PRINSIP PERAKAUNAN TINGKATAN 4 MODUL 1 PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN 1.1 Perakaunan, sub bidang perakaunan, kerjaya dan badan profesional 1.2 Sejarah perakaunan dan perkembangannya 1.3 Penyata Kewangan 1.4 Andaian, Prinsip dan Batasan dalam perakaunan 1.5 Entiti perniagaan NAMA : ……………………………………………………….. KELAS : ………………………………………………………..
MODUL 1 : PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN 2 DEFINASI Simpan kira Perakaunan KITARAN PERAKAUNAN
MODUL 1 : PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN 3 CIRI-CIRI KEPIMPINAN SEORANG AKAUNTAN KOD ETIKA AKAUNTAN PROFESIONAL Subbidang perakaunan
MODUL 1 : PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN 4 Badan Perakaunan Badan Penggubal Piawaian Badan Profesional Perakaunan Badan Kawal Selia SEJARAH PERAKAUNAN DAN PERKEMBANGANNYA Pengguna Penyata Kewangan Contoh Fungsi
MODUL 1 : PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN 5 CIRI KUALITATIF ASAS CIRI KUALITATIF BERTINGKAT Klasifikasikan pernyataan di bawah mengikut ciri kualitatif penyata kewangan BIL PERNYATAAN CIRI KUALITATIF a Maklumat dalam Penyata Kewangan haruslah bebas daripada kesilapan dan ralat penting serta tidak bersifat berat sebelah dan boleh dipercayai oleh pengguna bagi mewakili peristiwa-peristiwa dan transaksi-transaksi dengan betul. b Penyata kewangan mesti dapat dibandingkan mengikut jangka masa untuk mengenalpasti kedudukan kewangan dan pencapaian syarikat. Maklumat dalam penyata kewangan juga mesti dapat dibandingkan dengan penyata kewangan syarikat vang lain dari segi pencapaian dan kedudukan kewangan perniagaan. c Maklumat dalam penyata kewangan mesti dapat difahami oleh pengguna penyata kewangan d Maklumat yang diberi kepada pengguna adalah tepat pada waktunya supaya dapat membantu pengguna membuat keputusan
MODUL 1 : PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN 6 Andaian Perakaunan Prinsip Perakaunan BATASAN PERAKAUNAN
MODUL 1 : PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN 7 Soalan 1 Nyatakan andaian atau prinsip perakaunan yang terlibat. BIL PERNYATAAN KONSEP a Penyata kewangan Intan Enterprise disediakan berdasarkan semua urus niaga yang berlaku daripada 1 April 2021 sehingga 31 Mac 2022. b Aset Syarikat Lee direkodkan pada harga kos walaupun harga pasaran telah berubah c Khairi telah merekodkan bayaran sewa peribadi dengan menggunakan tunai perniagaan ke dalam Akaun Ambilan Kedai Khairie d Perkhidmatan membersih pejabat yang dibekalkan oleh Syarikat Bersinar dikenakan bayaran RM400 e Semua hasil dipadankan dengan belanja dalam sesuatu tempoh perakaunan untuk mencari keuntungan bagi tempoh berkenaan. f Item perakaunan yang serupa direkodkan dengan kaedah yang sama pada setiap tempoh perakaunan. g Pembelian aset perniagaan direkodkan berdasarkan harga sebenar pembelian h Pemilik dan perniagaan merupakan dua pihak yang berasingan i Insurans nyawa peribadi yang dibayar oleh Encik Farid tidak direkodkan dalam buku perniagaan j Laporan kewangan Perniagaan Chua disediakan bagi urus niaga yang berlaku dari 1 Jun 2021 hingga 31 Mei 2021 k Aset bukan semasa Syarikat Tulus Berhad direkodkan pada harga kos dan bukan pada harga pasaran l Akauntan enggan menerima cadangan untuk menukarkan kaedah mengira susut nilai aset bukan semasa dengan tujuan untuk mengurangkan keuntungan m Untung atau rugi bersih tidak ditentukan oleh penerimaan atau pembayaran wang dalam suatu tempoh perakaunan. Segala hasil belum terima dan belum terperoleh, dan belanja prabayar dan belum bayar harus diselaraskan untuk mendapatkan untung atau rugi sebenar.
