan

Tidak hadir : - Biro Keselamatan dan Kesihatan
- Biro Kebajikan dan Kesukarelawan
1. En. Mohd Akhir b. Mamat - Biro Pembangunan Prasarana
2. En. Lim Seng Yen - Biro Kesejahteraan dan Keceriaan
3. En. Mohd Khuzairi b. Mohzan
4. Pn. Chin Fong Mei

AGENDA TINDAKAN

BIL PERKARA
1.0 UCAPAN ALUAN PENGERUSI

1.1 Mesyuarat MPKK Taman Tasik Utama Bil 3 dimulakan pada jam Makluman
9.15 malam dengan pengerusi mesyuarat En. A Rahman b. Suderlan selaku
pengerusi MPKK Taman Tasik Utama mengucapkan ribuan terima kasih
kepada semua AJK yang sudi meluangkan masa untuk hadir ke mesyuarat
ini.

1.2 Pengerusi memaklumkan bahawa ini adalah merupakan mesyuarat Semua Biro
yang terakhir bagi tahun 2018 dan berharap agar AJK MPKK Taman Tasik
Utama akan terus memberi komitmen yang baik pada tahun 2019 yang
akan menjelang beberapa hari lagi.

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT BIL 2/2018

2.1.1 En. Mohd Bashir b. Buta Khan (Biro Pengurusan Kewangan) Setiausaha
mencadangkan agar Minit Mesyuarat MPKK Taman Tasik Utama Bil 2/2018
bertarikh 23 hb. November 2018 disahkan tanpa pindaan.

En. Nurariff Luqman b. Zulkefli (Biro Belia, Sukan dan NGO )menyokong
cadangan tersebut.

2

BIL PERKARA TINDAKAN
3.0 PERKARA BERBANGKIT

3.1 GOTONG ROYONG BALAIRAYA MPKK TTU

3.1.1 Mesyuarat bersetuju mengadakan aktiviti gotong royong balairaya Semua Biro
pada ketetapan berikut :

Program : Gotong Royong Balairaya MPKK TTU
Tarikh : 1 hb Januari 2019
Hari : Selasa
Jam : 8.00 pagi

3.1.2 Pengerusi memaklumkan aktiviti gotong royong ini menjadi aktiviti Makluman
yang pertama bagi tahun 2019. Gotong royong berskala lebih besar akan
ditentukan pada masa yang akan datang.

3.2 KEM IBADAH CUTI SEKOLAH

3.2.1 Pengerusi memaklumkan bahawa Kem Ibadah Cuti Sekolah telah Makluman
berjalan dengan jayanya dan mengucapka terimakasih kepada semua yang
terlibat terutamanya kepada AJK MPKK TTU iaitu Pn. Nor Azah.

3.2.2 Pengerusi juga memaklumkan bahawa program Kem Ibadah ini akan Makluman
menjadi aktiviti tahunan yang akan diadakan setiap tahun pada musim cuti
sekolah kerana maklumbalas yang diperolehi dari ibubapa peserta yang
terlibat adalah sangat positif.

3.3 PASAR MALAM

3.3.1 Setiausaha memaklumkan bahawa makluman berkenaan dengan Makluman
pasar malam ini telah dimaklumkan kepada pihak JAPERUN DUN Ayer
Keroh dan pihak mereka telah meminta minit mensyuarat yang
mengandungi perkara tersebut dihantar kepada mereka untuk tindakan.

3.3.2 Setiausaha telah menghantar minit mesyuarat tersebut dan status Makluman
semasa akan dirujuk kepada pihak JAPERUN DUN Ayer Keroh.

4.0 LAPORAN DAN PERANCANGAN AKTIVITI TINDAKAN

4.1 LAWATAN KETUA MENTERI MELAKA KE DUN AYER KEROH

4.1.1 En. Ahmad Idil memaklumkan bahawa hasil daripada mesyuarat Semua Biro
dengan pihak JAPERUN DUN Ayer Keroh , Ketua Menteri Melaka akan
membuat lawatan ke DUN Ayer Keroh pada 26 hb Januari 2019 bermula
dari Jalan Kilang , Kampung Tun Razak jam 3.00 petang dan semua AJK
MPKK Kawasan Dun Ayer Keroh dikehendaki hadir bersama sepanjang
program lawatan itu berlangsung.

