The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nyfghafar, 2022-09-22 08:38:30

EBOOK 4

EBOOK 4

EBOOK 4

TAJUK :
LATAR BELAKANG

KEMUNCULAN
PENYELEWENGAN AKIDAH

Disediakan oleh :
Alya Nadiha
Ainin Faqihah

Azzah Zulaikha
Farisha Irwayu

4.1 LATAR BELAKANG
KEMUNCULAN PENYELEWENGAN

AKIDAH

1.Perluasan wilayah Islam dan pemelukan
bukan Islam.

Pada akhir zaman pemerintahan khalifah Al- Rasyidin iaitu zaman
Saidina Uthman dan Saidina Ali mulai berlaku penyelewengan ajaran
dan penyelewengan akidah secara terbuka, khasnya muncul golongan

Musyabbihah yang mentasybihkan sifat Allah.

Disamping itu lahirnya hadis palsu yang dipelopori oleh golongan
Rafidah yang asalnya adalah penganut agama Majusi dan Parsi

Wujudnya ajaran Batiniah yang merupakan saduran dan campuran
daripada pelbagai kepercayaan tradisional sesebuah negara, seperti

Parsi Kuno dan Yunani Kuno.

Kesannya, pada zaman akhir para sahabat lahir beberapa ajaran dan aliran
yang membawa ajaran dan fahaman yang menyimpang daripada akidah yang

benar.

2.Kemasukan elemen bukan Islam ke dalam
Islam.

Bermula zaman tabiin, Yahudi , Kristian dan Majusi memeluk Islam
secara beramai -ramai dgn tujuan untuk merosakkan Islam dan
umat Islam . Di sini berlaku penyusupan unsur dgn tujuan untuk
merosakkan Israiliyyat yang menyebabkan umat islam mulai
terpengaruh dgn unsur khurafat dan karut.

Kesannya, lahirlah golongan yang mentasybihkan sifat Allah
dengan sifat manusia iaitu golongan Mujassimah yang mana

mereka terpengaruh dengan ajaran Yahudi.

Golongan yang mentasybihkan Allah :



1. Golongan yang menyampaikan Ali sampai ke darjat Allah dan menyerupakan
dengan zat Allah. Orang yang mula-mula menyebarkan ajaran itu ialah Abdullah
bin Saba'. Untuk menghapuskan ajaran dan pengaruh ajaran tersebut, Saidina

Ali telah membakar Abdullah bin Saba'. Namun ajaran itu terus menerus
merebak.



2. Al-Bayyinah - Pengikut kepada Bayan Ibn Sam'an yang mendakwa
bahawa Tuhan mereka ialah manusia daripada cahaya yang kemudiannya

membentuk manusia dan mempunyai anggota. Semua anggota itu akan
musnah kecuali muka.

3.Kelahiran hadis palsu.

Muncul pada tahun 40 hijrah apabila berlaku pertentangan antara
pengikut Saidina Ali dan Muawiyah.

Setiap golongan ingin mencari dalil daripada Al-Quran dan
Hadis untuk membela kepentingan masing-masing



Perbuatan membuat hadis palsu adalah kerana untuk kepentingan peribadi dan

politik

Faktor-faktor kemunculan hadis palsu / maudhu' :



I. Pertelingkahan politik. - Golongan Rafidah ( golongan yang menentang para sahabat yang
members baiah kepada Abu Bakar dan Umar sebagai khalifah ). Golongan ini banyak mereka-reka

hadis maudhu' demi kepentingan mereka.



Contoh hadis palsu / maudhu' :



‫إذا رأيتم معاوية علي منبري فاقتلوه‬
( Mencela dan mencaci Muawiyah )



‫ أنا و جبريل و معاوية‬: ‫الأ مناء ثلاثة‬
( Fanatik kepada Muawiyah )



II. Golongan Zindik mencipta hadis Maudhu' bertujuan untuk memburukkan agama Islam dan

kesuciannya.



III. Kejahilan dalam bidang agama.

4.2 PENYELEWENGAN
AKIDAH


Click to View FlipBook Version