MODUL 1 : PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN 8 Soalan 2 Nyatakan andaian atau prinsip perakaunan yang tidak dipatuhi bagi setiap kes berikut. (a) Belanja iklan berjumlah RM15 000 untuk tempoh 3 tahun mulai 1 April 2022 direkodkan dalam buku perakaunan pada tarikh belanja itu dibayar dan semua jumlah itu dipindahkan ke Akaun Untung Rugi bagi tahun berakhir 31 Mac 2023 ......................................................................... (b) Pemilik Syarikat Charis telah merekodkan sewa rumah kediaman nya ke dalam buku perniagaan. .......................................................................................... (c) Selepas tamat pelajarannya di Kolej Jaya Diri, Habibah membuka salun rambut di kampung nya. Beliau akan menamatkan perniagaanya pada bila-bila masa jika mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke universiti. ........................................................................................... (e) Syarikat Lin telah merekod harga rumah kedai yang dibelinya mengikut harga pasaran semasa pada tarikh ia menerima rumah kedai itu dan bukan mengikut harga kos sebagaimana yang tercatat di invois .......................................................................................... (f) Syarikat Penerbitan Giamax yang telah mengekalkan dasar susut nilai mesin pencetaknya pada kadar 20% setahun mengikut kaedah baki berkurangan sejak permulaan perniagaan. Namun Syarikat telah memutuskan bahawa kaedah garis lurus akan diguna pakai mulai tempoh perakaunan tahun berikutnya. ......................................................................................... Soalan 3 Lengkapkan tempoh perakaunan di bawah : Bil Tempoh Perakaunan Bermula Berakhir a Setahun 1 Ogos 2022 b Setengah tahun 1 Jun 2022 c Setahun 31 Mac 2023 d Setengah tahun 31 Mei 2023 e Setahun 1 Januari 2022
MODUL 1 : PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN 9 ENTITI PERNIAGAAN ASPEK MILIKAN TUNGGAL PERKONGSIAN SYARIKAT BERHAD KOPERASI PEMILIKAN SUMBER MODAL TANGGUNGAN LIABILITI UNDANGUNDANG KEUNTUNGAN DAN KERUGIAN PENGURUSAN PERNIAGAAN FAKTOR PEMILIHAN
MODUL 1 : PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN 10 Soalan 4 Nyatakan bentuk organisasi perniagaan berikut: (a) Rahman Enterprise _______________________________ (b) Choo dan Rakan-rakan _____________________________ (c) Syarikat Cahaya Sdn. Bhd. ___________________________ (d) Kedai runcit Mysara _________________________________ (e) Malayan Banking Berhad _____________________________ (f) Koperasi Nelayan Kuala Muda Berhad ___________________________ Soalan 5 Nyatakan ciri-ciri setiap entiti perniagaan berikut: Entitii Perniagaan Aspek Ciri Mega Sdn Bhd Bilangan pemilik Pengurusan perniagaan Tanggungan liabiliti Modal Peguambela M & L Bilangan pemilik Pengurusan perniagaan Tanggungan liabiliti Modal Koperasi Maju Arau Bhd Bilangan pemilik Pengurusan perniagaan Tanggungan liabiliti Modal Syarikat Bestari Jaya Berhad Bilangan pemilik Pengurusan perniagaan Tanggungan liabiliti Modal May Trading Bilangan pemilik Pengurusan perniagaan Tanggungan liabiliti Modal
MODUL 1 : PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN 11 Jawapan Ciri kualitatif BIL PERNYATAAN CIRI KUALITATIF a Maklumat dalam Penyata Kewangan haruslah bebas daripada kesilapan dan ralat penting serta tidak bersifat berat sebelah dan boleh dipercayai oleh pengguna bagi mewakili peristiwa-peristiwa dan transaksi-transaksi dengan betul Perwakilan benar b Penyata kewangan mesti dapat dibandingkan mengikut jangka masa untuk mengenalpasti kedudukan kewangan dan pencapaian syarikat. Maklumat dalam penyata kewangan juga mesti dapat dibandingkan dengan penyata kewangan syarikat vang lain dari segi pencapaian dan kedudukan kewangan perniagaan. Kebolehbandingan c Maklumat dalam penyata kewangan mesti dapat difahami oleh pengguna penyata kewangan Kebolehfahaman d Maklumat yang diberi kepada pengguna adalah tepat pada waktunya supaya dapat membantu pengguna membuat keputusan Pemasaan