4.1.2 En. Ahmad Idil juga memaklumkan bahawa Ketua Menteri Melaka Semua Biro
akan singgah menunaikan solat maghrib di Masjid Taman Tasik
Utama(TTU) dan persediaan haruslah dibuat bagi perkara diatas seperti
memaklumkan kepada AJK Masjid dan mengadakan gotong royong Masjid
TTU pada 26 hb Januari jam 8.00 pagi.

3

BIL PERKARA TINDAKAN

4.2 PERMOHONAN TAMBAHAN LAMPU AWAM

4.2.1 Setiausaha memaklumkan bahawa hasil dari rondaan beberapa AJK Makluman
MPKK TTU didalam kawasan-kawasan Tasik Utama, kawasan yang
memerlukan tambahan lampu telah dikenal pasti dan permohonan telah
dihantar ke JAPERUN DUN Ayer Keroh

4.2.2 Setiausaha memaklumkan terdapat banyak lampu awam yang tidak Makluman
berfungsi dan laporan ke TNB telah dibuat dan tindakan dari pihak TNB
juga telah dijalankan.

4.3 PROGRAM GOTONG ROYONG BERSKALA LEBIH BESAR

4.3.1 Pengerusi memaklumkan bahawa suatu gotong royong berskala Makluman
lebih besar akan di adakan di Taman Tasik Utama pada masa akan datang
dan tarikhnya akan ditetapkan kemudian.

4.3.2 Gotong royong ini akan melibatkan pihak luar seperti MPTHJ, SWM Setiausaha
dan juga melibatkan penduduk Taman Tasik Utama.

5.0 HAL-HAL LAIN

5.1 PERANCANGAN TAHUNAN

5.1.1 Ustaz Dr. Radzuan mencadangkan agar pihak MPKK TTU membuat Makluman
perancangan tahunan 2019 agar setiap biro mengadakan program dan
boleh membuat permohonan peruntukan awal dari pihak yang terbabit.

5.1.2 Pengerusi bersetuju memasukkan perancangan aktiviti tahunan Setiausaha
2019 kedalam agenda mesyuarat yang akan datang.

5.2 BIL ELEKTRIK

5.2.1 En. Mohd Bashir memaklumkan bahawa bil eletrik semasa ialah Makluman
RM 90.65 (termasuk tunggakan RM 40.62) .

5.2.2 Bil eletrik dan air ini akan diserahkan kepada Tok Penghulu untuk Bendahari
dibayar oleh pihak JAPERUN.

5.3 DATA PENDUDUK MISKIN

5.3.1 En. Ahmad Idil mencadangkan agar pihak MPKK TTU mempuyai Makluman
data penduduk miskin yang berada dalam kawasan Tasik Utama.

5.3.2 En. Ahmad Idil dan setiausaha akan cuba mendapatkan data En. Ahmad

penduduk miskin dari Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pusat Zakat Idil &

Setiausaha

4

BIL PERKARA TINDAKAN

5.4 GELANGGANG FUTSAL

5.4.1 Ustaz Dr. Radzuan mencadangkan agar pihak MPKK TTU mengambil Makluman
alih pengurusan gelanggang futsal bagi manfaat penduduk setempat.

5.4.2 Sehubungan dengan itu, beliau mencadangkan agar permohonan Setiausaha
surat dari Pejabat Belia dan Sukan diperlukan bagi menyatakan
pengurusan gelanggang futsal ini diletakkan dibawah MPKK.

6.0 PENUTUP

Pengerusi MPKK En. A. Rahman Suderlan selaku pengerusi mesyuarat
berharap agar semua biro dapat menjalankan tugas masing-masing dan
segala perancangan dan masalah dapat selesaikan dengan baik.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.00 malam.

Disediakan oleh : Disemak oleh:

ZULHAKIM MOHD SALLEH A. RAHMAN SUDERLAN
Setiausaha Pengerusi
Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK)
Taman Tasik Utama Taman Tasik Utama
Ayer Keroh, Melaka Ayer Keroh, Melaka

5


Click to View FlipBook Version