MODUL 1 : PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN 12 Soalan 1 BIL PERNYATAAN KONSEP a Penyata kewangan Intan Enterprise disediakan berdasarkan semua urus niaga yang berlaku daripada 1 April 2021 sehingga 31 Mac 2022 Tempoh perakaunan b Aset Syarikat Lee direkodkan pada harga kos walaupun harga pasaran telah berubah Prinsip kos c Khairi telah merekodkan bayaran sewa peribadi dengan menggunakan tunai perniagaan ke dalam Akaun Ambilan Kedai Khairie Entiti berasingan d Perkhidmatan membersih pejabat yang dibekalkan oleh Syarikat Bersinar dikenakan bayaran RM400 Wang sebagai ukuran e Semua hasil dipadankan dengan belanja dalam sesuatu tempoh perakaunan untuk mencari keuntungan bagi tempoh berkenaan. Pengiktirafan hasil dan belanja g Pembelian aset perniagaan direkodkan berdasarkan harga sebenar pembelian Prinsip kos h Pemilik dan perniagaan merupakan dua pihak yang berasingan Entiti berasingan i Insurans nyawa peribadi yang dibayar oleh Encik Farid tidak direkodkan dalam buku perniagaan Entiti berasingan j Laporan kewangan Perniagaan Chua disediakan bagi urus niaga yang berlaku dari 1 Jun 2021 hingga 31 Mei 2022 Tempoh perakaunan k Aset bukan semasa Syarikat Tulus Berhad direkodkan pada harga kos dan bukan pada harga pasaran Prinsip kos l Akauntan enggan menerima cadangan untuk menukarkan kaedah mengira susut nilai aset bukan semasa dengan tujuan untuk mengurangkan keuntungan Ketekalan m Untung atau rugi bersih tidak ditentukan oleh penerimaan atau pembayaran wang dalam suatu tempoh perakaunan. Segala hasil belum terima dan belum terperoleh, dan belanja prabayar dan belum bayar harus diselaraskan untuk mendapatkan untung atau rugi sebenar. Pengiktirafan hasil dan belanja
MODUL 1 : PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN 13 Soalan 2 (a) Belanja iklan berjumlah RM15 000 untuk tempoh 3 tahun mulai 1 April 2022 direkodkan dalam buku perakaunan pada tarikh belanja itu dibayar dan semua jumlah itu dipindahkan ke Akaun Untung Rugi bagi tahun berakhir 31 Mac 2023 Pengiktirafan hasil dan belanja (b) Pemilik Syarikat Charis telah merekodkan sewa rumah kediaman nya ke dalam buku perniagaan. Entiti berasingan (c) Selepas tamat pelajarannya di Kolej Jaya Diri, Habibah membuka salun rambut di kampung nya. Beliau akan menamatkan perniagaanya pada bila-bila masa jika mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke universiti Usaha berterusan (e) Syarikat Lin telah merekod harga rumah kedai yang dibelinya mengikut harga pasaran semasa pada tarikh ia menerima rumah kedai itu dan bukan mengikut harga kos sebagaimana yang tercatat di invois Prinsip kos (f) Syarikat Penerbitan Giamax yang telah mengekalkan dasar susut nilai mesin pencetaknya pada kadar 20% setahun mengikut kaedah baki berkurangan sejak permulaan perniagaan. Namun Syarikat telah memutuskan bahawa kaedah garis lurus akan diguna pakai mulai tempoh perakaunan tahun berikutnya. Ketekalan Soalan 3 Bil Tempoh Perakaunan Bermula Berakhir a Setahun 1 Ogos 2022 31 Julai 2023 b Setengah tahun 1 Jun 2022 31 Disember 2022 c Setahun 1 April 2022 31 Mac 2023 d Setengah tahun 1 Disember 2022 31 Mei 2023 e Setahun 1 Januari 2022 31 Disember 2022 Soalan 4 Bil Nama organisasi Bentuk organisasi (a) Rahman Enterprise Milikan tunggal (b) Choo dan Rakan-rakan Perkongsian (c) Syarikat Cahaya Sdn. Bhd. Syarikat (d) Kedai runcit Mysara Milikan tunggal (e) Malayan Banking Berhad Syarikat (f) Koperasi Nelayan Kuala Muda Berhad Koperasi